Anda di halaman 1dari 19

1.

0 REPUBLIK INDONESIA

1.1 PENGENALAN NEGARA INDONESIA

Indonesia, dikenali dengan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) pengucapan


bahasa Indonesia atau Republik Indonesia (RI) adalah negara di Asia Tenggara yang dilintasi
garis khatulistiwa dan berada di antara daratan benua Asia dan Australia, serta antara
Samudra Pasifik dan Samudra India. Indonesia adalah negara kepulauan terbesar di dunia
yang terdiri dari 17.504 pulau. Nama alternatif yang biasa dipakai adalah Nusantara. Dengan
populasi mencapai 270.203.917 jiwa pada tahun 2020, Indonesia menjadi negara
berpenduduk terbesar keempat di dunia dan negara berpenduduk Muslim terbesar di dunia,
dengan penganut lebih dari 230 juta orang.

Bentuk negara Indonesia adalah negara kesatuan dan bentuk pemerintahan Indonesia
adalah republik, dengan Dewan Perwakilan Rakyat, Dewan Perwakilan Daerah dan Presiden
yang dipilih secara langsung.

Ibu kota negara Indonesia adalah Jakarta. Indonesia berbatasan darat dengan Malaysia
di Pulau Kalimantan dan Pulau Sebatik, dengan Papua Nugini di Pulau Papua dan dengan
Timor Leste di Pulau Timor. Negara tetangga lainnya adalah Singapura, Filipina, Australia,
dan wilayah persatuan Kepulauan Andaman dan Nikobar di India.

Sejarah Indonesia banyak dipengaruhi oleh bangsa lainnya. Kepulauan Indonesia


menjadi wilayah perdagangan penting sejak abad ke-7, sejak berdirinya Kerajaan Sriwijaya,
sebuah kemaharajaan Hindu-Buddha yang berpusat di Palembang. Kerajaan Sriwijaya ini
menjalin hubungan agama dan perdagangan dengan Tiongkok dan India, juga dengan bangsa
Arab. Kerajaan-kerajaan beragama Hindu dan/atau Buddha mulai berkembang pada awal
abad ke-4 hingga abad ke-13 Masihi, diikuti para pedagang dan ulama dari jazirah Arab yang
membawa agama Islam sekitar abad ke-8 hingga abad ke-16, serta kedatangan bangsa Eropa
pada akhir abad ke-15 yang saling bertempur untuk memonopoli perdagangan rempah-
rempah Maluku semasa era penjelajahan samudera. Setelah berada di bawah penjajahan
Belanda selama hampir 3 abad, Indonesia ketika itu bernama Hindia Belanda menyatakan
kemerdekaannya di akhir Perang Dunia II, pada tanggal 17 Ogos 1945.

Dari Sabang Aceh sehingga Merauke di tanah Papua, Indonesia terdiri dari berbagai
suku bangsa, bahasa, dan agama. Berdasarkan rumpun bangsa (ras), Indonesia terdiri atas
bangsa asli pribumi Mongoloid Selatan/Austronesia dan Melanesia di mana bangsa
Austronesia yang terbesar jumlahnya dan lebih banyak mendiami Indonesia bahagian barat.
Secara lebih spesifik, suku bangsa Jawa adalah suku bangsa terbesar dengan populasi
mencapai 41,7% dari seluruh penduduk Indonesia. Semboyan nasional Indonesia, "Bhinneka
tunggal ika" ("Berbeda-beda namun tetap satu"), bermakna keberagaman sosial-budaya yang
membentuk satu kesatuan/negara. Selain memiliki populasi penduduk yang padat dan
wilayah yang luas, Indonesia memiliki wilayah alam yang terbesar kedua di dunia.

Indonesia merupakan anggota dari PBB dan satu-satunya anggota yang pernah keluar
dari PBB, iaitu pada tanggal 7 Januari 1965, dan bergabung semula pada tanggal 28
September 1966. Indonesia tetap dinyatakan sebagai anggota yang ke-60, keanggotaan yang
sama sejak bergabungnya Indonesia pada tanggal 28 September 1950. Selain PBB, Indonesia
juga negara anggota dari organisasi ASEAN, KAA, APEC, OKI, G-20.

1.2 SOSIO EKONOMI NEGARA INDONESIA

Dengan 18,108 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia.


Dengan anggaran jumlah penduduk seramai 265 juta orang pada 2018, ia merupakan negara
keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia.
Indonesia merupakan sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara
langsung.

Indonesia ialah negara yang terluas di Asia Tenggara. Untuk memudahkan


pentadbiran, negara ini dibahagikan kepada 34 provinsi (satu Daerah Istimewa (DI), iaitu
Daerah Istimewa Yogyakarta, dua daerah dengan autonomi khusus iaitu Papua dan Papua
Barat, dan satu daerah autonomi khusus dan istimewa iaitu Aceh serta satu Daerah Khusus
Ibu kota (DKI), iaitu Daerah Khusus Ibukota Jakarta Raya. Sebelum era Reformasi,
Indonesia hanya memiliki 27 provinsi, dengan Timor Timur merupakan provinsi ke-27 pada
Julai 1976. Bagaimanapun, Timor Leste telah pun memisahkan diri melalui pungutan suara
menjadi negara Timor Leste pada 20 Mei 2002.

