Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN RINGKAS PENULISAN KERTAS KERJA :

Contoh cover k.kerja


1. Cover/Kulit luar Kertas Kerja – perlu mengandungi
maklumat seperti berikut : CTU101
a. Tajuk Kertas Kerja
b. Kod Kursus ( CTU 101)
c. Nama pensyarah ISLAM SEBAGAI AD-DIN
d. Kod program con AP114
e. Nama Penuh dan No Matrik
f. Penilaian markah Disediakan untuk:
Nama Pensyarah
2. Isi Kandungan – mengandungi topik dan subtopik
Disediakan oleh:
perbincangan dan halaman.
ISI KANDUNGAN HALAMAN Muhd B. Ahmad (2010XXXX)

1.0Pendahuluan 1 AP114
2.0 Maksud T Islam
3.0 Penilaian Markah
4.0 Pengenalan /1
5.0 Isi+ huraian /8
Cadangan/Kesimpulan /2
7.0 Kesimpulan Isi Bibliografi /2
kandungan Etika& Profesinalisme /2
Bibliografi/Rujukan Jumlah /15

Lampiran (jika ada)

3. Pengenalan / Pendahuluan – menjelaskan intro/muqaddimah mengenai topik kajian


kertas kerja

4. Isi – membincangkan data-data atau fakta-fakta berkaitan dengan tajuk kertas kerja
yang dikutip dari pelbagai sumber (buku/kertas kerja/ akhbar dll) kemudian dihurai
dan dianalisa. Data-data tersebut boleh dibahagikan kepada subtopik yang lebih kecil.
JANGAN PLAGIAT, JANGAN COPY PASTE DARI INTERNET. Mana2 fakta
yang diperolehi dari buku, internet dll ditaip semula...dan dinyatakan diambil dari
sumber mana....

5. Penulisan Rujukan : Citation APA system/FootNote (bergantung pada


pensyarah)
(Nama Pengarang, Thn Terbitan Buku: Halaman)

Con: Pendidikan Barat di Alam Melayu bermula dengan tertubuhnya sekolah-sekolah


bercorak keagamaan ala-barat. Sekolah yang pertama adalah Sekolah ST Paul di
Melaka yang didirikan oleh Francis Xavier pada tahun 1550-1553M ( Khoo Kay

1
Kim, 1992 : 34) atau Menurut khoo Kay Kim (1992, hal.34), Pendidikan Barat di
Alam Melayu.......................

6. Petikan/terjemahan ayat al-Quran/mafhum hadis/ pendapat tokoh –


diketengahkan, ditulis dalam single spacing, tulisan diitalickan dan dicatatkan
sumber.
Con: Rasulullah mnegaskan mengeani ihsan sebagaimana maksud sabdanya :
”Ihsan itu adalah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah
engkau melihat Allah...”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Bahasa – menggunakan Bahasa Melayu. Istilah bahasa lain yang dikekalkan dengan
bahasa tersebut perlulah diserong atau diitalickan con. Civilization, civitas,
madaniyyah dll.

8. Penutup/kesimpulan. –mengandungi rumusan yang didapati hasil dari perbincangan


kertas kerja .

9. Bibliografi/Rujukan – menyenaraikan sumber-sumber rujukan yang digunakan –


buku, kertas kerja, artikel, jurnal, akhbar, majalah, laman web.

Penulisan Bibliografi :
Nama Pengarang(Tahun) Nama Buku, Tempat Terbit : Penerbit
Con : Ibn Khaldun ( 1995 ), Mukaddimah, KL : DBP

10. Tulisan - 12 Times New Roman atau Arial 11, 1 ½ spacing, justify.

11. Halaman – halaman muka surat perlu ada pada setiap helaian kertas kerja, yang
dumulai dengan halaman pendahuluan.
Halaman untuk isi kandungan, penghargaan dsb ditulis dengan huruf roman seperti i,
ii dll. Bilangan muka surat dalam setiap kertas kerja adalah antara 15 halaman.

12. Lampiran – jika ada lampiran yang perlu dilampirkan seperti gambar, peta, petikan
akhbar dll boleh dilampirkan di halaman belakang sekali selepas bibliografi/rujukan
tanpa dikira sebagai halaman/muka surat isi kandungan. Jika lebih dari satu lampiran
nyatakan seperti lampiran I, Lampiran II etc.

13. Urutan Kertas Kerja –


1.0 Pendahuluan
2.0 Definisi (berkaitan dengan tajuk kertas kerja)
3.0
4.0
6.0 Kesimpulan
Bibliografi
Lampiran (jika ada )

2
13. Kekemasan – Kertas kerja yang terbaik perlulah kemas, tiada typing error, justify, 1
½ spacing, perlu disusun mengikut panduan.

Anda mungkin juga menyukai