Anda di halaman 1dari 10

TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE

Faculty of Accountancy Finance Business


Department of Mata Pelajaran Pengajian Umum

MPU-3113/MPU-3163 HUBUNGAN ETNIK


(Semester 1, Year 2020/2021)

PROG. / YEAR/SEM/TUTORIAL GROUP : RLM2 S1 G4 (G1)


LECTURER NAME : Mr Benny Thomas Vivian

Student’s Name I.D No


Ang Jia Ying 20WBR07729
Cheng Jia Gi 20WBR07736
Choong Yen Ni 20WBR07744
Lee Wan Jun 20WBR07764
Leong Soon Yue 20WBR07768
Lien Hui Ying 20WBR07769
Wong Shu Rong 20WBR07803
Yap Shu Ni 20WBR07806

1
TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE
Faculty of Accountancy Finance Business
Department of Mata Pelajaran Pengajian Umum

MPU-3113/MPU-3163 HUBUNGAN ETNIK


(Semester 1 , 2020/2021)

BORANG PEMARKAHAN PENILAIAN 1: Laporan Bertulis Bahan Kajian Isu Hubungan Etnik
(40%)

TAJUK DAN JENIS BAHAN KAJIAN: “Boleh Kami Berkawan ?” Video Bahan Kajian

PROG. / KUMP. TUTORIAL: RLM2G4G1 NAMA PENSYARAH: EN. BENNY THOMAS VIVIAN

Nama Pelajar No. I.D Nama Pelajar No. I.D


Ang Jia Ying 20WBR07729 Wong Shu Rong 20WBR07803
Cheng Jia Gi 20WBR07736 Yap Shu Ni 20WBR07806
Choong Yen Ni 20WBR07744
Lee Wan Jun 20WBR07764
Leong Soon Yue 20WBR07768
Lien Hui Ying 20WBR07769

SKOR:
1 – Sangat Lemah 2 – Lemah 3 – Memuaskan 4 – Baik 5 – Sangat Baik

SUB-ATRIBUT SKOR

Rasional Terhadap Masyarakat Pelbagai Budaya

Menghormati Orang Lain

Sumbangan kepada Masyarakat

Jumlah (100 markah) /15 x 100 =

Komen umum:

2
TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE
Faculty of Accountancy Finance Business
Department of Mata Pelajaran Pengajian Umum

MPU-3113/MPU-3163 HUBUNGAN ETNIK


(Semester 1 , 2020/2021)

BORANG PEMARKAHAN PENILAIAN 2 : Pembentangan (20%)


TAJUK DAN JENIS BAHAN KAJIAN: “Boleh Kami Berkawan ?” Video Bahan Kajian

NAMA PENSYARAH: EN. BENNY THOMAS VIVIAN

SA1 + SA2 = SA1 + SA2 =


Nama Pelajar Jumlah Markah Nama Pelajar Jumlah Markah
Ang Jia Ying Wong Shu Rong
Cheng Jia Gi Yap Shu Ni
Choong Yen Ni
Lee Wan Jun
Leong Soon Yue
Lien Hui Ying

SKOR:
1 – Sangat Lemah 2 – Lemah 3 – Memuaskan 4 – Baik 5 – Sangat Baik

SUB-ATRIBUT (SA) Soalan SKOR


Soalan 1 - / 10m
Soalan 2 - / 10m
1. Kejelasan Idea (Berkumpulan ) Soalan 3 - / 10m
Soalan 4 - / 10m
Soalan 5 - / 10m
2. Kesesuaian Penyampaian dengan - -
Tahap Khalayak (Individu)
Komen umum:

3
Jadual Kandungan
Tajuk Muka Surat

Muka Hadapan 1

Borang Pemarkahan Penilaian 1 2

Borang Pemarkahan Penilaian 2 3

Jadual Kandungan 4

Tiga Konsep Hubungan Etnik 5-8


a) Konsep Stereotaip
b) Konsep Rasisme
c) Konsep Akomodasi
Konflik Antara Kaum 8

Dua Penyelesaian Masalah 8-10

Dua Sumbangan 10

4
MPU-3113_3163 HUBUNGAN ETNIK
Laporan Bertulis Bahan Kajian Isu Hubungan Etnik
RLM2 S1 G4 (Kumpulan 1)

Kumpulan kami telah memilih video yang bertajuk “Boleh Kami Berkawan?” sebagai bahan kajian isu
hubungan etnik. Hasil laporan berdasarkan analisis video hubungan etnik tersebut adalah seperti berikut:

