Anda di halaman 1dari 11

JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PENJAJA

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

TERMA DAN SYARAT PORTAL eLESEN

Anda adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat yang
terkandung dalam laman sesawang ini sebelum membuat permohonan dan
pembayaran. Sekiranya anda melayari dan menggunakan laman sesawang ini
untuk memohon dan membuat bayaran, maka anda adalah dianggap telah
membaca, memahami dan menerima terma dan syarat yang ditetapkan oleh Datuk
Bandar Kuala Lumpur (“Datuk Bandar”)

1.0 SYARAT PENGGUNAAN

1.1 Penerimaan Syarat dan Peraturan


Dengan menggunakan https://elesen.dbkl.gov.my, anda bersetuju
diikat oleh syarat-syarat berikut, yang akan berkuatkuasa serta-merta
dengan penggunaan pertama laman sesawang ini. Jika anda tidak
bersetuju dengan syarat dan peraturan berikut, anda adalah
dinasihatkan tidak menggunakan kemudahan di laman sesawang ini.
Kegagalan mematuhi sebarang daripada syarat dan peraturan ini
mungkin mengakibatkan kehilangan hak untuk menggunakan
kemudahan ini.

1.2 Pendaftaran
Bahagian-bahagian tertentu dalam laman sesawang ini mungkin
memerlukan pendaftaran. Anda dikehendaki menyediakan maklumat
terkini yang lengkap dan tepat seperti yang dinyatakan pada borang
pendaftaran yang berkenaan. Anda bersetuju untuk mengemaskinikan
data bila perlu, agar maklumatnya tepat dan terkini. Anda
bertanggungjawab sepenuhnya untuk memilih serta mengekalkan
kerahsiaan ID pengguna dan katalaluan anda. Datuk Bandar tidak
bertanggungjawab ke atas penggunaan ID pengguna atau katalaluan
anda oleh orang lain.

1
JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PENJAJA
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

TERMA DAN SYARAT PORTAL eLESEN

1.3 Permohonan Lesen


1.3.1 Datuk Bandar berhak menolak permohonan yang tidak
memenuhi syarat permohonan dan bertentangan dengan akta,
undang-undang kecil, peraturan, syarat dan garis panduan
pelesenan.

1.3.2 Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses dan akan
ditolak secara automatik sekiranya pemohon gagal memenuhi
syarat permohonan dalam tempoh 7 hari dari tarikh
permohonan dihantar.

1.4 Syarat Penggunaan Foto Yang Dihantar


1.4.1 Datuk Bandar mengikut budibicara pihaknya, memegang hak
untuk melarang pameran atau pun mengeluarkan imej atau foto
dari laman sesawang ini jika dianggap menimbulkan bantahan
atau pun dianggap melanggar undang-undang berkaitan.

1.4.2 Tanpa membatasi yang tertera di atas dalam apa jua bentuk
pun, anda tidak dibenarkan memuatnaik, mengirim, e-mel atau
menyiarkan kepada laman sesawang ini sebarang imej atau foto
yang sifat kandungannya:

1.4.2.1 mengikut takrif Datuk Bandar ia adalah


menjelikkan, menyakitkan hati, berunsur fitnah,
mendera, lucah, mengganggu, mengancam, mengugut,
mengganggu, pornografik, bersifat seksual atau pun tidak
sesuai untuk individu di bawah umur 18 tahun.

1.4.2.2 yang melanggar undang-undang atau peraturan


mana-mana tempat imej atau foto ini dipamerkan atau

2
JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PENJAJA
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

TERMA DAN SYARAT PORTAL eLESEN

dimuat atas dari dan/atau ditontoni, dan/atau diterima,


atau melanggar sebarang kod industri;

1.4.2.3 yang merupakan bahan ataupun kandungan di


bawah takluk hakcipta yang digunakan tanpa kebenaran
pemiliknya atau pun yang mencabuli hakmilik intelektual
seseorang individu;

1.4.2.4 yang menurut pendapat Datuk Bandar ia


memberikan gambaran yang tidak baik terhadap laman
sesawang ini.

