Anda di halaman 1dari 5

HANIS AINAA MOHD UZIR

JIA190006 (17204572/1)

UJIAN

JIA 3004 PENULISAN KRITIKAN SENI

Akim & The Majistret (ATM) ialah sebuah kugiran muzik rock yang semakin dikenali dalam
bidang muzik arus perdana Malaysia sejak 2014 dengan lagu "Mewangi". Semenjak dibentuk pada
tahun 2014 sebagai eksperimen hasil cetusan idea Akim Ahmad, kugiran ini telahpun melancarkan
album studio sulung mereka iaitu Potret pada Ogos 2015. Lagu "Mewangi" dan "Potret" telah
mendapat sambutan yang hangat dalam masyarakat dan lagu- lagu tersebut hangat dimainkan di
corong-corong radio. Tidak kurang daripada itu, lagu-lagu tersebut juga mengungguli kebanyakan
carta lagu stesen-stesen radio di Malaysia. Di antara dua lagu tersebut, lagu “Potret” yang dicipta oleh
Hang Nadim dan lirik ditulis oleh Kamar Empayar ini telah meraih kejayaan yang lebih besar. Hal ini
di mana lagu itu telah berjaya memenangi anugerah Persembahan Terbaik sekaligus dinobatkan
sebagai Juara Lagu di dalam Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL 30). Lagu “Potret” berjaya
menewaskan lagu-lagu yang lain seperti “Assalamualaikum” oleh Faizal Tahir di tempat kedua dan
lagu "Hanya Nama-Mu" (Caliph Buskers) di tempat ketiga.

Lagu Potret merupakan satu karya seni muzik yang dihasilkan dengan mempunyai mesej
atau nilai yang ingin disampaikan kepada orang ramai layaknya tujuan penciptaan seni itu sendiri.
Oleh hal yang demikian, lirik-lirik lagu yang dihasilkan, jika diteliti dan diperhalusi makna bait-
bait katanya, maka dapat dilihat bahawa terdapat kisah yang ingin diceritakan. Berikut merupakan
lirik lagu Potret:

Terangi malamku dengan syair indahmu


Menenun kasih dalam sepi yang
terasing Saat kau pergi
Lemas ku bila tiadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu


Hilang, mencari di manakah
pergi Tinggal aku menahan luka
ini Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa


Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Hu-uh, berjalan tenang menghampiri


persisiran Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu
Ho-oh, jauh terbawa lukisan
hatimu Hilang, mencari di
manakah pergi Tinggal aku
menahan luka ini Sampai harus ku
pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu


Warna pelangi hiasan
terindah Hati ini tak akan
terbahagi Sampai harus ku
pergi

Oh, oh-oh
Oh-oh, oh-
oh Oh-oh

Menuju aku kepadamu


Jadi satu (jadi satu, jadi satu)
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu


Hilang, mencari di manakah
pergi Tinggal aku menahan luka
ini Sampai harus ku pergi

Jauh (jauh) terbawa lukisan


hatimu Warna pelangi hiasan
terindah Hati ini tak akan
terbahagi
Sampai harus ku pergi, oh

Di dalam penghasilan lirik lagu ini, seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi bahawa
terdapat cerita atau kisah yang ingin disampaikan kepada audiens. Cerita atau kisah itu adalah
berhubung dengan elemen retorik. Apa itu retorik? Retorik Retorik ialah seni pengucapan yang
berkesan untuk meyakinkan audiens atau khalayak. Dalam kata lain, retorik merujuk kepada
pemakaian bahasa yang berkesan untuk meyakinkan serta menarik perhatian audiens terhadap sesuatu
yang disampaikan dalam ucapan mahupun penulisan. Dengan itu, adakalanya retorik dianggap
sebagai pemakaian bahasa yang tidak mempunyai keikhlasan daripada penutur. Senada dengan itu,
retorik bukan semata-mata mengenai gaya bahasa tetapi juga merupakan sebahagian daripada tulisan
atau ucapan yang tersusun dalam satu wacana. Sementelahan, retorik berminat dalam cara memujuk
khalayak dengan cara merealisasikan pelbagai jenis wacana yang meyakinkan, (Jesus M. Larrazabal
dan Kepa Korta, 2015). Oleh itu, retorik bukan sahaja penting untuk mengemukakan penghujahan,
tetapi juga untuk menghasilkan, menganalisis dan menilai bentuk wacana yang digunakan untuk
memujuk, (Jesus M. Larrazabal dan Kepa Korta, 2015). Di samping itu, penggunaan
retorik dapat mendorong tindakan sosial (Hauser 2002: 3) melalui wacana teks yang memikatkan dan
menyakinkan khalayak.

