Anda di halaman 1dari 383

DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU

MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI
KEEMPAT BELAS

Pada
PADA 1, 2, 3 DAN 4 APRIL 2019
bersamaan

25, 26, 27 DAN 28 REJAB 1440

Dikeluarkan oleh:

274
Pejabat Dewan Undangan Negeri
Terengganu

DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU


MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI
KEEMPAT BELAS

Pada
PADA 1, 2, 3 DAN 4 APRIL 2019
bersamaan

25, 26, 27 DAN 28 REJAB 1440

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Dewan Undangan Negeri


Terengganu

275
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

daripada:

SETIAUSAHA
DEWAN UNDANGAN NEGERI
TERENGGANU

276
MESYUARAT YANG PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS

KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
AHAD, 1 APRIL 2019

1. Nama Ahli-ahli. 1

2. Doa. 5

3. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia 5


Sultan Terengganu.

ISNIN, 2 APRIL 2019

1. Nama Ahli-ahli. 18

277
2. Ucapan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan. 22

3. Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan. 26

4. Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:

4.1. Soalan-soalan Bertulis. 27


4.2. Soalan-soalan Lisan. 28

5. Usul Di Bawah Fasal 30. 49

6. Usul Yang Telah Diberi Notis:

- Usul Merafak Sembah Ucapan Penghargaan 52


Dan Menjunjung Kasih.

- Ucapan Perbahasan Ke Atas Usul Merafak 53


Sembah Ucapan Penghargaan Dan
Menjunjung Kasih

RABU, 4 JULAI 2018

1. Nama Ahli-ahli. 235

2. Soalan-soalan Yang Telah Diberi Notis:

- Soalan-soalan Lisan. 240

3. Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad 266


Negeri Terengganu 1965 (Pindaan) 2019

4. Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang 269


Melayu (Pindaan) 2019

5. Tangguhan. 273

6. Lampiran 274
[Soalan-soalan dan Jawapan-jawapan Bertulis]
278
279
PERSIDANGAN

PADA HARI AHAD, 1 APRIL 2019

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA


280
PADA PUKUL 9.30 PAGI

HADIR:

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA


Haji Yahaya bin Ali, PJC

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU


Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
WAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat


WAKIL PAKA

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak


WAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah


WAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim


WAKIL JABI

Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar,


DPMT.,PJC.,PJK.,BLB.
WAKIL LADANG

Yang Berhormat Ariffin bin Deraman


WAKIL ALUR LIMBAT

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat


WAKIL CUKAI

Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan Abdullah


WAKIL WAKAF MEMPELAM

Yang Berhormat Dr. Mamad bin Puteh


281
WAKIL KUALA BERANG

Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman


WAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim


WAKIL TEPOH

Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi


WAKIL BATU BUROK

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik


WAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim


WAKIL BULUH GADING

Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun


WAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin Harun


WAKIL RANTAU ABANG

Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong


WAKIL PENGKALAN BERANGAN

Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed


WAKIL BANDAR

Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim


WAKIL AIR PUTIH

Yang Berhormat Maliaman bin Kassim


WAKIL AJIL

Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili


WAKIL KEMASIK

Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor


Wakil Wanita

282
Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.
WAKIL SEBERANG TAKIR

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.


WAKIL KIJAL

Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ.


WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK.


WAKIL HULU BESUT

Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, AMZ.,PPN.


WAKIL BUKIT BESI

Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN.


WAKIL JERTIH

Yang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK.


WAKIL LANGKAP

Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK.


WAKIL BATU RAKIT

Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.


WAKIL KUALA BESUT

Yang Berhormat Dato’ Halim bin Jusoh, DPSM.


WAKIL PERMAISURI

283
HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI
KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN


Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya, DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI


Dato’ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI


Tuan Haji Mohd Zahari bin Md. Azahar, SMT.,PJK.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI


Encik Zulkifly bin Isa, PJK.

284
PUKUL 10.20 PAGI

SETIAUSAHA DEWAN: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum


warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat
Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum kita
memulakan Persidangan Dewan pada pagi ini marilah sama-sama kita
membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah. .....[ Al-Fatihah ] .....

Perkara pertama dalam Tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini ialah Doa oleh
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.

DOA

Dibaca oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA DEWAN


KELUAR DARI DEWAN UNDANGAN NEGERI
MEMOHON PERKENAN KEBAWAH DULI YANG MAHA
MULIA SULTAN DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA
MULIA SULTANAH TERENGGANU UNTUK BERANGKAT
KE MAJLIS DEWAN UNDANGAN NEGERI.

TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA


SULTAN TERENGGANU

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Wabihi Nastain.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Yang


Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Ahli-ahli
Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana


dengan limpah dan rahmatNya dapat Beta dan Sultanah hadir untuk

285
menyempurnakan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan
Undangan Negeri Terengganu Yang Keempat Belas pada pagi yang mulia
ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Solallahu


‘Alaihi Wasallam dan sekelian ahli keluarga, para sahabat serta seluruh
umat Baginda.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana


dengan kehendak dan izinNya jua, Beta dianugerahkan kesihatan yang
berterusan untuk melaksanakan amanah bagi menaungi dan memayungi
negeri tercinta ini. Beta juga menzahirkan kesyukuran kerana seluruh
rakyat negeri ini dapat terus menikmati keharmonian, keselamatan dan
keamanan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pilihan Raya Umum Ke-14 telah pun
berlalu hampir setahun. Beta berasa sukacita dengan kepimpinan
Memanda Beta, Yang Amat Berhormat Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
kerana telah berjaya mengamalkan konsep kepimpinan yang matang dan
sejahtera. Beta melihat semangat perpaduan dan kekitaan di antara Ahli-
ahli Yang Berhormat dan rakyat Beta tanpa mengira mana-mama parti telah
terserlah demi memastikan Negeri Terengganu Darul Iman menjadi di
antara negeri yang paling harmoni di negara ini. Beta menyeru supaya
ketepikan politik kepartian dan berilah keutamaan kepada agenda rakyat
dan pembangunan negeri. Beta ingin melihat negeri ini setaraf dengan
negeri-negeri maju yang lain.

Akhir-akhir ini Beta merasakan ada banyak perkara yang sedang berlaku
dan dilihat seperti ada pihak-pihak tertentu yang ingin cuba menggugat
keharmonian, keamanan dan kestabilan yang telah terbina sekian lama di
bumi Malaysia yang tercinta ini. Ada pihak yang berani melakukan perkara-
perkara yang menyentuh kesucian Agama Islam, memperlekehkan Institusi
Diraja dan banyak lagi perkara yang berpotensi mengakibatkan kejadian
yang tidak diingini berlaku. Beta selaku Ketua Agama di negeri ini mahu
pihak yang berkenaan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara-
perkara seperti ini tidak menular di negeri ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Beta dimaklumkan kadar Keluaran


Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Terengganu dijangka tumbuh
286
sederhana sebanyak 5.0 peratus pada tahun 2018 berbanding 5.9 peratus
pada tahun 2017. Ekonomi negeri secara langsung menerima kesan krisis
mata wang, kewangan dan perang perdagangan di peringkat global.
Penyusutan dalam sektor pertanian dan pembinaan telah memperlahankan
prestasi keseluruhan KDNK. Walau bagaimanapun, sektor perkhidmatan
terus menjadi pemacu pertumbuhan dengan peningkatan dalam sub sektor
perdagangan borong dan runcit, utiliti, pengangkutan dan penyimpanan,
maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan Kerajaan.

Beta berasa amat sukacita kerana Beta dimaklumkan bahawa berdasarkan


laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Negeri
Terengganu telah menerima jumlah pelaburan yang tinggi pada tahun 2018
iaitu dengan nilai pelaburan sebanyak RM4.9 bilion. Justeru, Beta berharap
Invest Terengganu akan terus memainkan peranan yang agresif dengan
memastikan ekosistem pelaburan seperti infrastruktur, gaya hidup (lifestyle)
dan kemudahan utiliti terus diperkasakan bagi mengekalkan Negeri
Terengganu sebagai destinasi pelaburan yang kondusif. Kerajaan Negeri
perlu fokus kepada bagaimana untuk menurunkan ‘ cost of doing business’
di Terengganu bagi menarik lebih banyak pelaburan swasta.

Beta menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan


Terengganu Silica Valley (TSV) di Jambu Bongkok, Marang. Terengganu
Silica Valley adalah satu kawasan pembangunan bersepadu untuk aktiviti
pemprosesan produk-produk akhir berasaskan silika dan quart yang akan
mengukuhkan rantaian nilai dalam ekonomi negeri. Beta berharap
pembangunan TSV akan menjadi game changer pembangunan ekonomi
Negeri Terengganu.

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur(ECERDC) telah


melancarkan pelan induk ECER 2.0 bermula tahun 2018 hingga 2025
dengan penerapan Revolusi Industri 4.0 sebagai pengupaya ekonomi
berteraskan produktiviti. Fokus bagi pelaburan di bawah ECER 2.0 adalah
industri yang bernilai tinggi dan berintensif teknologi bagi mewujudkan
peluang pekerjaan berpendapatan lebih tinggi kepada rakyat Negeri
Terengganu.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Beta telah dimaklumkan pelan


pembangunan Negeri Terengganu Darul Iman yang komprehensif telah
dibangunkan iaitu Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030).
287
Beta amat gembira dengan pelan yang dicadangkan ini kerana ia
menunjukkan bahawa kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar
beserta barisan kepimpinan negeri mempunyai halatuju yang jelas bagi
memacu Negeri Terengganu lebih jauh ke hadapan sejajar dengan dasar
Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.

Beta difahamkan PITAS 2030 ini telah dibangunkan selepas mengambil kira
dua (2) elemen penting, iaitu pertama, permasalahan Negeri Terengganu
dalam pembangunan insan seperti pendidikan, masalah jenayah, gejala
sosial dan isu-isu pembangunan ekonomi seperti kadar pertumbuhan KDNK
yang rendah, kesukaran menarik pelaburan, kadar pengangguran dan
kadar kemiskinan yang tinggi. Elemen kedua adalah potensi Negeri
Terengganu yang boleh dibangunkan secara optimum berteraskan kepada
kekayaan sumber asli negeri, potensi sektor pelancongan, air dan
sebagainya.

Beta yakin dengan kepimpinan unggul yang diterajui oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar dan gandingan institusi pengendali dan pelaksana,
Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) mampu menjadi
penggerak bagi mencapai sebuah Negeri Terengganu yang Maju, Berkat
dan Sejahtera.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Beta dimaklumkan secara


keseluruhannya pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah mencatatkan
kutipan hasil sebanyak RM1.792 bilion iaitu menurun sebanyak RM280.34
juta berbanding kutipan pada tahun 2017. Penurunan ini adalah
disebabkan oleh Terimaan Bukan Hasil yang berpunca daripada bayaran
royalti minyak telah berkurang sebanyak RM317.57 juta atau 17.38 peratus.

Namun demikian, Beta berasa sukacita kerana Hasil Cukai tahun 2018 telah
meningkat kepada RM77.99 juta berbanding RM57.46 juta pada tahun
2017. Hasil Bukan Cukai juga meningkat daripada RM188.58 juta kepada
RM205.29 juta.

Selain itu, Beta juga berasa sukacita dan bersyukur apabila jumlah kutipan
zakat sentiasa meningkat setiap tahun. Pada tahun 2018, jumlah kutipan
zakat adalah sebanyak RM160.37 juta, peningkatan sebanyak RM22.42 juta
berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak RM137.95 juta. Beta mengucapkan
syabas dan tahniah terutamanya kepada Kerajaan Negeri dan warga kerja
288
MAIDAM kerana telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang
diberikan dengan jayanya.

Beta telah meneliti Bajet Negeri Tahun 2019 yang telah dibentangkan pada
25 November 2018 yang lalu yang bertemakan “Negeri Berkat, Rakyat
Sejahtera” yang mana merupakan Bajet Berimbang dengan jangkaan hasil
dan perbelanjaan sebanyak RM2.015 bilion. Beta berharap Kerajaan Negeri
dapat memastikan perbelanjaan Bajet 2019 ini dipantau dan diteliti dengan
sebaik mungkin.

Keutamaan haruslah diberikan ke arah kesejahteraan hidup rakyat dengan


penekanan kepada Peningkatan Pendapatan Rakyat, Pembasmian
Kemiskinan, Peningkatan peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan
serta Pembinaan Asas Ekonomi bagi Penjanaan Pertumbuhan Ekonomi
masa hadapan. Beta juga ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan tiga
(3) jabatan Kerajaan Negeri yang mendapat penarafan pengiktirafan
tertinggi lima (5) bintang Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Tahun
2017 iaitu Pejabat Daerah Setiu, Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan
Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Kejayaan ini
hendaklah menjadi inspirasi kepada jabatan-jabatan lain untuk mencapai
kejayaan lebih cemerlang pada masa akan datang.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pembangunan seimbang antara daerah


hendaklah diberikan penekanan oleh Kerajaan Beta. Daerah-daerah seperti
Setiu, Hulu Terengganu dan Besut perlu diberi suntikan pembangunan yang
baharu. Berdasarkan jumlah pendapatan isirumah pada tahun 2016,
pendapatan isi rumah di daerah-daerah ini jauh ketinggalan. Beta suka
mencadangkan agar pembangunan ekonomi di daerah-daerah ini dirancang
berdasarkan kekuatan setempat khususnya dalam sektor pertanian dan
pelancongan.

Sehubungan itu, peruntukan yang mencukupi dan usaha yang berterusan


hendaklah dilaksanakan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur,
pemulihan tanah terbiar dan memperkasakan sektor pertanian. Projek
Pembinaan Drawbridge yang bernilai RM248.73 juta akan siap sepenuhnya
pada bulan April 2019. Jambatan ini akan memendekkan jarak dan masa
perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang
Sultan Mahmud. Impak yang paling besar adalah dapat menyuraikan aliran
trafik dari Pusat Bandar Kuala Terengganu ke Daerah Kuala Nerus yang
289
sekaligus akan dapat mengatasi masalah kesesakan di Jambatan Sultan
Mahmud terutamanya
pada waktu puncak. Drawbridge ini juga akan menjadi ikon baharu
pelancongan Negeri Terengganu.

Selain itu, penyiapan Double Road Frontage Fasa 2 Dari Pasar Payang Ke
Taman Shah Bandar, Kuala Terengganu akan memberi manfaat kepada
rakyat dari segi aliran trafik yang lebih tersusun. Ini akan mewujudkan
tarikan pelancongan yang baharu di sepanjang pesisir Sungai Terengganu.
Projek ini
juga dapat meningkatkan sistem kemudahan pengangkutan di Bandaraya
Kuala Terengganu.

Beta difahamkan bahawa kemajuan fizikal pembangunan Bandar Al-


Wathiqu Billah, Kuala Nerus dan juga pembangunan infrastruktur di Bandar
Baharu Kijal, Kemaman Fasa 2 berjalan lancar dan mendahului jadual. Beta
yakin kedua-dua projek pembangunan bandar baharu ini apabila siap nanti
ianya akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pembangunan dan
ekonomi penduduk-penduduk di kawasan sekitar.

Beta juga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan Kerajaan
Persekutuan dalam pembangunan infrastruktur di Negeri Terengganu yang
diterjemahkan melalui Pelaksanaan Program dan Projek Pembangunan
melalui
Rancangan Malaysia Ke-11 di bawah Rolling Plan 4 Negeri Terengganu.
Sebanyak 260 projek telah dirancang dengan peruntukan sebanyak RM1.03
bilion telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Beta berharap semua
pihak yang berkenaan dapat memastikan pelaksanaan semua projek ini
berjalan dengan sempurna dan mencapai matlamatnya.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam merencana pembangunan negeri,


Kerajaan Negeri perlu menitikberatkan kelestarian alam sekitar. Beta sedar
konflik antara pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Namun
demikian, Beta berharap ianya dapat diuruskan dengan sempurna dan
penuh bijaksana.

Beta merasa bangga apabila telah banyak projek berasaskan Teknologi


Hijau yang dilaksanakan di negeri ini terutamanya projek Ladang Solar

290
pertama yang berkapasiti 5 MegaWatt di atas tapak berkeluasan kira-kira
20 ekar di Kawasan
Perindustrian Saujana, Setiu yang bermula pada tahun 2012. Selain
daripada itu, Beta dimaklumkan juga Syarikat Eastern Pacific Industrial
Corporation (EPIC) Bhd telah membangunkan Loji Janakuasa Tenaga Solar
Berkapasiti 18.5
MegaWatt di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu
sekaligus menjadi loji janakuasa solar terbesar beroperasi di negara ini
sekarang.

Projek bernilai kira-kira RM86 juta di atas tapak seluas kira-kira 28.3 hektar
ini telah beroperasi sejak 14 Januari 2018. Kerajaan juga harus
memberikan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur teknologi
maklumat dan komunikasi khususnya kemudahan internet berkelajuan
tinggi.

Beta dimaklumkan Kerajaan Negeri komited untuk menyediakan


perkhidmatan Wi-Fi berkelajuan tinggi dan kemudahan internet yang
menyeluruh ke seluruh pelosok Negeri Terengganu. Penyediaan
perkhidmatan ini pada masa sekarang telah memberi manfaat kepada
300,000 orang pengguna dan dijangka akan meningkat lagi apabila projek
Terengganu Wi-Fi siap sepenuhnya pada Julai 2019. Kita semua harus ingat
bahawa pada masa ini internet berkelajuan tinggi adalah pra syarat ke arah
pembangunan ekonomi yang lebih pesat.
Beta juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan
sebanyak RM3.1 juta pada tahun ini bagi memperkenalkan Pusat Internet
Akses Rakyat (PINTAR) yang merupakan penjenamaan semula pusat
Bestari.com sebagai pusat one stop centre bagi semua aktiviti berasaskan
internet. Beta juga berasa sukacita apabila projek TD1303 yang
menawarkan ruang co-working space dengan internet berkelajuan tinggi
telah berjaya disiapkan dan sekarang sedang beroperasi. TD1303 adalah
usaha perintis Kerajaan Negeri bagi menggerakkan ekonomi digital di
negeri ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Beta berharap Kerajaan Negeri turut


memberi penekanan kepada menjenamakan Negeri Terengganu sebagai
destinasi eko-pelancongan yang kompetitif di rantau ini. Pembangunan
sektor pelancongan akan merangsang keperluan ke arah penyediaan
perkhidmatan sokongan seperti penginapan, makan minum, industri
291
kraftangan, pengangkutan dan lain-lain. Malah, kesan gandaan atau
‘multiplier effect’ akan dapat dinikmati secara terus oleh rakyat.

Dalam konteks pelancongan, Beta berharap Kerajaan Negeri melihat


kepada beberapa parameter iaitu;

Pertama, meningkatkan jumlah kedatangan pelancong;

Kedua, meningkatkan tempoh tinggal pelancong; dan

Ketiga, meningkatkan perbelanjaan pelancong di Negeri Terengganu.

Beta dimaklumkan Garis Panduan Pembangunan Pulau-Pulau Peranginan


dan Taman Laut telah diluluskan pada bulan Disember 2018. Tujuan utama
pelan ini adalah bagi mengawal daya tampungan ( Carrying Capacity) setiap
pulau serta mengawal aktiviti pembangunan di pulau supaya dapat
mengekalkan kelestarian ekosistem dan keindahan alam semulajadi.

Beta berharap pelan ini dilaksanakan bagi menjaga kelestarian pulau-pulau


peranginan di Negeri Terengganu ini. Beta juga amat sukacita dengan
pewujudan Enakmen Taman Negeri Terengganu dan Majlis Pengurusan
Taman
Negeri. Beta difahamkan sehingga kini kawasan yang telah diwartakan
di bawah Enakmen Taman Negeri Terengganu adalah seluas 30,432 hektar.
Beberapa kawasan lagi di Daerah Setiu termasuk Tasik Berombak masih
dalam proses pewartaan.

Beta berasa sukacita apabila Kerajaan Negeri turut berhasrat untuk


mewartakan Pulau Tenggol sebagai Taman Negeri. Penekanan yang
diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada usaha pemeliharaan alam sekitar ini
adalah selari dengan trend global.

Beta percaya Kerajaan Negeri melalui Majlis Pengurusan Taman Negeri


berupaya merancang pengisian terbaik bagi projek ini agar limpahan
pembangunan akan dirasai oleh komuniti setempat. Oleh itu, Beta
mencadangkan agar lebih banyak program bersifat ‘ community base’
dilaksanakan supaya rakyat dapat menikmati usaha-usaha pembangunan
yang dilaksanakan.

292
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri hendaklah memberi
perhatian serius kepada pelaburan modal insan bagi melahirkan modal
insan yang berkualiti, mempunyai nilai-nilai murni, berakhlak mulia dan
berdaya saing. Beta mengambil maklum hasrat Kerajaan Negeri dengan
penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah
Menengah Islam Darul Iman (SMIDI). Kedua-dua jenis sekolah ini
menekankan gabungan aspek pendidikan Al-Quran, Agama Islam dan
Bahasa Arab dan sistem pendidikan arus perdana masa kini. Beta percaya,
dengan penubuhan sekolah agama ini, Terengganu akan melahirkan pelajar
yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai akhlak dan sahsiah yang
tinggi.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mengucapkan


tahniah kepada semua pihak yang berjaya mengekalkan kecemerlangan
pendidikan Terengganu. Kejayaan Terengganu dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
yang mengatasi Purata Gred Keseluruhan (PGK) di peringkat nasional
adalah satu kejayaan yang amat membanggakan. Namun demikian, kita
tidak boleh berhenti di sini. Usaha-usaha berterusan perlu diambil bagi
mengekalkan kejayaan dan melahirkan talent yang akan menjana
pembangunan negeri pada masa akan datang.

Dalam bidang sukan, kecemerlangan Terengganu tidak boleh dipertikaikan


lagi. Antaranya ialah berjaya merampas kembali kejuaraan Sukan Malaysia
(SUKMA) 2018, kejayaan Siti Rahmah binti Mohamed Nasir
mempertahankan pingat emas kali keempat berturut-turut di Kejohanan
Pencak Silat Dunia, saudara Ahmad Atif Irsyad berjaya menjadi Juara
Remaja Dunia di Kejohanan Pencak Silat Dunia 2018 dan Azizulhasni Awang
menerima Anugerah Olimpian Lelaki Terbaik daripada Majlis Sukan Negara.
Beta berharap kejayaan-kejayaan yang dicapai diperingkat antarabangsa ini
dapat diteruskan lagi. Beta juga ingin berterima kasih kepada Kerajaan
Persekutuan yang bersetuju untuk menyediakan peruntukan berjumlah
RM60 juta untuk pembangunan belia dan sukan di Negeri Terengganu.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Beta dimaklumkan juga bahawa


Kerajaan Negeri telah menyediakan ‘Pelan Strategik Halatuju Pertanian
Negeri Terengganu 2019 - 2023’. Pelan ini yang merangkumi enam (6)
teras strategik akan dilaksanakan mulai 2019 sehingga 2023 meliputi sektor
pertanian, perikanan, penternakan, industri asas tani dan kulinari. Pelan ini
293
telah disusun dengan memfokuskan beberapa strategi bagi tahun pertama
2019 iaitu;

Strategi Pertama - Fasa pemulihan semua kemudahan dan


infrastruktur pertanian dan asas tani yang telah sedia ada;

Strategi Kedua – Mengemaskini semula status tanah-tanah


kerajaan yang dirizabkan dan diwartakan dibawah Seksyen
62 Kanun Tanah Negara (KTN) bagi tujuan pertanian,
perikanan dan penternakan; dan

Strategi Ketiga – Memanfaatkan tanah-tanah pertanian


kosong serta memperkayakan sumber perikanan dan
penternakan.

Beta berharap pelan strategik halatuju pertanian bagi tempoh lima (5)
tahun ini akan digembleng dan dimanfaatkan sepenuhnya dengan harapan
ianya akan berjaya memajukan ekonomi negeri dan meningkatkan
pendapatan rakyat
khususnya di luar bandar.

Beta dimaklumkan sepanjang tahun 2018, Urusetia Pembangunan


Usahawan Terengganu (PEUTER) telah melaksanakan pelbagai program
keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan di antaranya adalah
seperti latihan dan kemahiran, penyertaan usahawan ke ekspo serta
‘showcase’ yang diadakan di dalam dan di luar negara.

Beta juga difahamkan bagi tujuan memperkembangkan lagi perniagaan


usahawan-usahawan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri melalui Yayasan
Pembangunan Usahawan (YPU) telah menyediakan pelbagai kemudahan
skim dana usahawan seperti Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) yang
memperuntukkan sejumlah RM15 juta. Pewujudan TUGAS yang
menggabungkan skim-skim sedia ada seperti Skim Pinjaman Peningkatan
Perniagaan Terengganu (SP3T), Dana Usahawan Belia Sejahtera (U-BES),
Tabung Siti Khadijah (TSK), Dana Prihatin Terengganu (D-HATI) dan lain-
lain dilihat sangat tepat bagi memastikan usahawan Terengganu
mengembangkan lagi potensi perniagaan dan meningkatkan ekonomi
rakyat.

294
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam pembentangan Bajet Negeri
Terengganu tahun 2019, Beta dimaklumkan Kerajaan Negeri menyasarkan
pembinaan sebanyak 20,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) dalam
tempoh lima (5) tahun. Sebagai permulaan, pada tahun ini sebanyak empat
(4) projek Rumah Mampu Milik yang melibatkan jumlah keseluruhan
sebanyak 710 unit rumah akan dibina.

Beta juga difahamkan Kerajaan Negeri menjalinkan kerjasama dengan


Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk
pelaksanaan enam (6) projek di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR)
dan dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam
Program Pemajuan Kawasan (PPK). Beta berasa sukacita kerana cadangan
projek-projek ini dikhaskan kepada golongan miskin dan miskin tegar.

Beta juga amat gembira dengan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam


menyediakan bantuan bina baharu dan baikpulih rumah kepada rakyat
miskin melalui Projek Perumahan Terengganuku Sejahtera (PPTS).
Peruntukan sebanyak RM30 juta dengan penambahbaikkan pembinaan kos
sebuah rumah sebanyak RM56,000 serta baikpulih RM11,000 sebuah rumah
mampu mendatangkan manfaat kepada rakyat miskin terutamanya
golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu atau bapa tunggal
dan juga mangsa bencana alam.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Beta dimaklumkan bahawa Terengganu


merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai kemudahan
bantuan segera seperti Bantuan Perubatan, Bantuan Sara Diri Tahunan,
Bantuan Susu dan Lampin Pakai Buang serta Bantuan Musibah melalui
Tabung Darul Iman. Sehingga kini, hampir 25,000 orang telah menerima
manfaat menerusi bantuan-bantuan yang dianggarkan mencecah sekitar
RM24 juta. Kelangsungan kemudahan bantuan kepada rakyat ini mestilah
dipelihara. Justeru itu, Beta menyeru kepada semua pihak untuk turut
sama-sama menyumbang kepada Tabung Darul Iman bagi manfaat rakyat
yang memerlukan dan kurang berkemampuan.

Dalam masa yang sama, program-program seperti Walimatul Urus Perdana


dan penyediaan Kad Sejahtera kepada golongan rakyat yang layak amatlah
disambut baik oleh seluruh warga Negeri Terengganu kerana ianya
membantu golongan ini berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin
meningkat pada masa kini.
295
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam menterjemah program dan projek
yang telah dirangka, Beta ingin menekankan kepentingan dasar prinsip
tadbir urus yang baik dalam pelaksanaan tugas dan proses membuat
keputusan. Oleh itu, proses perundingan awam perlu diperbanyakkan.
Jauhkanlah sikap menjalankan program atau projek semata-mata untuk
golongan tertentu sahaja sehingga mengetepikan kepentingan rakyat
jelata. Kerajaan Negeri Beta harus berusaha menggembleng setiap
kepakaran yang ada pada semua pihak bagi mencapai objektif memajukan
negeri.

Syukur alhamdulillah Beta dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah


memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta untuk menubuhkan Akademi Didik
Ulama Amilin Terengganu (DUAT) yang bertujuan melatih para pendakwah
dengan pelbagai ilmu dan kemahiran kontemporari. Selain itu, Kerajaan
Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mewujudkan
Program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) iaitu Kelas
Pengajian Agama Hujung Minggu kepada mereka yang berumur 25 tahun
ke atas. Pada tahun ini, Program SPAIT telah memberikan manfaat kepada
1,955 pelajar untuk menuntut ilmu-ilmu agama dalam subjek Tauhid, Feqah
dan Tasawuf.

Beta berharap Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Memanda Beta, Yang
Amat Berhormat, Doktor Ahmad Samsuri Bin Mokhtar akan terus komited
berusaha memartabatkan lagi Agama Islam dan umat Islam di negeri ini
menerusi gerak
kerja yang profesional yang berupaya menangkis sebarang fitnah dan
tuduhan jahat sekaligus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam
sebagai Ad-din.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adalah menjadi tanggungjawab Ahli-ahli


Yang Berhormat untuk memimpin dan membimbing rakyat agar sama-sama
bersedia bergerak seiring membina sebuah negeri dan negara yang teguh
bersatu, sejahtera dan makmur. Oleh yang demikian, sepanjang Sidang ini
berlangsung, berbahas dan berhujahlah secara rasional dan intelektual atas
perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan dan manfaat bersama.

Beta juga menyarankan agar sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan


Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri ke tahap tertinggi
296
mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing. Beta
yakin negeri dan
rakyat akan terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan
hidup sekiranya sikap hormat-menghormati dan mematuhi undang-undang
dijadikan dasar utama.

Akhirnya, Beta berharap Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar


bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta dengan kerjasama padu
daripada jentera pentadbiran awam, akan mendapat petunjuk dan
bimbingan
Ilahi bagi menyempurnakan tanggungjawab dan amanah, secara adil lagi
saksama, jujur lagi ikhlas, amanah lagi berintegriti.

Semoga semua usaha murni ini mendapat keredhaan Allah Subhanahu


Wata’ala. Dengan lafaz suci Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta dengan
sukacitanya merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua
Dewan Undangan Negeri Keempat Belas Tahun 2019. Selamat Bersidang.

Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN DAN


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH
TERENGGANU DIIRINGI OLEH YANG BERHORMAT
YANG DI-PERTUA DEWAN BERANGKAT KELUAR DARI
DEWAN UNDANGAN NEGERI.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA MASUK


SEMULA KE DEWAN UNDANGAN NEGERI.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Amat Berhormat Menteri


Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin memberi peluang
kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk meneliti dan mengkaji
terlebih dahulu Titah Ucapan Diraja bagi tujuan perbahasan.

Sebelum saya tangguhkan Sidang pada hari ini, saya ingin mengumumkan
beberapa perkara. Yang pertama, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan
dan Sultanah memperkenan Sesi Bergambar bersama-sama dengan Ahli-
297
ahli Yang Berhormat. Saya mohon kerjasama semua Ahli Yang Berhormat
sekalian untuk berkumpul segera selepas Sidang Dewan ini ditangguh di
hadapan Pentas Diraja di Perkarangan Dewan Undangan Negeri
Terengganu.

Yang kedua, selepas Sesi Bergambar, mohon kerjasama Ahli-ahli Yang


Berhormat sekali lagi untuk segera beratur bagi Sesi Bersalaman dengan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dan Sultanah.

Yang ketiga, Sesi Bergambar juga akan diadakan dengan Ahli Yang
Berhormat dengan pakaian Lounge Suit gelap pada hari esok, Selasa, 2
April 2019 untuk dimuatkan di dalam Buku Khas Dewan Undangan Negeri
Terengganu yang akan diterbitkan.

Yang keempat, pasangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bergambar


bersama jemputan VIP yang lain, diminta kerjasama berada di laluan dari
Holding Room untuk Sesi Bersalaman dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Al-Sultan dan Sultanah selepas ini.

Semua Yang Berhormat dan pasangan berserta jemputan VIP dijemput dan
dipersilakan makan di Damai Lounge sebaik sahaja Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Tuanku dan Sultan berangkat pulang. Manakala bagi Ketua-
ketua Jabatan dijemput makan di Dewan Besar.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan Persidangan Dewan


hari ini ke hari esok, Selasa, 2 April 2019 dengan sama-sama kita
membaca Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr. Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 11.20 PAGI.

298
PERSIDANGAN

PADA HARI ISNIN, 2 APRIL 2019

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA

299
PADA PUKUL 9.30 PAGI

HADIR:

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA


Haji Yahaya bin Ali, PJC

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU


Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
WAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat


WAKIL PAKA

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak


WAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah


WAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim


WAKIL JABI

Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar,


DPMT.,PJC.,PJK.,BLB.
WAKIL LADANG

Yang Berhormat Ariffin bin Deraman


WAKIL ALUR LIMBAT

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat


WAKIL CUKAI

Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan Abdullah


WAKIL WAKAF MEMPELAM

Yang Berhormat Dr. Mamad bin Puteh


300
WAKIL KUALA BERANG

Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman


WAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim


WAKIL TEPOH

Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi


WAKIL BATU BUROK

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik


WAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim


WAKIL BULUH GADING

Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun


WAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin Harun


WAKIL RANTAU ABANG

Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong


WAKIL PENGKALAN BERANGAN

Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed


WAKIL BANDAR

Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim


WAKIL AIR PUTIH

Yang Berhormat Maliaman bin Kassim


WAKIL AJIL

Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili


WAKIL KEMASIK

Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor


301
WAKIL WANITA

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.


WAKIL KIJAL

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.
WAKIL SEBERANG TAKIR

Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ.


WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK.


WAKIL HULU BESUT

Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, AMZ.,PPN.


WAKIL BUKIT BESI

Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN.


WAKIL JERTIH

Yang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK.


WAKIL LANGKAP

Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK.


WAKIL BATU RAKIT

Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.


WAKIL KUALA BESUT

Yang Berhormat Datuk Halim bin Jusoh, DPSM., PJK.


WAKIL PERMAISURI

HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI


KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)
302
YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN
Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya, DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI


Dato’ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI


Tuan Haji Mohd Zahari bin Md. Azhar, SMT.,PJK.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI


Encik Zulkifly bin Isa, PJK.

PUKUL 9.30 PAGI

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim.


Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Ahli-ahli Yang
Berhormat sekalian, sebelum kita memulakan Persidangan Dewan pada pagi
ini marilah sama-sama kita membaca Ummul Quran, bagi memberkati majlis
kita. Al-Fatihah. [Al Fatihah dibaca].

303
UCAPAN YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat


Kerajaan Negeri, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan
Negeri dan Persekutuan, para Pemerhati, tuan-tuan dan puan yang saya
hormati sekalian.

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana


dengan taufik dan inayahNya kita masih dipanjangkan umur dapat bersama
lagi dalam Persidangan pada penggal baru ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merafak sembah
dan menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Al-
Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-
Muktafi Billah Shah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah
mencemar duli bagi merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri
Terengganu, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri
Keempat Belas pada hari semalam.

Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana negeri kita diberi
keamanan dan Kerajaan terus komited berusaha melaksanakan segala janji
kepada rakyat dan melaksanakan reformasi untuk meningkatkan proses
penyampaian. Apa yang penting, semua pihak termasuk Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) adalah rakan kongsi Kerajaan dan harus
bekerjasama bagi menjadikan negeri ini Maju, Berkat, Sejahtera.

Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Hajah Zuraida


Md. Noor sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Wanita pertama yang
dilantik pada hujung Persidangan yang lepas. Ini merupakan suatu
pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada golongan wanita. Saya berharap
kehadiran Yang Berhormat dapat memperkasakan isu-isu pembangunan
wanita dan keluarga secara keseluruhan meliputi aspek politik, ekonomi,
sosial dan budaya. Dengan pelantikan ini, kerusi dalam Dewan Undangan
Negeri Terengganu sekarang bertambah dari 32 kepada 33 kerusi.

Namun begitu, selaras dengan hasrat Kerajaan Baru Persekutuan yang


selalu bercakap soal reformasi, termasuk Reformasi Institusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) sudah sampai masanya Negeri Terengganu mempunyai
lebih banyak kerusi sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri
304
mahupun Parlimen dalam suasana bilangan pengundi yang bertambah
berlipat kali ganda. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, sejak tahun
1984 sudah tiga kali berlaku semakan Persempadanan Kawasan Pilihan
Raya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya, tetapi Negeri Terengganu masih
tidak menerima sebarang pertambahan kerusi baru.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada 21 hingga 23 Februari yang lepas,


Pejabat Dewan Undangan Negeri menganjurkan Program Retreat
Pemantapan Dewan Undangan Negeri yang dihadiri oleh sebahagian besar
Ahli-ahli Yang Berhormat selain dari pegawai dan kakitangan Pejabat Dewan
Undangan Negeri. Sebagai komitmen bersama kita telah bersetuju
menjadikan Visi Dewan Undangan Negeri Terengganu sebagai Dewan
Undangan Negeri Terbilang di Malaysia. Dan sudah tentu antara Petunjuk
Prestasi Utama (Key Performance Index) untuk mencapai visi ini ialah
penglibatan secara menyeluruh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam
setiap kali Persidangan dan mutu perbahasan yang semakin meningkat
dengan idea-idea yang bernas untuk kepentingan rakyat.

Oleh itu bagi meningkatkan kualiti perbahasan dan melancarkan perjalanan


Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu telah mengambil langkah
proaktif sejajar dengan perkembangan Industri 4.0 yang memanfaatkan
kemudahan digital. Sehubungan itu, buat pertama kalinya pada Sidang kali
ini, setiap Ahli-ahli Yang Berhormat disediakan dengan sebuah laptop di atas
meja masing-masing. Hasil lawatan saya ke Bahagian Pembangunan
Teknologi Maklumat Negeri, dulunya Unit Pengurusan Maklumat Negeri,
saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Setiausaha
Kerajaan Negeri yang bersetuju menyediakan laptop kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat melalui jabatan ini bagi tujuan untuk meningkatkan kecekapan
capaian maklumat dan meminimumkan penggunaan kertas ( paperless).
Ahli-ahli Yang Berhormat boleh memanfaatkan maklumat asas yang
disediakan termasuk Kertas-kertas Laporan, hansard yang lalu, bahkan
Peraturan Dewan selain dari maklumat lain yang boleh dicari dengan
kemudahan wifi yang disediakan. Namun begitu, sebab saya dengar ada
suara-suara yang bercakap, saya pohon maaf kepada Ahli Yang Berhormat
semua bahawa laptop yang dibekalkan ini hanya untuk kegunaan sewaktu
Persidangan sahaja, bukan untuk dibawa balik. Sebab laptop ini akan
digunakan semula oleh pihak Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat
selepas Persidangan Dewan.

305
Bagi meningkatkan prestasi semua Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas di
dalam Dewan yang mulia ini dan mencapai Visi Dewan Undangan Negeri
Terengganu sebagai Dewan Undangan Negeri terbilang di Malaysia, saya
telah mengadakan lawatan kerja ke Terengganu Strategic and Integrity
Institute (TSIS) pada bulan lalu. Hasil lawatan tersebut, pihak TSIS telah
menzahirkan kesediaan dan akan memberi kerjasama untuk membantu
mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri yang ingin mendapat khidmat
rujukan bahan-bahan dan maklumat penyelidikan sebagai persiapan setiap
kali Sidang Dewan. Oleh itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Terengganu
Strategic and Institute (TSIS) di atas kesungguhan untuk menyokong visi
dan misi Dewan Undangan Negeri Terengganu dalam mendokong
demokrasi untuk kesejahteraan rakyat negeri ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada Persidangan yang lepas kita telah
meluluskan penubuhan Jawatankuasa Terpilih (Select Committee)
Pengurusan Dewan yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Jawatankuasa ini
telah mengadakan dua kali mesyuarat dan akan membentangkan
laporannya dalam Sidang yang akan datang, insya-Allah. Saya berharap
dengan penubuhan dan perjalanan Jawatankuasa Terpilih ini dapat
memantapkan proses semak dan imbang dalam Kerajaan.

Selain itu, sebagai Pelan Pemantapan Dewan Undangan Negeri Terengganu


juga, saya ingin memaklumkan bahawa Jadual atau Takwim Persidangan
untuk tempoh setahun telah ditetapkan lebih awal. Ini termasuk Sidang
Dewan Undangan Negeri akan datang iaitu pada 15 hingga 16 Julai dan
Sidang Belanjawan pada 24 hingga 28 November 2019. Pengumuman
takwim bagi tempoh setahun ini diharap dapat membantu dan memudahkan
semua pihak termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat semua untuk membuat
persiapan dan perancangan lebih awal. Pendekatan ini telah lama
sebenarnya diamalkan di Parlimen Malaysia.

Saya juga ingin mengingatkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat lebih teliti dan
cermat dalam mengemukakan soalan-soalan sama ada Soalan Lisan atau
Bertulis. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat semua merangka soalan-
soalan tersebut dengan berpandukan Peraturan-Peraturan Dan Perintah
Tetap Dewan (Standing Rules And Orders) iaitu buku merah yang telah
dibekalkan kepada Ahli Yang Berhormat sebelum ini. Ini adalah untuk
mengelakkan supaya soalan-soalan yang dikemukakan tidak mudah ditolak.
306
Ahli-ahli Yang Berhormat boleh merujuk kepada perkara 26, ceraian 1
hingga 11 dengan pecahan-pecahannya. Sebagai contoh, soalan-soalan
yang terlalu panjang lebar, hal-hal yang berkaitan dengan bidang kuasa
Persekutuan yang memerlukan rujukan lebih lanjut dan mendalam, soalan
yang berbentuk anggapan dan tohmahan, dan soalan yang telah dijawab
dengan jelas sebelum ini dalam tempoh waktu terdekat seharusnya perlu
dielakkan dan boleh ditolak. Kita harus mengambil berat tentang perkara ini
kerana ia merupakan satu aspek penting dalam Institusi Legislatif.

Ahli Yang Berhormat sekalian, pihak DUN sedang berusaha menyiapkan


Buku Khas Dewan Undangan Negeri Terengganu termasuk dari segi
sejarahnya. Sebagaimana yang kita sama-sama bergambar dengan
Tuanku Al-Sultan kelmarin. Untuk tujuan ini saya mohon kerjasama semua
Ahli Yang Berhomat untuk menghadiri sesi bergambar pada hari ini dalam
pakaian Lounge Suit sebaik sahaja Dewan ditangguhkan untuk berehat dan
minum pagi.

Saya doakan Sidang Dewan Undangan Negeri kita, sepanjang Persidangan


kali ini akan berjalan dalam keadaan tenang lancar dan penuh kematangan
dengan kerjasama semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Marilah sama-sama kita
jadikan sebagai panduan apa yang dititahkan Tuanku Al-Sultan kelmarin
iaitu sila rujuk muka surat 27, Buku Titah Ucapan Diraja iaitu Tuanku
bertitah sepanjang Sidang ini berlangsung, berbahas dan berhujahlah
secara rasional dan intelektual atas perkara-perkara yang boleh membawa
kebaikan dan manfaat bersama.

Sebelum saya akhiri ucapan, saya juga ingin menjemput semua Ahli-ahli
Yang Berhormat ke pertandingan menembak di Lapang Sasar Lembah
Bidong pada hari akhir Persidangan, 4 April jam 2.30 petang, ini adalah
bertujuan merapatkan hubungan sesama Ahli Yang Berhormat selepas kita
penat bersidang.

Dan akhirnya tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada
Ketua Pembangkang baru, tak berapa sedap nak sebut Ketua Pembangkang
sekarang ini iaitu Yang Berhormatg Dato’ Seri Ahmad Said, ADUN Kijal,
orang lama tapi masih segar dan bergaya.

Sekian, Selamat Bersidang. Seeru ‘ala barakatillah. Wassalamu’alaikum


warahmatullahi wabarakatuh.
307
KERTAS-KERTAS KERJA DAN LAPORAN-LAPORAN

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Kertas-kertas Kerja Dan Laporan-


laporan yang dibentangkan ialah:

1. Penyata Tahunan 2017 Suruhanjaya


Perkhidmatan Negeri Terengganu.
(D.U.N. Bil.1/2019)

2. Laporan Tahunan 2017 Majlis Agama Islam Dan


Adat Melayu Negeri Terengganu.
(D.U.N. Bil.2/2019)

3. Laporan Tahunan & Penyata Kewangan Tahun


2017 Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri
Terengganu.
(D.U.N. Bil.3/2019)

4. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017


Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan
Prestasi Kewangan Agensi Negeri Terengganu.
(D.U.N. Bil.4/2019)

5. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017


Pengurusan Aktiviti Jabatan/Agensi Dan
Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Siri 2.
(D.U.N. Bil.5/2019)

6. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam


(PAC) Negeri Terengganu Berkaitan Stadium
Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu
dan Amphicoach. (Edaran atas meja).
(D.U.N. Bil.6/2019)

308
SOALAN-SOALAN YANG TELAH DIBERI NOTIS
SOALAN-SOALAN BERTULIS
[LAMPIRAN]

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Jawapan-jawapan kepada Soalan-


soalan Bertulis yang telah diberi notis dan dibentangkan di hadapan Ahli-ahli Yang
Berhormat sekalian ialah soalan-soalan daripada:
1. Y.B. Haji Hishamuddin bin Abdul Karim
(Wakil Tepoh)
2. Y.B. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi
(Wakil Batu Buruk)
3. Y.B. Haji Nawi bin Mohamad
(Wakil Hulu Besut)
4. Y.B. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik
(Wakil Sura)
5. Y.B. Haji Roslee bin Daud
(Wakil Bukit Besi)
6. Y.B. Haji Ridzuan bin Hashim
(Wakil Buluh Gading)
7. Y.B. Haji Hilmi bin Harun
(Wakil Manir)

8. Y.B. Haji Alias bin Harun


(Wakil Rantau Abang)
9. Y.B. Ir. Saiful Azmi bin Suhaili
(Wakil Kemasik)
10. Y.B. Hajah Zuraida binti Md. Noor
(Wakil Wanita)

SOALAN-SOALAN LISAN

309
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekarang kita masuk kepada
Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah ahli-ahli yang telah memberi notis
untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari ini, 2 April 2019 iaitu
daripada:

1. Y.B. Haji Hishamuddin bin Abdul Karim


(Wakil Tepoh)
2. Y.B. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi
(Wakil Batu Buruk)
3. Y.B. Dato’ Haji Rozi bin Haji Mamat
(Wakil Telemong)
4. Y.B. Haji Wan Hapandi bin Wan Nik
(Wakil Sura)
5. Y.B. Haji Nawi bin Mohamad
(Wakil Hulu Besut)
6. Y.B. Haji Ridzuan bin Hashim
(Wakil Buluh Gading)
7. Y.B. Haji Roslee bin Daud
(Wakil Bukit Besi)
8. Y.B. Haji Hilmi bin Harun
(Wakil Manir)

9. Y.B. Dato’ Haji Mohamad Pehimi bin Yusof


(Wakil Jertih)
10. Y.B. Haji Alias bin Harun
(Wakil Rantau Abang)
11. Y.B. Haji Bazlan bin Abd. Rahman
(Wakil Batu Rakit)
12. Y.B. Sulaiman bin Sulong
(Wakil Pengkalan Berangan)
13. Y.B. Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman
(Wakil Kuala Besut)

310
14. Y.B. Ahmad Shah bin Mohamed
(Wakil Bandar)
15. Y.B. Ab. Razak bin Ibrahim
(Wakil Air Putih)
16. Y.B. Haji Maliaman bin Kassim
(Wakil Ajil)
17. Y.B. Ir. Saiful Azmi bin Suhaili
(Wakil Kemasik
18. Y.B. Hajah Zuraida bin Md. Noor
(Wakil Wanita)

Sebelum saya teruskan dengan Soalan Lisan, saya hendak maklumkan juga
sebagai perhatian Ahli-ahli Dewan iaitu antara Pemerhati yang turut sama dalam
Persidangan kita pada kali ini iaitu:-

۰ Khairunnisa (Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat)


۰ Pejabat ADUN Kemasik
۰ Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
۰ Petronas
۰ Majlis Daerah Setiu
۰ Majlis Tindakan DUN Sura
۰ Majlis Tindakan DUN Batu Burok
۰ Pusat Khidmat DUN Buluh Gading
۰ Majlis Tindakan DUN Bukit Tunggal
۰ Majlis Tindakan DUN Ladang
۰ Majlis Tindakan DUN Cukai
۰ Pejabat ADUN Jabi
۰ Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Terengganu
۰ Pusat Khidmat ADUN Ajil
۰ Majlis Daerah Hulu Terengganu, dan
۰ Pejabat ADUN Kota Putera

yang berjumlah kesemuanya seramai 201 orang.

311
Yang kedua, sebagaimana biasa soalan-soalan tambahan boleh dikemukakan,
2 soalan tambahan yang pertama akan kita berikan kepada tuan punya soalan
yang asal dan kalau perlu 1 lagi soalan tambahan secara bebas. Ahli Yang
Berhormat sekalian, saya persilakan Yang Berhormat Wakil Tepoh untuk
mengemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Tuan
Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama –

Sejauhmanakah perancangan pihak Kerajaan untuk memanfaatkan


bas Amphicoach dalam industri pelancongan negeri?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Tuan Yang
di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tepoh, soalan yang pertama yang
disoal: Sejauhmanakah perancangan pihak kerajaan untuk memanfaatkan bas
Amphicoach dalam industri pelancongan negeri? Perancangan asal pihak Kerajaan
Negeri bagi memanfaatkan bas Amphicoach dalam industri pelancongan negeri
adalah menjadikan bas ini sebagai salah satu produk tarikan baharu dengan
menawarkan perkhidmatan pakej menyelusuri Sungai Terengganu melalui jalan
darat dan jalan air yang beroperasi di Taman Tamadun Islam.

Walau bagaimanapun, status terkini bas Amphicoach seumpama seorang pesakit


yang dibawa ke hospital, sakit tenat dan pihak hospital kata buat baliklah, hendak
mati sudah. Jadi, macam tidak boleh hendak berubat dah. Lalu pihak Kerajaan
Negeri akan menolak projek ini kerana kontraktor tidak dapat mematuhi syarat-
syarat, tidak dapat mematuhi terma kontrak selaras klausa 20(A) - Penamatan
Penggajian Kontraktor.

Projek ini juga gagal mendapat kelulusan pendaftaran di Jabatan Pengangkutan


Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut Malaysia. Kita ada dengar yang last-last kenderaan
ini hendak kereta ke, bas ke, hendak naik ikut udara pula, dah laut tidak boleh,
darat tidak boleh. Dan saya ada terima pagi ini Laporan Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Awam (PAC) Dewan Undangan Negeri Keempat Belas juga mengesyorkan
sebagaimana pengesyoran muka surat belakang itu, daripada JKR yang
mengesyorkan supaya projek ini ditamatkan kerana sebagaimana yang saya
sebutkan tadi. Begitu juga projek ini akan diserahkan kepada TTI, Mesyuarat Ahli
Lembaga Pengarah TTI juga mengesyorkan supaya pihak kerajaan tidak serah
312
kepada mereka. Begitu juga dengan Jabatan Pelancongan sendiripun tidak
berhasrat untuk bercadang untuk menerima bas Amphicoach ini. Saya rasa
Muzium mungkin terimalah bas ni. Wallahua’lam.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Tuan
Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama. Berapakah bayaran yang
telah Kerajaan Negeri belanjakan untuk pembelian bas Amphicoach yang
dimaksudkan ini?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua, bayaran yang sehingga kini iaitulah RM2,745,163.00 dan baki
kontrak yang sepatutnya dibayar adalah RM336,350.00. Sekian.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh): Tuan
Yang Dipertua, soalan terakhir saya, sebentar tadi dimaklumkan kehendak Jabatan
Laut dan JPJ tidak dapat dipenuhi. Bolehkah Yang Berhormat dapat nyatakan,
apakah kehendak Jabatan Laut, apakah kehendak JPJ sehingga menyebabkan kita
tidak boleh memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut bagi melayakkan operasi bas
Amphicoach?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Sebenarnya


kehendak daripada JPJ ini yang pertama dari segi item dia, pengecopan nombor
enjin dan nombor casis. Kehendak JPJ perlu mematuhi Akta Pengangkutan Jalan
1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan, Pembinaan dan Penggunaan 1959
kerana enjin dia itu memang padat yang susah untuk dicetaklah, nombor enjin dan
juga nombor casis.

Kemudian yang kedua, Sijil Pematuhan Peraturan (UN) dan Laporan Ujian berikut
kehendak JPJ nya perlu mematuhi ketetapan Vehicle Type Approval (VTA) semasa
melibatkan peraturan UN yang dikuatkuasakan bagi kenderaan Kategori M3 serta
mendapatkan pengesahan berkaitan pengubahsuaian yang dilakukan daripada
pihak teknikal servis yang diiktiraf oleh Jabatan JPJ, ini berkait dengan
pengubahsuaian. Kemudian kehendak Jabatan Laut, itemnya Proven Hull perlu
disahkan sebagai kategori bas Proven Hull. Pembinaan bas ini perlu melalui class
notation daripada pihak Llyod’s Register. Kedudukan Overboard Discharge perlu
diletakkan lebih tinggi daripada maksimum paras air di bahagian kabin ataupun
dibahagian deck.
313
Yang ketiga, ujian kesengetan, Healing Test. Perlu menjalani Ujian Kesengetan
(Healing Test) bagi penetapan bilangan penumpang, susunatur semula kerusi perlu
dibuat bagi memastikan agihan penumpang yang seimbang dan memudahkan
pemindahan ketika kecemasan. Sebenarnya bas yang kita terima, bas MAN ini
adalah bas biasa yang penumpangnya 42 orang dan apabila digunakan di dalam
tasik ataupun sungai menyebabkan kalau penuh 40 orang itu, bila berlaku
kesengetan, orang sebelah kiri perlu pergi ke kanan, kalau senget sebelah kiri yang
sebaliknya kena pergi sana. Jadi bila penuh itu, memang sangat bahaya.
Kesimpulan yang saya buat daripada kehendak JPJ dan Jabatan Laut adalah faktor
keselamatan itu sendiri. Wallahua’lam.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya ingin tahu apakah masalah
teknikal yang sebenar yang berlaku kerana saya percaya bahawa bas ini bukan
pertama di dunia dan saya pernah menaiki bas yang sama di Korea. Malah banyak
negara-negara yang telah membeli dan daripada syarikat yang sama, tapi kenapa
kejadian ini berlaku, saya tahu bahawa JPJ Malaysia memang agak kritikallah
sebab dia tiada pengalaman pengurusan bas macam bas kita di Malaysia, kereta
roda tiga tidak boleh berjalan, negeri lain boleh pakai. Sebab itu saya dulu pernah
beli bas double-decker daripada Thailand, itupun susah hendak dapat kelulusan,
masa itu Malaysia tiada lagi, lening baru ada bas double-decker di Malaysia. Sebab
itu kita mintalah supaya JPJ melihat perkara ini dan saya hendak tahu apakah
masalah kita sebenarnya dan sepatutnya Kerajaan Negeri berhubung dengan pihak
pembuat untuk dapat kepastian kenapa ini berlaku. Adakah kerana kecuaian
semasa percubaan operasi baru-baru ni?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Sila Yang Berhormat.


YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Molek
soalan ni bekas MB tanya. ....(Sambil gelak).... Takpe, apa ni jawab, bukan
tanya. Jadi sekarang ni sebenarnya untuk makluman, semasa bekas Yang
Amat Berhormat Menteri Besar test dulu sebenarnya bukan bas atau pun
badan bas atau pun syarikat yang bas sampai tu. Sebenarnya bila sampai
asalnya bas lain tiba-tiba yang sampai MAN Truck & Bus (M) Sdn. Bhd. Yang
lain sebenarnya sampai dan tidak melalui MAN Truck & Bus di (M) tapi dia
direct daripada Jerman. Jadi pada 15.11.2018, pihak kontraktor mendapati
berlaku masalah pada sistem suspension akibat daripada engine diagnose

314
dan troubleshooting pada enjin ECU. Pada enjin ECU ni ketika pemeriksaan
oleh pihak MAN Truck & Bus (M) Sdn. Bhd.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
di-pertua, minta penjelasan sikit Yang di-Pertua, saya ingin kepastian
mengikut jawapan yang diberikan oleh Ahli Exco tadi, iaitu kita order lain
sampai yang lain. Maksud begitu?
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Ya, ya.
Memang asalnya hok lain hok gi tengok. Tiba-tiba sampai hok lain. Ni
maklumat daripada JKR kepada saya.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Alur Limbat):
Doh sebab apa pihak Kerajaan Negeri terima masa tu. Saya harap benda ni
boleh bawa ke SPRM ni.
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Dok terima
lagi. Kita sampai sekarang dok terima lagi bas ni.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey saya ingat jelaslah. Saya ingat
jelas. Saya nak jemput Wakil Sura untuk mengemukakan soalan.
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura):
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-
Pertua, soalan saya yang pertama -

Nyatakan status pembinaan Hospital Daerah Dungun sehingga kini?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang
di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat,
Exco dan Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan dan juga pihak Pembangkang
serta Pegawai-pegawai Kerajaan dikasihi sekalian. Terima kasih kepada Sura
yang bertanyakan soalan nombor satu yang berbunyi: Nyatakan status
pembinaan Hospital Dungun sehingga kini?
Hospital baharu Dungun sekarang sedang dalam pembinaan. Status
sekarang, kemajuan fizikalnya 76.8% dan ini adalah mengikut jadual
pelaksanaan projek. Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama.
Mengapakah berlakunya kelewatan terpaksa ditangguh sehingga 28 Ogos
sedangkan tarikh siap yang telah ditetapkan ialah pada 22 Februari 2019
dan adakah dengan kelewatan ini pihak kontraktor dikenakan charge?
Terima kasih.

315
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Bagus ADUN Sura dia tahu lewat dok lewat. Saya dok royatpun. Kelewatan
yang berlaku, sedikit kelewatanlah dan pihak kontraktor telah memohon
untuk Melanjutkan Tempoh atau EOT (Extension of Time) sebenarnya
kerana kelewatan persiapan tapak. Kerja Fasa 1(A) lewat atas kerja-kerja
persiapan tapak. Maka dengan itu pihak kontraktor telah memohon untuk
mendapat kelulusan Lanjutan Tempoh dan tempohnya sepertimana yang
disebutkan tadi kita lulus untuk disambung sehingga 28 Ogos 2019 atas
sebab: Pertama, kontraktor yang bina bangunan ini dia lambat masuk
kerana tapak belum siap. Yang kedua, kerana kelewatan mendapat
kelulusan merancang. Biasalah, lewat satu fasa, dia akan menyebabkan
lewat pada fasa yang kedua. Oleh itu, dengan alasan yang munasabah itu,
pihak JKR telah membenarkan untuk melanjutkan tempoh dan maka tidak
ada apa-apa denda yang dikenakan ataupun LAD. Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan yang kedua. Apakah
perancangan Jabatan Kesihatan terhadap bangunan lama Hospital Dungun
setelah hospital baru siap dan beroperasi? Terima kasih.
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima kasih, untung orang Dungun ni. Jadi dia boleh dua hospital. Ini
tambahanlah bukan ganti-ganti ni tambah. Hok baru ditambah dan hok
lama dikekalkan dengan 100 katil cuma dikurangkan sikit dari segi skopnya.
Apa yang dikekalkan ialah Bahagian Penjagaan Pesakit Kronik, Bahagian
Rehabilitasi, Penyakit Berjangkit serta Pusat Bersalin Berisiko Rendah juga
akan dikekalkan sebagai Unit Pesakit luar, akan dijadikan Klinik Kesihatan
Bandar Dungun untuk fungsinya bagi manfaat kepada penduduk-penduduk
di Daerah Dungun dan khususnya di Bandar Dungun itu sendiri. Terima
kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekarang saya jemput ADUN Hulu
Besut.
YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut):
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang
di-pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat,
soalan saya soalan 1 -

Berapakah jumlah masjid yang mengadakan Solat Jumaat tetapi


tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri di seluruh Negeri
Terengganu?

316
YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong):
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan
Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang
Berhormat Ahli-ahli Dewan, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati, Soalan Lisan
ADUN Hulu Besut: Berapakah jumlah masjid yang mengadakan solat Jumaat
tetapi tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri di seluruh Negeri
Terengganu?

Jawapannya, jumlah masjid yang mengadakan Solat Jumaat tetapi tidak


mendapat kelulusan Kerajaan Negeri di seluruh Negeri Terengganu adalah
sebanyak tiga buah masjid.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya kemuka soalan ni kerana
kawasan saya ada dua masjid yang tidak mendapat kebenaran. Semasa
sebelum pilihan raya telah saya minta dengan Pejabat Agama untuk diberi
kelulusan. Sesuai dengan keadaan semasa, mengapa harus ada tiga
sepatutnya sudah tidak ada lagi kerana Konsep Penyatuan Ummah pada
masa ini?
YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Soalan
tambahan daripada Hulu Besut tu nampak macam ada dua. Ada dua. Jadi
tak payah tambah dah kot. Dua dah. Soalan tambahan dia yang pertama,
mengenai dua masjid yang beliau sebut di Besut. Setakat dalam makluman
kami, tidak ada masjid yang menunaikan Solat Jumaat yang tidak mendapat
kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Hanya melainkanlah yang dimaksudkan
masjid oleh pihak Hulu Besut ialah surau. Wallahu Ta’ala a’lam. Jika itu
diminta tambahan, saya boleh jawab kemudianlah.
Soalan tambahan yang kedua mengenai kenapa masih ada tiga masjid yang
belum mendapat kelulusan Kerajaan Negeri bagi menunaikan Solat Jumaat.
Insya-Allah ketiga-tiga masjid ini dalam proses oleh pihak Kerajaan untuk
meluluskannya. Setelah diteliti bahawa tiga masjid ini sebenarnya telah
lama ditubuhkan dan dibina dan Insya-Allah ia akan diselesaikan dalam
tempoh yang terdekat. Terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.
YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Sekali
lagi saya nak dapat pengesahanlah. Kerajaan menyatakan di Besut sudah
tidak ada lagi. Maknanya kawasan saya itu ada dua lagi masjid yang dibuat
Jumaat sebelum ni maknanya telah dibenarkan ataupun telah diberi
kelulusan oleh kerajaan. Di kawasan saya tu ada satu di Keruak, yang kedua
317
di Kampung Awek yang buat Sembahyang Jumaat. Maknanya kedua-dua tu
telah mendapat kebenaran Kerajaan sebagaimana yang telah dijawab oleh
Wakil Kerajaan tadi.
YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Terima
kasih kepada Hulu Besut. Betul sebagaimana yang saya sangka apa yang
dianggap oleh Hulu Besut sebagai masjid. Sebenarnya ia adalah berstatus
surau. Surau yang mengadakan Solat Jumaat dan kesemua surau-surau itu
telah mendapat persetujuan daripada pihak MAIDAM pada 21 April 2015
dengan syarat-syarat yang telah dinyatakan kepada mereka. Selesai.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey ....

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil


Kuala Besut): Saya ada soalan simple aje. Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Pihak Kerajaan ada menyatakan bahawa ada tiga buah masjid yang
mengadakan Solat Jumaat yang tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.
Boleh nyatakan dok masjid mana sebab kita tak mahu benda ni menjadi
persepsi dan juga andaian. Masjid mana tu? Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Yang
di-Pertua, lima soalan tambahan dah ni.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tak apa.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Tak
apa? Takut orang lain kata dok adil pulok banyak ni.

Tiga masjid yang dimaksudkan adalah: Yang pertama, Masjid Lama


Kampung Jabi, Besut yang telah dibina semenjak tahun 1950. Yang kedua,
Masjid Lama Kampung Sura, Dungun yang telah dibina semenjak tahun
1917. Dan yang ketiga, Masjid Lama Kampung Tebing Tembah, Paka yang
telah dibina sekitar tahun 1950. Ketiga-tiga masjid ini dalam proses
permohonan dan akan mendapat kelulusan MAIDAM, insya-Allah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA : Ya, terima kasih. Sekarang saya


persilakan ADUN Buluh Gading.

318
YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor satu –

Apakah status terkini usaha dan perancangan pihak kerajaan


dalam menubuhkan Sekolah Menengah Agama Darul Iman
(SMIDI)?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):


Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala
wabarakatuh, Yang Berhormat Yang di-Pertua, ADUN Buluh Gading
bertanya: Apakah status terkini usaha dan perancangan pihak kerajaan
dalam menubuhkan Sekolah Menengah Darul Iman (SMIDI)? Manifesto PAS
dalam pilihan raya PRU-14, antaranya adalah mewujudkan 32 Sekolah
Rendah Islam berdasarkan 32 DUN dan juga lapan Sekolah Menengah Islam
berdasarkan lapan Parlimen. Alhamdulillah pihak Kerajaan Negeri sudah
berjaya mewujudkan enam Sekolah Rendah Islam di enam DUN dan kita
merancang untuk mewujudkan Sekolah Menengah Islam pertama (SMIDI)
pada awal tahun depan insya-Allah yang akan kita operasi di tapak KIST
Kuala Berang.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):


Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama.
Tadi disebutkan cadangan SMIDI yang dijangka beroperasi awal tahun 2020
ini ialah di tapak atau di KIST iaitu Kolej Islam Sains Terengganu, Kuala
Berang. Jadi saya ingin tahu adakah bagi tujuan penempatan SMIDI ini,
KIST perlu dibaik pulih dan sekiranya perlu dibaik pulih berapakah anggaran
kos yang terpaksa Kerajaan tanggung bagi memungkinkan SMIDI dapat
beroperasi? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, hasrat kita memang untuk memanfaatkan
bangunan yang sedia ada. Isu KIST ini macam Taman Ilmu jugaklah,
Kerajaan telah mengeluarkan RM30 juta lebih untuk ambil tapak tersebut
dan bangunan yang sedia ada terbiar sekarang. Hasil tinjauan dan lawatan
kami, pihak JKR menyebut bahawa kos baiki lebih kurang RM10 juta. Saya
tanya juga JKR dah kalau kita buat baru dekat lain guaner? RM10 juta gok
dia kata. Jadi kalau kita tidak baiki juga bangunan ni sebab dia merupakan
aset Tabung Warisan kita rasa punah saja jer, jadi rosak sedangkan ada
319
bangunan empat tingkat yang baru belum diguna pun lagi. Jadi kita amik
keputusan pihak Tabung Warisan akan baiki bangunan tersebut dan insya-
Allah kita akan boleh beroperasilah, insya-Allah pada tahun depan.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):


Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang kedua
soalan saya ni ada dua pecahan. Yang pertama berkait dengan status
sekolah ataupun SMIDI dan jugak guru di SMIDI itu nanti. Saya ingin tahu
adakah kedudukan SMIDI ini akan diletakkan dalam kategori SABK seperti
IMTIYAZ, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di mana para gurunya di bawah
tanggungjawab Kerajaan Persekutuan atau diletakkan di bawah kategori
milik sepenuhnya Kerajaan Negeri. Pecahan yang kedua daripada soalan
pertama yang kedua ni Tuan Yang di-Pertua berkait dengan kokurikulum.
Adakah kurikulum yang bakal diguna nanti berasaskan Kurikulum Tamayyuz
di mana subjek agama seperti Feqah, Sirah, Akhlak dan seumpamanya
diajar dalam Bahasa Arab atau berasaskan kurikulum Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama? Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, Yang Berhormat.


YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):
Terima kasih pada Yang Berhormat, hasrat Kerajaan Negeri menubuhkan
SMIDI ini antaranya adalah untuk memenuhi permintaan masyarakat yang
terlalu tinggi dan kita hanya ada Sekolah Menengah Agama Negeri ada satu
Sekolah Menengah Agama saja setiap daerah lebih kuranglah. Jadi
kewujudan Sekolah Menengah Darul Iman ini (SMIDI) ini adalah antaranya
untuk memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat.

Yang kedua, hasrat kita adalah untuk kesinambungan kepada SRIDI Sekolah
Rendah Islam Darul Iman ini. Jadi SRIDI yang ada ini mereka menggunakan
kurikulum Kementerian yang sedia ada ambil UPSR, dia ada ujian ambil
UPSRi yang kurikulum berdasarkan agama di bawah bahagian Pendidikan
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan juga akan mengambil
peperiksaan UPKK di bawah JAKIM, ketiga-tiga peperiksaan tersebut akan
diambil oleh SRIDI dan selepas pada itu kesinambungan di peringkat
sekolah menengah ini sama saja. Kita tidak akan menyerahkan di bawah
SABK dia merupakan milik penuh Kerajaan Negeri dan SMIDI ini merupakan
gabung jalin antara kurikulum standard sekolah menengah KSSM yang ada
dan juga Kurikulum Agama Negeri yang akan menggabung jalinkan antara
Tahfiz dan Qura’ tapi memberi penekanan kepada juga bahasa iaitu Bahasa
320
Inggeris dan juga Bahasa Arab. Insya-Allah kita akan mengambil
pengambilan guru awal untuk mendapat latihan dan sebagainya
sebagaimana persiapan yang kita adakan untuk mengambil SRIDI pada
tahun lalu, insya-Allah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya jemput Wakil Bukit Besi.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi):


Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang
Berhormat Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tiga -

Berapa ramaikah penduduk di Terengganu telah berjaya


dikeluarkan dari status kemiskinan sejak tahun 2018 dan
apakah usaha yang dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi
memastikan lebih ramai di kalangan mereka bebas daripada
status kemiskinan?

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Bismillahir


Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat Bukit Besi berbunyi:
Berapa ramaikah penduduk di Terengganu telah berjaya dikeluarkan dari
status kemiskinan sejak tahun 2018 dan apakah usaha yang telah
dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan lebih ramai kalangan
mereka bebas daripada status kemiskinan?

Tuan Yang di-pertua, sehingga ini Sistem e-Kasih kendalian Jabatan


Pembangunan Persekutuan yakni Jabatan Perdana Menteri tidak menyimpan
rekod status kemiskinan terdahulu isi rumah untuk dibuat perbandingan
sistem ini hanya menyimpan maklumat terkini isi rumah. Untuk makluman,
tiada kes keluar daripada Sistem e-Kasih kerana setiap isi rumah yang
berdaftar akan kekal berada di dalam Sistem e-Kasih. Di antara perkara-
perkara atau langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi
menangani masalah kemiskinan ialah:-

Yang pertama, Program Perumahan Terengganu Sejahtera di mana setiap


DUN dibekalkan, diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri di antara
RM750,000.00 sehingga RM1 juta setahun bagi memastikan dan membaiki
rumah-rumah di bawah Terengganu Sejahtera.

321
Yang kedua ialah pengagihan Bantuan Modal Perniagaan kepada asnaf di
mana modal permulaan dalam bentuk wang atau peralatan yang sesuai.
Yang kedua, khidmat nasihat bagi memantapkan lagi urusan perniagaan.
Yang ketiga, Kursus Asas Lanjutan Keusahawanan agar peniaga memahami
selok-belok perniagaan yang diusahakan. Dan yang keempat, modal
pusingan agar para peniaga mampu terus bersaing di pasaran.

Yang ketiga ialah Program Bekalan Air Percuma. Sehingga ini rakyat Negeri
Terengganu mendapat bekalan air daripada MAIDAM 2,118 orang, e-kasih
1,146 orang, PPRT 5,432 orang dan jumlah keseluruhannya ialah 8,696
orang. Antara pelaksanaannya juga ialah Program Bantuan Persekolahan
kepada lebih kurang 125,169 orang yang melibatkan peruntukan sebanyak
RM12,516,900.00 dan juga bantuan daripada JKM. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Terima
kasih Yang Berhormat Exco, soalan tambahan saya yang pertama. Kalau
kita tengok memang Kerajaan dah telah banyak membantu rakyat untuk
membebaskan rakyat Negeri Terengganu kita ni daripada paras kemiskinan.
Jadi saya nak tahu apakah punca sebenar adakah sama ada rakyat kita ni
kerana sikap dia, cara hidup dia ataupun apakah punca-punca lain yang
menyebabkan masih lagi ada rakyat kita yang berada dalam paras
kemiskinan. Jadi, saya nak tahu juga apakah sasaran Kerajaan Negeri
dalam usaha nak menangani tahap kemiskinan dalam negeri? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Tuan Yang di-
Pertua, antara punca yang menyebabkan berlaku kemiskinan ialah yang
pertamanya ianya bermula daripada persekolahan. Kebanyakan mereka
yang gagal di peringkat persekolahan akhirnya tidak mendapat kerjaya yang
baik dan antaranya juga ialah yang terlibat dengan gejala-gejala sosial
seperti dadah dan seumpamanya. Dan bagi pihak Kerajaan Negeri di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga agensi-agensi lain sehingga kini
berusaha bagi memastikan golongan-golongan sasar ini terkeluar daripada
kemiskinan dengan beberapa perkara yang telah dinyatakan sama ada
bantuan daripada MAIDAM ataupun daripada Yayasan Pembangunan
Usahawan ataupun daripada Yayasan Pembangunan Keluarga bagi
memastikan mereka diberi bantuan untuk meneruskan sama ada dari segi
menjalankan perniagaan-perniagaan secara kecil-kecilan dan saya rasa
322
ianya mengambil sedikit masa bagi memastikan mereka ini terkeluar
daripada kemiskinan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Seterusnya saya


jemput Wakil Manir. Ada soalan lagi, soalan tambahan? Okey.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Ada se
lagilah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, saya beri. Sila, sila. Yang
Berhormat slow jer bangun ni, tu yang saya nak beri ke orang lain tu.
Kalau ada tak apa, sila, sila.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Sebab kita
perpaduan ummah kan? Jadi kena berhemah sikit. ..... (Dewan gelak).....
Okey, soalan tambahan kedua saya. Biasanya kita kaitkan dengan nelayan
ataupun petani dari segi tahap kemiskinan. Dan saya difahamkan bantuan
kepada mereka telah dipotong oleh Kerajaan Pusat. Jika betul, tapi
rasanya betul doh hok sebab di viral di mana-mana. Apakah inisiatif
Kerajaan Negeri dalam membantu golongan petani dan nelayan bagi
Kerajaan Negeri Terengganu? Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Tuan Yang di-
Pertua, memang Kerajaan Pusat, Kerajaan Pakatan Harapan hanya pandai
berjanji tetapi adalah menipu dan kita bersama-sama akan runtuhkan
Kerajaan Pakatan Harapan, boleh ke dok boleh? .... (Tepukan Sokongan) ....
Bagi pihak Kerajaan Negeri kita sudah berbincang dan Exco Perikanan
sendiri sedang membawa satu usul supaya suatu kebajikan atau satu
peruntukan diperuntukan dan insya-Allah Kerajaan Negeri sedang
menimbang untuk memberi sedikit bantuan kepada para nelayan. Terima
kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, terima kasih. Seterusnya,


saya menjemput Wakil Manir.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir):


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Di-
Pertua, soalan saya yang pertama -

Berapakah jumlah kutipan zakat bagi Negeri Terengganu


323
untuk tahun 2017 dan 2018?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):


Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Yang Di-Pertua, ADUN Manir
bertanya: Berapakah jumlah kutipan zakat bagi Negeri Terengganu untuk
tahun 2017 dan 2018?

Untuk makluman Sidang Dewan semua, jumlah kutipan zakat 2017


berjumlah RM130,949,523.03, ada lagi 3 sen ni ya. Dan jumlah kutipan
zakat 2018, RM160,371,554.62. Terima kasih.
YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama . Rakyat
Negeri Terengganu ramai yang berada di luar Negeri Terengganu dan
mempunyai perusahaan-perusahaan dan juga pekerjaan-pekerjaan masing-
masing. Apakah pihak Kerajaan mempunyai satu mekanisme yang boleh
menggalakkan mereka berzakat di Negeri Terengganu?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):


Yang Berhormat Yang di-Pertua, kalau kita tengok daripada jenis zakat yang
dikutip dan memang ada peningkatan antaranya adalah Zakat Pendapatan.
Walaupun kita sedia maklumlah Mazhab Shafie ni tidak ada Zakat
Pendapatan. Tapi, secara keseluruhan kita memakai pendapat yang kita
boleh keluarkan Zakat Pendapatan ini yang tahunya untuk kita kontra
dengan Cukai Pendapatan. Tahun 2017, RM72 juta, tahun 2018, RM78
juta. Jadi biasanya, walaupun anak Terengganu contohnya seperti zakat di
bulan Ramadan dan sebagainya mereka biasa membayar zakat itu di tempat
mereka bekerja ataupun mereka mendapat sumber pendapatan tersebut
kecualilah antaranya Zakat Simpanan dia ataupun Zakat Pendapatan dia.
Memanglah digalakkan untuk seseorang itu membayar zakat di tempat
dia mendapat sumber pendapatan ataupun tempat dia bekerja. Tapi, kat
Malaysia kita ni boleh untuk dia bayar di negeri dia ataupun di kampung dia
kepada Amil yang bertauliah dan sebagainya. Dan perkara ni insya-Allah kita
galakkan paling kurang ia dapat membantu kawasan tempat dia sendiri.
Perkara ini harap dapat kesedaranlah daripada masa ke semasa. Insya-
Allah untuk membayar zakat ke Negeri Terengganu. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Soalan


tambahan saya yang kedua Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Berdasarkan Teks Ucapan Baginda Sultan pada muka surat 10, peningkatan
324
zakat sebanyak pada tahun 2018 sebanyak RM22.42 juta berbanding
dengan tahun 2017 adalah suatu angka yang besar. Jadi, apakah Kerajaan
mengenalpasti apakah key factor peningkatan tersebut? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):


Terima kasih Yang Berhormat. Antaranya kesedaran umat Islam hari ini.
Kita rasakan masyarakat lebih bermaklumat dan mereka mempunyai
kefahaman Islam yang lebih baik dan juga adanya sumber ekonomi dan
pendapatan yang lebih selesa dan mereka orang panggil, berusaha untuk
mengeluarkan zakat.

Yang kedua, pihak MAIDAM sendiri, pihak yang berwajib dan sebagai semua
mengambil peranan, orang panggil turun padang untuk mempromosikan
pembayar zakat dengan bank bergerak dan sebagainya, promosi brochure
di masjid-masjid, secara online dan sebagainya dan kemudahan-kemudahan
yang disediakan untuk mereka ini membayar zakat dan faktor-faktor ini
insya-Allah akan memudahkan kepada pembayar zakat-pembayar zakat dan
secara langsung peningkatan kepada sumber zakat itu sendiri dan juga
kepada syarikat-syarikatlah kesedaran-kesedaran khususnya syarikat-
syarikat yang mereka mempunyai pendapatan yang besar untuk membayar
zakat dan insya-Allah dia membersihkan sumber mereka dan juga insya-
Allah akan menambahkan lagi keuntungan kepada perniagaan-perniagaan
mereka. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Seterusnya, saya jemput Wakil


Jertih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil


Jertih): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Soalan saya,
soalan yang pertama -

Berapakah bilangan penerima Program Bantuan Dana Raya


Kerajaan Negeri Terengganu untuk tahun 2018?

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):


Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Yang di-Pertua, ADUN Jertih
bertanyakan berapakah bilangan penerima Program Bantuan Dana Raya
Kerajaan Negeri Terengganu untuk tahun 2018?

