Anda di halaman 1dari 4

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

Persatuan Penduduk Taman Ros,


Taman Ros,
31900 Kampar,
Perak Darul Ridzuan.

Ketua Polis Daerah Kampar,


Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar,
31900 Kampar,
Perak Darul Ridzuan. 14 MAC 2008.

Tuan,

Masalah Penduduk Taman Ros

Berhubung dengan perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Ros ingin
membuat aduan tentang beberapa masalah yang kami hadapi.

2 Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai penagih terdapat di taman perumahan


kami. Keadaan ini amat membimbangkan kami kerana wujud pelbagai masalah lain
yang ditimbulkan oleh mereka seperti kecurian dan sebagainya. Malahan, penutup
longkang di hadapan rumah kami juga turut dicuri untuk dijual bagi mendapatkan
wang untuk membeli dadah.

3 Kewujudan mereka ini disebabkan oleh projek perumahan yang terbengkalai


tidak jauh dari taman kami sejak enam tahun dahulu. Mereka menjadikan
rumah-rumah tersebut sebagai rumah mereka.Kami juga amat bimbang akan
keselamatan diri, keluarga dan juga harta benda kami. Pihak kami gagal menangkap
mereka kerana mereka mencuri pada tengah malam.

4 Selain itu, ketenteraman kami juga sering diganggu terutamanya pada waktu
larut malam oleh kegiatan lumba haram yang melibatkan penunggang-penunggang
motosikal. Bunyi enjin motosikal yang bising di jalan raya di hadapan taman kami
benar-benar membingitkan telinga.

5 Pihak kami amat berharap agar pihak tuan memberikan pertimbangan yang
sewajarnya dengan segera untuk membantu kami. Kerjasama daripada pihak tuan
kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

`tàetÅÄ|
( MAT RAMLI BIN HALIM )
Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Ros.
1 Penduduk gagal menangkap penagih kerana...

A mereka melakukan kegiatan itu kerana sulit


B mereka melakukan kegiatan itu di luar taman
C mereka melakukan kegiatan itu pada tengah malam
D mereka melakukan kegiatan itu pada hari cuti sahaja

2 Apakah tanggapan penulis tentang kehadiran penagih-penagih di taman


tersebut?
A Keramahan penduduk taman itu
B Rumah terbengkalai berdekatan taman itu
C Tidak terdapat balai polis di taman tersebut
D Sikap penduduk yang tidak mementingkan keselamatan

3 Di manakah kegiatan lumba motosikal haram selalu diadakan?

A Taman permainan kanak-kanak


B Kawasan lapang di taman itu
C Lorong antara rumah-rumah di taman itu
D Jalan raya berhadapan dengan taman itu

4 Yang berikut ialah penyataan tentang petikan kecuali...

A Penduduk amat risau akan keselamatan mereka


B Kegiatan lumba motosikal haram dilakukan oleh penagih
C Ketenteraman penduduk terganggu dengan bunyi bising yang
membingitkan telinga
D Penduduk taman tersebut meminta bantuan pihak polis untuk mengatasi
masalah mereka

5 Rangkai kata membingitkan telinga bermaksud...

A bunyi yang merdu


B keadaan yang sesak
C bunyi yang sangat bising
D telinga yang dijangkiti kuman

JAWAPAN

1. C 2. B 3. D 4. B 5. C
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

Persatuan Matematik,
Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan. 17 MAC 2008.

Tuan,

Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Matematik, ingin


memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah.

2. Dewan itu akan digunakan untuk menjalankan pertandingan kuiz sempena


Minggu Matematik seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 24 Mac hingga 27 Mac 2008


Hari : Isnin hingga Rabu
Masa : 2.30 petang

3. Kami berjanji akan menggunakan dewan dengan baik sepanjang aktiviti


tersebut diadakan. Kami juga akan memastikan keadaan dewan bersih selepas
digunakan.

4. Besarlah harapan kami agar permohonan kami mendapat perhatian dan


pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Zainal
( ZAINAL ARIFFIN BIN SALLEH )
Setiausaha,
Persatuan Matematik.
1 Apakah tujuan utama surat itu ditulis?

A Memberitahu tentang Minggu Matematik


B Memohon kebenaran menggunakan dewan sekolah
C Menjemput Guru Besar merasmikan Minggu Matematik
D Memaklumkan tentang tarikh pertandingan kuiz diadakan

2 Pertandingan Kuiz Matematik yang dirancang itu akan berlangsung selama...

A seminggu
B dua hari
C tiga hari
D empat hari

3 Rangkai kata memohon kebenaran dalam petikan bermaksud...

A merayu kelulusan
B meminta keizinan
C mengharap bantuan
D memerlukan kesahihan

4 Apakah jenis surat tersebut?

A Surat penjelasan
B Surat permohonan
C Surat pengumuman
D Surat pemberitahuan

5 Pada pendapat kamu, mengapakah Persatuan Matematik perlu menulis surat


untuk memohon menggunakan dewan sekolah?
A Dewan sekolah hanya untuk majlis rasmi sekolah.
B Dewan sekolah tidak boleh digunakan sesuka hati.
C Untuk memastikan dewan sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria.
D Untuk memastikan tiada pihak lain yang menggunakan dewan pada tarikh
tersebut.

JAWAPAN

1. B 2. D 3. B 4. B 5. D

Anda mungkin juga menyukai