Indonesia sedang menjalankan autonomi untuk setiap negerinya dengan tujuan


memberikan peluang pembangunan yang sama rata di seluruh negara. Selain autonomi,
pemerintah Indonesia kini sedang menjalankan prinsip pengagihan kuasa pusat untuk negeri-
negerinya.
Ekonomi Indonesia mengalami kemerosotan pada akhir dekad 1990-an, akibat Krisis
Kewangan Asia yang melanda sebahagian besar Asia pada saat itu. Ekonominya kini telah
pulih. Indonesia mempunyai sumber semula jadi yang besar di luar Jawa, termasuk minyak
mentah, gas asli, timah, tembaga, dan emas. Negara ini ialah pengeksport gas asli yang kedua
terbesar di dunia tetapi akhir-akhir ini, Indonesia telah bermula menjadi pengimport bersih
minyak mentah. Hasil pertanian yang utama termasuk beras, teh, kopi, rempah, dan lobak.
Rakan-rakan perdagangan Indonesia yang terbesar ialah Jepun, dan Amerika Syarikat, serta
negara-negara berjiran, iaitu Malaysia, Singapura, dan Australia. Indonesia merupakan
negara yang amat kaya akaan sumber daya alam dan manusia, namun begitu masih terdapat
sedikit masalah kemiskinan yang disebabkan kurang tepatnya pengelolaan oleh kerajaan.

Indonesia terdiri daripada beratus-ratus suku kaum, dengan agama dan kepercayaan
yang berbeza. Antara suku kaumnya termasuk Aceh (Melayu Tamiang dan Gayo), Batak
(Karo, Toba, Mandailing, Pak-Pak, dan Simalungun), Minangkabau, Melayu (termasuk
Melayu Deli, Melayu Palembang, Melayu Jambi, Melayu Pontianak, Melayu Bengkulu,
Melayu Bangka Belitung, dan lain-lain), Rejang, Lampung, Badui, Jawa, Sunda, Banjar,
Bugis, Toraja, Bali, Ambon, Madura, Minahasa, Dayak, Betawi, Papua dan lain-lain. Islam
merupakan ugama majoriti di Indonesia terutama diwilayah Indonesia Barat (kecuali Batak),
dan Indonesia Tengah (kecuali Pulau Bali yang umumnya beragama Hindu dan Sulawesi
Utara yang umumnya beragama Kristian). Indonesia Timur (Flores, Ambon, dan Papua)
secara majoriti beragama Kristian dan Katolik. Pulau Bali ialah satu-satunya provinsi yang
secara majoriti beragama Hindu. Agama-agama yang lain seperti Buddha dan Konfusianisme
umumnya dipeluk oleh kaum keturunan Cina. Secara undang-undang, agama di Indonesia
diakui berjumlah lima (5) oleh pemerintah, iaitu:

a) Islam
b) Kristian
c) Hindu
d) Buddha
e) Konfusianisme (disebut Konghuchu)

Agama tradisional yang telah ada sejak masa nenek moyang di Nusantara seperti
agama Parmalim daripada suku Batak, Kejawen daripada suku Jawa, dan lain-lain yang
masih mempunyai unsur animisme, juga ada di Indonesia dan dianut secara minoriti oleh
kaum-kaum pedalaman.
Seni budaya di Indonesia sangatlah beragam dan berbeza-beza, budaya Melayu
merupakan salah satu budaya yang banyak dijalankan dikawasan-kawasan Melayu seperti
diwilayah pesisir timur Sumatra dan pesisir Kalimantan. Tiap-tiap provinsi di Indonesia
mempunyai bahasa dan budaya sendiri walaupun yang berdekatan saling mempunyai
persamaan.

Dari segi pakaian, warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialah batik.
Tiap-tiap suku dan wilayah (provinsi) di Indonesia mempunyai pakaian adat masing-masing,
dan memiliki hal-hal unik yang mewakili daerah yang dimaksud. Daerah-daerah yang
terkenal untuk industri batik termasuk Yogyakarta, Solo, dan Pekalongan. Pakaian-pakaian
asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang berbeza-beza:

1) baju kurung dengan songketnya dari Sumatra Barat (Minangkabau)


2) songket palembang dengan motif yang indah berbenang emas dan sutra (Palembang)
3) kebaya
4) kain batik dari Jawa
5) kain ulos dari Sumatra Utara (Batak)
6) pakaian khas Dayak di Kalimantan
7) baju bodo dari Sulawesi Selatan
8) pakaian berkoteka dari Papua, dan sebagainya.
SISTEM POLITIK NEGARA INDONESIA

Garuda Pancasila adalah falsafah dasar negara Indonesia yang berasal daripada dua kata
Sanskrit, "panca" yang bererti 'lima', dan "sila" yang bererti 'dasar'. Pancasila terdiri atas
kelima-lima dasar yang amat berkait dan yang tidak dapat dipisahkan:

1. Kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa


2. Kemanusiaan yang Adil dan Beradab
3. Perpaduan Indonesia
4. Demokrasi yang dibimbing oleh Kebijaksanaan yang berasal daripada
Musyawarah/Perwakilan
5. Keadilan Sosial bagi Seluruh Rakyat Indonesia

Indonesia mengamalkan sistem demokrasi yang diketuai oleh seorang presiden, dan Pancasila
ini merupakan jiwa demokrasi. Demokrasi yang didasarkan atas lima dasar tersebut
dinamakan Demokrasi Pancasila.