1.0 Konsep Hubungan Etnik

1.1 Konsep Stereotaip

Definisi: Konsep yang terdapat dalam bahan kajian yang kami pilih adalah stereotaip. Stereotaip
merupakan kenyataan-kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik. Dengan kata lain, stereotaip
ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditunjukkan kepada
sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain. Stereotaip berbentuk positif atau negatif. Sebagai contoh,
stereotaip positif seperti orang Cina pandai Matematik dan orang Melayu bersikap peramah; stereotaip
negatif seperti orang Melayu malas, orang India sentiasa melibatkan dalam jenayah dan sebagainya.
Fikiran stereotaip ini wujud daripada pengalaman dalam kehidupan seharian setiap etnik sehingga
membentuk imej atau label terhadap kumpulan etnik yang lain. Sebenarnya, stereotaip negatif akan
menimbulkan perasaan negatif dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana fahaman stereotaip akan
mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan
seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.
Fikiran stereotaip negatif juga akan memberikan kesan kepada perasaan, kepercayaan dan perangai yang
negatif seperti prejudis dan diskriminasi terhadap kumpulan etnik lain.

Bukti: Berdasarkan bahan kajian yang kami pilih, murid-murid Cina tidak suka bergaul dengan murid
India, Arumogam. Sebagai contoh, salah seorang murid Cina, CK menyuruh Jeremy dan rakan-rakannya
supaya berhati-hati dan menjauhkan diri dengan Aru. Hal ini kerana CK diberitahu oleh bapanya bahawa
orang India orang yang ganas, kaki botol dan gangster. Jadi, ini dikatakan stereotaip daripada bapa kepada
anaknya. Inilah stereotaip negatif yang dibuat oleh bapa CK terhadap kaum India. Disebabkan fahaman
stereotaip yang negatif tersebut, murid-murid Cina juga mempunyai pandangan negatif terhadap orang
India. Mereka mengkritik Aru ialah seorang gangster dan dia seorang yang bahaya apabila mereka
nampak profil Aru di sosial media dengan gambar-gambar tentang pisau, tatu dan arak. Murid Cina lain,
5
Jo pula mengatakan Aru sangat bahaya dan melarang dia untuk duduk bersama dengan mereka. Jeremy
juga tidak layan Aru apabila Aru memberi salam kepadanya. Hakikatnya, Aru ialah seorang yang
bersikap baik dan memberi layanan yang ikhlas kepada mereka, tetapi mereka tidak memberi layanan
yang mesra kepada Aru atas sebab stereotaip negatif tersebut.

1.2 Konsep Rasisme

Definisi : Rasisme ialah konsep hubungan etnik yang terdapat dalam bahan kajian yang dipilih oleh kami.
Rasisme merupakan konsep berdasarkan ras, iaitu kelompok sosial yang terdiri daripada lelaki dan
perempuan yang mempunyai tanda pengenalan kolektif yang diwarisi dan dapat dibezakan dengan jelas
dalam masyarakat. Pada masa dahulu, berdasarkan perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut
dan rupa bentuk, manusia pernah membahagi kepada beberapa kategori, iaitu Caucasoid, Mongoloid,
Negroid dan Australoid dan sebagainya. Dalam rasisme ditakrifkan sebagai pendapat, pemikiran atau
kepercayaan negatif oleh sesuatu kumpulan etnik terhadap kelompok sosial lain berdasarkan perbezaan
ciri-ciri fizikal dan biologinya. Mengikut Banton (1970), ideologi rasisme dibentuk berdasarkan tiga
fahaman yang dinyatakan seterusnya. Pertama, manusia boleh dibahagikan berdasarkan ciri-ciri fizikal
secara semula jadi. Seterusnya, ciri-ciri fizikal ini berkaitan rapat dengan personaliti, budaya dan
kebijiaksanaan seseorang. Ketiga fahaman ialah wujudnya kelompok yang lebih tinggi kedudukan
sosialnya berbanding dengan kedudukan sosial kelompok yang lain kerana keturunan genetik ini. Rasisme
juga mempunyai dua tahap, iaitu tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap individu rasisme berlaku
dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada ras yang
berstatus lebih rendah. Tahap ini mewujudkan dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Manakala,
pada peringkat institusi melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya
membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Pada tahap ini dapat dilihat secara
tersirat dalam struktur sosial.

