Anda di halaman 1dari 2

Khamis 27 Mei 2021

Menghasilkan kerangka karangan

Bertolak Ansur

1) Pendahuluan
 menyertai persembahan koir sempena Hari Kebangsaan

2) Isi Pertama
 persiapan untuk pertandingan koir
 memakai pakaian kebangsaan

3) Isi Kedua
 Jeeva tertinggal samping
 berasa risau

4) Isi Ketiga
 Saiful memberikan samping
 Saiful menggunakan selendang

5) Penutup
 menyanyikan lagu dengan semangatnya
 mereka sangat bangga
Khamis 27 Mei 2021

Menulis karangan dengan betul dan kemas.

Bertolak Ansur

Sekolah Kebangsaan (SK) Gemilang mengadakan sambutan Hari Kebangsaan. Murid-murid


Tahun 3 Angsana yang terdiri daripada pelbagai kaum menyertai persembahan koir.

Murid-murid Tahun 3 Angsana sibuk membuat persiapan. Mereka saling mebantu


rakan-rakan yang lain tanpa mengira kaum. Mereka memakai pakaian seragam. Murid lelaki
memakai baju Melayu dan murid perempuan pula memakai baju kurung.

Jeeva membuka beg. Dia hendak mengambilsampingnya. Tiba-tiba, muka


Jeeva berubah. Jeeva tertinggal samping di rumah. Jeeva amat risau kerana dia akan
menjejaskan persembahan kumpulannya.

Saiful ingin membantu Jeeva. Dia memberikan Jeeva sampingnya. Jeeva pula
memberikan selendangnya kepada Saiful.

Giliran Kumpulan Koir Kelas Tahun 3 Angsana telah tiba. Mereka menaiki pentas
dengan tertibnya. Kumpulan tersebut menyanyikan lagu dengan semagatnya. Mereka
sangat bangga kerana dapat membuat persembahan.

Anda mungkin juga menyukai