Anda di halaman 1dari 1

Loo Chen Xi (5U) Kumpulan Piawai (Cemerlang)

Bulan Sambutan Kemerdekaan di Sekolah Saya

Hari ini ialah Hari Kebangsaan. Saya bangun awal. Saya pergi ke sekolah untuk menyambut Hari

Kebangsaan. Saya memakai ceongsam ke sekolah.

Apabila saya tiba di kelas, kawan-kawan saya juga memakai pakaian tradisional yang

cantik. Pada pukul 7.30 pagi, Guru Besar membuat pengumuman meminta murid-murid

berkumpul di dewan sekolah. Kami beratur di luar kelas dengan tertib lalu berjalan ke dewan.

Pada pukul 8.30 pagi, kami berdiri tegak untuk menyanyikan Lagu Negaraku. Selepas itu,

Guru Besar menayangkan video yang bertemakan patrioktik. Akhir sekali, kami menyaksikan

pelbagai persembahan yang menarik.

Pada pukul 10.30 pagi, kami menyertai pertandingan melukis dan mewarna Jalur

Gemilang di dalam kelas. Pada waktu rehat, kami makan di kantin. Selepas makan, kami balik ke

kelas. Kami menonton tanyangan bertemakan patrioktik lalu pulang ke rumah.

Anda mungkin juga menyukai