Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Ladang Welch Kod Sekolah: JBA 7018

1. Nama Guru Ruzanna binti Abas

2. Judul Ubah Patah Hati Jadi Prestasi 3. Bidang: Lain-lain

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini menceritakan urusan hati adalah antara urusan yang paling sukar difahami. Hati yang
kecewa cenderung membawa prestasi yang negatif. Manakala prestasi negatif akan menambah
kedukaan hati. Namun, jika kita boleh mengubah sebuah kekecewaan menjadi hati yang positif,
pasti ia berpotensi menghasilkan prestasi yang positif.

Hati kita boleh patah disebabkan cinta yang melukakan, sakit hati, persahabatan yang dikhianati,
masalah kekeluargaan, tidak bahagia, kehilangan insan tersayang, hilang arah hidup dan lain-lain.
Namun, kita perlu mengubah patah hati kita dengan menjalani kehidupan yang berkualiti,
memasang cita-cita dan impian serta berjuang untuk meraih kejayaan. Kita perlu bersyukur
ketika diuji kerana sebenarnya hati kita semakin dekat dengan-Nya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sebagai pendidik, kita perlu bersedia secara mental dan fizikal. Sekiranya kita berdepan dengan
kekecewaan dalam hidup, kita perlu berhenti seketika dan bangkit semua dengan semangat
juang yang baru. Kita tidak boleh terus hanyut dibawa arus kesedihan kerana impaknya
membawa ke arah yang negatif. Guru haruslah bijak mengubati kekecewaan hati dengan
mendekati diri pada Sang Pencipta iaitu Allah SWT. Kita perlu bangkit dengan meyemai cita-cita
demi anak didik dan bangsa yang tercinta.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menangani kekecewaan dengan positif.


Sentiasa bercita-cita tinggi.
Bersemangat juang yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan amanat.
Sentiasa menjadi aspirasi kepada anak-anak murid.
Disediakan oleh : Disahkan oleh:

.......................................................... .............................................................
( Ruzanna binti Abas ) ( )

Anda mungkin juga menyukai