Bukti: Dalam bahan kajian yang dipilih oleh kami, kami mendapati bahawa perbuatan rasisme berlaku
apabila Jeremy menyatakan orang India mestilah kulit hitam, bangsa kotor dan bangsa jahat. Contoh lain
ialah Jeremy terus panggil Aru kulit hitam. Bukan itu sahaja, dalam kebudayaan India dan kepercayaan
tradisional, orang India tidak makan daging lembu, tetapi kumpulan pelajar Cina, iaitu Jeremy, CK, Jo
dan Jack berkumpul dan pergi makan daging lembu dengan sengaja apabila Aru mengajak mereka untuk
makan malam bersama-sama. Selain itu, berdasarkan kebudayaan India, orang India akan makan dengan
tangan kanan tetapi kumpulan pelajar Cina bergurau kepada Aru semasa dia makan dengan tangan. Akhir
6
sekali, bukti lain ialah semasa Aru ingin menggunakan mesin cuci di asrama, Jeremy melarang Aru
mengguna mesin cuci. Aru bertanya sebab Jeremy benci akan dia. Selepas itu, Jeremy menjawab dia
kerana dia ialah orang India, bangsa yang berkulit hitam, dan bangsa yang dihina.

1.3 Konsep Akomodasi

Definisi: Antara konsep lain yang terdapat dalam video kajian kami adalah akomodasi. Akomodasi
merujuk kepada proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma
dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini
diwakili oleh formula A + B + C = A + B dan C merujuk kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup
secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap
kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.
Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan
budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang
mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat
penyesuaian antara mereka. Aplikasi konsep dan proses akomodasi adalah sangat penting dalam
perpaduan dan integrasi kelompok etnik di Malaysia. Akomodasi dianggap sebagai proses yang paling
utama lagi kritikal yang sudah diterima dan dihayati oleh semua kelompok etnik di Malaysia, sama ada
secara kolektif atau peribadi. Ini terjadi adalah kerana sikap positif saling hormat-menghormati antara
kelompok etnik terhadap norma dan nilai masing- masing. Ini diungkapkan ‘sama tapi tak serupa’.
Akomodasi juga dikata sebagai sesuatu proses yang menunjuk pada usaha-usaha semua rakyat Malaysia
dengan berbilang kaum, agama, bangsa untuk mempertahankan perpaduan Malaysia.

Bukti: Konsep akomodasi juga diwujudkan dalam video yang kami pilih. Misalnya, pada permulaan
video, pelajar Cina, Jeremy tidak mengalu-alukan pelajar India, Arumogam kerana Jeremy mempunyai
stereotaip terhadap orang India melalui sosial media. Di samping itu, Jeremy dan rakan-rakannya juga
bersifat rasis terhadap Aru dengan menyatakan orang India ialah bangsa yang jahat dan ganas. Mereka
juga mengkritikan Aru berkulit hitam dan berbau busuk dalam kelas. Tetapi, Arumogam masih sudi
menolong Jeremy untuk merompak balik dompet Jeremy dari perompak tanpa mengambil kira konflik
yang telah wujud dengan mereka. Akhirnya, Aru telah cedera parah dan kumpulan pelajar Cina tersebut
telah menyedarkan bahawa mereka mempunyai salah faham terhadap Aru. Jeremy telah menerima surat
Aru dan meminta maaf daripadanya dengan hati yang ikhlas atas sebab perbuatan rasisme sebelum ini.
7
Jeremy juga mengucapkan terima kasih kepada Aru selepas Aru telah sembuh. Mereka juga berkawan
baik dengan Aru. Video ini mewujud konsep akomodasi kerana akhirnya dibuktikan bahawa Aru yang
mempunyai kaum yang berbeza dengan kumpulan pelajar Cina masih dapat berkawan dan berkongsi
budaya antara satu sama lain. Seterusnya, mereka janji akan memahami dan menghormati kaum, agama
dan bangsa lain. Mereka dapat menghormati budaya Aru dan makan makanan yang Aru membawa ke
sekolah bersama-sama.