Presiden Indonesia ketika ini adalah Joko Widodo, yang disokong oleh Partai Demokrasi
Indonesia Perjuangan (PDIP). Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) adalah lembaga dwidewan
yang terdiri daripada 560 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) iaitu wakil rakyat yang
dipilih melalui parti politik, ditambah 132 anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) iaitu
wakil provinsi yang dipilih melalui pemilihan wilayah.[12] Anggota DPR dan DPD dipilih
melalui pilihan raya dan dilantik untuk masa jabatan selama lima tahun. Saat ini MPR
diketuai oleh Bambang Soesatyo, DPR oleh Puan Maharani, sedangkan DPD oleh La Nyalla
Mattalitti.

KESATUAN ANTARABANGSA NEGARA INDONESIA

Republik Indonesia merupakan sebuah negara yang bernaung di bawah Pertubuhan


Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang ditubuhkan
pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II dan dianggotai oleh negara-negara di seluruh
dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan oleh Piagamnya, adalah
untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak-hak asasi manusia
yang utama, menjamin rasa hormat kepada undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki
taraf hidup di seluruh dunia. Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church,
London pada 10 Januari 1946 di London, United Kingdom disertai oleh 51 negara. Kini, 195
negara telah menyertai pertubuhan ini.

Indonesia merupakan negara anggota pertama yang cuba menarik diri dari PBB. Pada
1 Januari 1965, Indonesia mengumumkan bahawa, disebabkan oleh konfrontasi Indonesia-
Malaysia yang sedang berlangsung, ia akan menarik diri daripada PBB jika Malaysia
diberikan keahlian dalam Majlis Keselamatan. Tiga minggu kemudian, Indonesia secara
rasminya mengesahkan pengeluarannya dalam suratnya kepada Setiausaha Agung, yang
hanya memperhatikan keputusan itu dan menyatakan harapannya agar Indonesia akan
"memulakan semula kerjasama penuh" dengan organisasi tersebut secepat mungkin. Selepas
perampasan kuasa yang berlaku pada tahun itu, Indonesia menghantar telegram kepada
Setiausaha Agung dengan mengatakan bahawa negara itu akan "memulakan semula
bekerjasama penuh dengan PBB dan meneruskan penyertaannya dalam kegiatan PBB."
Memandangkan telegram tersebut menyatakan bahawa Indonesia melihat ketiadaannya
daripada PBB sebagai "penghentian kerjasama" dan bukan penarikan diri yang sebenar,
Presiden Majlis Umum mencadangkan agar prosedur pentadbiran untuk mengembalikan
Indonesia dijalankan dengan kesulitan yang minimum. Disebabkan tiada penentangan
daripada negara anggota, Indonesia segera dikembalikan semula tempatnya dalam Majlis
Umum. Oleh itu, persoalan yang timbul ekoran kes penarikan pertama daripada PBB ini
diselesaikan dengan memperlakukannya seolah-olah sama sekali bukan penarikan.

Penarikan diri dari PBB oleh negara anggota tidak diperuntukkan dalam Piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Berdasarkan Pejabat Informasi Kerajaan Republik
Cina, .Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kuasa ini disalahgunakan oleh negara anggota
sebagai pemerasan politik ataupun taktik untuk mengelakkan daripada mematuhi kewajiban
yang dinyatakan dalam piagam PBB, contohnya pengeluaran Jepun, Jerman dan Itali
daripada Liga Bangsa sebagai tanda penolakkan mereka terhadap kutukan Liga atas tindakan
menyerang kawasan lain. ROC berpendapat demikian sebagai penentangan penyingkirannya
dari PBB untuk memberi jalan kepada kemasukan Republik Rakyat China.

Walaubagaimanapun, dalam undang-undang antarabangsa, terdapat prinsip rebus sic


stantibus. Berdasarkan prinsip ini, sesebuah negara boleh menarik diri daripada sebuah
perjanjian yang tiada peruntukan penarikan diri hanya jika terdapat perubahan besar yang
tidak dapat dijangka dalam keadaan tertentu, seperti ketika objek perjanjian itu dipertikaikan
atau ketika pelanggaran dilakukan oleh pihak perjanjian. Rebus sic stantibus juga ditafsir
secara tidak langsung dalam Artikel 61 dan 62 Konvensyen Vienna berkenaan Undang-
Undang Triti. Oleh itu, tidak kiralah di bawah undang-undang adat antarabangsa atau
Konvensyen Vienna, tidak mungkin sesebuah negara boleh menarik diri secara sepihak dari
PBB kecuali ada perubahan mendasar yang berlaku.