Retorik yang dirujuk sebagai kepandaian seseorang dalam berbahasa atau kepandaian
berkomunikasi yang efektif, (Muhammad Mazlan Abu Bakar, 2015), menjadi satu elemen penting
dalam bidang pengucapan, (Jeniri Amir, 2007). Hal ini selaras dengan fungsi retorik yang
mengutamakan gaya, strategi, bahan dan khalayak (Mazlan, Zaitul Azma & Hashim, 2015) untuk
memujuk khalayak menerima mesj yang cuba disampaikan. Tanpa penggunaan retorik oleh
pengucapnya, sesuatu pengucapan itu tampak mendatar dan kurang meninggalkan kesan kepada
khalayak. Hal ini sejajar dengan fungsi retorik sebagai seni pujukan berkesan melalui wacana bahasa
dan kuasa visual. Sebagai seni pujukan berkesan, retorik menggabungkan pelbagai kaedah seperti
pemujukan, penulisan yang berkesan, pengucapan berkesan, dan persembahan yang berkesan untuk
menyampaikan maklumat dengan cara yang berdaya, (Iglika Kassabova,2015) bagi menyampaikan
sesuatu mesej dengan berkesan kepada khalayaknya.

Retorik juga terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah retorik pendedahan, retorik
penceritaan, retorik pemujukan, retorik pemerian dan retorik penghujahan. Di dalam lirik lagu Potret
ini telah menggunakan dan mengaplikasikan elemen retorik bagi menarik perhatian audiens. Elemen
retorik yang dapat saya kenalpasti ialah elemen retorik penceritaan. Elemen retorik penceritaan
merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan. Antara
ciri bagi elemen retorik penceritaan ini adalah ianya bersifat imaginatif dan kreatif, kurang
menitikberatkan ketepatan aspek tatabahasa dan menggunakan gaya bahasa yang menarik.

Bagi seni muzik, ia perlulah memiliki fungsi untuk mengungkapkan emosi bagi pendengar
dan pencipta lagu. Muzik yang keluar berupa irama bisa membuat pendengar akan mengikuti irama
musik tersebut, seperti saat musik berirama senang, maka pendengar akan ikut senang dan begitulah
sebaliknya.

Kata penulis lirik, saudara Afham Zulhusmi, atau nama pena nya Kamar Empayar, lirik lagu
Potret yang ditulisnya itu menceritakan kisahnya yang kehilangan guru yang dihormati dan
dikasihinya sewaktu menuntut di sekolah agama. Kehilangan guru yang dipandang tinggi itu amat
dirasai sehingga kekal dalam kenangannya. Pengalaman dari kisah benarnya itu menjadikan beliau
hanya memerlukan masa 5 minit untuk menghasilkan lirik lagu Potret ini. Oleh itu, retorik telah
digunakan khususnya retorik penceritaan bagi menyampaikan mesej kepada audiens.
Bagi ciri retorik penceritaan yang pertama iaitu bersifat imaginatif dan kreatif, dapat dilihat
pengaplikasiannya pada beberapa bait lirik. Sebagai contoh, melalui lirik “menenun kasih dalam
sepi yang terasing”, saya sebagai audiens dapat memahami cerita yang ingin disampaikan iaitu
tentang dua orang yang telah terpisah alam kehidupannya dan hanya mampu menyayangi dalam sepi
akibat kehilangan tersebut. Manakala bagi lirik “engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa,
hanya mampu melihat kamu yang terbiar, walaupun sakit walaupun pedih tak berdaya”,
dapat difahami bahawa seseorang itu telah meninggal dunia dan “pergi” jauh sekaligus menyebabkan
orang yang masih hidup hanya mampu melihat kepergian tersebut tanpa daya upaya untuk
menghalang hal tersebut daripada berlaku. Selain itu, lirik “menuju aku kepadamu” juga merupakan
salah satu cerita yang ingin disampaikan di mana orang yang masih hidup itu juga sedang dalam
perjalanan untuk ke alam kematian untuk bersatu dengan seseorang yang telah meninggal tadi. Dapat
lihat disini bahawa lirik tersebut bersifat imaginatif dan kreatif kerana penggunaan bahasa untuk
menggambarkan cerita tersebut adalah kreatif serta mampu menarik minat audiens.