325
Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Sidang Dewan semua, jumlah
keseluruhan penerima Bantuan Perayaan Aidilfitri 2018 ialah 279,822 orang.
Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil


Jertih): Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang
pertama. Apakah kategori-kategori yang mendapat bantuan di bawah
Program Dana Raya ini yang ada perbezaan dengan Kerajaan dahulu,
maknanya kategori itu adakah kita kekalkan kategori yang sama ataupun
ada penambahbaikan pada kategori yang baru? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):


Memandangkan pilihan raya berlaku bulan Mei, selepas pada itu, Ramadan
dan juga hari raya, kita pun ‘dok dang nak kilas kain mana ni’, jadi terus
datang Program Bantuan Hari Raya ini. Jadi, pihak Kerajaan Negeri setakat
ini meneruskan mereka yang mendapat Bantuan Hari Raya, antaranya
mereka yang berpendapatan rendah dan miskin, warga emas, Orang
Kelainan Upaya (OKU) dan juga ibu dan bapa tunggal. Tapi, dalam masa
yang sama ada perubahan yang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri iaitu
membuka kembali permohonan mereka-mereka yang terkilanlah. Jadi, ada
peningkatan daripada angka yang terdahulu kerana adanya permohonan-
permohonan baru yang dibuka balik oleh pihak Kerajaan Negeri. Terima
kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Pinjam mikrofon
sebelah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil


Jertih): Okeylah soalan tambahan seterusnya. Adakah Dana Raya Tahun
Baru Cina juga diberi sebagaimana biasa untuk tahun 2019 baru ini?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, kita beri peruntukan seperti biasa untuk
Program-Program Sambutan Hari Raya Cina dan cuma untuk maklumanlah
Kerajaan Pusat sudah potong peruntukan royalti kita ini. Jadi, kita kena

326
bincang balik pula untuk bantuan dana raya yang akan datang. Terima
kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Seterusnya, saya


jemput Wakil Rantau Abang untuk kemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang):


Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan. Soalan saya ialah soalan nombor
satu –

Apakah usaha untuk membangunkan semula aktiviti


pertanian di tapak Rimbunan Kaseh, Rantau Abang
setelah pihak Kerajaan Pusat menyerahkan kepada Kerajaan
Negeri?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):


Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang
di-Pertua, terima kasih pada kekanda Yang Berhormat ADUN Rantau Abang
yang mengajukan soalan berkaitan dengan usaha untuk membangunkan
semula aktiviti pertanian di tapak Rimbunan Kasih, Rantau Abang setelah
pihak Kerajaan Pusat menyerahkan kepada Kerajaan Negeri?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit ruang untuk
makluman Dewan sedikit latar belakang Projek Rimbunan Kasih yang
terletak di Rantau Abang di Dungun. Projek ini, projek di bawah ICU
Jabatan Perdana Menteri dan tugas pelaksanaan dan pengurusan
dipertanggungjawabkan kepada syarikat IRIS Corporation dibina di atas
tanah Kerajaan Negeri seluas 57 ekar. Dan komponen utamanya ialah 100
buah rumah, 26 Green House SPH (Struktur Pelindung Hujan) dan ada 400
tangki untuk penternakan ikan. Mula beroperasi pada bulan Julai tahun
2015 dengan aktiviti ekonomi utamanya ialah penanaman golden melon,
penternakan ikan dalam tangki dan juga penanaman limau kasturi. Setakat
beroperasi, seramai 85 orang peserta telah dimasukkan atau lebih tepatnya
sebenarnya 85 keluarga.

Aktiviti ekonomi berasaskan pertanian di Program Rimbunan Kasih telah


berhenti sepenuhnya pada bulan April 2017 dan pihak IRIS sepatutnya
menguruskan Program Rimbunan Kasih sehingga 14 Julai 2020 tetapi atas
beberapa faktor terutamanya faktor kewangan pihak IRIS telah memohon
327
dengan Kerajaan Negeri untuk proses penamatan awal. Program Rimbunan
Kasih pada 31.12.2018 dan setelah melalui beberapa fasa perundingan dan
perbincangan, akhirnya Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya Program
Rimbunan Kasih ini ditamatkan pada tarikh yang diminta oleh IRIS dengan
beberapa syarat. Di antara syaratnya ialah Kerajaan Negeri dan juga IRIS
akan membuat pemeriksaan bersama. Segala aset yang ada di Rimbunan
Kasih dan aset-aset ini mesti diserahkan kepada Kerajaan Negeri dalam
keadaan sempurna. Kerosakan-kerosakan yang berlaku pada aset akan
diperbaiki menggunakan wang jaminan projek daripada IRIS yang ada pada
ICU tanpa melibatkan sebarang dana daripada Kerajaan Negeri dan insya-
Allah proses pembaikiannya akan siap menjelang bulan Jun akan datang.
Insya-Allah.

Habis fasa penyerahan dan sekarang ni, tanpa pihak Kerajaaan Negeri nak
menyalahkan mana-mana pihak atas kegagalan projek ini, kita memandang
ke hadapan memandang kehadapan untuk mengambil alih pengurusan
Program Rimbunan Kasih dan satu Jawatankuasa Khas Rimbunan Kasih
telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri pada 5 Disember 2018. Fokus
penyelesaian kita dua, yang pertama, isu 85 keluarga peserta yang menetap
di rumah dalam kawasan Rimbunan Kasih. Kerajaan telah membuat
keputusan kesemua 85 peserta yang sekarang ni menetap di rumah dalam
Program Rimbunan Kasih ni akan terus diberikan kebenaran tinggal dan
mereka tidak akan dikeluarkan kecuali mereka memilih untuk keluar. Dalam
masa yang sama proses untuk memberikan hak milik kepada peserta ni
dalam bentuk sewa beli sedang diuruskan oleh Kerajaan Negeri.

Berkaitan dengan isu kebajikan peserta Rimbunan Kasih setelah mereka


tidak lagi diberikan gaji RM1,000 sebulan yang sebelum ni dibayar oleh IRIS
Corporation, kita telah buat penyelarasan di antara Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Terengganu dan Kebajikan Masyarakat supaya isu ini dibawa
ke Mesyuarat Focus Group Daerah Dungun dan khususnya bila
membabitkan peserta yang tua dan yang muda.

Segmen yang ke dua yang kita bincang dari segi perancangan ialah
bagaimana kita nak memajukan kembali 26 buah Green House dan 400
tangki ternakan ikan supaya dia boleh dimanfaatkan untuk aktiviti pertanian
dan penternakan perikanan yang akhirnya akan memberikan pulangan
ekonomi. Pada 2 Januari 2019 Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN) telah menghantar surat tawaran kepada pihak LPP
328
menawarkan kepada mereka untuk mengoperasikan infrastruktur pertanian
yang ada dalam program Rimbunan Kasih ni dan awalnya telah disambut
baik dan pihak LPP dalam rangka untuk menyiapkan kertas cadangan
bagaimana pelan mereka untuk memajukan projek ini seterusnya. Terima
kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Soalan
tambahan saya yang pertama. Peserta lama 85 keluarga dan masih
menetap dan alhamdulillah ditawarkan untuk menetap di Rimbunan Kasih di
rumah yang lama dengan perancangan untuk beri sewa beli. Soalan
sayanya ialah apakah nasib 85 peserta untuk mendapat peluang
pekerjaan dalam bidang pertanian yang bakal disediakan di Rimbunan
Kasih? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih
Yang Berhormat Rantau Abang atas keperihatinan Yang Berhormat kepada
rakyat Rantau Abang. 85 peserta yang masih ada di Program Rimbunan
Kasih ni, kita telah maklumkan kepada mereka bahawa kita tak jamin
kesemua mereka akan diambil bekerja dengan syarikat baru yang akan
mengoperasikan Rimbunan Kasih yang pertama kerana bilangan mereka
sebenarnya terlalu ramai 85 orang, dengan 26 G reen House dan juga 400
tangki untuk ternakan ikan sebenarnya melebihi daripada kapisiti. Mereka
yang arif dalam bidang pertanian memaklumkan untuk kawasan seluas tu
kita hanya memerlukan sekitar 10 orang pekerja sahaja tidak memerlukan
sehingga 85 orang dan mereka diberikan kebebasan untuk tinggal kemudian
boleh keluar mencari rezeki di mana-mana tempat yang munasabah.
Sebelum daripada ni ketika berada di bawah pengurusan IRIS, peserta-
peserta ni tak dibenarkan keluar bekerja di luar. Mereka mesti bekerja
dengan program Rimbunan Kasih. Dalam masa yang sama kita juga
menggalakkan operasi baru yang nak dilaksanakan supaya mereka lebih
mengutamakan peserta yang mendiami kawasan Rimbunan Kasih untuk
diambil sebagai bekerja. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Soalan
tambahan saya yang kedua. Berkaitan dengan rumah Rimbunan Kasih
berjumlah 100 buah tapi yang telah didiami 85 buah selama beberapa tahun
dan apakah perancangan kerajaan untuk 15 rumah yang tinggal ini yang
belum didiami dan bagaimana peserta-peserta yang akan dipilih untuk
memenuhi rumah-rumah ini sebab dewasa ini memang perumahan
329
merupakan kehendak rakyat kerana terlalu ramai rakyat yang perlukan
rumah. Jadi dengan 15 yang kosong tak tahu dari segi status rumah itu
masih elok atau pun rosak tetapi 15 buah ni mesti diberi kepada pemohon-
pemohon jadi apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memenuhi 15
buah rumah yang pun telah siap?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Kita ada 15 lagi
rumah yang kosong dan 15 rumah yang kosong ini sebenarnya rosak.
Memang peliklah, rumah yang tidak diduduki rosak tapi itulah kenyataannya
dan pihak JKR sedang melakukan proses pembaikian dengan dana
sebagaimana yang saya sebutkan tadi daripada wang jaminan projek IRIS
Corporation yang ada pada ICU dan bila siap insya-Allah untuk proses
kemasukan peserta baru Yang Berhormat ADUN Rantau Abang bersama
dengan Pejabat Daerah Dungun akan dilibatkan untuk kita menyelaraskan
senarai peserta atau penghuni baki 15 buah rumah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA : Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-
ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk nak tangguhkan sidang
ini .....

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon Persidangan ini ditangguhkan Di Bawah
Perkara 30.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya minta Yang Berhormat bacakan


tajuknya saja dahulu kemudian serahkan kepada Bentara untuk dibawa kepada
saya.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita): Terima
kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

“Adalah saya Zuraida Md. Noor, mewakili Ahli Dewan Undangan


Negeri Wanita mohon mencadangkan bahawa Persidangan ini
hendaklah ditangguhkan mengikut Fasal 30 Peraturan-
Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi
membolehkan Dewan yang mulia ini menyokong Usul Mengutuk
Dan Mengecam Keganasan Zionis Di Gaza Dan Penjajahan
di Bukit Golan”.
330
Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Minta Bentara bawa.

[Bentara Dewan memungut Kertas Usul daripada Y.B. Wakil Wanita


dan menyerahkannya kepada Y.B. Yang di-Pertua Dewan.]

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya akan meneliti dahulu usul ini
di bawah Perkara 30 sama ada perlu atau pun tidak. Saya akan beri jawapan
selepas rehat nanti dan seterusnya saya tangguhkan Sidang ini pada pukul 11.25
pagi dan sebelum kita minum saya minta Yang Berhormat bergambar terlebih
dahulu sebagaimana yang saya sebutkan lebih awal.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.55 PAGI.

PUKUL 11.35 PAGI

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Assalamu’alaikum warahmatullahi


ta’ala wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian mesyuarat disambung
semula. Sebelum berehat tadi saya ada menerima satu Usul Di Bawah
Perkara 30 Peraturan Tetap Dewan kita dan saya telah meneliti usul ini.
Saya memutuskan usul ini adalah perkara tertentu mustahak bagi orang
ramai dan juga perlu disegerakan. Maksudnya usul ini ada asasnya maka
dengan itu sebelum saya benarkan usul ini dibawa seterusnya saya
memerlukan tidak kurang daripada 9 orang untuk menyokong usul ini. Jadi
saya minta ada sokongan tak daripada Ahli Yang Berhormat sekalian untuk
menyokong usul ini? Saya nak 9 orang, sila bangun siapa yang menyokong
usul ini.

….[Sembilan orang Ahli-ahli Yang Berhormat Wakil Kerajaan


telah bangun menyokong]…

331
Okey terima kasih. Usul ini saya terima. Jadi saya dengan ini mempersilakan
pembawa usul iaitu Yang Berhormat ADUN Wanita kita untuk
membentangkan usul tersebut. Dipersilakan.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita):


Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru
memohon keprihatinan seluruh Ahli Dewan untuk kita bersama-sama
mengecam dua tragedi besar yang menimpa saudara seakidah kita di Timur
Tengah saat ini.

Pertamanya, saya menyeru agar kita mengecam sekeras-kerasnya serangan


negara haram Israel ke atas saudara kita di Gaza. Keduanya ialah kita turut
mengecam tindakan melampaui batas Presiden Amerika Syarikat Donald
Trumph yang melanggar Undang-undang Antarabangsa dengan
menandatangani Pengisytiharan Bukit Golan yang dijajah dari tangan Syria
sebagai milik negara haram Zionis.

Sesungguhnya kedua-dua peristiwa ini benar-benar mencalar maruah kita


maruah ummah. Langkah Presiden Trumph ini juga sama seperti sebelum
ini dengan mengiktiraf Baitulmuqaddis tempat suci ketiga orang Islam umat
Islam sebagai ibu negara haram Israel pada Disember 2017. Sepertimana
status Baitulmuqaddis yang mana hakikatnya dijajah oleh Israel begitulah
juga dengan Bukit Golan ibarat melakukan jenayah di siang hari. Tindakan
keji Amerika ini jelas melanggar dua resolusi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu di PBB serentak iaitu Resolusi Majlis Keselamatan 497 dan Resolusi
242.

Resolusi Majlis Keselamatan 497 jelas menyatakan bahawa keputusan Israel


untuk melaksanakan undang-undang bidang kuasa dan pentadbiran di
bawah Wilayah Bukit Golan milik Syria yang diduduki adalah batal dan tidak
sah serta tidak mempunyai kesan perundangan antarabangsa. Resolusi
Majlis Keselamatan 242 pula memberi garis panduan jelas bahawa wilayah
yang dirampas melalui peperangan adalah tidak sah untuk dimasukkan
sebagai wilayah milik negara yang menjajah berkenaan. Alasan kononnya
Bukit Golan bakal menjadi sasaran untuk melancarkan serangan ganas ke
atas Israel amat hipokrit. Mengapa mereka tergamak berdiam diri saat
Zionis Israel melakukan jenayah kemanusiaan dengan mengebom orang
awam Palestin yang tidak bersalah yang dikepung di Gaza.
332
Sekali lagi saya menyeru agar kita seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri
Terengganu menunjukkan solidariti bersama-sama saudara kita di Gaza dan
Bukit Golan dengan mengecam keras pencabulan hak asasi manusia dan
pelanggaran Undang-undang Antarabangsa.

Isu ini merupakan perkara-perkara tertentu kerana telah melibatkan


pencabulan penglibatan kepentingan orang ramai kerana ia melibatkan
pencabulan hak asasi manusia dan mesti segera kecaman ekoran yang baru
saja berlaku. Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara
tertentu, kepentingan ramai maka perlu disegerakan. Sekian terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih pada ADUN Wanita


Yang Berhormat Hajah Zuraida yang telah mengemukakan Usul Di Bawah
Perkara 30. Oleh kerana isu ini saya telah sebutkan tadi merupakan isu
tertentu, mustahak pada orang ramai dan perlu disegerakan dan atas
kepentingan kita umat Islam saya berpendapat macam panjang dah supaya
apa nama ni kita tak melanjutkan perbahasan, jadi saya nak terus kepada
undian -

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan


dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,


mesyuarat diteruskan kepada Tertib Pekerjaan Dewan seterusnya. Sila
Setiausaha.

USUL YANG TELAH DIBERI NOTIS

SETIAUSAHA DEWAN: Perkara berikut di dalam Tertib Pekerjaan Dewan


ialah Usul Yang Telah Diberi Notis. Dipersilakan Yang Berhormat Haji Satiful
Bahari bin Mamat, Wakil Paka untuk mengemukakan usul.

333
YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:-

“Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini


membuat KETETAPAN bersetuju merakam dan merafak sembah
ucapan penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan kerana menyampaikan Titah Diraja
mengenai dasar-dasar Kerajaan bersempena Pembukaan
Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat
Belas dan bersetuju merafak sembah ikrar taat setia Ahli-ahli
Dewan Undangan Negeri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
dan bersedia memberi kerjasama yang erat kepada pentadbiran
negeri supaya dasar-dasar Kerajaan dapat dilaksanakan dengan
sempurna demi kepentingan negeri dan rakyat seluruhnya.”

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):


Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya mohon menyokong usul
tersebut.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Usul ini telah mendapat sokongan,


sekarang saya buka untuk perbahasan. Saya bercadang untuk Penyokong
Usul saya nak beri masa 20 minit sementara Ahli-ahli Berhormat yang lain
selama 15 minit. Saya persilakan Penyokong Usul untuk memulakan
perbahasan.
YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil
‘alamin. Wassolatu wassolamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi
wasahbihi ajmain. Amma ba’d.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar,
Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli
Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan, puan-puan hadirin-
hadirat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah marilah sama- sama kita merakamkan rasa syukur kepada


Allah Subhanahu Wata’ala yang terus mengurniakan peluang kepada kita
semua untuk berada dalam Persidangan pada kali ini. Dalam usaha untuk
memberikan fokus kepentingan terhadap rakyat Negeri Terengganu Darul
Iman. Tepoh merakamkan ucapan penghargaan serta Menjunjung Kasih
334
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan yang telah bertitah
menyentuh dasar-dasar kerajaan sempena Pembukaan Persidangan Kedua
Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas.

Sebelum saya lanjutkan perbahasan, izinkan saya mengajak semua Ahli


Yang Berhormat dan juga sidang pendengar yang lain untuk menghayati
kisah yang cukup bererti buat kita semua melalui Al-Quran Nur Karim. Kata
Allah Subhanahu Wata’ala:-

“Dan sebutkanlah peristiwa Dzun Nun iaitu kisah Nabi Yunus ‘Alaihissalam
ketika ia pergi meninggalkan kaumnya dalam keadaan yang marah, yang
menyebabkan ia menyangka bahawa kami tidak akan mengenakannya
kesusahan atau cubaan. Setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku, maka
ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap gelita dengan berkata.
Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolong melainkan Engkau Ya
Allah, Maha Suci Engkau daripada melakukan kezaliman. Sesungguhnya aku
adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah al-Anbiya
ayat-87).

Saya sengaja memilih ayat daripada Surah Al-Anbiya untuk mengenang


balik kisah Nabi Yunus ‘Alaihissalam kerana para alim ulama telah menyebut
ada tiga isi kandungan doa yang dikemukakan oleh Nabi Yunus ‘Alaihissalam
untuk diberikan perhatian oleh kita. Peristiwa yang berlaku ini ketika Nabi
Yunus ‘Alaihissalam gagal mendapatkan sokongan daripada kaumnya untuk
menyambut dakwah yang dikemukakan, keluar daripada kawasan kaumnya
pada waktu tersebut, menaiki sebuah kapal, berdepan dengan ribut,
kemudian dibuang muatan dalam kapal tersebut dan beliau juga antara
yang telah dihumbankan ke dalam laut setelah berlaku pengundian. Maka
pada waktu tersebut datang seekor ikan yang besar lalu terus menelannya
menyebabkan Nabi Yunus ‘Alaihissalam berada dalam perut ikan tersebut.
Maka dalam keadaan kegelapan itulah Nabi Yunus berdoa kepada Allah.
Antaranya disebut di dalam ayat ini:

Bahawa tidak ada Tuhan melainkan Engkau,

335
Maha Suci Engkau,

Sesungguhnya aku terdiri daripada kalangan orang yang zalim.

Doa yang ringkas ini disimpulkan oleh para alim ulama ada tiga erti. Yang
pertama adalah kalimah al-Tauhid dengan menyebut:

Bahawa tidak ada Tuhan melainkan Engkau,


disusuli dengan kalimah seterusnya iaitu kalimah al-Tanzif yang disebut
sebagai kalimah penyucian.

Maha Suci Engkau

Dan kalimah yang ketiga adalah kalimatul al-Iktiraf iaitu kalimah pengakuan
kesalahan diri sesungguhnya aku terdiri daripada kalangan orang-orang
yang zalim. Itulah yang dilalui oleh Nabi Yunus ‘Alaihissalam dengan
kalimah Tauhid dia memiliki kekuatan, dengan kalimah Tanzif dia
menyerahkan diri kepada Allah dengan naik kapalnya, dengan berlaku
ributnya, dengan dihumbankan ke dalam lautnya, dalam masa yang sama
ditelan pula oleh seekor ikan yang besar. Kemudian seterusnya Allah
mengizinkan untuk ia keluar kembali semuanya adalah kalimah penyucian
yang dipulangkan balik kepada Allah sebagaimana kunci yang paling besar
dalam kehidupan kita adalah kalimatul iktiraf, mengaku kesalahan diri untuk
kita membaiki demi masa depan. Inilah yang telah dilakukan oleh Nabi
Yunus ‘Alaihissalam. Saya menyebut isi kandungan ini supaya masing-
masing daripada kalangan kita memiliki tiga kunci penting ini dengan
kalimah tauhidnya, dengan kalimah tanzifnya dalam masa yang sama kita
mengaku kesalahan diri untuk membentuk masa depan yang lebih gemilang
di hari yang mendatang.

Tuan Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah
menyentuh secara menyeluruh tentang dasar serta agenda pembangunan
untuk rakyat melalui Titah Ucapan Pembukaan kelmarin. Pelbagai isu telah
disentuh termasuk dalam kepentingan memartabatkan Agama Islam,
Perlembagaan, Undang-Undang Tubuh Negeri agar dipelihara dengan
336
sebaiknya menjadi antara intipati utama dalam Titah Ucapan Tuanku. Tepoh
berhasrat untuk mengajak semua Ahli Dewan agar dapat melihat kerangka
demokrasi Negara kita dan kesan yang terpaksa dihadapi pada hari ini.
Kalau kita membuat penilaian sebahagian besar pengkaji politik Malaysia
akan bersetuju bahawa sistem yang mendasari politik Malaysia bersifat
permuafakatan. Ini berlaku dalam kerajaan yang lama dan kita boleh
melihat siapa yang mendominasi kerajaan yang lepas di peringkat
Persekutuan. Pada hari ini Kerajaan Persekutuan telah beralih. Kita juga
dapat melihat di atas sifat permuafakatan mereka. Mereka berjaya
menubuhkan Kerajaan. Kita juga mampu melihat siapakah yang lebih
mendominasi pada hari ini.

Inilah kesan yang telah dirasai oleh seluruh Rakyat Malaysia pasca PRU Ke-
14. Kita perlu melihat situasi ini sebagai cabaran dan melihat keperluan
untuk menongkah cabaran ini secara lebih cekap. Beberapa aspek perlu
dipegang oleh semua pemimpin politik dan pegawai-pegawai bagi
meyakinkan rakyat bahawa keutuhan dan jati diri pemimpin mereka
sentiasa evergreen dengan izin, dan bersedia untuk melakukan kembali
pembelaan. Justeru atas semangat integriti dan amanah ada beberapa
kesilapan lepas perlu disebut kembali dalam ruangan Dewan ini bukan untuk
menunding jari siapa yang salah, kerana kita perlu terus memandang ke
depan bagi melihat rakyat, bangsa, Negeri dan Negara kita tidak berada
dalam keadaan yang terumbang-ambing. Saya bersetuju pihak Kerajaan
hanya perlu fokus gerak kerja kepentingan rakyat. Menyelesaikan apa yang
belum selesai. Kesilapan yang dipelajari yang silam usahlah diulangi
kembali. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan
untuk melakukan sedikit muhasabah dalam beberapa kes yang berlaku
untuk dijadikan panduan di hari yang mendatang.

Yang pertama, saya melihat dalam insiden pembelian Bas Amphicoach yang
telah dijelaskan di dalam sesi soal jawab di sebelah pagi tadi. Kita dapat
mengikuti maklum balas pihak Kerajaan berkenaan dengan status Bas
Amphicoach, jelas menunjukkan kita tidak lepasi standard undang-undang
yang diperuntukkan sama ada di bawah Jabatan Laut ataupun di bawah JPJ
sendiri. Ertinya atas darat tak lepas, atas air pun kita tak lepas. Projek yang
menelan belanja jutaan ringgit ini tidak memiliki due diligence dengan izin,
yang komprehensif jika ia perlu hadir untuk bisnes, maka bisnesnya
bagaimana? Lebih malang ia tidak lepasi pula aspek keselamatan dan
seumpamanya. Ya, saya bangkitkan isu ini bukan untuk mencari salah
337
sesiapa, untuk itu kerja-kerja ini akan dilakukan oleh pihak yang lain. Yang
saya ingin tegaskan adalah value for money dengan izin, dapat
diterjemahkan oleh semua kepimpinan Negeri dalam mengurus tadbir.
Bagaimana nak cipta projek yang memiliki daya tahan tersendiri, membawa
pulangan yang berbaloi kepada rakyat bukan projek tangkap muat semata-
mata.

Tuan Yang di-Pertua, untuk projek-projek sakit yang berbaki, saya


mencadangkan Kerajaan Negeri menubuhkan satu pasukan task force yang
memiliki pelbagai kepakaran untuk meneliti keseluruhan projek-projek super
mega ini, sama ada memiliki keboleh upayaan untuk disiapkan, diguna dan
dimanfaatkan. Pembangunan Pulau Bebas Cukai, Taman Ilmu Tembila,
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan lain-lain. Seboleh mungkin semua
pimpinan Kerajaan Negeri mengelak untuk memberikan komitmen terhadap
pembangunan ini sehingga task force ini memberikan pandangan
profesional mereka atas untung rugi pengurusan projek, pemanfaatan atas
projek dan sebagainya.

Saya berikan contoh Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, alhamdulillah April
ini akan bermula kerja-kerja menukar padang bola sepak di bawah seliaan
Malaysia
Footballing. Saya rakamkan ucapan terima kasih atas sokongan padu
daripada pihak Kerajaan Negeri sehingga akhirnya usaha menukar padang
ini menjadi kenyataan. Pun begitu, saya risau dengan kos berjangkit selepas
ini, keperluan bumbungnya, bilik VIPnya, trek balapannya, ini belum lagi
masuk tentang kos baik pulih keseluruhan komponen-komponen dalam
stadium ini. Malahan tidak keterlaluan jika boleh dikatakan kos baik pulih
sahaja boleh mencecah kos pembinaan sebuah stadium baharu yang
berkapasiti lebih rendah.
Di dalam insiden-insiden ini, kita juga perlu menyemak balik
kebolehupayaan kontraktor di dalam melakukan kerja-kerja. Saya memberi
contoh di dalam finding yang dibuat oleh PAC sebagai suatu contoh
malahan ia juga pernah disebutkan oleh kami ketika mana berada dalam
kerusi Pembangkang satu ketika dahulu. Umpamanya lantikan kontraktor
yang hanya ditubuhkan semata-mata untuk melaksanakan kerja tersebut
tanpa kita mengetahui apakah prestasi yang pernah dipamerkan oleh
kontraktor tersebut. Demikian juga projek yang telah diterminatekan oleh
pihak Kerajaan Negeri. Di dalam bumbung Stadium Sultan Mizan pun
berlaku dalam isu yang sama apabila kontraktor yang dilantik tidak terbukti
338
memiliki keupayaan untuk memperbaiki bumbung atau memasang kembali
bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan ini terbukti akhirnya
kontraktor ini telah diisytiharkan bankrap dan dalam masa yang sama kita
sudah bersiap sedia untuk mengambil risiko yang sangat dahsyat
memberikan projek kepada kontraktor yang tidak terbukti pengalaman,
dalam masa yang sama kita sedang mengambil risiko, keruntuhan bumbung
kali yang kedua kerana ini adalah lokasi yang sangat memudharatkan untuk
rakyat kita.

Tuan Yang di-Pertua, kini datang pula bebanan projek-projek deferred


payment yang memulakan proses pembayaran pada tahun ini secara tidak
langsung ia akan menyebabkan kerancakan agenda pembangunan yang
akan terikat dengan kos ratusan juta. Kos ratusan juta ini akan tertumpu
untuk memulakan pembayaran bermula pada tahun ini. Saya
mencadangkan agar dilakukan semakan semula dan menggunakan pelbagai
kaedah yang boleh membantu memenangkan kembali kepentingan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi saya menyentuh tentang Stadium Sultan
Mizan Zainal Abidin, kini saya beralih kepada Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah yang merupakan stadium lagenda Negeri Terengganu.
Percayalah, stadium ini amat suram. Kalau kita melawat stadium-stadium
dalam seluruh pelusuk negara ini kita akan merasai kekerdilan ekoran suram
dan lusuhnya stadium negeri sendiri. Sebagai antara mercu tanda utama
negeri, apakah pihak-pihak Kerajaan tidak berhasrat untuk mengambil
inisiatif rebranding, rejuvenate dengan izin, Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah ini. Paling tidak, stadium yang berada di hadapan
bangunan pentabiran Kerajaan Negeri, berada dalam keadaan yang cukup
indah untuk ditatap, dilihat oleh tetamu-tetamu yang berkunjung di
bangunan pusat pertadbiran negeri ataupun yang berkunjung di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah ini. Saya menjemput semua tetamu yang
berada dalam Dewan ini ketika kita menuruni escalator rehat nanti,
pandanglah seketika Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan masing-
masing akan merasai kebenaran apa yang telah disebut oleh saya dalam
ucapan ini.

Saya tidak bercadang untuk memperincikan keseluruhan, tetapi sangat


bersedia untuk membantu mencurahkan idea untuk melihat stadium lebih
gah berada di depan pusat pentadbiran negeri. Saya menyentuh
perkara ini bukan hanya berfaktorkan atas kegunaan bola sepak semata-
339
mata. Tetapi turut melihat dalam kepentingan kegunaan atas pelbagai
kapasiti termasuk perhimpunan sempena perarakan kemerdekaan, dan
pelbagai acara lain yang dianjurkan di lokasi tersebut. Tidak lengkap
seandainya saya hanya berbicara soal stadium tanpa menyentuh soal
pembangunan bola sepak Negeri Terengganu. Lantikan ahli politik di dalam
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu merupakan pindaan statut yang
dibuat sendiri oleh pihak persatuan melalui kongres luarbiasa, ia bukan
permintaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, juga ia bukan permintaan
Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri
Terengganu. Memang benar, kita berhasrat agar persatuan ini diuruskan
sendiri oleh pakar dalam bola sepak suatu hari nanti. Bagi saya sebagai ahli
politik, kita boleh tumpukan kerja-kerja dalam pentadbiran kerajaan. Apakan
daya buat masa ini kami menggalas dahulu tanggungjawab penting ini
ekoran bola sepak dilihat sebagai ibu sukan.

Di Terengganu sukan bola sepak ini mendapat tempat di hati seluruh


lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, anak muda, wanita, lelaki
termasuk golongan veteran. Buktinya cukup jelas apabila setiap kali
perlawanan, stadium dilimpahi penonton. Jika layak ke final krisis tiket akan
berlaku dalam konteks negeri tidak ada hiburan anak muda diperolehi
secara mingguan melainkan menonton bola sepak. Sewajarnya bentuk
hiburan sihat ini perlu dipelihara dan disokong kuat oleh pihak kerajaan.
Saya sentuh perkara ini agar mendapat perhatian pihak Kerajaan Negeri
untuk terus memberikan sokongan khususnya dalam penyaluran kewangan
secukupnya dalam isu emolumen dan tanggungjawab berkaitan. Saya ingin
fahamkan Dewan pada hari ini pelaburan dalam bola sepak adalah untuk
memastikan keseimbangan keperluan yang lain. Saya suarakan isu yang
sama walaupun persatuan ini ditadbir oleh individu lain kerana bukan di atas
kapasiti sebagai Timbalan Presiden FA. Alhamdulillah, buat masa ini kita
tidak berdepan tunggakan gaji. Ucapan terima kasih buat Kerajaan Negeri
yang telah membantu secara berterusan tetapi kita berdepan dengan isu
hutang lampau yang agak banyak. Justeru seandainya dapat diformulakan
kembali kaedah dan inisiatif ia suatu perkara yang cukup melegakan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya beralih kepada isu Terengganu Sports
Rehabilitation Center. Walaupun ada perkataan sports pada pangkal
namanya tetapi ia bukan berada di bawah Portfolio Sukan. Jadi saya
berharap ia tidak dijawab nanti oleh Exco saya. Saya tidak jelas kenapa
soalan saya ditolak untuk Khamis depan. Ada beberapa isu yang perlu
340
diperhalusi dalam pembangunan projek ini. Yang pertama berapakah jumlah
pelaburan yang dibuat oleh Terengganu Inc. untuk pembelian aset dan kos
pengubahsuaian di Permai Hotel untuk lokasi sports rehab ini. Yang kedua,
apakah yang menghalang sports rehab ini untuk beroperasi sehingga hari ini
belum lagi dapat dilaksanakan. Yang ketiga apakah operasi ini akan
diteruskan atau adakah ianya akan menjadi satu lagi koleksi pelaburan yang
gagal. Saya kemukakan perkara ini kerana bimbang dalam tempoh yang
lama tidak beroperasi bagaimana nasib semua peralatan yang mencecah
harga jutaan ringgit, Permai Hotel juga sebagai salah satu syarikat hotel
Kerajaan Negeri juga menanggung bebanan ekoran lokasi yang boleh
mencipta peluang perniagaan hanya dijadikan stor simpanan peralatan, ini
amat merugikan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penghujung izinkan saya menyentuh sedikit


tentang ekonomi Negeri. Umum mengetahui kita berdepan dengan lima
cabaran ekonomi semasa di Negeri, yang pertama kebergantungan kepada
perbelanjaan awam dalam memacu pertumbuhan ekonomi, yang kedua
pelaburan swasta yang lemah, yang ketiga rantaian ekonomi rendah, yang
keempat keterbatasan tanah, yang kelima ekosistem pelaburan. Lima
perkara ini mesti jelas dalam kerangka pemikiran semua pentadbir untuk
merentasi cabaran ini dengan objektif yang lebih jelas dan kukuh. Cetusan
Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 amat tepat dengan masanya, pun
begitu jangan terlalu lewat diperturunkan kerangkanya kepada semua
lapisan Pemimpin Negeri dan juga Penjawat Awam Negeri, dari atas ke
bawah, semuanya mesti hadam secara menyeluruh, jangan mengambil
sikap mudah membiarkan ia berlalu tanpa sebarang tindakan agresif dan
pro-aktif demi kepentingan rakyat, kita sewajarnya mengikuti roadmap dan
batu tanda yang ditetapkan untuk mencapai sasaran. Elakkan berlaku kerja
secara ikut dang dan ikut selera. Perubahan minda, gaya kerja perlu
ditingkatkan secara holistik untuk melihat outcome yang lebih luar biasa.
Pihak Kerajaan perlu untuk membentuk dasar ekonomi yang lebih cergas,
tumpukan sektor utama ekonomi secara serius, tingkatkan produktiviti
setiap sektor dan perbaiki rantaian antara industri dalam ekonomi Negeri.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila…

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):


Sektor perkhidmatan awam…

341
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Singkatkan ucapan Yang
Berhormat…

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):


Perlu menjadi nukleus utama dalam membentuk sokongan padu, untuk
mana-mana cetusan pemerkasaan ekonomi setempat, memiliki SOP yang
cekap dan jelas untuk dilaksanakan semua peringkat. Inilah harapan kepada
semua Ahli Yang Berhormat dan kepada semua Penjawat-penjawat Awam
yang berada di bawah naungan Kerajaan Negeri Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua, pengalaman pihak Pembangkang dalam Kerajaan,


saya sendiri pun agak keliru untuk menggunakan Pembangkang ataupun
perkataan yang lain, kita gunalah sementara perkataan Pembangkang ini.
Pengalaman mereka berada dalam pihak Kerajaan, amat perlu untuk diguna
bersama bagi melihat kesinambungan kemajuan Terengganu, walau
berdebat dan berhujah dalam Dewan ia tetap untuk melihat kesejahteraan
rakyat. Insya-Allah harapan yang dibawa oleh Tuanku Sultan dapat digalas
bersama oleh kita semua untuk melihat keupayaan Terengganu. Semoga
usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh Ahli-ahli Yang
Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk melihat Negeri
Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera dapat direalisasikan sebaiknya.

Tuan Yang di-Pertua, Tepoh mohon menyokong. Wabillahi taufik wal


hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikumu’salam warahmatullah.


Terima kasih Tepoh. Saya buka pada Ahli Yang Berhormat yang ingin
mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja. Sila Wakil
Buluh Gading.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):


Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillahir rabbil alamin wabihi nastain wa nusali wa nussalim wa’ala
Rasulihi ‘alamin. Wa’ala alihi wa ashabihi ajmain. Amma ba’d. Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang
Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang
Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para pegawai, Pemerhati seterusnya
hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

342
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat
Tuan Yang di-Pertua yang telah memberikan peluang kepada saya untuk
mengambil bahagian bagi membahaskan ucapan Tuanku Al-Sultan yang
telah disampaikan pada hari kelmarin sempena dengan Istiadat Pembukaan
Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat Belas.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan
sebagaimana tercatat pada muka surat 26 dan 27, Baginda Tuanku Al-
Sultan ada menegaskan soal memperkasa dan mempertabatkan lagi Agama
Islam dan Umat Islam di Negeri ini bagi membuktikan kemampuan sebenar
sistem Islam sebagai Addin, di waktu yang sama Tuanku Al-Sultan
melahirkan rasa syukur atas usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri
menubuhkan Akademik Didik Ulama’ Amilin Terengganu iaitu DUAT, di
samping memperkasakan lagi Program SPAIT iaitu Kelas Pengajian Agama
Hujung Minggu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Di mana
kedua-duanya merupakan antara usaha yang banyak yang telah dilakukan
oleh pihak Kerajaan bagi memertabat dan memperkasakan Islam dan
umatnya di Negeri ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, antara perkara penting yang perlu
diambil perhatian oleh Kerajaan bagi tujuan memertabatkan Islam dan
umatnya juga ialah dengan memperkasakan Jabatan Kehakiman Syariah
Terengganu. Jika diteliti kita dapati masih banyak lagi aspek yang perlu
ditambah baik dari masa ke semasa. Di antaranya ialah berkait dengan
usaha merujukkan lima lapisan Mahkamah Syariah. Untuk makluman Dewan
yang mulia ini, sehingga hari ini, kita di Terengganu hanya ada
tiga lapisan Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah
Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Bagi memperkasakan Islam,
maka disarankan kepada pihak Kerajaan bekerjasama dengan pihak-pihak
yang berkaitan agar tiga lapisan Mahkamah Syariah ini dipertingkatkan
kepada lima lapisan, dengan menambah Mahkamah Tengah Syariah dan
yang paling tinggi Mahkamah Utama Rayuan Syariah.

Paling tidak, kalaupun tidak lima peringkat, sekurang-kurangnya lima


peringkat iaitu Mahkamah Utama Syariah selain daripada Mahkamah Rayuan
Syariah yang ada pada hari ini. Di samping itu Kerajaan juga dipohon agar
memberikan perhatian yang serius dari aspek kebajikan fizikal dan kebajikan
infrastruktur Mahkamah Syariah. Yang dimaksudkan dengan kebajikan
fizikal ialah dari aspek pembinaan bangunan Mahkamah Syariah itu sendiri.
343
Untuk makluman, Dewan yang mulia ini sehingga hari ini, kita memiliki
enam Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah dan Negeri Terengganu,
empat Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah menggunakan bangunan
lama. Bangunan lama, Pejabat Agama dan dua lagi Mahkamah Rendah
Syariah Daerah-daerah iaitu Setiu dan Kemaman dengan menyewa di rumah
kedai.

Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah Rendah Syariah hanya dengan menyewa di


rumah kedai bukannya menyewa sebuah bangunan berasingan jauh sekali
untuk miliki bangunan sendiri. Kalau di Kemaman itu, saya difahamkan
bukan sahaja menyewa di rumah kedai bahkan keadaannya agak uzur di
samping masalah kumbahan yang berlaku sehingga mengeluarkan bauan
yang tidak menyenangkan mereka yang mengambil khidmat di Mahkamah
Syariah tersebut. Kadang-kadang rakyat menjadi confuse apakah ini
Mahkamah Syariah dan kadang-kadang mereka keliru antara masuk pintu
rumah kedai dengan masuk pintu Mahkamah Syariah, ia sangat
menyedihkan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua saya bukan berhasrat untuk


menyalahkan mana-mana pihak dan perkara yang dibangkitkan ini kita
mahu bergerak ke hadapan dan saya menyatakan ini dengan harapan agar
pihak Kerajaan dapat meletakkan pembinaan Mahkamah Syariah ini dalam
senarai keutamaan dalam Pelan Pembangunan Negeri yang akan datang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, manakala yang dimaksudkan dengan


kebajikan infrastruktur pula ialah dari sudut penyediaan infrastruktur ICT.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini sehingga Januari 2018 Mahkamah
Syariah di semua peringkat di seluruh Negeri Terengganu memiliki 82
buah komputer dan 11 laptop sahaja. Daripada 82 komputer, satu
daripadanya telah berusia pengunaannya selama 18 tahun. Satu
daripadanya telah berusia 15 tahun penggunaannya, 40 daripadanya 11
tahun, 4 daripadanya 10 tahun, 6 daripadanya 9 tahun, dan 22 daripadanya
8 tahun usia penggunaannya yang sangat daif. Sehingga hari ini apabila
Kerajaan Persekutuan telah membentuk satu Sistem e-Syariah bagi
memperkasakan Mahkamah Syariah ini mahkamah-mahkamah di negeri kita
ini tidak dapat mengakses ataupun melaksanakan sepenuhnya Sistem
e-Syariah disebabkan penggunaan komputer dan laptop yang tidak moden
atau pun yang tidak memenuhi keperluan masa kini. Oleh kerana itu kita
mengharapkan perkara ini diambil perhatian serius oleh pihak Kerajaan
344
Negeri bagi usaha untuk kita memartabatkan Islam dan umatnya di negeri
kita ini khususnya sebagaimana yang dibangkitkan dan disebut oleh Tuanku
Al–Sultan dalam Titah Ucapan pada hari semalam.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pada muka surat 20 Tuanku Al-Sultan
juga ada melahirkan rasa gembira dan melafazkan ucapan tahniah kepada
semua pihak yang berjaya mengekalkan kecemerlangan pendidikan
Terengganu khususnya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) yang lalu. Saya juga mengambil kesempatan
di sini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat
dan di waktu yang sama saya juga ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu
yang telah mengumumkan penajaan biasiswa sepenuhnya kepada 4 pelajar
cemerlang Terengganu yang mendapat semua A+ dalam SPM 2018 yang
lalu. Pengumuman tersebut dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar
Terengganu sendiri di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Sheikh Abdul Malik pada 14 Mac 2019 yang lepas. Syabas dan
tahniah juga kepada 4 pelajar yang berkenaan iaitu Muhammad Hilman Nur
Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu dan Nurin Badlisya
Muhammad Azmin dari Sekolah Menengah Imtiaz Besut yang mendapat 11
A+. Manakala Amirah Husna Abdul Kahar dari Sekolah Menengah Sains
Sultan Mahmud Kuala Nerus dan Nur Atikah Syuhada Hamdan dari Sekolah
Menengah Tengku Lela Segara Marang dengan masing-masing mendapat 9
A+. Ini merupakan satu lembaran baru yang dibuka semula oleh Kerajaan
Negeri Terengganu pimpinan Parti Islam Semalaysia (PAS) dengan
peruntukan bajet, Bajet 2019 sebanyak RM6.5 juta bagi tujuan biasiswa ini
sebagai satu dorongan yang kuat kepada seluruh anak Terengganu untuk
belajar dengan lebih bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan
yang cemerlang dalam pencapaian akademik mereka.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita di samping bergembira dengan


tajaan kepada pelajar cemerlang, tajaan biasiswa ini namun masih ada satu
dua persoalan yang masih bermain dalam kotak pemikiran masyarakat
khususnya di kalangan para ibu bapa dan anak-anak para pelajar. Persoalan
yang perlu dirungkai dengan jawapan yang tuntas dan menyakinkan dalam
Dewan yang mulia ini. Persoalan yang saya maksudkan ialah apakah skop
dan kriteria dan maksud cemerlang yang melayakkan seseorang pelajar itu
mendapat tawaran biasiswa Kerajaan ini?” Adakah biasiswa yang
ditawarkan itu hanya kepada pelajar cemerlang melalui peperiksaan arus
345
perdana seperti SPM dan STPM sahaja. Bagaimana pula jika ada di kalangan
pelajar kita yang cemerlang melalui Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
dengan mendapat mumtaz dalam semua subjek yang diambil sehingga
melayakkan mereka menyambung pelajaran khususnya di luar negara di
Timur Tengah dan seumpamanya. Yang kedua adakah biasiswa yang
ditawarkan ini hanya kepada pelajar cemerlang yang menyambung
pelajaran dalam bidang akademik sahaja seperti accountant, engineer dan
seumpamanya atau termasuk juga yang menyambung pelajaran dalam
bidang pengkhususan agama seperti Syariah Usuluddin dan seumpamanya.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA : Yang Berhormat, sambil-sambil


berucap itu minta jelling-jeling sikit jam sebab kita pakai timer sekarang ini
tapi masa itu kena jaga ya.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):


Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ini kali pertama berucap Tuan Yang di-
Pertua.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila. Sila.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):


Setelah berapa sidang yang telah berlangsung sebelum daripada ini jadi
mungkin bagi lebih masa sikitlah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita tidak nafikan pelajar yang
cemerlang yang belajar di Mesir, di Jordan dan juga di beberapa buah
negara lain di Timur Tengah sudah ada peruntukan melalui zakat tapi itu
hanya cukup untuk pembiayaan yuran pengajian mereka sahaja berbanding
dengan kelebihan biasiswa yang kita semua sedia maklum di mana skop
pembiayaannya bersifat menyeluruh yang disediakan kepada pelajar yang
berkenaan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya kira polisi-polisi ini perlu
dijelaskan dengan jelas kepada rakyat agar tidak berbangkit persoalan-
persoalan dan kekhilafan di kemudian hari. Berkaitan dengan pendidikan ini
juga khususnya dalam bidang agama saya berharap Kerajaan Negeri
mengambil tindakan yang lebih proaktif bagi mendapatkan tempat untuk
pelajar-pelajar kita menyambung pengajian tinggi dari pelbagai negara
khususnya di Timur Tengah tidak hanya terhad kepada beberapa buah
346
negara seumpama Mesir, Jordan, Sudan dan seumpamanya. Dalam hal ini
barangkali ada baiknya jika pihak Kerajaan Negeri dapat membina
kerjasama yang erat dengan Kerajaan Kelantan yang hari ini saya
difahamkan telah berjaya menghantar pelajar-pelajar mereka ke Tunisia dan
Morocco, di mana ada di kalangan pelajar tersebut mendapat tajaan
biasiswa penuh dari negara yang berkenaan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, 3 minit lagi, insya-Allah. Di


kesempatan ini juga, saya ingin mendapatkan penjelasan terhadap
beberapa isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat:-

Yang pertama, berkaitan Pusat Pemprosesan Susu Kambing Tenusu yang


mampu memproses 1,000 liter susu sehari di Pusat Pengembangan
Veterinar Kampung Jenang, Marang yang sekaligus dapat menambah
pendapatan puluhan penternak di negeri kita ini. Saya ingin penjelasan
apakah status terkini pembinaan pusat tersebut.

Yang kedua, berkaitan dengan KTNZ iaitu Kompleks Tuanku Nur Zahirah di
Kampung Tanjung Bunut. Kompleks yang telah siap dibina pada tahun 2011
dengan kos RM4.6 juta itu adalah bertujuan memperkasakan lagi industri
songket dan batik sekaligus mampu meningkatkan ekonomi negeri dengan
kedatangan peminat songket dan batik dari dalam dan luar negara. Namun
keadaannya kini bagaikan hidup segan mati tak mahu. Jadi apakah
perancangan terkini Kerajaan Negeri bagi menghidupkan kembali fungsi dan
matlamat penubuhan KTNZ.

Dan yang akhir sekali, yang ketiga Yang Berhormat Tuan Yang Di-pertua,
saya ingin tahu apakah status terkini proses pembinaan Masjid Kampung
Kesom Alor Rekang, dalam kawasan DUN Buluh Gading, di mana saya
difahamkan proses pengambilan tanah penduduk dan juga bayaran
pampasan bagi tujuan pembinaan masjid ini telah pun selesai semenjak
2015 lagi. Namun, sehingga kini belum ada apa-apa pergerakan ke arah
pembinaan tersebut .....

YANG BERHORMAT TUAN YANG DIPERTUA: Tolong ringkaskan Yang


Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):


….seperti pembersihan kawasan, penambunan tanah dan
347
seumpamanya. Saya berharap selepas daripada Sidang ini, akan ada
perkembangan yang positif dan berita gembira daripada Kerajaan Negeri
bagi penduduk di kampung tersebut yang sabar menunggu untuk melihat
sebuah masjid baru di kawasan mereka.

Yang Berhormat Tuan Yang Di-pertua, saya kira itulah beberapa isu yang
saya ingin dibangkitkan pada hari ini untuk perhatian pihak Kerajaan Negeri.
Buluh Gading mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah.
Wassalamu ’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Buluh Gading.


Persidangan yang lepas Buluh Gading dia uzur, jadi hari ini kita bagi
peluang, walaupun lebih daripada masa yang diperuntukkan. Tapi saya
berharap Ahli-ahli Yang Berhormat lain yang mengambil bahagian dalam
perbahasan untuk jaga masa kerana kita sudah menggunakan sistem timer
sekarang ni, boleh tengok daripada masa ke semasa sama ada kita sudah
melewati masa ataupun tidak. Pandai-pandailah gunakan masa. Saya
persilakan, sila Yang Berhormat daripada Kemasik.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik):


Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala
wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil alamin. Assalatu wassalamu’ala asyrafil
anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Yang Berhormat Tuan
Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dr. Menteri Besar, Yang Berhormat
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-
ketua jabatan, para Pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati
sekalian. Bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang telah
memberikan keizinan kepada kita untuk menghadiri Persidangan Penggal
Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas ini. Alhamdulillah.
Kemasik dalam kesempatan yang diberikan pada hari ini, merakamkan
ucapan penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Sultan yang telah bertitah menyentuh pelbagai aspek
pelaksanaan dan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh
kerajaan bersempena dengan Pembukaan Penggal Persidangan Yang Kedua
Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas ini.

Menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, beberapa perkara
yang telah disentuh. Antara lain berkenaan konsep kepimpinan,
kemakmuran, keamanan dan keharmonian negeri, peningkatan tahap
348
sosioekonomi negeri, menyediakan negeri sebagai sebuah destinasi
pelaburan yang kondusif, pembangunan negeri yang komprehensif,
pembangunan yang menitikberatkan kelestarian alam sekitar, pembangunan
infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi, penjenamaan Negeri
Terengganu sebagai destinasi ekopelancongan yang kompetitif,
pembangunan modal insan, peningkatan dan pemerkasaan sektor
pertanian, pembangunan usahawan, menjaga kebajikan serta menyediakan
pelbagai bantuan kepada rakyat dan lain-lain tersebut. Semua ini
menujukkan rasa keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan ke
atas keharmonian serta kesejahteraan negeri, pembangunan dan kemajuan
negeri berseiring dengan kebajikan dan keprihatinan kerajaan kepada
seluruh rakyat di dalam Negeri Terengganu yang tercinta ini.

Kemasik berkeyakinan Terengganu di bawah kepimpinanan Yang Amat


Berhormat Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri bin Mokthtar serta Ahli-Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama seluruh jentera kerajaan sedang
dan akan terus merangka, merancang, melaksanakan dan menyempurnakan
pelbagai program yang diperlukan bagi memastikan tercapai cita-cita kita
semua untuk membina sebuah Negeri Terengganu yang maju, berkat dan
sejahtera.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kemasik suka menyentuh beberapa


perkara dari Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu,
antaranya Baginda Al-Sultan menitahkan berkenaan dengan kejayaan
mengamalkan konsep kepimpinan yang matang dan sejahtera. Konsep yang
digagaskan oleh PAS di bawah Budaya Politik Matang Dan Sejahtera
(BPMS) telah memberi suatu impak yang sangat baik kepada perpaduan,
kesepakatan dan keharmonian dalam pelbagai perkara terutama untuk
kebaikan dan kejayaan rakyat, negeri, negara, agama dan bangsa. Budaya
ini akan memberi impak kepada penyuburan budaya politik yang berasaskan
ilmu, fakta dan kebenaran. Ia juga bakal meningkatkan persaingan negeri
dan negara dalam ekonomi dan lain-lainnya secara harmoni. Sudah pasti ia
akan mengelakkan ketidakstabilan politik, sosial dan ekonomi negeri
sebagaimana yang sama-sama kita rasai dan nikmati sekarang. Impak lain
yang boleh juga saya sebut dalam perbahasan ini adalah budaya ini insya-
Allah akan mengelak perselisihan dalam kalangan rakyat dan ketidakstabilan
negeri dan negara, membendung parti pemerintah atau pembangkang
daripada memperkotak-katikkan rakyat melalui pelbagai bentuk manipulasi
seterusnya ia juga mampu menutup ruang daripada campur tangan pihak
349
politik luar dalam menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan negeri
dan negara tercinta ini. Mungkin untuk menyegarkan balik kepada budaya
politik matang yang telah digagaskan terutama pada tujuh ciri budaya
politik matang sejahtera ini iaitu yang pertama, politik bertunjangkan
prinsip. Yang kedua, politik dakwah dan amal maaruf nahi mungkar. Yang
ketiga, politik penyelesaian berasaskan Islam. Yang keempat, politik
utamakan rakyat. Yang kelima, politik damai dan diplomasi Yang keenam,
politik benar bukan persepsi. Yang ketujuh, politik rasional dan profesional.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Kebawah Duli Maha
Mulia Sultan turut menyebut berkenaan peningkatan jumlah pelaburan
yang tinggi pada 2018 memberi indikator baik kepada pembangunan negeri.
Usaha berterusan dan lebih agresif perlu dilakukan bagi memastikan
ekosistem pelaburan seperti infastruktur, gaya hidup dan kemudahan utiliti
terus diperkasakan bagi mengekalkan Terengganu sebagai hab pelaburan
yang kondusif. Tindakan yang lebih berfokus perlu diberikan bagi menarik
lebih banyak pelaburan swasta dalam dan luar negara memilih Terengganu
untuk melabur dan menjadi destinasi pelaburan yang baik berbanding
negeri-negeri lain. Kos awal pelaburan dan menjalankan perniagaan perlu
diformulasikan kepada yang lebih kompetitif tanpa menafikan kepentingan
negeri dan keperluan rakyat, jaringan pengangkutan darat, laut dan udara
perlu ditambah baik dan diperkasakan.

Pembangunan infastruktur teknologi maklumat dan komunikasi khususnya


kemudahan internet berkelajuan tinggi juga antara lain membantu
menyokong perkembangan pelaburan ini. Persediaan menerusi era Revolusi
Industri 4.0 termasuk kepada transformasi kepada Teknologi 5G juga perlu
diberi perhatian sewajarnya. Dilaporkan jangkaan Teknologi 5G akan
memacu tambahan jualan tahunan pada 2035 sebanyak USD12 trilion
sebagaimana anggaran dalam rujukan IHS Markit. Pembangunan
kemudahan internet berkelajuan tinggi ini bakal meningkatkan keupayaan
kita untuk mendepani era Revolusi Industri 4.0 dan Tranformasi Teknologi
5G dan juga kesediaan Terengganu untuk menjadi Hab Pembangunan
Industri Robotik di rantau ini.

Institusi pengajian tinggi berasaskan teknikal seperti TATIUC, TESDEC boleh


terlibat langsung dalam melatih dan memperkasa bakat serta kemahiran
yang dimiliki pekerja tempatan dan pelajar-pelajar dalam industri ini.
Industri yang telah establish dengan izin, seperti minyak dan gas dan
350
industri berat lain pula perlu terus diperkasakan dan dipertingkatan.
Kawasan perindustrian sedia ada perlu diperbesarkan bagi membolehkan
pelabur baharu untuk melabur dalam kawasan perindustrian tersebut pada
bila-bila masa sahaja. Usaha berterusan untuk menyedia, membangun,
menambah baik infastruktur serta keperluan asas dan meningkatkan
keselesaan mereka perlu dilakukan supaya ia menjadi lokasi kerja dan
tempat tinggal yang baik untuk mereka malah menjadi lokasi pilihan setelah
bersara. Mercu tanda baharu juga boleh difikirkan untuk dibangunkan
selaras dengan jolokan yang diberi kepada Terengganu sebagai ‘Kuwait
Malaysia’.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Terengganu turut bertitah dan menyatakan harapan Baginda untuk
Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada penjenamaan Negeri
Terengganu sebagai sebuah destinasi ekopelancongan yang lebih kompetitif
di rantau ini. Usaha untuk terus menarik pelancong datang ke Negeri
Terengganu perlu kita tambah baik dan rancakkan. Promosi perlu terus
dipergiatkan sama ada melalui media cetak juga media elektronik dan
sosial. Maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat
di negeri ini perlu ditingkatkan. Pelancong yang berkunjung ke negeri ini
inginkan keselesaan dan mencari ketenangan, oleh itu Kerajaan dan pihak-
pihak yang terlibat wajar memperlengkapkan kemudahan pengangkutan,
penginapan serta memajukan bidang komunikasi. Kebersihan dan
ketenangan juga boleh menjadi antara sebab pelancong ingin datang dan
berulang datang. Ramai pelancong datang ke negeri kita adalah untuk
menikmati keindahan pulau, pantai dan ekosistem menarik yang ada. Aspek
kebersihan harus menjadi antara fokus yang utama untuk dipertingkatkan.
Usaha mendidik dan membudayakan kebersihan perlu terus diambil
perhatian serius, layanan istimewa dan mesra juga harus menjadi budaya
masyarakat kita. Sebagai langkah permulaan mungkin kita boleh sama-sama
mempelajari serba sedikit bahasa asing bagi menyapa pelancong yang
berkunjung, juga perlu diberi perhatian. Setidak-tidaknya layanilah
pelancong dengan senyuman dan kemesraan. Mungkin tagline yang
sinonim dengan Terengganu iaitu ‘Negeri Cantik Budaya Menarik’ boleh
ditambah kepada ‘Rakyat Bersih, Negeri Cantik Budaya Menarik’.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pembinaan Rumah Mampu Milik


sebagaimana yang telah dirancang pada tahun ini adalah sebanyak empat
projek dan salah satu daripadanya setakat yang dimaklumkan adalah
351
terletak di DUN Kemasik. Adalah saya berbesar hati sebagaimana kehendak
rakyat berpendapatan rendah terutama golongan nelayan, petani,
penternak serta yang bekerja sendiri agar projek ini dapat dijalankan
sebagai mana perancangan. Mereka tiada pilihan lain kecuali memiliki
rumah melalui perumahan yang dilaksanakan dengan pinjaman Kerajaan.
Pembinaan menerusi pemaju-pemaju perumahan yang mengunakan
pinjaman institusi perbankan seperti mustahil untuk mereka kerana
ketidaklayakan mereka.

Semoga kita terus mengorak langkah ke hadapan di bawah kepimpinan


Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam membina Terengganu Maju
Berkat dan Sejahtera. Saya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Kemasik, mohon menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan. Terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah. Assalamu’alaikum
warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Wa’alaikumu salam wa rahmatullah.


Terima kasih Wakil Kemasik. Setakat ini tiga Ahli Yang Berhormat daripada
Kerajaan telah terlibat dalam perbahasan, saya nak jemput kawan-kawan
kita yang sebelah sini, sila. Okey, daripada Hulu Besut.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut):


Bismilahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala
wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Mesyuarat
Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan,
Pemerhati, hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Syukur kepada Allah kerana dapat bersama lagi di sesi ini dan saya rasa
saya di antara ADUN yang lama di dalam Dewan ni, sudah beberapa
penggal, saya duduk perhati, bukan saya nak puji tidak, antara Yang di-
Pertua yang bagus jugak, Yang di-Pertua ni lah. Yang pertama, saya perhati
bila setiap kali Dewan dia buat program, baru ni bowling boleh baju sehelai
tapi tidak warna hijaulah tetapi warna koko, lepas itu hari khamis ini bunyi
nak menembak pula, bunyi tidak beri baju hijau lagi, beri baju lain, cuma
adalah setengah-setengah daripada rakan kita ada yang nak pergi ada
yang tidak pergi. Yang di-Pertua Dewan, tidak apalah dia buat program pun,
pasal dia sebuah rumah. Yang orang lain, dua buah rumah tak sempat nak
buat program ni, jadi saya ucapkan syabas kepada Yang di-Pertua Dewan
kita.
352
YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Dan
saya harap, rakan-rakan Yang Berhormat pun tak kira yang banyak rumah
ke, sibuk ke, kena turut sama sebagai ......

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Ramai ke Yang Berhormat yang


banyak rumah ni?

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Sebagai
menghormati Yang di-Pertua Dewan kita yang bagus ini. Bukan saya nak
puji, betul ni, bagus. Saya duduk perhati, pasal saya di antara orang lama
dan saya tengah perhati sekarang ini. .....(Dewan gelak) .....

Seterusnya, saya juga ingin mengambil peluang untuk nak mengucap,


menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan
yang sudi untuk memberi Titah Ucapan Perasmian Dewan kita ini. Banyak
perkara yang disentuh oleh Tuanku Al-Sultan kita. Dan saya selaku Ahli
Dewan yang lama juga, saya duduk perhati juga, sebenarnya ni di antara
pada saya, satu sejarah, apabila setiap kali usul kita nak putuskan sama ada
setuju atau pun tidak setuju, inilah antara yang semua Ahli Dewan
mengangkat tangan. Tak ada yang membangkang. Sebelum ini, cantik,
comel setara mana pun, sebelah ni tak angkat tangan. Tak angkat tangan.
Tapi kali ini semua angkat tangan. Dan itulah yang saya perhati, hikmah bila
berlakunya Pilihan Raya Yang Ke-14 baru–baru ini. Sebab itulah antara
soalan saya, yang saya tanya hari mula-mulanya ialah, berapa buah lagikah
masjid yang mengadakan solat Jumaat yang tidak mendapat kelulusan
daripada Kerajaan Negeri. Pada saya selama saya berkhidmat sebagai Wakil
Rakyat, saya tak rasa bahagia, tak rasa gembira apabila balik ke kampung,
dua tiga masjid, orang-orang kita terpaksa melangkah untuk sembahyang
ke masjid yang satu lagi. Itulah rahmatnya bila berlakunya Pilihan Raya
Yang Ke-14 baru-baru ini. Dan kita di sebelah sini juga, rasa senang
hati apabila diarah oleh Ketua Pembangkang kita kalau nak berucap jangan
bercakap yang boleh menimbulkan rasa tak puas hati bagi pihak sebelah
Kerajaan. Kena bercakap yang elok-elok dan saya duduk perhati juga,
memang orang Barisan memang macam itu, orang UMNO ni memang
macam itu, daripada dulu sampai ke hari ini orang UMNO ni memang, itulah
gambarannya kita orang Melayu. Mudah bertolak ansur, tak ada masalah,
353
kalau bagi rumah, Rumah PPRT, Wakil Rakyat BN, orang PAS pun dia bagi,
orang UMNO pun dia bagi, betul sebelum ni. Betul dok?

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Macam nak
panas pulak ni …..

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Tak,
tak, bagusnya orang UMNO ni. Bila ketua kata jangan cakap yang tak elok
nanti sebelah Kerajaan marah, tak puas hati memang saya pun, atur cakap
ini supaya Ahli-ahli EXCO ke, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke tak
rasa kita ni nak balloh pulak, dok. Cuma, mari rasa juga, bila mengundi
untuk dapat keputusan Bajet semua angkat tangan, kita pun angkat tangan
dengan harapannya dapat juga, dok? Tak dapat apa pun, tak apa, tak apa.
Tak ada masalah. Pasal kita Pembangkang kepada Kerajaan yang ada hari
ini, tapi Kerajaan yang ada hari ini, kita juga turut menyokong Kerajaan
yang ada pada hari ini. Tapi di sebelah sini tidak dapat apa-apa pun. Tidak
apa-apa. Pasal kita ini biasa diasuh, Ahli-ahli UMNO atau Parti Barisan
Nasional memang macam itu, tak ada masalah. Dalam pada itu juga, itulah
rahmatnya bila berlakunya Piilihan Raya yang ke baru ini.

Di samping itu juga, saya duduk perhati, ada orang kata bila supaya konsep
penyatuan ummah ini dijadikan satu gelombang dalam masyarakat kita,
yang duduk berbual kedai kopi dia kata puak-puak atas tak apalah pasal dia
tak berasa. Hok orang atas-atas, pemimpin-pemimpin atas-atas tak ada
masalah dia sebut penyatuan ummah, tak ada masalah. Kita kampung-
kampung ini rasa berat, tidak boleh nak terima. Tidak sebenarnya. Di
kampung pun boleh menerima penyatuan ummah. Di kawasan saya,
Pemuda saya buat Lawatan Kasih rumah ke rumah, Pemuda Harapan kejut,
bukan cerita kosong bukan cerita tak betul, cerita betul. Dia buat Lawatan
Kasih rumah ke rumah, dia ajak Ketua Pemuda PAS, Ketua Pemuda UMNO
dan juga Puteri UMNO dan juga Muslimat PAS untuk berjalan bersama dan
ini tandanya bahawa konsep penyatuan ummah ini perlu kita jadikan satu
asas untuk kita betul-betul menyatukan semula orang kita. Orang atas tak
ada masalah. Orang kampung pun tak ada masalah dah. Boleh terima dah.
Kita lupakan masa yang lalu, kita bina bersama untuk masa hadapan yang
lebih bersatu lagi.

Mungkin suatu masa di peringkat Negeri juga kena duduk satu meja. Kalau
di kampung pun Ketua Pemuda UMNO pun dan Ketua Pemuda PAS pun
354
boleh berjalan bersama dan usaha-usaha yang dibuat oleh Yang di-Pertua
Dewan pun nampak untuk bersama, anjur boling, anjur menembak dah
boleh, apa salahnya Menteri Besar selaku Ketua Kerajaan panggil Ketua
Pembangkang duduk satu meja bincang macamana betul-betul nak bersatu.
Ikhlas saya beritahu. Hari ini orang kampung tengok Terengganu ini toksey
bersatu lagi. Pusat nak bersatu dah. Di Terengganu tak bersatu-bersatu lagi.
Orang UMNO kata, kita nak bersatu, orang PAS toksey bersatu. Ada orang
kata orang PAS nak bersatu macam mana kalau dia dah jadi Kerajaan. Bagi
dia rugi. Duit ada sepuluh ringgit nak bahagi dengan anak yang satu lagi,
rugi. Lebih baik tidak bersatu. Dan mungkin itu juga sebab, mungkinlah
Menteri Besar tak panggil Ketua Pembangkang untuk membincang macam
mana nak bersatu. Orang UMNO pun malu nak bersatu pasal kita
Pembangkang mana boleh kita nak pergi, betul tak? Pada sayalah. Jadi
dengan sebab itu kalau ingin melihat kita betul-betul bersatu, maka suatu
perbincangan ataupun mesyuarat di peringkat Negeri perlu dibentuk. Tapi
ada juga orang UMNO kata tak apa Terengganu ni kalau tak bersatu pun tak
apa PAS ni, pasal mengikut sejarahnya PAS di Terengganu cuma satu
penggal saja, penggal yang kedua boleh ambil balik. Ada juga. ...(Sambil
gelak) .... Betul. Ini sejarah, boleh. Kalau orang PAS tak boleh nak berbaik,
tak boleh berbaik tak apa, satu penggal sahaja, kita akan ambil balik.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):


Penjelasan sikit Yang Berhormat ..…

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Itu saya
kata betul ..…

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Boleh ya, bagi laluan. Sila.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):


Terima kasih Hulu Besut. Tuan Yang di-Pertua, saya suka untuk mencelah
sedikit bukan nak ganggu sebab untuk bersatu ini kita tidak kacaulah, saya
tengok macam mesyuarat agung pula antara PAS dengan UMNO, apabila
duk sebut PAS-UMNO, PAS-UMNO ini, jadi boleh ataupun tidak, kalau boleh
yang ni serah kepada peringkat kepimpinan parti masing-masing untuk
membahaskan perkara ini dan kita fokus isu-isu Negeri apa yang kita
hendak bawa, apa yang kita nak tegur pun tidak apa. Pada kita Kerajaan
bukan tak mahu panas, hendak panas pun tiada masalah sebab dalam

355
Dewan jer, lepas tubik nanti kita keluar minum air sama juga. Jadi harap
tidak itu sangatlah PAS-UMNO ni, takut rimas penonton-penonton kita.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Saya
sebut pasal Tuanku Al-Sultan pun sebut, tidak kira parti mana-mana ingin
melihat Negeri Terengganu ini membangun. Dalam Negara kita asas utama
untuk bangunkan Negeri kita ialah mesti rakyatnya bersatu padu, bukan
perkara main-main, bukan perkara PAS-UMNO, bukan soal rimas tidak
rimas, ini perkara sangat penting. ‘Bersatu kita kukuh, bercerai kita roboh’,
itu pesan orang tua bukan benda main-main. Sebab itu saya sebut soal
bersatu, bukan saya sebutnya kerana bukan kerana sebelah sini, bila diarah
supaya cakap baik, cakap baik, bila sebelah sini diarah apa yang
dikehendaki untuk meluluskan sesuatu usul kena angkat tangan semua,
bukan. Tapi kita betul-betul ingin melihat perpaduan di dalam masyarakat
ini betul-betul menjadi realiti, kerana saya banyak pengalaman.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Masa Yang Berhormat ada dua


minit lebih lagi ya.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Dua
minit.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, sila.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Banyak
pengalaman dalam Dewan ini, dalam masyarakat, dalam Dewan. Asasnya
di peringkat inilah, di peringkat kepimpinan inilah, kalau di peringkat ini
boleh duduk satu meja, saya percaya kita akan dapat melihat masyarakat
kita bekerja dalam satu pasukan. Kalau Kerajaan kata kita nak Negeri kita
bersih, bila kita bersatu orang PAS pun mungkin boleh duduk satu padang
dengan UMNO dengan parti-parti lain untuk melihat Negeri kita ini bersih.
Itulah pentingnya bersatu. Kalau tidak bersatu, kalau Kerajaan kata kita
kena jaga kebersihan Negeri kita, orang UMNO kata biar PAS moga dia
Kerajaan. Dulu orang UMNO yang bersih sahaja, biarlah sahaja Kerajaan,
orang PAS tidak cara pun, tidak pernah ikut serta pun untuk melihat Negeri
kita bersih. Itulah contohnya pentingnya bersatu. Jadi dengan sebab
itu saya ingin mengambil peluang di sini, di hadapan Yang di-Pertua
Dewan, saya rasa juga berpengalaman lebih kurang saya juga rasanya, kita
sama-sama menjadikan bersatu ini menjadi realiti di dalam masyarakat kita
356
di Terengganu, bila kita kuat, insya-Allah kita boleh bangunkan Negeri kita
ini bersama-sama.

Akhir sekali saya juga nak ambil peluang di sini di dalam Dewan yang mulia
ini, kawasan saya yang saya wakili sudah beberapa kali tapi banyak lagi
benda yang tak boleh ditunaikan antaranya masjidlah, saya kalau boleh
dalam masa sepenggal ni, empat tahun ini, boleh satu masjid pun tak apa
dah. Pasal saya pun sedar kita di Terengganu, sumber agak terhad, jadi
dengan sebab itu, saya ingin memohon jasa baik Kerajaan Negeri, paling-
paling kurang pun dapat satu masjid okey dah kawasan saya itu di
Kampung Kubang Depu. Tanah telah diambil siap tambun cuma tunggu
masa untuk buat sahaja.

Itulah antara yang saya harapkan selaku Wakil rakyat di kawasan Hulu
Besut. Insya-Allah kalau bersatu ini boleh kita sama jadikan, saya di Hulu
Besut akan gerakkan supaya kita di Hulu Besut ini, PAS ke dengan UMNO
boleh jalan dalam satu pasukan.

Saya juga ingin memohon salah dan silap sekiranya ada yang tidak kena
Yang di-Pertua, saya pohon maaf. Saya juga turut menyokong Titah
Ucapan. Sekian, Wassalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih pada Yang Berhormat


Wakil Hulu Besut, menepati masa yang telah diperuntukkan. Insya-Allah apa
Yang Berhormat sebut tadi kita akan panjangkan di tempat yang lebih
sesuai.

Ahli Yang Berhormat sekalian saya tangguhkan sementara Dewan ini dan
disambung semula pada pukul 2.30 petang.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.05 TENGAH HARI.

PUKUL 2.30 PETANG


357
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Mesyuarat disambung
semula. Ahli Yang Berhormat sekalian, kita teruskan Usul Perbahasan Menjunjung
Kasih Di Atas Titah Ucapan Diraja, cuma saya hendak peringatkan kepada Yang
Berhormat, masalah ketepatan masalah, sebab pagi tadi kita sudah ambil masa
banyak untuk bergambar, cuma hendak masuk balik itu, makan masa juga. Jadi
daripada jumlah yang saya rancang yang sepatutnya berucap, sudah lari dah,
sebab itu saya hendak minta pada petang ni masing-masing jaga masa
sebagaimana yang diperuntukan. Saya persilakan Yang Berhormat daripada Ajil
untuk memulakan perbahasan Titah Ucapan Diraja pada petang ini, dipersilakan.

YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Assalamu’alaikum


warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin. Assalatu
wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Amma
ba’d. Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Yang
Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan dan para Pemerhati.

Pertamanya, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah


Subhanahu Wata’ala kerana diberi kesempatan untuk kita berbahas dan
meneruskan agenda pada petang yang mungkin ramai yang mengantuk, makan
kenyang-kenyang, petang-petang ini biasa begitulah dok? Walau bagaimanapun,
insya-Allah dan alhamdulillah kita dapat meneruskan agenda kita dan saya ucapkan
terima kasih kepada yang hadir, cuma Pembangkang tiada seorang lagi. Walau
bagaimanapun, kita teruskanlah.

Dan yang pertama sekali saya hendak merakamkan penghargaan sebagai suatu
sambungan daripada apa yang disebut oleh Y.B. Hulu Besut tadi, satu
penghargaan kepada Speaker, Yang di-Pertua Dewan di atas beberapa
pembaharuan yang telah dilakukan. Pembaharuan pada kali ini ada laptop atas
meja kita masing-masing. Cuma sedih jugalah, tidak boleh buat balik, tapi insya-
Allah sidang Dewan akan datang ini berlaku satu pembaharuan boleh buat balik,
Insya-Allah. ....(Dewan gelak) ....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya tidak janji Yang Berhormat tu.

358
YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Saya harap. ....(Sambil
gelak) ..... Cadangan, ramai sokong ni. Yang di-Pertua, saya ingin menarik satu
perkara yang ada dalam Titah Ucapan Sultan kelmarin berkenaan dengan
wujudnya pihak-pihak tertentu yang dalam Titah Ucapan Baginda di muka surat
lima, para yang kedua, wujud pihak-pihak tertentu yang cuba menggugat
keharmonian, keamanan dan kestabilan yang terbina sekian lama di bumi Malaysia
ini. Antara yang disebut oleh Baginda, wujudnya pihak yang cuba menyentuh
kesucian Islam, memperlekeh Institusi Diraja dan juga menghina Islam itu sendiri
sebagaimana juga yang berlaku dalam masyarakat kita baru ini, apabila ada
seorang pemuda yang menghina Rasulullah melalui karikatur yang kita kira satu
tindakan yang agak melampau. Walaupun di Terengganu, isu-isu ini masih lagi
terkawal, tetapi ia perlu kepada komitmen semua pihak untuk cuba membendung
supaya tidak menular. Kerana apabila dia menular, maka sudah pastilah ancaman
ini akan menjadi satu gelombang yang besar, yang boleh membahayakan kepada
kita semua khususnya orang-orang Melayu Islam.

Kita melihat ancaman ini datang daripada luar. Tetapi tempiasnya, ataupun
ngecik, orang kata ngecik. Ngecik tu tetaplah mari kepada kita apabila baru ini
dalam di Mahkamah Syariah dilaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah lesbian,
pun juga ada pihak untuk campur tangan untuk menggugat kestabilan dan
kesucian Mahkamah Syariah. Dan sesuatu yang kita harus sedar bahawa institusi
yang memelihara agama kita iaitu Institusi Diraja, juga cuba diperlekehkan
sebagaimana yang disebut oleh Baginda Sultan dan saya rasa kita orang Melayu
menyedari bahawa Institusi Diraja ini merupakan di antara benteng yang terakhir
untuk menjadi penyelamat kepada kesucian Islam dan juga ketuanan Melayu. Jadi
kalau kita tidak menjaganya daripada serangan daripada pihak yang tidak
bertanggungjawab, penduduk Malaysia, rakyat Malaysia, tetapi mereka nampak
semacam cuba untuk merobek ketenangan yang ada dalam masyarakat ini.
Sementelah pula kebanyakannya melalui landasan politik baru di peringkat pusat
sekarang ini, kita melihat satu perkembangan yang membimbangkan apabila
cubaan-cubaan untuk menghina dan mengkritik isu-isu yang sensitif dalam
masyarakat kita Malaysia, cuba untuk diketengahkan berkemungkinan sebagai satu
testing dengan izin, hendak test, ataupun hendak tengok sejauh mana orang
Melayu peka dengan isu yang mereka cuba robek-robekkan. Jadi, Islam
sebenarnya tidak pernah menyekat kebebasan beragama. Sepatutnya masyarakat
khususnya masyarakat Cina dan India, kita sebenarnya kita tidak memusuhi dari
segi bangsa kita tidak bermusuh sama ada dalam parti Barisan Nasional yang
359
selama ini memang bersama dengan India dan Cina, MCA, MIC, dalam PAS
sendiripun kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS, satu-satunya parti Islam di
dunia ini yang ada sayap kirinya yang terdiri daripada orang bukan Islam yang
menjadi penyokong kepada kita. Dan di Ajil baru ini, saya buat satu majlis,
meraikan orang Cina sempena dengan Tahun Baru Cina. Bermakna kita tidak
memusuhi mereka sama ada di sudut bangsa ataupun di sudut agama. Mereka
bebas untuk mengamalkan agama masing-masing dalam kondisi yang tersendiri
dan kita tidak pernah mengacau. Tetapi sekarang ini kita nampak apabila mereka
cuba menghina Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, maka kita sepatutnya
mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa benda ini, perkara ini kita tidak boleh
biarkan berlalu sebegitu rupa, bimbang, takut mereka ni orang kata kalau ayat-
ayat kasar sikit gak, naik tocang. Haa, naik tocang. Jadi kalau kita tidak bertindak
ataupun kita tidak tunjukkan respon kita apabila mereka menghina Rasulullah,
menghina Islam, maka kita bimbang takut dia jadi suatu isu yang menular, yang
akhirnya kita bimbang lagi kalau sekiranya kita akan berada di bawah, mereka
mempunyai kuasa yang boleh, kemungkinan-kemungkinan yang berlaku di negara-
negara luar akan berlaku kepada negara kita.

Kemudian perkara kedua, saya nak ucap tahniah dan penghargaan yang
tinggi kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan juga Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu sebagai suatu sambungan daripada apa yang disebut
oleh Y.B. Buluh Gading tadi, mengucapkan tahniah kepada Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu, Pengarah dia pun ada hari ni dan juga
Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu di atas
kejayaan cemerlang pelajar-pelajar Terengganu dalam SPM dan STPM baru-
baru ini. Suatu kesinambungan daripada kecemerlangan-kecemerlangan lalu
dan ini merupakan satu daripada penunjuk bahawa rakyat Terengganu yang
mungkin makan budu, makan belacan menjadi orang yang mempunyai IQ
yang excellent bahkan sekolah kita, Sekolah Imtiaz menjadi contoh dan
model kepada orang luar daripada Terengganu seperti yang ada di Melaka,
mereka tubuh sebuah sekolah yang modelnya sama macam Imtiaz di
Terengganu dengan nama pun Imtiaz juga. Cuma kita mengharapkan
dengan konsep dan juga hala tuju yang ada sekarang ni, pendidikan tidak
berasaskan kepada sijil semata-mata apabila ada PBD (Penilaian Bilik
Darjah) maka walaupun kalau sekiranya kemungkinan kita tidak berjaya di
sudut sijil tetapi yang penting sekali ialah kemenjadian anak murid kita
menjadi orang yang boleh dimanfaatkan oleh semua sektor dan teknologi.
Tetapi apatah lagi kalau sekiranya kita berjaya di dua-dua unsur, sijil kita
360
cemerlang, keperibadian dan sahsiah pelajar kita pun cemerlang. Dengan
adanya Sekolah-sekolah Agama yang sudah pun mendapat nama bukan
sahaja di peringkat negeri, bukan sahaja di peringkat kebangsaan bahkan di
peringkat antarabangsa. Kalau Sekolah-sekolah Imtiaz dan juga Sekolah
Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Batu Burok, memang sekolah yang
ternama di peringkat antara bangsa yang selalu mencipta nama mendapat
anugerah-anugerah yang cemerlang di peringkat antarabangsa dan dunia
dan ini merupakan satu produk yang seharusnya kita bangga bahawa anak-
anak murid kita di Terengganu mempunyai kehebatan bukan
sahaja dari sudut akademik bahkan di sudut pemikiran mereka untuk
mencipta teknologi-teknologi baru melalui reka cipta dalam STEM, School
Arrangement Model dan sebagainya.