SISTEM PENTADBIRAN DAN POLISI NEGARA INDOENSIA

Indonesia merupakan sebuah republik demokrasi dengan sistem berpresiden. Dalam


sistem pentadbiran Indonesia, presiden merupakan ketua negara dan ketua kerajaan serentak,
selain panglima besar Tentera Nasional Indonesia. Perlembagaan Indonesia menetapkan
pembahagian kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman. Kerajaan mempunyai kuasa
eksekutif. Kuasa legislatif dimiliki bersama oleh kerajaan dan Dewan Perwakilan Rakyat.
Sistem kehakiman pula bebas dari eksekutif dan legislatif.
PENGENALAN NEGARA VIETNAM

Vietnam atau secara rasminya Republik Sosialis Vietnam (Bahasa Vietnam: Cộng hòa
xã hội chủ nghĩa Việt Nam, merupakan negara yang paling di timur di Semenanjung
Indochina di Asia Tenggara. Dengan kira-kira 94.6 juta penduduk sehingga tahun 2020, ia
merupakan negara ke-14 paling ramai penduduk di dunia, dan negara Asia yang ke-9 teramai.
Vietnam bersempadan dengan China di utara, Laos di barat laut, Kemboja di barat daya,
Thailand di seberang Teluk Thailand di barat daya, dan Filipina, Malaysia dan Indonesia di
seberang Laut China Selatan di timur dan tenggara. Ibu negara vietnam ialah Hanoi semenjak
bersatunya kembali Vietnam Utara dan Selatan pada 1976, sedangkan Bandaraya Ho Chi
Minh bandar yang paling ramai penduduknya.

Bahagian utara Vietnam pernah menjadi taklukan Kemaharajaan China selama lebih satu
alaf, dari tahun 111 SM hingga 939 M. Sebuah negeri Vietnam bebas terbentuk pada tahun
939 ekoran kemenangan Vietnam dalam Pertempuran Sungai Bạch Dang. Mekarlah dinasti
demi dinasti raja Vietnam sementara bangsanya diperluas dari segi wilayah dan kuasa ke
dalam Asia Tenggara hinggalah Semenanjung Indochina Peninsula dijajah oleh Perancis pada
pertengahan abad ke-19.

Ekoran pendudukan Jepun pada tahun 1940-an, Vietnam menentang pemerintahan Perancis
dalam Perang Indochina Pertama. Pada 2 September 1945 Presiden Ho Chi Minh
mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dari Perancis di bawah nama baru Republik
Demokratik Vietnam. Pada tahun 1954, Vietnam mengisytiharkan kemenangan di Peristiwa
Dien Bien Phu yang berlaku dari Mac hingga Mei 1954 dan berakhir dengan kekalahan besar
Perancis. Selepas itu, Vietnam terbahagi kepada dua negeri, iaitu Vietnam Utara (secara
rasmi Republik Demokratik Vietnam), dan Vietnam Selatan (secara rasmi Republik
Vietnam). Konflik antara kedua-dua pihak menjadi sengit dalam peristiwa yang dikenali
sebagai Perang Vietnam, dengan campur tangan yang mendalam oleh Amerika Syarikat di
pihak Vietnam Selatan dari 1965 hingga 1973. Perang berakhir dengan kemenangan Vietnam
Utara pada tahun 1975.

Vietnam kemudian disatukan di bawah pemerintahan Komunis tetapi masih miskin dan
mengasingkan diri. Pada tahun 1986, Partai Komunis Vietnam memulakan pembaharuan
ekonomi dan politik reformasi yang membawa Vietnam ke arah integrasi ke dalam ekonomi
dunia.[11] Pada tahun 2000, ia telah menjalin hubungan diplomatik dengan semua bangsa-
bangsa. Sejak tahun 2000, kadar pertumbuhan ekonomi Vietnam antara yang tertinggi di
dunia, dan pada 2011, ia mencatat Indeks Penjana Pertumbuhan Global tertinggi antara 11
ekonomi utama.[12] Atas kejayaan pembaharuan ekonomi ini Vietnam menyertai Pertubuhan
Perdagangan Dunia pada tahun 2007. Ia juga ahli Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik dan
Pertubuhan Antarabangsa Francophonie (untuk negara-negara berbahasa Perancis).

SOSIO EKONOMI NEGARA VIETNAM

Presiden Vietnam merupakan ketua Negara yang terpilih sementera panglima tertinggi tentera
yang berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Pertahanan dan Keselamatan Agung memegang
jawatan kedua tertinggi di Vietnam. Perdana Menteri Vietnam merupakan ketua kerajaan
yang memimpin sebuah jemaah menteri yang terdiri dari lima orang timbalan perdana
menteri dan 26 orang ketua kementerian dan suruhanjaya.

Sejak awal 2000-an, Vietnam melaksanakan liberalisasi perdagangan berturut-turut, iaitu


pendekatan dua arah yang membuka sesetengah sektor kepada pasaran global sambil
melindungi yang lain. Pada Julai 2006, Vietnam mengemaskinikan perundangan harta intelek
untuk mematuhi TRIPS. Vietnam semakin bersepadu dengan ekonomi dunia, khususnya
sejak usahanya untuk meliberalkan ekonomi membolehkan Vietnam untuk menyertai
Pertubuhan Perdagangan Dunia pada 2007. Sektor pembuatan dan perkhidmatan masing-
masing menyumbangkan 40% kepada KDNK, tetapi hampir setengah jumlah guna tenaga
(48%) masih bergiat dalam pertanian. Diunjurkan bahawa sejuta orang pekerja setahun,
daripada sejumlah 51.3 juta orang pada 2010, akan terus meninggalkan sektor pertanian
untuk sektor lain dalam masa akan datang. Vietnam kini salah sebuah ekonomi yang paling
terbuka di Asia perdagangan dua hala bernilai sekitar 160% daripada KDNK pada 2006,
lebih daripada dua kali nisbah semasa bagi China dan lebih empat kali nisbah bagi India.
Antara rakan dagang utama Vietnam ialah China, Jepun, Australia, negara-negara ASEAN,
Amerika Syarikat dan Eropah Barat.

