Anda di halaman 1dari 5

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

27200 KUALA LIPIS,

PAHANG

KERTAS KERJA PROJEK REKA CIPTA

BAHAN KITAR SEMULA

TEMPAT :
CAFE AZIZI IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TARIKH :

17 NOVEMBER 2021 - 2 DISEMBER 2021

ANJURAN :

GURU PELATIH ELEKTIF TERBUKA PENDIDIKAN LESTARI ALAM


SEKITAR AMBILAN JUN 2018 DAN 2019 JABATAN SAINS DAN
MATEMATIK IPGKTAA
1. PENGENALAN

Projek Reka Cipta Bahan Kitar Semula yang dianjurkan oleh para guru pelatih IPG
Kampus Tengku Ampuan Afzan adalah bagi memenuhi terma dan syarat bagi kursus
Pendidikan Lestari Alam Sekitar. Projek ini adalah untuk meningkatkan kreativiti guru
pelatih dalam menghasilkan produk kitar semula menggunakan bahan terpakai sekaligus
memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

2. TUJUAN

2.1 Melahirkan guru pelatih yang berfikiran kreatif dan inovatif


2.2 Mengembangkan dan mencungkil bakat terpendam para guru pelatih
2.3 Mengaplikasi pengetahuan mengenai reka cipta
2.4 Melahirkan guru pelatih yang menghargai alam sekitar dengan mengitar semula
barang terpakai.

3. RASIONAL
Projek ini bertujuan bagi memberi peluang kepada para guru pelatih menunjukkan minat
terhadap reka cipta. Selain itu, guru pelatih juga berpeluang menzahirkan idea-idea yang
bernas di samping mencuba sesuatu yang baru dan menajamkan pemikiran mereka agar
berfikir di luar kotak pemikiran.

4. SASARAN
Guru pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

5. TEMPAT
Cafe Azizi IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

6. TARIKH DAN MASA


Tarikh: 17 November 2021 hingga 2 Disember 2021
Masa: 8.00 pagi

7. JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Shafiyah Atiqah binti Muhammad Nubli
Timbalan Pengerusi : Fazira binti Ibrahim
Setiausaha : Amiratul Syafaah binti Abdul Wachid
Naib Setiausaha : Nurul Shafia binti Wahab
AJK Pertandingan : Azni a/l Muhammad
: Juliana Nursuhaily binti Ismail
: Rohaya a/p Jani
: Syazlin Amira binti Mohd Radzuan
: Nor Fazlin Ilyani binti Jamaluddin
: Nur Athirah Auni binti Zulkifli
AJK Hadiah : Cheok Hui Wen
: Khoo Wei Shan
AJK Poster dan Hebahan : Bee Sin Wai
: Ivy Chiong Yin Yin
: Nur Aina Nadiah binti Muhamad Khalim
: Yaesvini Marimuthu
AJK Fotografi : Bong Jia Qi
AJK Tempat : Leong Kar Yee
: Nurin Ilyana binti Hishamuddin
AJK Jemputan dan Buku : Joanne Cheah Jia En
Program : Joyce Lee Chiu Yui

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA
JUMLAH

1 Hadiah Pertandingan RM 50.00

9. TENTATIF
17/11/2021: Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula
2/12/2021: Pameran Reka Cipta Bahan Kitar Semula

10. PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang diatur memberikan faedah kepada
guru pelatih IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan serta dapat mencapai objektif yang telah
ditetapkan dengan jayanya.
Disediakan oleh,

...............................................

(AMIRATUL SYAFAAH BT ABDUL WACHID)

Setiausaha,

Projek Reka Cipta Bahan Kitar Semula,

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,

27200, Kuala Lipis, Pahang.

Disemak oleh,

...............................................

(PUAN RAFIDAH BINTI WAHAB)

Penasihat Projek Reka Cipta Bahan Kitar Semula,

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,

27200, Kuala Lipis, Pahang.

Disahkan oleh:

......................................................................
(HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF, SMP.)

Pengarah

IPG Kampus Tegku Ampuan Afzan

27200, Kuala Lipis, Pahang.

Anda mungkin juga menyukai