2.0 Konflik antara kaum

Dalam video kajian kami, kami mendapati sekumpulan pelarja cina tidak ingin berkawan dengan
Aru kerana dia mempunyai streotaip negatif terhadap kaum india disebabkan stereotaip negatif yang
dibuat oleh ibu bapa CK. Jeremy merupakan seorang pelajar Cina yang benci akan orang India kerana dia
telah dipengaruhi oleh pandangan stereotaip yang negatif terhadap etnik India. Dia sering menyindir
budaya dan pantang larangnya bersama-sama dengan rakan-rakannya yang beretnik Cina iaitu CK, Jo dan
Jack. Selain itu, mereka juga tidak memberi peluang kepada Aru untuk membincangkan projek video.
Mereka melarang Aru untuk duduk dan makan bersama-sama dengan menggunakan perkataan kotor,
busuk dan penghinaan budaya Aru. Pada suatu hari, Cikgu Yang Yang telah memberitahu kepada ketua
class iaitu Jack tentang kelas ICS telah dibatalkan dan Jack memberitahu kepada semua orang yang
makan bersama dengan dia kecuali Khoo dan Aru. Jack menyuruh Jeremy memberitahu kepada Khoo dan
Aru tentang hal kelas dibatalkan. Jeremy tidak memberitahu kepada Aru dengan sengaja. Keesokan
harinya, Aru seorang hadir kelas ICS dan telah menunggu rakan dia dua jam. Bukan itu sahaja, Aru turut
didiskriminasi oleh mereka dengan layanan yang teruk. Aru pernah meluahkan perasaannya kepada
Jeremy tetapi Jeremy tidak berasa salah.

3.0 Penyelesaian masalah

Dari bahan kajian, kami telah memerhatikan proses Jeremy dan rakan-rakannya menghapuskan
rasisme Aru kerana Aru adalah seorang India. Kemudian, kami akan memberi pendapat kami untuk
menyelesaikan masalah tentang rasisme yang berlaku dalam bahan kajian tersebut. Pendapat yang
pertama adalah, tutor dalam kampus yang mengajar kelas Jeremy boleh memberikan penjagaan dan
perhatian sewajarnya terhadap situasi pelajar dia. Ini adalah kerana Aru selalu dipaksa untuk berasing
dengan Jeremy dan rakan-rakannya ketika belajar berkumpulan kerana semua pelajar dalam kelas tidak
8
mahu berkumpulan bersamanya. Di samping itu, ketika semua orang membincangkan tugusan mereka,
nasihat Aru tentang tugusan itu tidak diikuti oleh semua orang. Pada pendapat kami, keadaan tersebut
telah berlaku berulang kali di dalam kelas mereka. Oleh itu, apabila tutor melihatnya, tutor boleh bermula
mengambil tindakan oleh situasi rasisme yang berlaku dalam kelas dia. Sebagai contoh, tutor boleh
bertanya secara peribadi kepada Jeremy atau pelajar lain mengenai sebab-sebab mereka mendiskriminasi
Aru. Ketika tutor mengetahui sebab-sebabnya, dia boleh memberitahu pendidikan etnik kepada Jeremy
dan rakan-rakannya dengan serius, misalnya, tutor boleh memberitahu Jeremy bahawa bukan semua
orang India melakukan kekerasan seperti yang Jeremy lihat dalam video dalam talian. Atas sebab yang
sama, walaupun kita orang Cina, tidak semestinya orang Cina di dunia ini semua adalah orang yang baik.
Jadi, sekiranya tutor mereka tidak berputus asa untuk mengubah pandangan Jeremy dan pelajar lain yang
mengenai diskriminasi terhadap Aru dan mengubah pemikiran mereka yang rasisme terhadap Aru,
kesannya iaitu Aru dihantar ke hospital dapat dielakkan.