1.5 Pembayaran

1.5.1 Semua pembayaran adalah tertakluk kepada syarat berikut:


1.5.1.1 Semua jumlah dinyatakan ialah dalam nilai MYR -
Malaysia Ringgit.

1.5.1.2 Untuk pembayaran melalui FPX, caj bank sebanyak


RM0.50 akan ditanggung oleh pemegang akaun untuk
pembayaran melalui akaun individu dan RM1.00 untuk
akaun syarikat.

1.5.1.3 Untuk bayaran melalui Kad Kredit, tiada sebarang


caj dikenakan.

1.5.1.4 Datuk Bandar tidak akan menerima sebarang


liabiliti bagi bayaran yang tidak diterima oleh akaun
agensi yang betul jika anda memasukkan nombor akaun
yang tidak betul atau butiran peribadi yang tidak tepat.
Datuk Bandar juga tidak akan menerima sebarang liabiliti

3
JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PENJAJA
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

TERMA DAN SYARAT PORTAL eLESEN

jika bayaran anda tidak dibenarkan atau ditolak oleh


pembekal kad kredit/debit anda bagi apa-apa sebab.

1.5.1.5 Jika pembekal kad kredit/debit menolak


pembayaran anda, Datuk Bandar tidak bertanggungjawab
untuk membawa perkara ini kepada perhatian anda. Anda
perlu menyemak dengan bank pengeluar kad kredit/debit
anda jika ada pembayaran telah ditolak dari akaun anda.

1.5.1.6 Bayaran anda akan diterima oleh akaun agensi


yang anda membuat pembayaran pada hari yang sama.
Walau bagaimana pun, proses pemadanan maklumat
bayaran daripada pihak bank dengan rekod DBKL akan
dikemaskini selewat-lewatnya dalam tempoh 3 hari
bekerja.

1.5.2 Pengesahan Pembayaran


1.5.2.1 Anda akan menerima pengesahan bayaran pada
skrin anda selepas pembayaran dibuat. Anda boleh
mencetak bukti pembayaran apabila transaksi anda telah
selesai.

1.5.2.2 Kegagalan menerima pemberitahuan sedemikian


boleh dianggap bahawa transaksi anda tidak berjaya dan
anda dinasihatkan untuk membuat transaksi ulangan
sekurang-kurangnya selepas tempoh 3 hari bekerja.

1.5.3 Dasar Bayaran Balik


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai
bayaran berlebihan telah didebit dari akaun anda dan
merasakan yang anda mungkin layak untuk bayaran balik, sila

4
JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PENJAJA
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

TERMA DAN SYARAT PORTAL eLESEN

hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja, DBKL


dengan menyatakan bukti pengesahan pembayaran atau
nombor rujukan berkaitan.

1.6 Cetakan
Cetakan bil, lesen atau resit yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar
adalah cetakan yang akan diambilkira terlebih utama sekiranya
terdapat percanggahan maklumat dengan cetakan yang dibuat oleh
pemegang lesen melalui laman sesawang ini.

2.0 PERUNDANGAN

2.1 Hakmilik
Kandungan laman sesawang ini adalah dimiliki dan diuruskan oleh
Datuk Bandar Kuala Lumpur, suatu perbadanan tunggal yang
ditubuhkan di bawah Seksyen 5 Akta Ibukota 1960. Kandungan laman
sesawang ini bertujuan untuk menguruskan permohonan dan
pembayaran lesen untuk warga kota di Kuala Lumpur mengikut syarat
dan terma yang ditetapkan oleh DBKL. Segala kandungan yang ada
dalam laman sesawang ini dari segi rekabentuk, susunan, imej, dan
apa-apa yang terkandung dan terhasil daripadanya merupakan
hakmilik penuh dan menjadi harta intelek Datuk Bandar Kuala Lumpur.

2.2 Laman Lain

Laman sesawang ini dipautkan ke portal rasmi Dewan Bandaraya


Kuala Lumpur (DBKL) atau mana-mana laman sesawang rasmi DBKL
atau Kerajaan. Datuk Bandar tidak akan bertanggungjawab ke atas
kandungan dan kesediaan laman sesawang yang lain yang diuruskan

5
JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PENJAJA
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

TERMA DAN SYARAT PORTAL eLESEN

oleh pihak ketiga dari segi informasi atau perkhidmatan yang boleh
didapati dari laman sesawang lain tersebut. Anda melayari laman
sesawang ini dan laman sesawang yang dipautkan padanya atas risiko
anda sendiri. Datuk Bandar tidak akan bertanggungjawab bagi apa-
apa kerugian secara langsung atau tidak langsung atau apa-apa
kerugian yang timbul dari tindakan anda melayari laman sesawang ini
atau laman sesawang yang berkaitan dengannya.

