Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: S K BANDAR TUN HUSSEIN ONN Kod Sekolah: BBA4034

1. Nama Guru
RAFIDAH BINTI OTHMAN
FASOBRUN JAMIL: NASIHAT-
2. Judul NASIHAT PENGUAT JIWA UNTUK 3. Bidang: MOTIVASI
KAMU YANG HAMPIR PUTUS ASA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sabar itu indah. Sabar menghadapi kegagalan dalam keputusan. Sabar selepas kehilangan insan
tersayang. Sabar menempuhi dugaan dalam kerjaya. Sabar apabila tidak mencapai sesuatu yang
diinginkan selepas sehabis daya berusaha dan berharap. Kesemua kesabaran ini indah kerana
sabar itu menjadikan kita masih kekal melangkah ke hadapan.

Sabar itu indah apabila ia menyebabkan kita tidak menyembunyikan diri, tidak berlari daripada
segala kenyataan hidup ini, dan menambah semangat untuk kita kembali berjuang lagi. Sakit dan
lelah menghadapi ujian kehidupan tidak mematikan rasa ataupun menjadikan kita berputus asa
apabila sebuah sabar mekar dalam jiwa.

Buku ini bukan penyelesaian pasti buat masalah dan halangan kita. Solusi bagi setiap rintangan
itu tidak mudah seperti yang diungkapkan. Namun, hayatilah pesanan-pesanan penguat jiwa
supaya bertahan dalam meneruskan perjuangan melihat episod-episod sukar ini sebagai sebuah
keindahan. Fasobrun jamil!

“Hidup itu seperti benang kusut. Sukar merapikannya. Namun, Allah mengajarkan kita untuk
sabar, kerana sabar itu indah dan kita pasti mampu memperbaikinya.”
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Dapat memotivasikan guru agar menjadikan kesabaran sifat utama dalam mendidik murid-murid
di sekolah disamping menjadikan kesabaran suatu kemanisan jika memikirkan janji Allah bagi
orang yang sabar.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dapat menerapkan sifat sabar dalam kalangan murid dalam apa sahaja perbuatan seharian agar
dapat menjadi darah daging murid-murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(RAFIDAH BINTI OTHMAN ) (PN HASNAH BINTI MD ISA )

Anda mungkin juga menyukai