Anda di halaman 1dari 4

UNIT 11 Kod Etika Profesionalisme Keguruan & Peraturan Pendidikan

AKTIVITI LATIHAN AKTIF UNIT 11

Nama
Matrik Group Tarikh
Kod Etika Profesionalisme Keguruan & Peraturan
Tajuk
Pendidikan

Pemetaan Ringkasan Kandungan

1
UNIT 11 Kod Etika Profesionalisme Keguruan & Peraturan Pendidikan

Latihan Objektif
Arahan: Bulatkan jawapan yang betul

1. Berusaha menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta


sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
Manakah di antara komponen Kod Etika Keguruan berikut mengandungi kriteria di
atas?
A. Tanggungjawab guru terhadap murid.
B. Tanggungjawab guru terhadap ibu bapa.
C. Tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara.
D. Tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion.

2. Memupuk dalam diri pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua, menghormati
adanya perbezaan, kebudayaan, keturunan dan agama.
Berdasarkan kepada pernyataan di atas, manakah antara Kod Etika Profesionalisme
Keguruan berikut yang berkaitan dengannya?
A. Tanggungjawab guru terhadap murid.
B. Tanggungjawab guru terhadap ibu bapa.
C. Tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara.
D. Tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion.

3. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) yang telah dibentuk


bertujuan untuk pencegahan, peringatan dan pengajaran.
Manakah di antara pernyataan berikut berkaitan dengan tujuan pencegahan?
A. Saranan agar sentiasa mengelakkan diri dari melakukan amalan-amalan yang
melanggar peraturan-peraturan.
B. Hukuman yang dijatuhkan kepada pegawai yang telah melakukan kesalahan
tatatertib supaya organisasi dapat beroperasi dengan baik.
C. Notis yang dikeluarkan kepada para pegawai agar sentiasa berwaspada dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
D. Tindakan yang dikenakan untuk dijadikan iktibar dan panduan kepada pegawai
yang terlibat dan pihak-pihak lain agar perkara yang sama tidak berulang.

4. Warta kerajaan yang dikeluarkan dan diedarkan dari masa ke semasa. Merupakan
satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan
perkhidmatan. Meupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh guru-guru.
Pernyataan di atas adalah merujuk kepada _________________.
A. Perintah Am. B. Pekeliling Ikhtisas.
C. Akta Pendidikan 1996. D. Undang-undang sivil & syariah.

5. Mengelakkan dari berlakunya amalan-amalan yang melanggar peraturan-peraturan


perkhidmatan merupakan salah satu dari tujuan mengapa peraturan-peraturan
perkhidmatan dalam pendidikan diadakan.
Manakah di antara perkara berikut merujuk kepada keterangan di atas?
A. Amaran B. Peringatan
C. Pengajaran D. Pencegahan

2
UNIT 11 Kod Etika Profesionalisme Keguruan & Peraturan Pendidikan

Latihan Esei
Arahan: Jawab semua soalan di ruang kosong yang disediakan.

1. Berikan penjelasan terhadap perkara-perkara berikut:

i. Kod Etika Profesion Keguruan. (5 Markah)

ii. Pekeliling Ikhtisas. (5 Markah)

3
UNIT 11 Kod Etika Profesionalisme Keguruan & Peraturan Pendidikan

2. Bincangkan kepentingan pelaksanaan amalan Kod Etika Profesionalisme Keguruan di


Malaysia. (10 Markah)

Anda mungkin juga menyukai