2.3 Perubahan Dan Pindaan


Datuk Bandar berhak untuk menukar, mengubah atau meminda
mana-mana syarat dan terma pada bila-bila masa tanpa keperluan
untuk memberi makluman awal kepada pemohon sebelum kuatkuasa
perubahan dan/atau pindaan tersebut.

2.4 Penggunaan Maklumat Peribadi


Datuk Bandar hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda bagi
tujuan pengurusan lesen sahaja kecuali dalam keadaan di mana
maklumat peribadi anda diperlukan atau dikehendaki oleh mana-mana
pihak mengikut peruntukkan undang-undang yang berkuatkuasa.

2.5 Tiada Jaminan


Datuk Bandar tidak memberi sebarang jaminan dalam apa-apa bentuk
sama ada dalam bentuk nyata atau tersirat berkenaan fungsi,
ketepatan, kualiti, bebas virus, ancaman penggodam, elemen-elemen
yang memudaratkan dan kelangsungan laman sesawang ini. Datuk
Bandar tidak bertanggungjawab atas ketidakupayaan mengakses
maklumat atau kesan dari ketidakupayaan itu kepada kerosakan
komputer pelayar, kepada perniagaan pelayar, atau kepada apa
sahaja.

6
JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PENJAJA
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

TERMA DAN SYARAT PORTAL eLESEN

2.6 Liabiliti dengan menggunakan laman sesawang ini, anda telah


bersetuju bahawa Datuk Bandar tidak akan bertanggungan dalam apa-
apa keadaan termasuklah kecuaian yang membawa kepada kerugian
sama ada secara langsung atau tidak langsung yang timbul dari
penggunaan maklumat yang terkandung di dalam laman sesawang ini
oleh anda. Liabiliti Datuk Bandar (jika ada) di bawah apa-apa jenis
cause of action untuk apa-apa jenis gantirugi, kerosakan, kos dan
belanja, sama ada dalam kontrak atau tort hendaklah tidak melebihi
apa-apa jumlah atau amaun yang dibayar oleh anda bagi satu-satu
lesen.

2.7 Pengecualian

Pengecualian dan had yang dinyatakan hendaklah terpakai hanya


setakat yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia, tanpa prejudis
kepada hak Datuk Bandar untuk mendapatkan apa-apa penyelesaian
selaras dengan mana-mana undang-undang terpakai.

3.0 POLISI PRIVASI

3.1 Pengenalan
Datuk Bandar adalah komited untuk melindungi data peribadi anda
dan memberi prioriti untuk melindungi privasi anda. Kenyataan privasi
ini menerangkan bagaimana Datuk Bandar melindungi data peribadi
anda dalam melaksanakan urus tadbir yang baik dengan berpandukan
prinsip-prinsip umum dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
(“APDP”).

3.2 Pengumpulan Data Peribadi


Jenis data peribadi yang diambil atau dikumpul secara terus daripada
anda adalah bergantung kepada keadaan kutipan data dan juga jenis

7
JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PENJAJA
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

TERMA DAN SYARAT PORTAL eLESEN

perkhidmatan yang dimohon atau transaksi yang dibuat. Ianya boleh


termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
3.2.1 Maklumat peribadi yang merujuk kepada seseorang individu
seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport dan
seumpamanya;
3.2.2 Maklumat perhubungan seperti alamat, nombor telefon, dan
email;
3.2.3 Maklumat pembayaran seperti makumat kad kredit/debit,
termasuk nama pemegang kad, nombor kad, alamat bil dan
tarikh luput kad.

3.3 Cara Pengumpulan Data Peribadi


Kenyataan privasi ini meliputi data peribadi yang diberikan kepada
Datuk Bandar oleh anda melalui laman sesawang eLesen atau melalui
mana-mana pegawai Datuk Bandar dalam bentuk bertulis.