Dan perkara ketiga, saya mengejar masa sikit. Perkara ketiga yang saya
nak sebut ialah berkenaan dengan harapan daripada Tuanku Sultan,
mengharapkan pembangunan yang seimbang di antara daerah-daerah dan
Tuanku ada sebut tiga daerah yang mungkin terkebelakang sedikit iaitu
Daerah Besut, Setiu dan daerah saya Hulu Terengganu. Hulu Terengganu
memang terkenal dengan daerah pertanian sama macam Setiu dan satu lagi
produk yang kayanya ialah di Hulu Terengganu, produk pelancongan. Kita
mengharapkan Exco Pelancongan dan Exco Pertanian akan memberi fokus
yang tersendiri kepada Hulu Terengganu dan keperluan kepada pekerjaan.
Keperluan kepada pekerjaan, rakyat nak kerja, jadi kita mengharapkan
fokus kerajaan kepada daerah-daerah ini memberi satu, beberapa projek
ataupun perancangan untuk menghidupkan institusi ataupun agensi dan
yang boleh membekalkan pekerjaanlah.

Dan baru ni pada 25 haribulan Mac, saya selaku Pengerusi PPSB (Permint
Plywood Sdn. Bhd.) telah menandatangani satu perjanjian dengan Gimzan
Plywood untuk menggunakan Kilang Gimzan Plywood untuk suatu tambahan
operasi menerbitkan ataupun mengeluarkan Vinyl Plywood dan di situ,
alhamdulillah kita dapat menambahkan lagi pekerjaan dan saya
mengharapkan GLC yang ada mungkin boleh tumpukan ke daerah-daerah
yang seperti yang saya sebut tadilah Daerah Hulu Terengganu kalau di Ajil
tu, boleh kata takdok GLC kecuali sebahagian kecil daripada kilang ladang
TDM yang ada di Ajil yang boleh membekalkan pekerjaan kepada penduduk
kita.

361
Dan baru-baru ni juga pada 27 dan 28 saya telah meninjau Ladang
Penternakan Rusa di Lenggong bersama dengan Pesuruhjaya PAS Perak dan
insya-Allah selepas ni saya akan bersama dengan Exco Pertanian,
sebagaimana yang kami janjikan kita akan pergi melihat, meninjau untuk
bawa balik teknologi pemeliharaan, penternakan rusa ke Hulu Terengganu
dan saya menaruh harapan yang sangat tinggilah kalau sekiranya Kerajaan
boleh bantu untuk mencipta satu produk baru di Ajil sebagai satu daripada
daya tarikan baru lokasi penternakan rusa yang terbesar di Terengganu,
insya-Allah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Jaga masa Yang Berhormat, ya.

YANG BERHORMAT HAJI MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Ya?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Masa ada lagi, saya peringatkan


saja.

YANG BERHORMAT HAJI MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Secara


rumusannya ada beberapa perkara lagi tapi oleh kerana masa ni sangat
cemburu, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan dan
terima kasih jugalah kepada pihak nak sebut Pembangkang rasa dok
tergamok. Sebab saya sebenarnya takdok pengalaman dengan Sidang dulu
sebab saya orang baru dalam politik ni. Tapi kalau dengar cerita dulu gak,
memang kuat sangatlah bangkang. Mungkin dulu banyak isu yang patut
dibangkang, tapi sekarang ni oleh kerana tak ada isu nak bangkang jadi
sama-sama pakat senyap belaka smooth molek, selesa dan tenteram.
Terima kasih kepada semua. Wallahu a’lam. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih kepada Wakil Ajil.


Sebelum saya meneruskan perbahasan Titah Ucapan Diraja, saya nak tahu
berapa ramai lagi yang nak berucap? Okey. Saya persilakan Wakil Wanita
dulu.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita):


Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Wassolatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal
mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Yang Berhormat Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dr. Ahmad
362
Samsuri Mokhtar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan
Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati serta hadirin-hadirat
yang dirahmati Allah sekalian.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi
peluang kepada saya dalam sesi perbahasan Menjunjung Kasih Titah
Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin
sempena Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu Kali Keempat Belas,
Penggal Kedua. Memandangkan ini merupakan ucapan sulung ADUN
Wanita di dalam Dewan yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan setinggi
penghargaan pada semua kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu
terutamanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri yang telah memberi kepercayaan untuk diadakan posisi
ADUN Wanita dan melantik saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri
mewakili Wanita. Alhamdulillah, sepanjang, sepanjang empat bulan ini saya
mendapat sokongan dan dokongan daripada semua pihak termasuklah
EXCO Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan dalam merangka dan
melaksanakan pelbagai agenda dan program ADUN Wanita. Terima kasih
saya ucapkan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dengan kewujudan posisi ADUN


Wanita ini menunjukkan Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pentadbiran
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sedar akan kepentingan dan peranan
kaum hawa dalam kepimpinan sehingga mengangkat martabat wanita untuk
sama-sama kita menyumbang idea ke arah Terengganu Maju, Berkat dan
Sejahtera. Insya-Allah kehadiran ADUN Wanita di sini bukan sahaja
membangkitkan isu-isu berkaitan wanita semata-mata tapi akan turut
mengketengahkan apa jua isu yang dilihat relevan dari sudut pandang kami
sebagai seorang wanita yang juga bergelar sebagai ibu, anak, isteri dan
juga rakyat Terengganu.

Wanita hari ini bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,
kemahiran, pekerjaan, kepimpinan dan sebagainya. Kita boleh ambil contoh
sahabat saya daripada Ahli Parlimen, contohnya Ahli Parlimen Rantau
Panjang, Yang Berhormat Puan Hajah Siti Zailah yang sanggup
mengharungi banjir bergadai nyawa untuk menyampaikan bantuan kepada
mangsa banjir tanpa mengira bahaya dan risiko. Begitu juga sahabat-
sahabat saya peranan yang besar dimainkan contohnya daripada Yang
Berhormat Hajah Mumtaz Nawi yang juga merupakan ADUN Demik dan juga
363
merupakan EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Puan Hajah
Rohani Ibrahim daripada ADUN Tanjung Mas, Kelantan dan juga Yang
Berhormat Datuk Siti Aisyah Razali, ADUN Merbau Pulas, Kedah.
Sesungguhnya dengan izin Allah Subnahu Wata’ala tangan lembut yang
menghayun buaian mampu menggegar Sidang DUN Terengganu, insya-
Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, menurut laporan Jabatan Perangkaan


Malaysia, penduduk wanita Terengganu berjumlah 602,400 orang bagi
tahun 2018 ini. Ia meningkat berbanding 561,600 orang pada tahun 2017.
Pertambahan bilangan wanita di Terengganu mewujudkan kepelbagaian
sosio budaya dan kehidupan semakin mencabar. Insya-Allah ADUN Wanita
sebagai pemudah cara ataupun intermideator dengan izin, antara rakyat
dan Kerajaan Negeri Terengganu khususnya dalam segmen tertentu tanpa
mengira fahaman politik kepartian seiring dengan Titah Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.
Sebagai contoh hampir setiap hari saya berjumpa dengan pelbagai individu
dan pertubuhan-pertubuhan seperti Kelab Sokongan Kanser Payu Dara
Terengganu, Persatuan Ibu-Ibu Tunggal, Persatuan OKU, kakitangan
Kerajaan, para usahawan wanita dan lain-lain lagi dan mereka menyatakan
hasrat dan juga melontarkan komentar cadangan kepada kepimpinan
Kerajaan. Ini amat membantu saya mendapatkan input-input sewajarnya
untuk disalurkan kepada Kerajaan.

Suka saya berkongsi dalam Sidang Dewan yang mulia ini semasa pertemuan
saya bersama dengan penjawat awam Kerajaan baru-baru ini mereka telah
mencadangkan agar diwujudkan jawatan khas iaitu pemandu wanita di
agensi Kerajaan. Kadang-kala pegawai wanita terpaksa melakukan
perjalanan jauh demi tugasan seperti mesyuarat, program rasmi dan
sebagainya. Jadi sebagai seorang ibu berkerjaya, mereka mungkin terpaksa
menyediakan stok susu perahan buat bayi mereka atau kadang-kadang
terlena kepenatan dalam kenderaan. Ini agak kurang selesa jika pemandu
adalah daripada kaum lelaki. Justeru, saya ingin mencadangkan agar
beberapa ruang pekerjaan dibuka kepada wanita bagi menjamin keselesaan
agar lebih memelihara keadaan seperti jawatan pemandu wanita itu. Raikan
fitrah wanita sebagai pekerja, ibu dan juga muslimah, insya-Allah. Begitu
juga saya pernah didatangi atau dikunjungi oleh kumpulan daripada orang-
orang OKU yang memohon agar disampaikan suara dan keperluan mereka
agar bangunan atau infrastruktur lebih mesra OKU.
364
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Terengganu atas pengumuman Bajet 2019 yang banyak
menimbulkan reaksi positif daripada Tuanku Al-Sultan semalam. Terima
kasih buat kepimpinan Negeri Terengganu kerana tidak meminggirkan
wanita dalam Bajet 2019. Peruntukan khas sebanyak RM2 juta dan Tabung
Siti Khadijah bakal membantu golongan wanita dan ibu tunggal
meningkatkan ekonomi melalui perniagaan dan keusahawanan. Begitu juga
dengan kebajikan anak-anak dari penceraian keluarga juga diambil kira
dengan peruntukan RM1 juta melalui Tabung Hadhanah. Saya tidak
menafikan kadang-kadang terdapat juga Bajet Khas pada wanita saya
nampak dalam Bajet 2019 tidaklah terlalu besar. Tapi saya percaya semua
elemen dalam Bajet 2019 ini dapat dinikmati oleh wanita secara tidak
langsung. Namun saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini
tentang penaiktarafan Dewan dan Pusat Rekreasi Khas Mesra Muslimat atau
mesra wanita ini yang telah dibentangkan dalam Bajet 2019 yang lalu. Ia
telah mendapat reaksi yang sangat positif daripada masyarakat khususnya
wanita. Saya memohon kepada pihak Kerajaan agar ia disegerakan. Ini
merupakan Soalan Lisan saya tapi Soalan Lisan telah ditolak. Saya pun tidak
pasti kenapa soalan ini ditolak.

Suka saya ingin mencadangkan supaya program yang lain juga diberi kuota
khas kepada wanita sememangnya memandangkan kami dalam program
yang wajar dibela wanita harus mendapat tempat sewajarnya termasuk dari
kalangan beliawanis, orang kelainan upaya, golongan gadis remaja dan juga
kanak-kanak. Harapan kami juga agar bajet ini tidaklah sekadar cantik
ditangkap di atas kertas dan manis hanya di bibir tanpa perasaan yang
cekap di peringkat jabatan dan agensi Kerajaan. Dan yang paling penting
sebenarnya rakyat seluruhnya perlu bersama-sama berganding bahu dalam
menterjemahkan hasrat ini dengan penuh iltizam.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, umum mengetahui bahawa tema


Negeri Terengganu ialah Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera manakala
tema Bajet 2019 pula adalah Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera. Namun
apakah definisi sebenar sejahtera kepada rakyat Terengganu dalam erti kata
yang komprehensif. Adakah semua golongan dapat menikmati
kesejahteraan ini? Ini adalah tugas berat kita sama ada kita di peringkat
legislatif mahupun eksekutif.
365
Dan kini suka saya ingin berkongsi dengan Dewan yang mulai ini, tadi saya
baru dapat jawapan dari soalan-soalan yang bertulis ada yang menyatakan
bahawa keganasan rumah tangga agak membimbangkan. Mengikut laporan
statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan jumlah kes
keganasan rumah tangga Negeri Terengganu pada tahun 2018 adalah
sebanyak 254 kes. Pecahan mengikut daerah adalah Daerah Kuala
Terengganu sebanyak 85 kes, Dungun - 53 kes, Hulu Terengganu - 36 kes,
Besut - 28 kes, Kemaman - 21 kes, Setiu - 18 kes dan Marang - 17 kes.
Kami wanita memandang serius tentang isu-isu keganasan rumah tangga
kerana mangsa iaitu wanita sering berdiam diri atau lambat mengambil
tindakan apabila didera. Ini wajar diambil perhatian dan tindakan bersama,
insya-Allah. Saya juga saya sebenarnya ingin memuji tindakan pihak Polis
Daerah Kemaman dalam menangani isu rempit apabila diuar-uarkan dalam
media sosial juga media cetak, operasi bersepadu yang dijalankan pada
baru-baru ini para remaja dibawa ke masjid untuk Solat Subuh Berjemaah
dan membaca Surah Yaasin, satu pendekatan yang sangat baik. Apa yang
ingin saya sampaikan di sini supaya peranan Kerajaan, agensi dan pasukan
Keselamatan termasuklah NGO dan masyarakat boleh disenergikan untuk
mencapai kaedah peyelesaian yang holistik jangka masa panjang dan
jangka masa pendek, insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan


untuk mengutarakan beberapa perkara. Pertama, saya amat bimbang
terhadap kesedaran rakyat Terengganu tentang kebersihan. Kadangkala
budaya tidak sihat ini menjadi bahan jenaka atau troll dengan izin, di
kalangan netizen apabila tempat tumpuan pelancong dicemari sampah
sekaligus mencemarkan nama baik negeri ini. Kebanyakan sampah pula,
terdiri daripada bahan tidak mudah diurai biodegradasi seperti plastik dan
polisterin. Jika tidak diuruskan dengan baik, memberi kesan buruk kepada
alam sekitar jangka masa panjang. Tambahan pula, Negeri Terengganu
merupakan negeri pesisir pantai dan sampah ini boleh mencemari laut yang
boleh menjejaskan habitat ikan dan hidupan akuatik.

Profesor Kejuruteraan Alam Sekitar, University of Georgia, Janelle Jamback


pernah membuat kajian, Malaysia merupakan negara kelapan pencemaran
plastik di lautan dan ini dikuatiri boleh menjejaskan industri perikanan yang
menjadi salah satu sumber rezeki rakyat di Terengganu ini. Jika tidak
dibendung dengan segera, kerajaan terpaksa berbelanja jumlah peruntukan
366
yang sangat besar untuk menguruskan sisa bahan pepejal dan sampah
domestik ini. Sedangkan wang rakyat ini dapat dijimatkan untuk perkara
lebih utama ‘mencegah lebih baik daripada merawat atau mengubati’. Itu
yang pertama.

Yang kedua, saya suka menyentuh isu perumahan. Tahniah saya ucapkan
kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah mensasarkan untuk membina
20,000 Rumah Mampu Milik dalam jangka masa 5 tahun dan turut
mendapat perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
Terengganu dan Titah Ucapan semalam. Saya percaya Kerajaan
Terengganu sentiasa berusaha keras bagi mencapai sasaran ini. Harapan
saya, agar terus diberi peluang yang adil dan saksama kepada pemohon.
Saya ingin mencadangkan agar Jawatankuasa Pemilihan lebih telus dan
berintegriti dalam pemilihan permohonan Rumah Mampu Milik ini dan
memberi keutamaan kepada ibu-ibu tunggal yang mempunyai tanggungan
anak yang ramai.

Yang ketiga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri


Terengganu kerana berjaya meningkatkan jumlah pelaburan dalam sektor
pembuatan pada tahun 2018 kepada RM4.9 bilion seperti dilaporkan semasa
kunjungan Yang Berhormat Datuk Ignatius Dorell Leiking, Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke Pejabat Menteri Besar baru-baru
ini. Jumlah ini meningkat berkali ganda dari angka RM73.1 juta pada tahun
2017. Saya difahamkan ia berpotensi memberi peluang pekerjaan sebanyak
2,000 pekerjaan mulai 11 projek. Besar harapan saya supaya keutamaan
pekerjaan ini dibuka kepada rakyat Terengganu khususnya dan saya juga
amat berbesar hati jika wanita anak Terengganu turut diberi peluang
dengan kuota khas iaitu melalui dengan beliawanis.

Dan yang keempat, Terengganu terkenal dengan perkembangan Institusi


Pendidikan Islam bermula dari pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Sejarah telah membuktikan
Pusat Pengajian Islam telah wujud bermula pada abad ke-16 masihi dan
terus berkembang pada abad 20 masihi hingga ke hari ini. Jika sebelum ini
kebanyakan pusat pendidikan ini diuruskan dan dibiayai hasil derma dan
sumbangan orang ramai yang amat terhad dan saya ingin mencadangkan
peruntukan RM3 juta yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri berkenaan
bantuan berkapita kepada institusi Pendidikan Islam persendirian
dimanfaatkan sepenuhnya. Ini termasuklah, Pusat Asuhan Tunas Islam
367
(PASTI) yang sekarang ini menjadi pilihan kepada ibu bapa di Terengganu
untuk menghantar anak-anak mereka diperingkat pra-sekolah kerana sistem
pembelajaran yang komprehensif antara dunia dan ukhrawi dalam
membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih
dan penghargaan kepada semua yang telah memberi kepercayaan kepada
saya untuk memikul tugas sebagai ADUN Wanita ini. Dan sebagai akhirnya,
semoga segala gerak kerja pentadbiran sentiasa cekap dan telus dengan
perdayakan budaya politik matang dan sejahtera di bawah naungan…

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan):


Yang di-Pertua Speaker mohon laluan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, bagi laluan dok ADUN Wanita?
Ada pencelahan, boleh?

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita):


Boleh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan):


Mintak penjelasan sedikit berkenaan dengan pra-sekolah tu, institusi mana
yang paling berpengaruh di Negeri Terengganu.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita):


Terima kasih kepada Wakil Pengkalan Berangan. Seperti yang saya
maklumkan tadi, jelas menunjukkan bahawa pada hari ini, mengikut
pemantauan saya bersama dengan masyarakat khususnya golongan wanita
di Negeri Terengganu memilih Pusat Asuhan Tunas Islam iaitu (PASTI)
menjadi pilihan utama ibu bapa di Terengganu. Tahniah saya ucapkan
kepada kepimpinan yang mengangkat pra-sekolah sampai di tahap yang
menjadi orang kata sentiasa menjadi suara, menjadi ingatan kepada wanita-
wanita, ibu-ibu di Terengganu, insya-Allah.

Akhir kata izinkan saya akhiri dengan serangkap pantun:

Guaner gamok orang kite,


368
Minum teh cicoh kayu kamak,
Pakat menuju Terengganu Sejahtera,
ADUN Wanita sedia berkhidmat.

Salam perkenalan dari saya Zuraida binti Md. Noor, ADUN Wanita
Terengganu, Maju, Sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, dengan lafaz rafak dan takzim, saya menjunjung kasih
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu Sultan
Mizan Zainal Abidin, Wanita mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih ADUN Wanita, yang
saya kira ini merupakan ucapan sulong beliau dalam Sidang Dewan
Undangan Negeri. Tadi saya nampak, kebanyakan Yang Berhormat
mengantuk belaka, apabila Yang Berhormat ADUN Wanita berucap nampak
segar belaka. Nampak kita perlu ramai lagi ADUN Wanita insya-Allah pada
masa akan datang. Okey, saya nak jemput kawan-kawan kita sebelah sini
pula berucap. Sila.

Kita pagi tadi kita banyak missed jadi sepatutnya lebih ramai pagi tadi. Jadi
saya rasa kalau dia tak cepat, ramai ketinggalan untuk berucap sebenarnya.
Jadi ambil peluang. Sila.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil


Kuala Besut): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila wakil daripada Kuala Besut.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil


Kuala Besut): Saya start semula. Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh, terima kasih Yang di-Pertua. Bismillahilazi laa yaduru
ma’asmihi syaiun fil ardi wa la fis samaie wahuwas sami’ul ‘alim. Rabisy
rahli sadri wayasirli amri wahlul ukhdatan minlisani yafkahu qauli. Amin.

Yang Berhormat Menteri Besar, barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan


Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para
Pemerhati dan seterusnya tuan-tuan Sidang Dewan yang saya hormati
sekalian.

369
Terutamanya, alhamdulillah dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua
kerana memberi izin kepada saya untuk bersama-sama di waktu petang ni
untuk kita mengambil bahagian dalam perbahasan bagi kita membahaskan
Titah Ucapan Diraja Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
Terengganu kelmarin. Saya tengok pada buku teks ucapan ni berjumlah 29
helaian yang mana telah dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku supaya kita
sama-sama hayati dan juga kita laksanakan dengan sebaik mungkin.

Dan saya juga sepertimana rakan-rakan yang mana disebut oleh Yang
Berhormat Hulu Besut tadi. Kita pun nak cakap banyak-banyak pun jadi
macam sakkok jugok. Tapi disebabkan tugas kita di sebelah ni sebagai
Pembangkang, kita juga diminta oleh rakyat di bawah sana sebagai orang
putih kata check and balance dok? Apa jua tindakan yang dibuat oleh pihak
Kerajaan supaya akhirnya supaya natijahnya,
supaya keputusannya dapat dicapai sebaik mungkin khususnya kepada
rakyat di bawah sana supaya apa jua tindakan, dasar-dasar yang kita
putuskan di peringkat Dewan dan juga apa juga peraturan yang
kita putuskan, yang kita bahaskan di peringkat Dewan Undangan ini dapat
memberi kelebihan dan juga kesenangan demi kepentingan stake holders
dengan izin, khususnya pemegang taruh, khususnya para rakyat jelata di
Negeri Terengganu.

Jadi, saya pun tak cadang hendak cakap panjang, cuma saya nak sentuh
beberapa perkara-perkara yang dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku, iaitu
yang pertama, merujuk kepada muka surat 6, Buku Titah Diraja tersebut.
Tuanku ada menyatakan bahawa KDNK yang dicapai pada tahun 2018
berjumlah 5.0% adalah lebih rendah daripada KDNK yang dicapai pada
tahun sebelum itu iaitu tahun 2017 yang mana pada tahun 2017 adalah
sebanyak 5.9 %. Kita semua sedia maklum bahawa dalam kesuraman
ekonomi yang kita hadapi bukan saja di peringkat global tapi juga di
peringkat Pusat yang mana rata-rata kita dengar keluhan daripada orang
kampung, peniaga dan apatah lagi kita di Kuala Besut, apabila kita merujuk
kepada pengusaha-pengusaha chalet, resort di pulau-pulau khususnya. Di
Kuala Besut, kita ada Pulau Perhentian, pengusaha chalet dan juga resort di
Pulau Perhentian menyatakan keluhan mereka bahawa tahun ini, cuti
sekolah minggu lepas, sekala-sekala gok, kalau tahun-tahun lepas juga,
memang penuh sampaikan kena camping di atas pasir tepi pantai. Tapi,
pada tahun ini, jumlah booking, jumlah yang diminta oleh pelanggan-
pelanggan adalah berkurangan daripada tahun-tahun terdahulu. Jadi ....
370
YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Celahan sikit.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Silakan Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil


Kuala Besut): Ya, sila.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat
Yang di-Pertua, ada fakta ke itu? Saya rasa yang saya kena dulu, gini juga,
tak ada fakta juga ini.
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil
Kuala Besut): Okey, terima kasih. Tak apa, nanti Exco jawab jerlah.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Masa ucapan tu,
kena ada sekali dengan fakta, baru betul. Kalau tak, tak payah sebutlah.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil


Kuala Besut): Merujuk kepada Indeks Bursa Saham, kita berdasarkan antara
indicator ekonomi yang ada pada masa ini. Pada tahun lepas, pada bulan
dua tahun lepas, disasarkan Indeks Mata Bursa Saham pada awal tahun
lepas iaitu sebanyak 1,796.81 mata dan dijangka naik pada 2,000 mata
pada tahun lepas. Tapi, perkara ini tidak berlaku dan pada hari ini sehingga
ke sekarang ini kalau Manir boleh buka indeks saham pun hari ini pada
masa lening ini adalah mencatat paras yang agak rendah di peringkat Asia,
hari ini saja mencatat 1,634.15 mata. Itu juga salah satu indicator
menunjukkan bahawa ekonomi kita adalah berada pada keadaan yang
sangat suram. Jadi, kita nak tahulah, rakyat pun nak tahu, rakyat
Terengganu nak tahu, rakyat Kuala Besut pun nak tahu, apakah strategi,
apakah kaedah-kaedah di peringkat Kerajaan Negeri, apakah
penyelesaian di peringkat Kerajaan Negeri untuk kita meningkatkan lagi
kadar KDNK daripada tahun 2017 sebanyak 5.9% tiba-tiba 2018, turun
kepada 5.0%. Tahun 2019 diharapkan akan berlaku satu lonjakan dan kita
nak tahu apakah strategi di peringkat Kerajaan supaya memberi berita
gembira supaya aliran ekonomi dan juga limpahan ekonomi itu dapat
berlaku di peringkat negeri kita khususnya kepada rakyat kita.

Perkara yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh
tentang yang dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku dalam muka surat 12.
371
Merujuk Buku Titah ini, iaitu antara yang dinyatakan iaitu tentang
pembangunan yang ditekankan oleh Tuanku iaitu pembangunan yang
seimbang antara daerah hendaklah diberi penekanan khususnya melibatkan
daerah-daerah seperti Setiu, Hulu Terengganu dan juga Besut. Jadi, kita
khususnya rakyat di Besut secara khususnya nak tahu juga apakah Kerajaan
akan membuat satu program, ataupun apakah perancangan di pihak
Kerajaan supaya suntikan pembangunan yang baru yang ditekankan oleh
Kebawah Duli Tuanku untuk pembangunan di tiga daerah yang seperti
disebutkan dalam Buku Titah tersebut.

Perkara yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua yang saya ingin tekankan juga
iaitu berkenaan aktiviti dan juga perancangan pelancongan ataupun
program-program pelancongan yang akan kita perkasakan lagi di peringkat
Negeri Terengganu kerana saya difahamkan di Negeri Terengganu kita juga
ada program menyertai program yang dipanggil East Coast Tourism Corridor
Lab and Summit dengan izin, ataupun Koridor Pelancongan Pantai Timur
yang mana melibatkan kerjasama jalinan, kerjasama antara Negeri
Kelantan, Terengganu, Pahang termasuklah rakan kita di Johor. Dan
difahamkan pelbagai mesyuarat, pelbagai makmal, pelbagai program yang
telah diatur dan disusun sebegitu rupa, jadi kita ingin tahu apakah
perkembangan terkini khususnya untuk makluman penggiat-penggiat
ataupun tourism player yang terlibat dalam aktiviti pelancongan di
Terengganu supaya mereka boleh sama-sama menyahut dan juga
menjayakan apa jua perancangan yang dibuat oleh pihak Kerajaan
khususnya melibatkan East Coast Tourism Corridor Lab and Summit yang
telah dirancang. Jadi, kita nak tahu apakah progress, apakah perkembangan
terkini dan kalau perkembangan itu, kalau Gantt Chart, ataupun
perancangan milestone, carta perbatuan, kita tak tahu kita ini di
peringkat mana dah, kalau peringkat perancangan ke, peringkat
pelaksanaan ke ataupun masih lagi di peringkat konsep. Dan kita juga
membawa suara tourism player dengan izin, iaitu mereka juga ingin
mengetahui sama ada Kerajaan Negeri juga akan fokus seperti mana
sebelum ini kita ada tagline Visit Beautiful Terengganu untuk tahun sebelum
ini sama ada tahun ini kita nak teruskan lagi dengan Visit Beautiful
Terengganu yang ada perkataan lain pula, macam Visit Beautiful
Terengganu Craft atau Visit Beautiful Terengganu Food Galore dan
sebagainya. Itu kita nak tahu apakah perancangan di pihak Kerajaan supaya
tourism player, supaya orang kampung, peniaga-peniaga boleh bersama-

372
sama dengan pihak Kerajaan menyahut seruan Kerajaan dengan slogan
yang diuar-uarkan oleh pihak Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang berikut yang saya ingin sentuhkan juga
adalah yang mana yang disentuh oleh Tuanku pada awal Titah Kebawah
Duli Tuanku iaitu kalau ikut muka surat saya tengok ini iaitu muka surat
yang kelima, yang mana Tuanku menyeru supaya Negeri Terengganu
menjadi antara negeri yang paling harmoni di Malaysia dan mengetepikan
politik kepartian dan berilah keutamaan kepada agenda rakyat dan juga
pembangunan negeri. Dan sepertimana kata rakan kita daripada Hulu Besut
tadi juga kita amat gembira dengan suasana yang penuh harmoni pada kali
ini dan kita bermohonlah supaya keadaan ini bukan sahaja berlaku di
peringkat Pusat tapi juga di peringkat negeri dan juga di peringkat
kampung-kampung. Ini kerana, yalah, nak sebut pun jadi payah juga tapi
kena, kita kena maklumkan juga iaitu baru-baru ini kita didatangi oleh
beberapa ahli qariah masjid, ada beberapa ahli qariah masjid mari jumpa
kita, dia kata amalan yang berlaku baru-baru ini tidak berlaku seperti
amalan-amalan sebelumnya iaitu tentang pemilihan Jawatankuasa Masjid di
Kuala Besut khususnya. Saya didatangi 2 qariah yang mana dia kata kalau
ikut amalan sebelum ini pemilihan Ahli Jawatankuasa Masjid dibuat di masjid
dan melibatkan qariah masjid itu sendiri. Nak pilih siapa jawatankuasa, nak
pilih siapa AJK dia tapi baru-baru ini perkara tersebut tidak berlaku
khususnya di Kuala Besut yang mana menjadi kegusaran menjadi
kegelisahan kepada ahli qariah masjid itu sendiri.

Jadi saya membawa suara mereka ni ke dalam Dewan yang mullia ini bagi
kita membincangkan supaya ambillah pendekatan yang sebaik mungkin
kerana masjid-masjid ni kita semua sedia maklum bahawa rumah Allah
tempat kita bersatu padu, tempat kita beribadat kepada Allah. Jadi moleklah
kalau kita buat secara sebaik mungkin, janganlah guna kaedah-kaedah yang
boleh memberi kegusaran kepada ahli qariah, janganlah tempoh
perkhidmatan saya difahamkan Bulan Sembilan ni baru habis tapi ada dah,
ada dah pihak-pihak di kampung sana yang mana telah membawa perkara
ni tanpa mengikut saluran yang sebetulnya yang tidak melibatkan pemilihan
seperti sebelum-sebelum ni yang sekali gus memberi kegusaran kepada,
kepada rakyat dan juga jemaah sehinggakan kita dengar ada menda-menda
yang tidak molek takut berlaku di kampung kita. Takut ahli qariah tu lari ke
guaner ni. Dan kalau nak tanya fakta gok saya khabor selalulah iaitu
di Masjid Al-Jumhuriah Kuala Besut dan juga Masjid Nurul Iman di Kampung
373
Tok Saboh. Jadi mohonlah pihak kerajaan supaya tengoklah sebaik mungkin
sebab kita nak di masjid ni berlaku perkara-perkara yang molek dan kita
dalam program penyatuan ummah ni jadi saya harap penyatuan ummah ni
bukan sahaja berlaku di peringkat atas, peringkat pemimpin tetapi juga
berlaku di peringkat bawah ni juga.

Dan sebagai akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya untuk sama-
sama kita mengembling tenaga demi Negeri Terengganu yang lebih maju
lagi pada masa akan datang. Saya juga ingin membawa suara di kampung
saya, ada suara sikit ni, iaitu tentang penternakan ikan air tawar di
Kampung Seri Kemunting, di Sungai Seri Kemunting, lama doh dia buat ni
tapi baru-baru ni menjadi kegusaran mereka kerana ada ikan mati dan juga
masalah-masalah lain melibatkan pencemaran. Jadi saya mohonlah pihak
Kerajaan bersama-sama dengan pihak jabatan sebab saya tak mahu apa
yang berlaku seperti pengajaran kita di Pasir Gudang Johor tu berlaku di
tempat kita. Jadi marilah kita mengambil langkah pencegahan yang mana
kita semua sedia maklum bahawa mencegah tu memang jauh lebih baik
daripada, daripada mengubat.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kerana telah memberi peluang
kepada saya, dengan ini Kuala Besut mohon menyokong Titah Ucapan.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih kepada Kuala Besut.


Sila sesiapa Ahli Yang Berhormat yang ingin berucap. Wakil daripada Sura.
Sila.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura):
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, alhamdulilahir rabbil alamin. Wassalatu wassalamu’ala
asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Alhamdulillah
terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat
Menteri Besar, saf pimpinan atau barisan Exco, rakan Yang Berhormat,
Ketua-ketua Jabatan, para Pemerhati, serta hadirin-hadirat yang saya
hormati sekalian.

Alhamdulillah, pertamanya saya melafazkan kesyukuran kepada Allah


Subhanahu Wata’ala kerana pada petang ini saya dapat mengambil
bahagian dalam perbahasan Ucapan Pembukaan Penggal Kedua Dewan
374
Undangan Negeri Yang Ke-14 dan terima kasih kepada Yang Berhormat
Yang di-Pertua kerana memberikan laluan untuk saya menyampaikan
ucapan pada petang ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, perkara pertama yang saya ingin sebut
dalam ucapan saya pada petang ini ialah berkaitan dengan harapan Tuanku
supaya dapat kita menwujudkan suatu urus tadbir dan juga mewujudkan
suatu hidupan masyarakat yang harmoni di Negeri Terengganu ini tanpa
mengira parti dan alhamdulillah, saya kira selepas PRU Ke-14 Negeri
Terengganu adalah di antara negeri yang saya kira memperlihatkan budaya
politik yang baik, yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Dan
sesuailah dengan saranan Tuanku Al-Sultan supaya kita semua dapat
berganding bahu dalam memastikan kesinambungan kecemerlangan
pentadbiran untuk membawa kesejahteraan kepada kehidupan rakyat. Dan
kita sebenarnya telah diberikan panduan oleh Allah Subhanahu Wata’ala
melalui firmannya:
‫ِبسْ ِم هَّللا ِ الرَّ حْ َم ِن الرَّ حِيم‬
‫ميعًا َواَل تَ َف َّرقُوا‬
ِ ‫ج‬ َ ‫ه‬ ِ َّ‫ل الل‬ ِ ‫ح ْب‬ َ ِ‫موا ب‬ ُ ‫ص‬
ِ ‫اع َت‬
ْ ‫ۚ َو‬ 

Yang bermaksud: Berpegang teguhlah kamu dengan tali yakni Agama Allah
dan jangan kamu bercerai berai.

Inilah sebenarnya suatu prinsip yang perlu ada di kalangan kita umat
Islam. Dan juga apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Hulu Besut
sebentar tadi. Kita umat Islam perlu bersatu dan kesatuan kita mestilah di
atas dasar agama di atas satu akidah yang mana itulah prinsip yang boleh
kita bersama dengan menerima Islam sebagai dasar, dalam menerima Islam
sebagai agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan kita
sebagaimana juga firman Allah:

ُ ‫َأع‬
ِ ‫ُوذ ِباهَّلل ِ م َِن ال َّش ْي َط‬
‫ان الرَّ ِج ِيم‬
ْ ‫ان ۚ ِإنَّ ُه لَك‬
‫ُم َع ُد ٌّو‬ ِ َ‫الش ْيط‬
َّ ِ‫ط َوات‬ ُ ‫م َكا َّف ًة َواَل تَ َّت ِب ُعوا‬
ُ ‫خ‬ ِ ‫الس ْل‬
ِّ ‫خلُوا فِي‬ َ ‫َيا َأيُّ َها الَّ ِذ‬
ُ ‫ين آ َم ُنوا ا ْد‬
‫ين‬ٌ ِ‫ُمب‬

Yang Bermaksud: Wahai orang yang beriman, terimalah masuklah ke dalam


Islam keseluruhnya dan jangan kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.

375
Maka atas prinsip itulah, insya-Allah kita daripada parti PAS sentiasa
berlapang dada untuk menerima kerjasama dalam melaksanakan agenda
kehidupan masyarakat dalam urus tadbir peringkat negeri dan juga negara.
Kita mengharapkan khususnya kepada kepimpinan kita akan berusaha
mencari jalan untuk mewujudkan kesepakatan bersama dalam memastikan
kuasa politik Islam Melayu dapat dikembalikan semula khususnya di
peringkat Nasional, di peringkat Pusat yang mana pada hari ini kita semua
maklum berbagai-bagai perkara, berbagai isu yang telah menyentuh
berhubung kait dengan bangsa kita, berkaitan dengan agama kita, berkaitan
dengan bahasa dan budaya kehidupan masyarakat kita di Malaysia ini.
Insya-Allah dengan usaha ini kita doakan semoga Allah mempermudahkan
segala urusan kita.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada Ucapan
Titah Tuanku yang menyatakan bahawa hasil negeri kita, Hasil Cukai negeri
kita daripada tahun 2017 yang berjumlah RM57.46 juta telah meningkat
kepada RM77.99 juta pada tahun 2018 dan Hasil Bukan Cukai juga
meningkat daripada RM188.58 juta kepada RM205.29 juta. Ini suatu
peningkatan yang menggambarkan usaha yang telah dilaksanakan oleh
pihak Kerajaan Negeri dalam memastikan ekonomi negeri kita tidak terlalu
bergantung kepada royalti yang selama ini kita semua maklum, Negeri
Terengganu kita sangat bergantung kepada hasil royalti sehingga 80%. Jadi
saya mengharapkan usaha yang lebih baik, usaha yang lebih bersungguh
daripada kepimpinan Kerajaan Negeri bagi memastikan hasil-hasil ini terus
meningkat pada tahun-tahun yang akan datang.

Seterusnya kita melihat, bahawa pelaburan juga dijangka meningkat


sehingga RM4.9 bilion dan apa yang saya ingin nyatakan di sini agar
Kerajaan dan juga kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu kita supaya
dapat menjaga ataupun menegaskan berkaitan dengan kuota pekerja bagi
rakyat Negeri Terengganu kerana kita pernah dengar suara-suara
masyarakat kita yang menyatakan negeri kita dilimpahi oleh tenaga-tenaga
pekerja luar yang begitu ramai. Jadi penegasan kerajaan terhadap kuota
untuk penduduk Negeri Terengganu perlu kita tegaskan kepada pihak-pihak
yang terlibat.

Dan seterusnya saya ingin juga mengambil kesempatan untuk merakamkan


ucapan penghargaan dan tahniah kepada seluruh rakyat Terengganu dan
juga kepimpinan negeri dan juga khusus kepada Jabatan Pendidikan Negeri
376
Terengganu, Jabatan Agama Islam yang telah terus mencipta
kecemerlangan kepada anak-anak kita yang menduduki peperiksaan SPM
dan STPM yang lalu. Tinggal lagi apa yang ingin saya suarakan pada petang
ini ialah di mana Imtiaz sebuah Sekolah Menengah yang berteraskan kepada
agama, yang khususnya saya ingin sebut ialah Sekolah Menengah Imtiaz
Daerah Dungun yang mana saya melihat anak-anak kita yang cemerlang
yang belajar di Imtiaz itu terpaksa tinggal di penempatan yang ditinggalkan
oleh syarikat perlombongan bijih besi sejak tahun 60an dan 70an dahulu.
Sehingga hari ini Imtiaz berada di tempat ataupun di rumah yang
ditinggalkan itu. Begitu juga satu lagi ialah Imtiaz yang ditinggalkan oleh
MRSM. Jadi saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri dan pihak Yayasan
Terengganu dan mungkin juga pihak MAIDAM supaya dapat menyediakan
infrastruktur ataupun binaan baru kepada Sekolah Imtiaz Daerah Dungun
ini. Memandangkan Imtiaz di daerah-daerah lain saya rasa mempunyai
bangunan yang begitu baik, maka saya mengharapkan Imtiaz Daerah
Dungun tidak ditinggalkan kerana semua anak-anak kita ini adalah
merupakan anak-anak yang cemerlang yang perlu kita sentiasa memberikan
perhatian.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin juga menyentuh


Ucapan Tuanku pada muka surat 25 berkaitan dengan TDI (Tabung Darul
Iman). Alhamdulillah rakyat kita seramai 25,000 orang telah menikmati
sumbangan daripada TDI berjumlah RM24 juta, tinggal lagi suara yang
sering kita dengar ialah proses pemberian sumbangan itu memakan masa
yang agak panjang hingga sampai empat, lima, enam bulan dan juga saya
pernah turun untuk menyampaikan sumbangan dan apabila sampai ke
rumah berkenaan rupanya tuan rumah telah meninggal dunia beberapa
bulan yang lalu. Maka inilah perkara-perkara yang perlu pihak TDI
mengambil perhatian supaya dapat kita mengadakan satu mekanisma yang
dapat memproses dan memberikan khidmat yang lebih cepat kepada
anggota masyarakat kita yang perlu kepada bantuan.

Dan seterusnya saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan peniaga-


peniaga kita usahawan kita yang mana alhamdulillah saya melihat di Daerah
Kemaman misalnya dia ada Binjai Souq, di Daerah Besut ada Jerteh Souq
yang menjadi setempat untuk peniaga-peniaga, usahawan-usahawan
bumiputera kita berniaga. Maka konsep itu boleh kita lebar luaskan ke
daerah lain khususnya saya sebut untuk Daerah Dungun yang mana
peniaga-peniaga kita, usahawan kita Daerah Dungun tidak ada lagi satu
377
tempat untuk mereka berniaga. Perkara ini telah berulang kali saya sebut
dalam perbahasan Ucapan Dewan masa menjadi Pembangkang pun saya
sebut supaya pihak Kerajaan dapat menyediakan satu tempat untuk
peniaga-peniaga bumiputera kita bertapak meniaga supaya kita dapat
menyediakan prasarana yang lebih baik kepada mereka. Kalau Dungun saya
kira tempat yang sesuai ialah di tapak pasar buah Sura Gate yang perlu
dinaiktaraf kerana bangunan itu sudah memakan masa yang begitu lama
dan dengan suasana perkembangan ekonomi hari ini rasanya perlu
dinaiktaraf dan dibina baru, semoleknya dibina barulah.

Seterusnya Yang di-Pertua, bahawa negeri kita ini merupakan salah satu
daripada sumber ekonomi kita ialah dari sudut pelancongan. Sebagaimana
yang disebut tadi banyak tempat-tempat yang menjadi tumpuan kepada
pelancong-pelancong luar untuk datang ke Negeri Terengganu dan salah
satu daripada tempatnya ialah pasar. Pasar ini perlulah kita sentiasa
mempertingkatkan dia punya kemudahan-kemudahan dan juga keselesaan
kepada pengunjung. Saya sebut ini khususnya di Pasar Dungun yang
mana pihak Majlis Perbandaran Dungun menyatakan bahawa pihak Majlis
kekurangan dari segi peruntukan untuk memperbaiki dan juga menaiktaraf
pasar yang perlu pihak Kerajaan Negeri membantu pihak Majlis ini bagi
pihak Majlis dapat menyediakan prasarana dan suasana yang lebih selesa
kepada pengunjung kerana pengunjung-pengunjung, pelancong ini memang
pasar adalah merupakan tempat tumpuan mereka untuk membeli belah.
Jadi keselesaan kepada pengunjung dan pembeli sangat perlu diutamakan
bukan sahaja dari sudut kebersihan sebagaimana yang disebut malahan
suasana yang kondusif yang lebih selesa kepada pengunjung dan juga
pembeli.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkaitan


dengan muara Sungai Dungun walaupun insya-Allah soalan saya akan saya
persoalkan pada hari esok tetapi saya ingin menyatakan di sini bahawa
masalah kecetekan muara Sungai Dungun ini telah meninggalkan kesan
yang tidak baik kepada hampir 1,000 lebih nelayan di kawasan Dungun dan
juga kepada aktiviti pelancong nak keluar masuk ke muara sungai. Jadi
pihak Kerajaan telah mengambil pendekatan iaitu dengan memberikan
kebenaran kepada sebuah syarikat untuk mendalami muara Sungai Dungun
dan pada 25 haribulan yang lalu pihak Exco telah turun untuk melihat dan
pada hari tersebut memang kita lihat kapal yang mengorek pasir itu ada
berhampiran dengan muara dan seolah-olah memperlihatkan kepada
378
kepimpinan negeri bahawa kerja mendalami muara sungai itu telah
dilaksanakan. Tapi sebenarnya itu sebagai satu lakonan dari pihak syarikat
kerana pada hari esoknya bila saya melihat saya meninjau kapal itu sudah
tidak ada di muara sungai, mereka sudah beralih di kawasan yang lebih
jauh daripada muara. Jadi saya berharap supaya pihak Kerajaan melalui
agensi jabatan yang berkenaan supaya dapat memantau aktiviti mendalami
muara sungai ini supaya memberikan keselesaan kepada nelayan kita
keluar-masuk untuk mencari rezeki dan juga kepada agensi-agensi yang
terlibat dalam aktiviti pelancongan supaya tidak menjadi suatu halangan
kepada mereka dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat tempatan
dalam masa yang sama kita dapat meningkatkan produktiviti kita hasil
kepada negeri dan penduduk tempatan kita.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya kira itulah di antara beberapa perkara
yang sempat saya sebut pada petang ini. Mudah-mudahan ianya menjadi
suatu yang akan diambil perhatian oleh pihak barisan Exco kita dalam
memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat di daerah dan juga di Negeri
Terengganu kita ini. Jadi dengan itu saya menyokong Titah Ucapan Tuanku
Al-Sultan dan saya sudahi dengan ucapan wabillahi taufik wal hidayah.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikumusalam warahmatullah.


Terima kasih pada Wakil Sura. Memandangkan saya nampak tadi ramai lagi
yang hendak berucap sebelum saya tangguh sementara harap dapat
kembali semula ke Dewan mengikut masa ditetapkan. Oleh itu Yang
Berhormat sekalian saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung
semula pada pukul 4.00 petang.

DEWAN DITANGGUH PADA PUKUL 3.45 PETANG.

379
PUKUL 4.00 PETANG

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim.


Asalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Mesyuarat disambung
semula. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya persilakan siapa lagi yang
hendak bercakap? Sila, Wakil Rantau Abang.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang):


Bismillahir Rahmanir Rahim. Asalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillahir rabbil alamin. Wal’aqibatulil muttaqim wa’ala adwa nailla
alazzolimin. Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadar
Rasulullah. Qola Rabbisy rahli sadri wayasirli amri wahlul ‘uqdatan minlisaani
yafqahu qauli. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat
Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ketua-ketua Jabatan,
rakan media, Pemerhati yang dihormati Allah sekalian.

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan


limpah kurnia-Nya dapat kita bersama hingga ke petang ini walaupun
380
nampaknya dah makin susut. Namun, kerja buat kita terpaksa kita teruskan.
Dan sempena Sidang Dewan kali ini terima kasih saya mengucapkan kepada
Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana membenarkan, mengizinkan
saya untuk mengambil kesempatan dalam Ucapan Menjunjung Kasih
Tuanku. Dan alhamdulillah sekali lagi Kerajaan baru dengan para-para Exco
dan kakitangan Kerajaan dapat melaksanakan tugas yang telah
diamanahkan dengan baik dan sempurna. Kita mengharap dan berdoa
kepada Allah, mudah-mudahan Allah memberi kekuatan, tenaga, buah
fikiran untuk kita lalui apa sahaja perancangan yang dirancangkan oleh
Kerajaan Negeri yang baru memerintah 10 bulan ini.

Kerajaan baru telahpun meletakkan PITAS 2030 sebagai suatu Pelan Induk
Terengganu Sejahtera untuk memajukan apa sahaja program, sama ada
ekonominya, sosialnya, pendidikannya dan yang lain selaras dengan apa
yang dirancangkan dalam PITAS. Dan alhamdulillah dalam membangun
modal insan untuk menerajui Kerajaan Terengganu ada tujuh prinsip yang
telah diletakkan dalam PITAS ini. Perkara ini harus difahami oleh seluruh
yang ada dalam Dewan yang mulia ini untuk kita sama-sama
memperkasakan apa sahaja hala tuju kita dan apa sahaja penyelesaian kita,
kita tidak boleh lari daripada elemen yang pertama.

Elemen yang pertama ini, pematuhan kepada prinsip Islam. Sebagai orang
Melayu yang beragama Islam, insya-Allah kita memahami prinsip yang
pertama ini dan sebagai kita yang mengaku beragama Islam, kitalah yang
akan ke depan, apa sahaja halangan yang datang, kitalah yang dahulu
supaya Islam yang kita ketahui
agama yang diterima disisi Allah ialah Islam:

Sebab itulah dalam Titah Ucapan Tuanku, banyak perkara yang telah
disentuh tetapi, kita lihat Tuanku memetikkan bahawa ada kuasa-kuasa,
cakap-cakap yang cuba hendak melemahkan Islam ini, lebih-lebih lagi
berkaitan dengan Institusi Diraja. Kita sebagai orang Melayu yang
beragama Islam mesti meletakkan ini, dan setiap penyelesaian mestilah
mengikut penyelesaian Islam.

‫االسالم يعلو وال يعلى عليه‬


(Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi)
381
Siapa yang hendak meninggikan Islam kalau tidak kita yang mengaku
beragama Islam, maka kitalah yang dipertanggungjawabkan untuk kita
selesaikan apa sahaja permasalahan dengan kita letakkan Al-Quran,
Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai panduan perlembagaan kita.

Perkara yang saya hendak kemukakan berkaitan dengan prinsip Islam ini,
satu daripadanya yang sedang berjalan berkuat kuasa dalam masyarakat
kita, dan masyarakat kita terpengaruh dengan budaya ini iaitu budaya
pinjam dengan Ah Long, di merata-rata tempat ditampal, tetapi
masyarakat kita yang dalam keadaan kesempitan terpengaruh dan
menerima bantuan ini. Dan apa yang terjadi mereka tak lama, mereka
terpaksa menunaikan janji-janji yang telah diberi oleh Ah Long-Ah Long
yang tidak diberi apa-apa kebenaran, maka di kebanyakan daerah-daerah
telahpun diambil tindakan menjatuhkan banner-banner ini. Tetapi ianya
sekadar di situ sahaja. Maka saya mengambil kesempatan atas rungutan
masyarakat supaya perkara ini perlu diambil tindakan sewajarnya supaya
masyarakat kita tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh tidak
menyebabkan mereka hidup dalam keadaan ketakutan. Sudahlah perkara
tersebut melanggari syariatnya. Dan dalam prinsip ini ditekankan tentang
insan berkualiti yang merupakan aset terpenting negeri. Dan alhamdulillah
kita tahu Kerajaan Negeri senantiasa memberi peluang-peluang untuk
melahirkan modal insan supaya modal insan ini menjadi tenaga penggerak
masa akan datang. Sebab itulah usaha kerajaan dengan membina sekolah-
sekolah yang berasaskan Pendidikan Islam. Kita hendaklah memberi
keyakinan dan memberi kerjasama kepada penubuhan sekolah-sekolah
SRIDI dan SMIDI seterusnya ke peringkat Universiti.

Yang ketiga prinsipnya ialah kekayaan dan hasil tempatan adalah untuk
rakyat. Oleh itu kita mengharapkan, Negeri Terengganu yang Allah
kurniakan petroleum dan hasil galian yang banyak. Kita mengharapkan
peluang-peluang pekerjaan dibuka luas seperti yang dijanjikan walaupun
tidak semudah itu, dengan kebanjiran tenaga-tenaga kerja daripada luar.
Cuma kita mengharapkan perlu ada kuota seperti yang disebut tadi. Saya
sebut sekali lagi ni, supaya perkara ini menjadi agenda utama kita dalam
kita menarik pelabur-pelabur luar datang ke tempat kita supaya anak
tempatan tidak ketinggalan. Anak tempatan mempunyai kepakaran-
kepakaran kerana anak-anak remaja kita telahpun ramai keluar daripada
pusat-pusat pengajian dan juga pusat-pusat kemahiran. Maka saya rasa
382
peluang begitu terbuka kepada anak-anak remaja dan kitalah yang
meletakkan dasar ini, supaya pelabur-pelabur dapat mematuhi sebahagian
daripada kuota yang kita peruntukan. Kuota perlulah munasabah sesuai
dengan perbincangan dua pihak. Oleh kerana mengejar masa saya tinggal
lima lagi prinsip ini, cuma saya tegaskan prinsip PITAS ini perlu kita ambil
perhatian yang baik supaya apa yang kita rancang mesti kita letakkan
perancangan PITAS ini mendahului perancangan-perancangan yang lain.

Seterusnya, alhamdulillah soalan berkaitan dengan silika kebetulan berada


dalam berhampiran dengan DUN Rantau Abang dan DUN Pengkalan
Berangan dan kita yakin EXCO yang diamanahkan dapat melaksanakan
perancangan yang telah dirancang sebelum-sebelum ini. Kita sangat-sangat
mengharapkan supaya Terengganu Silica Valley ini biar menjadi sebab telah
lama diperbincangkan dan saya yakin sudah ada satu keputusan. Cuma kita
mengharapkan seperti yang dirancang supaya menjadi di mana kita tidak
mahu hanya silika mentah sahaja dikeluarkan sedangkan pembangunan
kilang tidak berlaku. Dan saya kira ini dalam perancangan dan saya
mengharapkan kerana peluang-peluang pekerjaan ini amat-amat diperlukan
oleh penduduk sekitar Rantau Abang dan Pengkalan Berangan, Jambu
Bongkok.

Perkara seterusnya ialah, perkara ketiga yang ingin saya bangkitkan dalam
kesempatan ini adalah berkaitan dengan Pelan Strategik Hala Tuju Pertanian
Negeri Terengganu 2019 hingga 2023 yang terkandung dalam muka surat
21 dalam Buku Titah Ucapan Tuanku. Saya rujuk di kawasan saya iaitu
Rantau Abang, kawasan ini perlu dibangunkan potensinya ada iaitu di
muara Sungai Dungun bermula daripada Nibong sampai ke Delong. Ini
merupakan suatu tempat yang paling sesuai. Dan bulan ini merupakan
bulan Tuntung bertelur dan kita mengharapkan perkara ini menjadi
perhatian Kerajaan Negeri supaya dibangunkan daripada Nibong sampai ke
Delong untuk dijadikan pusat bertelur dan juga merupakan tempat tarikan
pelancong selain daripada kawasan-kawasan Perikanan Air Tawar.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, masa dah cukup.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Akhir
sekali, berkaitan dengan Rumah Mampu Milik yang telah dijanjikan dalam
Sidang yang lepas iaitu bagi DUN Rantau Abang sebanyak 310 unit rumah
akan dibina di Kuala Abang. Sebelum ini 2016 di bawah PRIMA pun telah
383
dijanjikan tapi tidak menjelma. Saya mengharapkan atas permintaan
masyarakat setempat dan permintaan masyarakat Negeri Terengganu
berkaitan dengan pemilikan rumah, saya mengharapkan perkara ini perlu
mendapat perhatian dan kalau boleh disegerakan. Jadi sekadar itu, saya
daripada Rantau Abang menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikummussalam. Terima kasih


Rantau Abang. Saya persilakan sila Wakil Bandar.

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar):


Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillahi bi
ni’matihi tatimmus solihat. Asyhadu alla ilaha illallah, wahdahu la syariqalah
wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu warosuluh. Allahumma salli
wasallim’ala habibina wasyaf’ina Muhammad wa’ala alihi wassahbihi
wattabi’ina lahum bi ihsani ilaihimiddin. Amma ba’d.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya turut sama membahas
dan juga merafak sembah ucapan penghargaan dan menjujung kasih
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kerana menyampaikan Titah Diraja di
dalam Sidang Dewan kali ini.

Alhamdulillah, setelah kita mendengar sebahagian besar daripada


perbahasan, dan setelah kita mendengar juga titah daripada Baginda Sultan
yang telah menyatakan kegembiraan Baginda berhubung dengan suasana
politik dan juga Kerajaan Negeri Terengganu. Saya mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan tahniah kepada barisan pimpinan Kerajaan Negeri
Terengganu, khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan
juga rakan-rakan kita, daripada penasihat yang turut sama menjadikan
suasana politik Negeri Terengganu begitu baik, harmoni dan ceria.

Tuan Yang di-Pertua seterusnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, keadaan


harmoni ini sebenarnya berkait rapat, dengan perkembangan ekonomi
Negeri Terengganu, di dalam Titah Baginda ada menekankan bahawa
perlunya Kerajaan Negeri Terengganu, memperkasa dan menambahkan
pelabur-pelabur supaya mereka tertarik datang ke Negeri Terengganu.
Suasana yang seperti inilah yang patut kita wujud, dalam iklim politik yang
stabil, barulah ada keberanian para pelabur untuk sama-sama turut melabur
dan memajukan Negeri kita. Saya cukup merasakan banggalah dengan
384
Kerajaan dan juga rakan-rakan kita yang banyak memberi kerjasama
supaya kita dilihat di antara Pentadbiran Negeri yang ada di dalam
Malaysia yang terbaik sehingga hari ini. ...(Tepukan sokongan) ....

Tuan Yang di-Pertua, walaupun pelaburan yang masuk pada tahun lepas,
tahun 2018 mencatat RM4.9 bilion tetapi jumlah yang seperti ini boleh lagi
kita tambah, dengan kita menyediakan suasana yang mesra kepada
pelabur. Saya juga ingin menyentuh berhubung dengan pembangunan
Negeri Terengganu yang komprehensif yang bukan sahaja melibatkan
penggunaan potensi yang ada dalam Negeri Terengganu sepertimana
sumber asli, kawasan-kawasan pelancongan yang sedia ada yang memang
cantik dan indah. Sumber air kita, sungai-sungai yang menarik tetapi juga
pembangunan kita perlu kepada melihat Pembangunan Insan, kerana
pembangunan yang kita tempa, tanpa membangun insan sudah pasti
akhirnya menuju kepada kepincangan.

Saya juga ingin menyatakan persetujuan dan menyokong penuh apabila


Kerajaan Negeri telah berusaha untuk menubuhkan Sekolah Rendah Islam
Darul Iman dan juga Sekolah Menengah, selaras dengan hasrat
Pembangunan Insan bukan sahaja kita mahu melihat rakyat kita mempunyai
pendidikan yang sempurna, cemerlang tetapi dalam masa yang sama juga
mempunyai sahsiah yang cemerlang. Sama-sama kita merakamkan
tahniah kerana pada tahun ini pada tahun 2018, SPM kita dan juga STPM
kita mencatat keputusan yang cemerlang. Dan juga kita mengharapkan
ianya dapat diteruskan dan diberi galakan yang sebaik-baiknya kepada
pelajar-pelajar kita sehingga sampai kepada peringkat yang lebih tinggi di
universiti.

Sebelum ini saya ada juga nak buat soalan tapi tak sempat pada hari ini,
cuma saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk memberi
cadangan, di mana mahasiswa kita yang sudah selesai menghabiskan
pelajarannya yang telah mencapai keputusan yang cemerlang, kita boleh
tukarkannya daripada pinjaman kepada biasiswa, sekiranya ia adalah di
bawah pinjaman Kerajaan Negeri Terengganu. Ini bukan sahaja boleh
menggalakkan mahasiswa para pelajar kita untuk belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh tetapi ia akan menyediakan ruang dan peluang bagi
pelajar tersebut untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

385
Yang Berhormat Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Dewan, di antara penekanan
yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan berhubung dengan Negeri
Terengganu yang perlu dijenamakan sebagai destinasi eko-pelancongan
kerana Negeri Terengganu memang terkenal dengan tempat-tempatnya
yang memang cantik. Adalah malang kalau sekiranya kita tidak dapat
memaksimumkan atau mengguna kelebihan yang ada pada Negeri kita ini.
Ada beberapa tempat yang memang sudah cantik dan di sana ada tempat
yang kalau sekiranya kita tambah sedikit sahaja nilai maka dia akan menjadi
tempat yang boleh menggamit para pengunjung sama ada dari dalam dan
luar Negara. Saya mengharapkan pihak Kerajaan memandang serius
tempat-tempat yang seperti ini dan di antaranya mungkin yang boleh kita
tambah nilai sepertimana Taman Tamadun Islam, tempatnya dah cantik,
keluasannya cukup, tetapi ada sedikit kekurangan yang perlu kita perhati,
kalau kita tanya ramai pengunjung-pengunjung ada yang menyebut, kalau
dibina di sini Taman Permainan kanak-kanak, dibuka kolam, lagi meriahlah
tempat itu. Jadi ini di antara perkara yang boleh diambil perjalanan oleh
pihak Kerajaan khususnya Bahagian Pelancongan kerana tempat-yang
sedia ada ini memang sudah cukup cantik cuma nak tambah nilai sikit lagi.
Begitu juga tempat-tempat yang lain di pesisir pantai, pesisir sungai, yang
ini juga perlu diberi perhatian sesuai dengan Titah Baginda dan bukan
sahaja tempat ini ia dikunjungi oleh pengunjung tetapi boleh menjana
pendapatan kepada penduduk dan juga kepada Kerajaan. Sudah pasti
tempat yang seperti ini memerlukan penginapan dan perlu kepada makan
minum begitu juga hasil kraftangan boleh kita satukan. Saya rasa pihak
kerajaan perlu juga melihat bagaimana pakej pelancongan yang ada di
Negeri Terengganu yang mesti ataupun menggaris pandu agensi-agensi
ataupun mereka yang terlibat dengan aktiviti pelancongan ini memasukkan
dalam jadual program mereka tempat-tempat yang melibatkan hasil-hasil
kraftangan galeri-galeri penduduk setempat. Yang ini juga kalau sekiranya
kita ambil perhatian, Kerajaan mendapat pendapatan, rakyat juga boleh
berniaga dan industri warisan kita juga tidak akan pupus.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan berhubung dengan


sukan kita yang telah melakar kemenangan yang cemerlang. Tahniah
kepada EXCO Sukan kita bersama dengan Majlis Sukan Negeri dan juga
barisan kepimpinan Kerajaan Negeri di atas kesungguhan sehingga kali ini
Terengganu menjadi juara dalam SUKMA 2018. Tetapi walaupun kita telah
mencapai kemenangan banyak lagi ruang-ruang yang boleh kita penuhi

386
daripada aktiviti sukan yang boleh dimanfaatkan dan mendatangkan
kebaikan rakyat Terengganu.

Seterusnya saya juga ingin menyentuh berhubung dengan pertanian.


Walaupun Negeri Terengganu dikenali dengan hasil-hasil pertanian dan juga
penternakan, tetapi di sana ada rungutan yang berkait dengan industri
perikanan para nelayan kita yang berdepan dengan ancaman nelayan-
nelayan daripada luar negara kerana mereka ini bukan datang dengan bawa
pukat semata-mata, tetapi mereka datang bersama dengan senjata. Jadi
kita mengharapkan pihak Kerajaan mengambil perhatian di samping mereka
ini merosakkan ekosistem yang ada di dalam laut dengan menggunakan
pukat-pukat yang tidak dibenarkan. Jadi ini di antara perkara serius yang
akhirnya merugikan Negeri dan telah mengurangkan pendapatan para
nelayan kita.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga isu rumah yang telah disentuh oleh
beberapa Ahli Yang Berhormat sepertimana yang telah dimaklumkan
Kerajaan berhasrat untuk membina 20,000 unit rumah sepanjang 5 tahun
ini. Walaupun angka ini memang angka yang belum mencukupi lagi bila
dirujuk kepada permintaan yang telah melebihi 100,000 permohonan tetapi
kita hanya baru berjanji nak buat 20,000 dan apabila Tuanku Sultan telah
menegaskan di antara maklumat bahawa Kerajaan telah mengenalpasti
tempat-tempat untuk menyediakan rumah tersebut yang melibatkan 710
unit ini merupakan langkah yang bijak dan baik dan saya rasa belum
mencapai kepada apa yang kita hasratkan. Saya merayu bagi pihak rakyat
Negeri Terengganu supaya Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan
lebih lagi peruntukan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik kepada
rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh perkara yang pertama
yang telah dititah oleh Tuanku Sultan walaupun ucapannya diawal tetapi
saya mengambil peluang untuk diakhir, biasanya yang akhir ini orang ingat
yang dulu-dulu tidak ingat. Yang akhir ini ialah berkait dengan isu yang
melanda Negara kita sekarang yang digusar oleh Tuanku Al-Sultan dan juga
ramai orang apabila ada pihak yang sudah berani untuk menyatakan
perkara-perkara yang boleh mengganggu dan mencemar Agama Islam.
Tuan Yang di-Pertua seerta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau kita
melihat kepada apa yang berlaku sekarang ini semua bukan silap sesiapa
tetapi silap kita sendiri apabila kita tidak mempunyai sensitiviti dan kita tidak
boleh bersepakat untuk mempertahankan Islam dan mempertahankan
387
agama kita serta bangsa kita maka ia sudah menjadi satu perkara yang
memberi peluang kepada pihak lain.

Tuan Yang di-Pertua, jadi oleh kerana itu mengambil kesempatan pada hari
ini untuk sama-sama memperkuatkan semangat mempertahankan agama
dan mempertahankan bangsa kita Bangsa Melayu dan kita tidak pernah lupa
hak-hak orang lain. Akhirnya saya ingin membaca satu hadis kesempatan
yang ringkas. Ansaubana Radhiallah wa anhu qola Rasulullahi Salallahi
Wassalam:

Riwayat Abu Daud daripada Sauban Radhiallahu anhu Rasulullah Sallahu


Alaihi Wassalam bersabda: Hampir tiba masa di mana bangsa-bangsa dari
seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang
hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka salah seorang
sahabat bertanya apakah dari kerana sedikit bilangan kami Ya Rasulullah.
Rasulullahi Sallahu ’Alaihi Wassalam menyatakan bahawa bahkan kamu
ketika itu ramai seperti buih di lautan tetapi Allah Subhanahu Wata’ala telah
mencabut daripada hati musuh kamu gerunnya mereka terhadap kamu dan
Allah Ta’ala mencampakkan penyakit Wahan di dalam hati kamu, di dalam
diri kamu, maka mereka bertanya kepada Rasulullah “Wamal Wahnu Ya
Rasulullah?” Apa dia Al-Wahan itu? Qala, Sabda Rasulullah mereka ini
cintakan dunia dan takutkan mati. Saya sudahi ucapan saya, Bandar mahu
menyokong. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Bandar. Sila


angkat tangan siapa lagi nak berucap? Siapa yang nak berucap, sila angkat
tangan lagi? Saya nak sebutkan lebih awal kalau yang tak angkat tangan
388
memang nak berucap memang kita kesuntukan masa besok sebab kita dah
kelewatan kerana beberapa program sampingan tadi dan sebahagian
daripada Ahli Yang Berhormat masuk tidak mengikut jadual. Oleh sebab itu,
esok sebenarnya saya akan bagi sikit lagi peluang untuk Ahli Yang
Berhormat yang berbaki yang yang belum berucap tapi akan digulungkan
oleh pihak Kerajaan juga esok. Jadi, kalau mengikut pada masa, terpaksa
saya nampak, kalau nak gulung pun akan makan masa, perlu Usul untuk
Melanjutkan Tempoh Masa selepas pada pukul 5.00 petang. Jadi, sekarang
ni saya nak bagi peluang yang terakhir, yang terakhir tapi berucap 3 minit
sebelum pukul 5.00. Siapa nak berucap? Yang terakhir petang ni. Sila, 3
minit sebelum pukul 5.00 saya minta berhenti oleh kerana, kalau tidak
terpaksa Usul Lanjut Tempoh Masa. Dipersilakan Wakil Manir.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir):


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang
di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang
Berhormat EXCO-EXCO Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat,
Pegawai-pegawai Kerajaan dan Pemerhati yang dirahmati oleh Allah Ta’ala
sekalian. Mengambil bahagian dalam Ucaptama Menjunjung Kasih Titah
Tuanku yang dapat kita lihat bersama hasrat Baginda Sultan sebagaimana
yang tertera di dalam ucapan baginda yang kita sama-sama teliti pada
malam semalam, alhamdulillah kita melihat bagaimana respon yang sangat
positif daripada Tuanku Al-Sultan mengenai perjalanan Kerajaan Negeri
yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama barisan
EXCO yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, hari ini tempoh Kerajaan Negeri


Terengganu menghampiri usia setahun. Yang mana saya yakin seluruh
mereka yang diberi tugas dan tanggungjawab Yang Amat Berhormat
Menteri Besar dan Yang Berhormat-Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri
melalui fasa-fasa proses mengenalpasti permasalahan punca sebenar dan
menghuraikan kemelut permasalahan-permasalahan yang ditemui di dalam
tanggungjawab yang digalas oleh mereka. Dan saya yakin bahawa fasa ini
adalah satu fasa yang sangat kritikal kerana bagi memahami sesuatu yang
ditinggalkan oleh mereka yang terdahulu adalah sesuatu yang sangat
mencabar. Tetapi dengan kematangan, kita boleh puji kebanyakan Pegawai-
pegawai Kerajaan memberikan kerjasama yang sangat baik. Alhamdulillah,
fasa ini dapat dilalui dengan cepat dan selamat. Alhamdulillah.

389
Yang Berhormat Yang di-Pertua, sekarang ini kita telah juga masuk di dalam
fasa penambahbaikan dan pemulihan pada segala penemuan yang ada dan
ia merupakan salah satu fasa yang juga mencabar, kerana kita mempunyai
satu masa yang sangat singkat, iaitu satu penggal Pilihan Raya yang sudah
tentu ianya bukanlah satu masa jangka masa yang panjang. Ditambah lagi
dengan pendapatan Kerajaan Negeri Terengganu yang kita semua tahu
berkenaan dengan royalti, kita diberikan dengan bayaran yang orang kata,
tidak diberi secara sekaligus ditambah lagi dengan kekurangan, kalau kita
teliti dengan ucapan dengan Titah Tuanku ini, kekurangan kita lebih kurang
17% pengurangan daripada apa yang kita diperolehi pada masa yang telah
lalu. Ia juga menambahkan renjatan bagi fasa penambahbaikan dan
pemulihan ini. Namun begitu, itu semua bukanlah satu alasan untuk
Kerajaan yang baru ini beralasan merencatkan dalam merencana fasa
penambahbaikan ini. Saya mengucapkan tahniah kerana Kerajaan Negeri
Terengganu telah mula mendepani fasa ini dengan baik dan dapat
mendepani penambahan pada Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai. Pada
tahun yang lalu, 2018 sebanyak RM37.24 juta penambahan. Yang
Berhormat Yang di-Pertua, di dalam Surah Nuh ayat yang ke-10 hingga ke-
14 yang menceritakan berkenaan dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala,
memohon, meminta  dikatakan:

Pohonkanlah keampunan kepada Tuhan kamu sesunggahnya Dialah Allah


yang Maha Pengampun. Dan ayat yang ke seterusnya yang menyebut
Dialah Allah yang menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu
dan ia akan memberikan kepada kamu dengan sebanyak-banyaknya harta
kekayaan serta anak pinak dan Dialah Allah yang mengadakan bagi kamu
kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang
mengalir di dalamnya, mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai
kebesaran Allah dan kekuasaan-Nya padahal sesunggahnya Allah Ta’ala
telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, melihat kepada muka surat 21 apa yang
disebut oleh Baginda Al-Sultan mengenai Pelan Strategi Halatuju Pertanian
Negeri Terengganu yang sudah tentu digaris dengan teliti di antara yang
disebut enam point yang disebut di dalam perkara ini merangkumi:

1. Mengukuhkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri


390
(KDNK) sektor pertanian, perternakan dan perikanan
secara komprehensif dan mampan.

2. Memperkasakan produk pertanian Negeri Terengganu


yang berkualiti dan berpotensi tinggi.

3. Teknologi dan inovasi sebagai pemangkin produktivi dan


peningkatan kualiti hasil.

4. Memperkasakan industri asas tani dalam


mengoptimumkan penghasilan produk yang berdaya
saing.

5. Memaju sektor perternakan sebagai satu bidang kerjaya.

6. Memperkukuhkan masyarakat yang saksama melalui


program secara inklusif.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita juga mengucapkan tahniah kepada


seluruh warga Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Asas Tani di atas
kejayaan pembukaan yang pertama Hab Pemprosesan Dan Pengembangan
Cendawan di Tempinis, Besut yang pertama di Malaysia. Yang kedua,
makmal kualiti madu yang pertama di Pantai Timur yang bertempat di UMT.
Yang Ketiga, pemprosesan susu kambing di Jenang yang merupakan Pusat
Pemprosesan Susu Kambing yang pertama di Terengganu.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, alhamdulillah sedikit sebanyak, di sana


juga kita sebagai Kerajaan yang cuba menilaikan, membuat menerapkan
nilai-nilai Islam ....

YANG BERHORMAT TUAN DI-PERTUA: Yang Berhormat Wakil Manir, saya


minta berhenti dulu ucapan Yang Berhomat, jangan susah hati insya Allah
saya akan memberi masa Yang Berhormat untuk sambung esok.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ahli Yang Berhormat sekalian, saya


tangguhkan Sidang kita pada hari ini kepada hari esok, 3 April 2019 jam
9.30 pagi.
391
DEWAN DITANGGUHKAN PADA 5.00 PETANG.

392
PERSIDANGAN

PADA HARI SELASA, 3 APRIL


2019

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA


PADA PUKUL 9.30 PAGI

393
HADIR:

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA


Haji Yahaya bin Ali, PJC

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU


Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
WAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat


WAKIL PAKA

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak


WAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah


WAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim


WAKIL JABI

Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar,


DPMT.,PJC.,PJK.,BLB.
WAKIL LADANG

Yang Berhormat Ariffin bin Deraman


WAKIL ALUR LIMBAT

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat


WAKIL CUKAI

Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan Abdullah


WAKIL WAKAF MEMPELAM

Yang Berhormat Dr. Mamad bin Puteh


WAKIL KUALA BERANG

394
Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman
WAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim


WAKIL TEPOH

Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi


WAKIL BATU BUROK

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik


WAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim


WAKIL BULUH GADING

Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun


WAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin Harun


WAKIL RANTAU ABANG

Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed


WAKIL BANDAR

Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim


WAKIL AIR PUTIH

Yang Berhormat Maliaman bin Kassim


WAKIL AJIL

Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili


WAKIL KEMASIK
Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor
WAKIL WANITA

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.


WAKIL KIJAL

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.
WAKIL SEBERANG TAKIR

395
Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ.
WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK.


WAKIL HULU BESUT

Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, AMZ.,PPN.


WAKIL BUKIT BESI

Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN.


WAKIL JERTIH

Yang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK.


WAKIL LANGKAP

Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK.


WAKIL BATU RAKIT

Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.


WAKIL KUALA BESUT

Yang Berhormat Datuk Halim bin Jusoh, DPSM., PJK.


WAKIL PERMAISURI

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF):

Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong


WAKIL PENGKALAN BERANGAN

HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI


KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN


396
Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya, DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI


Dato’ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI


Tuan Haji Mohd Zahari bin Md. Azahar, SMT.,PJK.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI


Encik Zulkifly bin Isa, PJK.

PUKUL 9.30 PAGI

SOALAN-SOALAN LISAN

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Assalamu’alaikum warahmatullahi


ta’ala wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang
Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula. Sebelum kita
memulakan Persidangan kita, marilah kita sama-sama membaca Ummul
Quran, Al-Fatihah. [Al-Fatihah].

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mesyuarat pagi ini diteruskan


dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah Ahli-ahli Yang Berhormat yang
397
telah memberi notis untuk mengemukakan Soalan-soalan Lisan pada hari
ini, 3 April 2019 iaitu:

1. Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim


(Wakil Tepoh)
2. Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi
(Wakil Batu Buruk)
3. Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat
(Wakil Telemong)

4. Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik


(Wakil Sura)

5. Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad


(Wakil Hulu Besut)

6. Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim


(Wakil Buluh Gading)

7. Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud


(Wakil Bukit Besi)

8. Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun


(Wakil Manir)

9. Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof


(Wakil Jertih)

10. Yang Berhormat Haji Alias bin Harun


(Wakil Rantau Abang)

11. Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman


(Wakil Batu Rakit)

12. Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong


(Wakil Pengkalan Berangan)

13. Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd Rahman


(Wakil Kuala Besut)

14. Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed


398
(Wakil Bandar)

15. Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim


(Wakil Air Putih)

16. Yang Berhormat Maliaman bin Kassim


(Wakil Ajil)

17. Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili


(Wakil Kemasik)

18. Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor


(Wakil Wanita)

Sebagaimana biasa untuk berlaku adil, saya akan mulakan Soalan-soalan Lisan
bermula daripada Ahli Yang Berhormat yang tak sempat nak mengemukakan
soalan pada hari kelmarin, jadi oleh sebab itu mengikut susunannya saya
persilakan Yang Berhormat Wakil Batu Rakit. Hampir-hampir terlepas tadi,
sebenarnya saya tunggu tadi. Dua-tiga minit saya tunggu untuk memulakan
Persidangan. Sila.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala
wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana
dimaklumkan tunggu juga saya. Terima kasih banyak.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tak apa sekali sekala jerlah. Jangan
kerek-kerek sangat.
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Tapi saya masuk tadi, sedang molek baru start. Okeylah terima kasih
banyak. Soalan saya, soalan nombor satu -

Pada pembentangan Bajet 2019, Y.A.B Menteri Besar telah


mengumumkan pendapatan dari hasil minyak dan gas ialah
sebanyak RM1.7 bilion. Dari perbincangan dengan Kerajaan
Pusat, adakah angka ini realistik?

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Assalamu’alaikum


warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang dihormati Ahli-ahli
Yang Berhormat serta Pegawai-pegawai Kerajaan dan para Pemerhati
399
sekalian. Soalan yang pertama pada hari ini adalah soalan daripada Batu
Rakit yang berbunyi: Pada perbentangan Bajet 2019, Menteri Besar telah
mengumumkan pendapatan dari hasil minyak dan gas ialah sebanyak RM1.7
billion. Dari perbincangan dengan Kerajaan Pusat, adakah angka ini
realistik?

Terima kasih kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu
Rakit. Dalam pembentangan Bajet 2019, saya telah mengumumkan
pendapatan dari hasil minyak dan gas ialah sebanyak RM1.4 bilion dan
bukannya RM1.7 bilion, di mana sebenarnya RM1.7 bilion yang disebut di
dalam Bajet itu adalah Terimaan Bukan Hasil dan terimaan ini bukan sahaja
terdiri daripada pendapatan daripada hasil minyak dan gas, tetapi ia juga
termasuk dalamnya bayaran balik DKKP (Dana Khas Kerajaan Persekutuan)
dan Pemberian Kerajaan Persekutuan serta lain-lain hasil.

Perkara yang kedua dalam persoalan itu ialah adakah jumlah ini realilstik.
Kita berpandangan bahawa jumlah ini adalah realistik kerana purata harga
minyak dunia adalah pada kadar USD60 hingga USD70 setong. Kerajaan
Negeri membentangkan Bajet 2019 dengan merujuk pada anggaran harga
minyak dunia pada kadar USD60 setong. Manakala dalam masa yang sama
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pusat membentangkan Belanjawan 2019 di
Dewan Rakyat dengan merujuk kepada anggaran harga minyak dunia pada
kadar USD70 setong. Sekian.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Soalan tambahan saya. Adakah sekiranya kalau perbelanjaan ini realistik,
maknanya pendapatan kita dapat sebanyak yang dinyatakan itu, adakah kita
telah menerima pembayaran sepenuhnya.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Yang Berhormat Tuan Yang di-
Pertua, soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Rakit
sebenarnya berkait dengan satu soalan lain dalam senarai soalan iaitu
soalan daripada Yang Berhormat Bukit Besi. Minta jawab terus ke, Bukit
Besi?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Kalau Yang Amat Berhormat Menteri


Besar jawab, baik sekaliguslah. Kalau kata nak .....