Jabatan kastam Vietnam melaporkan pada Julai 2013 bahawa jumlah nilai perdagangan
barang dagangan antarabangsa bagi suku pertama 2013 ialah AS$124 bilion, iaitu 15.7%
lebih tinggi daripada tempoh sama pada 2012. Telefon bimbit dan alat-alatannya diimport
dan dieksport secara besar-besaran, sementara dalam pasaran sumber alam, minyak mentah
merupakan eksport tertinggi sementara besi dan keluli diimport banyak-banyak pada tempoh
berkenaan. AS merupakan negara yang membeli jumlah eksport Vietnam yang terbesar,
sementara barangan China paling banyak diimport oleh Vietnam.

Ekoran beberapa tindakan pembaharuan tanah, Vietnam telah menjadi pengeksport utama
produk pertanian. Kini Vietnam merupakan pengeluar kacang gajus terbesar di dunia dengan
satu pertiga bahagian pasaran dunia; pengeluar lada hitam terbesar dengan satu pertiga
pasaran dunia; dan juga pengeksport beras kedua terbesar di dunia selepas Thailand. Vietnam
ialah pengeksport kopi kedua terbesar di dunia.

Vietnam mempunyai kadar penggunaan tanah terbesar bagi tanaman kekal daripada semua
negara Subkawasan Mekong Raya, iaitu 6.93%. Eksport utama lain termasuk teh, getah, dan
hasil perikanan. Namun begitu, sumbangan pertanian kepada KDNK Vietnam makin
berkurangan dari 42% pada 1989 kepada 20% pada 2006, ekoran berkembangnya
pengeluaran dalam sektor lain.

Pada 2014, Vietnam merundingkan perjanjian perdagangan bebas bersama Kesatuan Eropah
untuk mencapai Sistem Keutamaan Am yang memberikan akses keutamaan bagi negara
membangun ke dalam pasaran Eropah menerusi tarif rendah.

Pada 1986, Kongres Kebangsaan Keenam Parti Komunis memperkenalkan pembaharuan


ekonomi market berpaksikan sosialis dalam dasar yang bergelar Đổi Mới. Pemilikan swasta
digalakkan dalam sektor industri, perdagangan dan pertanian, sementara perusahaan milik
negara distrukturkan semula untuk dikendalikan dalam batas-batas pasaran.[8] Atas berkat
pembaharuan inilah Vietnam mencapai pertumbuhan KDNK tahunan sebanyak 8% dari 1990
hingga 1997, kemudian sekitar 7% dari 2000 hingga 2005, menjadikan Vietnam salah sebuah
ekonomi paling cepat tumbuh di dunia. Pertumbuhan kekal mantap biarpun menghadapi
kemelesetan global akhir 2000-an, bertahan pada 6.8% pada 2010, tetapi kadar inflasi
Vietnam tahun ke tahun mencapai 11.8% pada Disember 2010, menurut anggaran GSO. Mata
wang đồng diturunkan nilai tiga kali dalam 2010 sahaja.
Industri pembuatan, teknologi maklumat dan teknologi tinggi kini membentuk sebahagian
besar dan pesat dalam ekonomi negara. Biarpun Vietnam baharu menceburi industri minyak,
kini ia merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah
keluaran tahun 2011 sebanyak 318,000 barrels per day (50,600 m3/d). Pada 2010, Vietnam
menjadi pengeluar petroleum mentah kelapan terbesar di rantau Asia-Pasifik.

Kemiskinan tegar, iaitu peratusan penduduk yang hidup di bawah takat $1 sehari, banyak
menurun di Vietnam. Kini kadar kemiskinan kurang berbanding China, India, dan Filipina.
Penurunan kadar kemiskinan ini boleh dikatakan berkat daripada dasar-dasar ekonomi
saksama yang bertujuan meningkatkan taraf hidup dan mencegah meluasnya jurang ekonomi;
dasar-dasar ini termasuklah pengagihan tanah sama-rata pada tahap-tahap awal rancangan
Đổi Mới, pelaburan di kawasan pedalaman yang miskin serta membiayai sektor pendidikan
dan kesihatan dengan subsidi. Menurut IMF, kadar pengangguran di Vietnam berada pada
4.46% pada 2012.
1.3 SISTEM POLITIK NEGARA VIETNAM

Republik Sosialis Vietnam, bersama-sama dengan China, Cuba, dan Laos, adalah salah satu
daripada empat buah negara sosialis satu parti yang mendukung komunisme secara rasmi.
Perlembagaan negara semasa iaitu Perlembagaan 2013 menegaskan peranan pusat Parti
Komunis Vietnam dalam semua organ politik dan masyarakat. Setiausaha Agung Parti
Komunis melakukan banyak fungsi utama pentadbiran dalam mengawal organisasi nasional
parti. Presiden menjalankan tugas-tugas eksekutif dan pelantikan negeri, serta menggubal
dasar. Hanya organisasi politik yang menjadi sekutu atau sokongan Parti Komunis
dibenarkan untuk menyertai pilihan raya di Vietnam. Ini termasuk Barisan Tanah Air
Vietnam dan parti-parti pekerja dan kesatuan sekerja. Walaupun negara Vietnam masih
komited mendukung sosialisme sebagai fahaman asasnya, namun dasar ekonominya makin
hari makin kapitalis, malah majalah The Economist memerikan kepimpinan Vietnam sebagai
"komunis yang kapitalis