Seterusnya, bagi ciri kedua retorik penceritaan iaitu kurang menitikberatkan ketepatan aspek
tatabahasa, ciri ini jelas dapat dilihat dalam lirik yang ditulis. Antaranya ialah lirik “pastinya hilang
tidak rasaku kepadamu”. Lirik ini ingin menyampaikan mesej tentang walaupun seseorang itu telah
pergi, namun perasaan yang wujud tidak akan hilang dek kepergian itu. Disebabkan oleh elemen
retorik penceritaan digunakan, maka cerita yang ingin disampaikan juga masih mampu untuk
memberikan kefahaman kepada khalayak.

Ciri yang terakhir iaitu menggunakan gaya bahasa yang menarik juga telah diterapkan di
dalam lirik lagu Potret. Contoh gaya bahasa menarik ini ada pada bahagian korus iaitu:

Jauh terbawa lukisan hatimu


Warna pelangi hiasan
terindah Hati ini tak akan
terbahagi Sampai harus ku
pergi

Dapat dilihat disini bahawa bait lirik tersebut telah menggunakan gaya bahasa yang menarik dan
kreatif seperti “lukisan hatimu” dan “sampai harus ku pergi” di mana perkataan “pergi” itu
membawa maksud kepada meninggal dunia.

Selain daripada elemen retorik, suatu hasil karya seni pasti tidak lari daripada konsep estetika.
Estetika atau keindahan merupakan satu konsep utama dalam penghasilan seni kerana seni itu sendiri
perlu mempunyai makna yang baik. Makna yang baik ini dapat dihasilkan melalui penerapan elemen
estetika. Tidak kira apa sahaja bentuk karya seni, estetika adalah penting bagi menjadikan karya
tersebut lebih berharga dan bermutu. Malah, sudah menjadi lumrah manusia yang tertarik kepada
perkara-perkara yang indah. Oleh itu, di
dalam lagu Potret ini juga, terdapat penerapan nilai estetika yang jelas sama ada melalui lirik
mahupun persembahannya.

Nilai estetika yang pertama adalah pada penggunaan gaya bahasanya. Di dalam lagu ini,
terdapat bait-bait kata seperti “lukisan hatimu”, “pelangi hiasan terindah” serta “menenun kasih
dalam sepi yang terasing” di mana gaya bahasa pada lirik tersebut adalah kreatif. Ini bermakna,
cerita yang ingin disampaikan tidaklah secara terus dengan menggunakan perkataan yang biasa dan
mudah. Namun, penggunaan perkataan dan gaya bahasa yang diterapkan masih boleh difahami oleh
audiens. Begitu juga dengan lirik yang tidak menepati ketetapan aspek tatabahasa. Sungguhpun
begitu, ianya masih menarik khalayak untuk memhami konsep serta jalan cerita yang ingin
disampaikan.

Nilai estetika yang seterusnya terletak pada keharmonian lirik antara satu sama lain. Di mana
lirik-lirik tersebut membawa kepada satu jalan cerita sahaja tanpa menyentuh konsep yang berbeza-
beza. Melalui lagu ini, jelas bahawa konsep yang ingin disampaikan adalah mengenai pemergian
seseorang. Keharmonian lirik tersebut sangat indah kerana saling berkait antara satu sama lain.

Kesimpulannya, saya berpandangan bahawa lagu Potret ini merupakan satu hasil karya seni
muzik yang baik dan bagus dan selayaknya ia memenangi AJL 30. Dapat dilihat bahawa penerimaan
masyarakat terhadap lagu ini amat baik sekali. Konsep, lirik, jalan cerita, persembahan dan elemen-
elemen lain dalam lagu ini juga dirancang serta dihasilkan dengan bijak.

Anda mungkin juga menyukai