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Boleh Bukit Besi?


400
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya?

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Sebab ia berkait langsung


dengan soalan Bukit Besi.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Nak tunggu Bukit Besi?

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Yalah jawab
teruslah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Jawab terus.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih. Soalan


tambahan tadi berkait dengan soalan daripada Yang Berhormat Bukit Besi
iaitu secara khususnya tentang komitmen yang telah diberikan Kerajaan
Pusat dalam menyelesaikan bayaran royalti petroleum kepada Kerajaan
Negeri Terengganu dan apakah statusnya yang boleh dikongsikan hingga
kini. Komitmen yang disebut dalam persoalan ini adalah kalau kita rujuk
dalam Dewan Bahasa dan Pustaka adalah bermaksud iltizam, kata putus
ataupun persetujuan daripada Kerajaan Pusat terhadap pembayaran royalti
petroleum pada Kerajaan Negeri. Apa yang saya nak cuba sampaikan di sini
ialah komitmen itu ialah satu perkara, perkara yang kedua ialah
pelaksanaan pada komitmen. Komitmen yang diberikan oleh Kerajaan Pusat
adalah bersandarkan kepada dua surat, dua keputusan dan surat yang
disampaikan oleh Kerajaan Persekutuan pada Kerajaan Negeri iaitu yang
pertama melalui Keputusan Majlis Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang
telah diadakan pada 7hb Jun 2018 yang dipengerusikan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri. Di mana dalam keputusan itu telah
menjelaskan bahawa wang bayaran royalti petroleum pada Kerajaan Negeri
Terengganu dan beberapa negeri yang lain yang disebut dalam
perbincangan Majlis Mesyuarat Majlis Kewangan Negara akan dibayar terus
pada Kerajaan Negeri.

Dan surat yang kedua yang lebih memperincikan lagi adalah surat yang
diterima oleh Kerajaan Negeri yang dihantar oleh Kementerian Kewangan
Malaysia yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan bertarikh 4hb Januari
2019 yang memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2
Januari 2019 telah bersetuju DKKP atau Dana Khas Kerajaan Persekutuan
401
yang disebut dalam surat itu dengan nama baharu iaitu Wang Tunai
Petroleum akan dibayar terus kepada Kerajaan Negeri dan melibatkan
pemotongan sebanyak 25% daripada Wang Tunai Petroleum itu untuk
membayar hutang Kerajaan Negeri Terengganu kepada Kerajaan
Persekutuan.

Pendekatan yang kita ambil ialah walaupun surat itu menjelaskan


pemotongan 25% tetapi Kerajaan Negeri mengambil sikap yang segera
selepas daripada itu dengan kita menghantar surat rayuan supaya tidak
diambil 25% pemotongan tetapi dengan kadar yang lebih munasabah dan
lebih kecil dengan mengambil kira kita telah membentangkan dan
menyediakan Bajet 2019 yang kita bentangkan pada tahun lepas tanpa
mengambil kira berlaku sebarang pemotongan maka apabila berlaku
pemotongan twenty five percent atau 25% maka tentulah kita
berpandangan ianya sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan
kewangan Negeri Terengganu. Walaupun begitu kita masih lagi belum
menerima maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan tentang rayuan
terhadap kadar pemotongan untuk membayar hutang Kerajaan Negeri
Terengganu.

Status yang boleh dikongsikan dengan rakyat yang berkait dengan soalan
Yang Berhormat Bukit Besi adalah seperti berikut. Bagi tempoh berakhir 31
Disember 2018, Kerajaan Negeri telah menerima bayaran DKKP atau royalti
atau Wang Tunai Petroleum itu sebanyak RM1,053,960,000 atau Satu Bilion
Lima Puluh Tiga Juta Sembilan Ratus Enam Puluh Ribu. Bayaran telah
dibuat secara berperingkat sebagaimana berikut: Yang pertama yang
diterima sebelum daripada Pilihan Raya Umum pada tahun lepas yang
diterima pada 10.4.2018 sebanyak RM603,960,000 yang diterima pada 21hb
Ogos 2018 adalah sebanyak RM100 juta, yang diterima pada 8hb Oktober
2018 sebanyak RM200 juta, yang diterima pada 12hb Disember 2018
sebanyak RM150 juta. Sekian.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA : Bagi pada kepada tuan punya


soalan asal dulu. Sila. Bagi laluan? Bagi laluan pada bos, ya.

402
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal):
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-
Pertua, soalan tambahan. Bagi tahun 2019 adakah Kerajaan Negeri telah
menerima dana tersebut dengan Kerajaan Pusat kerana mengikut perjanjian
setiap bulan Mac kadang-kadang masuk April, satu. Yang kedua, kalau
mengikut perjanjian bayaran ini dibuat dua tahun sekali, bulan Mac dan
juga bulan September. Kenapa .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dua tahun sekali ke Yang


Berhormat?

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Ya.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dua tahun sekali ke dua kali


setahun?

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Dok,
dua kali setahun sorry.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Horr, saya perbetulkan.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal):
Terima kasih. Tapi mengikut kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri
Besar, tahun lepas bagi tiga kali beruncit-runcit. Ini adalah menyalahi
perjanjian yang sepatutnya dilaksanakan dengan syarat Kerajaan menulis
surat kepada Kerajaan Pusat mengapa ini terjadi. Adakah Kerajaan Pusat
tak ada duit juga? Sedangkan minyak dapat sepanjang masa. Dua soalan
saya tadi, satu bagi tahun 2019 boleh atau tidak lagi setakat ini. Yang
kedua, kenapa tiga kali bayaran dan sekiranya ini berlaku bagi saya
Kerajaan Negeri akan suffer dengan izin, sebab saya dimaklumkan
sekurang-kurangnya ikut payment saja kena bayar tahun ini lebih kurang
RM200 juta. Ini hakikat yang perlu diketahui oleh rakyat sebenarnya. Terima
kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat, Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih soalan tambahan


daripada Yang Berhormat Kijal. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kijal
adalah merupakan suatu realiti bahawa penerimaan kita pada penerimaan
403
wang royalti pada 2018 adalah secara beruncit-runcit dan memang apabila
dibayar secara beruncit ini akan menyukarkan dari segi perancangan
kewangan termasuklah pembayaran-pembayaran yang perlu diselesaikan
oleh Kerajaan Negeri. Walaupun begitu, kita juga dalam beberapa
kesempatan menyuarakan kegusaran kita dan ketidakpuashatian kita
bahawa secara pembayaran beruncit ini akan menyukarkan Kerajaan Negeri
yang berkait juga dengan suatu penderaan secara halus kepada rakyat. Tapi
sehingga kini kita belum mendapat satu jawapan yang pasti yang tuntas
daripada Kerajaan Pusat.

Ingin saya jelaskan juga bahawa pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah
menerima bayaran royalti ataupun Wang Tunai Petroleum sebanyak
RM193.18 juta yang mana sebenarnya RM193.18 juta ini adalah Wang
Tunai Petroleum yang sepatutnya kita terima pada tahun 2018 tetapi diberi
runcit-runcit sampai yang terakhir itu dibayar pada Januari 2019. Dan
jumlah tersebut yang kita terima sebanyak RM193.18 juta itu adalah jumlah
bersih setelah ditolak siang-siang, orang Terengganu kata .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dicandat.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Dicandat siap-siap sebanyak


25% oleh Kerajaan Pusat. Persoalan sama ada kenapa itu berlaku, saya rasa
kita Dewan yang mulia ini dan seluruh rakyat Terengganu menuntut satu
jawapan yang pasti daripada Kerajaan Pusat sama ada saya ingin
mengulangi apa yang disebut oleh persoalan Yang Berhormat Kijal bahawa
sama ada Kerajaan Pusat ada duit ke tidak ataupun apa masalah mereka,
itu saya rasa memerlukan suatu jawapan pada seluruh rakyat Negeri
Terengganu.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan lagi iaitu kalau nok kira
candatlah sepatutnya Kerajaan Pusat juga harus mengambil kira tentang
pengambilan duit Kerajaan Negeri yang membina Lebuh Raya Pantai Timur.
Kalau kita ada hutang RM700 juta, dia ambil duit kita RM1.850 bilion,
tolaklah ada RM1 bilion lagi dan tidak termasuk RM200 juta yang saya
tuntut setiap tahun Januari dibayar oleh Kerajaan Pusat yang membina
projek-projek di Terengganu menggunakan Dana Khas dan saya rasa belum
lagi habis jumlah RM2.1 bilion dulu. Takpe, kita tak ada masalah
sepatutnya. Kalau nak kita fair and square lah atau tak nak tolak hutang kita
404
dan kita masih berbalance lagi. Dan kita haraplah kita dapat berjumpa, tulis
surat kepada Perdana Menteri dan saya bersedia seperti yang saya kata
dahulu bersedia menghadap PM bersama dengan Yang Amat Berhormat
Menteri Besar demi kepentingan Negeri Terengganu. Takkan hutang kita
nak potong, hutang dia tak nak potong? ...(Tepukan sokongan) .... Janji
boleh belaka, nak bagi balik royalti dan sebagainya. Ini pembohong semata-
mata. Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih kepada Kijal.


Pertama saya sangat teruja di atas tawaran yang diberikan oleh Yang
Berhormat daripada Kijal. Insya-Allah kita akan sama-sama berusaha
bersepadu untuk kebajikan rakyat Negeri Terengganu. Sememangnya
setelah kita menerima surat pemotongan sebanyak 25% itu, maka dalam
masa yang sama kita juga akan sedang dalam proses untuk menuntut
hutang-hutang Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri di mana yang
berjumlah jangkaan dalam pengiraan kita adalah berjumlah RM1.651 bilion,
di mana ianya adalah bayaran balik DKKP 2019 sebanyak RM220 juta dan
bayaran balik pembinaan LPT2 - RM1.431 juta. Sekian.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, terima kasih.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil


Kuala Besut): Satu yang terakhir.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil


Kuala Besut): Tepoh dulu Speaker.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tembung, tak apa saya pandang dia
dulu.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil


Kuala Besut): Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab perkara yang
dibincang ini perkara yang sangat penting khususnya untuk kita rakyat
Terengganu. Kita memahami kesukaran yang dihadapi oleh pihak Kerajaan
Negeri sekarang ini. Cuma, apa yang kita bincang kita juga nak tahu jugalah
apa dia inisiatif ataupun strategi ataupun plan contingency pihak kerajaan
untuk kita menangani isu yang sukar yang dihadapi sekarang ni. Sekiranya
duit minyak tu tak mari sepenuhnya macam mana kita nak merealisasikan
bajet maknanya strategi ataupun contingency plan? Okey, terima kasih.
405
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ini soalan lain Yang Berhormat ni,
nanti akan digulung oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tepoh, sila.

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):


Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya merujuk jawapan yang
dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat sebentar tadi sebab kita tahu sikap
Kerajaan Federal pada kali ni agak kurang sikit untuk kita boleh percayalah.
Dan disebut tadi 25% berlaku pemotongan, saya percaya pihak kerajaan
sudah tentu menyusun strategi bagi mengisi balik 25% pemotongan itu.
Apakah cadangan pihak Kerajaan Negeri untuk top up Terimaan Bukan Hasil
yang telah dipotong 25% sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Amat
Berhormat sebentar tadi.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat nak jawab sekarang


atau dalam pergulungan nanti? Dalam pergulungan eh. Okey, terima
kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
di-Pertua, mintak maaf Yang di-Pertua, demi kepentingan rakyat saya
mintak fahamlah, saya minta izin, iaitu saya mengharaplah, saya nak tanya,
minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, adakah
Kerajaan Pusat membayar kepada Kerajaan Negeri RM200 juta setiap tahun
yang mana projek-projek yang telah dibuat di Negeri Terengganu yang saya
tuntut merupakan salah satu sebab saya bergaduh dengan Perdana Menteri
ketika itu. RM200 juta, setiap Januari RM200 juta, dibayar atau tidak?

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih kepada persoalan


itu. Memang kita sedar bahawa setiap Januari dibayar RM200 juta oleh
Kerajaan Pusat pada Kerajaan Negeri dan pada untuk tahun 2019 lagi
belum menerima. Dan kita juga menerima surat daripada Kerajaan Pusat
oleh Kementerian Kewangan yang memohon, mereka memohon untuk
menangguhkan pembayaran di satu waktu yang lain bukan Januari 2019
iaitu berjumlah RM220 juta.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
di-Pertua, mana boleh, hok dia nak potong jer, hok kita takmboh bayor.
406
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, ya. Okey, terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Baham
rambang Kerajaan PH ni.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Hari ini kita bagi kredit kepada Wakil
Kijal. Seterusnya saya persilakan soalan daripada Yang Berhormat
Pengkalan Berangan. Tidak hadir. Oh, ada mesej saya terima, mak Wakil
Pengkalan Berangan sakit tenat. Seterusnya saya persilakan Yang
Berhormat Wakil Kuala Besut.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil


Kuala Besut): Terima kasih Yang di-Pertua, soalan saya no. 1 -

Apakah perancangan jangka panjang dan jangka pendek


pihak kerajaan untuk merancakkan ekonomi di Negeri
Terengganu khususnya dalam membantu golongan B40?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang
di-Pertua, kail kerapu boleh ketutu saya jawab soalan nombor 1. Terima
kasih Yang Berhormat Kuala Besut yang mengajukan soalan berkaitan
dengan perancangan jangka panjang dan jangka pendek, pihak kerajaan
untuk merancakkan ekonomi di Negeri Terengganu khususnya untuk
membantu golongan B40.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, di mana kita nak cari golongan B40 di
negeri kita. Kita akan jumpa majoriti mereka dalam sektor pertanian, sektor
perladangan, perikanan, dan penternakan. Maka perancangan untuk bantu
golongan B40 ini mesti difokuskan kepada sektor ini. Biasanya mereka
segan dan malu untuk datang jumpa. Kitalah sebagai pemimpin yang perlu
turun selami suka duka dan susah payah mereka, kenalpasti apa
pemasalahan mereka hadapi dengan tepat dan kita akan dapat mengatur
gerak langkah yang betul untuk membantu golongan B40 ini.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada program turun padang
secara intensif ke tepi pantai, bendang, kebun, ladang, kolam, sungai
sampai ke laut. Saya kemukakan kepada Dewan beberapa contoh langkah-
langkah dan perancangan yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri
407
untuk membantu golongan B40 seterusnya membantu merancakkan
kegiatan ekonomi mereka.

Yang pertama di kawasan Yang Berhormat Kuala Besut sendiri di Kampung


Pengkalan Nangka. Pesawah berhadapan dengan masalah pengairan untuk
mengusahakan sawah ekoran daripada tali air di kawasan sawah kampung
tersebut terbiar agak lama lebih kurang 6 tahun disebabkan oleh kerosakan
Empangan Pengkalan Nangka. Kita telah mengambil langkah segera
melakukan penyelenggaraan tali air dan alhamdulillah kelmarin saya
dimaklumkan oleh Yang Berhormat Kuala Besut sawah padi di kawasan
Pengkalan Nangka telah menghijau kembali. Syukur kepada Allah atas
limpahan rezeki kepada rakyat kita di Negeri Terengganu.

Contoh lain Yang Berhormat, nelayan kita nelayan pantai yang rata-rata
yang berpendapatan rendah masuk dalam golongan B40 mengadu kepada
kita tentang kekurangan hasil tangkapan dan pencerobohan pukat tunda.
Kita buat Program Labuh Unjam dan Labuh Tukun untuk memperkayakan
semula sumber perikanan dan insya-Allah menjelang tahun 2020 kawasan
Zon A iaitu Kawasan Zon Tangkapan Nelayan Pantai akan diperluaskan
daripada 5 batu nautika sekarang ni kepada 12 batu nautika supaya zon
untuk tangkapan nelayan pantai ini diperluaskan dan membuka ruang yang
lebih luas untuk mereka mencari rezeki.

Ada isu yang kita terima berkaitan dengan rintihan penternak kambing
tenusu kecil-kecilan di Negeri Terengganu. Jumlah mereka sekitar 50 orang,
susu tidak dapat diproses dengan sempurna. Maka Kerajaan Negeri telah
mengambil sepenuh dokongan dan sokongan kepada Syarikat Tenox untuk
mewujudkan satu Pusat Pemprosesan Susu yang pertama di Negeri
Terengganu bertempat di Pusat Pengembangan Veterinar, Jenang di
Marang dan insya-Allah akan beroperasi dalam masa yang terdekat ini.

Di antara bidang yang banyak diceburi oleh golongan B40 ialah Bidang
Industri Cendawan. Kerajaan Negeri dengan kerjasama MESTECC telah
menubuhkan HPPC Hab Pengembangan dan Pemprosesan Cendawan yang
pertama di Malaysia bertempat di Kampung Tempenis, Besut yang telah kita
rasmikan pada tanggal 19.10.2018 yang lalu.

Masalah-masalah berkaitan dengan modal yang dihadapi oleh petani,


penternak dan nelayan juga mereka yang terlibat dengan IAT (Industri Asas
408
Tani), Kerajaan Negeri telah melancarkan Skim Bantuan Modal Tani satu
skim bantuan modal, pinjaman mudah, faktor syariah tanpa faedah bukan
pinjaman takdok faedah, pinjaman tanpa faedah yang telah kita lancarkan
pada 29hb Januari baru-baru ni.

Masalah pemasaran yang dihadapi oleh masyarakat petani, penternak, dan


nelayan sehingga mereka menjadi bahan permainan orang tengah dalam
memasarkan hasil-hasil keluaran mereka, kita bantu dengan kita wujudkan
Pasar Nelayan, Agro Bazar, Pasar Ternakan, Program Jualan Terus daripada
ladang dan beberapa lagi program supaya masyarakat petani, penternak,
dan nelayan golongan B40 ini mendapat keuntungan yang lebih baik tanpa
dipermainkan oleh orang tengah. Dalam masa yang sama pengguna juga
akan dapat harga yang lebih rendah daripada harga semasa kerana rantaian
bekalan hasil ni telah kita pendekkan daripada pengeluar terus kepada
pengguna. Kalau ada golongan di bawah B40 ini yang ingin meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan kita sedia pelbagai kursus sama ada jangka
pendek atau jangka sederhana yang meliputi 4 sektor utama ini.

Satu lagi isu yang suka saya sebut, bagaimana kita bantu golongan B40
pada pagi ini ialah pengusaha Pusat Pembenihan Kerapu Hibrid di kawasan
Pantai Air Tawar di Besut yang sebelum ni berada di dalam keadaan
ketidaktentuan ekoran daripada mereka ini berstatus penceroboh tanah
haram Kerajaan. Dalam masa alhamdulillah, sekitar 6 bulan kita telah
selesaikan dengan kawasan seluas 36 hektar di kawasan Pantai Air Tawar di
Besut, kita telah wartakan sebagai ZIA (Zon Industri Akuakultur) di bawah
Seksyen 62 Kanun Tanah Negara. Selesailah masalah dan dilema yang
dihadapi oleh pengusaha di sini dalam tempoh lebih daripada 5 tahun.

Yang terbaru, masalah yang dihadapi oleh pesawah di kawasan Skim


Pengairan Jelapang Langkap sedang dalam proses untuk diambil tindakan
oleh Kerajaan Negeri agar kawasan sawah padi seluas lebih 700 hektar
boleh dimanfaatkan untuk pesawah-pesawah kita, golongan B40 yang
berada di Kampung Bukit Putera, Bukit Layak dan juga di Kampung
Jelapang.
Saya boleh simpulkan bantuan Kerajaan kepada golongan B40 ini bukan
dalam bentuk bagi ikan, tetapi kita bagi pancing dan umpan. Ikan kena gi
kail sendiri, tak dapat kerapu pun, dapat ketutu pun kira alhamdulillah.
Terima kasih.

409
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil
Kuala Besut): Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO kerana memberi penjelasan dan
apa jua rancangan jangka panjang dan juga pendek untuk kita bantu
golongan B40. Cuma pada awal tahun ini, pihak Kerajaan Negeri telah
melancarkan satu tabung saya rasa untuk bantu juga golongan B40
sebahagian daripada target group dia dengan izin, iaitu tabung yang
dipanggil Tabung Usahawan Sejahtera Terengganu ataupun short form dia
TUGAS dan juga Skim Pinjaman Peningkatan Perniagaan Terengganu
(SP3T) dan juga Skim Program Business Online yang telah dilancarkan pada
awal tahun ini. Jadi, yang berjumlah dana yang disediakan oleh pihak
Kerajaan berjumlah RM15 juta. Jadi, saya nak tahu jugalah, kita mewakili
orang kampung, nak tahu berapa ramai yang telah mohon dana ini, tabung
ini dan juga berapa ramai yang telah dapat dan ada tak statistik yang boleh
kita asingkan ikut daerah ataupun ikut DUN? Terima kasih Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT DR AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat


Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Besut, saya mohon kepada
rakan EXCO usahawan untuk ambil perhatian kepada soalan yang
dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Besut tadi untuk dijawab dalam
penggulungan nanti. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Sekarang.... Ada lagi?

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil


Jertih): Ada dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO berkait dengan projek
cendawan di Tempinis. Mengikut pengalaman saya, Lembaga
Pertubuhan Peladang Terengganu pernah mengadakan projek cendawan
yang mana kalau tidak silap ingatan saya, 15 - 20 tahun yang lalu yang
mana projek cendawan ini mendapat minat yang memberangsangkan
kerana cara ternakan dan penanaman cendawan tidak begitu rumit. Cuma
apabila tidak ada langkah kawalan ataupun persediaan yang dibuat oleh
Kerajaan berkait dengan pemasaran, maka ramai daripada pengusaha-
pengusaha cendawan tidak mampu untuk bayar balik hutang dengan masa
itu, Bank Pertanian, Agrobank dan .....
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, soalannya Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil


Jertih): Jadi soalan saya, adakah persediaan dibuat oleh Kerajaan berkait
410
dengan kapasiti jangkaan pengeluaran cendawan dengan keperluan
masyarakat?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil


Jertih): Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima kasih
Yang Berhormat bekas EXCO Pertanian yang menunjukkan minat yang
tinggi kepada bidang pertanian. HPPC, Hab Pengembangan dan
Pemprosesan Cendawan di samping kita fokus kepada untuk
mengembangkan industri cendawan segar dalam konteks kita di
Terengganu ini, spesies tiram kelabu yang paling popular sekali. Kita juga
fokuskan untuk mengembangkan produk hiliran daripada cendawan.
Sekarang ini dah ada mi cendawan, murtabak cendawan, burger cendawan,
sos cendawan, Ajis Cendawan macam-macam cendawan. Jadi, produk-
produk ini dia akan jadi satu daripada strategi pemasaran kerana cendawan
segar kita ini mungkin ada sedikit limitation dari segi permintaan dia dan
yang menjadi masalah kepada pengusaha cendawan bila musim hujan. Saya
tanya apa masalah, dia kata cendawan keluar banyak bila musim hujan
melebihi daripada permintaan dan bila pengeluaran ini melebihi daripada
permintaan kerana itulah kita bekerjasama rapat dengan MESTECC untuk
mengembangkan lagi dari segi industri hiliran yang dihasilkan daripada
produk cendawan tadi. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat. Saya


persilakan Wakil Bandar kemukakan soalan.

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MUHAMED (Wakil Bandar): Yang di-
Pertua, soalan saya, soalan yang pertama –

Apakah usaha Kerajaan di dalam menarik para pengunjung


dari dalam dan luar negeri ke pusat-pusat peranginan yang
popular di Terengganu seperti Sekayu, Tasik Kenyir dan
lain-lain?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Yang


Berhormat Yang di-Pertua Dewan, soalan daripada ADUN Bandar: Apakah
411
usaha Kerajaan di dalam menarik para pengunjung dari dalam dan luar
negeri ke pusat-pusat peranginan yang popular di Terengganu?

Kerajaan Negeri berterusan mempromosikan Terengganu sebagai pusat


pelancongan yang terkemuka di Malaysia dan di dunia, insya-Allah. Antara
usaha-usaha terkini yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melantik Tyler
Danial James yang dikenali sebagai Mat Dan, seorang selebriti yang terkenal
di negara kita sebagai ikon pelancongan di Terengganu. Usaha ini dilihat
sangat baik sekali dan seterusnya pihak Pelancongan Negeri dan Kerajaan
Negeri juga telah pergi ke negeri-negeri di seluruh semenanjung dan
termasuk Sabah dan Sarawak bagi melantik anak-anak Terengganu di
perantauan, melantik mereka sebagai Duta Pelancongan ataupun yang
dikenali sebagai Tourism Friends yang mana mereka sangat berminat untuk
mempromosikan Terengganu dengan keindahan apa yang ada di
Terengganu kita.

Kita juga telah mengadakan MATTA Fair yang pertama sekali pada di
Terengganulah pada 28 Februari sehingga 2 Mac di Paya Bunga Square,
Kuala Terengganu. Alhamdulillah, jualannya melebihi RM1 juta. Tujuan
MATTA ini adalah untuk mempromosikan produk di negeri kitalah. Di
samping kita sepanjang tahun terlibat di dalam MATTA Fair Malaysia.

Dan sebagaimana yang disoal pada semalam berkenaan dengan ECDC,


insya-Allah, saya akan jawab dalam penggulungan nanti di mana Negeri
Terengganu juga kita telah menubuhkan ECDC ini wakil dia Penubuhan
Jawatankuasa bagi mempromosikan bersama di antara Kelantan,
Terengganu, Pahang dan juga Johor dan juga kita menggunakan teknologi
terkini menerusi internet pemasaran atas talian yang semakin popular
sekarang ini bagi mempromosikan Terengganu. Alhamdulillah dengan
teknologi-teknologi moden sekarang ini kita dapat menerima kehadiran yang
lebih baik pengunjung. Dan juga kita meneruskan Fan Trip di mana Fan
Trip ini adalah kita invite dengan izin, mengajak blogger-blogger, wartawan-
wartawan daripada luar dan kita bagilah sedikit imbuhan kepada mereka
bagi kalau mereka pergi ke Kenyir, mereka naik houseboat dengan izin, dan
lain-lain kemudahan penginapan dan seumpamanya bagi mereka sendiri
menilai ataupun melihat keindahan Negeri Terengganu dan insya-Allah
selepas daripada itu, mereka mempromosikan Terengganu di mata dunia.
Wallahua’lam.

412
YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Tuan
Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang pertama. Selain daripada
pusat pelancongan yang sedia ada, ada tak pihak pelancongan ataupun
EXCO Pelancongan dan Jawatankuasa mengenalpasti tempat-tempat baru
ataupun mewujudkan tempat yang munasabah untuk dijadikan pusat
pelancongan?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Terima


kasih kepada yang bertanya, daripada ADUN Bandar. Sebenarnya
Terengganu terkenal dengan produk yang begitu banyak sebab itulah kami
meletakkan 5 kluster utama, Kuala Terengganu, Pulau dan lain-lain. Kami
menubuhkan, Kerajaan Negeri menubuhkan satu Jawatankuasa Khas
ditubuhkan di setiap daerah iaitulah Majlis Tindakan Pembangunan
Pelancongan Daerah bagi membincang dan mengenalpasti peluang dan
permasalahan produk yang baharu dan sedia ada. Tujuan penubuhan ini
supaya kita mengambil sikap decentralize dengan izin, di mana pihak
Pejabat Daerah di daerah-daerah di Negeri Terengganu mengenal pasti
tempat-tempat yang menarik bukan sahaja mengenalpasti tetapi membantu
Kerajaan Negeri untuk memelihara dan mempromosikan produk-produk
yang sedia ada. Sekian.

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar):


Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan yang kedua. Industri
pelancongan berkait rapat dengan seni warisan. Bagaimana langkah
kerajaan di dalam menubuhkan kembali industri kraf tangan warisan ini dan
ada tak kita masukkan ataupun kita membuat garis panduan kepada mana-
mana pakej pelancongan ataupun agensi pelancongan supaya mereka ini
mesti ataupun dikenakan melalui, menyinggah di galeri-galeri ataupun
tempat-tempat yang dikeluarkan produk-produk tersebut. Terima kasih.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Pihak


Kerajaan Negeri dari masa ke semasa berusaha sebenarnya khususnya
apabila terbentuknya secara agresif Majlis Tindakan Pembangunan
Pelancongan Daerah yang akan kita bincangkan isu-isu sebagaimana yang
disebutkan oleh Yang Berhormat Bandar tadi seperti pertukaran warisan
bangsa yang semakin lesu. Perbincangan secara berkala bersama agen-
agen pelancongan bagi memastikan pertukaran warisan bangsa ini tidak
ketinggalan, sebagai contoh pada 23 hingga 25 April ini, Inbound Tourism
Food Camp, err… satu Kursus Peningkatan Prestasi Pelancongan Inbound
413
iaitulah dalaman akan diadakan di Primula Hotel, Hotel Primula di mana
ianya akan membincangkan pakej yang akan melibatkan tempat terpilih di
Terengganu termasuklah pusat-pusat pertukangan warisan bangsa sebagai
contohnya tempat membuat batik dan lain-lain dan juga garis-garis panduan
yang akan kita buat dari segi pakejnya macam mana dari segi pergi ke
tempat tu, ke tempat ni insya-Allah, Waallahu ‘alam.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Yang Berhormat .....

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Yang di-
Pertua…

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOR (Wakil Wanita):


Soalan tambahan?

YANG BERHORMAT AHMAD SHAH BIN MOHAMED (Wakil Bandar): Soalan


tambahan boleh, satu lagi?

Yang Berhormat Yang di-Pertua, berkait dengan soalan asal berkenaan


dengan pelancongan di Negeri Terengganu, saya ingin mengemukakan satu
soalan tambahan. Sebagaimana yang kita maklum dalam Manifesto PAS,
PRU yang lepas mengemukakan antara apa yang akan dilaksanakan di
Negeri Terengganu, Kerajaan baru di bawah PAS ini ialah Hab Pelancongan
Islam. Sejauh manakah garis panduan Konsep Pelancongan Islam yang
telah digubalkan? Terima kasih.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Okey,


terima kasih kepada yang bertanya. Sebenarnya kita dari semasa ke
semasa, insya-Allah kita sedang, terutamanya pakej-pakej pelancongan
Islam dan juga hotel berasaskan Islam maksudnya tidak kita nafikan semua
hotel sekarang ni sudah memenuhi sebahagian daripada kehendak Islam.
Tapi kita akan memperkenalkan di mata dunia bahawa sebenarnya bila
datang ke Terengganu mereka telah umpamanya halal muslim food, kalau
di negara-negara luar mereka terpaksa misalnya di Hong Kong, di Tokyo, di
Korea, hatta di Thailand sendiri mereka oleh kerana kedatangan pelancong
Islam di seluruh dunia memang terlalu ramai sekarang ni, tapi Terengganu
memang terkenal hampir semua kalau tidak hundred percent, sekitar 95%
sudah beragama Islam dan tentulah mereka datang dengan mereka telah
tahu bahawa negeri kita ni adalah negeri Islam. Walau bagaimanapun
414
pakej-pakej Islamik ni kita akan perkasakan dari masa ke semasa
termasuklah dalam seminar yang akan kita adakan yang saya sebutkan tadi
kita akan selaraskan tentang perkara ini. Wallahu’alam.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya jemput .....

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita):


Ermm.. boleh saya .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ada lagi? Saya ingat masa tak
mengizinkan tapi oleh kerana ADUN Wanita tak apalah, saya bagi jugak
laluan.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR (Wakil Wanita):


Okey, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. ...(Sambil
gelak) .... Soalan saya juga berkaitan dengan pelancongan. Dalam usaha
Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan melalui aktiviti-aktiviti
pelancongan, adakah pihak Kerajaan membuka ruang kepada pelabur-
pelabur luar untuk memajukan lokasi-lokasi pelancongan yang terbiar
ataupun lokasi yang lesu, pelancongan yang lesu agar dapat dimajukan
dengan lebih efektif?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Pihak


Kerajaan Negeri ..... Saya pun suka jugak nok jawab ni walaupun soalan
lebih doh. Sebenarnya pihak Kerajaan Negeri sentiasa terbuka sebenarnya
dan saya sendiri didatangi oleh pelabur-pelabur daripada luar antaranya
daripada Selangor, bahkan ada daripada United Kingdom sendiri dan lain-
lain negara, China dan lain-lain. Mereka ingin melabur dalam sektor
pelancongan termasuklah Singapura yang datang dan juga saya bersama-
sama dengan Yang Berhormat EXCO Pelaburan, Yang Berhormat Dato’
Tengku Hassan yang sentiasa didatangi. Selain daripada sektor-sektor lain
sebenarnya mereka sangat teruja dengan keindahan negeri Terengganu dan
ramai di antara mereka kalau asalnya dalam bidang lain bila datang ke
Terengganu mereka akan melabur dalam sektor pelancongan dan ini suatu
yang pada saya masa depan yang sangat baik dalam sektor pelancongan
di Terengganu. Wallahu’alam.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Y.B. Air Putih.

415
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Hok laki
dokleh lebih. Hok laki dokleh lebih.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil


Kuala Besut): Se agi?

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Dokleh,


dokleh.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Biasa hak laki boleh lebih.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Takmboh


izin dah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bukan masalah laki ni, bukan


masalah laki- puan tapi telah guna masa terlalu panjang. Ramai kawan-
kawan kita menunggu soalan masing-masing. Saya jemput Wakil Air Putih,
sila.

YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu –

Permintaan kepada Rumah Mampu Milik (RMM) di


kalangan rakyat Negeri Terengganu sangat tinggi.
Adakah pihak Kerajaan mempunyai apa-apa skim yang
boleh merangsang pihak pemaju perumahan untuk
membina lebih banyak RMM di atas tanah Kerajaan?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dr.
Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang
Berhormat, Pegawai Kerajaan. Terima kasih kepada Wakil Air Putih. Wakil
Air Putih bertanya soalan yang berbunyi: Permintaan kepada Rumah Mampu
Milik (RMM) di kalangan rakyat Negeri Terengganu sangat tinggi. Adakah
pihak Kerajaan mempunyai apa-apa skim yang boleh merangsang pihak

416
pemaju perumahan untuk membina lebih banyak RMM di atas tanah
Kerajaan?

Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan sekalian, pada masa
ini, pada masa ini kita masih lagi menggunapakai Dasar Perumahan Bagi
Projek-projek Swasta Negeri Terengganu yang diperbaharui pada tahun
2017. Jadi baharu lagi dasar ini, setelah kita mengambil alih kuasa pada
bulan Mei saya tengok dalam masa enam bulan pertama ramai pemaju-
pemaju yang mengadu kepada kita dasar ini agak tidak memberi
keuntungan kepada pemaju-pemaju swasta dengan syarat yang kita
tetapkan iaitu setiap tanah yang berkeluasan lebih dari 3 hektar wajib
memenuhi kriteria-kriteria berikut. Kita menetapkan tiga (3) jenis Rumah
Mampu Milik: Yang pertamanya, mereka mesti membina Rumah Mampu
Milik Jenis A dengan kadar 20% daripada jumlah keseluruhan rumah yang
akan dibina dan harganya adalah RM68,000 tetap, harga RM68,000 sebuah
dengan keluasan 800 kaki persegi. Ini yang menjadi persoalan kepada
pemaju-pemaju swasta kerana dia terpaksa top-up ataupun subsidi kepada
Rumah Jenis A ini sekitar RM60,000 hingga ada sampai RM100,000 kerana
kos untuk rumah keluasan 800 kaki persegi rata-rata mengatakan antara
RM120,000 hingga RM150,000. Ini yang menjadi merasakan begitu
membebankan mereka dengan kadar 20% dan golongan ini memang ramai
yang memohon kerana ini adalah golongan yang B40 yang pendapatan
kurang daripada RM3,500 sebulan, Pendapatan Isi Rumah. Dan hari ini
permohonan untuk golongan ini sudah mencecah hampir 130,000 dalam
sistem kita online.

Yang kedua, Rumah Jenis B, juga dengan kadar 20% dengan keluasan 900
kaki persegi harga ditetapkan antara RM68,001 sehingga RM185,000. Ini
untuk pendapatan antara RM3,500 hingga tidak melebihi RM10,000.

Yang ketiga, Rumah Jenis C, juga dengan kadar 20% jumlah rumah yang
akan dibina dan harga ditetapkan antara RM185,001 sehingga RM300,000
keluasan 1000 kaki persegi dan yang 40% lagi terpulang kepada pihak
pemaju hendak buat berapa luas dan berapa harga dia.

Yang menjadi isunya atau halangan kepada kebanyakan pemaju-pemaju


ialah harga Rumah Mampu Milik yang terpaksa mereka tanggung perbezaan
nilai sebenar yang mereka bina dengan harga yang ditetapkan oleh pihak
Kerajaan dan yang kedua peratus yang kita tetapkan.
417
Jadi untuk itu, kita sekarang telah enam bulan saya pun mengambil
keputusan untuk mengkaji semula dasar ini dan kita telah berbengkel dan
insya-Allah dalam masa yang terdekat kita akan keluarkan satu dasar baru
dan kita harap akan lebih memberi lebih mesra kepada pemaju dan tidak
mengabaikan tanggungjawab pemaju swasta untuk membina Rumah
Mampu Milik untuk rakyat di Negeri Terengganu ini. Terima kasih.
YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Soalan
tambahan saya yang pertama: Adakah Pihak Kerajaan membuat kajian
melalui Pejabat Tanah kawasan-kawasan tanah Kerajaan yang diberi kepada
pemaju membina rumah-rumah tersebut? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima kasih kepada Wakil Air Putih. Memang pihak Kerajaan khususnya di
Bahagian Perumahan telah kita mengenal pasti untuk seluruh Negeri
Terengganu banyak kawasan-kawasan yang boleh kita yang tanah Kerajaan
yang akan kita bina Rumah-rumah Mampu Milik untuk rakyat ini. Sebagai
contoh untuk tahun ini kita telah menyediakan tanah-tanah yang telah kita
kemukakan antaranya kepada pihak swasta, kita ada di Kemaman tiga
tempat, di Mak Lagam ada tiga kawasan di situ, kita ada di Hulu Besut, kita
ada di Besut dua tempat, kita ada di Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan
juga di Kuala Nerus. Dari segi tanah kita tidak ada masalah memang kita
mempunyai Bank Tanah yang banyak untuk dikemukakan kepada pemaju.
Yang masalahnya adalah pemaju tidak sanggup kerana syarat yang kita
tentukan itu tidak begitu menguntungkan mereka. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Soalan
tambahan. Saya ingin penjelasan apakan benar Kerajaan Negeri telah
mengadakan kolaborasi dengan sebuah syarikat yang bernama Tok Arau
Sdn. Bhd untuk membina Rumah-rumah Mampu Milik dan Kos Rendah di
seluruh Negeri Terengganu dan apa statusnya sekarang? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima kasih Wakil Kijal. Tok Arau ni saya ingat yang zaman dululah, kita
dah batalkan semua apa ni perjanjian itu dan kita buka kepada tender baru,
kita tidak terikat lagi dengan yang lama. Setakat ini kita tidak menggunakan
cara yang lama itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Wakil Ajil.


418
YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor satu -

Mohon pencerahan mengenai jumlah keseluruhan pusat


penempatan orang miskin (POM) di seluruh negeri?

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Bismillahir


Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada
Wakil Ajil: Mohon pencerahan mengenai jumlah keseluruhan pusat
penempatan orang miskin di seluruh Negeri Terengganu?

Jumlah keseluruhan pusat penempatan orang miskin di Negeri Terengganu


ialah sebanyak 11 buah.

YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Soalan tambahan


saya yang pertama. Mohon diberi secara terperinci tentang lokasi serta
rumah dan juga keluarga yang mendiami pusat penempatan orang miskin di
seluruh Terengganu? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Terima kasih
kepada Wakil Ajil. Ada 11 buah penempatan: Yang pertama ialah Taman
Rahmat Marang, bilangan rumah 54 buah, bilangan keluarga 54.

Yang kedua ialah Kampung Macam Ajil, Hulu Terengganu Taman Hidayah,
bilangan rumah 15, bilangan keluarga 7, 5 buah rumah telah rosak dan
tidak didiami.

Yang ketiga, Taman As-Asyakirin Kampung Saujana Setiu, bilangan rumah


10, bilangan keluarga 9, 1 buah rumah rosak dan tidak boleh didiami.

Yang keempat ialah Penempatan Orang Tua Dan Miskin Rhu Sepuluh Setiu,
bilangan rumah 10, bilangan keluarga 10.

Yang kelima ialah Penempatan Orang Tua Dan Miskin Merang Setiu,
bilangan rumah 9, bilangan keluarga 5, 4 buah rumah rosak tidak boleh
didiami.

419
Yang keenam ialah Penempatan Orang Tua Dan Miskin Kampung Bukit Kecil
Setiu, bilangan rumah 8, bilangan keluarga 2, 6 buah rumah rosak tidak
boleh didiami.

Yang ketujuh ialah Kampung Gertak 100 Besut, Besut, 8 bilangan rumah,
bilangan keluarga 7, satu buah rumah rosak.

Yang kelapan ialah Kampung Gong Mak Som Besut, bilangan rumah 8,
bilangan keluarga 7, 1 buah rumah rosak.

Yang kesembilan Kampung Tembila Besut, bilangan rumah 9, bilangan


keluarga 9.

Yang kesepuluh ialah Kampung Sura Hujung Dungun, bilangan rumah 10,
bilangan keluarga 2, 5 buah rumah rosak dan tidak boleh didiami.

Yang terakhir 11 ialah Kampung Batu Empat Kampung Binjai Kemaman,


bilangan rumah 10, bilangan keluarga 9, 1 buah rumah rosak.

YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Soalah tambahan


saya yang kedua. Mohon dinyatakan berkenaan dengan syarat-syarat untuk
mendiami penempatan tesebut? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Tuan yang di-
Pertua, antara syarat-syarat dan kelayakan pemohon ialah:

1. Rakyat Negeri Terengganu atau mereka yang


bermastautin di negeri ini tidak melebihi 10 tahun.

2. Keluarga yang telah didaftarkan sebagai rakyat miskin


atau termiskin.

3. Pendapatan keluarga di bawah garis kemiskinan iaitu


RM720.

4. Warga tua atau keluarga miskin yang daif serta tidak


mempunyai tempat kediaman atau tidak mempunyai
saudara mara yang boleh membantu.

420
5. Tidak memiliki tanah sendiri.

6. Syarat penempatan adalah berbentuk sementara transit


bagi mereka yang sudah mempunyai taraf sosial ekonomi
yang baik tidak dibenarkan untuk terus menetap di
penempatan ini.

7. Rumah yang didirikan di atas Milik Kerajaan dan diberi


untuk didiami percuma kepada mereka yang layak. Jika
penghuni meninggal dunia atau taraf sosial ekonomi telah
melepasi garis kemiskinan, rumah tersebut akan diambil
balik dan diberi kepada orang lain yang layak pula.
Sekiranya penghuni meninggal dunia dan meninggalkan
balu penyiasatan akan dilakukan oleh JKM. Sekiranya
mereka didapati layak boleh dipertimbangkan serta
dibenarkan untuk terus tinggal di rumah itu.

Terima kasih.

YANG BERHORMAT MALIAMAN BIN KASSIM (Wakil Ajil): Saya mohon


mencadangkan kepada pihak Kerajaanlah supaya menukar nama
Penempatan Orang Miskin ini kepada suatu nama yang lebih harmoni
seperti yang ada di Taman Hidayah dan Taman Rahmat tapi kalau bolehnya
kita mohon tukar keseluruhannya sebab bila kita namakan dengan nama
POM ni (Penempatan Orang Miskin), jadi nama itu sendiri sesak dah, susah
dah. Jadi kalau kita nak tukar kepada nama yang lebih harmoni seperti
Penempatan Masyarakat Sejahtera ke, selaras dengan PPRT pun sudah
ditukar kepada Program Penempatan Terengganu Sejahtera. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Ya, Kerajaan
sedia menerima pandangan tersebut dan saya akan bawa ke dalam
Mesyuarat Portfolio. Terima kasih.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil


Kuala Besut): Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat EXCO ada
menjawab bahawa penduduk ataupun rakyat Terengganu yang duduk tidak
melebihi 10 tahun kita dengar tadi tu hak layak menduduki POM ni. Jadi
rasa kena betul balik. Kita dengar tidak melebihi 10 tahun duduk kita dengar
tadi kita takut mengelirukan Pemerhati kita ni. Okey. Cuma soalan saya
421
yang rosak-rosak tadi sebab kita di Kuala Besut pun ada sebuah yang rosak,
adakah perancangan pihak Kerajaan nak baiki ke, nak baikpulih ke, atau
pun nak biar gitu jer. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Sila Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Insya-Allah kita
akan cuba baik pulihlah pada tahun ini.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Seterusnya saya jemput Wakil


Kemasik.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua -
Berapakah statistik kanak-kanak yang terabai dan terbiar
yang disebabkan oleh masalah keluarga seperti bapa atau
ibu penagih, penceraian atau masalah sosial lain?

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Terima
kasih kepada Yang Berhormat Speaker, Yang di-Pertua, terima kasih kepada
Yang Berhormat Kemasik. Soalan dua daripada Yang Berhormat Kemasik:
Berapakah statistik kanak-kanak yang terabai dan terbiar yang disebabkan
oleh masalah keluarga seperti bapa atau ibu penagih, penceraian atau
masalah sosial lain?

Jawapannya bagi tahun 2016 telah melibatkan seramai 39 orang kanak-


kanak yang mana 23 orang terdiri daripada masalah ibu bapa penagih,
penceraian keluarga 7 orang dan masalah sosial seramai 9 orang.

Tahun 2017 pula telah melibatkan seramai 68 orang kanak-kanak, yang


mana 36 orang terdiri daripada ibu bapa penagih, penceraian keluarga 16
orang dan masalah sosial seramai 16 orang.

Manakala bagi tahun 2018 telah melibatkan seramai 105 orang kanak-kanak
iaitu yang melibatkan ibu bapa di kalangan penagih seramai 30 orang,
penceraian keluarga 23 orang dan masalah sosial seramai 52 orang.

422
YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Soalan
tambahan pertama saya bagaimanakah status keadaan anak-anak yang
terabai tersebut, adakah mereka juga terlibat ataupun terikut-ikut dengan
mak ayah mereka?

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Untuk
mengelakkan daripada mengikuti keadaan ibu bapa mereka, tindakan telah
dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mempastikan permasalahan
itu tidak timbul. Sehingga hari ini persoalan itu terkawal dan terjamin.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Soalan
tambahan kedua saya adalah: Inisiatif ataupun tindakan Kerajaanlah
sebagaimana yang telah dijawab oleh Ahli EXCO cumanya sudah pasti
perkara yang sangat penting untuk mereka adalah berkenaan dengan
agama mereka dan masa depan merekalah. Apa yang kita lihat di lapangan,
ibu bapa mereka yang terutama sekali berkenaan dengan dadah seakan-
akan sampai bila-bilalah lebih kurang, boleh disebutnya, jadi mereka terabai
dan anak- anak golongan ini biasanya ramai-ramai, ada sepuluh, ada tujuh.
Wallahua’alam.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong):


Beberapa tindakan yang telah diambil: Yang pertama, menyediakan
Perkhidmatan Kaunseling terhadap kanak-kanak itu sendiri. Yang kedua,
menyediakan Bengkel Interaktif kepada ibu bapa dan kanak-kanak. Ketiga,
Menyediakan Bantuan Kewangan kepada ibu bapa sekiranya layak.
Keempat, Menyediakan Perkhidmatan Pusat Aktiviti Kanak-kanak, supaya
mereka terjaga. Sehingga hari ini Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Terengganu mempunyai 14 buah Pusat Aktiviti Kanak-kanak. Yang kelima,
menyediakan perkhidmatan kemasukan kanak-kanak ke institusi tertentu
melalui Seksyen 31 (d) Akta Kanak-kanak 2001. Dan yang seterusnya juga
program juga diteruskan dan dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan
Keluarga dan MPKK yang berkaitan. Insya-Allah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekarang saya jemput yang terakhir


ya, ADUN Wanita untuk mengemukakan Soalan Lisan.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD NOOR (Wakil Wanita): Yang


Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan satu –

423
Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Terengganu telah
memperuntukkan RM500,000 untuk pemeriksaan pap
smear dan mammogram secara percuma kepada rakyat
wanita Terengganu yang berumur 35 tahun dan memenuhi
syarat. Sejauh manakah program ini mendapat sambutan
dan adakah akan diteruskan untuk tahun 2019?

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Tuan Yang di-
Pertua, soalan pertama ialah: Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri
Terengganu telah memperuntukkan RM500,000 untuk pemeriksaan pap
smear dan mamogram secara percuma kepada rakyat wanita Terengganu
yang berumur 35 tahun dan memenuhi syarat. Sejauh manakah program ini
mendapat sambutan dan adakah akan diteruskan untuk tahun 2019?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai permulaan Kerajaan Negeri Terengganu telah


memperuntukkan RM190,000 kepada LPPKN Negeri Terengganu bagi
pelaksanaan program ini pada tahun 2018. Bagi tempoh April hingga
Disember 2018, sejumlah 506 orang wanita telahpun menjalani Ujian Pap
Smear manakala bagi bujang subsidi mamogram pula seramai 500 orang
wanita telah menjalani pemeriksaan menerusi pelbagai program-program
anjuran Kerajaan Negeri. Bagi tahun 2019 program ini akan diteruskan lagi
setelah ianya mendapat sambutan yang agak baik daripada kalangan
wanita.

YANG BERHORMAT HAJAH ZURAIDA BINTI MD NOOR (Wakil Wanita):


Soalan tambahan saya yang pertama. Apakah objektif perlaksanaan
program ini dan mohon dikongsikan kumpulan atau pun golongan sasaran
manakah yang disasarkan bagi manfaat pelaksanaan program ini dapat
dijalankan. Dan untuk makluman semalam saya mendapat laporan daripada
Hospital Besar Kuala Terengganu setiap tahun ada kes baru, new case,
contohnya dalam 2016 ada 84 orang, 2017 ada 130 orang dan 2018 ada
122 orang. Jadi soalan saya apakah promosi atau pun publisiti yang
dijalankan bagi memastikan program ini berkesan dan sampai kepada
semua wanita yang berada di seluruh pelosok Negeri Terengganu.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Tuan Yang di-
Pertua, antara objektif program ini ialah yang pertama meningkatkan

424
kesedaran golongan wanita mengenai kepentingan Ujian Pap Smear dan
Ujian Subsidi Mamogram. Yang kedua meningkatkan jumlah wanita untuk
menjalani Ujian Pap Smear dan Ujian Subsidi Mamogram. Yang ketiga,
mengenalpasti dan mendapatkan rujukan bagi wanita yang mengalami pra
kanser dan kanser serviks dan payudara untuk tindakan susulan.

Dengan kemajuan teknologi terkini yang berkembang pesat kebanyakan


wanita yang dikesan menghadapi penyakit kanser serviks dan kanser
payudara pada peringkat awal masih boleh dirawat dan diselamatkan.
Namun begitu menurut Nasional Health dan Morbidity Survey 2006, hanya
47.3% sahaja wanita yang menjalani Ujian Pap Smear. Kementerian
Kesihatan Malaysia telah melaporkan sebanyak 2000 hingga 3000
kemasukan ke hospital bagi kes kanser serviks dan setiap tahun. Kanser
serviks adalah kanser dengan kekerapan ketiga tertinggi dalam kalangan
wanita Malaysia. Walau bagaimanapun usaha telah dilakukan seperti
menjalankan program saringan Ujian Pap Smear dan program-program
kesedaran kepentingan menjalankan saringan Ujian Pap Smear, kadar
kematian disebabkan kanser ini masih lagi tinggi. Perlaksanaan program
khas TP9 ini diberikan secara percuma dengan memfokuskan kepada
kumpulan sasar seperti Warganegara Malaysia atau penduduk tetap Negeri
Terengganu, wanita berkahwin atau pernah berkahwin, kumpulan berisiko
yakni di bawah umur 18 tahun yang berkahwin atau belum berkahwin tetapi
aktif seksual. Yang keempat, wanita yang berusia 35 tahun ke atas bagi
Ujian Subsidi Mamogram.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri


Terengganu telah dipilih selaku agensi utama untuk melaksanakan program
ini memandangkan perkhidmatan Ujian Pap Smear atau Saringan Kanser
Pangkal Rahim disediakan di setiap Klinik Nur Sejahtera dan Klinik
Subfertiliti LPPKN di seluruh negara. Untuk makluman perkhidmatan
ini telah diberikan kepada 13,120 orang klien LPPKN seluruh negara pada
tahun 2016.

Untuk makluman juga, Hospital Salam Kuala Terengganu juga telah dilantik
sebagai rakan strategi LPPKN untuk menjalankan ujian subsidi mamogram
memandangkan hospital ini adalah diberikan akrediterasi oleh Kolej
Radiologi Malaysia bertauliah untuk menjalankan ujian mamogram yang

425
mana ianya memerlukan peralatan mesin terkini telah memenuhi syarat
serta mampu memberikan keputusan ujian yang tepat.

Kaedah perlaksanaan pula dijalankan oleh Pejabat LPPKN Terengganu


adalah melalui pendekatan berikut. Yang pertama, penyediaan
perkhidmatan di tiga buah Klinik Nur Sejahtera LPPKN di Kuala Terengganu,
Dungun dan Besut. Yang kedua, Program Subsidi Ujian Mamogram di
Hospital Salam. Dan yang ketiga ialah Program Temu Seru yakni turun
padang menggunakan Pusat Keluarga Bergerak Bas yang dijalankan di
seluruh Negeri Terengganu.

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA: Ahli Yang Berhormat sekalian, kita


selesai selesai sesi soalan lisan, saya fikir saya dah cover semua mana yang
tak sempat semalam. Saya tangguhkan sementara Dewan ini dan sambung
semula pada pukul 11.10 minit.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.40 PAGI.

426
PUKUL 11.15 PAGI

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim.


Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Mesyuarat disambung
semula. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam sesi perbahasan
keatas Usul Menjunjung Kasih Keatas Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan dan
sebagaimana yang saya janjikan kelmarin kepada Wakil Manir, tak sempat nak
habiskan dalam masa yang diperuntukkan, sebelum pada itu saya juga nak
ingatkan masa kitapun sebenarnya tidak banyak, jadi saya persilakan Wakil Manir
untuk menyambung perbahasan dalam tempoh masa 7 minit sahaja. Dipersilakan.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Assalamu’alaikum


warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan,
menyambung apa yang telah disebut semalam, berkenaan dengan perkara point-
point yang positif yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri di antaranya
penerapan nilai-nilai Islam yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri, antaranya
menutup premis-premis pasar malam, 15 minit untuk Solat Maghrib. Di antara
praktiknya yang telah dibuat di Medan Selera Jertih. Insya-Allah, akan
diperluaskan di seluruh negeri. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan,
sebenarnya ramai yang berpendapat Kerajaan Negeri berada di .... Digunakan
istilah dengan izin, ‘on the right track’ di peringkat pengurusan masing-masing.

Walaupun tidak dinafikan terdapat kekurangan-kekurangan yang sudah tentu ada,


rakyat boleh menerima kekurangan ini kerana Kerajaan dilihat melaksanakan janji-
janji manifesto yang telah dibuat sebelum pilihan raya baru-baru ini. Mereka
menyedari kesukaran pengurusan perbelanjaan Kerajaan Negeri disebabkan
pembayaran wang tunai petroleum yang dibayar secara berperingkat, ditambah
lagi dengan informasi yang telah diterima sebentar tadi dicabut 25% untuk dibayar
427
hutang State dengan Federal. Ditambah lagi dengan keadaan yang lebih parah,
dengan deffered payment projek-projek yang terdahulu dalam masa yang sama,
Federal mempunyai hutang dengan State sebagaimana yang saya dimaklumkan
tadi dalam jumlah yang sebanyak RM1.6 bilion. Tetapi saya juga ada
menyuarakan ataupun mempersoalkan Soalan Bertulis saya berkenaan dengan:
Berapakah jumlah hutang Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri? Tetapi
jawapan yang saya terima, Kerajaan Pusat tidak mempunyai apa-apa hutang
dengan Kerajaan Negeri sehingga tahun berakhir 31 Disember 2018. Saya rasa
mungkin hutang Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri digunakan istilah lain,
mungkin itulah yang saya husnuzon saya dengan jawapan ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, dengan jumlah yang besar itu, Kerajaan
mempunyai tanggungjawab yang besar, rakyat menjadi mangsa penderaan.
Sebenarnya rakyat Negeri Terengganu bersama kepimpinan negeri, mengharapkan
Kerajaan Pusat memberikan hak kami sebagaimana sepatutnya, jangan mendera
kami rakyat Negeri Terengganu. Dan dalam keadaan yang umum mengetahui
bahawa Negeri Terengganu adalah antara negeri yang mempunyai telaga-telaga
minyak yang terbanyak.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, walaupun keadaan kesukaran dan kegusaran ini,
rakyat sebenarnya ingin melihat dan merasai sesuatu untuk diri mereka sendiri
yang datang dari Kerajaan Negeri dalam bentuk dan keadaan yang segera dan
tahniah saya ucapkan kepada pihak Kerajaan yang telah membuka ruang kepada
pengusaha-pengusaha kecil, petani-petani dan pemula-pemula perniagaan
sebanyak RM15 juta yang telah diluluskan dalam Bajet 2019 pada baru-baru ini.
Ianya dibawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan yang dipecahkan di
bawah Pertanian dan juga Kebajikan.

Pun begitu, saya bersependapat dengan Y.B.-Y.B. yang lain berkenaan dengan
Perumahan Rakyat yang menjadi satu permasalahan dan isu yang besar kepada
rakyat Terengganu. Bila mana dalam keadaan Terengganu diketahui keadaan
ekonominya dan kewangan yang terhad ini, pelabur-pelabur sebenarnya ingin
melabur di Negeri Terengganu. Mereka mengharapkan Kerajaan menjadi
pemudahcara bagi membangunkan Negeri Terengganu. Mereka di antaranya
pelabur-pelabur dan player-player dalam bidang construction ataupun perumahan.
Kita ambil contoh pelabur-pelabur perumahan dengan polisi yang lama
sebagaimana disebut oleh EXCO Perumahan tadi seolah-olah tidak membuka ruang
428
kepada pelabur untuk melabur di Negeri Terengganu. Insya-Allah kita
mengharapkan dengan polisi yang baru, yang bakal kita nantikan nanti
merancakkan pembangunan perumahan rakyat dipelbagai kategori pendapatan
rakyat. Ini adalah kerana jika kita perhatikan, mereka yang berpendapatan
ataupun suami isteri yang isi rumahnya berpendapatan RM3,600.00 hingga
RM4,500.00 sebulan, kebanyakan golongan ini tidak mampu untuk membeli
rumah-rumah yang telah dibina di Negeri Terengganu disebabkan oleh kekurangan
rumah yang dibina dibawah Kategori B iaitu kategori RM68,001.00 hingga
RM185,000.00 yang berkeluasan dengan keluasan 900 kaki persegi. Tetapi
mereka sebenarnya dalam paksa, mampu dalam paksa untuk menyewa rumah
dengan kadar bayaran RM400.00 hingga RM500.00 sebulan. Andai kata
perumahan Kategori B ini dapat dirancakkan, insya-Allah kita dapat melihat dan
mengurangkan menantu-menantu yang menumpang paksa dan malu di rumah
mentua masing-masing.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, akhirnya Manir mohon menyokong Titah Ucapan
Tuanku Al-Sultan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Manir yang telah
menggunakan masa yang diperuntukkan. Sebelum saya teruskan usul ataupun
Perbahasan Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan, saya nak tahu berapa ramai yang nak
bercakap hari ini? Okey. Saya jemput Wakil Air Putih. Dipersilakan.

YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir Rabbil alamin. Assalatu
wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Saidina Muhammadin Wa’ala alihi
wasahbihi ajmain.

Amma Ba’d. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat
Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, Yang Berhormat-Yang
Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-
ketua Jabatan seterusnya para Pemerhati sekalian. Terima kasih Yang Berhormat
Yang di-Pertua telah memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam
Perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
429
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Air Putih merafakkan sembah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Sultan mencemar duli berangkat merasmikan Istiadat
Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kali
Keempat Belas. Tuan Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Sultan telah
menyentuh berbagai-bagai aspek yang melibatkan kepentingan rakyat dan negeri
demi merealisasikan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.
Dengan perbahasan ini, saya ingin menyentuh beberapa aspek yang terdapat
dalam Titah Ucapan Yang Maha Mulia Tuanku, di antaranya berhubung dengan
pelaburan modal insan yang berkualiti mempunyai nilai murni, berakhlak mulia dan
berdaya saing. Tuanku telah mengambil maklum hasrat Kerajaan Negeri dengan
penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI). Kini Kerajaan telahpun
menubuhkan enam buah Sekolah Rendah Islam Darul Iman dan akan menubuhkan
Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) pada awal tahun depan.
Alhamdulillah.

Bagi mencapai hasrat penubuhan SRIDI dan SMIDI ini sudah tentu ia
memerlukan beberapa elemen yang penting, diantaranya tenaga pengajar.
Adakah guru-guru yang dilantik mengajar di SRIDI terdiri daripada mereka
yang berpengalaman yang mendapat latihan perguruan. Dan sesungguhnya
untuk menjadikan SRIDI dan SMIDI ini berjaya mendapat matlamatnya,
para guru, pendidik, mesti diisi sepenuhnya dengan ilmu pendidikan sama
ada segi teori mahupun praktikal. Tugas guru mengajar kanak-kanak di
peringkat awal sekolah sangat memerlukan pengetahuan yang luas dalam
bidang pendidikan. Guru mestilah menguasai teknik kaedah dan ilmu
psikologi kanak-kanak. Oleh itu, kursus dan latihan perguruan sama ada
sepenuh masa, ataupun berkala sangat penting diadakan. Begitu juga, dari
segi perjawatan, adakah guru-guru yang dilantik menjawat jawatan di
SRIDI dan SMIDI ini dilantik secara kontrak ataupun secara taktikal dan
apakah kelayakannya yang dipilih untuk menjawat jawatan di SRIDI
ataupun SMIDI.

Tuan Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga ada
dalam Titahnya ada menyebut Bajet 2019 tentang keupayaan Kerajaan
berhubung dengan pembinaan Rumah Mampu Milik sebanyak 20,000 unit
dalam tempoh lima tahun. Dan kini empat projek dalam pelaksanaan
dengan jumlah sasaran keseluruhan 710 unit. Walau bagaimanapun saya
tak jemu-jemu untuk berharap pihak Kerajaan, sebab dalam DUN saya Air
430
Putih sehingga sekarang tidak ada lagi, tidak ada lagi, projek-projek
perumahan yang dibina oleh Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada


Kerajaan Negeri kerana telah mensasarkan, 20,000 unit dalam tempoh lima
tahun. Walaupun jumlah ini masih belum mencukupi berbanding dengan
permintaan keperluan rumah sekarang ini. Oleh yang demikian, Kerajaan
perlu mengambil langkah yang drastik dan memberi ruang dan peluang
kepada pihak swasta untuk bina Rumah Mampu Milik di atas tanah
Kerajaan. Tidak dapat dinafikan bahawa setakat ini banyak pihak swasta
terlibat dengan pembinaan Rumah Mampu Milik negeri ini. Dan juga untuk
mengkaji dasar pembinaan rumah oleh pihak swasta, dan saya
mencadangkan untuk skim ataupun insentif bertujuan meransang pihak
swasta agar lebih banyak lagi pemaju yang akan mengambil bahagian
dengan projek pembinaan Rumah Mampu Milik, selain daripada rumah-
rumah kos sederhana di atas tanah Kerajaan. Tadi kita sudah dengar Yang
Berhormat Bukit Tunggal ada menyebut bahawanya Dasar Perumahan
masih lagi menerima pakai dasar tahun 2017, kita harapkan dasar ini
memberi peluang kepada pemaju perumahan dapat insentif dan
sebagainya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, di samping keperluan asas tempat


tinggal, keperluan prasarana seperti kemudahan asas, juga perlu diberi
perhatian oleh pihak Kerajaan dan di dalam Negeri Terengganu yang
mempunyai Dana Petroleum yang ratusan juta ringgit saban tahun, mana
mungkin masih ada kampung-kampung yang masih belum mendapat
bekalan air bersih. Air Putih ingin sebutkan di sini yang DUN saya masih ada
lagi kampung-kampung yang belum mempunyai saluran air paip yang
bersih. Rakyat masih menggunakan air sungai, dan air alur sungai sebagai
keperluan asas mereka. Tahniah pihak SATU sudah ada menghantar tangki
untuk rakyat ambil air secara angkut. Kami memerlukan air, macam
kampung-kampung lain, inilah keluhan rakyat di kampung yang terlibat.
Mereka sudah bosan dengan permintaan dan jawapan dari pihak yang
berkenaan, bajet sudah lulus tetapi sehingga sekarang keadaan masih tidak
berubah, ibarat buah atas pokok tapi tak luruh-luruh. Hogeh, hingguk,
kocok, tangkai masih liat lagi. Kami masih menderita itulah ucapan orang
kampung yang terlibat.

431
Yang di-Pertua, berhubung dengan isu ini, Pejabat DUN menjadi lebuk
dengan kehadiran mereka orang kampung yang datang menagih air bersih.
Walaupun air bersih, air putih namun air tidak ada di kampung-kampung
yang berdekatan dengan Sungai Air Putih. Kiranya mampu menggunakan
perkataan: “Bersabarlah wahai pokcik weh”. Oleh itu dalam Dewan yang
mulia ini, saya merayu kepada pihak Kerajaan, sudi kiranya dapat
mempercepatkan masalah rakyat ini. Orang Kampung berpantun:

Ayam jaguh bersisik taji,


Tersengih-sengih si anak dara,
Malang sungguh nasib kami,
Menagih simpati tak kunjung tiba.

..... (Tepukan Sokongan) .....

Makan bihun mendengar lagu,


Lagu dendangan nenek kebayan,
Bertahun-tahun kami menunggu,
Air oh air di mana mu gerangan.

..... (Tepukan Sokongan) .....

Beruk Pok Long jangan diganggu,


Anak Mak Limah mati kelaparan,
Walau bertahun kami menunggu,
Tetap istiqamah dalam perjuangan

..... (Tepukan Sokongan) .....

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD.RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Air
Putih dahkan?

YANG BERHORMAT AB.RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih):

Monyet Cik Jat sekampung sayangi,


Membantu rakyat sambil berbakti,
Wahai Kerajaan tunailah hajat kami ini,
Air bersih kami sedang sudi menanti.
432
Inilah pantun orang kampung ni. Orang kampung yang takdok air.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat EXCO Infra kena


jawab dengan pantun jugak lepas ni.

YANG BERHORMAT AB. RAZAK BIN IBRAHIM (Wakil Air Putih): Yang Mulia
Tuanku, juga bertitah, Kerajaan diberi harap memberi tumpuan kepada
sektor pelancongan, kerana pelancongan merupakan sumber yang boleh
memberi pulangan yang baik kepada Kerajaan, mahupun rakyat. Peluang
rakyat mencari rezeki dan sedikit sebanyak juga dapat merubah kedudukan
suasana-suasana dari mundur kepada maju. Sudah banyak pusat
pelancongan pantai, pulau, chalet, hotel, resort dan macam-macam lagi
prasarana dibuat demi menarik pelancong.

Di samping perkara di atas, saya mencadangkan agar Pusat Pengajian


Pondok dijadikan Pusat Pelancongan. Institusi Pondok, saya kira ada potensi
untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan sama ada domestik ataupun
luar negara. Menepati konsep Kerajaan Maju, Berkat dan Sejahtera saya
mencadangkan agar Terengganu merintis Pondok Mesra Pelancongan, sama
ada memanfaatkan Sekolah Pondok yang sedia ada atau membina sebuah
Pondok Moden yang mesra pelancong di samping, pengajian pondok
berjalan seperti biasa. Pondok berkonsepkan mesra pelancong telah
menyediakan penginapan, kos rendah yang boleh menyambut pengunjung
antara 40 dan 100 orang, dalam satu-satu masa. Tempat letak bas
pelancongan, gerai-gerai makanan yang dibuka dari pagi hingga malam,
gerai menjual kitab, barang kraf dan slot-slot Kuliah Agama khusus untuk
pelancong perlu diadakan. Kaedah pelancong begini memberi ruang dakwah
untuk berkembang subur di Negeri Terengganu Darul Iman. Di Aceh
sebagai contoh, terbukti pondok atau pesantren, di sana mampu menarik
minat pelancong. Ramai rakyat negara ini mengambil pakej lawatan ke
Aceh dengan melawat pondok dan pesantren di sana. Malah ada yang
datang memberi sumbangan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Kerajaan sudah maklum DUN Air Putih
laluan jalan yang penting yang dibuat projek naiktaraf jalan yang
melibatkan pengambilan tanah rakyat di antaranya yang terkesan dengan
projek ini ialah dua keadaan. Yang pertama, tanah milik dan yang kedua
tanah milik Kerajaan (ROW). Lebih kurang 70 buah rumah kediaman rakyat
433
dan tanah milik Kerajaan dan melalui Dewan yang mulia ini buat kali yang
kedua saya merayu kepada pihak Kerajaan sudi kiranya dapat
mempertimbangkan untuk memberi saguhati kepada yang terlibat dengan
penaikkan taraf jalan ini walaupun tidak ada dalam undang-undang pun
membayar kepada pemilik rumah kediaman atas tanah Kerajaan, saya
memohon dan saya merayu kepada Kerajaan supaya sedikit saguhati
diberikan kepada rakyat yang terlibat dengan pembinaan naiktaraf jalan
tersebut.

Akhir sekali saya mohon menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Al-
Sultan. Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Wakil


Air Putih. Saya akan beri peluang yang pastinya insya-Allah kepada Ketua
Pembangkang dan juga Wakil Batu Burok, sementara itu saya bagi peluang
setakat masa yang ada kepada Ahli Berhormat yang lain yang masih belum
bercakap. Sila Wakil Telemong.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):


Bismillahir Rahmani Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala
wabaratuh. Alhamdulillahir rabbil alamin. Assalatu wassalamu’ala asyrafil
iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Terengganu, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli
Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan seterusnya para hadirin Pemerhati
yang saya kasihi sekalian.

Pertamanya saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada


Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang
kepada saya walaupun sedikit masa insya-Allah saya akan cuba sependek
dan juga sebaik mungkin dengan waktu yang diberikan kepada kita. Saya
juga mengambil kesempatan wakil daripada Telemong ingin merafak
sembah serta menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
atas Titah Ucapan Kebawah Duli Tuanku pada dua hari yang lepas.

Yang Berhormat Yang di-Pertua dan tuan-tuan dan puan-puan sidang


hadirin, Dato’-Dato’ yang saya kasihi sekalian, sejak daripada hari semalam
434
kita mendengar berbagai-bagai pandangan dan juga ucapan perbahasan
daripada rakan-rakan kita sama ada daripada sebelah sini dan juga rakan-
rakan kita di sebelah pihak Kerajaan. Dan kita rasa bersyukur ke hadrat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana kita sudah memperlihat bahawa sudah
ada satu kelainan di dalam Dewan yang mulia kita ini yang mana kita sudah
menampak bibit-bibit yang telah dibawa untuk persefahaman untuk
kepentingan rakyat Terengganu lebih diutamakan oleh Yang Berhormat -
Yang Berhormat yang berada dalam Dewan pada masa sekarang ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sehinggakan membuatkan rakan-rakan


saya sebelah daripada sini pun jadi serba salah kok kek kok kek gitu nok
cakap, kita jadi serba salah kita pun tidak tahu kita duduk dalam landasan
yang mana. Ramai orang bercakap, semalam pun ada yang bercakap sama
ada daripada pihak Kerajaan dan jugak daripada pihak kami yang bercakap
tentang hal perpaduan di kalangan kita. Tapi sebenarnya bercakap memang
mudah perpaduan nok berpadu, nok molek, nok wak comel, nok wak baik
mudoh jer cakap tapi nok buat bukan satu kerja yang mudah, sekarang ini
peringkat kita ini merupakan peringkat pelaksana dan kita juga yang diberi
anugerah oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk menjadi pemimpin buat
masa sekarang ini. Saya yakin dan percaya kita semua ini bukan boleh jadi
tongkat langit pun hidup tidak boleh nak kekal buat selama-lamanya maka
kita kena memikirkan satu natijah yang terbaik demi kepentingan rakyat,
agama, bangsa dan negara kita.

Oleh sebab itu, saya memohon kepada pihak Kerajaan, memohon kepada
pihak Kerajaan supaya kita menyediakan satu platform dan modul
bagaimana jambatan untuk kita laksanakan perpaduan ini sebab bukan saja
rakyat di bawah yang keliru sekarang ini, rakyat semuanya keliru orang di
bawah keliru apalagi kita duduk di atas pun sebagaimana yang saya
beritahu kok kek kok kek nok boleh ke bercakap hari ini. Ini juga telah juga
telah menjadi initipati dan juga banyak disentuh oleh Titah Ucapan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada dua hari yang lepas iaitu kalau boleh
kita baca dalam muka surat 4 yang mana Tuanku telah bertitah: “Beta
melihat semangat perpaduan dan kekitaan di antara Ahli-ahli Yang
Berhormat dan rakyat beta tanpa mengira mana-mana parti telah terserlah
selepas PRU Yang Ke-14 baru –baru ini.” Ini merupakan satu hadiah yang
terbaik kepada rakyat Negeri Terengganu cuma sekarang ini sebagaimana
yang saya bagitahu bagaimana kita nak laksanakan perkara ini sebab
sebelum pada ini pun kalau kita bercakap, kita bersyarah orang politik ini
435
cair tahi telinga belaka, sedap belaka bersyarah, kong... kong... kong....
bersyarah tapi sampai peringkat pelaksanaan kokang kokang kokang. Ini
yang perlu kita perjelaskan walaupun saya yakin dan percaya bukan satu
benda yang mudah kerana kita telah melalui proses ini telah lama sangat
dan ianya telah menjadi berakar umbi sampai ke bila-bila dan sebab itu saya
kata kita kena menyediakan satu platform kalau tidak untuk kita pada hari
ini pun insya-Allah pada generasi yang akan datang ianya boleh diikuti dan
boleh menjadi panduan kepada anak-anak cucu kita insya-Allah. Jadi Yang
Berhormat Yang di-Pertua, kita ini sebagaimana yang saya maklum bahawa
kita semua ini tidak akan kekal untuk selama-lamanya keadaan pada hari ini
rakyat melihat bagaimana kepimpinan kita begitu juga Kerajaan Pusat dan
juga Kerajaan Negeri kerana rakyat Negeri kita, rakyat kita pada hari ini
merupakan rakyat yang sudah jauh ke hadapan. Mereka akan melihat dan
mereka akan merasai bagaimana servis dan juga perkhidmatan kita kepada
rakyat, apakah rakyat menerima pada hari ini kepimpinan kita lebih baik
daripada kepimpinan yang sudah-sudah. Dan ini harapan kita dan kita sedar
ke diri pada hari ini bahawa kita telah ditolak pada Pilihan Raya Yang Ke-14
baru-naru ini, bukan kita tidak sedar kita tahu tapi kita mengharapkan
Kerajaan yang ada pada hari ini memberi perkhidmatan yang terbaik kepada
rakyat khususnya kita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Negeri
Terengganu ini.

Oleh sebab itu, kalau kita bercakap tentang nak buat perpaduan kita jangan
cakap tentang kita-kita saja, Wakil-Wakil Rakyat saja, Ahli-Ahli Dewan
sahaja maka kita kena turun ke satu peringkat satu peringkat ke peringkat
akar umbi ini perlu diterjemahkan dengan cara yang sungguh-sungguh Yang
Berhormat Yang di-Pertua. Ini tepuk dada tanya selera kita tak
boleh nak kata ke siapa-siapa dia.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, apabila kita melihat kekecelaruan dalam


politik negara kita pada masa sekarang ini pada sayalah apa guna kita
menjadi pemimpin jika agama kita dicerca sebegini rupa, apa guna kita
menjadi pemimpin jika bangsa dan negara kita hampir-hampir tergadai, apa
guna kita menjadi pemimpin jika raja-raja kita dihina sebegini rupa sebab
itu saya kata ianya memerlukan kepada penterjemahan yang begitu konkrit
daripada kita sebagai seorang pemimpin yang diberi anugerah oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala pada masa ini.

436
Yang Berhormat Yang di-Pertua, berbalik kepada Titah Ucapan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Tuanku, yang banyak juga menyentuh, saya juga
mengambil kesempatan dalam masa yang singkat ini untuk saya
mengutarakan beberapa pandangan-pandangan dan juga rungutan-
rungutan daripada peringkat akar umbi. Dan saya berharap ianya akan
menjadi dan juga diberi keutamaan oleh pihak Kerajaan yang ada pada hari
ini. Sejak daripada dulu lagi memang kita tahu dan kita sedar bahawa dalam
Titah Ucapan Kebawah Duli Tuanku juga menyentuh dan rakan-rakan kita
yang berucap pun ramai yang menyentuh iaitu berkait dengan kepentingan
pelancongan di Negeri Terengganu ini. Memang kita sejak pada dulu lagi,
kita dah sedar dah bahawa Negeri Terengganu ini tidak boleh bergantung
semata-mata dengan minyak, dengan hasil petroleum selama-lamanya, dok
boleh. Kita kena mencari satu alternatif-alternatif baru sebagaimana kita
boleh mengorak ke arah perindustrian, kita kena mengorak ke arah
usahawan, kita kena memperkasakan lagi industri-industri sukan kita, kita
kena memperkasakan lagi industri-industri pelancongan di negeri kita.
Berbalik kepada industri pelancongan, kalau saya nak ulas satu-satu, dok
dang. Pelancongan, saya ni ada banyak benda yang berkait pelancongan
berkait dengan kawasan saya, iaitu khususnya Tasik Kenyir. Saya sedar dan
juga tuan-tuan juga tahu, sejak daripada dulu lagi ramai rakan-rakan kita
kata ini merupakan satu pelaburan yang membazir, satu pelaburan Kerajaan
yang membazir membuat pembangunan dan juga perancangan di Tasik
Kenyir. Saya nak beritahu kepada tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin
yang berada di dalam Dewan pada hari ini. Dulu Kenyir ni orang panggil
Terengganu Mati. Terengganu Mati ni tempat hok, hok jauh sekali.
Terengganu Mati, dulu. Tapi kita buat perubahan dimensi baru, dengan
transformasi baru sebagaimana kehendak Yang Berhormat Dato’ Yang di-
Pertua Dewan sebut kena buat trasnformasi baru, tapi kita telah buat
transformasi baru daripada Terengganu Mati kita buat nak jadi Terengganu
Hidup pula lening. Dan hari ini telah terbukti ramai orang datang ke Kenyir
setiap tahun, sentiasa meningkat daripada tahun 2010, 2011 sampai 2018
ni. Dan kita tengok kehadiran pelancong ini begitu ramai disebabkan kerana
kita meletak pelaburan yang cukup tinggi kepada Tasik Kenyir, dan
pulangan kepada kita. Kita tak boleh bercakap di dalam Dewan ini bahawa
pelaburan Kerajaan dengan rakyat, kita berpaksikan kepada money for we…
tak boleh, sebab Kerajaan dan rakyat ni tidak bukan gitu, kalau kita nak
gitu, kita kena business, kita kena niaga. Ini Entity Government To Service
dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua, minta maaf. Kita dengan rakyat ini
adalah untuk kita service rakyat dan pulangan kita selepas pada itu.
437
Pulangan dia mungkin kepada rakyat, dan secara tidak langsungnya
mungkin sistem percukaian kita, kita boleh perbetulkan. Kita perbetulkan
sistem percukaian, sebab tu kita dulu kita cadang buat GST. Orang takmboh
pulak. Sebab supaya orang tidak boleh lari. GST 6%, orang kata dok, SST
bagus, 6% campur dengan 10% campur 6%. Jadi 3% mo’oh . Saya dok
paham, sebab 6% orang kata tinggi, hok ni 10 campur 6 jadi 16, orang kata
tinggi hok mula, jadi saya tidak faham di sini.