Dewan Undangan Negara Vietnam adalah badan perundangan negara yang ekadewan, terdiri
daripada 498 ahli dan terbuka untuk semua pihak. Diketuai oleh Pengerusi, ia mengungguli
kedua-dua cabang eksekutif dan kehakiman, dengan semua kerajaan menteri dilantik dari
kalangan ahli Dewan Undangan Negara. Presiden Vietnam merupakan ketua negara yang
terpilih sementera panglima tertinggi tentera yang berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis
Pertahanan dan Keselamatan Agung memegang jawatan kedua tertinggi di Vietnam. Perdana
Menteri Vietnam merupakan ketua kerajaan yang memimpin sebuah jemaah menteri yang
terdiri dari lima orang timbalan perdana menteri dan 26 orang ketua kementerian dan
suruhanjaya. Mahkamah Rakyat Agung Vietnam yang diketuai oleh seorang Ketua Hakim
merupakan mahkamah rayuan tertinggi negara, namun ia juga bertanggungjawab kepada
Dewan Undangan Negara Vietnam. Di bawah Mahkamah Rakyat Agung terdapat
mahkamah-mahkamah wilayah dan banyak mahkamah tempatan. Mahkamah tentera
mempunyai bidang kuasa khas dalam hal-hal keselamatan negara. Vietnam mengekalkan
hukuman mati bagi banyak kesalahan; setakat Februari 2014, ada sekitar 700 orang banduan
yang menunggu hukuman mati di Vietnam.

KESATUAN ANTARABANGSA NEGARA VIETNAM

Sepanjang sejarahnya, hubungan luar utama Vietnam adalah bersama jiran terbesar dan bekas
penjajah, China. Prinsip-prinsip kedaulatan Vietnam dan desakannya ke atas kemerdekaan
budaya telah diterapkan dalam berbilang dokumen selama berabad-abad, seperti puisi
patriotik abad ke-11, Nam quốc sơn hà (Gunung sungai negara selatan), dan perisytiharan
kemerdekaan Bình Ngô đại cáo pada 1428. Walaupun China dan Vietnam sekarang damai,
namun masih berlaku pertikaian wilayah yang berat antara kedua-dua pihak di Laut Cina
Selatan.

Kini, penyata misi rasmi dasar luar Vietnam ialah: "Konsisten melaksanakan dasar luar
negara mengenai kemerdekaan, keamanan, kerjasama dan pembangunan; dasar luar
mengenai keterbukaan dan kepelbagaian dan kemultilateralan hubungan antarabangsa.
Proaktif dan aktif melibatkan diri dalam integrasi ekonomi antarabangsa sambil
mengembangkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang lain." Tambahan pula
Vietnam menganggap dirinya sebagai "sahabat dan rakan yang boleh diharap oleh semua
negara dalam masyarakat antarabangsa, aktif melibatkan diri dalam proses-proses kerjasama
antarabangsa dan serantau.”

Vietnam mengambil langkah-langkah penting untuk memulihkan hubungan diplomatik


dengan negara-negara penting, bermula dengan New Zealand yang membuka kedutaan di
Hanoi pada 1995, sementara Vietnam menubuhkan kedutaan di Wellington pada 2003.
Pakistan membuka semula kedutaan di Hanoi pada Oktober 2000, dan Vietnam membalas
budi dengan membuka kedutaan Islamabad di Disember 2005 serta biro perdagangan di
Karachi pada November 2005. Hubungan Amerika Syarikat–Vietnam meningkat pada Ogos
1995 apabila kedua-dua bangsa menaiktaraf Pejabat Perhubungan masing-masing yang
dibuka pada Januari 1995 kepada status kedutaan. Sejajar dengan bertambah eratnya
hubungan ini, AS membuka konsulat am di Bandaraya Ho Chi Minh sementara Vietnam
membuka konsulat di San Francisco.

Menjelang Disember 2007, Vietnam menjalin hubungan diplomatik dengan 172 buah negara,
termasuk AS yang menormalkan hubungan pada 1995. Vietnam menjadi ahli dalam 63 buah
pertubuhan antarabangsa termasuk PBB, ASEAN, NAM, Francophonie dan WTO. Ia juga
menjalin hubungan dengan lebih 650 buah pertubuhan bukan kerajaan.

SISTEM PENTADBIRAN DAN POLISI NEGARA VIETNAM

Vietnam terbahagi kepada 58 wilayah (bahasa Vietnam: tỉnh, dari bahasa Cina 省 , shěng).
[34] Juga ada lima kawasan perbandaran (thành phố trực thuộc trung ương) yang ditadbir
sama taraf dengan wilayah.
Setiap wilayah terbahagi kepada perbandaran wilayah (thành phố trực thuộc tỉnh),
perpekanan (thị xã) dan daerah (huyện), kemudian terbahagi lagi kepada pekan (thị trấn) atau
komun (xã). Perbandaran yang terkawal pusat terbahagi kepada jajahan (quận) dan daerah,
dan terbahagi lagi kepada zon (phường).