3.4 Penggunaan Data Peribadi


Datuk Bandar boleh menggunakan data peribadi anda bagi tujuan
berikut;
3.4.1 Bagi membolehkan Datuk Bandar menyediakan perkhidmatan
kepada anda;
3.4.2 Untuk memantau permohonan lesen dan pengurusan selepas
lesen diluluskan;
3.4.3 Untuk memberi makluman berkaitan lesen kepada anda;
3.4.4 Untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan anda dan
orang awam yang lain;
3.4.5 Untuk menyiasat dan memberi maklum balas terhadap apa-apa
tuntutan;
3.4.6 Untuk mematuhi mana-mana perundangan dan peraturan yang
berkuat kuasa; dan

8
JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PENJAJA
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

TERMA DAN SYARAT PORTAL eLESEN

3.4.7 Untuk apa-apa tujuan bagi memastikan perkhidmatan ini


terancang, terurus dan dilaksanakan dengan lancar.

3.5 Perkongsian data peribadi


Datuk Bandar berhak memproses, mendedahkan, berkongsi dan
memindahkan data peribadi anda kepada mana-mana jabatan
dalaman DBKL dan/atau mana-mana agensi kerajaan.

4.0 PERAKUAN

4.1 Saya mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan di atas


adalah benar. Dengan meneruskan, saya bersetuju dengan syarat-
syarat penggunaan laman sesawang ini, termasuklah perundangan,
syarat-syarat lesen serta polisi privasi.

4.2 Saya mengesahkan, memahami dan menerima segala syarat-syarat


lesen yang ditetapkan oleh Datuk Bandar.

9
JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PENJAJA
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

TERMA DAN SYARAT PORTAL eLESEN

SYARAT-SYARAT UMUM LESEN PERNIAGAAN DEWAN BANDARAYA KUALA


LUMPUR

1. Lesen yang dikeluarkan adalah tertakluk kepada peruntukan akta, kaedah-


kaedah, undang-undang kecil pelesenan dan peraturan-peraturan serta syarat-
syarat pelesenan yang dikuatkuasakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

2. Lesen hendaklah sentiasa dipamerkan di suatu tempat/di dinding yang mudah


dilihat.

3. Lesen yang dikeluarkan hanya sah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti
yang tercatat dalam lesen.

4. Aktiviti perniagaan hendaklah dijalankan dalam/pada lokasi perniagaan seperti


yang tercatat di dalam lesen. Dilarang sama sekali menggunakan kaki lima atau
kawasan persekitaran luar premis sebagai sebahagian dari aktiviti perniagaan.
Tidak dibenarkan membina apa-apa struktur tanpa kebenaran Datuk Bandar
Kuala Lumpur.

5. Pemegang lesen hendaklah mengambil langkah-langkah tertentu untuk


memastikan aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak mendatangkan
pencemaran alam sekitar, kacauganggu bunyi, bau busuk, halangan dan
sebagainya.

6. Pemegang lesen adalah dilarang menjual atau mempamerkan atau menjalankan


aktiviti barangan perniagaan yang lucah atau berbentuk lucah atau barangan
lain yang ditegah atau dilarang oleh mana-mana undang-undang lain.

7. Pemegang lesen tidak dibenarkan memindah milik lesen tanpa kebenaran Datuk
Bandar Kuala Lumpur.

10
JABATAN PELESENAN DAN PEMBANGUNAN PENJAJA
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

TERMA DAN SYARAT PORTAL eLESEN

8. Pemegang lesen hendaklah mematuhi lain-lain syarat tambahan lesen dan


mematuhi arahan semasa daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

9. Lesen ini boleh DIBATALKAN oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur pada bila-bila
masa tanpa sebarang notis sekiranya sebarang peruntukan undang-undang,
sekatan atau syarat-syarat pelesenan tidak dipatuhi oleh pemegang lesen.

10.Pemegang lesen hendaklah membaharui lesen 60 hari sebelum tamat tempoh


lesen tanpa sebarang notis daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

11.Denda sehingga RM2,000.00 akan dikenakan bagi pemegang lesen yang gagal
memperbaharui lesen selepas tamat tempoh lesen seperti yang dinyatakan.

11

Anda mungkin juga menyukai