Jadi tuan-tuan, saya berharap Kerajaan baru di bawah kepimpinan Yang


Amat Berhormat Menteri Besar sekarang ini, sebagaimana yang disebut oleh
Titah Tuanku sendiri pun saya juga tertarik dan saya ucap tahniah dan
syabas, yang mana Tuanku bertitah: “ Beta berasa sukacita dengan
kepimpinan memanda Beta, Yang Amat Berhormat Dr. Ahmad Samsuri
kerana telah berjaya mengamalkan konsep kepimpinan matang dan
sejahtera, tanpa mengirakan budaya politik dan kefahaman politik masing-
masing.” Ini bagus, takdok masalah. Dan kita pun faham. Kalau Yang
Berhormat kata, semalam Yang Berhormat Hulu Besut kata semalam, kalau
time nak bahas Bajet, suruh angkat tangan, kita angkat tangan belaka. Dah
memang dok hal Bajet pun, hal lain pun kita angkat tangan belaka. Tapi,
kita dok dapat menda-menda pun dakpe Yang Berhormat, kita tahu, dok
susah bab tu. Kalau Yang Berhormat Paka, takdok dah, pah kuana hala dah.
Zaman dia mapuh dia dok angkat tangan. Saya ada dalam Dewan ni juga,
saya tahu, jadi Yang Berhormat tuan-tuan, dengan perubahan yang dibawa
oleh kepimpinan Terengganu Sejahtera hari ni, kita mendoakan .....

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Laluan sekali.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):


Pulok…hor mari.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Terima kasih
Telemong.
Dah kalau angkat tangan belaka, ajak berlawan lepas ni angkat tangan dok?

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):


Berlawan lepas ni mangkah, bukan angkat tangan. Hor kita kerah orang

438
mangkah lah. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kat mana tadi dok
tahu, aku hok nilah .....(Dewan gelak) .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tak apa rileks, rileks Yang


Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):


Camba laa ni nak cari cari ni, duk ganggu-ganggu ni yang susah ni.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Urang hulu
dokleh gitu.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, jadi saya mengharaplah, macam pembangunan
di Tasik Kenyir, Kerajaan perlu teruskan, saya faham, dan juga kita tahu
dengan situasi ekonomi kita pada hari ini. Dan Yang Berhormat tidak boleh
menyatakan, Kerajaan tidak boleh menyatakan bahawa ini kesilapan
Kerajaan dahulu. Tidak. Sebab Kerajaan pada masa tersebut, ada barang
sikit, pitih ada masa tu, kita buat perancangan besar sikit. Takkan kita nak
buat perancangan kecil-kecil. Sebab kita Terengganu ni sudah jauh
ketinggalan daripada orang. Kita nak suruh orang melabur, orang takmboh
mari melabur, orang dok mari melabur, rakyat kita tak dapat peluang. Bila
kita melabur, maka memang kita kena keluar sikit. Lepas pada ni harapan
kita dengan infrastruktur yang kita buat, ada pelabur-pelabur luar dan
swasta yang boleh masuk dan boleh menguruskan perkara-perkara
tersebut. Dengan cerita dalam masa yang pendek, apa untung Kerajaan
buat benda ni? Tak ada untung Kerajaan, nama pun Kerajaan. Kalau
Kerajaan jadi jer Kerajaan, buat tabung suruh rakyat bayar hutang, tak
betul. Bila jadi Kerajaan, buat tabung minta rakyat mari buh dalam tabung
belaka, kita nak bayar hutang ni, hutang Kerajaan dulu banyak. Tu tak
betul, doksoh jadi Kerajaanlah mu. Ramai lagi orang boleh jadi Kerajaan.
Saya nak beritahu .....

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alor Limbat): Paka


masuk dah, Paka masuk dah tu.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):


Dakperlah .... (Dewan gelak) ….

439
YANG BERHORMAT HAJI SATIPUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Aii...
marah sapa tu? ...(Sambil gelak) ....

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Dok
marah, bukan marah, kabor …. (Sambil gelak) …. Yang Berhormat Paka ni,
memang dia, dia dok berapa nak lagi tu. Dakpe lah, dakpe.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebab tu saya kata saya berharaplah,
dengan, sebab saya melihat, saya melihat di Tasik Kenyir itu sangat ramai
orang yang hadir. Dan saya takut bila kita semakin suram, orang semakin
menurun hadir. Bila orang kurang hadir, peluang pekerjaan, berapa ribu
yang boleh diwujudkan untuk anak-anak tempatan di sini. Houseboat
sahaja, daripada dua tiga butir dulu, hari ni ada sampai hampir 100…

YANG BERHORMAT HAJI SATIPUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang
Berhormat, benda apa sakni dok dengar. Benda apa? Dokdang tangkap.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Houseboat, houseboat….(Dewan


gelak)….
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Hok
mana ni nak suruh ulang ni?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dia nak minta sebut houseboat.

YANG BERHORMAT HAJI SATIPUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):


Houseboat? Oh, okey okey…. (sambal gelak kecil) ….

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):


Sampai 100 buah hari ni. Berapa ramainya budak boleh kerja. Begitu juga
dengan pemandu pelancong, tukang masak dan sebagainya kerana hasil
yang kita buat. Orang nak gi tengok apa benda? Orang nak gi tengok ikan
kelah, Santuari Kelah. Orang nak gi tengok Taman Rama-rama. Mapuh pun
tak apa nak buat guaner, mapuh bukan kerja kita, dok? Kita nak buat.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Nasib baik ngaku
mapuh.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Habis
dah waktu Dato’ Yang di-Pertua ni. Sabar dulu, tengah sedap lagi ni.
440
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tapi tak boleh lama sangat Yang
Berhormat, kesian kat kawan-kawan.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):


Sekarang ni, Taman Rama-Rama, kita dah cuba nak buat yang terbaik, kita
ni memang gitulah Kerajaan. Pihak Kerajaan pun sama juga, lening dia baru
peringkat reka nak buat, dia kaborlah benda tu bagus, benda ni bagus,
pelaksanaan belum tentu. Jangan tebeng main jadi Kerajaan ni, aku duduk
doh belah alik nung, pening kepala. Kalah bola pun sakit kepala nak jawab.
Haa. Bolehlah ..... Mung jadi Kerajaan buat lepas pada ni. Yang Berhormat
Dato’ Yang di-Pertua .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Point terakhir, point terakhir.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Point
terakhir. Dalam banyak-banyak tu adalah benda-benda yang saya ada bisik
dah dengan Yang Berhormat Infastruktur orang kawasan saya jugak Kuala
Berang, tapi dalam kawasan payah jumpa dia ni, jumpa-jumpa Dewan
ginilah dia. Dang bisik ke dia, tolonglah saya kata Kampung Basun kampung
yang paling hampir dengan Tasik Kenyir orang mari ramai, jadi orang nak
sembahyang, masjid saya buat, saya cuba besar dah dulu tapi tidak padan,
orang mari ramai sehinggakan sembahyang di bawah kalau time panas gini
takpelah, sembahyang bawahpun, time hujan gok siang ke orang. Tu lah
saya harap, saya minta tolong sungguh. Bab tanah kita dah selesai, saya tak
dang dulu bukan takmboh buat, dok dang, lulus dah brok kalah lalu, mapuh
kerah. Nak kata guaner. Tengoklah dalam dalam peruntukan ada ke dok,
pah sudoh dok buat. Saya haraplah, saya jumpa dengan siapa-siapa dia pun
saya mintak tolong supaya memudahkan orang nak pergi dan juga orang
yang berada di sana untuk menunaikan ibadat. Soal dia nak beribadat nak
sembahyang tu cerita dialah tapi kita sebagai Kerajaan kena sediakan
platform tersebut, supaya mudah kepada mereka yang ke sana.

Dan juga saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat EXCO Belia Dan Sukan
Terengganu yang cuba membawa membuat perubahan sebagaimana yang
disebut semalam oleh Yang Berhormat Tepoh nak buat, tukar apa ni,
rumput di stadium. Sebenarnya memanglah, Yang Berhormat Tepoh
semalam dia pun menyentuh berkaitan dengan pembaziran yang berlaku di
Stadium Sultan Mizan, sebenarnya kita buat Kompleks Sukan Terengganu
441
adalah di antara kompleks Sukan yang terbaik di Malaysia kita cadang dulu,
yang terbaik dan kalau kita tengok pada hari ini pun tak ada negeri pun
yang tiada kompleks sukan, takkan kita takmboh buat, dan kalau kita nak
buat hari ini RM500 juta tidak cukup lagi. Kita buat masa itu, RM200 juta
padanlah tu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Soal
banyak-banyak nak runtuh nak buat guaner , runtuh se, sepuluh lagi tidak
runtuh. Guaner Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat, yang terakhir.


Sila-sila.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Hak
itu, bukan runtuh stadium, runtuh bumbung siapa dia nak. Kita dulu masa
merancang pun semua orang beri taklimat pada kita bagus. Oh, pakai besi
kuat ini Yang Berhormat, besi hok kukuh sekali kita import daripada nung,
betul ke tidak mung, natang mung tipu aku, dok. Bukan kita nak suruh
runtuh, kontraktor pun sama, doksoh dera dia, kontraktor pun tidak mahu
berlaku sebagaimana tersebut kerana kalau berlaku gitu confirm dia kena
gam tak leh projek berseharang, koho mampus dia. Tapi bukan kehendak
kita, soal dia runtuh, kita perbetulkan balik dan kita perbetul kita faham
dalam keadaan ekonomi pada hari ini, kita betul sikit-sikit, macam tukar
rumput, tapi kena tengok sistem sebab sistem pengairan, system
waterproofing dan sebagainya Yang di-Pertua, kalau tidak tengok, tukar pun
pelole jugak, benda yang sama akan berlaku. Ini benda yang kita kena
tengok dari segi teknikal betul-betul supaya ianya boleh memberi manfaat
kepada Sukan Nombor Satu Negeri Terengganu ini. Bola ini, Sukan Nombor
Satu di Terengganu ini, kalah bola, hancur kita jawapan dia, bengkak muka
EXCO nak beri jawapan. Tapi menang bola, yes bagus selalu. Itu budaya
kita, nak wak guaner .

Jadi tuan-tuan, yang akhirlah saya, banyak lagi Yang di-Pertua nak bercakap
ini, tapi takdok arohlah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Nak panjang, sidang akan datang


pula.
442
YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):
Sidang akan datang pula, terima kasih banyak. Saya Telemong, sama juga
menjunjung kasih dan merafak sembah Kebawah Duli Tuanku dan
menyokong Titah Ucapan Tuanku, terima kasih. Wallahu a'lam. Wabillahi
taufiq wal hidayah. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA : Terima kasih kepada Wakil


Telemong yang penuh semangat hari ini. Sila.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala
wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil alamin. Wabihi nastain. Amma ba’d.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat


Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang
Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para Pemerhati dan sidang hadirin yang
dihormati sekalian.

Pertama sekali saya ucap terima kasih kerana diberi peluang untuk sama-
sama membahas Titah Ucapan kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Sultan, saya juga menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Mulia
Tuanku Sultan. Walaupun kita bercakap tentang penyatuan ummah,
perpaduan tetapi jangan pula kita mengambil kesempatan oleh pihak
Kerajaan mungkin berasa lenang kata orang. Kita di pihak Pembangkang ini
tetap menjadi penyumbang yang betul tetap kita kata betul, yang salah
tetap kita kata salah. Jadi oleh sebab itu, kita berharap pihak Kerajaan
dapat memberi yang terbaik demi untuk rakyatlah, apa yang kita
perbincangkan di sini adalah semuanya tertumpu matlamat kita untuk
kesejahteraan rakyat.

Di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, lebih 20 perkara
dipesan ataupun diingatkan kepada kita dan beberapa perkara saya nak
sebut di sini iaitu yang pertama tentang pendidikan. Terlebih dahulu saya
ucap tahniahlah kepada semua pihak di atas kejayaan kita mengekalkan
kecemerlangan dalam peperiksaan SPM dan STPM dan juga kepada pelajar-
pelajar yang berjaya.

443
Walau bagaimanapun, kita tidak dengar sebab selama ini ada insentif
tertentu yang kita beri kepada sekolah-sekolah yang berjaya atau pun dan
juga kepada pelajar-pelajar berjaya tetapi kita tidak dengar sekarang ini
tiada liputan sama ada beri ataupun tidak saya tak tahulah, dan kita
berharaplah sedikit sebanyak Kerajaan Negeri dapat memberi insentif
kepada sekolah-sekolah dan juga pelajar-pelajar yang cemerlang ini.

Lebih-lebih lagi kita difahamkan sekolah-sekolah hari ini peruntukan


dipotong, dikurangkan dan kita mengharapkan Kerajaan Negeri memberi
peruntukan kepada sekolah-sekolah ini kerana ada setengah-tengah sekolah
sampai tidak dapat mengadakan Hari Sukan Sekolah hari ini, dan hantar
pelajar-pelajar yang menyertai Sukan Peringkat Daerah dan Negeri hanya
yang dia rasa boleh pingat sahaja. Betapa teruknya peruntukan kepada
sekolah-sekolah. Dan kita juga ucap terima kasihlah dalam Bajet 2019 ini
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM3.7 juta bagi pendidikan, tetapi
adakah peruntukan ini sampai ke sekolah-sekolah ini kerana sekolah-
sekolah ini masih lagi merungut kerana tiada bajetlah nak buat sesuatu
program, aktiviti dan sebagainya tidak ada bajet.

Jadi saya berharap Kerajaan Negeri mengambil perananlah dalam soal ini
supaya membantu, kerana inilah tempat kita untuk melahirkan modal insan
kita supaya modal insan kita ini menjadi yang lebih terbaik yang cemerlang
dan sekiranya peruntukan-peruntukan seperti ini tidak disalurkan sudah
tentu, kecemerlangan yang kita nak yang kita idam-idamkan ini tidak akan
tercapai.

Dan yang keduanya tentang bantuan petani dan nelayan. Kita tahu Kerajaan
Persekutuan telah mengurangkan bantuan-bantuan ini kepada petani,
golongan inilah petani dan nelayan ini dan setengah-setengahnya
dipotong terus. Jadi apakah sebab ini pun, ada soalan saya semalam tetapi
tidak sempat jadi saya berharap EXCO dapat gulungkan. Jadi, semalam
telah jawab, ada disalurkan peruntukan tapi dalam bentuk macam mana?
Kerajaan Negeri beri dalam bentuk apa? Biasanya petani dapat baja,
nelayan juga dari segi sara hidup dipotong RM200 dan juga berapa ramai.
Maksud saya mungkin dilakukan pemutihan dan sebahagian besarnya tidak
dapat setelah dilakukan pemutihan sara hidup ini tidak dapat, dan dipotong
RM100 hari ini daripada RM300 kepada RM200. Dan bagaimana Kerajaan
untuk mengimbangi kos sara hidup mereka dengan kehilangan RM100 ini,
apakah Kerajaan Negeri bantu kepada golongan ini. Dan yang ketiganya
444
tentang Manisfesto PAS, ada disebut juga dalam Titah Ucapan tentang Kad
Sejahtera. Ini tertumpu kepada golongan B40. Golongan orang susahlah.
Jadi, kita juga tidak dengar Kad Mesra ini dilancarkan dan sebagainya.
Mungkin saya tidak dengar, mungkin dah dibuat atau sebagainya. Tetapi, ini
perlu dilaksanakan lebih segeralah maksud saya kerana golongan ini perlu
diberi tumpuan. Jadi, maksud saya adakah Kad Sejahtera ini telah
dilaksanakan ataupun tidak dan kalau tidak dilaksanakan lagi kita berharap
disegerakan perlaksanaannya.

Dan yang seterusnya tentang 20,000 peluang pekerjaan dan sekarang ini
dalam keadaan ekonomi yang cukup suram, saya pun tidak tahulah sebab
kita juga tidak kedengaran bahawa peluang-peluang pekerjaan ini diberikan
kepada rakyat dan sejauh mana manifesto yang mengatakan 20,000
peluang pekerjaan ini telah dilaksanakan. Sebab kita juga difahamkanlah
EXCO ada buat lawatan ke luar negara dan sebagainya dan kita harap dapat
pelaburan-pelaburan baru dan kita juga nak tahulah impak daripada
lawatan-lawatan ini yang memberi manfaat kepada rakyat.

Dan akhir sekali saya nak menyebut tentang masalah di kawasan saya iaitu
yang pertama, bekalan air sejak bulan 10 lagi, bekalan air ke Pulau Redang
dicatukan dan difahamkan ada masalah kebocoran tetapi dah sekarang ini
hampir lima bulan dan enam bulan dah orang Pulau Redang ini tidak dapat
air dengan sebaik mungkinlah. Jadi saya berharap .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bocor atas darat ke bocor di dalam


air Yang Berhormat?

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Ya?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bocor tu, paip atas darat ke paip
dalam air, submarine?

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Paip dalam air biasanya ni. Payah sikit ni. Tapi, kalau dulu taklah sampai
setara ni. Sampai empat bulan, lima bulan ni. Jadi, saya berharaplah
Kerajaan Negeri mengambil perananlah sebab ini masalah berterusan lama
dah sebenarnya tapi saya ingatlah tidak seteruk ini sehingga empat bulan,
lima bulan Pulau Redang tidak sampai air, lebih-lebih lagi pulau ini pulau
445
pelancongan. Dalam Titah Ucapan Tuanku pun ada menyebut tentang
kehadiran pelancong dan sebagainya. Tetapi dengan masalah-masalah ini
mungkin kehadiran pelancong juga akan berkurangan.

Dan yang kedua tentang Rumah Mampu Milik di Pulau Redang kita nak tahu
juga status dia. Delay sokmo ni. Jadi, bila, berapa percent dah dan
sebagainya. Termasuk juga kawan saya kata ni, Pulau Perhentian, status
Rumah Mampu Milik Pulau Redang dan juga Pulau Perhentian. Dan yang
seterusnya saya ulangi sekali lagi ini kali yang ketiga mengenai pembinaan
Masjid Mengabang Lekor. Semua perkara pengambilan balik tanah telah
berlaku lama dah dan macam hok lain juga di zaman saya tidak sempat
lulus walaupun kita dah angkat ini dalam Bajet, tapi kita nak tahulah status
sebab Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah jawab dalam Sidang yang
lepas, projek ini akan diteruskan. Cuma kita tidak nampak apa ni berlaku
komitmen untuk menjalankan projek ini.

Dan yang seterusnya tentang tanah lot di Bukit Wan sebanyak 24 lot yang
tidak dapat diselesaikan walaupun telah ada penama-penamanya dan saya
difahamkan tanah lot ini telah dibatalkan dan akan diberi kepada penama-
penama baru. Jadi saya bimbang suasana yang tidak harmoni di dalam
kampung. Jadi kalau betul kita nak tengoklah yang kita sebut perpaduan,
penyatuan ummah dan sebagainya. Teruskanlah, kalau nak buka, bukalah
tanah lain, ambillah tanah lain. Janganlah kacau tanah hok dah selesai dan
sebagainya.

Dan yang terakhir satu lagi iaitu Rumah PPRT yang telah siap di zaman BN
memerintah dululah dan telah ada juga penama. Juga telah ditangguhkan
pemberiannya. Jadi saya bimbang rumah ini akan jadi rosak kalau orang
dok masuk. Rumah siap dah, rosak dan sebagainya. Jadi, beri jelah kepada
penama, dia orang pun dah tahu…..

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang
Berhormat, minta laluan, minta penjelasan rumah di mana tu?

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Di
Wakaf Cagak.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Apa
tu?
446
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Wakaf Cagak.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Wakas?

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Wakaf Cagak.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Cagak? Ooo di Batu Rakit?

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Oh, Batu Rakit.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Okey. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Cakap Batu Rakit boh. ...(Dewan gelak) ... bukan Bukit Tunggal ni. Batu
Rakit boh. Kita masalah kita jer. Jadi itulah sedikit sebanyak dan Batu Rakit
pohon menyokong. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Wassalum’alaikum
warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Batu Rakit. Sila
Wakil Bukit Besi.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi):


Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir
Rahim. Alhamdulillahir Rabbil ‘Alamin. Wassalatu wassalamu'ala
asrofil anbiya iwal mursalin, Sayyidina Muhammadin wa'ala alihi wasohbihi
ajma'in.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Terengganu, barisan Ahli-ahli EXCO, Ahli-ahli Yang
Berhormat, Ketua-ketua Jabatan…..

447
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhomat, saya ganggu
sekejap yer. Saya lepas pada Yang Berhormat Bukit Besi, saya nak bagi
seorang lagi sebelum apa nama ni ADUN Kijal dan juga Batu Burok. Okey,
sila sambung.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Para
Pemerhati, tuan-tuan, puan-puan yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah
ada kesempatan juga pada saya pada pagi ini untuk sama-sama mengambil
bahagian dalam Menjunjung Kasih Keatas Titah Ucapan Tuanku yang
disempurnakan di Majlis Perasmian dua hari yang lepas. Dan izinkan saya
melahirkan ucapan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku di atas Titah Ucapan dan keprihatian yang saya rasa amat berat
untuk kita sama-sama memainkan peranan dan tanggungjawab yang
diamanahkan oleh rakyat iaitu menyeru ke arah perpaduan dan
keharmonian demi memenuhi agenda rakyat dan pembangunan yang
tersusun dan berterusan bagi Negeri Terengganu kita.

Di atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan yang amat tinggi lagi


mendalam ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga menyeru kita
semua mengetepikan politik kepartian dan turut mengingatkan kepada kita
iaitu anasir-anasir luar yang cuba menggugat keharmonian dan kestabilan
kita di Terengganu khasnya dan juga Malaysia amnya. Sebelum ini kawan-
kawan kita dah ramai yang menyentuh tentang keharmonian dan
perpaduan. Jadi itulah sebenarnya yang sesungguhnya pada kita bagi
Negeri Terengganu sama-sama mengambil perhatian yang begitu serius,
bukan untuk kita tetapi untuk rakyat Negeri Terengganu keseluruhannya
untuk menjayakan misi dan visi Kerajaan pimpinan baru ini akan dapat
dilaksanakan dengan lebih baik lagi.

Dan saya di sini, saya ingin melafazkan syukur kehadrat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala kerana dengan izin dan inayah-Nya jua saya selaku Ahli Dewan
Undangan Negeri Bukit Besi dengan rasa penuh tanggungjawab berdiri di
sini untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Di Atas Titah Duli Yang
Maha Mulia Tuanku merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kedua
Dewan Undangan Negeri Terengganu Bagi Kali Yang Keempat Belas. Dan
saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-
Pertua kerana memberi kesempatan dan peluang kepada saya untuk
membahaskan usul tersebut.

448
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa perkaralah ingin
saya ajukan di sini. Saya amat menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku yang telah menitahkan agar Kerajaan berusaha menjadikan
Terengganu destinasi pelaburan dengan memberi fokus menurunkan cost of
doing business di Terengganu. Oleh itu, moleklah kalau pihak Kerajaan yang
telah merangkakan satu pelan yang cukup baik. Wakil Rantau Abang
sebenarnya hari tu tak sempat. Katanya tujuh strategi PITAS ni, hanya
sempat dua. Jadi saya pada kesempatan ini ingin berkongsilah maklumat
yang jelas supaya dapat kita sama-sama dapat kongsi maklumat itu.
Sebelum ni, kita tahu PITAS, tapi kita tak tahu maklumat yang lebih tepat
dan jelas untuk kita pastikan supaya rakyat di bawah sana juga dapat
mengambil maklumat-maklumat ini. Dan kita nak tahu apakah aktiviti atau
program-program yang akan ada dalam kerangka PITAS ni. Maaf saya nak
cakap ni, sehingga kini dah setahun dah, setahun tak sampai lagi dok,
sepuluh bulan.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya, belum.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Sepuluh
bulan PITAS diumumkan. Tetapi tiada satu pun lagi, Town Hall mengenai
PITAS dilakukan kepada kepimpinan masyarakat, mahupun kakitangan
Kerajaan serta juga kita sendiri di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat,
rasanya setakat ini, saya sendiri pun tak pernah dijemput lagilah seingat
saya ke taklimat ataupun apa-apa forum mengenai PITAS yang
dikerangkakan ini. Maaflah bukan apa, kita meluahkan rasa ini kerana kita
nak bekerjasama kawan-kawan kita semua tadi dah sebut jadi semangat
untuk bekerjasama ni cukup tinggi di kalangan kita, jadi kita nak biarlah
dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat, Negeri Terengganu kita ni dapat
sama-sama memajukan sepertimana saranan Titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Tuanku. Perlu diakui, kerjasama perlu digerakkan untuk
meningkatkan keupayaan pertumbuhan ekonomi negeri dijangka kekal
lembap, ada kawan-kawan kata suram, tapi saya ambil ayat berhemah sikit
ni, yang dijangka kekal lembap pada tahun 2018 ni. Ni baru nak masuk
2019, kita perhatikan banyak kini kedai-kedai ditutup operasi yang secara
tidak langsung mewujudkan pengangguran. Oleh itu, saya amat
mengharapkan Kerajaan dapat menggerakkan PITAS, yang mampu
memfokuskan pertumbuhan ekonomi agar pertumbuhan tahun ini dan
tahun-tahun yang akan kehadapan bergerak lebih memberansangkan lagi.

449
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, keprihatinan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Tuanku Sultan ke arah keusahawanan juga menarik minat saya
untuk turut merakamkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Yang Amat
Berhormat Menteri Besar yang akan memperuntukkan, betul dah ayat saya
tu dok? Yang akan memperuntukkan dana RM15 juta iaitu Tabung
Usahawan Sejahtera Terengganu (TUGAS). Saya difahamkan ini merupakan
jumlah yang terbesar yang pernah diperuntukkan kepada YPU bagi
membantu usahawan ini, sebab saya lama juga jaga usahawan ini tak
pernah peruntukkan sebegini rupa besarnya. Hebat dan terbaik bossku,
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, boss kita semualah dok. Dah Kita nak
kerjasama dahkan. Namun, dalam masa yang sama cuma nak berkongsi
pengalaman dan ingatan, usahawan bukan nak dengar peruntukkan
sebenarnya. Kaborlah banyak mana peruntukkan pun, pada usahawan biasa
saja. Tetapi mereka nak pitih, kita kabor peruntukan dia dengar jer, tapi dia
nak pitih dengan cepat. Hok ni kepada EXCO Usahawanlah, Kota Putera.
Saya tumpang suka dengan juta-juta tu, saya sendiri pun rasa, nak tu
doklah sebab kita tak niaga, tetapi kepada usahawan. Tetapi saya juga
terima keluhan daripada usahawan sebenarnya, yang dia kata dah hantar
borang bulan Disember 2018, beberapa bulan lepaslah, dan bulan Januari
2019 tetapi hingga kini belum dapat lagi keputusan lulus atau gagal
permohonan ini. Kalau telefon Pejabat YPU pun cakap dengan Bahagian
Pembiayaan, pegawai situ jawab, banyak terima permohonan, jadi kena
sabar dulu, betul dah, dan hok menariknya ada juga yang dapat jawapan
peruntukan Kerajaan tak hantar sepenuhnya lagi ke YPU. Kalau boleh kita
dimaklumkan berapa permohonan, tolong bagitahulah, kita nak tahu juga,
berapa permohonan ke ada tanya tak silap tadi, tambahan tadi dok?
Takpelah saya cuba itu balik sebab mungkin sama tu. Berapa permohonan
yang sudah diterima sejak Disember sehingga kini dan berapa jumlah
bilangan yang telah diluluskan. Jumlah Ringgit Malaysia. Faham sajalah,
dalam keadaan hari ini, orang niaga nak pitih cepat, dia nak buat modal.
Saya sebenarnya dalam hal ini saya, masa saya dulu saya senantiasa
mengingatkan kepada pegawai-pegawai di YPU sebenarnya, kita kena ingat,
usahawan-usahawan kita tu mari dari Kemaman, mari daripada Besut
dengan masalah nak bawa masalah ke kita, dengan harapan yang begitu
tinggi, mungkin dia mari sewa kereta, mungkin dia mari dengan motosikal,
kalau hari hujan dia berbasah, kalau hari panas makna berpeluh, nak
sampai ke Pejabat YPU. Tetapi apabila dia sampai ke Pejabat YPU dengan
layanan yang tidak sempurna, akan menyebabkan usahawan-usahawan kita
merasa kecewa. Jadi inilah kita nak supaya, pegawai-pegawai kita di Pejabat
450
YPU tu, tolong tengok-tengok dan timbang-timbangkanlah kepada
usahawan-usahawan kita apatah lagi dengan peruntukan yang akan
disediakan oleh Kerajaan satu jumlah yang cukup besar. Saya
mengharapkan Kerajaan atau pengurusan YPU menjelaskan keadaan
sebenarnya kepada pemohon dan kalau boleh tempoh menunggu itu
janganlah lama sangat, buatlah acap sedikit, orang Terengganu kata
buatlah kerek sikit mesyuarat itu kalau dua tiga kali sebulan pun, buatlah
demi untuk beri keselesaan dan kemudahan kepada usahawan-usahawan
kita. Satu lagi harapan agar kalau boleh pemohon boleh buat semakan
sendiri secara online, ini cadanganlah, bagaimana status permohonannya.
Kita nak Kerajaan kita hebat. YPU sudah melatih ramai usahawan-usahawan
digital, moleknya segala permohonan dan semakan pun boleh dilakukan
secara digital sebab keusahawan ini masih dekat di hati saya sebenarnya
dan amat faham sangatlah masalah kewangan orang niaga terutamanya
yang hantar borang pinjaman. Secara umumnya saya mengambil
pandangan positif usaha terbaik Kerajaan memberi fokus kepada
keusahawanan itu namun kami merasakan beberapa pembaikian
mekanisma boleh dilakukan untuk memenuhi harapan para usahawan dan
menjadikan IKS penjana ekonomi negeri dalam situasi ekonomi kini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, menarik perhatian saya juga bila
Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut memberi pandangan terhadap
Revolusi Industri 4.0 dan TD1303. Kalau dahulu TD1303 diketuai oleh
seorang CEO, dan diletakkan di bawah UTENT. Namun difahamkan kini
masih lagi belum ada lagi CEO, betul tak betul, dan difahamkan juga UTENT
pun sudah dibubarkan, jadi apakah halatuju TD1303 dan apakah fokus
usahawan nak start yang akan dibangunkan di TD1303? .... [Buzzer timer
berbunyi] ..... Boleh saya teruskan Yang di-Pertua?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Habis dah masa Yang Berhormat.


YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Sikit lagi
saya ambil masa.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Satu minit sebab kita ada ADUN
Kijal, lepas itu ADUN Batu Burok, lepas tu tadi saya janji ada seorang lagi,
kan? Ada tak? Tak ada dah kan? Tak ada dah ya? Boleh sikit lagi.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Kita
juga hendak tengok secara moleklah matlamat atau objektif kewujudan
451
TD1303 dikekalkan dengan mungkin ambil sikit kalau kata ada kelemahan di
situ di sini untuk kita ubah suai strategi dan program agar agenda ke arah
melahirkan digital citizen atau usahawan yang mampu memacu IR 4.0. di
Terengganu dapat kita rancakkan. Dan pada kesempatan ini juga saya nak
mendapatkan kesahihan atau kepastian apakah inisiatif-inisiatif terbaru
untuk menarik usahawan-usahawan tempatan atau pelaburan tempatan
untuk menggerakkan IR 4.0. di Terengganu.

Seminit, dang lagi dok? Sebelum saya mengakhiri Ucapan Junjung Kasih
Atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia marilah kita sama-sama
memahami seruan dan harapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
untuk melihat Terengganu maju dan rakyatnya sejahtera. Justeru itu atas
nama perpaduan, saya walaupuan duduk di meja sebelah sini bersiap sedia
akan memberi kerjasama demi agenda nak tengok Terengganu maju
macam yang viral lening, ‘Malu Apa Bossku’, hebat sangat sekarang ini, dia
viral ‘Malu Apa Bossku’. Jadi begitu jugalah dengan harapan saya untuk
melihat Negeri Terengganu kita ini akan dapat negeri yang terbaik dan
rakyatnya sejahtera. Justeru itu kalau kita buat tegur dan memberi
pandangan yang agak berbeza atau bercanggah sikit bukanlah bermakna
kita ini nak membangkang atau memandang secara negatif. Kita sayang
Terengganu, kita rakyat Negeri Terengganu memang kita sayang
Terengganu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang terakhir Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Ya.
Okey, yang terakhirnya, saya tak boleh habis jugalah, tak apalah untuk akan
datang pula. Jadi sekali lagi saya nak ucap terima kasih kepada Yang
Berhormat Yang di-Pertua yang telah memberi ruang dan peluang kepada
saya, sama-sama mengambil bahagian dalam Titah Ucapan Tuanku.
Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah. Assalamu’alaikum warahmatullahi
ta’ala wabarakatuh. Bukit Besi turut menyokong. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Bukit Besi, akhirnya


saya menjemput Wakil Kijal, selaku ketua .... Tak apalah ya deh sebut Ketua
Pembangkang yang baru, beri semangat sikit, untuk mengambil bahagian
dalam perbahasan ini. Sila.

452
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal):
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang
Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang
Berhormat, Ketua Jabatan, dan para Pemerhati sekalian.

Alhamdullilah saya bersyukur ke hadrat Allah Ta’ala kerana saya diberi


peluang oleh Yang di-Pertua untuk turut sama membahaskan Ucapan
Junjung Kasih Atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
semasa Perasmian Sidang Dewan yang lalu. Saya nak pendekkan hanya ada
beberapa perkara. Pertama, saya ingin menyentuh Ucapan Tuanku
mengenai kewujudan Terengganu Silica Valley iaitu di Jambu Bongkok yang
mana kita sedar bahawa ini merupakan aset utama Terengganu kerana
mengikut kajian, silika yang terdapat Terengganu boleh bertahan jika
diusahakan secara mampan selama 75 tahun. Justeru itu, apa yang saya
harapkan Kerajaan Negeri harus berhati-hati menarik para pelabur kerana
kita ada dua aset utama yang dulu saya telah laksanakan di samping silika
dan juga bauksit kalau boleh kita mencari pelabur-pelabur yang datang
membuka kilang di sini. Ini adalah kerana apa yang berlaku hari ini, tahulah
kebanyakan pelabur ini kung kali kung, ikut syarat kita dia mesti mengeluar
produk sekurang-kurangnya separuh siap tapi kita tidak mahu bahawa
apabila mereka diberikan kelulusan mereka mengeksport silika ini secara
bahan mentah, raw sahaja ke luar negara. Ini sudah tentu merugikan kita
dan saya harap kita telah ada kelulusan diberikan dulu. Saya berharap
Kerajaan Negeri berhati-hati membuat pemantauan tentang apa yang
berlaku kerana saya dimaklumkan telah mulai silika kita ini dieksport ke luar
negara secara bahan mentah bukan sekurang-kurangnya separuh siap.

Begitu juga dengan bauksit kita yang juga merupakan aset yang ada pada
Terengganu di samping minyak, justeru itu kita juga kalau boleh saya
harap Jawatankuasa Pelaburan Negeri dapat menarik pelabur-pelabur
datang dan pastikan mereka ini boleh membuka kilang mereka di sini. Kita
beri keutamaan kepada pelabur-pelabur dan kalau kita beri kepada mereka
yang hanya nak ambil, punggah dan pergi, ini sudah tentu merugikan kita.
Ingin jugalah saya memberi peringatan kepada Kerajaan Negeri supaya
berhati-hati.

Yang kedua, secara ringkasnya Kerajaan Negeri merancang untuk membina


20,000 unit Rumah Mampu Milik kepada rakyat Terengganu walaupun saya
453
percaya angka ini adalah begitu besar, mungkin ini di luar kemampuan kita.
Walau apa pun, saya melihat dari segi positif saya harap EXCO berkenaan
dapat merealisasikannya kerana bagi saya, masa saya dulu kita hanya buat
janji 10,000, kita hanya dapat buat 9,000 lebih itupun dalam keadaan duit
kita agak lebih sedikit ketika itu berbanding sekarang ini kerana kita sedar
bahawa kalau ikut Bajet sebagaimana dimaklumkan oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar hasil daripada petrol sahaja kira-kira RM1.4 bilion
dengan harga antara USD 60 – 70 tapi bila ditolak 25% kita hanya tinggal
lebih kurang RM1 bilion 50 juta sahaja dan kita campur lagi dengan hasil
Terengganu, hasil-hasil lebih kurang RM350 juta menjadikan pendapatan
kita lebih kurang RM1.4 bilion. Sedangkan dalam Bajet kita tulis RM2.015
bilion, kekurangan lebih kurang RM600 juta. Inilah cabaran yang terpaksa
dihadapi oleh Kerajaan Negeri dan juga rakyat Terengganu kerana kita
sedar, kalaulah diikutkan keadaan biasa memang tidak mencukupi kerana
saya rasa tidak ada Kerajaan Negeri lain, yang mana Kerajaan Pusat
berhutang dengan Kerajaan Negeri kecuali Terengganu. Kalau kita hutang
RM700 juta lebih, ditolak dengan RM1.7 bilion lagi yang ada untuk
pembinaan lebuh raya, kita ada lebih kurang RM100 bilion lagi dicampur
dengan lebih kurang RM400 atau RM600 juta lagi duit yang patut
dipulangkan RM230 juta setahun makna kita akan ada lebih kurang RM1.6
bilion. Sebab tu saya katakan tadi bahawa Kerajaan Pusat candat hok kita.
Dia potong 25% tapi bila dia berhutang dengan kita, dia mintak tangguh
dulu. Boleh tangguh sementara tapi saya harap tapi Menteri Besar tulis
surat dengan kadar faedah yang tertentu, 8% bolehlah kata. Ni nok kecek
kita sokmo. Sebab itulah saya harap bahawa, sebagaimana yang disebut
tadi, saya ada sebut bahawa Kerajaan Negeri telah berkolaborasi dengan
Tok Arau Sdn. Bhd. Tapi Yang Berhormat EXCO jawab tidak ada, tu
Kerajaan dulu. Tapi bila saya check, sebenarnya Kerajaan sekarang kerana
saya dapat maklumat ini lebih kurang tiga minggu yang lalu. Saya harap
Yang Berhormat dapat betulkan dengan Tok Arau Sdn. Bhd. kerana katanya
Kerajaan Negeri nak bayar 50% harga rumah yang dibina nanti. Bagi saya
ini suatu yang membebankan, saya rasa Kerajaan mungkin tak mampu dan
sebagainya.
Yang ketiga, ringkas-ringkas Yang di-Pertua, iaitu saya mengharapkan
Kerajaan Negeri mengambil perhatian yang serius mengenai Pembangunan
Tasik Kenyir dari segi sektor pelancongan kerana Terengganu tidak boleh
tidak lari dari jadikan pelancongan sebagai agenda utama dan saya harap
kita boleh fokus. Kalau kita nak buat belaka, ecer belaka kata orang, sini
nak buat, sini nak buat, akhirnya tak jadi. Ada peruntukan RM100 juta, bagi
454
sini RM2 juta, bagi sini RM3 juta, akhirnya tak dapat apa-apa. Lebih baik
kita fokus kepada Kenyir sahaja kerana saya percaya Kenyir mempunyai
potensi yang besar sebagaimana yang dibentangkan oleh Duli Yang Maha
Mulia Tuanku iaitu ada 3 parameter yang sepatutnya dikuti oleh Kerajaan
Negeri:-

1. Meningkatkan jumlah kedatangan pelancong.


2. Meningkatkan tempoh tinggal pelancong.
3. Meningkatkan perbelanjaan pelancong di Negeri Terengganu.

Ketiga-tiga ini boleh dilaksanakan, boleh kita realisasikan kalau kita


bangunkan Tasik Kenyir. Kerana dulu kita merancang untuk membina kira-
kira permulaan 30 unit kedai atau Premium Outlet Kenyir. Kalau ini dapat
dilaksanakan, maknanya pelancong akan boleh syarat dia tinggal sekurang-
kurangnya dua malam di Tasik Kenyir. Kedua, mereka boleh shopping di
Tasik Kenyir. Dan ketiga, kita boleh jual dengan harga yang murah
kompetetif, berbanding dengan tempat-tempat lain, kerana saya telah buat
survey hampir sebahagian besar dunia ini tempat-tempat sama ada Factory
Outlet atau Premium Outlet yang boleh kita laksanakan. Pelan telah siap,
tinggal lagi dilaksanakan Yang Berhormat Yang di-Pertua. Dan kita lihat
sendiri, walaupun satu ketika dulu saya diperkecilkan dalam keadaan kata
orang kita nak bersama ni dok kasor sangatlah, hok dulu bahang parok dah
ning. Orang kata saya bila kita bangun Tasik Kenyir, orang kata, siapa nak
gi kat jin tendang. Saya takmboh sebutlah siapa yang kata tu tapi dia
faham-faham sendirilah. Tapi hari ini, diakui sendiri oleh Yang Amat
Berhormat Menteri Besar dalam Ucapan Bajet dia pada untuk 2019,
kedatangan pelancong 2017 ke Kenyir seramai 817 ribu. 2018 angka belum
keluar, dan saya jangka insya Allah sekurang-kurangnya 2019 ini angka
akan mencapai 1 juta lebih. Ini adalah kerana kita lihat sendiri hari ini,
hampir 100 houseboat yang ada di Kenyir tak cukup lagi. Itu kita belum siap
lagi Kawasan Bebas Cukai, Premium Outlet yang kita nak bangunkan,
kemudahan hotel dan lain-lain lagi. Sebab itu saya kata kita fokus pada
membangunkan Tasik Kenyir, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Dan
kita lihat sendiri bahawa Kenyir ini sebenarnya mempunyai keistimewaan-
keistimewaan yang tertentu. Kalau kita ingin lihat berbanding tempat-
tempat lain, kalau di Pulau Perhentian hingga ke 200 ribu setahun datang
melawat, Pulau Redang lebih kurang 250 ribu, Pulau Kapas lebih kurang 80
ribu tapi Kenyir telah mencapai angka kalau kita buat insya-Allah mencecah
1 juta dan akan datang lagi malah kita boleh jangkakan sekurang-
455
kurangnya 100 ribu sebulan akan melawat Kenyir sekiranya semua
kemudahan–kemudahan ini dapat disediakan. Justeru itu saya pohon
Kerajaan Negeri fokuskan sektor pelancongan terutamanya di Kenyir.
Banyak perkara yang boleh kita lakukan dan dulu saya dah beritahu kepada
Kerajaan Negeri supaya memindahkan terowong air, gelongsor air yang
berada di Zoo Kemaman itu ke Tasik Kenyir untuk tambahkan kemudahan
yang ada kerana ianya sekarang tidak berubah, ia perlu dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu saya juga ingin menyentuh mengenai
kemajuan fizikal Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus dan Bandar Baru
Kijal. Disebut oleh Tuanku dari segi infrastrukturnya telah pun mencapai
lebih daripada target dari segi kesiapannya. Saya ucapkan terima kasih
cuma saya nak tambah sikit, saya mintak, merayu Kerajaan Negeri kerana
dalam Manifesto PAS juga ada menyebut mengenai Bandar Lestari. Sebab
saya menjadi EXCO Kerajaan Negeri lebih kurang 15 tahun dalam Kerajaan
Tempatan, dan 5 tahun sebagai Yang di-Pertua Majlis Daerah
Kemaman. Jadi antara yang kita wujudkan di bandar-bandar baru ini adalah
mewujudkan jalan tiga lorong kerana dua lorong kata orang dah ketinggalan
zaman obsolete. Sebab tu bandar-bandar kita hari ni semuanya jammed nak
besarkan lagi tak boleh, nak design tak mencukupi dan sebagainya. Sebab
tu kita bangunkan Bandar Kuala Nerus dengan tiga lorong sebelah, jadi
enam lorong termasuk juga Bandar Baru Kijal. Jadi Kerajaan Negeri
terdahulu telah meluluskan peruntukan hingga RM230 juta untuk
kemudahan infrastruktur termasuk jalan tiga lorong sebelah tetapi saya
difahamkan akhirnya Kerajaan Negeri yang baru telah mengurangkan
kepada dua lorong sahaja. Jadi sudah tentu keadaan ini akan menyulitkan
pada masa depan kerana satu, melibatkan kos. Kalau dibuat masa depan,
kosnya lebih tinggi. Jadi saya haraplah supaya Kerajaan Negeri fikir kembali
supaya tiga lorong ni diteruskan. Mahu tak mahu kita buat juga akan datang
tu tapi kosnya akan berlipat kali ganda. Kalau buat, buat sekaligus saya
kata, begitu juga dengan longkang dan sebagainya. Dan saya haraplah
bahawa perkara-perkara ini dapat dilaksanakan dan saya percaya bahawa
kita ingin melihat Terengganu terus maju dengan peruntukan yang kita ada
dan saya sedar Kerajaan Negeri akan mengambil masa yang besar
menunaikan tanggungjawabnya melaksanakan program-program yang saya
sebutkan tadi kerana Bajet RM2.05 bilion ini adalah satu angka yang tidak
mungkin dapat dilaksanakan sekiranya Kerajaan Pusat tidak memberikan
peruntukan sewajarnya sebagaimana yang diputuskan. Saya sedar bahawa
inilah yang berlaku sekarang ini, mungkin Perdana Menteri bersetuju tapi
456
Menteri Kewangan kata tak ada duit dan akhirnya PM terpaksa akur pada
kehendak Menteri Kewangan. Sebab tu saya menawarkan diri untuk sama-
sama kalau sekiranya ada kesempatan untuk jumpa PM ke, Lim Guang Eng
sebab saya kenal dia, saya pernah bersama-sama beberapa tahun dulu,
dalam mesyuarat dan sebagainya. Dan saya tak kisah saya kata. Saya jenis
buat peluru tak apa. Saya bila saya marah tak kira siapa. Tak ada hal bagi
saya. Apatah lagi dia parti lain kita parti lain tak boleh pecat. Hok parti sama
nak pecat pun tak pecat stabuk. Sepatutnya pecat lama dah ni Mat Said ni
tapi nok kata guane dokleh pecat. Payah sikit. Sebab tu arwah mok saya
kata, saya masa beranak dulu, tali pusat panjang do’oh lalu. ...(Dewan
gelak) .... Dia berlilit pah tekok. Jadi maknanya, sebab kata tu lah nak dapat
payah, nak jadi Menteri Besar pun payah gok dulu. Nak berhenti pun bolok
juga. Nak maapuh pun payah jugak. Dok mapuh jugak. Jadi nak kata
guaner. Jadi umur panjang dalam politik. Jadi sebab tu saya kata, saya nak
tengok bahawa Kerajaan Pusat tidak boleh memperkotak-katikkan Kerajaan
Negeri dan rakyat Terengganu. Kita mesti ada stand, satu pendirian demi
kepentingan rakyat, kita berjuang bersama. Tak kisah. .....(Tepukan
sokongan)..... Saya sanggup menjadi galang ganti. Sebab itu kita haraplah
biar mesej ni sampai kepada Kerajaan Pusat, Kerajaan Pusat jangan tipu
rakyat. Janji lain nak buat lain. Saya kata saya rapat dengan Tun Mahathir,
sepatutnya saya orang pertama masuk parti dia. Tapi saya tak bersetuju
dengan beberapa langkah yang dibuat. Saya sebab itu saya kata, jangan
cuba bermain politik terlalu banyak sangat. Kita nak lihat Kerajaan membela
rakyat bukan Kerajaan menipu rakyat. Ini yang perlu dilakukan. Cakap
mudah, nak buat payah.
Sebab itulah saya sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, ingin memohon supaya
apa yang saya sebutkan ini diberi perhatian serius oleh pihak Kerajaan
kerana kita sama-sama bertanggungjawab untuk memberikan kemudahan
keselesaan kepada rakyat sebagaimana yang kita janjikan kerana kita
sebagai pemegang amanah yang akan dipersoalkan suatu ketika nanti.

Justeru itu sekali lagi saya mengambil kesempatan ini Menjunjung Kasih
Atas Titah Perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyampaikan Titah
Ucapan yang mulia ini dan saya turut sama menyokong dan juga
mengucapkan terima kasih di atas Titah Ucapan Baginda di Dewan Negeri
tiga hari yang lalu. Mudah-mudahan Allah merahmati kita. Sekian.
Wassalamualai’kum warahmatuallahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang
Di-pertua.

457
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikumus salam warahmatullah.
Terima kasih banyak pada Wakil Kijal yang telah banyak sebenarnya tadi
memberikan ucapan perbahasan termasuk memberikan nasihat kepada
pihak Kerajaan yang ada. Seterusnya saya jemput pembahas yang terakhir
iaitu Wakil Batu Burok. Selepas pada ini sebenarnya kita rehat, petang nanti
akan dibuat penggulungan oleh pihak Kerajaan. Saya persilakan Wakil Batu
Burok.

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu


Burok): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, wassalatu wassalamu’ala
Rasulillah waba’. Suka untuk saya memulakan perbahasan ini dengan
memetik firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

‫ن‬
ِ ‫ف َونَ َه ْوا َع‬ َ ‫صاَل َة َوآتَ ُوا ال َّز َكا َة َوَأ َم ُروا بِا ْل‬
ِ ‫م ْع ُرو‬ َّ ‫اموا ال‬ ُ ‫ض َأ َق‬
ِ ‫م فِي اَأْل ْر‬
ْ ‫ه‬
ُ ‫ك َّنا‬ َ ‫الَّ ِذ‬
َّ ‫ين ِإنْ َم‬
َ ‫م ْن‬
‫ك ِر‬ ُ ‫ۗ ا ْل‬
‫ور‬ ‫ُأْل‬
ِ ‫ه َعاقِبَ ُة ا ُم‬ ِ َّ‫َولِل‬

Bermaksud: Orang-orang yang kami berikan kekuasaan di bumi mereka


mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan menyuruh perkara yang
makruf dan mencegah perkara yang mungkar dan kepada Allah jua lah
kesudahan segala urusan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-
ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-
ketua Jabatan tidak lupa juga kepada rakan-rakan media, Pemerhati-
pemerhati yang dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta’ala sekalian. Menjunjung
kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan atas Titah Baginda
yang saya kira merangkumi kesemua aspek berkait dengan pentadbiran
Kerajaan Negeri dan juga perbahasan-perbahasan sama ada daripada pihak
Kerajaan mahupun daripada pihak Pembangkang yang telah menyentuh
sudut-sudut penting yang telah digariskan di dalam Titah Tuanku Sultan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin
mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Negara Brunei,
negara jiran kita yang mana telah mengisytiharkan untuk melaksanakan
Hukum Jenayah Syariah sepenuhnya bermula daripada 3hb. April yang
lepas. Bermula daripada beberapa hari yang lepas dalam ucapan yang telah
disampaikan oleh Sultan Brunei yang saya kira ia adalah satu perkara yang
458
sangat besar dalam konteks Kesultanan Islam di Tanah Melayu. Walaupun
sebuah negara kecil tetapi sanggup untuk melaksanakan perkara yang
sangat besar ini walaupun berdepan dengan berbagai-bagai ancaman
khususnya daripada kuasa-kuasa besar dunia. Ini adalah merupakan salah
satu daripada mata rantai Kesultanan Islam di Tanah Melayu ini daripada
utara di Selatan Thailand seterusnya di Selatan Kesultanan Brunei dan lain-
lain lagi dan sehinggalah di Tanah Melayu ini yang telah memartabatkan
syariat Islam beratus tahun lamanya. Berdasarkan kepada semangat inilah
kita melihat bagaimana dalam Titah Tuanku Al-Sultan menekankan perkara
pertama menunjukkan kepada kita bagaimana keprihatinan Tuanku berkait
dengan ancaman-ancaman semasa yang berlaku terhadap Islam. Pihak-
pihak tertentu yang ingin mencuba bagi menggugat keharmonian,
keamanan dan kestabilan yang telah terbina sekian lama di bumi Malaysia
yang tercinta ini. Dan kita melihat bagaimana dalam Titah Tuanku yang
menyebut bagaimana di sana terdapat pihak yang berani melakukan
perkara-perkara yang menyentuh kesucian agama Islam, memperlekehkan
Institusi Diraja dan banyak lagi perkara yang berpotensi mengakibatkan
kejadian yang tidak diingini berlaku. Kita melihat PAS sebagai sebuah Parti
Islam sudah tentulah menjadikan agenda Islam adalah agenda yang paling
penting bukan sahaja ketika menjadi parti pembangkang bahkan juga ketika
menjadi parti yang memerintah. Inilah yang ditunjukkan oleh PAS yang
memerintah di Kelantan dan juga di Terengganu ini walaupun disebut oleh
Yang Berhormat Hulu Besut, PAS ni memerintah hanya satu penggal sahaja
tetapi saya melihat satu penggal pemerintahan PAS khususnya pada
penggal lepas telah berjaya mengembalikan semula Undang-Undang Tubuh
Asas Negeri Terengganu yang bertunjangkan kepada Al-Quran, As-sunnah,
Ijmak dan Qias yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum ini
walaupun beberapa penggal. ....(Tepukan sokongan) .... Itu cerita
lamalah.

Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli-ahli Yang berhormat, lanjutan daripada


apa yang ditekankan di dalam Titah Tuanku, timbul agenda perpaduan
ummah yang banyak disentuh oleh rakan-rakan saya semalam dan juga hari
ini, Yang Berhormat Kijal Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Telemong,
Yang Berhormat Batu Rakit cuma Yang Berhormat Hulu Besut banyak kali
sebut bersatu. Saya bimbang juga, saya doakan mudah-mudahan beliau
dan kita semua istiqomah dalam perjuangan Insya-Allah. Apa yang
penting bagi saya lafaz-lafaz yang digunakan adalah biasa saja, yang lebih
penting ialah bagaimana pelaksanaannya sebagaimana yang disebut oleh
459
Yang Berhormat Telemong. Walaupun kita mengguna lafaz-lafaz tersebut,
yang penting ialah kebersamaan dalam tindakan. Alhamdulillah, dengan
kerjasama di atas asas perpaduan ummah ini kita boleh bersama-sama
khususnya dalam perkara-perkara yang kita persetujui isu Islam dan
ancaman terhadapnya, Melayu, bumiputera dan kepentingan rakyat secara
umumnya. Saya percaya bahawa kerjasama yang dijalankan ini Insya-Allah
akan membawa satu perubahan yang besar pada PRU Ke-15 yang akan
datang yang akan membawa kerjasama ini memerintah Putrajaya Insya-
Allah. Cuma untuk Negeri Terengganu ini kita beri pada PAS dululah
memerintah.

Kita melihat bagaimana kerjasama yang utuh ini telah diambil satu respon
yang sangat negatif daripada pihak-pihak yang tidak mahu melihat umat
Islam, Melayu bersama di dalam membawa agenda-agenda yang saya
sebutkan tadi. Saya sebut di sini beberapa contoh antaranya ialah
kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri kewangan yang menyifatkan
hubungan ini umpama mengisytiharkan perang terhadap masyarakat non
muslim di Malaysia. Ada juga pimpinan di sana yang menuduh hubungan
kedua-dua parti ini akan membentuk negara seperti acuan Taliban di
Afganistan. Sehingga yang lebih dasyat daripada itu mengaitkan perkara
dan peristiwa berdarah yang berlaku di New Zealand baru-baru ini akan
membawa kepada sikap-sikap melampau dalam konteks politik di negara
kita.

Saya ingin tegaskan walaupun kita umat Islam bersama, kita sama sekali
tidak menzalimi dan menindas orang-orang bukan Islam. Inilah yang dapat
kita lihat dalam negara kita khususnya di Negeri Terengganu ini walaupun
jumlah umat Islam melebihi 95%, tetapi masyarakat bukan Islam hidup
dalam keadaan aman damai sama ada ketika pemerintahan Barisan
Nasional dahulu, mahupun ketika pemerintahan PAS pada penggal ini dan
pada penggal-penggal sebelum daripadanya. Kita tidak menafikan hak
mereka. Apa yang berlaku kita melihat umat Islam manoriti yang tinggal di
negara bukan Islam majoriti banyak yang dizalimi dan ditindas. Tidak perlu
kita mengambil contoh-contoh di negara-negara yang jauh, yang paling
dekat dengan kita umat Islam Rohingya minoriti di Myanmar yang
di zalimi dan di tindas. Kita melihat kenyataan-kenyataan seperti ini adalah
kenyataan-kenyataan yang biadab dan tidak bertanggungjawab.

460
Kita mahu mengajak mereka yang mendakwa dan menuduh dakwaan-
dakwaan ini untuk datang bertandang ke Negeri Terengganu, ke Kelantan,
ke Pahang, dan negeri-negeri lain yang majoritinya umat Islam bagaimana
masyarakat majmuk hidup dalam keadaan aman dan damai tidak berlaku
kekecohan dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya suka untuk menyentuh satu perkara
penting yang melibatkan Politik Nasional yang saya kira berkait rapat
dengan kebimbangan yang dititahkan oleh Tuanku Sultan. Berkait dengan
perubahan politik pilihan raya yang mungkin akan berlaku dalam PRU yang
Ke-15 yang akan datang. Dan ini diutarakan juga oleh Yang Berhormat
Yang di-Pertua dalam ucapan alu-aluannya ketika membuka Dewan ini.
Berkait dengan persempadanan semula pilihan raya yang mana malangnya,
kita melihat di negeri-negeri yang mempunyai kaum Melayu dan bukan
Melayu sama ada hampir sama ataupun perubahannya hanya sedikit di situ
di tambah banyak kerusi-kerusi Parlimen tetapi negeri-negeri majoriti
Melayu seperti Terengganu tidak ditambah jumlah kerusi. Ini di antara
kesilapan-kesilapan lalu kerajaan lepas walaupun kita nak bekerjasama
tetapi tidak menjadi masalah untuk kita bermuhasabah supaya kita melihat
kesilapan-kesilapan lampau untuk kita membina kekuatan pada masa yang
akan datang.

Apa yang membimbangkan kita, antaranya ialah Kerajaan Persekutuan telah


bersetuju untuk membina Perlembagaan bagi menurunkan hak umur
kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Walaupun ini baru
peringkat cadangan yang mana perlu melalui proses-proses ini akan dibawa
ke Parlimen. Tetapi jika sekiranya perkara ini dipersetujui dan diamalkan
kita melihat ia adalah satu cabaran besar kepada negara kita khususnya
generasi muda. Bayangkan pada hari ini kita mempunyai 18 juta
warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan layak menjadi pengundi,
kalaulah ditambah dengan umur 18 tahun diturunkan, maka sudah tentu
akan meningkat jumlah pengundi PRU yang Ke-15 yang akan datang. Maka
di sini saya ingin menyarankan kepada Kerajaan Negeri khususnya portfolio
yang berkaitan dengan belia supaya kita melihat ini sebagai satu cabaran
bagaimana untuk kita mendepani cabaran ini dengan kita mendidik generasi
remaja belia supaya memahami politik yang berlaku di dalam negara kita
dan supaya mereka membuat keputusan yang tepat dalam PRU yang
mereka sertai.
461
Yang Berhormat Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin menyentuh yakni juga
disebut di dalam Titah Ucapan Tuanku Sultan bagaimana kepimpinan yang
dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Besar setelah 10 bulan kepimpinan
baharu menerajui Terengganu, kita terus mengorak langkah meneruskan
legasi, melunaskan janji.
Alhamdulillah 13 daripada tawaran manifesto yang jumlahnya 20 sama ada
telah dilaksanakan dan sedang dilaksanakan. Kita tidak seperti Kerajaan PH
yang hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikan janji dan meneguhkan
aspirasi. Kita bersyukur kepada Allah kerana Kerajaan Negeri Terengganu
yang baharu bukan sahaja telah menyedia perancangan jangka pendek
seperti belanjawan tahunan malah juga bersedia dengan perancangan
jangka sederhana iaitu 15 tawaran manifesto dan perancangan jangka
panjang iaitu Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030. Ini menunjukkan
bagaimana persediaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri hatta sebelum
diberikan mandat oleh rakyat untuk kita memerintah Negeri Terengganu ini
supaya ianya dapat mengembalikan manfaat kepada rakyat.

Apa yang penting ialah bagaimana kita melaksanakan janji-janji dan


tawaran-tawaran yang disebutkan tadi. Di antaranya ialah dengan kita
membudayakan politik matang dan sejahtera. PAS alhamdulillah dengan
politik matang dan sejahtera ini kita bukan sahaja mahu menyebut secara
teori tetapi kita mahu membudayakan dalam masyarakat kita. Parti-parti
politik mahupun hubungan di antara dengan Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Pusat. Saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri
Besar yang mengambil langkah Diplomasi Politik Matang Dan Sejahtera
yang sentiasa pergi berjumpa, berbincang dan saya juga mengucapkan
tahniah kepada Ketua Pembangkang yang tadi menyebut beliau bersedia
bila-bila masa untuk memastikan manfaat hasil daripada perbincangan
Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat ini kembali kepada rakyat Negeri
Terengganu kita ini. Dan insya-Allah saya doakan mudah-mudahan segala
usaha yang kita lakukan ini diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala apa
yang penting ialah keikhlasan di dalam diri kita dan seterusnya Batu Burok
mohon menyokong Titah Ucapan Tuanku Sultan. Sekian. Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

462
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih kepada Batu Burok.
Alhamdulillah kita telah selesai sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih
kepada Titah Ucapan Tuanku Sultan. Sebahagian besar dan cuma ada
beberapa orang yang tak sempat, terlibat sepanjang perbahasan daripada
kelmarin sampai pada ini dengan pelbagai pendekatan dan gaya. Jadi,
insya-Allah pada sebelah petang nanti saya akan menjemput Wakil Kerajaan
untuk membuat pergulungan isu-isu yang ditimbulkan sepanjang dua hari
perbahasan berhubung dengan Titah Ucapan Diraja. Yang Berhormat
sekalian saya tangguhkan sementara Dewan ini dan disambung semula
pada pukul 2.30 petang ini.

463
PUKUL 2.30 PETANG

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim.


Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Mesyuarat disambung
semula. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagaimana yang saya
sebutkan sebelum kita rehat tadi, pada petang ini sampai masanya giliran
pihak Kerajaan untuk membuat penggulungan di atas segala isu-isu yang
dibangkitkan dalam perbahasan dua hari ini. Jadi, saya nak mulakan dengan
Wakil daripada Kota Putera memulakan penggulungan bagi pihak Kerajaan.
Dipersilakan.

YANG BERHORMAT MOHD NURKHUZAINI BIN AB RAHMAN (Wakil Kota


Putera): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi
ta’ala wabarakatuh.
Alhamdulillahilladzi hadana lihadza wama kunna linahtadiyalaula an
hadanallah. Asyhadu alla ila ha illallah wa asyhadu anna Muhammadan
abduhu warasuluh. Subhana qala ‘lmalana illama ‘allamtana innaqa an tal’ali
mul hakim. Rabisy rahli sadri wayarsirli amri wahlul ukhdatan minlisani
yafkohu qauli.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan, yang dihormati lagi dikasihi
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri bin Mokhtar,
sahabat-sahabat barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri, Ahli-ahli
Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan seterusnya
Pemerhati dan hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Setinggi-tinggi
kesyukuran kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang memberi keizinan
untuk kita sekali lagi dapat berada dalam Dewan yang mulia ini bagi
Persidangan Penggal Kedua DUN Keempat Belas.

Saya mengambil kesempatan ini ingin menjunjung kasih dan penghargaan


yang tidak terhingga kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu
Billah Sultan Mizan Zainal Abidin di atas Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan
dalam istiadat pembukaan pada hari Isnin yang lepas.

Saya sangat berbangga apabila mendengar Titah Ucapan Tuanku itu kerana
telah menyentuh hampir keseluruhan tindakan yang telah dilakukan oleh
Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Kita sangat bertuah kerana ditakdirkan mempunyai seorang Sultan yang
begitu prihatin terhadap Kerajaan dan rakyat. Saya merakamkan dan
464
mendoakan agar Tuanku Al-Sultan diberi kesihatan yang berterusan dan
sentiasa mendapat rahmat daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar terus
dapat memimpin dan memayungi rakyat Terengganu ini.

Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah pada kali ini pada peringkat awalnya
tidak banyak Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bercakap menyentuh
portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Tetapi akhir-akhir hari
ini barulah ada yang fokus sedikit pada portfolio ini dan insya-Allah dalam
penggulungan ini saya cuba memberikan respon-respon terhadap apa yang
dibangkitkan. Saya tidak bercadang untuk sebut satu persatu Yang
Berhormat yang menyentuh kerana ada perkara-perkara yang berlaku
secara bertindan. Pertanyaan-pertanyaan khususnya kepada TUGAS,
Tabung Terengganu Sejahtera, Tabung Usahawan Sejahtera, banyak juga
yang bertanya dan minta untuk diperincikan. Insya-Allah, saya cuba ambil
masa ini untuk perincikan perkara-perkara sedemikian.

Tuan Yang di-Pertua, pada Bajet 2019 yang lepas telah diluluskan dalam
Sidang DUN ini Kerajaan Negeri telah melaksanakan janji manifestonya
dengan mewujudkan Tabung Keusahawanan yang dinamakan TUGAS iaitu
Tabung Usahawan Sejahtera. Alhamdulillah, cuma jumlahnya yang agak
tersasar sedikit daripada manifesto yang dijanjikan. Di dalam Manifesto Parti
Islam Se-Malaysia (PAS) di dalam 20 perkara yang kita janjikan kepada
rakyat, kita telah menjanjikan akan mewujudkan Tabung Usahawan
berjumlah RM10juta tetapi Kerajaan Negeri telah meluluskan tidak
RM10juta, alhamdulillah, RM15juta. Mungkinkah ini termasuk dalam
mungkir janji kerana kita janji RM10 juta, kita bagi RM15juta. Tapi, untuk
makluman sidang hadirin hadirat dan Yang Berhormat sekalian, inilah cara
kita mungkir janji kita. Kita janji RM10 juta, kita bagi RM15 juta. Kalau
itupun diletakkan kategori mungkir janji, jadi mungkir janji inilah yang kita
hasrat untuk amalkan setiap kali dalam perjanjian-perjanjian yang kita
janjikan, tidak sepertimana orang berjanji, janji RM10 juta, habuk pun tak
ada.

Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan kepada Yang Amat Berhormat


Menteri Besar dan barisan kepimpinan untuk terus melaksanakan janji kita
kepada rakyat dalam bidang keusahawanan ini dan juga saya juga
merakamkan terima kasih kepada Bukit Besi tadi yang menyebut bahawa
inilah jumlah yang besar diperuntukkan dalam keusahawanan kerana beliau
pun sendiri datang daripada keusahawanan. Memang pada peringkat awal,
465
ceritanya kita rasa besar berbanding dengan yang lama-lama itu kecil.
Tetapi dalam pelaksanaan kita dalam tiga bulan, dalam 2019 ini rasa macam
RM15 juta kecil pula Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi, insya-Allah
dengan kapasiti yang ada kita cuba laksanakan sebaik mungkin amanah ini
dan kita akan tunaikan kepada rakyat seperti mana yang disebutkan oleh
Yang Berhormat Bukit Besi juga tadi, dia kata rakyat tak nak janji sahaja
tapi rakyat nak tahu bila dan berapa yang dia akan dapat. Insya-Allah ada di
tangan saya ini, jumlah-jumlah yang kita perincikan permohonan daripada
rakyat sehingga kepada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, antara perkara yang
boleh dibanggakan juga adalah dalam pelaksanaan TUGAS dengan jumlah
yang saya sebutkan tadi adalah jumlah yang besar tetapi pelaksanaannya
adalah kita menyediakan pinjaman, bantuan yang tanpa riba atau yang
disebut oleh Y.B. Jabi tadi pinjaman tanpa faedah. Saya tak berapa nak
guna tanpa faedah ini sebab orang “duk gelar” dia kata pinjam buat gape,
takdok faedah bukan tak ada faedah yang itu tapi tanpa riba. Dan kita
mendapat maklumat bahawa kita antara negeri yang terulung yang
mengetengahkan pinjaman kepada rakyat yang tidak mengenakan apa-apa
riba terhadap pinjaman tersebut. Apabila berita ini tersebar di dalam
banyak facebook, media baru sekarang ini, feedback yang daripada ramai
rakyat negeri lain yang cemburu ataupun jealous dengan izin, kerana
mereka bukan daripada rakyat Terengganu. Jadi rakyat Terengganu
seharusnya merasa bangga dengan kepimpinan Kerajaan sekarang yang
boleh memberikan suatu bantuan yang boleh mengirihatikan orang lain.

Alhamdulillah inilah satu daripada perkara yang kita hendak ketengahkan


kerana kita nak buat walaupun bidang keusahawanan ini tidak nampak
direct syariahnya, kalau tidak ada undang-undang khusus tetapi saya yang
dipertanggungjawabkan ini ingin sangat melaksanakan setiap daripada
tanggungjawab itu sesuai dan menjadi patuh syariah. Alhamdulillah.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan sedikitlah daripada Hulu Besut semalam
menyatakan bahawa sepertimana yang disentuh oleh Batu Burok juga tadi,
bahawa sejarah PAS memerintah Terengganu ini sepenggal, insya Allah
dengan usaha-usaha yang telah dibuat ini kami di barisan Kerajaan dan juga
Backbenchers Kerajaan Negeri berusaha keras untuk memecahkan rekod ini,
rekod yang keramat ini pada penggal yang akan datang insya Allah juga
diterajui oleh Kerajaan daripada Parti Islam Semalaysia (PAS).

Tuan Yang di-Pertua, saya suka menyentuh berkenaan dengan peluang


pekerjaan. Banyak Yang Berhormat menyentuh berkenaan dengan peluang-
466
peluang pekerjaan yang dijanjikan oleh Kerajaan. Sebenarnya pihak
kerajaan beriltizam untuk membuka peluang-peluang pekerjaan ini
sebanyak mungkin, bukan sahaja menjadikan bidang usahawan itu sebagai
bidang pekerjaan ataupun sara diri ataupun sumber pendapatan kepada
rakyat tetapi juga kita berhasrat untuk melahirkan tenaga-tenaga kerja
mahir dan separuh mahir untuk dijadikan pekerjaan mereka. Dan
alhamdulillah setakat hari ini kita telah menerima permohonan apa yang kita
panggil pekerjaan..... Allahumma Salli ‘Ala Sayyidina Muhammad,
melahirkan tenaga separa mahir kepada school leaver yang selepas
daripada sekolah. Alhamdulillah pada awal bulan lepas, kita telah menerima
permohonan 130 dan kita sekarang ini di dalam short listed untuk
mengambil 30 yang pertama pelajar-pelajar yang kita akan bagi, akan latih
mereka dalam bidang fiber optik selama 8 bulan, 4 bulan dalam kelas dan 4
bulan kita akan attachkan ke syarikat-syarikat yang berada dalam
bidangnya. Kerana apa kita pilih fiber optik ini? Ia berdasar kepada
maklumat-maklumat daripada kita dapat adalah bidang ini menjadi demand
yang tinggi di dalam bidang pekerjaan sekarang hari ini.

Jadi berdasar kepada pengalaman-pengalaman yang lepas, di peringkat


teraju sendiri juga membuat perkara yang sama dan 98% dapat
memberikan pekerjaan sebaik sahaja selepas daripada tamat tempohnya.
Yang 2% itu bukanlah kerana kegagalan sistem itu tetapi gagal kerana
pelajar itu tidak dapat bekerja kerana ibu ataupun keluarga mereka sakit
dan menerima musibah menyebabkan mereka tidak dapat bekerja di tempat
yang disediakan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam merangka peluang pekerjaan ini, kita


meletakkan dalam bidang usahawan menjadi suatu perkara yang utama
untuk menjadikan rakyat kita suka involve ataupun terlibat dalam
keusahawanan dan bersesuaian sangatlah apabila Kerajaan memberikan
bantuan, meluluskan Tabung Usahawan Sejahtera sebanyak RM15 juta. Jadi
dalam pelaksanaan Tabung tersebut, kita tidaklah menggunakan satu
tabung sahaja, kita telah membuatkan beberapa skim-skim ataupun dana-
dana yang lain, maknanya daripada tugas itu, kita telah memperincikan
beberapa tabung-tabung lain, ini bertujuan untuk membuat KPI yang
berbeza terhadap pemohon-pemohon. Contohnya kita ada Tabung Siti
Khadijah, kita ada Tabung Pembiayaan Atas Talian, kita ada tabung, kita
ada Skim Pembiayaan Mobile Truck. Jadi setiap tabung-tabung ataupun
skim-skim ini, kita buat KPI-nya tersendiri untuk mengelak ada golongan-
467
golongan sasar yang tercicir. Contoh yang boleh saya berikan dalam Sidang
Dewan yang mulia ini, kalau kita buat satu saja tabung, KPI dia mestilah
satu sahaja dan kemungkinan pada waktu itu belia-belia akan bersaing
dengan muslimat ataupun wanita ataupun bersaing dengan Orang Kurang
Upaya menyebabkan apabila satu KPI saja diletakkan, mungkin 7 ataupun 8
diperolehi oleh belia, 2 daripada kaum wanita dan tidak ada dalam golongan
Orang Kurang Upaya.

Jadi untuk mengelakkan perkara ini, Kerajaan telah membuat beberapa


Skim ataupun Dana ataupun Tabung yang sub kepada tugas ini. Jadi dia
ada, semuanya ada 6, kalau boleh saya maklumkan kepada Dewan yang
mulia ini iaitu sebahagian yang saya sebutkan tadi, tapi nak sebut semula:
Yang pertamanya kita panggil SP3T iaitu Skim Pembiayaan Peningkatan
Perniagaan Terengganu. Yang keduanya yang disebut tadi TSK iaitu
Tabung Siti Khadijah. Yang ketiga, SPIN iaitu Skim Pinjaman Atas Talian
Terengganu. Yang keempat, SPMT iaitu Skim Pembiayaan Mobile Truck.
Yang kelima, DUIT, Dana Usahawan Industri Mikro Terengganu. Dan
keenam, DIHATI iaitu Dana Prihatin Terengganu untuk Orang Kelainan
Upaya. Inilah keenam-enam yang sub Tabung kepada tugas tersebut yang
kita perincikan mengikut kategori-kategori pemohon-pemohon itu sendiri.

Dan untuk makluman Dewan sepertimana ditanya oleh Kuala Besut tadi dan
disoal juga oleh Bukit Besi berkenaan dengan berapakah jumlah yang telah
terima sekarang, hari ini. Untuk SP3T kita terima permohonan sebanyak
130, untuk TSK, Tabung Siti Khadijah berjumlah 100 pemohon, SPIN Atas
Talian berjumlah 21, Mobile Truck - 0, tidak ada pemohon lagi, DUIT
ataupun Dana Usahawan Industri Mikro Terengganu - 26 dan DIHATI - 14
untuk Orang Kelainan Upaya, so jumlahnya berjumlah 291 sehingga kini.
Tetapi borang yang kita, pihak YPU telah keluarkan lebih daripada 1,000
borang kita telah cetak dan habis diambil oleh pemohon-pemohon. Mungkin
akan dikembalikan dalam sedikit masa lagi. Untuk jawapan juga daripada
Yang Berhormat Bukit Besi menyatakan ada yang memohon tapi tak ada
apa ni jawapan lagi. Benda itu benar kerana kita baru wujud tabung kita ini
pada tahun ini dan kita mengambil masa sedikit untuk menyiapkan SOP
dari segi permohonan-permohonan ini dan dalam masa yang sekarang ini
kita terima dah jumlah itu dan insya-Allah jumlah ini akan kita bagikan di
peringkat awal ini pada April tahun ini ataupun masuk bulan ni dah. Awal
April ini akan kita buat mesyuarat pertama dan insya-Allah dalam masa

468
terdekat kita akan maklumkan kepada pemohon-pemohon yang berjaya di
atas permohonan itu.

Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita hendak menghadapi
Ramadan dan saya menerima rungutan daripada peniaga-peniaga kecil kita
apabila nak berhadapan dengan Ramadan ini peniaga-peniaga banyak
terlibat dalam Bazar Ramadan dan apabila nak berniaga bulan Ramadan ni
dia memerlukan modal lalu pihak YPU kita berbincang untuk meringankan
tenaga peniaga-peniaga kita ini dan kita menawarkan dengan kerjasama
Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Negeri Terengganu. Kita bagi pinjaman
jangka pendek kepada peniaga-peniaga Bazar Ramadan seluruh Negeri
Terengganu yang berjumlah tidak lebih daripada RM3,000. Dan
permohonan-permohonan sekarang ini kita telah terima daripada peniaga-
peniaga tersebut berjumlah 406 orang dan insya-Allah kita akan proses
dalam masa terdekat dan kita akan bagi pinjaman ini kepada peniaga-
peniaga kita ini sebab saya pun asal daripada penjaja kecil. Saya masih lagi
ingat mak ayah saya bagaimana apabila nak berhadapan dengan .... dia
menjaja di depan sekolah jer tapi apabila sekolah itu mengadakan Sukan
Peringkat Daerah, bagaimana peniaga-peniaga kecil ini terpaksa pergi ke
rumah-rumah mak saudara ataupun adik beradik dia yang lain untuk pinjam
sikit duit untuk buat modal, buat modal kepada event tersebut. Jadi
perkara ini apabila datang kepada saya mengimbau balik peristiwa
bagaimana susahnya bukan senang orang nak bagi pinjam ni walaupun kita
tahu orang itu banyak duit tetapi atas dasar kesedaran itulah saya
memudahcarakan perkara ini agar dapat peniaga-peniaga kecil kita mudah
untuk berhadapan dengan situasi Bazar Ramadan untuk mereka mendapat
pendapatan yang lebih pada bulan Ramadan nanti dengan Bantuan
Pinjaman Jangka Pendek ini. Kita pergi kepada mereka jumlah yang saya
sebutkan tadi dan mereka perlu bayar balik sebaik sahaja habis Ramadan
sehingga akhir Syawal makna lebih kurang sebulan sebulan setengah sahaja
kita bagi pinjaman kepada mereka untuk mereka betul-betul dapat
optimumkan pemberian itu untuk bulan Ramadan.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam kita menggalakan usahawan ini saya melihat
satu perkara yang perlu kita tingkatkan iaitu permohonan Persijilan Halal di
kalangan peniaga-peniaga kita agak kurang memberangsangkan. Ini adalah
kerana kita berada dalam zon selesa kerana kita di dalam Negeri
Terengganu yang bertuah ini tidak banyak orang yang bukan Islam
menjadikan produk-produk keluaran kita tidak dinilai oleh pembeli-pembeli.
469
Contohnya nama Fatimah makna terus kita kata boleh beli perkara ini,
barangan ini tetapi kalau berada di sebelah Pantai Barat, Fatimah ini kena
tengok elok-elok ‘Faateemaah’ sebutnya sama juga Fatimah tapi daripada
pembuatnya adalah bukan Islam. Oleh kerana kita berada dalam zon selesa
menyebabkan usahawan-usahawan kita tidak begitu menjadi keutamaan
mereka untuk memiliki Sijil Halal. Jadi di sini YPU dan kerjasama dengan
Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu kita buat kempen untuk
mendapatkan peniaga-peniaga, usahawan-usahawan kita ini memohon Sijil
Halal itu dengan kita bagi syarat kepada peniaga-peniaga, usahawan-
usahawan yang ingin ikut serta dalam program-program yang dianjurkan
oleh YPU mestilah mereka mempunyai Sijil Halal. Dan alhamdulillah selepas
daripada makluman itu dikeluarkan kita dapat maklumat pihak Jabatan Hal
Ehwal Agama Negeri Terengganu menerima permohonan-permohonan yang
lebih daripada usahawan-usahawan kita untuk mendapatkan Sijil Halal. Sijil
Halal ini pula pihak Jabatan Hal Ehwal Agama, pihak Persijilan Halal telah
memudahkan, kalau sebelum ini Sijil Halal mesti salah satu syaratnya selain
daripada ada kedai mestilah ada sijil daripada Pihak Penguasa Tempatan
tetapi sekarang hari ini pihak Persijilan Halal telah memudahkan boleh buat
di rumah masing-masing tetapi mestilah diasingkan kegiatan usahawan itu
dengan kegiatan harian mereka.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, panjang lagi dok?