Vietnam terbentang kira-kira 331,688 km² (128,066 batu persegi) keluasannya (tidak
termasuk pulau-pulau Hoang Sa dan Truong Sa). Perimeter negara di sepanjang sempadan
antarabanganya ialah 4,639 km (2,883 batu). Topografinya terdiri daripada bukit-bukau dan
gunung-ganang yang padat dengan hutan, manakala tanah rata meliputi tidak lebih 20%
seluruh kawasan negara. 40% kawasan Vietnam diduduki gunung, 40% diduduki bukit yang
lebih kecil dan 42% ditumbuhi hutan hujan tropika. Bahagian utara negara banyak terdiri
daripada tanah tinggi dan Delta Sungai Merah. Phan Xi Păng yang terletak di wilayah Lào
Cai, ialah gunung tertinggi di Vietnam pada ketinggian 3,143 m (10,312 kaki). Bahagian
selatan pula terdiri daripada tanah pamah pantai, puncak-puncak Banjaran Annamite, hutan
yang berleluasa, dan tanah yang kurang subur. Tanah tinggi yang terdiri daripada lima bidang
penara agak rata bertanah basalt ini, meliputi 16% daripada seluruh tanah suai tani dan 22%
daripada tanah hutannya.

Delta Sungai Merah (atau Sông Hồng), sebuah kawasan rata berbentuk segi tiga yang
meliputi 3,000 km², sungguhpun lebih kecil namun lebih pesat dimajukan dan lebih padat
pendudukannya berbanding Delta Sungai Mekong. Delta yang pernah menjadi serokan Teluk
Tonkin ini sudah dipenuhi oleh mendapan aluvium besar-besaran dari sungai-sungai selama
beribu-ribu tahun, dan memanjang semeter ke arah Teluk setiap tahun. Delta Mekong yang
meliputi kira-kira 40,000 km², ialah dataran rendah yang ketinggiannya tidak melebihi tiga
meter atas paras laut di mana-mana titik dan banyak disilang oleh terusan dan sungai yang
berselirat. Cabang-cabang dan cawang-cawang Sungai Mekong banyak membawa endapan
sehingga delta ini bertambah 60 hingga 80 meter panjangnya ke laut setiap tahun.

Vietnam mengalami iklim monsun tropika, dengan kelembapan purata 84% sepanjang tahun.
Bagaimanapun, oleh sebab perbezaan dalam latitud dan kepelbagaian muka bumi topografi
yang ketara, maka iklim banyak berbeza dari tempat ke setempat. Ketika musim dingin atau
musim kering, iaitu kira-kira dari bulan November hingga April, angin-angin monsun
lazimnya bertiup dari timur laut sepanjang pantai China dan merentasi Teluk Tonkin, lalu
banyak mengumpul lembapan; kesannya, musim sejuk di kebanyakan tempat-tempat di
negara agak kering berbanding msuim panas atau hujan. Suhu purata tahunan lazimnya lebih
tinggi dalam kawasan dataran berbanding di kawasan gunung dan penara.

PERBANDINGAN NEGARA INDONESIA DAN VIETNAM

Bagi dua gergasi Indonesia dan Vietnam setiap daripadanya mempunyai penduduk lebih 90
juta, keadaan ini boleh menjadi satu peluang besar. Intinya ialah setiap satu daripada dua itu
bersaing untuk menarik pelaburan industri dan peluang pekerjaan yang hadir bersama
dengannya. Buat masa ini, Vietnam adalah negara yang paling berjaya

Malah, Samsung - pembuat telefon pintar paling besar di dunia telah melabur USD17 bilion
di Vietnam, menyumbang hampir satu suku daripada eksport penuh Vietnam berjumlah
USD214 bilion pada 2017 saja. Terdapat empat isu kunci yang menentukan daya saing
nasional. Pertamanya ialah pendidikan. Ketiga-tiga negara itu mempunyai jutaan pekerja
muda. Cabarannya ialah memadankan tenaga kerja dengan keperluan industri. Sementara
kedua-dua Indonesia dan Vietnam, menghasilkan lebih 100,000 jurutera setiap tahun, tetapi
kesesuaian mereka bagi pekerjaan seringkali dipersoalkan. Malah terdapat kekurangan
jurutera pada masa depan dalam tempoh dua ke lima tahun. Menurut Institusi Jurutera
Indonesia, negara itu kekurangan 280,000 jurutera menjelang 2023. VietnaWorks, sebuah
agensi pekerjaan atas talian paling utama menganggarkan kekurangan 500,000 jurutera IT
pada tahun 2020.

tentunya, terdapat keperluan penekanan lebih besar pada latihan dan penempatan vokasional
berasaskan pada keperluan khusus industri.

Isu kedua ialah Nasionalisme. Halangan-halangan kepada perniagaan ini umumnya bersifat
retorik dan banyak digunakan oleh pemain elit dengan kepentingan-kepentingan mendalam
untuk menghalang persaingan.
Peliknya di Indonesia, lebih 350 perniagaan di bawah enam belas industri berada pada senarai
negatif (atau dihalang) kerajaan. Sebagai perbandingan, kerajaan Komunis Vietnam telah
mengehadkan senarai pelaburan negatif kepada hanya empat sektor strategik yang mana ia
meliputi penyiaran, import/eksport, lapangan terbang dan telekomunikasi.

Apapun kesnya, kerajaan-kerajaan perlu menjelaskan mengapa sektor-sektor tertentu


dihalang daripada penyertaan pihak asing; adakah ia merupakan persoalan keselamatan
nasional (industri keselamatan) atau untuk memelihara sektor berpekerjaan tinggi yang
khusus (pertanian dan pemprosesan makanan)?