Dalam bahan kajian, kami mendapati pelajar-pelajar Cina iaitu Jeremy dan rakan-rakanya tidak
bergaul mesra dengan Arumogam malah membenci dan menjauhi dia atas sebab kebezaan kaum dan
warna kulit. Pada pendapat saya, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk menyelesaikan
masalah ini dalam kalangan generasi masa hadapan. Ini disebabkan kerana ibu bapa adalah orang pertama
yang memberikan pendidikan kepada anak. Jika ditanam pada diri dengan semangat perpaduan sejak awal,
maka mereka tidak akan bersikap rasisme. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengelakkan diri daripada
memandang rendah terhadap kaum lain dan mengkritik seseorang dengan sesuka hati. Hal ini demikian
supaya anak-anak tidak akan terpengaruh oleh sikap ibu bapa yang diamalkan. Bak kata pepatah
bagaimana acuan begitulah kuihnya. Seterusnya, untuk mengelakkan hal seperti Jeremy terus panggil
Arumogam kulit hitam ini berlaku, ibu bapa sepatutnya bersikap mesra terhadap jiran tetangga tanpa
mengira kaum dan agama. Sebagai contohnya, bertegur sapa, saling tolong-menolong dan melayani
mereka dengan ikhlas. Maka, sejak usia muda anak akan meneladani sikap ibu bapa yang menghormati
kaum lain. Selain itu, ibu bapa boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjungi untuk mengelakkan
berlakunya tindakan seperti pelajar-pelajar Cina yang tidak memahami dan menghormati kebudayaan dan
kepercayaan Arumogam. Sebagai contohnya, mereka tetap makan daging lembu dan mengabaikan
perasaan Arumogam yang ingin makan malam bersama mereka. Ibu bapa boleh membawa anak-anak
untuk mengunjungi rumah rakan sekerja atau jiran yang berlainan kaum semasa sambutan
perayaan masing-masing. Amalan ini dapat memberi peluang kepada golongan muda untuk saling
memahami adat dan budaya antara satu sama lain. Melalui kunjungan semasa perayaan hubungan antara
kaum dapat di eratkan apabila perselisihan faham dan syak wasangka terhadap satu sama lain dapat

9
dihapuskan.Kebanyakan punca anak-anak bersikap buruk dan sering mengkritik orang lain adalah
disebabkan pendidikan ibu bapa yang tidak menyeluruh. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa
mempunyai tanggung jawab yang besar dan berperanan penting dalam membentuk sikap anak-anak.
\

4.0 Sumbangan

Kami berharap bahawa setiap kaum harus melibatkan diri dalam menghapuskan prasangka dan
diskriminasi mereka terhadap kaum lain. Rakyat Malaysia menghadapi satu masalah yang masih tidak
dapat dihapuskan sampai sekarang iaitu konflik masih berlaku antara kaum-kaum disebabkan oleh
perbezaan dalam budaya, agama, bahasa dan sebagainya. Hal ini telah menjadikan suasana yang tidak
harmoni, perpecahan serta permusuhan antara kaum yang akan mengancam perpaduan Malaysia.
Perpaduan antara kaum sangat penting sebagai satu pengukuhan kepada ekonomi Malaysia yang dapat
menghapuskan sosio-ekonomi yang wujud taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan untuk mencapai
kemajuan negara. Misalnya, perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat
pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza
kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi
negara akan berkembang dengan kemasukan pelancong asing dan pelabur dari luar negara juga akan
berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf
ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Seterusnya, ahli kumpulan kita berharap setiap kaum boleh saling menjaga antara satu sama lain
membuang sikap prejudis dengan tidak mengira kulit, budaya dan sebagainya. Melalui cara ini, Malaysia
kita akan semakin harmoni dan perpaduan tanpa sebarang konflik dan pertikaian serta negara kita akan
menjadi lebih kesejahteraan. Di samping itu, kepentingan kesepaduan kaum adalah untuk mencari
kedamaian dan kesejahteraan hidup. Namun begitu, di kalangan kita mempunyai kebanyakan orang tetap
menjauhi diri berhubung dengan kaum yang lain seperti orang Melayu, orang India dan sebagainya.
Sebagai contoh, mereka akan bagi label kepada orang Melayu ialah orang yang malas, orang India ialah
orang yang ganas dan orang Cina ialah orang yang sombong. Konsep ini akan menyebabkan setiap kaum
berasa tidak selesa dan menimbul perasaan negatif atas label mereka kerana mereka berasa dipandang
rendah oleh orang lain. Oleh itu, masyarakat haruslah menghapuskan sikap ini suka memberi label kepada
setiap kaum untuk mengurangkan konflik dan prejudis. Kesimpulannya, masyarakat yang mengamalkan
perpaduan dan saling bantu-membantu, negara kita akan semakin maju, harmoni dan kesejahteraan.

10

Anda mungkin juga menyukai