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil


Kota Putera): Ada sikit jer lagi.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dah masuk 25 minit.

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil


Kota Putera): 25 minit dah? Rasa sekejap baru. Okey, saya dah dekat
penghujung kepada penggulungan saya. Saya nak sentuh sedikit berkenaan
yang disebut oleh Y.B. kita berkenaan dengan Kompleks Tuanku Nur
Zahirah iaitu yang merupakan Bangunan Milik Kerajaan Negeri yang
menempatkan Pejabat Operasi Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) dan
Bengkel Tenunan Songket di tingkat bawahnya. Secara dasarnya Kompleks
Tuanku Nur Zahirah (KTNZ) ini merupakan pusat utama rujukan, pameran,
demonstrasi, bimbingan, rekaan dan penyelidikan Pembangunan Fabrik
Songket. Kompleks ini juga akan dijadikan pusat inovasi berasaskan tradisi
warisan songket. Kompleks ini bertindak sebagai inkubator untuk
470
membimbing tenaga muda dengan khidmat nasihat dalam aspek corak reka
bentuk fesyen dan songket.

Jadi itu sahaja saya rasa yang saya hampiri pada kesemua dah yang tercatit
ini yang telah saya bangkitkan mudah-mudahan dengan jawapan itu dapat
memberi penjelasan yang mantap kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat
pada kemusykilan-kemusykilan yang telah diutarakan. Jadi saya juga
merakamkan, menyokong Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan. Walahua’lam.
Assalamua’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikumusalam waramatullah.


Terima kasih pada Wakil Kota Putera. Saya bercadang untuk menghabiskan
Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku Al-Sultan pada petang ini juga.
Oleh sebab itu, pandai-pandailah menggunakan masa dengan bijaksana dan
kalau tak cukup masa kita kena sambung selepas pada pukul 5.00 petang.
Saya persilakan wakil daripada Kuala Berang menggulung bagi pihak
Kerajaan.

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang):


Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh.
Alahamdulillahir rabbil ‘alamin, Assalatuwassalamu’ala asyrafil anbiya iwal
mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri


Besar, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, semua
Pemerhati sekalian. Marilah kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dengan limpah izinnya kita dapat bersama-sama di
Dewan ini di dalam Ucapan Titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.

Jadi bahagian saya ni ada beberapa Yang berhormatlah yang


membangkitkan berkaitan dengan infra. Jadi secara ringkasnya saya suka
menyebut di sini bahawa di antaranya ialah wakil daripada Sura telah
membangkitkan berkaitan dengan muara sungai di Dungun yang mana kita
tahu bahawa tahun lepas Yang Berhormat Sura ni dah bangkit dah, jadi
nampak sesuatu perkara yang amat penting kepada penduduk di Dungun
supaya benda ini dapat diselesaikan dalam kadar segera. Kita tahu bahawa,
muara sungai di Dungun ini amat cetek. Dan Kerajaan pada tahun 2011
telah membelanjakan kira-kira RM7 juta untuk menggali, mengorek muara
tersebut. Tetapi tahulah kerja pasir ini berjalan 24 jam. Jadi dalam beberapa
471
bulan sahaja kita korek ni dia kambus semula. Kemudian kita lihat bahawa
pada tahun 2016 telah diserahkan kepada satu syarikat untuk nak gali balik.
Kemudian tahun 2017, kita dimaklumkan bahawa empat orang telah
meninggal kerana masalah kecetekan sungai ini. Jadi, kebetulan pula ada
perubahan daripada Kerajaan, kita buat iaitu kita luluskan pasir ini untuk
dieksport. Maka syarikat yang kita beri pada tahun 2016 tu dia mohon balik
supaya dia dapat korek dan mengeksportkan pasir ini keluar. Jadi pada hari
ini, kalau kita pergi ke Sungai Dungun, muara Sungai Dungun sekarang ni
dah ada mother vessel ataupun ibu kepada kapal ni yang membawa pasir ini
keluar negara. Jadi mother vessel ini dengan dibantu oleh vas iaitu macam
feri itu kita boleh letak pasir ada beberapa buah. Jadi kerja-kerja ini sedang
berjalan dan alhamdulillah setakat ini walaupun .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, ada minta laluan,


boleh? Sila.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID (Wakil Kijal): Saya nak
dapat penjelasan. Bila Kerajaan Negeri Terengganu membuka dasar
menjual pasir ke luar negara selain daripada di Malaysia? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima
kasih ADUN Kijal. Kita telah bermesyuarat baru-baru ini dan kita lulus pada
tahun akhir 2018 kepada syarikat, saya lupa tetapi kalau tak salah saya Asal
Jasa dan jugak di Kemaman kita luluskan kepada satu syarikat yang lain.
Jadi dua syarikat yang kita luluskan.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID (Wakil Kijal): Yang di-
Pertua, pasir ini dijual ke negara mana?

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Saya
dimaklumkan dijual ke Hong Kong kerana di sana permintaan tinggi dan
diberi kemudahan kepada kontraktor atau pun orang yang nak ambil pasir
ini. Kalau kita pergi .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Teruskan, teruskan.

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Kalau
kita pergi ke muara Sungai Dungun hari ini, kita dapati bahawa kerja-kerja
ini sedang dijalankan. Dan alhamdulilah setakat hari ini sudah tiga kapal
472
telah dieksport pasir ini dan mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri
kira-kira dalam RM1.2 juta. Kerja-kerja mengorek pasir ini dipantau oleh
Jabatan Laut bersama dengan Pejabat Tanah Dan Galian dan jugak oleh JPS
itu sendiri. Jadi mereka hendaklah melaporkan hasil daripada pengorekan ini
berkala dari masa ke semasa kepada pihak JPS. Saya rasa itulah jawapan
kepada Sura. Puas hati?

Seterusnnya, Wakil Tepoh bercakap berkaitan dengan projek-projek yang


terbengkalai yang perlu diselesaikan dan kita dapati bahawa ada beberapa
projek yang berskala besar yang menjadi masalah kepada kita pada hari ini.
Pertamanya saya suka menyebutkan berkaitan dengan Taman Ilmu. Dan di
sana JKR telah membuat kajian anggaran kasar untuk membaikinya
memerlukan kira-kira RM250 juta. Kemudian juga berkaitan dengan Pulau
Bebas Cukai yang masih belum siap memerlukan sebanyak RM60 juta. Hotel
di Pulau Poh begitu juga kira-kira RM70 juta dan jambatan nak
menghubungkan ke Pulau Poh itu RM50 juta. Jadi, di sini saja memerlukan
kira-kira RM180 juta.

Begitu juga berkaitan dengan Stadium Sultan Mizan yang mana dijangka
memerlukan hampir RM120 juta untuk diperbaiki. Dan satu lagi untuk
mengindahkan Stadium Sultan Ismail, yang ni tak sampai RM1 jutalah kira-
kira RM136,000 sahaja. Dan alhamdulillah saya dimaklumkan pagi tadi
Kerajaan Negeri telah meluluskan RM20,000 untuk mengecat stadium
tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Tepoh kerana disuarakan itu maka
Kerajaan telah meluluskan walau pun belanjanya agak kecil.

Kemudian juga dinyatakan berkaitan dengan masalah kewangan kita. Kalau


dulu pernah dibangkitkan berkaitan dengan deferred payment dan juga
schedule payment yang menjadi masalah kepada Kerajaan Negeri pada hari
ini dan juga Kerajaan Negeri di masa-masa hadapan, tahun-tahun hadapan.
Kerana kita kalau lihat projek dua perkara tadi iaitu deferred payment dan
schedule payment kita berhutang kira-kira RM2,966 juta, hampir RM 3
bilion. Yang mana pada tahun ini, tahun 2019 kita kena membayar
sebanyak RM221 juta, untuk nak bayar hutang sahaja. Dan dijangka tahun
depan, tahun 2020, RM346 juta. Naik lagi 2021 sebanyak RM386 juta dan
tahun 2022, naik lagi kepada RM385 juta. Inilah saya katakan tadi bebanan
ini bukan pada tahun ini sahaja bahkan in the future masa-masa yang
terdekat tahun-tahun yang mendatang ini menjadikan satu masalah yang

473
agak besar kepada Kerajaan. Seterusnya, ada beberapa ADUN
membangkitkan berkaitan dengan pembinaan masjid. Ya, sila .....

YANG BERHORMAT HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM (Wakil Tepoh):


Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Berang.
Boleh atau pun tidak untuk projek-projek yang berkonsepkan deferred
payment ini dilakukan semakan semula supaya beban tanggungan tersebut
dapat diringankan untuk pihak Kerajaan. Terima kasih.
YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima
kasih Yang Berhormat Tepoh. Dari segi projek itu kita tidak boleh nak ubah dah,
memang harganya begitulah iaitu: Pertamanya, Kerja-kerja membaikpulih Loji Air
di Bukit Sah, Kemaman sebanyak RM686 juta. Kemudian, Skim Bekalan Air Kuala
Terengganu Utara RM1,305 juta (RM1.3 bilion). Jadi projek ini begitulah kos dia,
tetapi kaedah membayarnya mungkin kita boleh bincang untuk sikit-sikit saja
bayar taklah sampai beratus-ratus juta satu tahun. Jadi kalau kita sewa kereta
gok, kita kata pergi ke bank, kita buat refinance balik. Ini saya tak tahulah kita
kena tanya expertise daripada Perbendaharaan dan daripada Kewangan
bagaimana kaedah untuk supaya kita boleh bayar. Terima kasih.

Seterusnya, berkaitan dengan masjid-masjid yang dibangkitkan oleh sahabat-


sahabat kita tadi. Sebenarnya kita memang kalau boleh nak buat belaka masjid ni,
bendanya baik, bendanya bagus tapi gitulah, bila kita gagal projek kita ini, kosong,
nak buat guaner. Jadi saya ucap terima kasihlah kalaulah kita ada keberanianlah
ataupun kita ada kesungguhan, dulu saya baca dah ayat tu, kita pakat derma-
derma, kita pakat binalah sekadar kita boleh buat. Kita nak dapat pahala ni,
pahala bina masjid ni amatlah besar. Untuk Batu Rakit, berkaitan dengan Masjid
di Mengabang Lekor ni, MAIDAM dah lulus hanya peruntukan sahaja tidak ada.
Insya-Allah kita tunggulah.

Seterusnya, berkaitan dengan masalah pengambilan tanah iaitu apa yang


dibangkitkan oleh Air Putih, Yang Berhormat Cikgu Razak kita kerana projek ini
dalam kawasan dia. Sebelum pilihanraya dulu, menjadi bahan kempen kepada
Yang Berhormat Cikgu Razak ni, bahawa di sana ada satu projek daripada Kerajaan
Federal, kos dia RM139 juta untuk jalan raya daripada Exit LPT2 ke Cukai. Jadi,
jalan ini melalui beberapa tanah ataupun kawasan sama ada kawasan persendirian,
tanah Kerajaan dan juga dibinanya beberapa binaan secara kita kata secara
haramlah tapi tidak haram macam mana dok? Dan pembinaan ini apabila nak buat

474
jalanraya ni dia kena alihlah. Jadi inilah yang menjadi isu supaya apa yang
dibangkitkan oleh Air Putih tadi bahawa dia minta bayaran. Hok ni kalau ikut Akta
425 Kanun Tanah Negara, sesiapa yang menduduki atas tanah Kerajaan ini dia
kena pindahlah tanpa apa-apa bayaran. Jadi dulu kita dah beritahu bahawa
memanglah tidak ada bayaran daripada Kerajaan Negeri untuk nak suruh mereka
ini pindah ataupun memindahkan mereka ini tetapi bergantunglah kepada
kontraktor sekiranya ada budi bicara dia untuk memberi bantuan kecil-kecilan
untuk memindahkan mereka ini, itu terpulanglah kepada kontraktor.
Seterusnya, Batu Rakit juga membangkitkan berkaitan dengan masalah air di Pulau
Redang. Memang saya akui memang betul, kita paip air ke Pulau Redang ini dah
lama dah, 20 tahun lebih dah. Jadi bila umur paip air yang lama ini, dia mula
mereput dan pecah. Tahun ini sahaja dah diberi maklum kepada saya dah 5 kali
dah pecah dan pecah dalam air ni memerlukan belanja yang besar, kita perlu
selam, perlu order benar, order sendiri untuk tempat pecah ini kerana luas dia itu
jadi alat bracket dia tu kena order khas benar untuk tu. Jadi belanjanya memang
besar. Memang ada rancangan untuk memperbaiki ataupun menggantikan paip air
untuk ke Pulau Redang ini dan kita dah buat kajian memerlukan kira-kira RM100
juta untuk membekalkan air bersih ke Pulau Redang.

Seterusnya, ADUN Kijal juga membangkitkan bandar tempat dia. Bandar Baru Kijal
yang dulunya hok ni salah satu daripada schedule payment iaitu RM250 juta untuk
membina antaranya ialah skop membina jalanraya 6 lorong tetapi apabila kita
mengambil tampuk pemerintahan, kita ubah mengecilkan skop ini kepada 4 lorong
sahaja. Dan kalau kita lihat daripada paper ini, kita hanya membelanjakan RM189
juta. Jadi kita menjimatkan kewangan Negeri kita sebanyak RM61 juta. Kalau kita
kira, kita buat andaianlah, contoh-contoh ni sajalah neh, ADUN Paka ni dia kahwin
seorang, seorang lagi, lepas tu .....

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Bakpe
kait dengan Paka ni?

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang):


Contoh, saya beri contoh saja ni.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Oh, kalau
contoh okeylah.

475
YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang):
Ingat ada sungguh tadi.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Buat contoh
yang ada doh hor, Bukit Besi ke .....

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Hey....

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Kijal ke,
ke dok berani.

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Bila
kahwin, belum boleh anak lagi dok, lepas tu dia pun binalah banglo untuk cucu-
cucu dia ni yang bakal lahir, yang bakal lahir, bila lahir kita tak tahu lagi. Jadi bina
banglo doh ni, jadi kita rasa amat jauh ke depan. Jadi kalaulah boleh kita buat
daripada 6 lorong kepada 4 lorong, tanah itu kita siapkan, kita sediakan, kita
kosongkan tetapi untuk future development tak apa, boleh dibuat tetapi kita buat 4
lorong dulu kerana daripada sinilah jimat daripada 6%.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Tuan
Yang di-Pertua, saya ingin mencelah?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mintak laluan boleh?

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Saya rasa
contoh dok sesuai tu, sedia rumah banglo untuk cucu akan datang dengan buat
jalan, dok sama. Kalau kata nak bini awal seorang lagi munasabah. ....(Dewan
gelak) ....

YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Terima
kasih Kijal. Jadi gitulah neh. ...(Sambil tergelak) .... Sebelum saya sudahi ucapan
ini, satu lagi apa yang dibangkitkan oleh Air Putih berkaitan dengan bekalan air
bersih di tiga buah kampung di tempat dia.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Kena jawab dalam pantun.

476
YANG BERHORMAT DR. MAMAD BIN PUTEH (Wakil Kuala Berang): Hok ni
dokdang nak cari pantun ni. Pertama berkaitan dengan bekalan air di Kampung
Lubuk Batu, hok ni saya dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar
Bandar, dah lulus dah, jangan risau, insya-Allah tahun ni siaplah tu. Begitu juga
berkaitan dengan bekalan air di Kampung Darat Buaya, buaya darat ke darat
buaya ni? Kampung Darat Buaya dan Kampung Lubuk Emas, projek bekalan air,
hok ni pun juga kita telah dimaklumkan oleh pihak SATU bersama dengan UPEN,
saya tanya tadi dah lulus RM800,000 untuk kemudahan kepada 52. Insya-Allah,
jangan bimbang Yang Berhormat Air Putih, panjang umur boleh bertanding pula
akan datang, rakyat sokong, insya-Allah menang lagi.

Seterusnya, semalam ataupun kelmarin, Yang Berhormat Menteri Air, Tanah dan
Sumber Asli, Dr. Xavier ada mari melawat ke Terengganu dan sempat berkunjung
hormat kepada Menteri Besar kita dan di sana dibincang juga dan kita mengambil
kesempatan kita bawa juga apa kehendak daripada Batu Rakit tadi iaitu berkaitan
dengan bekalan air ke Pulau Redang. Yang ini kita beri paper dan kita maklumkan
kepada beliau supaya disegerakan kerana masalah paip air yang kita ada ini agak
uzur, dah lama dan perlu diselesaikan segera. Kita mintak kalau boleh tahun
hadapan tapi kita mintak jerlah tu.

Begitu jugak masalah, tak ada orang tanya kali ini, iaitu masalah Sungai Merang,
kalau kita tengok dalam facebook, bagaimana orang viralkan nak pergi ke Pulau
Redang pada hari ini, kena tolak bot, kadang-kadang passenger pun kena tolak bot
kerana muaranya cetek, jadi masalah tersebut juga kita telah utarakan kepada
Yang Berhormat Menteri Air Tanah dan Sumber Asli sekarang. Dan dimaklumkan
kepada kita bahawa Sewerage Treatment Plant ataupun STP untuk Pulau
Perhentian sebanyak RM55 juta diluluskan untuk ditenderkan pada tahun ini.
Begitu jugak STP untuk Pulau Redang diluluskan untuk ditenderkan dalam masa
yang terdekat. Jadi sekadar itulah, ucapan ringkas saya Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikumussalam. Terima kasih


pada Yang Berhormat Kuala Berang, sekarang saya jemput Wakil Wakaf
Mempelam. Sila.

YANG BERHORMAT WAN SUKAIRI BIN ABDULLAH (Wakil Wakaf


Mempelam): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi
477
ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil ‘alamin. Assalatu wassalamu’ala
Rasululillah wa’ala alihi wasabihi ajmain amma ba’d. Yang Berbahagia Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat
Menteri Besar, rakan-rakan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan
Yang Berhormat Ketua-ketua Jabatan dan seluruh Pemerhati yang dirahmati
Allah sekalian.

Alhamdulillah, pertama saya syukur kepada Allah di atas kesempatan untuk


melakukan penggulungan di dalam Dewan yang mulia ini. Pertamanya, saya
suka untuk menjujung kasih dan merafak sembah di atas Titah Ucapan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Di dalam ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda,
sewaktu merasmikan Sidang DUN kali ini, baginda telahpun menyebut dua
perkara di dalam titahnya yang disentuh langsung dengan portfolio saya
ketuai. Yang pertamanya, berkenaan dengan pencapaian atlet-atlet sukan
daripada Negeri Terengganu. Alhamdulillah, sepanjang tahun 2018
menyaksikan Sukan Terengganu dipenuhi dengan warna-warni kejayaan
sama ada di peringkat Kebangsaan mahupun di peringkat
antarabangsa. Alhamdulillah, juga di peringkat Kebangsaan misi Win
Back Mission 2018 telahpun berjaya kita laksanakan dengan sempurna
apabila Terengganu berjaya mengembalikan semula kejuaraan ke Negeri
Terengganu Darul Iman. Alhamdulillah. Dan dua atlet kita iaitulah Saudari
Azreen Nabila binti Alias yang telahpun mendapat Anugerah Olahragawati
Terbaik dalam SUKMA di Perak baru-baru ini. Dan yang keduanya,
Saudari Nur Aisyah binti Mohd Zubir yang telahpun memperolehi pingat
terbanyak untuk Terengganu iaitulah sebanyak 7 Emas. Tahniah kepada
kedua-dua atlet ini. Dan selain daripada itu juga, sukan bola sepak juga
menyaksikan kegemilangan Sukan Bola Sepak pada tahun 2018 dan dalam
Anugerah Sukan Terengganu yang diadakan baru-baru ini, kita telahpun
memberikan anugerah khas kepada Persatuan Bola Sepak Negeri
Terengganu yang telahpun berjaya meletakkan Sukan Bola Sepak pada
tahun 2018 di tempat yang paling cemerlang dalam sejarah. Alhamdulillah.

Selain daripada itu juga, di peringkat antarabangsa menyaksikan atlet-atlet


daripada Negeri Terengganu seperti Saudara Nafiizuan Adnan daripada
Sukan Squash dan juga Alia Sazana Azahari daripada Sukan Menembak
telahpun berjaya memenangi pingat di dalam Sukan Komanwel yang
478
diadakan di Australia pada April 2018 yang lalu. Begitu juga dalam sukan
Asia yang diadakan di Jakarta, Palembang, Indonesia, juga menyaksikan
Atlet-atlet Terengganu telahpun dilibatkan dalam jumlah yang agak besar
iaitulah seramai 36 orang atlet, lima jurulatih dan dua orang pegawai
daripada Terengganu. Dan daripada 19 jenis sukan sebanyak 3 Pingat
Emas, 3 Perak Dan 3 Gangsa telahpun disumbangkan oleh atlet-atlet
daripada Negeri Terengganu Darul Iman. Dan insya-Allah kita
mengharapkan agar sukan akan terus berada di persada yang
membanggakan untuk Negeri Terengganu Darul Iman ini dan bagi
meneruskan penguasaan sukan di Terengganu ini, Kerajaan telahpun
bersetuju insya-Allah pada September 2019 untuk melaksanakan SUTERA
2019 ataupun Sukan Terengganu 2019, yang mana dalam Sukan SUTERA
2019 ini, pertandingan yang diadakan di peringkat daerah-daerah akan
berlangsung dan kita mengharapkan agar ianya akan menjadi satu platform
untuk melahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet daripada Terengganu untuk
negeri, untuk negara seterusnya di peringkat antarabangsa insya-Allah. Dan
alhamdulillah atlet-atlet kita juga turut menempatkan diri mereka di persada
antarabangsa contoh, Saudara Azizulhasni Awang yang masih lagi berjaya
mencapai kegemilangan di dalam Sukan Berbasikal begitu juga dengan
Saudari Siti Rahmah Mohd Nasir daripada Sukan Silat yang baru-baru ini
telahpun muncul sebagai juara dalam memenangi pingat emas kali keempat
berturut-turut pada Kejohanan Pencak Silat Dunia Yang Kelapan Belas yang
diadakan di Singapura baru-baru ini. Dan insya-Allah mudah-mudahan
perkembangan sukan di Terengganu ini, akan senantiasa berada di
peringkat yang membanggakan semua, insya-allah.

Seterusnya, yang kedua yang juga disentuh oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan berkenaan dengan peruntukan yang telahpun
disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada Negeri Terengganu.
Alhamdulillah, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telahpun
memperuntukkan sebanyak RM60.07 juta untuk pembangunan Belia
Dan Sukan Negeri Terengganu dan daripada jumlah tersebut sebanyak lima
projek-projek yang besar telahpun diluluskan. Di antaranya, Projek
Menaiktaraf Dewan Besar, Asrama Dan Padang Kompleks Belia dan Sukan di
Pasir Panjang. Yang keduanya, Pembinaan Velodrom Berbasikal di Dungun.
Yang ketiga, Pembinaan Kompleks Sukan di Hulu Terengganu. Yang
keempat, Pembinaan Kompleks Sukan Mini Jabi. Dan, Pembinaan Pusat
Reaksi Air di Pulau Duyong. Dan alhamdulillah, juga sewaktu kunjungan
Yang Berhormat Menteri Belia Dan Sukan ke Terengganu baru-baru ini,
479
dalam kesempatan bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Terengganu, Yang Berhormat Menteri telahpun bersetuju agar satu
lagi Kompleks Sukan diadakan di Negeri Terengganu iaitulah di kawasan
Marang dengan mengambil sebahagian daripada peruntukan yang telahpun
diluluskan untuk 2019 ini. Insya-Allah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, dalam perbahasan yang telahpun


berlangsung dua hari yang lepas, termasuk hari ini, beberapa orang Ahli
Yang Berhormat telah menyentuh beberapa perkara tentang portfolio saya
di antaranya, Yang Berhormat daripada Tepoh yang telah menyentuh
tentang tiga isu. Yang pertamanya berkenaan dengan pembaikan Stadium
Sultan Mizan yang telahpun dijawab oleh kekanda saya daripada Kuala
Berang. Dan kita juga sebenarnya mengharapkan agar isu pembaikan
Stadium Sultan Mizan ini akan berlangsung dengan kadar yang segera
kerana beberapa projek ataupun beberapa kemudahan sukan yang
sepatutnya kita boleh guna tetapi terbantut. Sebagai satu contoh apabila
kita ingin untuk menjadikan Sukan Squash sebagai sukan utama negeri kita,
sebaris dengan Sukan Berbasikal, Bola Sepak dan sebagainya, kita
mempunyai masalah dari sudut fasiliti. Dan di Stadium Sultan Mizan itu
sendiri sebenarnya telah ada lapan gelanggang squash tetapi ianya rosak
seperti yang kita semua tahu dan bila mana cadangan untuk dilakukan bagi
pembaikian kompleks ataupun pembaikian gelanggang-gelanggang ini, kita
tersekat kerana kalau dilakukan pembaikian juga, ianya tidak akan
menyelesaikan masalah kerana yang perlu dibaiki adalah bumbung, kalau
kita baiki juga gelanggang itu, bila mari hujan gelanggang itu akan rosak
jugak itu ertinya bumbung adalah satu isu yang perlu selesaikan terlebih
dahulu. Jadi kerana itu kita terpaksa fikir cara lain bagaimana untuk kita
memajukan Sukan Squash ini.

Selain daripada itu juga, isu Yang Berhormat daripada Yang Berhormat
ADUN Wanita untuk menyentuh tentang isu fasiliti untuk wanita bersukan.
Dan untuk makluman ADUN Wanita, pihak Kerajaan telahpun bersetuju
untuk menaiktaraf dewan-dewan ataupun taman rekreasi melalui PBT (Pihak
Berkuasa Tempatan) untuk memberikan keselesaan kepada golongan
wanita beriadah. Dan kita juga telah mengambil beberapa inisiatif bagi
program ini, di antaranya adalah melalui pengasingan Litar Cergas antara
lelaki dan wanita yang telahpun dilakukan di sebahagiannya di Taman
Hiliran Kuala Terengganu. Di antaranya lagi kita juga telah menerima
cadangan untuk menaiktaraf dua Dewan Sivik di Seberang Takir dan juga di
480
Padang Nenas supaya sesuai untuk kegunaan kaum Hawa. Begitu juga
cadangan untuk pengasingan masa di antara lelaki dan wanita bagi
penggunaan dewan juga kita telahpun lakukan untuk memastikan kedua-
dua antara lelaki dan wanita ini bebas dan selesa untuk melakukan aktiviti
riadah. Dan di samping itu juga, pihak Majlis Perbandaran Dungun juga
telah menyediakan beberapa tempat khas untuk wanita beriadah termasuk
di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun sendiri, di Arena Merdeka
Dungun, Taman Rekreasi Seri Paka, Taman Tasik Bukit Besi dan Taman
Tasik Tanjung Sura dan juga Taman Rekreasi Keluarga di Sura Jeti. Dan
Majlis Daerah Hulu Terengganu juga telah mengeluarkan jadual
penggunaan Dewan Sivik di Kuala Berang di antara lelaki dan wanita. Jadi
setakat ini itulah usaha yang telahpun kita lakukan dan insya-Allah kita
mengharapkan agar apabila keadaan ataupun kedudukan kewangan kita
baik maka lebih banyak lagi pengasingan ataupun lebih banyak lagi
kemudahan-kemudahan yang kita berjaya wujudkan untuk memastikan
wanita juga boleh beriadah sama sepertimana kalangan kaum Adam.

Seterusnya selain daripada itu juga Wakil Batu Burok juga menyentuh
tentang isu pendidikan politik untuk belia Terengganu. Sepertimana kita
semua tahu bahawa Kerajaan Pusat telahpun menyatakan bahawa satu
cadangan untuk meminda had umur mengundi daripada 21 tahun kepada
18 telahpun diutarakan dan sekarang ini berada di peringkat akhir cadangan
dan hanya menunggu masa sahaja untuk dibentang di Parlimen bagi
mendapat kelulusan daripada Parlimen. Sekiranya Parlimen meluluskan
ataupun setuju dengan cadangan ini maka kemungkinan PRU Ke-15 ini,
had umur pengundi adalah mereka yang berumur seawal 18 tahun dan
sudah tentulah kita tidak mahu Kerajaan yang akan dipilih oleh rakyat nanti
adalah Kerajaan yang tidak matang. Maka kerana itu Wakil daripada Batu
Burok menyentuh tentang isu tentang pendidikan politik untuk memberikan
kesedaran kepada para belia kita supaya mereka yang berumur 18 tahun itu
sebenarnya telah bersedia untuk membuat pilihan yang sebenar siapa yang
akan menguruskan isu-isu ataupun negeri dan negara Malaysia yang
tercinta ini. Dan untuk itu alhamdulillah juga, Sidang DUN Terengganu
dalam Sidang Bajet baru-baru ini kita telahpun meluluskan sejumlah
peruntukan untuk membina ataupun untuk melaksanakan Program DUN
Belia dan ia telahpun diluluskan dan insya-Allah kita hanya menunggu masa
sahaja untuk kita melaksanakan Program DUN Belia ini yang kita harap
dengan pelantikan ADUN-ADUN Belia yang mewakili golongan belia di
semua 32 daerah ini akan menjadi satu platform kepada kita untuk
481
memberikan pendidikan politik kepada rakyat terutama mereka yang
berumur seawal 15, 16, 17, 18 dan begitulah seterusnya supaya kelak
apabila mereka boleh mengundi maka mereka mampu untuk membuat
pilihan yang terbaik dalam Pilihan Raya Umum Yang Ke-15 nanti insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sekadar itu sahaja perbahasaan yang
saya boleh lakukan dan saya juga sebenarnya nak ambil kesempatan ini
untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan daripada
UMNO, Barisan Nasional yang telahpun masing-masing menyatakan
komitmen di atas isu perpaduan ummah ini. Dan sememangnya kita, PAS ini
sangat menyambut baik isu tersebut dan bagi membuktikan keseriusan kita
dalam perpaduan ummah ini untuk PRK di Rantau, Negeri Sembilan ini di
Terengganu ini telahpun menggerakkan jentera kita dengan bersungguh-
sungguh, hari ini pun ada beberapa mesyuarat yang diadakan oleh di
peringkat Jawatankuasa Pilihan Raya PAS Terengganu dan hari ini juga
Wakil-wakil Rakyat daripada PAS daripada Kerajaan telah mula menerima
pelbagai pesanan whatsapp untuk minta derma minta itu, minta inilah untuk
menampung kos bagi kempen yang akan kita lakukan di Rantau bagi
memenangkan calon UMNO dalam Pilihan Raya Kecil di Rantau nanti insya-
Allah. Jadi kita PAS ini dang kita kalau kita bersaing kita bersaing sungguh
deh, kalau kita wat kerja kita wat kerja sungguh, itu style kita orang PAS ini.
Jadi insya-Allah mudah-mudahan ianya bakal memberikan manfaat dan juga
memberikan kemajuan kepada umat Islam kita kepada perpaduan Melayu
untuk kebaikan negeri dan negara, insya-Allah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua itu sahaja. Sekian. Assalamu’alaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI PERTUA : Wa’alaikumusalam warahmatullah.


Terima kasih kepada Wakil Wakaf Mempelam. Yang Amat Berhormat
Menteri Besar, Ahli-ahli Dewan sekalian, saya tangguhkan sementara Dewan
ini kita sambung semula pukul 4.00 petang.

DEWAN DITANGGUH PADA PUKUL 3.40 PETANG.

482
PUKUL 4.00 PETANG

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Assalamu’alaikum warahmatullahi


wabarakatuh. Mesyuarat disambung semula. Ahli-ahli Yang Berhormat
sekalian, sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Cukai membuat
penggulungan bagi pihak Kerajaan.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai):


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahir rabbil
‘alamin. Assalatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi
wasahbihi ajmain. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mengambil
kesempatan pada petang ini merakamkan, merafak sembah dan
menjunjung kasih di atas Titah Baginda Sultan dan insya-Allah saya akan
merealisasikan nasihat dan tunjuk ajar apa yang dititahkan oleh Baginda
Tuanku.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sepanjang perbahasan dalam Sidang


Dewan pada kali ini, hanya satu persoalan sahaja yang ditimbulkan oleh
wakil daripada Sura yang menyatakan kenapa berlaku kelewatan dalam
pembayaran Tabung Darul Iman.

Sesungguhnya bagi pihak diri saya, dan juga bagi pihak Kerajaan, saya
memohon maaf kerana pada awal tahun ataupun akhir tahun bulan 11,
bulan 12, nak masuk pada awal tahun ini, berlaku kekangan kewangan di
peringkat Tabung Darul Iman yang menyebabkan banyak perkara tidak
dapat dijalankan. Banyak yang telah kita lulus tak dapat kita tunaikan
kerana masalah kewangan. Tetapi alhamdulillah saya yakin bermula pada
bulan 4 ni, saya yakin semuanya akan dapat diselesaikan. Dan kekangan
483
kewangan ini ialah akibat daripada kerana Kerajaan lambat menerima wang
royalti minyak daripada Kerajaan Pusat yang menyebabkan Kerajaan tidak
dapat memberi peruntukan kepada Tabung Darul Iman. Itu masalah yang
paling besar sekali.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, oleh kerana masalah ini sangat besar,
maka pada Sidang kali ini, saya mengambil kesempatan untuk memberitahu
kepada seluruh Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan dan juga seluruh yang
hadir. Setakat ini Tabung Darul Iman berbelanja hampir RM800,000 setiap
bulan bagi menyelesaikan penyakit-penyakit kronik, bagi menyelesaikan
orang-orang yang accident, nak beli besi dengan segera, bagi
menyelesaikan pampers, susu dan seumpamanya. RM800,000 sebulan
suatu angka yang sangat besar ditanggung oleh Tabung Darul Iman. Dan
seluruh rakyat Negeri Terengganu hari ini, bila dia tahu bahawa agak
senang sedikit permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, maka
mereka berduyun-duyun hadir ke Tabung Darul Iman. Dan insya-Allah
sebagai sebuah parti, sebagai sebuah Kerajaan yang telah memberitahu
kepada rakyat bahawa Kerajaan Parti Islam Semalaysia PAS ini adalah
Kerajaan berkebajikan, maka insya-Allah kita akan menjaga kebajikan
rakyat.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMAMD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil


Jertih): Yang Berhormat, boleh celah tak? Boleh celah?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Pohon laluan ya? Sila.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMAMD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil


Jertih): Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Untuk Tabung Darul
Iman ini, selain daripada sumber Kerajaan Negeri, kita ada juga usaha
dapatkan sumber daripada kakitangan Kerajaan dan juga sumber daripada
derma-derma syarikat-syarikat Kerajaan Negeri jadi sejauh manakah
sambutan, potongan gaji dan juga derma daripada sumber-sumber luar
selain daripada dana Kerajaan? Terima Kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Terima kasih
kepada Jertih. Setakat ini potongan gaji; yang pertama daripada Yang
Berhormat EXCO, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai-pegawai
Kanan Kerajaan. Dan yang terbaru ni pula ialah daripada jabatan-jabatan
Kerajaan dan hari ini saya dah minta supaya pegawai saya di Tabung Darul
484
Iman supaya agresifkan lagi minta sumbangan-sumbangan termasuklah
juga daripada GLC yang telah memberi bantuan kepada kita kerana setakat
ini Kerajaan hanya memperuntukkan RM5juta sahaja setahun sedangkan
belanjanya hampir RM8 juta. Dan insya-Allah pada tahun ini saya sudah
berjanji dengan Tabung Darul Iman untuk melipatkaligandakan lagi untuk
mencari seberapa banyak kewangan untuk memastikan Tabung Darul Iman
ini sentiasa bersedia untuk berdepan dengan rakyat kita di Negeri
Terengganu yang berada di dalam kesusahan.

Terima kasih kepada semua yang membantu Darul Iman dan saya
mengharapkan bantuan kita itu mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dan akan membawa kita kepada Syurga Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Insya-Allah.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Saya juga nak
ambil kesempatan di atas perpaduan ummah yang telah disebut oleh
sahabat saya, besok satu rombongan besar daripada Kemaman, saya dah
arah askar-askar saya untuk pergi ke Rantau bagi memastikan Pilihan Raya
pada kali ini, UMNO Barisan Nasional sekali lagi diberikan kemenangan.
Boleh ke dok boleh? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin mencelah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sudah dah.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura):
Berkaitan dengan soalan Tabung Darul Iman.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dah berhenti dah Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Saya
dah bangun dah tadi. Ingat dia tak nak berhenti lagi lagi.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dah bagi salam dah. Lepas nilah,
lepas ni. Terima kasih kepada Wakil Cukai. Saya jemput Wakil Alur Limbat
bagi pihak Kerajaan untuk menggulung.

485
YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat):
Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang
di-Pertua Dewan, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan
semua yang hadir pada hari ini, Pegawai-pegawai Kerajaan dan Pemerhati.

Setelah saya meneliti persoalan apa yang dibangkitkan sama ada termasuk
Soalan Lisan dan Bertulis serta soalan-soalan tambahan, saya sebagai
Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat yang paling
banyak sekali ditimbulkan, jadi saya ucap terima kasih dan rasa terharu
jugalah kali ini. Pada saya dah masuk Penggal Yang Kedua, jarang sekali isu
pelancongan ditimbulkan sebanyak ini. Menandakan bahawa harapan yang
tertinggi khususnya kepada ekonomi rakyat, perkara yang berkait dengan
pelancongan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat (ADUN) yang bertanya adalah
daripada Air Putih, Kemasik, Kuala Besut, Bandar, Sura, Rantau Abang,
Telemong, Batu Rakit, Kijal, ADUN Wanita, Bukit Besi, Batu Burok, Kuala
Besut dan mungkin ada lagi yang saya tak sempat untuk catat. Jadi saya
juga tidak berhajat untuk menjawab semua soalan kerana sebenarnya
sebahagian besar memberikan pandangan dan insya-Allah pihak Kerajaan
akan meneliti segala perkara yang ditimbulkan oleh pihak Yang Berhormat
sebelum daripada ini.

Cuma ada beberapa perkara yang saya nak sebut secara ringkas khususnya
yang berkait dengan Tasik Kenyir. Saya ingin memberikan respon sedikit
bagi pihak Kerajaan. Kerajaan hari ini mengucapkan terima kasih atas idea
dan cadangan pembangunan Tasik Kenyir oleh Kerajaan, Wakil Kerajaan
yang terdahulu dan tidak berhajat untuk memberhentikan
pembangunannya, malah telah menambahbaik dengan merangka satu
pembangunan yang terancang dan berstruktur dengan menjadikan kawasan
sekitar Tasik Kenyir sebagai kawasan Geopark dan menjadikan
sebahagiannya sebagai Taman Negeri bagi membolehkan ianya dijaga
dengan lebih bersistematik. Untuk makluman, Taman Negeri Kenyir, yang
pertama Kawasan Lawit Cendana sebanyak 15,000 hektar. Dan yang kedua,
Kawasan Perlindungan Hidupan Liar sebanyak 15,000 hektar.

Kemudian saya ingin menjawab beberapa soalan yang ditimbulkan oleh


sahabat saya daripada Kuala Besut, dari segi keluhan ataupun keluhanlah
pengusaha resort dari segi kedatangan pelancong yang dikatakan
berkuranganlah berbanding dengan tahun sebelumnya. Sebenarnya adalah
486
tidak wajar ataupun sebenarnya sukar untuk kita menilai apabila baru tiga
suku pertama, tiga bulan pertama kedatangan pengunjung kerana berbeza-
beza kedatangan pengunjung ni sebagai contohnya, saya ada menghubungi
dua minggu yang lalu salah seorang pengusaha daripada pulaulah, mereka
menyatakan tahun lepas bulan empat tiada orang, bulan tiga ramai, tapi
tahun ini bulan tiga kurang, bulan empat mereka oleh kerana mereka
mengadakan tempahan online mereka dapat maklumat bulan satu, bulan
dua, bulan tiga sehinggalah Oktober tahun ini, bulan April sahaja,
peningkatan hampir 50% berbanding dengan tahun yang lalu. Ini yang
perkara sepatutnya kita ambil caknalah dan pulau ini mula dibuka
kebanyakannya bermula daripada awal bulan tiga, jadi berilah masa kepada
pengusaha-pengusaha chalet di pulau-pulau dan insya-Allah saya yakin,
tahun ni kedatangan pengunjung lebih ramai daripada tahun yang
sebelumnya.
Saya ambil satu contoh di darat di TTI (Taman Tamadun Islam) sebagai
satu indikator mudahlah tetapi walaupun kita tidak boleh mengambil kira ke
semua tempat, sebagai contoh tahun 2017 - 2018 kedatangan pengunjung
di TTI kalau 2017 hanya 19,784, 2018 - 23,915 ini daripada Januari hingga
Mac tetapi pada tahun 2019 kedatangan pengunjung sudah 28,000. Tahun
lepas waktu ini tiga bulan 23,000, tahun yang sebelumnya 19,000 sekarang
ini sudah melebihi hampir 10,000 berbanding dengan tahun 2017
maknanya peningkatan itu ada dan saya yakin di sebelah pulau juga perkara
yang sama insya-Allah akan berlaku, kalau tidak berlaku bulan tiga ini
ataupun bulan tiga yang lalu bulan empat ini, insya-Allah akan datang
pelancong yang kita haraplah dan kita doa berlaku demikian.

Kemudian ada persoalan sama ada motto atau logo ‘Beautiful Terengganu’.
Insya-Allah oleh kerana motto ini telah terkenal di seluruh dunia, kita tidak
berhajat lagi untuk menukar ‘Beautiful Terengganu’ ini kita kekal dahulu
sehinggalah satu masa yang kita fikir dah sudah establish boleh ditukar
kepada logo ataupun motto yang lain. Berkenaan dengan ECTC atau pun
East Coast Tourism Corridor, pihak Kerajaan Negeri baru sahaja meluluskan
penubuhannya, Secretariat East Coast Tourism Corridor bagi peringkat
Negeri Terengganu dalam Mesyuarat MMKN bulan lepas. Sebagaimana yang
saya jawab sebelum ini ECTC ini merupakan satu inisiatif bagi mewujudkan
kerjasama antara empat negeri di Pantai Timur, Terengganu, Kelantan,
Pahang dan Johor dengan memfokuskan untuk memantapkan sektor
pelancongan di negeri-ngeri ini, kerana negeri di sebelah timur jauh
daripada KLIA yang dekatnya Pahang. Pahang kedatangan pelancongnya 11
487
juta setahun pada tahun lepas. Tahun 2017 di mana lebih kepada Cameron
Highland dan juga Genting Highland dan mereka dekat dengan KLIA begitu
juga Johor. Johor dia ada highway yang memang dekatlah dan pengunjung
ramai di sana tapi cabarannya terletak di Terengganu dan juga Kelantan
tapi kita ada pelbagai persamaanlah empat buah negeri ini dan kita
mewujudkan ECTC bagi membantu mempromosikan sektor pelancongan di
empat buah negeri ini. Saya ringkaskan insya-Allah Inbound Industry Food
Camp Peringkat Negeri Terengganu di bawah ECTC akan diadakan pada 23
hingga 25 April pada tahun 2019 di Primula Beach Hotel yang akan datang
ini. Dan lain-lain perancangan ada dengan saya ini, saya tidak berhajat
untuk membentangkan kepada rakan-rakan dalam Dewan Undangan Negeri
ini tapi perancangannya sangat baik untuk ECTC.

Kemudian berkenaan dengan halatuju TD1303, operasi TD1303 berjalan


dengan lancarlah sekarang ini untuk maklumat Dewan, mengikut
perancangan asal penubuhannya 21 Fix Desk yang disediakan, telah disewa
dan digunakan, insya Allah, Fix Desk ini kita akan tambah lagi, kita akan
buat pembangunan baru di sebelah, kalau kita masuk sebelah kanan ni,
kanak kiri atas tingkat satu, kita akan tambah lagi Fix Desk. Dan kita akan
renovate dengan izin, renovate lagi bangunan TD untuk kita bagi sewa bagi
tingkat yang kedua. Fix Desk ini disediakan telah disewa sebanyak 21 dan
digunakan oleh Usahawan Digital Rakyat Terengganu. Empat buah ruang
pejabat (private room office) hanya ada empat sahaja setakat ini,
sebenarnya dah lama dah penuh, permintaan sangat tinggi, juga telah
disewa sepenuhnya oleh usahawan tempatan. TD ini maksudnya
Terengganu Digital, 1303 bermaksud penemuan Batu Bersurat. TD ini juga
telah berjaya melahirkan satu syarikat start up yang kini mempunyai 25
orang pekerja, kita mulakan dengan satu syarikat insya-Allah kami akan
berjuang untuk memastikan setahun ada syarikat-syarikat baru, syarikat IT
yang akan ataupun syarikat yang berasaskan daripada TD1303, insya-Allah.
Walaupun U-TENT telah dibatalkan sebagaimana yang telah ditanya, tetapi
TD1303 telah diletakkan di bawah Terengganu TI lah semua orang tahu TI,
dan sebuah anak syarikat iaitu TD1303 SDN. BHD telah ditubuhkan untuk
menguruskan operasi TD1303.

Kerajaan Negeri komited untuk meneruskan agenda penubuhan untuk


TD1303 dan kini Kerajaan Negeri berusaha untuk melengkapkan ekosistem
yang perlu bagi merancakkan perkembangan Ekonomi Digital di
Terengganu. TD1303 ini merupakan pejabat ataupun ruang Home Working
488
Space yang semakin hari semakin mendapat tempat khususnya kepada
generasi muda. Jadi saya juga mencadangkan supaya semua Ahli-ahli Yang
Berhormat dan juga Pegawai-gegawai Kerajaan supaya melawat TD1303
dan kami beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu, maksudnya
adalah kaedah dia, bila nak pergi daftar, bila nak masuk, bila-bila masa kita
boleh pergi ke sana dengan memberitahu kepada pegawai yang ada di
sana.

Jadi itulah sedikit sebenarnya walaupun banyak perkara yang ditimbulkan


pada saya, lebih banyak kepada cadangan kepada yang sangat baik dan
insya-Allah pihak Kerajaan akan mengambil perhatian tentang perkara yang
ditimbulkan. Akhirnya saya mengucap berbanyak-banyak ribuan terima
kasihlah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang telah
menimbulkan beberapa perkara berkait dengan portfolio saya dalam
perbahasan pada kali ini. Wallahu a'lam. Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Alur Limbat.


Seterusnya saya jemput Wakil Ladang untuk membuat penggulungan bagi
pihak Kerajaan.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR


(Wakil Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum
warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang
Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat-Yang Berhormat dan
juga Pegawai dan Pemerhati yang hadir. Saya, insya-Allah akan tidak
mengambil masa yang panjang kerana menghormati gesaan Yang
Berhormat Tuan di-Pertua yang nak habis hari ini juga, jadi pendek-pendek
doh ah. Tapi kalau ada soalan sedia menjawab.

Ada beberapa orang Yang Berhormat membangkitkan tentang isu yang


berkenaan dengan industri, contohnya Kemasik, Rantau Abang , Bandar,
Batu Rakit, Kijal dan ADUN Wanita turut menyinggung atau turut
mengambil bahagian membicarakan soal industri. Saya nak mulakan
tentang promosi pelaburan. Tengahari tadi pun ada wakil pelabur
daripada Jepun datang berjumpa dengan saya. Besok, tengahari pukul 1.30
pun ada yang buat appointment untuk jumpa daripada Korea dan hampir
setiap hari saya menerima kunjungan pelabur-pelabur yang ingin tahu
terutamanya tentang pelaburan berkenaan dengan silika. Yang datang tu
489
berbagai, ada yang memang serius, ada yang broker, ada yang nak tanya-
tanya khabar. Jadi, selalunya apabila datang saya tanya, apa yang saya
boleh bantu. Nak mende sebenarnya kabor spesifik nak mende? Saya terus,
direct, mari ni tujuannya nak mende. Saya tanya begitu sebab saya kata
kalau saya tahu jelas boleh kita bantu dengan jelas. Dia dokdang musing-
musing, dok doh lening. Direct to the point. Kemudian, saya juga diminta
untuk meninjau di luar negara. Saya telah mengikuti program MIDA ke
Tokyo, ke Osaka dan juga ke Seoul pada tahun lepas. Tahun ini MIDA
takmboh ajak. Dia nak gi USA tapi dia kata tahun ini takmboh ajak negeri-
negeri pergi, kementerian jer pergi. Kemudian, saya juga baru balik
daripada Taiwan. Dalam masa sebulan lebih, saya pergi dua kali ke Taiwan,
ke Kaohsiung dan juga ke Taipei untuk berjumpa dengan pelabur-pelabur
yang kita fikir serius untuk datang ke Terengganu. Kita belajar daripada
pengalaman orang-orang lama dulu. Dia kata kita kena mesra dengan
pelabur ini, sebab ada kes dulu mereka datang ke Terengganu, kemudian
tidak buat follow-up. Dia pergi ke Singapura, selepas satu minggu dia balik,
satu rombongan daripada Singapura pergi dan akhirnya dia melabur di
Singapura. Maknanya kita kena sangat mesra dengan mereka. Kalau tidak
dia kata kenapa saya kena mari ke Terengganu. Selalu tanya why pasal apa
saya kena mari melabur di Terengganu. Dia ada pilihan lain.
Baru-baru ini kita kalah ke Sabah. Mereka ada dua pilihan. Satu ke
Terengganu, satu ke Sabah dan akhirnya mereka memilih untuk ke Sabah
dengan alasan mereka sendiri. Jadi, saya sebut itu sebab nak menunjukkan
bahawa dalam melayani karenah pelabur-pelabur ini memang kita mesra
dan kita bersungguh, dan kita yakinkan mereka bahawa Terengganu adalah
satu destinasi yang baik untuk mereka datang melabur terutamanya dalam
industri silika. Jadi, berkenaan silika ini saya nak sebut sikitlah. Pertamanya,
kita telah wujudkan satu masterplan untuk TSV, Terengganu Silica Valley
dan masterplan ini telah dibentangkan kepada kita dan kita pada asalnya
bersetuju untuk menerima pembentangan itu dan cadangan-cadangan yang
dikemukakan. Dan, saya juga diberitahu bahawa players silika ini ada
empat giant yang besar. Satunya di Taiwan, satu di Tokyo, satu di India dan
satu lagi di China. Ini mereka besar, dan ini kita sedang mencuba untuk
paling-paling kurangnya kalau dapat satu pun alhamdulillah sebab
pelaburan mereka besar. Yang saya pergi ke Taiwan itu adalah untuk
menjemput mereka melabur dan mereka bercadang untuk melabur bukan
dalam glass tapi nak buat macam sama dulu macam, fabric dia panggil,
fabric fibre, nak buat baju silika. Memang sungguh rupanya sebab benang

490
silika, Dato’ Ahmad Said takdok, dia duduk sebut dulu silika dia pakai seluar
silika dia kata. Betul ke dok, dok tahu.

...[Kedengaran ada ahli yang menyebut seluar dalam] ....

Dok tahulah hok dalam tapi memang ada sebenarnya barang itu dan dia
bercadang untuk datang melabur dalam bidang itu dan sekarang ini dia
mengawal 18% daripada market di Taipei sekarang ini ataupun di Taiwan.
Insya-Allah dijangka dia akan datang. Cuma, pelaburan dalam bidang silika
ini dia bukan cepat, bukan hari ini, sebulan lagi dia akan buat. Yang saya
pergi Taiwan itu dia kata kami pergi ini bukan seorang, saya pergi ini
dengan rombongan termasuk TI, Petronas, SEDC, semua yang berkaitan
dengan pelaburan ini kita bawa bersama. Dan dia kata kalau saya nak
melabur saya akan makan masa tiga tahun. Plan hari ini tiga tahun lagi baru
boleh pakai. Jadi sedang moleklah sebab gas kita pun akan datang lebih
kurang tiga tahun dari sekarang, dan untuk makluman, kita telah
tandatangani MOU dengan Petronas untuk membawa gas ke TSV ini
daripada Paka dan saya dapat tahu bahawa dua-tiga hari yang lepas, apa
ini, EPU juga telah bersetuju untuk menyokong permohonan kita ini. Dan
insya-Allah, saya rasa paip gas daripada Paka, daripada Santong ke TSV ini
akan dapat kita mulakan dengan segera. Insya-Allah pembinaannya.
Cuma, kita ada dasar yang jelas berkenaan dengan silika ini bahawa yang
nak datang ini mesti melabur untuk membuat factory atau kilang-kilang
yang mengeluarkan bahan-bahan yang dikatakan end product atau finish
product bukan raw material. Banyak sangat pertanyaan untuk membawa
pasir kita keluar begitu sahaja. Dia kata, no, tak boleh. Nak, mari melabur
untuk buat kilang mengeluarkan bahan-bahan yang finish product dan
alhamdulillah ada mereka itu yang memang berhasrat untuk datang
melabur di TSV Group. Insya-Allahlah tapi kita kena beri masa panjang
sikitlah untuk mereka datang.

Dan tentang peluang pekerjaan, kita memberitahu, berjanji dengan rakyat


bahawa kita mewujudkan lebih kurang 20,000 peluang pekerjaan dalam
masa empat tahun ini. Sekarang ini, bagaimana? Sekarang ini daripada
sumber yang kita dapati, sehingga Februari 2019, sehingga bulan lepas, kita
dah dapat wujudkan 7,057 peluang pekerjaan, dan insya-Allah pada tahun
2022 hingga 2024, kita jangka peluang pekerjaan akan bertambah sebanyak
18,729 orang. Jadi target kita kalau betul unjuran ini betul akan sampai
target, insya-Allah. Itu dalam bidang industri sahaja .....
491
YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Tuan
Yang di-Pertua, mohon mencelah. Saya ingin mendapatkan penjelasan
daripada EXCO Ladang, Wakil Ladang, daripada 7,000 itu, peluang
pekerjaan yang telah diwujudkan, di mana paling ramai ditempatkan
pekerja baru itu? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR


(Wakil Ladang): Ya, kita dapati dia ada enam sumber yang kita dapat iaitu
daripada Aktif Malaysia Sdn. Bhd - 500 orang, Madura Industry - 44 orang,
Wood Base Industries - 115 orang, Eastern Steel Kemaman itu dia tambah
lagi expansion dia lebih kurang 800 orang dan Compass Industries Sdn.
Bhd. - 200 orang, daripada Jobs Malaysia kita dapat 5,378 orang.
Kemudian, seterusnya itulah 18,000 itu dijangka daripada tahun 2022
hingga 2024 besarnya ialah di Silika kita, di TSV. Ni nak tahu apa mende
lagi ni? Banyak ni tapi kabor belaka dah itu kot. Yang lain-lain itu kita juga
ada 26 sebenarnya kawasan industri, 26 kawasan industri yang terbaru ialah
di Arun, Dungun. Tok Arun dia panggil. Tok A.R.U.N ...(mengeja)... di
Dungun. Dan keluasan kawasan- kawasan industri ini ialah 4,500 hektar
jumlahnya dan campur dengan TSV 4,000 hektar, itu jumlah kawasan
industri. Selain daripada silika ini kita juga menerima pertanyaan untuk
paling kurang ada dua syarikat besar yang akan melabur di kawasan
Biopolimer Kerteh, Paka, dan insya-Allah mereka sedang menunggu kita
lulus tanah dia nak buat dia kata, kita tunggulah. Saya kira itu sahaja saya
nak sebut melainkan ada soalan, saya duduk dulu kalau ada saya bangun
semula. Terima kasih. Allahhu wa’alam. Assalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Wa’alaikummussalam


warahmatullah. Terima kasih Wakil Ladang. Seterusnya saya jemput Wakil
Jabi untuk membuat penggulungan.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-
Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan
dan Pemerhati yang dihormati sekalian.

492
Pertama sekali saya juga mengambil kesempatan merafak sembah,
menjunjung kasih di atas Titah ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Sultan terutamanya di atas perhatian yang diberikan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada sektor pertanian di Negeri
Terengganu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya sentuh


berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Setiu
Yang Berhormat Batu Rakit berkenaan dengan bantuan untuk nelayan.
Kebajikan masyarakat nelayan memang menjadi antara agenda utama
Kerajaan Negeri. Terutamanya bila dalam keadaan musim tengkujuh,
nelayan tidak memiliki pendapatan apabila mereka tidak dapat turun ke
laut. Kerajaan Negeri telah menerima permohonan Bantuan One-Off
daripada Persatuan Nelayan Terengganu atau ringkasnya PENENTU yang
mewakili seramai 6,498 orang nelayan berdaftar. Daripada 6,498 orang
nelayan berdaftar, 3,879 merupakan penerima Bantuan Elaun Sara Hidup.
Permohonan ini sedang dipertimbangkan sebaiknya oleh Kerajaan Negeri.
Berdasarkan kepada kedudukan kewangan semasa dan doakan semoga ada
rezeki untuk nelayan kita menjelang musim tengkujuh akan datang insya-
Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Buluh Gading


menyentuh berkenaan dengan status terkini, Pusat Pemprosesan Susu
Kambing di Jenang. Situasi terkini hanya tunggu Cooler Tank, tangki susu
yang diimport daripada Turki untuk sampai. Peralatan-peralatan lain pusat
pemprosesan ni dibeli daripada China dan semuanya sudah sedia.
Dijangkakan pusat pemprosesan ini akan mampu dimanfaatkan oleh
seramai 50 orang penternak kambing tenusu kecil-kecilan. Dan mereka
dijangkakan mampu membekalkan sekitar 500 liter susu kambing sehari.
Dia masih lagi di bawah tahap keupayaan pusat pemprosesan ni kerana
kapasitinya mampu memproses sehingga 1,000 liter sehari. Buat masa
sekarang ni, operasi secara kecil-kecilan sudah pun berjalan dan insya-Allah
apabila Cooler Tank ..... Cooler Tank ni fungsi dia untuk meletakkan susu
pada suhu di bawah daripada pada tahap beku tapi susu tu tak beku. Sebab
susu apabila beku dia akan jadi butter dia akan jadi macam butterlah. Dan
syarikat Tenox yang mengoperasikan pusat pemprosesan susu ni dengan
dana sendiri telah membelanjakan RM750,000 yang menggambarkan
keseriusan syarikat ni untuk nak menjayakan projek ni yang merupakan
projek yang pertama sekali di Negeri Terengganu.
493
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ajil menyentuh
berkenaan dengan isu pembangunan yang tidak seimbang. Terutamanya
tiga daerah yang agak ketinggalan iaitu Daerah Besut, Daerah Setiu dan
juga Daerah Hulu Terengganu. Dalam Dewan yang mulia ni saya nak
mengajak kita yang berada di tiga daerah ni mari bersama kita
kembangkan ekonomi untuk tiga daerah ni, berasaskan pertanian sesuai
dengan realiti sosio ekonomi setempat. Kenyataan yang kita tidak dapat
nafikan kita tidak akan mampu bersaing dengan daerah lain seperti
Kemaman, dalam sektor industri. Padang tempat kita berlawan ni
diistilahkan padang yang tidak sama rata bukannya orang Besut, orang
Setiu atau pun orang Hulu tak nak maju tetapi ada faktor geografi terutama
dari segi strategik kedudukan, jalan perhubungan, pelabuhan, lapangan
terbang, kepadatan penduduk yang memainkan peranan besar dari segi
kemajuan. Tapi buat pengubat hati sekurang-kurangnya Daerah Setiu boleh
berbangga sebagai daerah yang paling rendah kadar jenayah dan paling
aman dalam Negeri Terengganu. Lepas daripada penyatuan ummah ini kita
rasa dia akan jadi lebih aman berkali-kali ganda lagi Insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, MIER (Malaysian Institute of


Economic Research) telah meletakkan sektor pertanian dan perhutanan
adalah potensi penyumbang utama kepada sosio ekonomi rakyat di Negeri
Terengganu. Ini adalah fakta dan pembangunan di tiga daerah mesti
berpijak di bumi nyata dan bukan dalam bentuk ikut-ikutan. Mari kita
bersama meletakkan suatu keyakinan bahawa pertanian ini adalah satu
kerjaya dan kita boleh maju dengan sektor pertanian. Bukan setakat
sebagai satu sumber rezeki tetapi dia juga sebagai satu jaminan sumber
makanan bagi negeri kita. Tanah kita masih luas, tanah terbiar saja ada
sekitar 12,000 hektar. Pelbagai peluang dalam bentuk kursus-kursus
kemahiran, kemudahan dana disediakan oleh Kerajaan Negeri seperti
bantuan modal tani dan dana-dana daripada Kerajaan Pusat. Antaranya
saya maklumkan dalam Dewan ini, bantuan untuk tanaman semula buah-
buahan yang memfokuskan kepada tanaman durian dan tanaman lain, ada
RM6,000 untuk 1 hektar dalam bentuk insentif. Yang kedua, Kluster Durian
kita fokuskan untuk sulam dusun-dusun durian kampung dengan durian
klon. Maknanya kita buat cantuman dewasa daripada durian kampung
pusaka daripada tok kita, kita cantumkan dengan durian klon supaya
walaupun dia durian kampung akhirnya dia buah Durian Musang King. Yang
ni Yang Berhormat Telemong tengah buat yang ni. Dan kita juga boleh
494
cantumkan pokok-pokok mempelam yang ada di kampung-kampung dengan
buah yang bernilai rendah kita cantumkan supaya semuanya keluar buah
dalam bentuk buah Harum Manis. Kita beruntung kerana Pemangku
Pengarah Pertanian kita ni dia mari daripada Perlis. Dia ada kepakaran
dalam bidang Harum Manis. Di antara insentif yang ditawarkan lagi yang
perlu dimanfaatkan insentif tanaman tembikai sehingga RM20,000 - 1
hektar. Insentif untuk Kluster Tanaman Pisang RM20,000 juga. Kluster
Tanaman Betik RM20, 000 juga. Kluster Tanaman Kontang RM20,000.
Dana-dana ni kita boleh manfaatkan dan kita gabungkan dengan
kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk rakyat
memanfaatkan tanah Kerajaan bagi tanaman kontang dalam bentuk
permohonan Lesen Menduduki Sementara.

Saya ucap tahniah dan terima kasih di atas hasrat Yang Berhormat ADUN
Ajil untuk menjadikan DUN Ajil sebagai Pusat Penternakan Rusa yang
terbesar di Negeri Terengganu. Penternakan rusa ni dia mampu
menghasilkan pelbagai produk yang menguntungkan di antaranya produk
yang boleh dijual tanduk lembut. Yang kedua, tanduk keras. Rusa ada
tanduk lembut dan tanduk keras. Kulit rusa, daging rusa dan juga ekor rusa,
yang ni boleh jual belaka.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat di-Pertua penjelasan, tanduk lembut guaner, tanduk keras
guaner dok rajin tengok saya.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Nanti.

YANG BERHORMAT DATUK SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal):
Memang sedap hok keras sepatutnya. Cuma nak tahu hok lembut guaner?
YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Yang Berhormat
Kijal minat yang keras jer...(Sambil gelak) ..... Nanti saya bawa Yang
Berhomat Kijal pergi melawat ladang rusa, insya-Allah. Dan penternakan
rusa ni, dia mampu menjadi satu ikon untuk Agro Pelancongan di Negeri
Terengganu dalam masa yang sama boleh menjadi destinasi untuk Food
Tourism. Dan insya-Allah pada Sidang DUN akan datang kita harap kita
akan dapat rasa keenakan daging rusa sumbangan Yang Berhormat Ajil,
insya-Allah.

495
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ADUN Wanita menyentuh berkenaan
dengan pencemaran laut yang mendatangkan ancaman kepada industri
perikanan kita. Memang ada kes penyu yang mati kerana makan plastik
sebab sebenarnya penyu ni dia keliru di antara plastik dengan obor-obor
yang menjadi makanan asasi penyu. Lautan yang ada, di pesisir pantai di
Negeri Terengganu sepanjang 244 kilometer daripada Kemaman sehingga
ke Besut adalah sumber mata pencarian rakan-rakan nelayan kita dan laut
ni bukan tong sampah. Dan hidupan laut ini dijadikan oleh Allah secara
sunnahnya untuk hidup dalam lingkungan yang bersih. Bila persekitaran
kotor, mereka lari dan yang akan ruginya ialah kita, dan saya suka
mencadangkan kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat yang
kawasannya ada pantai terkecuali kawasan Pantai Ali di kawasan Yang
Berhormat Kuala Berang agar menjadikan program gotong royong bersih
pantai ini di antara program rutin sama ada secara dwi bulanan ataupun
secara dua-tiga kali setahun untuk kita melazimi menyumbang kepada
kebersihan pantai kita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Besut


menyentuh berkenaan dengan pencemaran Sungai Seri Kemunting di Kuala
Besut yang dimaklumkan menjejaskan sangkar-sangkar ternakan ikan air
tawar yang ada di sungai ini. Terima kasih Yang Berhormat Kuala
Besut. Setelah saya teliti dan mendapat beberapa maklumat sebenarnya dia
bukan berpunca daripada pencemaran industri tapi berpunca daripada
kegiatan menyembur racun kepada kawasan sawah padi yang berdekatan
kemudian air daripada kawasan sawah padi ini mengalir ke dalam sungai,
air yang dicemari racun dan ia menjejaskan sedikit sebanyak sangkar-
sangkar ternakan ikan yang ada di dalam sungai itu. Alhamdullilah, laporan
yang kita terima, kematian ikan yang berlaku akibat sedikit pencemaran
tidak membimbangkan. Setakat ini dalam konteks Negeri Terengganu tidak
berlaku lagi pencemaran sungai kita kerana buangan sisa-sisa industri dan
kita perlu pelihara untuk masa depan anak cucu kita, insya-Allah. Bila
berlaku pencemaran sungai natijahnya ialah kematian ikan-ikan yang
diternak oleh penternak-penternak kita. Ikan ini bila dia mati dia akan
timbul, yang itu kita tak kisah sangat, yang kita kisah bila air mata
penternak kita jatuh, yang ini kita kisah.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Abang


menyentuh berkenaan dengan Muara Sungai Dungun daripada Nibong ke
Delong yang dikatakan sesuai sebagai lokasi untuk pendaratan tuntung
496
bertelur. Tuntung ni ada dua jenis, yang pertama, Tuntung Air Masin,
Tuntung Air Masin di bawah bidang kuasa Jabatan Perikanan dan yang
kedua, Tuntung Air Tawar di bawah bidang kuasa Jabatan Perhilitan dan
EXCO Pertanian kena jaga dua-dua, masin dan tawar kena jaga dua-dua.
Dan untuk makluman Dewan, dua lokasi di sepanjang Sungai Dungun iaitu
di Pasir Kumpal dan juga Pasir Tok Chu telah diwartakan sebagai Tempat
Pendaratan Tuntung Bertelur yang dijaga oleh Jabatan Perikanan.

ADUN Bandar, Yang Berhormat ADUN Bandar menyentuh berkenaan


dengan ancaman nelayan asing yang menceroboh pengairan negara kita
yang bukan hanya setakat memusnahkan khazanah hasil laut kita, dalam
masa yang sama juga mendatangkan isu ancaman keselamatan kepada
nelayan kita. Ancaman nelayan asing ini bila kita sebut dia bermakna
nelayan Vietnam kerana tidak berlaku lagi pencerobohan nelayan Thailand
kepada kawasan pengairan kita. Isu ini isu lama, walaupun lama dia sebut
berulang kali tetap kita kena sebut tanpa jemu dan kita berusaha untuk
menangani, tak boleh selesai semua, kita selesai sebahagian. Isunya
berkaitan dengan isu pelesenan dan penguatkuasaan di laut yang
melibatkan multi agencies di peringkat Kerajaan Persekutuan yang masih
gagal sehingga sekarang ini untuk disatukan di bawah satu pengarahan.
Nelayan Vietnam yang menceroboh pengairan kita sebenarnya bukan guna
Pukat Kokok, Pukat Kokok itu kesan dia masih kecil lagi kalau nak banding
dengan dahsyatnya kesan Pukat Ganding yang digunakan oleh nelayan
Vietnam. Pukat Ganding dengan makna pukat yang ditarik dengan dua buah
bot dengan jarak 150 meter di antara dua buah bot ini daripada dasar laut
sampai ke atas, habis dia kokok khazanah hasil laut kita dan dengan
keluasan ZEE (Zon Ekonomi Eksklusif) di Negeri Terengganu, sekitar
seluas 87,000 kilometer persegi memang laut kita sangat luas dan kalau kita
nak kira Zon Ekonomi Eksklusif Wilayah Timur yang dijaga oleh Maritim
Wilayah Timur luasnya seluas lebih kurang 200 kilometer persegi, satu
keluasan yang sangat luas, sebab itu bila kita mengunjungi Pejabat APMM
Wilayah Timur berbincang dengan mereka tentang masalah ini, saya secara
jujurnya sangat-sangat menghargai dan berterima kasih di atas
pengorbanan yang dilakukan oleh anggota Maritim kita dalam mengawal
kedaulatan dan menjaga khazanah hasil laut kita walaupun pencerobohan
demi pencerobohan berlaku sebenarnya mereka telah melakukan apa yang
terdaya, yang terbaik berdasarkan kekuatan aset dan kemampuan peralatan
yang mereka ada. Dalam masa yang sama kita tengok peningkatan
kecaknaan daripada nelayan kita, dengan rasa kekitaan, rasa sense of
497
belonging terhadap laut kita dan saya telah minta kepada Pengarah
Perikanan Negeri termasuk saya sendiri telefon kita buka untuk menerima
laporan daripada nelayan ini 24 jam sehari. Ada nelayan yang hantar
gambar, video bot Vietnam yang sedang menceroboh supaya aduan-aduan
ini kita boleh selaraskan segera dengan pihak berkuasa. Mudah-mudahan
dengan sedikit sebanyak apa yang kita buat, satu kerja yang sebenarnya
berada di luar daripada bidang kuasa kita Kerajaan Negeri tapi prinsip kita
kerja, tak boleh untuk kita buat semua, kita jangan tinggal semua, kita buat
sebahagian, mudah-mudahan ini juga menjadi satu sumbangan sokongan
kepada industri perikanan kita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Manir menyentuh


beberapa kejayaan daripada Pelan Strategik Hala Tuju Pertanian Negeri
Terengganu. Kejayaan ini baru bunga-bunga sikit-sikit, baru bau-bau sikit,
buahnya tak nampak lagi dan kita perlu bekerja keras supaya bunganya
bertukar menjadi buah biarlah kejayaan-kejayaan dalam bentuk kejayaan
kecil tak apa, tapi kita selesaikan keresahan dan rungutan rakyat secara
berperingkat dan kepada Allah kita berserah segala urusan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Jabi, saya


jemput Wakil Bukit Payong untuk membuat penggulungan.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong):


Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdullilah Hilqoil:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taat, patuhilah Allah dan


taat, patuhilah Rasul dan pemegang-pemegang urusan pemerintahan di
kalangan kamu, maka jika kamu bertelingkah dalam semua perkara, maka
hendaklah kamu kembalikan urusan itu kepada Allah yakni Al-Quran dan Ar-
Rasul yakni hadis, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, yang
demikian itu paling baik dan itulah pentafsiran yang paling indah.

498
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar,
Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Ketua-ketua Jabatan, para Pemerhati yang
saya hormati lagi saya kasihi sekalian.

Saya mengambil peluang untuk merakamkan dan merafa’ sembah Ucapan


Penghargaan dan Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Tuanku Sultan yang
telah menyebut beberapa perkara penting.

USUL MELANJUTKAN TEMPOH MASA PERSIDANGAN

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, memandangkan masa Persidangan akan tamat
tempohnya pada pukul 5.00 petang, dengan ini saya mencadangkan supaya
tempoh persidangan ini dilanjutkan sehingga selesai semua Tertib Pekerjaan
berkaitan Usul Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan di
dalam Tertib Pekerjaan Dewan sebagaimana yang telah ditetapkan menurut
di bawah Perkara 7(1A) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap
Dewan Undangan Negeri.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,


saya telah menerima satu cadangan supaya melanjutkan tempoh masa
persidangan pada hari ini. Oleh demikian masa Persidangan Dewan ini
dilanjutkan sehingga selesai semua pekerjaan berkaitan Usul Menjunjung
Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagaimana telah ditetapkan
dalam Tertib Pekerjaan Dewan bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua
Dewan Undangan Negeri Ke-14, Persidangan Dewan diteruskan.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Terima
kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan sangat teruja
dengan beberapa perkara yang disebut dalam Titah Diraja khususnya
mengenai peranan MAIDAM, peranan Akademik DUAT Terengganu atau pun
Didik Ulama Amilin Terengganu, Program SPIKE yang dilaksanakan bersama
oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan MAIDAM. Dalam peluang
yang ada ini, saya juga menjunjung kasih setinggi-tingginya atas peranan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan sebagai Ketua Agama negeri ini.
Kerajaan Negeri sudah tentu adalah khadam bagi mengurus dan mentadbir
499
dan memartabatkan agama di negeri ini dan saya hanya mahu respon
tentang dua perkara yang disebut oleh beberapa Ahli Dewan.

Yang pertama, yang berkaitan dengan penyatuan ummah. Sudah tentu


penyatuan ummah yang kita maksudkan ialah penyatuan ummah yang
berpaksikan Islam. Penyatuan ummah bagi membina kebajikan dan agenda
Islam di waktu yang sama penyatuan ummah ke arah membina perpaduan
yang hebat dalam menyekat segala usaha-usaha bagi menggugat kemuliaan
dan ketinggian agama Allah bahkan kita mengharapkan penyatuan ini akan
dapat menumbangkan DAP yang kelihatan dominan dalam memerintah
Malaysia hari ini, Insya Allah. Saya sangat mengalu-alukan apa yang
disebut oleh Yang Berhormat Hulu Besut agar penyatuan ini menjadi segar
dan mekar dalam kehidupan masyarakat Negeri Terengganu. Saya
mengharapkan insya Allah, Yang Berhormat-Yang Berhormat dan semua
pihak dapat turut hadir dalam semua program yang disusun oleh Kerajaan
Negeri. Sempena bulan Rejab ini, telah menganjurkan suatu Program
Penghayatan Bulan Ibadat Solat, kita harap semua pihak dapat menyatukan
bagi menjayakan semua program-program seumpama ini, insya Allah.

Yang Berhormat Hulu Besut sebut bahawa kemungkinan Kerajaan yang ada
ini sepenggal sahaja. Itu adalah perkara yang mungkin. Kerana dunia ini
adalah mungkinan. Dalam ilmu tauhid, semua mungkin. Mungkin juga Yang
Berhormat Hulu Besut tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan
datang. Mungkin juga UMNO tidak akan bertanding di Terengganu dalam
Pilihan Raya Yang Ke-15 kerana saya rasa tidak sepatutnya lagi untuk
bertanding di Negeri Terengganu atas asas penyatuan ummah ini. Bahkan
kemungkinan pemimpin-pemimpin UMNO akan bertanding di Negeri
Sembilan dalam Pilihan Raya Yang Ke-15 yang kita bersedia untuk
membantu dalam pilihan raya di Negeri Sembilan. Semua itu adalah
mungkin, mungkinan. Tetapi kita mengajak agar rakyat ini berfikir Kerajaan
yang ada hari ini sedang berusaha untuk memperbaiki kelemahan-
kelemahan kerajaan yang lalu dan memenuhi agenda kebajikan dan
kebaikan rakyat. Sudah tentu rakyat yang cerdik dan bijak akan meneruskan
Kerajaan yang ada ini. Tetapi tidak mustahil kerana Nabi Sallallahu Alaihi
Wassalam menyebut, di antara tanda hari kiamat (Yang bermaksud): Tidak
akan berlaku kiamat sehinggalah manusia yang paling bahagia dalam
memimpin dunia ini adalah pemimpin yang bodoh daripada keturunan yang
bodoh.

500
Tidak mustahil kerana perkara itu semua adalah perkara yang mungkinan.
Terserahlah di masa depan untuk Allah menentukannya. Tetapi kami berdoa
agar Kerajaan ini akan terus memikul amanah dan menunaikan amanahnya
agenda kebaikan rakyat. Kami tidak sedih jika Kerajaan ini tumbang dan
tidak diterima oleh rakyat jika kami telah memenuhi amanah dan
melaksanakan agenda-agenda kepentingan rakyat. Yang kami sedih jika
Kerajaan ini tumbang dan dikalahkan sedangkan Kerajaan ini sedang
membina dan telah, akan melaksanakan agenda kebajikan rakyat,
mengecualikan cukai pintu rumah kediaman, memberikan pengecualian
bayaran 20 meter padu air percuma kepada golongan miskin dan berbagai-
bagai lagi. Insya Allah penyatuan ini akan menjadi segar, insya Allah.

Yang kedua, Pilihan Raya Yang Ke-14 merupakan kehendak rakyat yang
mahukan perubahan. Perubahan dalam polisi dan kepimpinan sudah
tentulah Kerajaan hari ini sudah berlaku perubahan kepimpinan. Saya
memuji bekas Menteri Besar yang lalu yang telah menerima persediaan
untuk berubah sehingga berlaku Majlis Penyerahan Fail di antara bekas
Menteri Besar kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Inilah yang kita
harapkan bahawa semua pihak bersedia menerima perubahan termasuklah
bersedia menerima perubahan kepimpinan masjid. Sudah tentu kepimpinan
mana-mana tidak kekal. Masjid bukan milik Imam, masjid bukan milik Bilal,
masjid bukan milik mana-mana peribadi dan tidak ada orang boleh kekal
menjadi Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid selama-lamanya. Ia boleh
berubah. Sesiapa sahaja boleh berubah. Perubahan ini juga perlu dan wajar
dibuat. Yang pertama kerana memenuhi kehendak rakyat yang mahu
perubahan kepimpinan. Yang kedua, perubahan ini juga wajar dibuat bagi
mempastikan bahawa Jawatankuasa Masjid bergerak bagi menunaikan visi,
misi dan hala tuju Kerajaan Negeri ke arah mencapai Terengganu Maju,
Berkat, Sejahtera. Yang ketiga, kita telah memberi tempoh 10 bulan dan di
waktu yang sama saya melihat bahawa ada Jawatankuasa Masjiid yang lagi
tidak rasa bersemangat kerana kejujuran mereka untuk menyerahkan
perubahan kepimpinan di masjid-masjid ini. Hasil daripada tuntutan inilah
kita rasakan bahawa kepimpinan masjid perlu dibuat agar kepimpinan
masjid boleh bergerak di atas asas kerjasama dengan kepimpinan kampung,
MPKK. Pejabat agama telah menentukan garis panduan dan peraturannya
bahawa MPKK di atas kehendak rakyat sebagai pemimpin majoriti
masyarakat boleh memilih 10 orang sebagai pemimpin. Enam orang kita
serah kepada budi bicara Pejabat Agama. Memang sebagaimana yang
disebut oleh Yang Berhormat Kuala Besut, berbeza dengan yang ni. Ya,
501
berbeza. Tahun 2004, saya bukan nak ungkit. Tahun 2004 saya pernah
menjadi Pengerusi Masjid. Hari ini kalah, besok orang terus isytihar kamu
bukan lagi Pengerusi Masjid. Kita terima perubahan itu. Kita terima
perubahan itu kerana perubahan adalah kehendak rakyat. Oleh kerana itu
saya rasa kita semua mestilah mencontohi apa yang berlaku kepada
sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam, Khalid bin Al-Walid, seorang yang
banyak jasanya sehingga kata-kata di zaman itu berkata (yang bermaksud):
“Adakah orang perempuan tidak lagi berupaya untuk melahirkan orang yang
hebat seperti Khalid bin Al-Walid”.