Isu ketiga ialah Demokrasi. Bercanggah dengan apa yang dihujahkan oleh media liberal
Barat, kebanyakan pelabur tidak mempedulikan demokrasi dan hak asasi manusia --- apa
sebabnya berduyun-duyun korporat Amerika asuk ke Republik Rakyat China sejak beberapa
dekad lalu?

Adalah penting untuk membezakan antara prinsip-prinsip demokrasi dan isu kepastian
perundangan. Syarikat korporat multinasional (MNC) lebih selesa beroperasi dala mpasaran
yang menghormati keluhuran kontrak dan mempunyai sistem perundangan yang sewajarnya
tidak korup (seperti Singapura). Perkara sama adalah benar bagi peraturan pelaburan yang
begitu banyak serta menyusahkan pengurus-pengurus MNC di negara-negara seperti Filipina
dan Indonesia. Sungguhpun begitu, pembasmiannya akan mendatangkan perbezaan bermakna
kepada peluasan perniagaan. Isu keempat ialah lebih besar iaitu persoalan 'watak' nasional
dan sejarah. Orang Vietnam telah mengharungi perang lebih 30 tahun -- berdepan dengan
penakluk bersilih ganti, dari Perancis, hinggalah ke Amerika dan China. Reformasi ekonomi
(yang dipanggil Doi Moi) hanya diperkenalkan pada tahun 1986 dan selepas itu,
pertumbuhan negara itu meningkat mendadak --- dari GDP bernilai USD36.65 bilion pada
tahun 1987 kepada USD223.6 bilion pada tahun 2017. Adalah jelas, sejak beberapa dekad
lalu menyaksikan suatu tempoh 'mengejar balik' apabila generasi lebih muda menikmati hasil
sistem ekonomi yang lebih kapitalis.

Perkara yang sama tidak boleh diperkatakan terhadap Indonesia dan Filipina yang mana
berdekad-dekad apa yang disebut sebagai ekonomi gaya Barat "meniris ke bawah" telah
menyebabkan banyak jutaan masih miskin dan terpinggir hampir 26 juta orang Indonesia
saja hidup di bawah garis kemiskinan. Belum lagi disebut kecurigaan mendalam terhadap
Konsensus Washington dan satu set dasar preskripsi ekonomi yang kelihatan menawarkan
banyak tetapi sebenarnya memberi sedikit.

Maka ketika Presiden Trump terus menyerang China, gergasi-gergasi Asia Tenggara perlu
membuat keputusan sukar untuk menjadikan mereka menarik terhadap pelaburan asing. Jika
tidak, peluang bersejarah ini akan terlepas dan jutaan pekerjaan pembuatan hilang daripada
rantau ini.

KESIMPULAN

Dalam undang-undang antarabangsa, Negara Vietnam dan Indonesia merupakan suatu entiti
bidang kuasa bukan fizikal diwakili pemerintah berpusat yang memiliki kedaulatan ke atas
suatu kawasan geografi tertentu. Undang-undang antarabangsa mentakrifkan kedua-dua
Negara berdaulat ini sebagai mempunyai populasi atau kependudukan yang kekal,
lingkungan kawasan yang jelas, sebuah pemerintah, dan keupayaan memasuki hubungan
bersama negara berdaulat lain. Terdapat juga fahaman umum bahawa sesebuah negara
berdaulat itu tidak bergantung mahupun tunduk kepada sebarang kuasa atau negara lain.

Kedua-dua buah negara boleh wujud tanpa pengiktirafan negara berdaulat lain jika mengikut
teori deklaratif kenegaraan, namun negara yang tidak diiktiraf sering kali susah melaksanakan
kuasa membuat perjanjian serta terlibat dalam hubungan diplomatik dengan negara berdaulat
lain. Meskipun istilah "negara" dan "pemerintah" sering digunakan secara berganti-ganti
dalam Negara Indonesia mahupun Negara Vietnam, terdapat undang-undang yang
membezakan antara kedua negara ini seperti tidak fizikal dan pemerintahnya; dan pada
kenyataannya, konsep "pemerintah dalam buangan" didasarkan atas perbezaan itu. Negara
adalah suatu kesatuan kehakiman yang tidak fizikal, dan tidaklah menyerupai pertubuhan
manapun. Namun, hanya pemerintah sesebuah negara biasanya yang dapat mewajibkan atau
mengikat negara, misalnya melalui suatu perjanjian.
RUJUKAN

1. Sloman, M. – ASEAN- Vietnam, 2005 - Online Library

2. "The Lê Dynasty and Southward Expansion". Countrystudies.us. Dicapai pada 28


April 2010. Haberberg, A. & Rieple, A. 2001.

3. Vietnam Notebook: First Indochina War, Early Years (1946–1950)". Parallel


Narratives. Dicapai pada 25 July 2013.

4. Ricklefs, M.C. 2001. A history of modern Indonesia since c. 1200. Stanford:


Percetakan Universiti Stanford. ISBN 0-8047-4480-7
5. Schwarz, Adam. 1994. A Nation in Waiting: Indonesia's Search for Stability. Edisi
ke-2. St Leonards, NSW : Allen & Unwin.

Anda mungkin juga menyukai