Khalid Al-Walid jasanya besar. Setiap kali memimpin tentera, menang,


menang, menang. 13 Hijrah bulan Rejab, Khalid Al-Walid seorang pemimpin
yang sedang mengepung tentera di Syam. Berlaku perubahan kepimpinan
kewafatan Abu Bakar diganti dengan Sayyidina Umar. Sayyidina Umar
menulis surat menghantar surat bukan kepada Al-Khalid, bukan kepada
Khalid, tetapi kepada Abu Ubaidah
Al-Jarrah. Dalam surah itu, menulis wahai Ubaidah, aku memberi wasiat
kepadamu supaya bertaqwa kepada Allah, peganglah tentera yang sedang
dipimpin oleh Khalid, pecat Khalid, engkaulah hari ini menjadi pemimpin.
Khalid Al-Walid menerima keputusan itu dengan hati yang tenang. Khalid
Al-Walid menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Akhirnya
mewujudkan penyatuan tentera yang bukan sahaja berjaya mengalahkan
musuh di Syam, tetapi bergerak, akhirnya tumbang kuasa besar dunia Parsi.
Kuasa besar itu gugur, kalah kerana kesediaan seluruh masyarakat dalam
menerima perubahan. Contohilah dan dengari apa yang disebut oleh Nabi
Salallahu ‘Alaihi Wasallam (Yang bermaksud): Dengarlah, taatlah walaupun
yang dipilih menjadi pemimpin kamu seorang lelaki hamba, hitam legam,
kepalanya seperti buah kismis.

Tidak ada karisma. Kemungkinan ada orang kata cadangan-cadangan


jawatankuasa masjid tu ada orang hok jarang-jarang pergi masjid,
kemungkinan sebelum dia jadi Pengerusi Masjid, dia jarang. Lepas dia jadi
Pengerusi Masjid, dia jadi rajin. Perubahan yang besar, perubahan yang
bagus. Orang yang banyak jasanya, kita ucap terima kasih kepada semua
pihak termasuk Yang Berhormat-Yang Berhormat yang pernah menjadi
Menteri Besar yang pernah menjadi EXCO, semua pegawai-pegawai, semua
pengerusi-pengerusi masjid yang pernah memberi jasanya yang besar
terhadap masjid, insya-Allah jasa mereka akan dibalas oleh Allah. Sedialah
menerima perubahan ini dengan tenang. Contohilah sahabat Nabi Sallallahu
502
‘Alaihi Wassalam yang tidak ada seorang pun di antara kita serupa dengan
Khalid bin Al-Walid pada jasanya. Saya rasa cukuplah dua perkara itu untuk
memberikan respon agar kita dapat membina kebaikan Terengganu Maju,
Berkat dan Sejahtera. Saya mohon menyokong Titah Diraja Tuanku.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Wakil


Bukit Payong. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Wakil Bukit Tunggal
untuk membuat penggulungan.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang dihormati Tuan Yang di-Pertua Dewan, yang dihormati Yang Amat
Berhormat Menteri Besar, yang dihormati rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan dan para
Pemerhati sekalian.

Pertamanya saya mengucap syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala


pada petang ini diberi peluang untuk sama-sama Menjunjung Kasih ke atas
Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Sultan Mizan
Zainal Abidin dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan
Negeri Keempat Belas. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua
yang telah mengizinkan saya untuk mengambil peluang tersebut.

Alhamdulillahir rabbil alamin wabihi nasta’in, wassalatu wassalamua’la


asyrafil anbiya iwal mursalin. Wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Rabisy rahli
sadri wayasirli amri wahlul ukhdatan minlisani yafqohu qauli. Pada
perbahasan yang telah disertai oleh kebanyakan ahli-ahli Yang Berhormat
dan juga dalam Titah Ucapan Tuanku dan saya kira dua muka surat, muka
surat 23 dan 24 telah menyentuh secara meluas tentang projek perumahan
ataupun disebut Rumah Mampu Milik yang kita mensasarkan penggal ini
Kerajaan Negeri dapat menyediakan sekurang-kurangnya 20,000 unit.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan para hadirin-hadirat
sekalian, untuk tahun ini kita sudah ada 1,740 unit rumah dalam pembinaan
yang kita jangka insya-Allah akan siap pada tahun ini. Sementara itu, dalam
perancangan kita ada yang untuk hari inilah untuk sampai ke hari ini
perancangan kita, kita ada 8,510 unit yang akan dibina yang mana 5,317
daripadanya insya-Allah akan kita mulakan pada tahun ini dan bakinya kita
akan mulakan tahun 2020. Ini melibatkan bukan sahaja daripada
peruntukan Kerajaan Negeri sahaja kerana kita semua maklum dengan
503
peruntukan Kerajaan Negeri, dengan duit yang kita ada dicandat pula 25%,
sudah tentulah tidak mampu untuk kita menyediakan rumah sebanyak itu.
Tapi, dengan kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan, saya mengucapkan
terima kasih Dewan ini pada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
yang telah memberi akujanji dan bersedia untuk memberi peruntukan pada
tahun ini bagi membina rumah di bawah peruntukan KPKT (Kementerian
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan) juga melibatkan penswastaan, joint
venture, kerjasama di antara Kerajaan Negeri melalui Lembaga Tabung
Amanah Warisan Negeri Terengganu dengan pemaju-pemaju swasta juga
daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad. Kerjasama inilah yang boleh
kita merancang sehingga pada 8,510 unit hingga pada hari ini. Kita doa
semoga janji-janji pada Kerajaan Pusat akan ditunaikan dan perjalanan
pembinaan rumah termasuk pemaju swasta juga tidak menghadapi banyak
halangan untuk dilaksanakan pada tahun ini dan tahun hadapan.

Untuk saya respon tentang rumah ini dulu berkaitan dengan ditimbulkan
oleh ADUN Batu Rakit, Wakil Batu Rakit, terutama status Rumah Mampu
Milik Pulau Redang, projek tersebut memang slow tapi hidup, tak mati, tak
terbengkalai, tapi slow-slow. Sudah siap 88.7%, insya-Allah baki dijangka
boleh siap pada tahun ini walau slow-slow macam penyu. Penyu ke apa
yang slow, kura-kura. Rumah Mampu Milik Pulau Perhentian dukacita
dimaklumkan tapak itu tidak sesuai dan merbahaya untuk dibuat rumah dan
kita batalkan projek tersebut. Tentang agihan rumah PPRT Batu Rakit,
untuk makluman Wakil Batu Rakit, rumah ada 10 buah, betulkan? Tapi
pemohon ada 20 orang sekarang, jadi insya-Allah pihak DUN Batu Rakit
akan menyelesaikannya melalui satu proses temu duga, pemilihan dan
sebagainya. Serah pada Batu Rakitlah, itu 10 buah rumah saja, tak banyak.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Asalnya pemilihan sudah dibuat oleh penghulu seramai 10 orang, dia telah
maklum penama-penama ini sudah dimaklum dapat rumah itu, jadi sebab
itu saya kata kita terus saja pemilihan yang telah dibuat oleh penghulu tadi.
Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima kasih, insya-Allah kita akan serah kepada Batu Rakitlah, Penyelaras
DUN Batu Rakit sekarang dan kita akan bincanglah bagaimana untuk
diselesaikan cepat 10 buah rumah yang ada ini.

504
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil
Kuala Besut): Tuan Speaker, mencelah sikit.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Ya,
sila.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CH EKU ABD. RAHMAN (Wakil


Kuala Besut): Di Pulau Perhentian, kita sedia maklum dah bahawa tapak itu
memang tidak berapa sesuai, cuma dimaklumkan oleh pihak Pejabat Tanah
di Besut dan juga Pejabat Daerah dan juga orang kampung pun setuju, dia
ada satu lagi tapak di sebelah Pulau Perhentian Besar yang agak landai di
kawasan Teluk Dalam yang boleh didirikan perumahan untuk orang
kampung. Saya mohon supaya pihak Kerajaan mengambil kira faktor
geografi yang kita maklumkan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima kasih Kuala Besut, memang kita cukup ambil berat tentang
kekurangan rumah di pulau ini tapi apakan daya tapak yang dipilih
dahulu itu memang tak boleh buat rumah dan kontraktor pun tak mampu
buat. Dan oleh itu insya-Allah cadangan itu kita akan ambilkira di Pulau
Perhentian Besar. Okey, insya-Allah. Terima kasih.

Berkaitan dengan yang ditimbulkan oleh Wakil Kijal, tentang Syarikat


Perumahan Tok Arau Sdn. Bhd. Telah saya minta siasatan dibuat oleh
Bahagian Perumahan dan juga UPEN. Kita tidak ada rekod tentang syarikat
tersebut. Minta maaf Kijal. Tiada rekod hingga hari inilah.

Saya pergi kepada tajuk yang seterusnya berkaitan dengan kebersihan yang
ditimbulkan oleh Wakil Kemasik dan juga ADUN Wanita. Kerja-kerja
pembersihan awam di tempat awam seperti di taman rekreasi, pantai-pantai
utama tumpuan pengunjung, pulau-pulau peranginan dan hentian bas telah
dijalankan oleh kontraktor pembersihan. Pihak Berkuasa Tempatan
merangkumi kerja kutipan sisa pepejal, penyapuan, pemotongan rumput
dan pembersihan longkang. Selain daripada itu, antara inisiatif lain yang
telah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan ialah dengan mewujudkan
Zon Sifar Sampah di mana beberapa tempat hotspot di kawasan tumpuan
orang awam telah digazetkan sebagai tempat larangan membuang sampah
dan tindakan penguatkuasaan dengan kaedah pengeluaran notis kompaun
dijalankan. Di samping itu juga pemantauan dan rondaan pengawal di
505
lapangan sentiasa dilakukan bertujuan untuk memastikan kerja-kerja yang
dijalankan oleh pihak kontraktor PBT di kawasan tumpuan orang awam
sentiasa dalam keadaan bersih, bebas daripada sampah sarap.

Hasil daripada itu, saya ucap tahniah pada pihak-pihak PBT telah dibuat
satu penilaian oleh MURNInets. MURNInets merupakan singkatan kepada
Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Luar Bandar Malaysia ataupun
Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable
Development. Itu satu pendekatan yang dapat mengukur dan menilai
kemampanan sesebuah bandar serta kawasan gabungannya melalui
penggunaan Petunjuk Bandar. Hasil daripada itu yang MURNInets ini menilai
dalam enam dimensi. Dimensi pertama ialah ekonomi berdaya saing.
Dimensi kedua, kualiti persekitaran mampan. Dimensi ketiga, komuniti
sejahtera. Dimensi empat, guna tanah dan sumber asli optimum. Dimensi
lima, infrastruktur dan pengangkutan efisyen. Dan keenam, urus tadbir
efektif. Hasil daripada itu maka keputusannya ialah Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu mendapat markah 94% - Mampan. Mampan ini yang dapat
markah 85 hingga 100 peratus. Majlis Pembandaran Dungun juga mendapat
taraf Mampan - 92 peratus. Majlis Daerah Setiu, Sederhana Mampan - 84
peratus. MPK Sederhana Mampan - 81 peratus. MDM Sederhana Mampan -
80 peratus, MDB bukan 1MDB ni, Majlis Daerah Besut, Sederhana Mampan -
74 peratus. Majlis Daerah Hulu Terengganu, Sederhana Mampan - 72
peratus. Ini menunjukkan bahawa kerja-kerja yang dibuat oleh PBT adalah
memuaskan dan mendapat pengiktirafan yang baik daripada MURNInets,
daripada pengiktirafan tersebut.

Suka saya sambung sedikit berkaitan dengan kebersihan dan keceriaan


yang ditimbulkan oleh Kemasik dan juga ADUN Wanita berkaitan alam
sekitar. Jabatan Alam Sekitar juga telah terlibat dalam memberi kesedaran
alam sekitar pada orang awam bagi memastikan kelestarian alam sekitar.
Jabatan ini telah menyambut Hari Bumi pada 22 April, Hari Alam Sekitar
Sedunia, World Environment Tour Day, Hari Ozon dan Hari Alam Sekitar
Negara, 22 Oktober setiap tahun. Seminar kesedaran alam sekitar kepada
remaja serta pelajar sekolah juga dijalankan. Program gotong royong
membersihkan kawasan bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) juga diadakan
setiap tahun. Jabatan Alam Sekitar juga menganjurkan Pertandingan
Sekolah Lestari Alam Sekitar dan Program Kesedaran Pengumpulan ( e-
Waste).

506
Pemantauan pembuangan sisa toksik yakni buangan berjadual yang
ditimbulkan oleh Kuala Besut. Pemantauan pembuangan sisa toksik
dijalankan melalui pemeriksaan penguatkuasaan secara berkala, empat kali
setahun terutama terhadap premis-premis yang ditetapkan yang terlibat
dalam pengurusan dan pelupusan buangan berjadual di Terengganu, di
lapan premis kita ada. Pemantauan Buangan Terjadual juga dilakukan oleh
Jabatan Alam Sekitar melalui online system, E-SWISS di mana pergerakan
buangan berjadual dari kilang-kilang kepada tempat pelupusan yang
dibenarkan atau dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan direkod melalui
sistem tersebut. Dengan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan
oleh Jabatan Alam Sekitar Terengganu, insya-Allah tragedi seperti Sungai
Kim Kim, Pasir Gudang, Johor pada 10 Mac 2019 yang lalu itu tidak akan
berlaku di Negeri Terengganu Darul Iman ini. Insya-Allah.

Berkaitan dengan Kad Sejahtera, insya-Allah, kita sudah pada peringkat


akhir, kita jangka kita akan dapat lancarkan pada awal bulan Mei 2019
nanti. Insya-Allah. Wad Kelas 3 tak timbul dok? Esok saya jawablah
soalan tu Wad Kelas Tiga.

Bagi Jabatan Kesihatan pula demi menjaga kesihatan rakyat yang


ditimbulkan tadi, beberapa program telah dijalankan khususnya sekarang
bila kita sebut tentang wabak denggi yang melanda Negeri Terengganu
dengan kadar yang tinggi. Maka telah dibuat Program Gotong Royong Mega
Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan serentak seluruh negara. Yang kedua,
Program Gotong Royong Terengganu Go Clean Peringkat Negeri
Terengganu. Yang ketiga, Sambutan Hari Bumi SMK Badrul Alam Shah
Kemaman. Kempen e-Waste menggunakan teknik Nudge Program Gotong
Royong Bersepadu, Sesi Bual Bicara Bersama Pengendali Makanan, Rahsia
Premis Makanan Gred A dan Premis Bersih Tanpa Asap Rokok. Kempen
Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon, Program Khidmat Komuniti
Kesihatan Persekitaran sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran
Sedunia dan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Terengganu. Semua
agensi-agensi di bawah portfolio telah menjalankan tugas dan
tanggungjawab masing-masing. Kita doa semoga ianya dapat memberikan
kita hidup yang dalam keadaan sejahtera.

Akhirnya suka saya menyentuh yang ramai disebut tentang PITAS (Pelan
Induk Terengganu Sejahtera) yang menjadi blueprint kita atau pelan induk
untuk memacu kemajuan Negeri Terengganu. Berkenaan dengan Pelan
507
Induk Terengganu Sejahtera PITAS 2030 yang disentuh oleh Yang
Berhormat Tepoh, Yang Berhormat Rantau Abang dan juga Yang Berhormat
Bukit Besi. Untuk makluman semua PITAS 2030 merupakan pelan induk
yang merangkumi Pelan Pembangunan Ekonomi dan Pelan Pembangunan
Insan di samping menggabungkan semua pelan-pelan yang sedia ada.
PITAS 2030 secara asasnya diwujudkan untuk mencipta peluang pekerjaan
dan menjana pendapatan baharu pada Kerajaan Negeri selain daripada
royalti daripada sumber minyak dan gas. Untuk makluman Yang Berhormat
juga, setakat ini PITAS 2030 telah dibentangkan kepada beberapa agensi
Kerajaan seperti UPEN, Plan Malaysia, SUK Bahagian Sumber Manusia dan
lain-lain. Dalam masa yang sama kita dalam proses mengadakan Bengkel
PITAS 2030 bersama dengan semua agensi Kerajaan untuk proses
pelaksanaan dan memastikan perancangan agensi akan diselaraskan
dengan PITAS 2030. Hasil daripada bengkel ini insya-Allah, PITAS 2030
akan dibentangkan kepada semua pihak yang disebut town hall tadi untuk
mendapatkan pandangan tambahan untuk menjadikan PITAS 2030 sebagai
hak milik kita bersama. Antara perkembangan lain adalah beberapa ahli dari
barisan EXCO Kerajaan Negeri, portfolio tertentu telah mula merangka pelan
peringkat portfolio masing-masing yang diselarikan dengan Pelan Induk
Terengganu Sejahtera, PITAS 2030. Semoga dengan perkembangan yang
penting ini boleh memastikan matlamat Kerajaan Negeri Terengganu untuk
menjadikan Negeri yang Maju, Berkat, Sejahtera akan dapat dicapai secara
holistik dan kolektif bermula daripada peringat pembuat dasar sehinggalah
pada akar umbi.

Ahli-ahli Yang Berhormat dan tuan-tuan yang dihormati sekalian. Hasrat kita
memang tinggi, kita mempunyai hasrat yang sangat tinggi dan sudah
tentulah untuk melaksanakan PITAS yang begini besar kita memerlukan
satu Jawatankuasa Pemandu untuk menjadi pembimbing dan juga
memantau kerja-kerja yang akan dijalankan oleh agensi-agensi yang akan
melaksanakan PITAS 2030. Semoga kita berjaya mencapai kemajuan yang
kita inginkan mengikut jadual manifesto yang telah kita tetapkan.

Saya rasa sekadar itulah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang dapat
saya gulung ataupun buat suatu conclusion pada petang ini berkaitan
dengan Titah Ucapan Diraja, dengan itu saya mohon menyokong Titah
Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan
508
Zainal Abidin. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Bukit Tunggal.


Sila Wakil Paka untuk membuat penggulungan.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):


Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillahir rabbil alamin. Assalatu wassalamu’ala asyrafil anbiya iwal
mursalin. Wa’ala alihi wassahbihi wa man tabi’ahum bi ihsani ila yaumiddin.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saf
EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pemerhati dan
hadiran-hadirat sekalian. Pertamanya, alhamdulillah berkesempatan untuk
turut sama menyentuh dan juga merafak sembah Ucapan Titah Tuanku
Sultan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan
Negeri Ke-14 dan saya rasa memandangkan kesuntukan masa ini, saya
terus memberi pandangan ataupun respon terhadap beberapa pandangan
Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Sidang Dewan Kali ini.

Yang pertama, Yang Berhormat Sura yang menyentuh tentang perihal


Sekolah Menengah IMTIAZ di Dungun yang antaranya masih lagi
menggunapakai bangunan lama. Ya, memang ada 22 bangunan kayu yang
diguna pakai sejak tahun 1975 bekas bangunan ITM lama dulu, yang
dahulunya milik PMINT dan juga telah diserahkan kepada pihak Yayasan.
Sebenarnya ia sudah dibaik pulih pada tahun 2006 yang membelanjakan kos
sebanyak RM3 juta. Dan untuk persiapan tahun 2020 ni pihak Yayasan
bercadang untuk mengambil kembali pelajar tingkatan satu dan akan
ditempatkan di Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu di
Dungun ini. Pihak Yayasan sudah bersedia untuk membaik pulih dan
menaik taraf beberapa bangunan lagi yang bakal menelan belanja kos
sebanyak RM600,000, insya-Allah. Tak banyak mana sebab kayu ni
walaupun 1975 kayu lama ni tahan, kayu cengal Cap Raleigh …(sambil
tergelak) … lambat karat, insya-Allah. Jadi boleh pakai lagi bangunan ni
cuma kos baik pulih tu anggar dalam RM600,000, insya-Allah demi
keselesaan dan keselamatan pelajar kita. Dan pihak Yayasan juga akan
mempersiapkan satu kelas khas di Dungun ini iaitu kita akan membuka satu
kelas khas iaitu Tahfiz Mandarin bermula pada 2020 kerana ada 497 orang
pelajar Melayu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di seluruh Terengganu
509
ni daripada Cukai ke Jerteh dan ada lebih kurang 50 pelajar darjah 6, 62
pelajar di darjah 5 sekarang yang kita akan offer untuk satu kelas khas
di IMTIAZ Dungun ini untuk ambil mata pelajaran Mandarin dan juga Tahfiz
Al-Quran, insya-Allah, yang akan bakal meluaskan lagi ruang untuk pelajar
memilih pusat-pusat pengajian di luar negara nanti, insya-Allah. Dan untuk
akan datang tu insya-Allahlah kalau ada pitih, orang pun dok candat, insya-
Allah kita akan buat bangunan barulah.

Yang kedua, Yang Berhormat Buluh Gading menyentuh tentang Skim


Pinjaman Pelajaran Pelajar Cemerlang Anak Terengganu. Pihak Kerajaan
Negeri sebagaimana telah diwar-warkan dan sedia maklumlah dan sekarang
baru kita dapat keputusan SPM, STAM dan juga STPM, pihak Kerajaan
Negeri saya ambil kesempatan inilah mengucapkan syabas dan tahniah
kepada semua yang terlibat JPNT, Bahagian Hal Ehwal Pendidikan, Pejabat
Agama dan sebagainya, sekolah-sekolah, guru-guru warga pendidik yang
telah berjaya mengharumkan Negeri Terengganu Darul Iman dalam bidang
pendidikan dan keputusan peperiksaan STPM, STAM dan juga apa SPM
baru-baru ini yang terus meletakkan Negeri Terengganu antara negeri yang
terbaik cemerlang dalam peperiksaan.

Jadi atas hal ini, pihak Kerajaan Negeri membuka ataupun menawarkan
Skim Biasiswa Pelajar Cemerlang Untuk Anak Terengganu sebanyak RM5
juta. Jadi ada beberapa persoalan yang ditanyalah tapi kita menyebut
bahawa biasiswa ini kita offer sama ada untuk luar negara mahupun untuk
dalam negara bukan kata untuk luar negara sahaja tapi juga untuk di dalam
negara. Untuk luar negara antaranya adalah untuk perubatan, pergigian,
sains kejuruteraan ataupun perakaunan dan juga Pengajian Islam, Islamic
Banking dan juga Finance di Jordan. Antara syarat-syarat kelayakan
akademik, antaranya lulus SPM dengan sekurang-kurangnya A dalam 8
mata pelajaran. Jadi kita pun sedia RM5 juta jadi kita tengok rangkinglah
Insya-Allah yang apa layak dan sekarang ini ramai pelajar-pelajar cemerlang
sama ada STPM, STAM dan sebagainya layak untuk memohon dengan
syarat-syarat yang kita sebutlah ataupun lulus peperiksaan peringkat
Foundation dengan pencapaian CGPA 3.75 ataupun yang setaraf
dengannya.

Bagi yang mengambil perubatan, pergigian Mesir ataupun Jordan lulus SPM
dengan mendapat sekurang-kurangnya A dalam 8 mata pelajaran termasuk
3 mata pelajaran Sains Tulen, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa
510
Arab Tinggi, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris ataupun mendapat
sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan, CGPA 3.50 ke atas dalam peperiksaan
tahun semasa. Dan begitu juga Program Perubatan di Indonesia, India
ataupun Pakistan ataupun satu lagi Bangladesh. Ia lulus dengan mendapat
sekurang-kurangnya A dalam 8 mata pelajaran, sama sahaja. Dan juga bagi
Pengajian Islam, lulus SPM dengan mendapat pangkat A dalam 8 mata
pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-
Quran, Sunnah dan juga Pendidikan Syariah Islam tapi sedia maklumlah, dia
kena mohon dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapat tempat
di universiti di luar negara. Walaupun cemerlang, kadang-kadang salah pilih
kos, dia ditolak, maka kita tidak menawarkanlah. Dan pengajian IPT dalam
negara lulus Matrikulasi kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia atau
setaraf dengan memperolehi CGPA 3.75 dan ke atas.

Juga pihak Kerajaan Negeri menawarkan peringkat Sarjana dan Doktor


Falsafah, RM1.5 juta dan kita anggarkan ini untuk dalam negara sahaja.
Anggaran kita dalam 38 orang. Bagi mendapat Biasiswa Program Sarjana
ini, hendaklah mendapat lepasan Sarjana Muda universiti-universiti dan
kursus yang diiktiraf dalam dan luar negara dengan mendapat sekurang-
kurangnya CGPA 3.50, dia boleh memohon dan umur tidak boleh melebihi
28 tahun. Y.B. Bukit Besi tak boleh dah, 28 tahun ke bawah. Untuk program
Doktor Falsafah, lepasan Ijazah Sarjana daripada universiti diiktiraf dan
berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon dan dia mendapat
tawaran daripada universiti yang diiktiraf pengajian sepenuh masa dan tidak
berkerja kita akan bagi biasiswa.

Satu lagi Skim Pinjaman Pelajaran, kadar yuran sahaja. Kerajaan Negeri
menyediakan RM10 juta dan anggaran dalam 250 orang sama ada luar
negara mahupun dalam negara. Antaranya dia perlu mendapat tempat
dahulu dan dia melepasi satu peperiksaan, keputusan peperiksaan itu
hendaklah dihantar untuk dimohon untuk ke pihak Yayasan dan keputusan
itu perlu memperolehi CGPA 3.50 ke atas ataupun Jayyid Jiddan paling
kurang ataupun Mumtazlah dan dia tidak mendapat apa-apa penajaan lain.
Maka dia berhak untuk mendapat pinjaman yuran, kita bagi pinjaman yuran
sahaja biasanya kos kehidupan tu dia boleh tanggunglah biasa macam
medik biasa kena bayar USD8,000, RM32,000 yuran jadi Insya-Allah dengan
kos tu meringankan banyak bebanan dia. Dan bagi dalam negara dia telah
mengikuti pengajian di IPTA atau IPTS dan kursus yang diiktiraf oleh MQA
dan Kerajaan Malaysia dan tidak layak ataupun gagal memperolehi
511
penajaan PTPTN dan badan-badan penaja lain. Makna dia tidak dapat
PTPTN maka dia boleh, insya-Allah. Dan lagi ada lagi iaitu kalau dia dapat
tapi tidak mencukupi untuk membiayai yuran pengajian maka pihak Yayasan
Terengganu menyediakan skim untuk top up pembelanjaan yuran dia, itu
yang ditanya oleh Yang Berhormat Buluh Gadinglah.

Yang kedua, Yang Berhormat Buluh Gading menyebut tentang Mahkamah


Syariah. Jadi pihak Mahkamah Syariah telah membuat tuntutan permohonan
pembaikian dan pengubahsuaian bangunan Mahkamah Rendah Syariah
Daerah Kemaman. Pihak JKR sudah melihat dan mengambil kira kos
sebanyak RM620,000 tapi Unit Aset Pejabat SUK mengadakan lawatan
siasatan tapak dan anggaran kos lebih kurang RM490,000 dan insya-Allah
dalam proses pemulihanlah.

Seterusnya, Yang Berhormat Buluh Gading sebut berkait dengan laptop,


komputer sejak 18 tahun dulu. Bagus Yang Berhormat, dia pergi check
habis berapa tahun, berapa tahun kalau kira 18 tahun ni zaman PAS
perintah dululah, lama orang UMNO tak ganti-ganti, tunggu PAS perintah
pulok baru minta takpe-takpe, insya-Allah. Kita minta Unit Pengurusan
Maklumat Negeri sekali-sekala sikit-sikitlah takpe ork, …(Sambil tergelak)…
masih lagi tidak menghalang perpaduan kita. Dan saya minta Yang
Berhormatlah saya rasa laptop hak ada ni 32 ni nampak tak pakai mana ni,
kita bagi ke Mahkamahlah. Kalau Yang Berhormat Yang di-Pertua setuju hor
bereh doh selesai doh ni, insya-Allah. Nyaknye sampai e-Syariah tak boleh
nak buka, laptop tahun bila, kesian. Okey, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Air Putih menyentuh tentang lantikan guru pengajar


SRIDI dan setakat ni 6 DUN yang telah buka sekolah ini dan guru-guru
lantikan baru diambil sementaranya secara adhoc kecuali Guru Besar yang
diambil daripada jawatan-jawatan yang sudah lama berkhidmat DG41. Dan
guru-guru SRIDI yang ada telah melalui proses temu duga dan sebagainya
dan mereka sedang melanjutkan pengajian Diploma Pendidikan di UNISZA
sekarang ini, kebanyakan graduate belaka, lepasan ijazah belaka dan
sekarang membuat Diploma Pendidikan di UNISZA seramai 32 orang, 11
orang sudah memiliki Ijazah Pendidikan dan Diploma Pendidikan. Dan lepas
mendapat Diploma Pendidikan tu insya-Allah akan dilantik secara kontrak
setelah melalui SPNT (Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu).
Panjang dan banyak lagi maklumat ni, nok derah.

512
Penghapusan pinjaman, memang Yayasan Terengganu masih lagi ada
penukaran pinjaman Yayasan Terengganu kepada biasiswa yang dikenali
dengan Skim Penghapusan Pinjaman, masih ada lagi dan boleh
menghubungi pihak Yayasan Terengganu.

Dan yang terakhir daripada ADUN Batu Rakit. Memang Kerajaan


menyediakan insetif kepada yang cemerlanglah, dalam proses, baru lagi,
masing-masing sekolah tengah buat pulut lagi baca Yasin doa kesyukuran
lepas pada ni insya-Allah kita akan kumpul belaka. Pihak Yayasan sedang
mengumpulkan senarai pelajar-pelajar yang cemerlang dan pihak Kerajaan
Negeri insya-Allah akan diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar
insetif yang akan kita beri pada pelajar-pelajar cemerlang SPM, STPM dan
STAM dan juga yang melibatkan pelajar luar negara, memang terdekat ni
ada 78 pelajar Terengganu yang akan menyambung pengajian ke Mesir
insya-Allah, ke Universiti Al-Azhar. Ada juga yang sedang menyambung
pengajian ke Turki sekarang ini. Jadi pelajar-pelajar Terengganu kita ini, kita
juga walau macamana pun sebab untuk Jordan, Mesir dan juga di Morocco
dia perlu melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Semua perlu masuk online,
tak boleh kita adakan hubungan secara langsung macam tu, tapi kita
sedang cuba insya-Allah beberapa negeri yang kita akan mengadakan
hubungan termasuk di Timur Tengah, di Arab Saudi dan sebagainya. Kita
menunggu MOU dan juga beberapa perkembangan, terbaru untuk pelajar-
pelajar kita menyambung ke pusat-pusat pengajian di sana insya-Allah.

Satu lagi berkait dengan bantuan daripada Kerajaan Negeri setakat ni pihak
Kerajaan Negeri masih lagi bersedia untuk membantu yang melibatkan
pendidikan di Negeri Terengganu ni. Tapi yang lepas antara pihak Jabatan
Pendidikan Negeri ini buat soalan cetaklah, pencetakan soalan yang dibayar
oleh pihak Kerajaan Negeri dengan Percetakan Yayasan Terengganu.
Masalahnya cetak-cetak Kerajaan Negeri dulu tak bayar tinggal hutang, ni
tengah mikir RM3.8 juta hutang hak cetak kertas dulu. Pihak Yayasan nak
suruh bayar hutang dia dicampur yang UKOM RM1.7 juta jadi RM5 juta lebih
hutang di situ. Jadi kita sedang fikir nak bayar hutang lagi, nak cetak yang
baru ini lagi. Jadi apa-apapun insya-Allah pihak Kerajaan Negeri bersedia
untuk membantu dan mengekalkan kejayaan kecemerlangan pelajar di
Terengganu.

Saya rasa sekadar itu sahaja, terima kasih. Saya, Paka mohon menyokong
Titah Ucapan Tuanku. Assalamu’alalaikum warahmatullahi wabarakatuh.
513
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Wakil Paka atas
penggulungan yang telah diberikan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian
sekarang tibalah masanya yang kita tunggu-tunggu untuk mendengar
penggulungan dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Wakil Rhu
Rendang. Yang Amat Berhormat dipersilakan.

YANG AMAT BERHORMAT DR. AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR (Wakil Rhu
Rendang): Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh. Alhamdulillahir
rabbil ‘alamin. Wabihi nastain. Wal ‘akibatul lil muttaqin wala udwana illa
alaz zhalimin. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua
Dewan, yang dihormati Ahli-ahli Yang Berhormat, seluruh Pegawai-pegawai
Kanan, para hadirin, para Pemerhati sekalian.

Alhamdulillah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa


Ta’ala di atas kesempatan yang diberikan untuk kita sama-sama berada
di dalam Dewan yang mulia ini dalam suasana yang sangat harmoni dan
sejahtera.

Saya mengambil ruang ini untuk merafak sembah dan menjunjung kasih di
atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa sesi Pembukaan Mesyuarat
Pertama Penggal Kedua Dewan Udangan Negeri Keempat Belas pada 1 April
2019. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang
Berhormat yang telah mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas
dan menarik untuk diteliti serta terus dipertimbangkan bagi mencapai
matlamat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Saya juga merakamkan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat
yang telah mengambil bahagian dalam perbahasaan Titah Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Tuanku.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan juga
kepada Yang Berhormat Tepoh di atas keprihatinan dengan mengemukakan
isu berkenaan dengan projek sakit yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri,
kita menerima saranan beliau untuk menubuhkan Task Force bagi
memulihkan projek-projek sakit termasuk menjalankan kajian terperinci
mengenainya. Walaupun begitu, dengan mengambil kira keadaan
kewangan Kerajaan Negeri yang terhad, kesemua projek sakit ini akan
disusun mengikut priority.

514
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian
semua Ahli Yang Berhormat sekalian berkenaan dengan Pembangunan
Seimbang Tiga Daerah iaitu Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.
Sebagaimana yang disentuh oleh Yang Berhormat Ajil dan Yang Berhormat
Kuala Besut berpandukan kepada Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku. Bagi menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,
Kerajaan Negeri komited mengagihkan peruntukan Bajet Tahunan kepada
semua daerah secara adil dan saksama. Lanjutan itu, ia dapat
meningkatkan kemudahan infrastruktur dan menjadi pemangkin kepada
pembangunan setiap daerah. Sepertimana yang disebut oleh Yang
Berhormat EXCO Pelancongan, Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa
Khas iaitu Majlis Tindakan Pembangunan Pelancongan Seluruh Daerah
sebagai sokongan merancakkan aktiviti pelancongan terutamanya di tiga
daerah tersebut. Secara tidak langsung, ia akan dapat memberdayakan
pendapatan isi rumah masyarakat setempat dan menyumbang kepada
peningkatan peluang pekerjaan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah menghadiri dua
mesyuarat ECERDC yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
telah bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama bagi membangunkan
kawasan-kawasan perindustrian di seluruh Negeri Terengganu. Sebagai
makluman untuk Sidang yang mulia ini, saya ingin menjelaskan bahawa
dalam Pelan Pembangunan Projek Infrastruktur Jaringan Utama ECERDC,
terdapat beberapa projek utama jalanraya iaitu Central Spine Road, Lebuh
Raya Pantai Timur 3 (LPT 3) dan East West Link 2 – Laluan Gua Musang–
Kuala Berang–Kuala Terengganu.

Selain daripada itu juga, kita juga telah menyuarakan kepada Kerajaan Pusat
sebagaimana yang saya pernah sebut dalam Mesyuarat ECERDC yang
dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa projek LPT 3
wajar direalisasikan dan disegerakan kerana kita optimis bahawa pembangunan
dan pembinaan LPT 3 ini akan menjadi suatu daya pemangkin baru bagi
merancakkan perkembangan ekonomi Negeri Terengganu. Dalam masa yang
sama, Projek Pembangunan ECRL juga dapat dipertimbangkan secara serius oleh
Kerajaan Pusat supaya ianya dapat diteruskan tanpa membebankan kewangan
Kerajaan Pusat dan dalam masa yang sama mengutamakan aspek kepenggunaan
ECRL yang memberi keuntungan kepada rakyat. Dalam masa yang sama, ECERDC

515
juga sedang mempertimbangkan cadangan daripada Kerajaan Negeri untuk
memperkukuhkan pelabuhan kargo perindustrian sedia ada. Jaringan
pengangkutan yang cekap akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik saranan yang
diberikan oleh Yang Berhormat Kemasik dan Yang Berhormat Bukit Besi berkenaan
dengan cadangan untuk leverage dengan izin, perkembangan Revolusi Indsutri 4.0.
Buat masa ini, Kerajaan Negeri memfokuskan kepada pelaburan Pembangunan
Sumber Manusia bagi mempersiapkan tenaga terlatih dan pakar dalam Revolusi
4.0.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri telah menawarkan biasiswa


Terengganu Sejahtera kepada pelajar di TATIUC untuk mengikuti pengajian bidang
Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat. Selain daripada itu juga, pihak Kerajaan
Negeri akan memperkenalkan Terengganu Skills Enhancement Programme for
School-Leavers (T-SEPS) yang akan menyediakan berbagai kursus teknikal kepada
golongan belia. Ini akan menjadi asas kepada golongan belia daripada Negeri
Terengganu dalam mempersiapkan diri mereka berhadapan dengan Revolusi
Industri 4.0. Saya juga mengambil peluang ini turut ingin mempromosikan
Program Fourth International Conference On Engineering Technology anjuran
TATIUC. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat
terhadap perkembangan teknologi khususnya Revolusi Industri 4.0 di mana saya
sendiri akan membentangkan ucaptama berkaitan dengan IR. 4.0.

Merujuk kepada soalan tambahan Yang Berhormat Tepoh dan Yang Berhormat
Kuala Besut iaitu mengenai usaha menampung kekurangan hasil wang royalti
sebanyak 25% yang dipotong. Terdapat empat langkah kontigensi yang akan
dilakukan. Ianya adalah berkisar pada sebuah satu peribahasa melayu iaitu:
‘Dalam berselam, dangkal berjingkat’ yang bermaksud pendapatan sedikit itu
dipada-padakan. Antara empat pelan kontigensi yang akan kita lakukan dalam
berdepan dengan pemotongan 25% wang tunai petroleum daripada Kerajaan
Persekutuan. Yang pertama, Kerajaan Negeri akan melaksanakan perbelanjaan
berhemah, prudent spending dengan izin dengan kadar cost cutting yang sesuai
terhadap program-program yang telah dijanjikan kepada rakyat tanpa
berkompromi dari segi objektif yang ingin dicapai dari setiap program berkenaan.
Yang kedua, Kerajaan Negeri akan menuntut hutang-hutang dari Kerajaan
Persekutuan yang berjumlah kira-kira RM1.65 bilion. Yang ketiga, Kerajaan Negeri
516
akan terus meneroka sumber baharu serta meningkatkan kecekapan kutipan hasil
supaya ianya lebih efisien dan mampu untuk memperolehi tambahan sumber
kepada Kerajaan Negeri.

Yang keempat, mengkaji semula kadar penggunaan air oleh syarikat utiliti dan
penjualan air kepada negeri-negeri lain tanpa mengorbankan kepentingan air
kepada rakyat Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, antara perkara yang hangat dan menarik
minat Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas sepanjang dua hari ini ialah mengenai
agenda Penyatuan Ummah. Perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang
membangkitkan agenda Penyatuan Ummah telah memberi satu gambaran bahawa
Penyatuan Ummah, kerjasama ke arah kebaikan adalah suatu perkara yang
sangat penting. Ini adalah berdasarkan kepada prinsip ta’awun sebagaimana yang
disebut yang dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-Maidah
ayat ke – 2.
‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬
ِ ‫شدِي ُد ا ْل ِعقَا‬
‫ب‬ َ َّ‫ه ۖ ِإنَّ الل‬
َ ‫ه‬ َ َّ‫ن ۚ َواتَّ ُقوا الل‬ ِ ‫ى ۖ َواَل تَ َعا َو ُنوا َعلَى اِإْل ث‬
ِ ‫ْم َوا ْل ُع ْد َوا‬ ٰ ‫َوتَ َعا َو ُنوا َعلَى ا ْل ِب ِرّ َوال َّت ْق َو‬

Yang bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat


kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan
dosa yakni maksiat dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah kerana
sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya bagi sesiapa yang melanggar
perintahNya.

Atas dasar kerjasama antara pihak Kerajaan dan rakan-rakan di hadapan saya iaitu
atas dasar tolong menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa, inilah panduan
dari sumber tertinggi yang dirujuk sepertimana yang terdapat dalam Undang-
Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu iaitu panduan Al-Quran dan
As-Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Kerjasama ini haruslah
diterjemahkan di setiap peringkat bermula daripada pucuk pimpinan sehingga akar
umbi. Perkara ini adalah merupakan satu agenda besar yang menuntut ke arah
penelitian dan mekanisma tertentu untuk direalisasikan tanpa menafikan suasana
puluhan tahun dahulu yang menjadi tempias terhadap komitmen yang ingin
dijayakan. Maklumlah, pasangan yang baru kenal mengenal tentulah banyak
perkara yang perlu difahami dan diharmonikan. Kerajaan Negeri sangat komited
untuk melaksanakan secara beransur-ansur demi rakyat Terengganu dan
517
menjunjung tinggi Titah Tuanku yang menyeru supaya ketepikan politik kepartian
dan berilah keutamaan kepada agenda rakyat dan pembangunan negeri. Ini juga
sebenarnya yang aspirasi daripada satu puisi yang bertajuk Puisi Pak Uteh,
karangan Sasterawan Negara 2015, Datuk Dr. Zurinah Hassan yang ditulis pada
tahun 1990. Yang menjelaskan tentang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat
dan bagaimana peranan mereka yang dipilih oleh rakyat dalam menyelesaikan
masalah rakyat. Izinkanlah saya membacakan sedikit, daripada Puisi Pak Uteh:

Pak Uteh, Pak Uteh 1954,


Punya satu isteri mahu dakap sampai mati,
Lima anak mahu makan setiap hari,
Teratak tua digayuti cerita pusaka,
Sebidang tanah tandus untuk huma,
Kulit tangan tegang belulang,
Biasa keluarkan peluh beberapa sahaja.

Oh Pak Uteh petani berjasa,


Tapi malaria senang menjenguk mereka,
Meski dalam sembahyang doa berjuta, dan
Mak Uteh biasa panggil dukun kampung
Lalu jampi mentera serapah berulang-ulang,
Betapa pak dukun dan bekalan pulang,
Wang dan ayam dara diikat bersilang.

Itu fasa pertama rakyat, fasa kedua kepada kita yang menjadi pentadbir
dan dipilih oleh rakyat:

Di kota pemimpin berteriak-teriak,


Pilihan raya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
Jambatan emas kemakmuran sampai ke akhirat.

Ketika kemenangan bersinar gemilang,


Pemimpin atas mobil maju ke depan,
Dadanya terbuka,
Ahhh!!! rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,


518
Ayam panggang yang enak di depan,
Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran,

Pak Uteh masih menanti dengan doa,


Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga telah


melaksanakan pelbagai usaha yang praktikal ke arah merealisasikan hasrat
bagi mencapai keharmonian di Negeri Terengganu. Sebab itulah, Kerajaan
Negeri mengamalkan open door policy dengan izin, dan menjemput sesiapa
sahaja terutamanya dalam kalangan rakan-rakan di sebelah sana untuk
menyumbang idea kepakaran dan nasihat untuk pembangunan negeri yang
dicintai ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima


kasih kepada rakan-rakan termasuk Ketua Pembangkang, ketua rakan di
seberang sana dan rakan-rakan yang lainnya, yang turut sama
memeriahkan Program Terengganu Inc, Classic Golf Amal Menteri Besar
Terengganu 2019, sambil bermain dan membuat sumbangan amal, banyak
perkara serius yang dibincangkan secara santai. Terima kasih banyak-
banyak.

Mengenai keluhan rakan-rakan sebelah sana terutama dari Yang Berhormat


Telemong dan Yang Berhormat Hulu Besut, Kerajaan Negeri sangat
terkesan dengan potongan 25%, daripada royalti petroleum. Namun
Kerajaan Negeri sekali-kali tidak akan mendiskriminasikan rakan-rakan
disebelah sana. Sebagai contohnya, saya sendiri ketika pertemuan dengan
Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah
menyuarakan perkara yang berkaitan dengan penaikan taraf Stesen Bas
Jerteh dan alhamdulillah hasil daripada perbincangan yang dilakukan oleh
Kerajaan, di antara Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Menteri
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Zuraidah. Yang
Berhormat Menteri telah meluluskan peruntukan komitmen awal sebanyak
RM1 juta untuk menaiktaraf Stesen Bas Jerteh. Ini adalah salah satu contoh
bagaimana inisiatif secara bersama yang boleh kita buat.

Akhirnya, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang
519
berpartisipasi dalam perbahasan sepanjang Sidang DUN ini dijalankan.
Moga-moga apa yang kita laksanakan ini, akan diberkati oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Sekianlah saja. Wabillahi taufik wal hidaya.,
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Amat berhormat
Menteri Besar Wakil Rhu Redang atas penggulungan yang terakhir. Ahli
Berhormat sekalian, alhamdulillah penggulungan dari pihak Kerajaan telah
selesai, sekarang saya buka kepada undian -

Usul ini kemudian dihadapkan kepada mesyuarat dan


dipersetujui dengan sebulat suara.

USUL INI DITERIMA.

Alhamdulillah. Sebelum saya tangguh Persidangan kita ini, saya nak


ingatkan Yang Berhormat petang esok 2.30 petang kita ada Pertandingan
Menembak di Lapang Sasar Lembah Bidong, jadi minta Ahli Yang Berhormat
bersama isteri ataupun mungkin, oh kejap ... isteri-isteri. Isteri sorang jer
deh. Ini sebab menembak ni, bahaya dan diminta bawa pakaian yang
sesuai.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,


sekarang saya tangguh Persidangan Dewan sehingga ke hari esok, Khamis 4
April pada pukul 9.30 pagi. Marilah kita sama-sama kita tangguhkan dengan
baca Tasbih Kafarah dan Surah Al ‘Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 6.00 PETANG.

520
PERSIDANGAN

PADA HARI RABU, 4 APRIL 2019

521
PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA
PADA PUKUL 9.30 PAGI

HADIR:

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA


Haji Yahaya bin Ali, PJC

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU


Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
WAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat


WAKIL PAKA

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak


WAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah


WAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim


WAKIL JABI

Yang Berhormat Dato’ Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar,


DPMT.,PJC.,PJK.,BLB.
WAKIL LADANG

522
Yang Berhormat Ariffin bin Deraman
WAKIL ALUR LIMBAT

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat


WAKIL CUKAI

Yang Berhormat Wan Sukairi bin Wan Abdullah


WAKIL WAKAF MEMPELAM

Yang Berhormat Dr. Mamad bin Puteh


WAKIL KUALA BERANG

Yang Berhormat Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman


WAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim


WAKIL TEPOH

Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi


WAKIL BATU BUROK

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik


WAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim


WAKIL BULUH GADING

Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun


WAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin Harun


WAKIL RANTAU ABANG

Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong


WAKIL PENGKALAN BERANGAN

Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed


WAKIL BANDAR

Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim


WAKIL AIR PUTIH
523
Yang Berhormat Maliaman bin Kassim
WAKIL AJIL

Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili


WAKIL KEMASIK

Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md. Noor


WAKIL WANITA

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.


WAKIL KIJAL

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.
WAKIL SEBERANG TAKIR

Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ.


WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK.


WAKIL HULU BESUT

Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud, AMZ.,PPN.


WAKIL BUKIT BESI

Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN.


WAKIL JERTIH

Yang Berhormat Dato’ Haji Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK.


WAKIL LANGKAP

Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK.


WAKIL BATU RAKIT

Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK.


WAKIL KUALA BESUT

Yang Berhormat Datuk Halim bin Jusoh, DPSM., PJK.


WAKIL PERMAISURI

524
HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI
KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN


Dato’ Haji A. Rahman bin Yahya, DPMT.,AMZ.,KMN.,PJK.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI


Dato’ Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI


Tuan Haji Mohd Zahari bin Md. Azahar, SMT.,PJK.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI


Encik Zulkifly bin Isa, PJK.
525
PUKUL 9.30 PAGI

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim.


Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Yang Amat
Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,mesyuarat
disambung semula.Sebagaimana biasa sebelum kita memulakan
Persidangan kita,bagi memberkati Persidangan kita ini kita mulakan dengan
Ummul Quran, Al-Fatihah.

Mesyuarat pagi ini diteruskan dengan Soalan-soalan Lisan. Berikut adalah


Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk mengemukakan
Soalan-soalan Lisan pada hari ini iaitu 4 April 2019 iaitu dari:

1. Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim


(Wakil Tepoh)
526
2. Yang Berhormat Muhammad Khalil bin Abdul Hadi
(Wakil Batu Burok)

3. Yang Berhormat Dato’ Haji Rozi bin Mamat


(Wakil Telemong)

4. Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik


(Wakil Sura)

5. Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad


(Wakil Hulu Besut)

6. Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim


(Wakil Buluh Gading)

7. Yang Berhormat Haji Roslee bin Daud


(Wakil Bukit Besi)

8. Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun


(Wakil Manir)

9. Yang Berhormat Dato’ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof


(Wakil Jertih)

10. Yang Berhormat Haji Alias bin Harun


(Wakil Rantau Abang)

11. Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman


(Wakil Batu Rakit)

12. Yang Berhormat Sulaiman bin Sulong


(Wakil Pengkalan Berangan)

13. Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman


(Wakil Kuala Besut)

14. Yang Berhormat Ahmad Shah bin Mohamed

527
(Wakil Bandar)

15. Yang Berhormat Ab. Razak bin Ibrahim


(Wakil Air Putih)

16. Yang Berhormat Maliaman bin Kassim


(Wakil Ajil)

17. Yang Berhormat Ir. Saiful Azmi bin Suhaili


(Wakil Kemasik)

18. Yang Berhormat Hajah Zuraida bt. Md. Noor


(Wakil Wanita)

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Wakil Telemong untuk mengemukakan


Soalan Lisan.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):


Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang
Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya yang pertama-

Sumber pendapatan penduduk Terengganu yang


bergantung kepada hasil tanaman getah dan kelapa
sawit terjejas selepas harga pasaran komoditi itu
menurun. Apakah strategi yang dijalankan oleh
Kerajaan Negeri bagi membantu golongan yang terjejas
ini?

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi):


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-
Pertua Dewan,terima kasih kepada Yang Berhormat Telemong yang
mengajukan soalan yang berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk
membantu pekebun-pekebun yang terjejas ekoran daripada kejatuhan
harga komoditi getah dan sawit.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, bantuan kepada golongan yang terjejas
kerana kejatuhan harga komoditi getah dan sawit mestilah masih dalam
528
skop Sektor Pertanian dan Sektor Perladangan. Kita tak boleh nak ajak
mereka tinggalkan sektor ini kerana ini adalah dunia mereka. Dalam masa
yang sama Kerajaan Negeri komited untuk terus memperjuangkan harga
lantai getah pada paras RM4.00 sekilogram yang kita kira harga yang
sangat munasabah dengan situasi semasa sekarang ini. Kita bercakap
RM4.00 sekilogram ni dalam kes getah skrapbukan latex ataupun getah cair
sebagaimana yang biasa disebut oleh Yang Berhormat Menteri yang
menjaga hal ehwal getah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya fokus jawapan saya dalam situasi the
worst scenario dengan izin, iaitu rakyat yang terjejas ni cuma ada tanah
getah dan tanah sawit dan tidak ada lagi sebarang aset lain sebagai tempat
untuk mencari rezeki. Dengan kebun ataupun ladang getah dan sawit yang
ada, pemilik mestilah diberikan sokongan bagaimana untuk menjana dan
menambahkan pendapatan dengan beberapa usaha sampingan, sawit tetap
kena kait jangan tinggal, getah pun tetap kena toreh, tak praktikal untuk
kita cadangkan pekebun getah tukar profesion jadi pekerja kilang ataupun
ajak turun ke laut menangkap ikan.

Cadangan Kerajaan Negerini bagaimana kita nak memanfaatkan ruang


kebun atau ladang yang ada dengan sektor pertanian yang lain dan apa
yang Kerajaan Negeri boleh bantu. Yang pertama, Kerajaan Negeri
menfokeyuskan kepada ternakan lembu dan kambing secara integrasi dalam
ladang. Masalah modal boleh ditampung dengan Skim Bantuan Modal Tani
yang kita dah umumkan dalam Sidang DUN ini dan keperluan sebenarnya,
keperluan pasaran untuk daging lembu dan daging kambing di Negeri
Terengganu masih terlalu banyak kekosongan dan lompang. Apa yang ada
di Negeri Terengganu setakat ni cuma mampu memenuhi sekitar 30%
sahaja SSL (Self Sufficent Level) dengan izin, dan kita masih ada lagi 70%
ruang kosong yang perlu diisi.Dan di antara fokus Kerajaan Negeri ialah
Penternakan Lembu Sado.Sebab apa kita fokus lembu sado sebabnya yang
pertama lembu sado tidak memerlukan kawasan yang luas dan yang kedua
hasil dia boleh diperolehi dengan cepat, dalam sekitar lima enam bulan
seekor anak lembu sado dah boleh mencecah nilai dalam RM5,000 hingga
529
RM6,000. Dan dalam Bajet 2019 ada satu fokus khusus untuk penternakan
lembu sado yang kita namakan sebagai Program Penggandaan Induk,
dengan makna kita syer di antara pemohon dengan Kerajaan Negeri.
Pemohon biaya 60% daripada harga induk lembu sado, Kerajaan Negeri
biaya 40% dan lembu tu kita bagi terus bukan dalam konsep pawah
sebagaimana yang diamalkan sebelum daripada ini.
Yang kedua, yang sangat berkesan untuk kita buat secara integrasi dalam
ladang getah ialah tanaman nenas. Dan Kerajaan Negeri mencadangkan
supaya diberi tumpuan kepada nenas Variety Premium MD2. Bantuan sulur
untuk tanaman nenas MD2 ni memang disediakan oleh Lembaga
Perindustrian Nenas Malaysia dan kalau ada bantuan-bantuan lain yang kita
perlu dia boleh dimanfaatkan daripada Skim Bantuan Modal Tani. Satu lagi
ialah ada banyak insentif daripada Jabatan Pertanian yang tidak
dimanfaatkan dan kita boleh buat secara integrasi dalam kebun ataupun
ladang getah berdasarkan kepada umur pokok getah ataupun pokok sawit
yang kita ada.Di antaranya insentif tanaman tembikai, betik, pisang yang
kadar insentifnya mencecah sehingga RM20,000 untuk satu hektar, yang ni
banyak yang tidak dimanfaatkan oleh petani-petani kita. Kalau yang minat
nak pelihara lebah madu atau lebah kelulut, dalam Bajet 2019 juga kita ada
peruntukan untuk pembangunan industri lebah madu dan lebah kelulut,
yang perlu hanyalah pergi ke Jabatan Pertanian bawa geran tanah untuk
didaftarkan di dalam sistem.Dan Jabatan Pertanian akan atur dari segi
khidmat nasihat dan juga untuk kursus mungkin akan timbul sikit isu dalam
kes NGO. NGO ni Yang Berhormat Telemong, dia ada di Jabi dan di
Telemong noreh getah orang maknanya kebun getah yang ditoreh tu bukan
hak dia. Dalam kes ni rasanya kalau tuan kebun boleh bagi kepada orang
lain untuk toreh kebun getah dia, kita rasa tidak ada masalah untuk tuan
kebun juga bagi keizinan supaya setiap …..

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal):
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan. Saya
menyokong usaha tanaman tambahan di kawasan ladang nenas, betik dan
sebagainya, tapi masalah sekarang ialah terlalu banyak musuh tanaman
terutamanya melibatkan babi, khinzir dan juga kera. Jadi saya mintalah
530
Yang Berhormat berbincang dengan Perhilitan kerana ada satu kes kalau
tembak babi kena denda RM8,000 dan dengan senapang-senapang dia
rampas. Kera gitu juga. Siapa tangkap kera suruh pindah ke tempat lain
pula. Saya lening kalau nak tembak kera pun dokleh. Bahagian kita ni
maknanya kata orang terlalu mesra sangat dengan binatang untuk
tanaman. Saya minta bincang dengan Perhilitanlah nak tembak babi pun
kena tangkap, kena denda, tembak kera pun kena denda. Biar Perhilitan
pergi tangkaplah kera belaka. Sebab saya ada juga Yang di-Pertua, tanam
Nangka Madu sebab saya bermadu. ...(Dewan Gelak) ....
140 pokok tak boleh makan sutir pun, pernah 4,500 pokok buah nangka,
nak tembak tak sampai hati, kalau tembakkan, kena tangkap di Perhilitan
pula.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey Yang Berhormat, okey.

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal):
Minta bincanglah dengan Perhilitan molek-molek sikit.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat, cuma


ringkaskanlah sebab kita bukan sesi penggulungan sekarang ni. Jawab
direct to the point.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Okey, terima
kasih Yang Berhormat. Itulah di antara yang kita cadangkan untuk
diintegrasikan dalam kebun ataupun ladang getah dan sawit dan isu yang
ditimbulkan oleh Yang Berhomat Kijal insya-Allah kita bincang dengan pihak
Jabatan Perhilitan. Terima Kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):


Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan saya untuk
penjelasan yang lebih lanjut. Yang Berhormat EXCO Jabi, saya menyokong
dan saya ucap tahniah, apa yang dimaklum dan juga telah diambil inisiatif
oleh pihak Kerajaan. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, sepatutnya kita
kena tahu berapa jumlah sebenar yang peserta kita yang menghadapi
531
masalah ini. Memang di peringkat akar umbi ini adalah masalah yang sangat
besar, harga getah skrap memang RM4 tapi getah orang kampung RM2
lebih, RM2.15 gitu jer. Begitu juga kelapa sawit, harga RM200 jer lening.
Jadi ini menimbulkan masalah yang besar di peringkat akar umbi dan
penduduk Terengganu kalau luar bandar macam kawasan kampung saya,
80% terlibat dengan perkara-perkara berkenaan. Jadi saya pohon guideline
yang jelas supaya memudahkan rakyat Negeri Terengganu untuk
mengambil manfaat sebagaimana Yang Berhormat kabor tadi dengan tepat
dan juga jelas dan cepat. Terima Kasih Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Terima Kasih
atas keprihatinan Yang Berhormat Telemong dalam isu yang sebenarnya
melibatkan majoriti daripada rakyat kita. Yang saya sebut tadi ialah apa
yang kita perjuangkan dengan pihak Kerajaan Pusat supaya satu paras
harga lantai yang munasabah dan dalam masa yang sama kita sedia
maklum harga getah sekarang ni RM2, RM2.10 sekilo. Untuk orang yang
noreh getah orang, bagi dua pula dengan tuan kebun, jadi seringgit lebih
dapat. Itu realiti yang ada di lapangan dan memang kita tekankan
kepada pihak jabatan peruntukan-peruntukan yang kita ada ni memang
rakyat tak nak dengar yang rakyat nak ialah pitih supaya benda ni segera
sampai dan insya-Allah peringatan itu kita ambil perhatian. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya tak dengar tadi Kerajaan Negeri tidak
mengambil tindakan daripada Kerajaan Pusat supaya masalah harga kelapa
sawit turun ni diganti dengan tanaman pokok buluh.

YANG BERHORMAT DR. AZMAN BIN IBRAHIM (Wakil Jabi): Untuk


makluman Yang Berhormat Hulu Besut, setakat ni buluh-buluh yang tumbuh
liar di Negeri Terengganu masih mencukupilah untuk industri lemang di
negeri kita, kita tak perlu tanam pula lagi. Terima Kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima Kasih. Saya persilakan Yang


Berhormat Wakil Sura untuk mengemukakan Soalan Lisan.
532
YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura):
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya yang pertama -

Di antara janji di dalam manifesto PRU 14 yang lalu


ialah membuka pusat nursery bagi kakitangan Kerajaan
di setiap jabatan. Sehingga kini berapa buahkah yang
telah dilaksanakan di jabatan-jabatan dan beberapa
buahkah yang akan dilaksamakan mengikut daerah
pada masa akan datang?

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai):


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-
Pertua, soalan daripada Sura ialah: Berapa banyakkah di antara janji di
dalam Manifesto PRU 14 yang lalu ialah membuka pusat nursery bagi
kakitangan Kerajaan di setiap jabatan. Sehingga kini berapa buahkah yang
telah dilaksanakan di jabatan-jabatan dan beberapa buahkah yang akan
dilaksanakan mengikut daerah pada masa yang akan datang?

Sehingga kini 5 buah pusat dibuka ialah Taska Permata keluarga di MPK
Majlis Perbandaran Kemaman, Taska Permata Keluarga Sura Hujung di
UiTM Dungun, Taska Permata Keluarga Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA) Gong Badak, Taska Permata keluarga Universiti Malaysia
Terengganu (UMT), Taska Permata Keluarga Kota Putera, Majlis Daerah
Besut.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura): Soalan
tambahan yang kedua. Yang Berhormat Yang di-Pertua, di antara lima buah
Taska Permata yang disebut tadi berapa buahkan yang baru dibuka selepas
Kerajaan baru ambil alih dan berapa buah yang tersedia ada? Terima Kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Yang


Berhormat Yang di-Pertua, pada tahun ini kita merancang untuk membina
533
dua buah taska. Yang pertamanya ialah Taska Permata Keluarga Wisma
Darul Iman yang mana kita sedang menunggu recommend daripada JKR
untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian, di tingkat satu. Insya-Allah
kita mengharapkan bahawa dalam bulan enam atau bulan tujuh kita akan
dapat buka taska di Wisma Darul iman. Dan satu lagi ialah Taska Permata
Keluarga di Majlis Perbandaran Dungun juga dalam proses, insya-Allah.

YANG BERHORMAT HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK (Wakil Sura):
Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan yang kedua,
setakat manakah sambutan terhadap pusat nursery ataupun Taska Permata
ini di kalangan kakitangan Kerajaan yang mana hasrat kita ialah untuk
membantu kakitangan Kerajaan dan memudahkan urusan mereka untuk
meninggal anak-anak di taska dan berapakah bayaran yang dikenakan
kepada penjaga tersebut? Terima Kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Yang


Berhormat Yang di-Pertua, sehingga kini sambutannya sangat
menggalakkan, cuma bila berlaku persaingan di antara Taska Kerajaan
dengan Taska Persendirian, ramai daripada pemain-pemain daripada Taska
Persendirian berjumpa dengan saya, kerana bayaran yang dikenakan oleh
Taska Permata kita ni sangat rendah sedangkan Taska Persendirian sangat
tinggi dan ianya sedikit kegusaran kepada merekalah. Dan mereka memberi
pandangan supaya jangan buka banyak sangat di jabatan-jabatan Kerajaan.
Setakat ini bayaran yang dikenakan ialah 0-1 tahun bayi, pendaftaran
RM100, yuran bulanan RM250, 1-3 tahun pendaftaran RM100, yuran
bulanan RM230, 3-4 tahun pendaftaran RM100, yuran bulanan RM230, 5-9
tahun ataupun budak tumpang jer pendaftaran RM100, yurannya ialah
RM200. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Yang Berhormat


Wakil Hulu Besut.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Terima
Kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya soalan satu -
534
Apakah Program Perniagaan terbaru bagi golongan
muda di Negeri Terengganu yang akan dilaksanakan oleh
Kerajaan Negeri Terengganu?

YANG BERHORMAT HAJI NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil Kota


Putera): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi
ta’ala wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Besut. Yang
dihormati Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dikemukakan
kepada saya berbunyi: Apakah program perniagaan terbaru bagi golongan
muda di Negeri Terengganu yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri
Terengganu?

Bagi tahun 2019 ni, satu program yang terbaru yang telah diluluskan di
dalam bajet yang lepas Bajet 2019 ialah Program Usahawan Belia Sejahtera
atau singkatannya U-BES. Dalam bajet yang lepas Kerajaan telah
memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk program ini dengan sasaran
untuk melahirkan usahawan belia seramai 150 orang setahun insya-Allah.
Pengambilan sesi pertama seramai 40 orang yang akan bermula pada April
ini, fokus utama program ini adalah kepada program latihan dan bantuan
usahawan belia yang akan menjalankan aktiviti perniagaan atas talian. Pihak
YPU telah membuat sesi temu duga pengambilan (U-BES) untuk kali
pertama ini pada 25, 26 dan 27 Februari yang lepas dan latihan
keusahawanan, insya-Allah akan bermula April ini. Wallahua’lam.

YANG BERHORMAT HAJI NAWI BIN MOHAMAD (Wakil Hulu Besut): Saya
nak ambil kesempatan tahniah la kerana ada usaha kepada orang muda di
Terengganu. Cuma satu lagi yang menyebabkan saya tanya soalan ini Yang
di-Pertua ada orang-orang memberitahu saya di Terengganu kitalah
khasnya, ada anak-anak muda kita yang menjaja di persimpangan jalan
yang ada traffic light ataupun tempat kenderaan berhenti seolah-olah
keadaan di negeri kita ini, susah untuk anak muda kita mendapatkan
pekerjaan. Mereka terpaksa menjaja di jalanan yang mendedahkan
535
bahayanya mereka berniaga, mereka terpaksa, jadi seseolah negeri kita
makin tidak makmur susah untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi adakah
Kerajaan Negeri menggalakkan mereka berniaga macam itu ataupun adakah
Kerajaan Negeri tidak membuat tindakan supaya apabila orang pelancong
datang ke Terengganu melihat seolah-olah, gambaran yang dibuat oleh
anak muda kita berniaga di jalanan ini seolah-olah negeri ini kita susah,
seolah-olah sepertimana kalau kita pergi ke Indonesia dulu. Jadi saya ingin
tahu adakah Kerajaan Negeri tidak berusaha untuk membantu anak-anak
muda kita yang berniaga di jalanan?

YANG BERHORMAT HAJI MOHD NURKHUZAINI BIN AB. RAHMAN (Wakil


Kota Putera): Terima kasih Hulu Besut, okey berkenaan dengan tumbuhnya
peniaga-peniaga yang di persimpangan ini. Kita sangat aware dan ambil
berat perkara ini. Cuma dari segi sudut mana kita melihat, kalau kita melihat
dari segi negatif, maka negatiflah dia dan kalau melihat pada positif, akan
positiflah ia. Sebenarnya kita sentiasa menggalakkan usahawan-usahawan
kita mencari bidang-bidang kerja yang kreatif dalam usahawan ini. Sebab
dalam usahawan ini dia perlukan kreativiti yang tinggi untuk mendapatkan
pendapatan. Kalau kita copycat dengan izin, ataupun dengan tiru orang,
orang jual burger, kita jual burger juga, orang jual keropok lekor, kita pun
pakat jual keropok lekor belaka. Jadi benda itu jadi persaingan dan
persaingan itu kadang-kadang dilihat sihat tetapi sebenarnya kalau ditanya
kepada peniaga sendiri dengan persaingan itu menyebabkan kek itu
dibahagi-bahagikan.

Jadi Kerajaan melihat perkara ini, contoh yang disebutkan sebagai yang
menjual di persimpangan jalan itu bagi saya, saya melihat itu satu kreativiti
cuma dengan pihak berwajib, kita sentiasa melihat dari segi keselamatan
dari segi orang kata akan berlaku apa ni, berlanggar, accident, apa semua
tu kerana perkara tersebut. Benda itu apabila saya cuba senaraikan di mana
yang tidak kebolehan itu sebab ini satu kreativiti, bagi saya saya meletakkan
satu kreatif dan saya mendapat maklumat kita dah pergi berjumpa dengan
pengusaha-pengusaha adalah satu sumber yang jauh lebih baik daripada
yang duduk dalam kedai, okey. Jadi saya melihat untuk kita buat proaktif
536
kita nak kekangkan apa yang kebarangkalian yang berlaku, contohnya dari
segi kemalangan, kita akan tingkatkan keselamatan kepada mereka dan ini
kita sedang berbincang untuk cari satu jalan yang baik dengan Majlis-Majlis
Daerah dan Bandaraya untuk tangani perkara ini dengan sebaik mungkin.
Ada yang negatifnya begitulah yang disebutkan macam kita tak ada benda
lain dah nak menjual tetapi kita kena ingat kreativiti itu adalah satu benda
yang kita perlu, highlightkan perkara tersebut. Wallahua’lam.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Seterusnya, saya menjemput wakil


daripada Buluh Gading. Cuma sebelum pada itu saya nak maklumkan,
bersama kita pada pagi ini selain daripada Pemerhati yang lain, ada seramai
53 orang pelajar-pelajar dan juga guru-guru daripada Yayasan Terengganu,
pelajar-pelajar IMTIAZ yang turut sama sebagai Pemerhati dalam
persidangan kita pada pagi ini. Sila Yang Berhormat Wakil Buluh Gading.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya, soalan nombor satu -

Apakah perkembangan terkini usaha Kerajaan dalam


merealisasikan Program AL-FATEH?

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Yang


Berhormat Yang di-Pertua soalan daripada Buluh Gading Gading berbunyi:
Apakah perkembangan terkini usaha Kerajaan dalam merealisasikan
Program AL-FATEH?

Menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga, YPK, Kerajaan telah merangka


pelbagai pengisian bagi memperkasakan program khas yang dinamakan
FITYAH Terengganu ataupun Al-FATEH. Antaranya ialah Program TAKLIF,
Pemantapan Tanggungjawab Ibu Bapa dan Anak-Anak dan Program Saya
Anak Terengganu yakni peningkatan Potensi Diri Dan Ingat Sebelum
Terkena, di mana ianya dilaksanakan dengan kerjasama seluruh sekolah di
bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. YPK, kini telah mula
537
bergerak ke sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti menerusi YPK di setiap
daerah. Sehingga kini sebanyak 4 buah sekolah telah terlibat dengan
penganjuran Program FATEH dengan melibatkan seramai 350 orang pelajar
dan ibu bapa. Okey.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):


Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada
pihak Kerajaan yang telah memberikan penjelasan atas soalan yang
dikemukakan. Boleh Pihak Kerajaan menjelaskan dengan lebih terperinci
program-program yang akan dilaksanakan melalui YPKT bagi merealisasikan
Program FITYAH di masa yang akan datang? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Yang


Berhormat Yang di-Pertua programnya ialah yang pertama Saya Anak
Terengganu yakni TAKLIF, Pemantapan Tanggungjawab Ibu-bapa dan
Anak. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada anak-anak tentang
tanggungjawab sebagai khalifah, pewaris, legasi anak Terengganu. Ianya
telah dijalankan sejak tahun 2007 dengan jumlah pelaksanaan program
sebanyak 333 kali. Sehingga Disember 2018, program ini telah dilaksanakan
di 26 buah sekolah.

Yang kedua, Saya Anak Terengganu yakni Ingat Sebelum Terkena. Program
ini dilaksanakan bertujuan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan
berlakunya kes-kes salahlaku dan memberi panduan kepada remaja atau
pelajar daripada mudah tertipu dah terlibat dengan perkara yang
melalaikan.
Program ini bermula sejak tahun 2009 dengan pelaksanaan keseluruhan
adalah 1,420 program bagi tahun 2018 program ini telah dilaksanakan di
140 buah sekolah dengan pendekatan secara motivasi kepada pelajar
sekolah Tingkatan Satu oleh kaunselor sekolah atau penceramah daripada
agensi dan jabatan.

Program yang ketiga ialah Saya Anak Terengganu, Peningkatan Potensi Diri,
program ini dilaksanakan bertujuan untuk menambah potensi dan kekuatan
538
diri melalui kemahiran dan semangat keinginan untuk berubah. Program ini
telah bermula sejak tahun 2008 dengan perlaksanaan keseluruhan adalah
sebanyak 122 program. Bagi tahun 2018, program ini dilaksanakan
sebanyak 13 kali dengan pendekatan secara motivasi, ceramah, bengkel
kepada belia dan beliawanis di seluruh Negeri Terengganu.

YANG BERHORMAT HAJI RIDZUAN BIN HASHIM (Wakil Buluh Gading):


Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan tambahan yang kedua. Selain
daripada program-program yang disusun oleh pihak Kerajaan melalui YPK
yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga sekolah
menengah, kita juga sedia maklum bahawa pihak Kerajaan ada
menguruskan pusat-pusat asuhan kanak-kanak. Jadi, kalau boleh pihak
Kerajaan boleh maklumkan kepada kita di sini jumlah terkini pusat jagaan
kanak-kanak yang dikelolakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga
mengikut daerah-daerah? Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI HANAFIAH BIN MAT (Wakil Cukai): Yang


Berhormat Yang di-Pertua, kita sedia maklum selain penglibatan Program
Pembangunan Sahsiah yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah
mahupun di peringkat menengah, YPK juga merupakan salah satu agensi
Kerajaan yang menyelia dan menguruskan pusat asuhan kanak-kanak.
Yayasan Pembangunan Keluarga telah mempunyai 66 buah pusat jagaan
kanak-kanak iaitu Taska Permata, pecahannya ialah kalau kita ikut Parlimen:

Jumlah
Bilangan
Parlimen Kanak- Kakitanga
Taska Permata
kanak n
Besut 10 505 102
Setiu 7 380 71
Kuala Nerus 9 669 126
Kuala 9 841 142
Terengganu
Marang 7 411 86

539
Hulu Terengganu 7 336 66
Dungun 10 546 102
Kemaman 7 420 72
JUMLAH 66 4,108 767

Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Seterusnya saya persilakan Yang


Berhormat Wakil Bukit Besi untuk mengemukakan Soalan Lisan.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi):


Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang
Berhormat Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Satu?

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Nombor
satu, he...he...he..., Paka.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Soalan Yang Berhormat telahpun


dijawab sebelum pada ini. Jadi soalan seterusnyalah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Soalan yang ketiga Yang Berhormat.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Soalan
ketiga?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Dok jupe cari ke?

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Takpe,
soalan yang ketiga? Sebab saya soalan nombor dua yang ditolak kan? Itu
yang saya ambil soalan nombor satu. Okeylah, nombor tiga kalau gitu.
Soalan nombor tiga -

540
Sila nyatakan jumlah Pusat Hemodialisis yang terdapat
di Negeri ini mengikut pecahan daerah dan apakah
ianya mencukupi bagi menampung keperluan pesakit
buah pinggang di Terengganu dan nyatakan juga
berapa ramaikah di kalangan rakyat Terengganu yang
menderita akibat penyakit buah pinggang?
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Guaner semabur habis tu? Assalamu’alaikum warahmatullahi
ta’ala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Pengerusi, soalan daripada Bukit
Besi, soalan nombor tigalah. Nombor tiga yang berbunyi: Sila nyatakan
jumlah Pusat Hemodialisis yang terdapat di negeri ini mengikut pecahan
daerah dan apakah ianya mencukupi bagi menampung keperluan pesakit
buah pinggang di Terengganu dan nyatakan juga berapa ramaikah di
kalangan rakyat Terengganu yang menderita akibat penyakit buah
pinggang? Dia ada tiga komponen soalan ini. Tiga dalam satu. Sebab itu
semabur. Soalan nombor tiga tolak satu dok tahu nak jawab.

Untuk makluman Wakil Bukit Besi dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
jumlah pesakit di Pusat Hemodialisis di Negeri Terengganu, kita ada
sebanyak 25 buah semuanya. Pecahan mengikut daerah, Daerah Kuala
Terengganu 9 buah, Kuala Nerus 4, Hulu Terengganu 1, Kemaman 3,
Dungun 4, Besut 2 dan Setiu 1, Marang juga 1. Jumlah keseluruhannya 25.
Berkaitan saya jawab cukup tak cukup saya jawab bilangan pesakit dulu.
Jumlah pesakit yang perlu Hemodialisis, untuk rekod kita ada tiga jenis.
Pertama yang sedang dalam rawatan ada 1,367, yang dirawat secara
Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)  seramai 348 orang dan
yang sedang menunggu continuous sekitar 500 menunggu kerana tidak
cukup tempat. Ada 291 orang. Jumlah keseluruhan ialah 2,066 orang
penghidap penyakit buah pinggang yang perlu Hemodialisis untuk setakat
inilah yang ada rekod dengan kita. Dengan sendiri menjawab bahagian yang
kedua tadi, ada yang mencukupi? Sudah tentu tidak mencukupi. Sekian
terima kasih.

541
YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Okey,
terima kasih atas jawapan daripada Bukit Tunggal, EXCO yang berkaitan.
Jadi kalau kita tengok dari segi perkembangan semasa setakat ini memang
tak cukuplah, Pusat Hemodialisis ini. Jadi dalam tidak kecukupan pusat ini,
apakah perancangan Kerajaan untuk menangani masalah-masalah ini sebab
apa yang kita maklum bahawa pesakit buah pinggang ini merupakan sakit
yang kronik, jadi apakah perancangan ataupun strategi Kerajaan untuk
mengatasi masalah ini? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima kasih atas soalan tambahan. Pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan
Kesihatan Negeri Terengganu telah mengambil beberapa langkah bagi
mengatasi masalah yang kita kenalpasti. Antaranya ialah untuk menambah
bilangan syif di pusat-pusat yang kita kira masih beroperasi satu syif,
ditambah kepada dua syif dan akan bertambah sekali ganda lagi. Itu satu
cadangan jangka pendek. Yang kedua ialah membina pusat, menambah unit
Hemodialisis di pusat-pusat sedia ada. Pusat sedia ada masih boleh, ada
ruang untuk ditambah mesin Hemodialisis. Antaranya di hospital-hospital
kita memerlukan lebih kurang 68 unit yang boleh ditambah untuk
menambah bilangan pesakit yang boleh menggunakannya. Juga dalam
rancangan untuk mengadakan pusat-pusat baharu, antaranya pusat baharu
yang telah siap ialah di Telaga Mengkudu yang kapasiti 10 mesin, satu syif
sahaja dan insya-Allah ini akan dapat memberi manfaat kepada 20 orang
pesakit di Daerah Marang. Juga yang paling penting sebenarnya bila kita
melihat begitu tinggi kadar penghidap buah pinggang, pesakit buah
pinggang kronik yang memerlukan rawatan Hemodialisis, maka kaedah
pencegahan itulah yang lebih baik. Kalau kita semua mengambil perhatian
tentang kaedah menjaga kesihatan, mengelakkan kita daripada terkena
penyakit buah pinggang ini, insya-Allah keperluan itu tidaklah setinggi apa
yang berlaku pada hari ini. Antaranya pihak Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu telah menjalankan promosi pendidikan dan pencegahan
penyakit buah pinggang secara berterusan kepada pesakit-pesakit diabetis.
Di antara mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat ataupun terkena
penyakit buah pinggang adalah mereka-mereka yang menghidap penyakit
542
kencing manis. Jadi sesiapa yang ada history keluarga yang ada kencing
manis dan juga yang berumur dah melebihi umur dah lewat 35 tahun ke
atas silalah buat pemeriksaan kencing manis ataupun diabetis peringkat
awal supaya tahu lebih awal dan dapat dirawat secara yang sempurna di
peringkat awal. Bila dapat dirawat, dikawal, insya-Allah penyakit .....

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Paka
ada kencing manis dok?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Ya?

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Paka
ada kencing manis dok?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Nanti nak tengok muka dulu.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Ke


kencing masam ....(Sambil gelak) .....

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Insya-Allah Yang Berhormat semua ni kena periksa. Periksa mudah jer
kencing manis ni, kita periksa semua supaya kita jaga kesihatan. Kita pun
dah ada seorang sahabat kita yang terkena yang akan menjalankan
rawatan. Dan inilah kita tekankan pada pesakit-pesakit kencing manis ini
supaya mereka mendapat rawatan yang sempurna dan mengawal,
mengawal kandungan gula dalam darah, itu yang paling penting, dengarlah
nasihat doktor, mana yang perlu makan ubat, makan ubat, yang perlu
exercise, kena exercise. Nak naik basikalpun boleh sama dengan M.B. Yang
Berhormat selalu naik basikal, pergi beli basikal untuk exercise, insya-Allah
antara exercise yang terbaik, tapi kalau umur dah meningkat macam kita
jalan kaki cukuplah. Haa ..... itu pun cara Kijal exercise lagi bagus dia ada
tiga padang. ...(Dewan gelak) ....
543
YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Kalau kencing hancing ada ubat tak?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Kalau hancing kuat kena jatuhlah 15 kekgi. Kalau jatuh 15 kekgi hilanglah
hancing dia, insya-Allah.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Yang kedua ialah juga kita menekankan pendidikan kesihatan di kalangan
orang awam juga di pelajar-pelajar sekolah supaya mereka aware tentang
bahayanya kencing manis dan penyakit yang berkaitan yang boleh
membawa kepada komplikasi rosaknya atau mendapat penyakit buah
pinggang. Juga di Daerah Besut kita dapati yang agak ramai yang
menunggu, 75 orang, insya-Allah pihak swasta akan membina sebuah lagi
Pusat Dialis is Swasta di untuk kegunaan pesakit di Daerah Besut. Sekian,
terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong):


Soalan tambahan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Tunggal – EXCO,
saya melihat orang sakit buah pinggang ini adalah satu penyakit yang
sangat menyusahkan dan juga menderitalah, menderita bagi orang
kampung. Kalau kena hampir-hampir tergadai, saya rasa Yang Berhormat
EXCO seorang doktor lebih fahamlah. Dan satu tindakan jangka masa
panjang itu, itu kita kena buat secara berterusan sebagaimana Yang
Berhormat EXCO beritahu. Tapi dalam jangka masa pendek Yang
Berhormat, kita lihat keadaan ini menyebabkan pihak Kementerian
walaupun dia kata nak tambah, nak tambah, still tidak cukup Yang
Berhormat. Apakah Kerajaan Negeri sendiri tidak mengambil inisiatif untuk
kita tambah, hok negeri kita ni, kita buat hal negeri kita, kita tambah Besut
se ke, Kemaman se ke, di Hulu Terengganu se ke, kita tambah di bawah
pengawasan ataupun sedialah peruntukan sikit daripada Kerajaan Negeri
dalam masa terdekat ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

544
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima kasih di atas cadangan yang sangat baik daripada Wakil Telemong.
Memang Kerajaan pun dah banyak membantu antaranya kita menubuhkan
Pusat-Pusat Hemodialisis dengan kerjasama pihak MAIDAM, Kementerian
Kesihatan dan pihak Kerajaan Negeri. MAIDAM menyediakan mesin
Hemodialisis, Kerajaan Negeri menyediakan tempat, bangunan dan
Kementerian Kesihatan menyediakan tenaga sebab memanglah pengendali
ataupun operator kepada Hemodialisis hendaklah kepada yang terlatih, tidak
boleh kita ambil lebih kurang. Dan kedua mereka ini sentiasa dipantau akan
amalan yang mengikut SOP yang sebenar yang dikehendaki oleh
Kementerian Kesihatan. Oleh itulah kita memang, sayapun dari semasa ke
semasa berbincang antara dengan pihak hospital, Pengarah Kesihatan,
pihak MKF dan juga pihak MAIDAM dan juga Kerajaan sendiri supaya kita
dapat menambah beberapa lagi Pusat Hemodialisis di Negeri Terengganu
antara yang terdekat ini mungkin insya-Allah kita akan buka pula di Kuala
Berang, insya-Allah. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ada, soalan terakhir.

YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Ada,
soalan tambahan soalan terakhir. Terima kasih Yang di-Pertua dan terima
kasih juga pada Yang Berhormat Bukit Tunggal. Soalan tambahan terakhir
saya sebenarnya apa yang kita difahamkanlah bahawa kos untuk
mewujudkan pusat-pusat ni memang cukup tinggi apatah lagi dengan
sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Bukit Tunggal tadi
dengan diberi latihan kepada pengendali untuk mengatasi masalah-masalah
yang ada ni, cuma saya nak ambil maklum kalau boleh kita nak suruh rakyat
kita semua tahulah Kerajaan maklum bahawa berapakah kos untuk buat
satu Pusat Hemodialisis ini?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila, Yang Berhormat

545
YANG BERHORMAT HAJI ROSLEE BIN DAUD (Wakil Bukit Besi): Boleh tu
dok? Saya bukan apa nak suruh rakyat tahu bukan senang maknanya untuk
buat ni? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima kasih Bukit Besi. Kos untuk membina sesuatu pusat memang tinggi,
antaranya mesin dia saja satu unit memerlukan dalam RM30,000 hingga
RM50,000 tengok jenis mesin. Untuk tempat iaitu tempat yang paling
mahalnya sama ada kita sewa ataupun kita buat bangunan. Jadi bangunan
ini mengikut saizlah. Ada yang dah offer di Kuala Berang nak bagi sewa
RM10,000 sebulan, itu juga kos yang sangat tinggi dan dari segi kakitangan
dah tentu kita terpaksa menggaji Kerajaan Negeri, kalau yang kerjasama
dengan Kementerian Kesihatan bayaran kakitangan itu ditanggung oleh
Kerajaan Negeri. Maka ianya adalah melibatkan untuk pembukaan sesuatu
itu mesti dipertimbangkan dengan teliti. Oleh itulah dengan kos yang besar
ini kita harap rakyat Negeri Terengganu lebih menekankan pada
pencegahan daripada kita dah kena sakit. Tadi yang Telemong kata bila
sakit adalah satu benda yang amat sukarlah bagi mereka yang menghidap
penyakit buah pinggang ini dan terpaksa mendapat rawatan Hemodialisis
tiga kali seminggu, selang sehari dan terpaksa berbaring di situ nak buat
kerja buat dokleh doh untuk diri dia. Tapi kesan kepada Kerajaan juga,
pada rakyat yang menanggung, kos yang untuk membuka satu pusat dan
untuk pengoperasian pusat itu sangat-sangat tinggi yang mana kita hanya
mengenakan bayaran kepada rakyat untuk Hospital Kerajaan dan yang
NBOS ini hanya RM13 sahaja satu sesi sedangkan di NGO mengenakan
RM200, kalau swasta RM250 hingga RM300 untuk setiap sekali cuci untuk
satu sesi. Hospital Kerajaan hanya bayar RM13. Jadi itulah kos yang
ditanggung, subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan begitu besar untuk satu-
satu kes menggunakan ataupun rawatan melalui Hemodialisis ini.

Saya harap rakyat dapat ambil pertimbanganlah di antara perkara-perkara


yang mana yang lebih penting kita mencegah atau kita membiarkan kita
terkena penyakit dan akhirnya tergolong dalam golongan yang menghidap
penyakit buah pinggang ini. Terima kasih.
546
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat Wakil Jertih

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil


Jertih): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala
wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan saya soalan pertama -

Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam


penyediaan rumah kepada rakyat Terengganu (seperti
Rumah Mampu Milik, Projek Perumahan Rakyat
Termiskin dan lain-lain)?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima kasih Jertih, saya rasa soalan Jertih ini saya dah jawab dalam
penggulungan panjang semalam tu dok? Tapi kalau nak jawab sekali lagi tu
boleh juga, tak ada masalah.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya ingat ringkas Yang Berhormat,


dah jawab dah.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Jadi di antara soalan Jertih yang berbunyi: Apakah perancangan Kerajaan
Negeri dalam meyediakan rumah kepada rakyat Terengganu (seperti Rumah
Mampu Milik, Projek Perumahan Rakyat Miskin dan lain-lain)?

Jadi untuk makluman Wakil Jertih di mana telah saya sebut semalam. Untuk
projek yang dalam pembinaan disebut pada 1,740 unit yang akan siap pada
tahun ini dan untuk Rumah PPRT, yang dulu nama PPRT dan sekarang kita
panggil rumah PPTS (Projek Perumahan Terengganu Sejahtera) yang kita
jangka 500 unit akan dibuat untuk tahun ini mengikut DUN masing-masing
dan
rancangan kita, rancangan untuk 2019-2020, kita ada 8,550 setakat ini dan
insya-Allah yang akan kita laksanakan, mulakan pembinaan pada tahun

547
inilah sebanyak 5,317 mengikut beberapa kategori yang disebutkan
semalam. Saya rasa tak perlu ulang lagilah. Wallahua’lam.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil


Jertih): Okey, terima kasih Bukit Tunggal. Yalah, kelmarin dah digulung
panjang lebar. Cuma ada yang tidak disentuh saya nak tanya, berapa bajet
ataupun berapa unit setiap DUN Rumah PPRT ataupun PPTS ini yang dibina,
adakah bilangannya sama banyak mengikut DUN dan adakah bajet Kerajaan
Negeri untuk membaiki rumah dan kalau ada, berapa bagi satu unit. Terima
kasih Yang Berhomat Yang di-Pertua.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima kasih Jertih. Dalam PPTS ataupun PPRT dahululah namanya,
Kerajaan menyediakan peruntukan melalui DUN masing-masing untuk bina
baharu dan baiki rumah adalah RM1 juta setahun dan untuk kawasan yang
tidak dimenangi oleh Pihak Kerajaan, diberi RM750,000 untuk setiap DUN.
Jadi, duit itu dia boleh guna untuk sama ada bina rumah baru ataupun
untuk baiki rumah yang rosak. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil


Jertih): Okey, terima kasih. Soalan soalan tambahan kedua, saya bagi DUN
Jertih terima kasihlah kepada Pihak Kerajaan kerana kita dapat maklum
bahawa KPKT yang telah bersetuju untuk meluluskan RM1 juta bus stand
ataupun Stesen Bas Jertih baru-baru ini dan pada akhir tahun lepas juga
kita dimaklum, Dewan dimaklum bahawa Kerajaan Negeri juga telah
meluluskan RM1 juta untuk Bus Stand Jertih. Jadi, yang itu saya ucap terima
kasihlah. Saya nak tanya, apakah usaha Kerajaan untuk follow up dengan
KPKT projek perumahan di Paroh Padang Tapong yang telah pun dilulus dan
dipecah tanah sebelum pilihan raya baru ini sebanyak 500 unit. Jadi, saya
difahamkan ada sebahagian tempat diteruskan oleh KPKT dan
sebahagiannya ada ..... Jadi saya nak tahu status Projek PPRT, Projek
Perumahan Rakyat di Paroh Padang Tapong? Terima kasih Yang Berhormat
Yang di-Pertua.

548
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima kasih Jertih. Dalam satu soalan, banyak soalan, dia beranak-anak.
Berkaitan dengan terminal bas itu, kita dah bincang dengan KPKT, dia beri
peruntukan RM1 juta untuk penggunaan tahun ini dan insya-Allah yang lain
akan menyusul, kita sedang berbincang. Insya-Allah benda ini memang
macam confirmlah setakat ini dengan menteri yang berkenaan. Jertih, saya
pun tak tahu sebab dia bukan pegang kawasan ni. Cuma yang saya dapat
sebut di sini yang dalam maklumat kita Jertih untung, KPKT lulus satu
projek perumahan yang dipanggilkan PPR Bukit Puteri 300 unit dan tahun
depan dia akan ada buat pula di Gong Medang, Besut, 300 unit juga dan
ada satu projek swasta di Alor Akar ke, dalam Pasir Akar, di Pasir Akar
ada .....

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF (Wakil


Jertih): Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya rasa itu projek lain itu.
Maksud saya projek PPR, Projek Perumahan Rakyat di bawah KPKT yang
mana di Besut, di Terengganu hanya ada 2 projek iaitu di Kuala Nerus
dan juga di Besut dan di Besutnya, di Paroh Padang Tapong dan di Paroh
Padang Tapong, tanah telah dibeli dan diserah, saya ingat diserah kepada
KPKT. Cuma, saya difahamkan pihak Federal macam dia perlu surat baru,
macam bus stand, sepatutnya tak perlu surat dah. Jadi, nak tahu, ataupun
kalau tidak dapat jawab hari ini pun, kita nak minta supaya Kerajaan Negeri
follow up lah.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Boleh sebab itu tidak ada dalam maklumat kita. Cuma apa yang kita
maklumkan Projek PPR yang disebutkan itu telah dibatalkan kerana tanah
tersebut tanah milik, bukan tanah Kerajaan. Jadi, saya dah jumpa dengan
menteri baru ni dia cakap secara umum, mana-mana projek PPR, tanah
bukan tanah Kerajaan dia akan batalkan, dia akan cari tanah Kerajaan. So,
termasuklah PPR, sebut Tapah tadi kan? Dibatalkan kerana tanah itu tanah
milik, bukan tanah Kerajaan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey, saya persilakan.


549
YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu
Burok): Yang di-Pertua, mohon .....

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ya?

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu


Burok): Mohon mencelah soalan tambahan?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sekejap-sekejap.

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu


Burok): Boleh?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Soalan tambahan?

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu


Burok): Ya.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Okey.

YANG BERHORMAT MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI (Wakil Batu


Burok): Terima kasih kepada Yang Berhormat Jertih. Kalau kita lihat kepada
definisi rakyat yang miskin ada dua bahagian, miskin luar bandar dan miskin
di kawasan bandar. Kalau kita lihat kepada penyelesaian untuk membina
rumah-rumah bagi rakyat miskin ini, dalam penjelasan yang diberikan di sini
kebanyakan di kawasan luar bandarlah. Jadi, apakah konsep Rumah Rakyat
Termiskin dalam kawasan bandar seperti Kuala Terengganu?

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima kasih Batu Burok. Konsep Kerajaan masih sama, cuma kita tengok di
mana pertama, keperluan. Yang kedua, lokasi tanah Kerajaan ada ke tidak
di kawasan tersebut. Kalau sebut dalam bandar ini, kita untuk yang telah
siap, macam sekarang ini PPR Hiliran telah siap dan yang akan datang ini,
550
insya-Allah kita akan siapkan di Batu Burok di Tok Adis projek yang
terbengkalai itu dan tender telah dibuka dan dah dipilih pemaju yang
tersebut, cuma nak tinggal masa untuk dimulakan saja. Dari segi kita,
pemilihan tidaklah kata nak pilih, ada pilih kasih mana-mana, tidak ada.
Pertama, kita tengok senarai yang memohon di mana banyak. Yang
kedua, yang pentingnya adalah tanah Kerajaan ada tak kat situ untuk kita
utamakan sebab kalau kita nak ambil balik tanah orang, tanah rakyat, tanah
milik untuk dijadikan projek perumahan kosnya terlalu tinggi dan tidak
ekonomiklah, tidak berbaloi. Insya-Allah, kita lebih utamakan tanah-tanah
Kerajaan dahulu dan juga tempat permohonan yang paling tinggi yang kita
perlu selesaikan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Wakil Rantau


Abang.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang):


Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan saya ialah soalan
nombor satu –

Apakah janji Manifesto PAS Terengganu adalah


memberi Caj Percuma Wad Kelas 3 di Hospital Kerajaan
di Negeri Terengganu. Bilakah pelaksanaan akan mula
berkuatkuasa kepada rakyat Terengganu?

YANG BERHORMAT DR HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):


Acap bangun teh, minta maaflah. .....(Sambil gelak).... Terima kasih
kekanda saya Rantau Abang yang ingin tahu antara janji Manifesto PAS
Terengganu adalah memberikan Caj Percuma Wad Kelas Ketiga di Hospital
Kerajaan di Negeri Terengganu. Bilakah pelaksanaan akan dimula
berkuatkuasa pada rakyat Terengganu. Sebagai jawapannya, untuk
makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tarikh
cadangan pelaksanaan Caj Percuma Wad Kelas Ketiga ialah pada Jun 2019.
Terima kasih.
551
YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Terima
kasih Yang Berhormat Bukit Tunggal atas jawapan yang telah diberikan.
Cuma, agak menjadi tanda tanya kepada rakyat sebab berkaitan dengan
percuma-percuma ini memang ditunggu-tunggu oleh rakyat terutama sekali
yang berpendapatan rendah apabila mereka berada di wad, mereka
senantiasa rasa risau untuk membayar caj-caj yang dikenakan. Jadi,
kemungkinan kita tahu bahawa hospital ini melibatkan bersama dengan
Kerajaan Pusat. Jadi, saya ingin tahulah dan juga rakyat ingin tahu apakah
sebab berlaku kelewatan dalam pelaksanaan ini? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):


Terima kasih kekanda Rantau Abang. Memang Kerajaan kita ini sangat
prihatin dan kita berusaha sedaya upaya untuk menepati janji-janji yang
telah kita berikan khususnya dalam Pilihan Raya Ke-14 yang lalu dan antara
yang terlibat yang disebutkan tadi ialah berkaitan dengan Wad Kelas Ketiga
percuma untuk hospital-hospital Kerajaan. Ekoran begitu jawatankuasa saya
dah mula bermesyuarat dan berjumpa dengan Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu bagaimana mekanisme dan pelaksanaannya. Sebenarnya
mekanisme ini telah siap pada tahun lepas lagi dan apabila bajet telah
diluluskan kita telah memperkemaskan teknik-teknik ataupun teknikal dari
segi pelaksanaannya, maka bila dah siap kita kemukakan kepada
Kementerian Kesihatan maka didapati tidak direstui oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia, maka walaupun di peringkat Pengarah Kesihatan
berjumpa dengan pihak Kementerian Kesihatan memaklumkan perkara ini
dan ditolak maka kita membuat rayuan. Pihak Kerajaan Negeri beberapa
kali membuat rayuan dan akhirnya kita terima satu surat daripada
Kementerian yang menyatakan antaranya, panjang kalau saya nak baca
pun, mungkin padan saya sorang jer arini. Saya baca apa-apa yang
mustahak untuk dimaklumkan kepada Ahli Dewan sekalian dan juga para
Pemerhati.

A. Cadangan ini didapati akan mengakibatkan lambakan pesakit di Wad Kelas


3 hospital-hospital di Terengganu. Jumlah katil di Wad Kelas 3 di
552
hospital-hospital di Terengganu sedia ada tidak dapat menampung jumlah
pesakit yang ramai. Saya takmboh komen, tuan-tuan komen sendirilah. Dia
kata sebab takut ramai orang pergi ke hospital.

B. Pelaksanaan cadangan ini akan menyebabkan peningkatan kos pentadbiran


bilangan perjawatan perlu ditambah kerana terdapat kakitangan yang perlu
ditugaskan khusus bagi menyemak dan menyelenggara bil-bil yang akan
dituntut daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Sebab cadangan kita ialah mudah jer, pihak hospital hantar bil pada SUK,
kakitangan bayar dua minggu sekali, sebulan sekali, lambat sangat sebulan
sekali, dua minggu sekali okey, kita setuju dua minggu sekali. Tapi, itu
alasan yang ditolak jugalah. Dia kata pada masa ini unit hasil hospital
sememangnya mempunyai masalah kekurangan kakitangan untuk
menanggung tugas-tugasan sedia ada. Dia tambah pulak, dia kata berat.
Tu komen sendiri.

C. Ketiadaan sistem yang teratur bagi menyelenggara pelaksanaan pemberian


kemudahan rawatan tersebut dikhuatiri akan menimbulkan isu audit pada
masa hadapan. Kos untuk membangunkan System Information Technology
(IT) di hospital semata-mata tujuan tersebut adalah tinggi katanya.

Itulah antara alasan yang diberikan kepada kami. Maka kami walau bagaimanapun,
sedang berusaha juga untuk menyelesaikan masalah ini secara baik cara adik
beradik bagi pihak Kementerian, pihak Kerajaan Pusat. Namun, kita ada pelan kita
untuk mengatasinya. Jadi antara pelan yang kita ada, dua pelan lagi, Pelan B dan
Pelan C.
Pelan B ni insya-Allah kita akan laksanakan atau kita akan kemukakan kalau
rundingan terakhir kita ni masih ditolak oleh pihak Kementerian. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN HARUN (Wakil Rantau Abang): Terima
kasih, Yang Berhormat Bukit Tunggal. Nampaknya Kerajaan Baru Negeri
Terengganu terlalu peka terhadap kesusahan yang dialami oleh rakyat,
pertama sekali yang menerima rawatan di hospital Wad Kelas Ketiga ini.
Dan saya kira memang pihak Kerajaan sekarang sedang merangka langkah-
langkah bagaimana untuk mengatasi kerana daripada jawapan tadi akan
dilaksanakan dicadangkan pada bulan Jun. Jadi, soalan saya apakah

553
langkah-langkah dan cadangan pihak Kerajaan untuk memenuhi janji
manifesto ini? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Terima
kasih sekali lagi Rantau Abang. Jika, kita harap doklah, kita harap cara baik
sokmo. Harap Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Kesihatan dapat
menerima rayuan kita seterusnya. Jika tidak, maka kita bercadang insya-
Allah akan menempatkan seorang pegawai kita di setiap hospital khusus
untuk melaksanakan pembayaran kepada pihak hospital melalui kaedah-
kaedah yang tertentulah bukan keslah. Itu cara kita yang sedang dalam
rangka kita, kita akan letakkan satu pegawai untuk membayar bil bagi pihak
pesakit di hospital. Kerajaan Pusat takmboh tanggung kos gaji kakitangan
kita, insya-Allah kita akan menyediakannya. Ini kira begitu bersungguh
usaha kita untuk menyelesaikan masalah rakyat mendapatkan rawatan
percuma Wad Kelas 3 di hospital-hospital Kerajaan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Wakil Batu Rakit.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Terima
kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua. Sebelum itu saya mengalu-
alukan kehadiran Pemerhati. Selamat datang terutamanya kepada pelajar IMTIAZ
kerana soalan saya berkenaan Sekolah Menengah IMTIAZ. Dan soalan saya satu-
satunya nombor satu -
Sehingga kini Kerajaan Negeri melalui Yayasan
Terengganu telah mempunyai 8 buah Sekolah
Menengah IMTIAZ yang mana pelajar-pelajarnya
mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adakah
Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan
kerjasama dengan mana-mana universiti bagi
memudahkan pelajar-pelajar tersebut melanjutkan
pengajian?

Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):


Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala

554
wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Yang Amat Berhormat, Yang
Berhormat-Yang Berhormat dan seluruh hadirin sekalian. Soalan ADUN Batu
Rakit berbunyi: Sehingga kini Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu
telah mempunyai 8 buah Sekolah Menengah IMTIAZ yang mana pelajar-
pelajarnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan
mana-mana universiti bagi memudahkan pelajar-pelajar tersebut untuk
melanjutkan pengajian.

Untuk makluman, memang Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu


telah mengadakan kerjasama dengan beberapa universiti khususnya
universiti tempatan dan juga bercadang untuk memperluaskan lagi
kerjasama berkenaan bagi memastikan kecemerlangan dan hala tuju
pelajar-pelajar IMTIAZ terjamin. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu


Rakit):
Soalan tambahan saya, sekiranya ada kerjasama dengan mana-mana
universiti, berapakah kuota yang diperuntukkan kepada pelajar Sekolah
Menengah IMTIAZ ini dan apakah kelulusan minima yang diperlukan?
Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka):


Setakat
ini antara universiti yang ada kerjasama dengan pihak Yayasan Terengganu.
Antaranya adalah UniSZA yang telah diadakan persefahaman MoU pada
tahun 2016. Antaranya melibatkan pelajar-pelajar untuk ke arah
pembangunan kecemerlangan pelajar dan juga beberapa tawaran program
pengajian yang berkaitan.

Yang kedua, antaranya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terlibat


secara langsung dalam mengadakan Program Pencarian Saintis Islam
Terengganu dan program itu masih lagi berlangsung sehingga kini dan
pelajar kita tahun ini juga akan dihantar ke Jepun dan juga UK. Saintis Islam
dan kita juga sedang buat penyaringan untuk pelajar yang cemerlang dalam
keputusan baru-baru ini. Dan mereka juga sudah melalui program sebelum
keputusan SPM keluar baru-baru ini bersama dengan UMT. Untuk ke
peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan juga Doktor Falsafah (PhD).
Pihak Yayasan Terengganu juga mengadakan hubungan dengan USIM
555
(Universiti Sains Islam Malaysia) dan antaranya pihak USIM juga ada
menyediakan program khusus antaranya Program Hafazan dan juga untuk
kemasukan Tamhidi USIM tahun 2018 telah disediakan kouta 50 pelajar
IMTIAZ. Dan pihak USIM juga turut bersetuju untuk mewujudkan Program
Double Degree, Double Ijazah untuk bidang agama dan juga Bidang Sains.
Dan Pihak Yayasan juga mengadakan MoU dengan Universiti Malaya pada
April 2015 dengan beberapa program yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar
membuat pilihan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit):
Soalan
tambahan saya seterusnya. Adakah pelajar-pelajar IMTIAZ ini ada yang
tercicir daripada memasuki IPT, sekiranya ada apakah inisiatif yang diambil
untuk mempastikan pelajar-pelajar ini dapat meneruskan pengajian di IPT?
Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI SATIFUL BAHARI BIN MAMAT (Wakil Paka): Data
tu perlu notis. Terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Saya persilakan Wakil Pengkalan


Berangan.

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan


Berangan): Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala
wabarakatuh, soalan nombor satu –

Apakah perkembangan penubuhan Pusat Pemulihan


Penagih Dadah Secara Holistik dan dijanjikan dalam
Manifesto PAS Terengganu dalam Pilihanraya Umum ke
14.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong):


Assalamu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih kepada
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat
Pengkalan Berangan. Soalannya: Apakah perkembangan penubuhan Pusat
Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik yang dijanjikan dalam Manisfesto
PAS Terengganu dalam Pilihraya Umum Yang Ke-14?

556
Kita menjangkakan bahawa pelaksanaannya akan dilaksanakan pada tahun
2020. Dalam usaha ke arah pelaksanaan yang menyeluruh bagi menunaikan
Janji Manisfesto, usaha-usaha telah dilakukan:

Yang pertama, Kertas Cadangan Membangunkan Pusat Pemulihan Dadah


pada Tahun 2020 di setiap daerah dalam jangka pendek, bermodelkan
Pusat Komuniti Sa’adah yang telah dibangunkan oleh UniSZA sebagai asas
kepada pusat pemulihan penagih dadah secara holistik oleh UniSZA.

Yang Kedua, pihak AADK telah menyediakan garis panduan untuk Pusat
Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik.

Yang ketiga, menyediakan modul-modul Pusat Pemulihan Dadah Secara


Holistik merangkumi modul rawatan, pencegahan, penguatkuasaan dan
pemulihan dadah.

Dan yang ke seterusnya, menyediakan kertas cadangan bagi menempatkan


mubaligh-mubaligh oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan):


Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO
di atas penjelasan yang diberikan sebentar tadi. Dan kita rakamkan ucapan
penghargaan terima kasih kepada Kerajaan yang begitu bersungguh-
sungguh untuk melaksanakan Janji-janji Manifesto.

Soalan tambahan saya, kita melihat penagih-penagih ini, bilangan dia agak
ramai, jadi kita nak tanya berkenaan dengan tempat yang kita yang
cadangkan untuk adakan Pusat Pemulihan Dadah Secara Holistik ini.
Berapakah kapasiti penghuni bagi setiap tempat pemulihan yang kita akan
bina selepas daripada ini? Sekian.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Terima
kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Berangan, setakat ini kita masih
557
lagi menilai beberapa tempat yang dicadangkan khususnya Pusat-Pusat
PLKN yang telah dihentikan operasinya. Sehingga hari ini kita memohon
daripada pihak UPEN untuk buat kajian tentang Pusat PLKN di Cador yang
kita rasakan agak sesuai dengan sebab tanahnya milik Kerajaan dan pihak
yang membina bangunan-bangunan PLKN di Cador itu bersedia untuk
menjualnya dengan harga yang sewajarnya kepada Pihak Kerajaan.
Sehingga hari ini masih lagi dalam meneliti dan buat kajian dan keputusan
yang sewajarnya. Terima kasih.

YANG BERHORMAT SULAIMAN BIN SULONG (Wakil Pengkalan Berangan):


Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Payong. Setelah kita
melihat pusat-pusat pemulihan yang ada dan kita mendengar cakap-cakap
bahawa kalangan-kalangan mereka yang keluar daripada pusat pemulihan
ini kadang-kadang menjadi penagih yang berulang dan melihat di sana ada
kegagalan-kegagalan dalam pelaksanan kepada modul-modul yang telah
diadakan.

Jadi soalan saya pada pagi ini ialah apakah kriteria mereka-mereka yang
akan kita ambil untuk memastikan Pusat Pemulihan Dadah Secara Holistik
ini berjaya kita laksanakan dan berjaya untuk memulihkan penagih-penagih
yang ada? Sekian.

YANG BERHORMAT MOHD NOR BIN HAMZAH (Wakil Bukit Payong): Secara
asasnya pusat pemulihan penagih dadah ini dilaksanakan dalam bentuk
perkampungan dengan kita membahagikan dalam tiga kategori. Yang
pertama, kemungkinan penagih dadah tegar. Yang kedua, yang agak dalam
kawalan. Yang ketiga, sudah dalam pemulihan yang baik dan kita akan
sediakan tempat juga di kawasan tersebut untuk mereka berdikari dan
mereka menunaikan tanggungjawab sebagai satu komuniti. Jadi dengan erti
kata yang lain Pusat Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik ini dalam
bentuk perkampungan dan kita akan bagi ruang kepada mereka pulang ke
kampung-kampung kerana mengikut penelitian daripada banyak pihak, bila
balik kampung temu tauke balik, temu penjual balik, temu geng-geng balik,
jadi tauke balik, mengedar balik. Jadi dengan sebab itulah, kita masih lagi
558
banyak penelitian-penelitian yang kita sedang buat kajian dan insya-Allah,
kita harap kita mendapat sokongan dan saya ucap terima kasih banyak-
banyak khususnya daripada pihak AADK, pihak PEMADAM dan seluruh
khususnya pensyarah-pensyarah UniSZA yang memberikan kerjasama
dalam menyediakan cadangan dalam melaksanakan pusat pemulihan ini.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,


pada kebiasaannya sesi soal jawab Soalan Lisan ini satu jam, hari ini saya
bagi masa lebih daripada satu jam, lebih lima belas minit sebenarnya. Jadi
saya nak berhenti setakat ini sahaja. Mana-mana yang tidak sempat ditanya
insya-Allah akan dijawab secara bertulis.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Berhormat sekalian saya juga
bercadang untuk menyambung terus Tertib Pekerjaan Dewan ataupun
Agenda Persidangan kita tanpa kita berhenti rehat, kita ikat perut sekejap
sebab saya tengok pada agenda ia mungkin tidak memakan masa yang
lama, jadi kita rehat dan tangguh sekaligus.

ENAKMEN PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD


NEGERI TERENGGANU 1965 (PINDAAN) 2019

Bacaan Kali Yang Pertama

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-
Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan
Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 1965, dibaca bagi kali yang pertama.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN


559
UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN
MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965,
DIBACA KALI YANG PERTAMA.

Bacaan Kali Yang Kedua

YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-
Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan
Memajukan Iktisad Negeri Terengganu 1965, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk


meminda Enakmen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu
1965. [En. Tr. 3/1965] (“Enakmen”).

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa


Enakmen, yang dicadangkan.

3. Fasal 2 mengandungi pindaan am untuk menggantikan perkataan


“General Manager” dengan perkataan “Group Chief Executive Officer”
selaras dengan penstrukturan semula Perbadanan Memajukan Iktisad
Negeri Terengganu.

Implikasi Kewangan

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-
apa perbelanjaan wang tambahan.

Yang berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

YANG BERHORMAT SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang


Berhormat Tuan di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.
560
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat
sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk
perbahasan, ada sesiapa Ahli Yang Berhormat yang nak berucap? Sila.
Tidak ada.

Oleh kerana tiada sesiapa Ahli Yang Berhomat yang hendak berucap, maka
kita teruskan kepada proses perjalanan Rang Undang-Undang seterusnya.
Sekarang saya buka kepada undian –

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang


kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan
sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG YANG BERNAMA SUATU


ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN
MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965,
DIBACA KALI YANG KEDUA.

Dalam Jawatankuasa

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mesyuarat sekarang menjadi


Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN


UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN
MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965,
TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU
FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN TIADA
PINDAAN DENGAN SEBULAT SUARA.

Mesyuarat balik semula.


Bacaan Kali Yang Ketiga

561
YANG BERHORMAT DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal):
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen
ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan
tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca
bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

YANG BERHORMAT IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI (Wakil Kemasik): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat


sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang


ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui
dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN


UNTUK MEMINDA ENAKMEN PERBADANAN
MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU 1965,
DIBACA BAGI KALI YANG KETIGA DAN DILULUSKAN.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah diluluskan


dan menjadi Enakmen Pentadbiran Memajukan Iktisad Negeri
Terengganu (Pindaan) 2019.

562
ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI
ORANG-ORANG MELAYU (PINDAAN) 2019

Bacaan Kali Yang Pertama

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Bismillahir Rahmanir


Rahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama
suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-Orang
Melayu 1360, dibaca bagi kali yang pertama.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat
Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN


UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI
ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA KALI YANG
PERTAMA.

Bacaan Kali Yang Kedua

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang di-


Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama suatu
Enakmen untuk meminda Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-Orang
Melayu 1360, dibaca bagi kali yang kedua.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk


meminda Enakmen Tanah Simpan bagi Orang-orang Melayu [En. Tr.
17/1360].

563
1. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tarikh permulaan kuat
kuasa.

2. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan SMEB ASSET MANAGEMENT SDN.


BHD. menjadi badan yang kepadanya tanah Orang-Orang Melayu boleh
dipindahmilik.

Implikasi Kewangan

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa


pebelanjaan wang tambahan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat
Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat


sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk
perbahasan. Ada siapa-siapa Yang Berhormat yang ingin berucap?

YANG BERHORMAT DATO’ SERI HAJI AHMAD BIN SAID (Wakil Kijal): Yang
Berhormat Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk membahaskan tetapi
saya ingin mendapatkan penjelasan, pihak Kerajaan iaitu apakah maksud
SMEB? Sama ada Small Middle Bank atau apa-apa? SMEB. Itu sahaja.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Tunggu sekejap Yang Berhormat,


ya.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Boleh?

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Sila.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: SMEB ASSET MANAGEMENT


SDN. BHD. adalah anak syarikat di bawah SME Bank. Terima kasih.

564
YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE ABD. RAHMAN (Wakil Kuala
Besut): Tuan yang di-Pertua, sebelum kita luluskan pindaan Enakmen
Tanah Rizab Melayu pada kali ini, saya ingin bertanya kepada pihak
Kerajaan, apakah tujuan sebenar kita membuat pindaan ini dengan
memasukkan SMEB ASSET MANAGEMENT SDN. BHD. menjadi badan
kepadanya Tanah Orang-Orang Melayu boleh dipindahmilik dalam pindaan
Enakmen pada kali ini. Adakah ada projek yang tertentu yang lebih spesifik
yang boleh kita, pihak Kerajaan nyatakan dengan kita membuat pindaan kali
ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Terima kasih kepada


pertanyaan. SMEB ASSET MANAGEMENT SDN. BHD. ini dimasukkan kerana
ada permohonan daripada SME Bank untuk memasukkan syarikat ini
sebagai salah satu syarikat yang boleh mengendalikan tanah rizab, tanah
simpanan Orang Melayu dan ianya adalah untuk menjadikan tanah tersebut
berdaya maju dan diusahakan. Sekian terima kasih.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Kita telahpun selesai


membahaskan Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan)
2019. Sekarang saya buka kepada undian –

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang


kedua dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui dengan
sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN


UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI
ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA BAGI KALI
YANG KEDUA.

Dalam Jawatankuasa

565
YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Mesyuarat sekarang menjadi
Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN


UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI
ORANG-ORANG MELAYU 1360, TELAH DITIMBANGKAN
DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH
DIPERSETUJUI DIBUAT PINDAAN PADA FASAL 2 VERSI
JAWI IAITU PERKATAAN ‫ سبسیکشن‬KEPADA ‫سبڤرڠݢن‬
DENGAN SEBULAT SUARA.

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang di-


Pertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbang dalam
Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan pindaan. Saya mohon
mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan
diluluskan.

YANG BERHORMAT HAJI HILMI BIN HARUN (Wakil Manir): Yang Berhormat
Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat


sokongan untuk dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Cadangan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang


ketiga dihadapkan kepada mesyuarat dan dipersetujui
dengan sebulat suara.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN


UNTUK MEMINDA ENAKMEN TANAH SIMPAN BAGI
ORANG-ORANG MELAYU 1360, DIBACA BAGI KALI
566
YANG KETIGA DAN DILULUSKAN.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Rang Enakmen ini diluluskan dan


menjadi Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu
(Pindaan) 2019.

TANGGUHAN

567
YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR: Yang Berhormat Yang di-
Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan
ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.

YANG BERHORMAT YANG DI-PERTUA: Yang Amat Berhormat Menteri Besar


dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan Dewan ini,
saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima
kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat
selama empat hari kita bersidang. Di luar sana, saya mendapat mesej yang
baik daripada orang ramai bahawa Persidangan kita berjalan dalam suasana
yang penuh ukhuwah dan matang. Bukan semestinya Persidangan Dewan
yang baik itu penuh dengan perbalahan dan suasana yang riuh rendah. Apa
yang penting ialah isi perbincangan kita, isi Persidangan kita dan keputusan
yang kita buat. Semoga ini semua dapat merealisasikan Visi Dewan
Undangan kita untuk kita jadikan sebagai ‘Dewan Undangan Negeri Yang
Terbilang’ di Malaysia. Insya-Allah.

Saya juga memohon maaf di atas apa-apa kelemahan sepanjang


pengendalian Persidangan pada kali ini dan juga saya nak ingatkan jangan
lupa janji kita pada petang ini untuk sama-sama kita menembak.

Yang Berhormat sekalian, saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu


masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah kita sama-
sama membaca Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 11.04 PAGI.

568
569
LAMPIRAN

570
JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGI

MESYUARAT PERTAMA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS

PADA 1, 2, 3 DAN 4 APRIL 2019

MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019
TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
571
BILANGAN 5.1.1.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH


Y.B. HAJI HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM
ADUN TEPOH

SOALAN 1 : Sila nyatakan secara terperinci jumlah kes saman yang


melibatkan kerajaan negeri dan GLC yang berada di
bawah kerajaan negeri dalam tempoh 2017-2018?
Berapakah pula jumlah bayaran ganti rugi yang
diperintah oleh mahkamah jika melibatkan kekalahan dan
seumpamanya?

JAWAPAN : Jumlah kes saman yang melibatkan GLC pada tahun


2017 ialah sebanyak 12 kes dan 9 kes pada tahun
2018. Keterangan terperinci setiap kes dan tuntutan
boleh dirujuk dalam jadual di bawah:

572
2017:

No Kes Rujukan kes Pihak-pihak terlibat Tuntutan Status kes


1. Kes kecuaian Session Court Kuala Ahmad Mardzuki Bin Tuntutan dari plaintiff seperti berikut: Tuntutan telah ditolak oleh mahkamah dan
perubatan yang Terengganu Ibrahim. (Plaintiff) kes telah ditutup.
difailkan terhadap Case no. TA-A52 – 08 i. A judgment for the sum of
Kuala – 07/2017 Kuala Terengganu RM224,632.86 (“Sum”) as at
Terengganu Specialist Hospital Sdn 30.11.2015;
Specialist Hospital Bhd. (Defendant)
Sdn Bhd ii. Interest for the Sum at the rate of 5%
per annum to be calculated from
1.12.2015 until full payment;

iii. Costs and any other order that the


Court deems fit and reasonable.

Ibu Suryati appeals to the Pengadilan


2. Kes rayuan oleh Pengadilan Tinggi Ibu Suryati.. Pengadilan Tinggi Pontianak
Tinggi Kalimantan Barat, Pontianak
Ibu Suryati Pontianak. Appellant telah menolak rayuan Perayu dan
that:
terhadap PT. Rafi mengesahkan keputusan Pengadilan
Kamajaya Abadi PT. Rafi Kamajaya Abadi. Negeri Sintang no. 35/Pdt. G/2016/PN
a. She is the lawful owner of three (3)
(“PTRKA”) Respondent bertarikh 22 Jun 2017.
pieces of lands approximately 15
hectares;
Pengadilan Tinggi Pontianak
memerintahkan kos rayuan berjumlah
b.The alleged act of PTRKA in clearing
IDR150,000 ditanggung oleh Perayu.
and planting the land with oil palms is
an act against the Indonesian law;
Kes telah ditutup.

573
c. She has suffered losses due to the
alleged activities by PTRKA;

d. To allow the Conservatoir Beslaag


(Sita Jaminan) order against PTRKA to
stop all alleged activities over the
disputed lands including transfer of the
lands;

e. The Defendant to pay compensation


of all losses suffered by the Plaintiff due
to the alleged land clearing activities by
PTRKA (including Ganti Rugi 2 Makam/
2 Graves Compensation) with total sum
of IDR4,528,100,000 (approximately
RM1,408,995.00);

f. To pay a Dwangsom (Uang paksa) of


IDR10,000,000 per day from the date
this appeal was filed; and

g. To bear all costs and expenses in


relation to this suit.

574
3. Bankruptcy case High Court of Kuala Ex Parte by TDM Session Court of Kuala Terengganu The Judgement Debtor has agreed to
Ex Parte Terengganu Plantation Sdn Bhd has on 28.2.2017 ordered the make a monthly payment of RM3,000
Application by Bankruptcy no. TA- Defendant (Judgment Debtor) to in order to settle his debt of
TDM Plantation 29NCC-1139-10- Judgment Debtor: pay RM145,959.45 with 5% interest RM145,959.45.
Sdn Bhd 2017 Ahmad Azani Bin per annum calculated from the date
Mohamad (Analogy of judgment until full settlement with The case is closed.
Enterprise) cost of RM1,134.40.
This order is in relation to the claim
by TDM Plantation against the
Defendant for the loss of 44.03mt of
crude palm oil which was
transported by a tanker of the
Defendant on 31.1.2011.

4. EPIC Berhad v. Mahkamah EPIC Berhad – Appellant In the original suit at the Kuala Pursuant to Settlement Agreement
Baltic Agencies Persekutuan Terengganu High Court, the Plaintiff dated 7 December 2018 which was
Pte. Ltd. & Anor. Rayuan Sivil T- Baltic Agencies Pte. Ltd. (Baltic) filed a writ of summons ratified by Board on 25 February 2019,
02(NCVC)(W)-963- – Respondent against EPIC Berhad and Kondisi EPIC to pay RM42.5 million as the final
05/2014 Utama Sdn. Bhd. for breach of payment to Baltic.
contract pursuant to the asserted
Mahkamah Rayuan Letter of Offer issued by EPIC
Rayuan Sivil T- Berhad to the unincorporated JV
02(NCVC)(W)- between Kondisi and Baltic in
1317-07/2017 relation to dredging and reclamation
works at Pulau Kucing, Kemaman.

575
EPIC had in fact on 16 October
2011 officially awarded the dredging
and reclamation works to Kondisi
Utama Sdn. Bhd. (“Kondisi”) for a
contract amount of RM110,000,000.

Kondisi later entered into a sub-


contract appointing Baltic to
undertake the said dredging and
reclamation works. Baltic failed to
secure a specific dredger, “Sical
Portofino” and the sub-contract
between the same were terminated
by Kondisi. Baltic instituted the
claim against EPIC Berhad, being
the project owner and Kondisi
respectively, being the main
contractor for breach of contract.

5. EPIC Berhad v. Mahkamah Rayuan Ramli Shahul Hameed EPIC Berhad instituted a suit Appellants appeal dismissed with costs
Ramli Shahul Rayuan Sivil T- (RSH); and Mohd Isa against RSH, the former CEO of the by the Court of Appeal on 14 November
Hameed & 02(NCVC)(W)-503- Mujani (MIM) - Company for illegally procuring 2018: (i) EPIC to proceed with the
Mohd. Isa 03/2017 Appellants RM1.7 million from the Company execution of the judgement to recover
Mujani allegedly as payment of gratuity that the RM1.7 million from RSH; (ii) MIM
EPIC Berhad – he is entitled. was already adjudicated a bankrupt on
Respondent 30/7/2018.
MIM is the accomplice in

576
materialising RSH’s action.

6. Pangkalan Mahkamah Tinggi Pangkalan Bekalan Plaintiffs’ claims are as follows: Parties settled the matter out of court
Bekalan Kuala Terengganu Kemaman Sdn. Bhd.; for RM3 million on 3 October 2018.
Kemaman Sdn. Guaman Sivil T- (i) Sum of RM13,682,059.93
Bhd., 22(NCC) -02- Konsortium Pelabuhan (continuing losses);
Konsortium 10/2017 Kemaman Sdn. Bhd.;
Pelabuhan and (ii) Interests; and
Kemaman Sdn.
Bhd., EPIC EPIC Mushtari (iii) Costs
Mushtari Engineering Sdn. Bhd.
Engineering (collectively “the As a result of the Defendant’s
Sdn. Bhd. vs. Plaintiffs”) breaches in contract and
Perisai Drilling negligence, the Defendant’s rig that
Sdn. Bhd. Perisai Drilling Sdn. Bhd. berthed at the West Wharf, within
– Defendant the defined limits of the Kemaman
Port had broken free of the
Defendant’s moorings resulting in
the collision which caused losses
and damages to the Plaintiffs.
7. Zakaria Ismail v. Zakaria Ismail v. Zakaria Ismail v. EPIC Claimant, the former General The Industrial Court dismissed the
EPIC Berhad EPIC Berhad Berhad Manager of PBKSB claimed that he Claimant’s case on 16/6/2017.
(Industrial Relations was dismissed constructively by
Matters) Kuala EPIC
Lumpur Industrial
Court [No. 12/4-
411/15]

577
8. Pesama Timber Kesalahan Kerosakan saluran paip, Denda berjumlah RM6,000.00 pada
Corporation Sdn mengikut Akta pepasangan sistem pengesan haba 12.1.2017
Bhd disaman oleh Bomba 1974 dan saluran paip pepasangan
Jabatan Bomba
dan Penyelamat
Terengganu

9. Pesama Timber Kesalahan Kelewatan membaiki kerosakan Denda berjumlah RM6,000.00 pada
Corporation Sdn mengikut Akta saluran paip, pepasangan sistem 19.3.2017
Bhd disaman oleh Bomba 1974 pengesan haba dan saluran paip
Jabatan Bomba pepasangan
dan Penyelamat
Terengganu

Saman dan
10. Mahkamah Tinggi TI Offshore Services Sdn Penghakiman Ingkar telah Proof of Debt penghakiman terhadap
penyataan
Shah Alam Bhd (Plaintif) diperolehi terhadap Defendan defendan-defendan adalah sebanyak
tuntutan oleh TI
BA-22NCvC-615- Pertama Mohamad Nazroel bin RM32,700,000.00 telah
Offshore Services
10/2017 Mohamad Nazroel bin Mokhtar pada 16/11/2017 dan difailkan di Jabatan Insolvensi pada
Sdn Bhd
Mokhtar dan Azri Sani Defendan Kedua Azri Sani bin 25 Februari 2019.
berjumlah
bin Mazlan (Defendant) Mazlan pada 20/2/2018.
RM32,700,000.00
Defendan telah masing-masing

578
diisytiharkan bankrap pada
8/2/2018 dan 21/6/2018.

11. Tuntutan Mahkamah Tinggi SATU (Plaintiff) v Jumlah hutang dituntut oleh SATU SATU memfailkan bukti hutang "Proof
berjumlah Kuala Terengganu Perwaja Steel Sdn Bhd ialah RM 1,966,836.57. of Debt" ke Jabatan Insolvensi.
RM1,966,836.57 bertarikh 23hb (Defendant) Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala
oleh Syarikat Air Oktober 2017 Terengganu bertarikh 23hb Oktober
Terengganu Sdn 2017 membenarkan satu
Bhd (“SATU”) penghakiman terus dibuat ke atas
terhadap Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd
Perwaja Steel Sdn dengan kos RM 10,000.00.
Bhd
   Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd
tersebut telah digulung "wound up"
pada 8 November 2017. 

12. Kes saman Mahkamah Sebelum tarikh bicara 21


pencerobohan Sesyen Kuala Januari 2018, pihak Plaintif telah
tanah melibatkan terengganu menarik balik kes tersebut.
orang Mahkamah Sesyen Kuala
persendirian ke terengganu telah membatalkan writ
atas paip SATU. saman tersebut dengan        kos
RM 2,000.00 perlu dibayar kepada
SATU. 

579
2018:

No Kes Rujukan kes Pihak-pihak terlibat Tuntutan Status kes


1. Kes kecuaian High Court of Dato’ Mohamad alias A The Plaintiff claims for the following: The Court in its case management
perubatan yang Malaya at Bakar bin Ali… i. General damages and aggravated hearing on 3 December 2018, has fixed
difailkan terhadap Kuantan Plaintiff - damages; a further case management hearing on
Kuantan Medical v- 31 January 2019 with the following
Centre Sdn Bhd Suit no. CA- ii. Interest thereon calculated at the directions:-
22NCVC-31- 1. Kuantan Medical rate of 8% per annum from the date 1. Plaintiff's solicitor to file and serve
06/2018 Centre Sdn Bhd… of service of the Writ up to the date the Statement of Agreed Facts, Issues
2. Dr. Abdul Aziz Bin of judgment; To Be Tried and Supplementary
Awang… Common Bundle of Documents;
iii. Special damages of
3. Dr. Md Lukman Bin
RM1,104.414.51;
Mohd Mokhtar… 2. Parties to file and serve their
Defendants iv. Interest thereon calculated at the respective list of witnesses; and
rate of 4% per annum from 3.7.2012
up to the date of judgment;
3. Parties to file and serve their
v.Interest on the judgment sum respective expert reports.
calculated at the applicable
statutory rate from the date of The Court has also set this matter
judgment up to the date of payment; down for trial from 1 April 2019 to
4 April 2019.
vi. Costs; and

580
vii. Such further or other relief as
the Court deems fit.

2. Kes kecuaian High Court of Lim Puay Leng… Due to the alleged negligence, the The Court had on 31 January 2019
perubatan yang Malaya at Kuala Plaintiff Plaintiff claims for the following: fixed the matter for a final case
difailkan terhadap Terengganu Suit management on 24 February 2019 for
Kuala Terengganu no. TA-23NCVC- -v- i. General damages of the parties to file the Common Bundle
Specialist Hospital 2-06/2018 RM1,000,000.00 or any amount as of Documents and the 1st Defendant
Sdn Bhd 1.Dr. Azhar Bin granted by the Court with interest; to file his list of witnesses. The Court
Zainuddin… has also set this matter for trial from
ii. Special damages with interest; 7 April 2019 to 11 April 2019.
2.Kuala Terengganu
Specialist Hospital Sdn iii. Exemplary damages of
Bhd… Defendants RM100,000.00 or any amount as
granted by the Court with interest;

iv. Aggravated damages of


RM200,000.00 or any amount as
granted by the Court with interest;

v. Interest on general damages and


special damages calculated at the
rate of 4% per annum from the date
of the Writ up to the date of full
settlement;

581
vi. Costs; and vii. Such further or
other relief as the Court deems fit.

3. Kes kecuaian High Court of Ahmad Thaqif Amzar Bin The Plaintiff alleges that the 2nd The Court has fixed the trials date from
perubatan yang Malaya at Kuala Ahmad Huzaira (Suing Defendant as the medical officer 26.5.2019 to 30.5.2019.
difailkan terhadap Terengganu Suit by his mother and employed by KTS had failed to
Kuala Terengganu no. TA-22CNVC- litigation representative, recognised sufficiently the Plaintiff
Specialist Hospital 33-09/2018 Majdah Binti Mohd condition which caused him now
Sdn Bhd Yusof) suffered irreversibly brain-damaged
with mental and physical disabilities.
-v-
Due to the alleged negligence, the
1. Kuala Terengganu
Plaintiff claims for the following:
Specialist Hospital Sdn
Bhd
i. Special damages of
2. Dr. Zainal Rashid bin RM528,485.00 and Interest thereon
Abdullah calculated at the rate of 4% per
annum from the date of service of
3. The Government of the writ up to the date of judgment ;
Malaysia
ii. General damages and
4. Dr. Zaidatul Akmal aggravated damages and interest
Binti Othman thereon calculated at the rate of 8%
per annum from the date of service

582
5. Dr. Muhammad Fathi of the writ up to the date of
Bin Karim @ Kasim judgment;
6. Dr. Zul Akmar Binti
Zakaria

7. Dr. Ahmad Mardzuki iii. Costs;


Bin Ibrahim
iv. Interest on the judgment sum
8. Dr. Khairuddin Bin calculated at the applicable
Ismail statutory rate from the date of
judgment up to the date of full
9. Dr. Nik Nabihah Bin payment; and
Nik Razin
v. Such further or other relief as the
10. Dr. Mastural Binti Court deems fit.
Mohamed

11. Dr. Rabiatul Aida


Binti Ramli

12. Dr. Abdul Karim


Othman

4. Mohd Azlisham High Court of Mohd Azlisham Bin The Claimant claims that he was Azlisham proffered an appeal to the

583
Bin Jaffar v TDM Malaya at Kuala Jaffar.. Appellant constructively dismissed from TDM Court of Appeal against the High Court
Berhad Lumpur (Appellate Berhad and prays for the following: decision dated 15.01.2019. The Court
and Special i. Industrial Court of of Appeal will fix a Case Management
Powers Division) Malaysia.. i. An order from Court that he be date upon issuing the sealed Notice of
ii. TDM Berhad.. reinstated to his former position; Appeal
Application for Respondents
Judicial Review ii. TDM to pay his arrears of salary
No. WA-25-187- from the date of dismissal until the
07/2018 date of reinstatement;

iii. The Claimant damages in lieu of


reinstatement; and

iv. Other reliefs that the Court


deems fair and proper

5. EPIC Berhad v. Mahkamah EPIC Berhad – Appellant EPIC Berhad instituted a suit The Court of Appeal has fixed 14 May
Ramli Shahul Rayuan against the Respondent, the former 2019 as the hearing date for the case.
Hameed Ramli Shahul Hameed – Managing Director/CEO of the
Rayuan Sivil W- Respondent Company in relation to the breach
02(NCVC)(W)- of fiduciary duties as the Group
188-01/2018 Managing Director of EPIC Berhad
into acquiring of ten (10) per centum
of shares of a telecommunications
company, Xiddig Cellular
Telecommunications Sdn. Bhd.
(“Xiddig”).

584
EPIC Berhad claims RM13 million
from the Respondent, being the
value of the said shares and
general damages incurred to be
assessed by the Court.

6. Saman oleh Peraturan Golden Pharos Glass Sdn Bhd telah Denda berjumlah RM1,500.00 pada
Jabatan Keselamatan dan gagal melapor kepada Jabatan 1.11.2018.
Keselamatan dan Kesihatan Keselamatan dan Kesihatan
Kesihatan Pekerjaan Pekerjaan yang terdekat dalam
Pekerjaan (Pemberitahuan tempoh 7 hari tentang kemalangan
terhadap Golden Mengenai dalam kawasan kilang pada 21
Pharos Glass Sdn Kemalangan, Ogos 2016.
Bhd Kejadian
Berbahaya,Kerac
unan Pekerjaan
dan Penyakit
Pekerjaan) 2004

7. Tuntutan oleh Mahkamah Tinggi Ladang Rakyat Notis tuntutan beserta Sehingga 31/12/2018 tiada sebarang
Ladang Rakyat Kuala Terengganu Trengganu Sdn Bhd Penghakiman bertarikh 30/02/2012 maklum balas diterima dari
Trengganu Sdn. Guaman Sivil No. (Plaintiff) telah diserahkan Metrowangsa Asset Management
Bhd bayaran : 22-05-2004 kepada Metrowangsa Asset Sdn Bhd
semula wang Defendant : Management Sdn

585
pelaburan yang 1.Metro Global Asset Bhd dihantar pada 14/03/2018.
diuruskan oleh Management Private
Metrowangsa
Asset 2. Metrowangsa Asset
Management Management Sdn Bhd
Berjumlah
3. Dr Ghazali bin Atan
RM 1.0 Juta
4. Mohamed b Abdul
Wahab

8. Tuntutan oleh Mahkamah Ladang Rakyat Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Mahkamah menurunkan Perintah
Ladang Rakyat Sesyen Kuala Trengganu Sdn Bhd Bhd melalui peguamcara Tetuan Mutlak pada 06/12/2018 bahawa
Trengganu Sdn. Terengganu (Plaintif) Ros Mawarti & Haslinda telah keseluruhan jumlah RM2,267.46 dalam
Bhd kepada Guaman No. : menghantar notis menuntut akaun Kiloemas Matrik Sdn Bhd di
Kiloemas Matrik TA-B52NCVC-10- Defendant : pengembalian deposit pada Maybank dibayar kepada Ladang
Sdn Bhd bagi 06/2016 1. Kiloemas Matrik Sdn 20/04/2016 namun pihak Kiloemas Rakyat Trengganu Sdn. Bhd.
mengembalikan Bhd Matrik Sdn Bhd gagal mematuhi
wang deposit notis tersebut.
sebanyak 2. Loo Chye Hee
RM687,000 Ladang Rakyat Trengganu Sdn.
Bhd telah melantik peguamcara
Tetuan Amin Karlos untuk
meneruskan prosiding Garnishee.

9. Lembaga Hasil Mahkamah Tinggi Lembaga Hasil Dalam Setelah kes ini dibicarakan di Bayaran ansuran cukai oleh SPYIT
Dalam Negeri Kuala Terengganu Negeri Vs SPYIT Mahkamah Tinggi Kuala adalah berjumlah RM543,338.28.
telah memfailkan Terengganu, jumlah yang Jumlah baki tuntutan sebanyak

586
tuntutan cukai dipersetujui ialah sebanyak RM RM500,789.71 akan diselesaikan
tertunggak 1,068,251.44 melalui penyelesaian melalui lebihan bayaran cukai semasa.
sebanyak di luar mahkamah
RM1,932,826.70
bagi tahun
taksiran 2011
sehingga 2013
kepada Syarikat
Percetakan
Yayasan Islam
Terengganu Sdn
Bhd (“SPYIT”)

587
SOALAN 2 : Pohon disenaraikan syarikat pengusaha kuari di seluruh
Terengganu mengikut pecahan daerah dan berapakah
pula hasil yang kerajaan perolehi melalui kegiatan kuari,
penjualan pasir dan tanah untuk tahun 2018 mengikut
pecahan daerah?

JAWAPAN : Senarai Kuari Mengikut Pecahan Daerah

Bilangan kuari seluruh Negeri Terengganu adalah


sebanyak 22 kuari.

Pecahan kuari mengikut daerah adalah sebagaimana


jadual di bawah:

Bil.
Bil. Daerah Nama Syarikat Catatan
Kuari

1. Besut 1 QMC Sdn. Bhd. Beroperasi

1 Kuari Pondok Limau Sdn. Bhd. Beroperasi

2 Permodalan Terengganu Berhad Beroperasi

3 Hanson Quarry Product Sdn. Bhd. Beroperasi

4 Kemajuan Quarry (M) Sdn. Bhd. Beroperasi

2. Dungun - Belum beroperasi


(Belum memperolehi
kelulusan Laporan
Penilaian Kesan
Kepada Alam
5 Hexatrend Quarry Sdn. Bhd.
Sekeliling (EIA)
daripada Jabatan
Alam Sekitar)

588
- Jabatan Mineral Dan
Geosains (JMG)
Terengganu belum
mengeluarkan Surat
Kelulusan Skim Kuari
(SKSK)
6 Wahab bin Abd Lah Beroperasi

Syarikat Terengganu Kuari Sdn.


1 Beroperasi
Bhd

2 RK Kuari Sdn Bhd Beroperasi

Hulu
3 3 Jerlan Quarry Sdn. Bhd Beroperasi
Terengganu

4 T-Tian Nerus Sdn. Bhd Beroperasi

5 Diman Kuari Sdn. Bhd Beroperasi

Kuari Terengganu Tengah (KTT)


1 Beroperasi
Sdn. Bhd

4 Kemaman 2 Kemaman Quarry Sdn. Bhd Beroperasi

3 Pasak Alam Resources Sdn. Bhd Beroperasi

5 Marang 1 Sungai Serai Kuari Sdn. Bhd Beroperasi

2 GPQ Sdn. Bhd Beroperasi

1 Imbohan Pelangi Sdn. Bhd Beroperasi


6 Kuala Nerus
2 Hamparan Bumi Sdn. Bhd Beroperasi

589
3 Bukit Jong Kuari Sdn. Bhd Beroperasi

4 Casa Hartamas Quarry Sdn. Bhd Beroperasi

7 Setiu 1 Ikatan Umbi Sdn. Bhd Beroperasi

Hasil/ Fi Pengalihan Bahan Batuan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri


melalui kegiatan kuari, penjualan pasir dan tanah merah untuk tahun 2018
mengikut pecahan daerah adalah sebagaimana jadual di bawah:

Daerah Batu Kuari (RM) Pasir (RM) Tanah Merah (RM) Jumlah (RM)

Besut 88,317.00 41,851.85 247,500.45 377,669.30

Dungun 401,898.39 385,158.60 552,853.12 1,339,910.11

Hulu Terengganu 186,736.15 199,927.50 103,412.23 490,075.88

Kemaman 331,465.30 85,534.00 1,172,509.42 1,589,508.72

Kuala Terengganu 0 145,921.65 88,851.35 234,773.00

Marang 191,653.78 12,371.25 288,181.75 492,206.78

Setiu 0 5,343.00 90,023.60 95,366.60

Kuala Nerus 694,700.41 100,251.60 376,154.65 1,171,106.66

JUMLAH KESELURUHAN 5,790,617.05

590
SOALAN 3 : Indeks jenayah di negeri Terengganu dilaporkan semakin
menurun. Pohon dinyatakan secara terperinci bandingan
tiga tahun yaitu tahun 2016, 2017 dan 2018 untuk kadar
jenayah di Terengganu mengikut daerah?

JAWAPAN : Perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu pihak


polis untuk terus meminimumkan kadar jenayah dan
membentuk masyarakat yang lebih berdisiplin tinggi
dengan mengadakan program seperti berikut:

a) Program pencegahan dan kesedaran masyarakat


dengan mengadakan:
b)
●Hari Bersama PDRM
●Program ceramah/kempen/dialog
●Memperkasakan kerjasama JKKK/SRS
●Kempen kesedaran melalui media massa iaitu portal
polis,facebook, vsp dan pelbagai lagi
●Pegawai perhubungan sekolah

c) Penguatkuasaan undang-undang dengan lebih


efisyen:
d)
●Mengadakan operasi bersepadu
●Mengadakan operasi bersama jabatan luar
●Menguatkuasa undang-undang sukarelawan
simpanan polis (pvr)

591
PERBANDINGAN JENAYAH INDEKS MENGIKUT DAERAH

TAHUN 2017 / TAHUN 2018

SUMBER PDRM - Tidak dibenarkan salin/cetak tanpa kebenaran Ketua Polis Negara.

592
593
PERBANDINGAN JENAYAH INDEKS MENGIKUT DAERAH

TAHUN 2016 / TAHUN 2017

SOALAN 4 : Tempohari dikejutkan dengan penyiasatan SPRM


terhadap SPYIT. Walaupun semua pihak termasuk TI
Group, agensi kerajaan, badan berkanun dan pegawai
kerajaan telah menandatangani ikrar Integrity Corporate
dan Ikrar Bebas Rasuah.

Pohon penjelasan adakah masih ada syarikat GLC, agensi


berkanun, jabatan kerajaan atau projek-projek kerajaan
negeri yang disyaki terdapat unsur rasuah atau salah
guna kuasa yang belum dilaporkan kepada SPRM atau
pihak berwajib untuk tindakan siasatan?

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(2)(c) Peraturan-Peraturan


dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri
Terengganu.

SOALAN 5 : Pohon dinyatakan jumlah pelaburan di setiap daerah


semenjak tahun 2017 sehingga kini. Apakah insentif atau
ganjaran yang diberikan kepada pelabur tempatan dan
SUMBER PDRM – Tidak dibenarkan salin/cetak tanpa kebenaran
asing. Ketua Polis Negara
Pohon dinyatakan juga pelabur asing yang terlibat
dalam tempoh tersebut di Terengganu?

JAWAPAN : i. Jumlah pelaburan di setiap daerah semenjak tahun


2017 sehingga kini.

SUMBER PDRM – Tidak dibenarkan salin/cetak tanpa kebenaran Ketua Polis Negara

594
Jumlah Pelaburan
Bil Daerah
(RM)
1 Kemaman 4,214,489,000.00
2 Dungun 35,797,732.00
3 Kuala Terengganu 2,794,616.00
4 Hulu Terengganu 49,391,647.00
5 Kuala Nerus 980,000.00
6 Besut 53,187,527.00

ii. Apakah insentif atau ganjaran yang diberikan


kepada pelabur tempatan dan asing?

- Galakan Cukai Pelaburan dan Pengecualian


Duti Import.
- Harga tanah industri yang kompetitif.

iii. Pelabur asing yang terlibat dalam tempoh


tersebut di Terengganu.

- China.
- Perancis
- Korea Selatan

595
MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI


BILANGAN 5.1.2.
Y.B. MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI
ADUN BATU BUROK

SOALAN 1 : Ekoran krisis kewangan global menjelang tahun 2020 dan


anggaran perbelanjaan rakyat semakin berkurang,
Terengganu mungkin berdepan dengan cabaran untuk
menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara
ke negeri ini. Adakah sasaran untuk mencapai 5 juta
pelancong masih relevan? Apakah langkah yang telah
diambil oleh kerajaan untuk menampilkan keunikan
Terengganu sebagai hab pelancongan Islam di Malaysia?

JAWAPAN 1. Berdasarkan pencapaian statistik kedatangan


pelancong sebanyak 4.79 juta pada tahun 2018,
sasaran untuk mencapai 5 juta pada tahun 2020
adalah relevan.

2. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk


menjalankan aktiviti promosi seperti pengiklanan di
6 lapangan terbang di Semenanjung Malaysia,
kerjasama bersama radio, menggalakan
penggambaran perfileman, kerjasama bersama
perantau dan pelantikan Mat Dan sebagai ikon
pelancongan Negeri Terengganu.

3. Selain itu, Kerajaan Negeri berkerjasama bersama


Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam
program usahasama 4 negeri (Terengganu,
Kelantan, Pahang & Johor) iaitu East Coast Tourism
Council (ECTC) dalam membangunkan &
mempakejkan produk-produk pelancongan yang
terdapat di negeri ini.

596
SOALAN 2 : Pada bulan Disember 2018, Kerajaan Negeri Terengganu
buat pertama kali menerusi Terengganu Inc menjalin
kerjasama strategik dengan PETRONAS bagi
membangunkan pembangunan tenaga ke Lembah Silika
Terengganu (TSV). Apakah hasil kajian dan penilaian
teknikal yang telah diperolehi setakat ini?

JAWAPAN : Pada masa kini, PETRONAS dengan kerjasama


Terengganu Inc dalam peringkat penyediaan dokumen
untuk di hantar kepada Suruhanjaya Tenaga. Antara
dokumen penting yang diperlukan adalah surat niat (LOI)
dari pihak pelabur yang akan membuka kilang dan
beroperasi di Lembah Silika Terengganu. Berikut adalah
maklumat teknikal yang telah diperolehi:

Jarak laluan paip gas dari Paka :


32 km
Keperluan tenaga (elektrik) :
150 MW
Keperluan gas (kilang) :
60 mmscfd/hari
Diameter paip gas :
36” x 28 km
10” x 4 km
Pengambilanbalik tanah (30m x : RM51,300,000.00
32km)
Kos projek (termasuk kos tanah : RM260,000,000.00
sehingga 2019)

597
MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI


BILANGAN 5.1.3.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH


Y.B. HAJI NAWI BIN MOHAMAD
ADUN HULU BESUT

SOALAN 1 : Bilakah Masjid di Kampung Kubang Depu dan Masjid


Kampung Durian Telor yang berada di kawasan Hulu
Besut akan dibina oleh Kerajaan Negeri Terengganu?

JAWAPAN : Setakat ini belum ada cadangan pembinaan masjid


baharu Masjid Kubang Depu dan Masjid Durian Telor
yang berada di kawasan Hulu Besut akan dibina oleh
Kerajaan Negeri Terengganu .Namun begitu kajian
keperluan pembinaan masjid akan dibuat jika
permohonan cadangan pembinaan masjid ini diterima.

SOALAN 2 : Apakah status pembangunan Lata Pak Siton di kawasan


Hulu Besut?

JAWAPAN Setakat ini tiada kerja-kerja pembangunan dijalankan di


Lata Pak Siton, Hulu Besut, Lata Pak Siton ini belum
disenaraikan di dalam kawasan hutan lipur.

SOALAN 3 : Apakah status pembangunan Rumah Mampu Milik


(RMM) di Pekan Pasir Akar?

JAWAPAN : Kerajaan Negeri masih tiada sebarang perancangan


pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) di Pekan Pasir
Akar, Besut.

598
MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 1 APRIL HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI


BILANGAN 5.1.4

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH


Y.B. HAJI WAN HAPANDI BIN WAN NIK
ADUN SURA

SOALAN 1 : Nyatakan status pembinaan rumah mampu milik yang telah


diputuskan pada sidang dewan terdahulu di empat (4)
kawasan dan berapakah jumlah yang diperuntukkan bagi
setiap kawasan tersebut?

JAWAPAN : Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah meluluskan


peruntukan projek Rumah Mampu Milik (RMM) sebanyak
empat kawasan iaitu:

i) RPMM Tok Jembal, Kuala Nerus RM 2,500,000.00;


ii) RMM Tajin, Hulu Terengganu RM 2,500,000.00;
iii) RMM Tempinis, Besut RM 2,500,000.00; dan
iv) RMM Gong Chengal, Kemaman RM 2,500,000.00.

Sehingga Mac 2019, dua tender projek telah pun ditutup


iaitu projek RPMM Tok Jembal, Kuala Nerus dan RMM Tajin,
Hulu Terengganu. Manakala RMM Tempinis, Besut berada
dalam penyelarasan pra-pelaksanaan dan RMM Gong
Chengal (II), Kemaman akan diteliti pelaksanaannya dari
masa ke semasa.

SOALAN 2 : Nyatakan status penyusunan susun atur peniaga-peniaga


pasar borong Bandar Dungun dan penyediaan kemudahan
infrastruktur yang diperlukan di tempat tersebut?

599
JAWAPAN : Pihak Persatuan Penjaja - Penjaja Kecil Cawangan Dungun
telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan
pemborong dan Ahli-Ahli Majlis bagi menjalankan kajian
penyusunan semula tapak pemborong yang lebih sesuai.

SOALAN 3 : Nyatakan berapakah bilangan imam dan bilal yang telah diisi
mengikut daerah?

JAWAPAN : Bilangan Imam dan Bilal yang telah diisi mengikut daerah
adalah seperti berikut:

1. Masjid Kerajaan

PENGISIAN
BIL DAERAH JUMLAH
IMAM BILAL

1 Kuala Terengganu 36 29 65

2 Kemaman 25 20 45

3 Dungun 24 15 39

4 Besut 22 18 40

5 Hulu Terengganu 16 10 26

6 Marang 15 13 28

7 Setiu 6 5 11

8 Kuala Nerus 15 16 31

JUMLAH KESELURUHAN 159 126 285

600
2. Masjid Mukim

JAWATAN YANG
BIL DAERAH DIISI JUMLAH

IMAM BILAL

1 Kuala Terengganu 188 195 383

2 Kemaman 95 89 184

3 Dungun 99 94 193

4 Besut 160 187 347

5 Hulu Terengganu 164 167 331

6 Marang 112 112 224

7 Setiu 100 101 201

8 Kuala Nerus 88 97 185

JUMLAH KESELURUHAN 1006 1042 2048

601
MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI


BILANGAN 5.1.5.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH


Y.B. ROSLEE BIN DAUD
WAKIL BUKIT BESI

SOALAN 1 : Apakah usaha-usaha yang diambil kerajaan bagi


meningkatkan sektor pelancongan khususnya di kawasan
Dewan Undangan Negeri Bukit Besi seperti Taman Tasik
Bukit Besi dan sebagainya serta sejauh manakah pada
pandangan Kerajaan Negeri ia mampu memberikan impak
terhadap sektor pelancongan negeri?

JAWAPAN : Memandangkan kawasan pelancongan DUN Bukit Besi


berada dalam kawalan KETENGAH, Kerajaan Negeri
menjalinkan kerjasama yang erat bersama KETENGAH
dalam usaha memajukan kawasan tersebut sebagai
kawasan pelancongan. Ianya disokong setelah pihak
KETENGAH telah menjalankan Bengkel Hala Tuju
Pelancongan KETENGAH baru - baru ini.

SOALAN 2 : Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengecilkan saiz


kakitangan awam di negeri ini dan pada pandangan
kerajaan negeri, apakah berlaku lebihan kakitangan awam
di Terengganu?

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(6) Peraturan-Peraturan dan


Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri

602
Terengganu.

SOALAN 3 Sila nyatakan jumlah pengangguran yang terdapat di


Terengganu bermula Mei 2018 hingga Februari 2019 dan
apakah sebenarnya faktor-faktor yang menyebabkan
berlakunya sedemikian?

JAWAPAN : Statistik rasmi bagi kadar pengangguran tahun 2018 dan


2019 belum dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia.

SOALAN 4 : Sebutkan jumlah kawasan yang sering berlaku kebakaran


hutan di seluruh Terengganu mengikut pecahan daerah dan
sejauh manakah kerugian yang dialami pihak berkaitan
akibat kejadian tersebut serta apakah pula langkah-langkah
yang diambil bagi menanganinya?

JAWAPAN : 1. Kawasan yang sering berlaku kebakaran hutan di seluruh


Terengganu mengikut pecahan daerah adalah
sebagaimana berikut:

Jenis Tarikh Luas


Daerah Bil Lokasi Status Tanah
Kawasan Kebakaran (Ha)
Kg. Bukit Layat,
Setiu 1 Tanah Milik Belukar 24-Apr-16 ±3.00
Setiu
Kg. Pagar Besi,
Tanah
Kuala Batu Rakit, 4 Mac
1 Kerajaan & Belukar ±250.00
Terengganu Kuala 2014
Tanah Milik
Terengganu
Marang 1 Kg. Rhu Kubur, Tanah Belukar 22 Julai ±4.00
Jambu Kerajaan 2013
Bongkok,
Marang

603
Pulau
Tanah Belukar/ 30 Julai
2 Kerengga, ±3.00
Kerajaan Tanah Beris 2013
Marang
Kg. Durian Ladang
3 Tanah Milik 20-Apr-16 ±20.00
Guling, Marang Kelapa Sawit

Kg.Baru Rantau Tanah 18 Mei


1 Belukar ±40.00
Abang, Dungun Kerajaan 2013

Kg.Rantau Tanah 24 Julai


2 Belukar ±3.00
Abang, Dungun Kerajaan 2013

Kg. Rhu Batil,


Tanah 29 Julai
3 Kuala Abang, Belukar ±4.50
Kerajaan 2013
Dungun

Kg. Bahagia,
Tanah
4 Tok Kah, Belukar 26-Jan-14 ±407.00
Kerajaan
Dungun

Kg. Bahagia,
Tanah
5 Tok Kah, Belukar 10-Feb-14 ±17.00
Kerajaan
Dungun Dungun
 
Kg. Baru Kuala Tanah
6 Belukar 20-Apr-14 ±6.00
Abang, Dungun Kerajaan

Kg. Batu
Tanah
7 Pelanduk, Kuala Belukar 20-Apr-14 ±14.00
Kerajaan
Abang, Dungun

Kg.Batu 7, Tanah Belukar/


8 7-Apr-16 ±49.00
Dungun Kerajaan Tanah Beris

Felda Jerangau, Ladang


9 Tanah Milik 24-Apr-16 ±4.00
Dungun Kelapa Sawit

Kg. Balai Besar,


10 Tanah Milik Belukar 25-Apr-16 ±3.00
Dungun

604
±0.7 -
Tk
Kompartmen 3, Hutan Simpan
9 Julai ±0.2 -
1 Hs Bukit Palus, & Tanah Hutan
2013 Hs
Kemaman Kerajaan
 
   
 
  Teluk Kalong,
Tanah 4 Mac
  2 Kemaman Belukar ±14.70
Kerajaan 2014
  (Eastern Steel)
 
Kg. Chabang,
Kemaman Tanah Belukar/
3 Kertih, 12-Apr-16 ±22.00
  Kerajaan Tanah Beris
Kemaman

Teluk Kalong,
Tanah
4 Kemaman Belukar 17-Apr-16 ±100.00
Kerajaan
(Eastern Steel)

Kg.Bukit Taduk,
  Tanah
Paya Bukit Hutan & 1 Julai
Hulu 1 Kerajaan & ±100.00
Papan, Hulu Belukar 2013
Terengganu Tanah Milik
Terengganu

: 2. Kawasan Kg.Baru Rantau Abang, Dungun


mencatatkan kes kebakaran tertinggi dengan catatan
sebanyak tiga (3) kali iaitu pada 9 April 2013, 24 Julai
2013 dan 20 April 2014.

3. Hampir kesemua kebakaran yang dicatatkan


melibatkan tanah kerajaan yang kebanyakkannya
adalah belukar. Oleh itu, tiada sebarang kerugian
dicatatkan.

4. Walaubagaimanapun, langkah-langkah pencegahan


tetap diambil iaitu antara lain dengan memasang
papan tanda larangan melakukan pembakaran,
meningkatkan aktiviti rondaan dan pemantauan
berkala oleh agensi-agensi berkaitan dan
menggunapakai teknologi penderiaan jauh dan imej

605
satelit bagi mengesan kawasan-kawasan yang terbuka
akibat berlakunya kejadiaan kebakaran hutan.

SOALAN 5 : Sila sebutkan jumlah kemalangan dan kemalangan maut


mengikut pecahan bulan yang berlaku sepanjang tahun 2018
di laluan Lebuh Raya Pantai Timur dari Jabor hingga ke
Gemuruh, Kuala Terengganu?

JAWAPAN : Bagi tahun 2018, sebanyak 909 kes kemalangan telah


direkodkan di sepanjang laluan Lebuh Raya Pantai Timur dari
Jabor hingga ke Gemuruh, Kuala Terengganu. Daripada
jumlah kes kemalangan tersebut, 17 merupakan kes
kemalangan maut yang melibatkan 21 kematian.

606
MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI


BILANGAN 5.1.6

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH


Y.B. HAJI RIDZUAN BIN HASHIM
ADUN BULUH GADING

SOALAN 1 : Apakah perancangan terkini pihak kerajaan dalam


memajukan Kompleks Usahawan Terengganu (KUT),
Kubang Jela, Kuala Terengganu?

JAWAPAN : Perancangan terkini Kerajaan Negeri dalam memajukan


Kompleks Usahawan Terengganu (KUT), Kubang Jela, Kuala
Terengganu ialah:

i) Mengoptimakan pengisian dan penyewaan


melalui pendekatan Mampu Sewa

a) YPU telah membuat rebet sewa sebanyak 50%


bermula tahun 2017 dan peratus pengisian
sehingga kini meningkat kepada 72%.

b) Saiz lot yang sediaada akan dikecilkan bagi


mengurangkan kos kadar sewa.

ii) Acara Promosi dan Karnival Jualan

a) Pelbagai program promosi dan carnival jualan

607
akan dilaksanakan secara berkala pada tahun
hadapan bagi menarik pengunjung serta
masyarakat setempat. Beberapa lot kedai pula
akan dijadikan pusat seminar dan aktiviti
keusahawanan negeri.

Antara program dan acara yang akan dilaksanakan


ialah :-

 Karnival Usahawan Atas Talian


 Seminar & Latihan Keusahawanan secara
bulanan.
 Festival Jualan
 Bazar Ramadhan
 Jualan Akhir Tahun (Year End Sale ‘ YES’)
 Karnival Kembali Ke Sekolah
 Pusat perjumpaan Santai Usahawan

iii) Pusat Aktiviti Keusahawanan

a) Beberapa lot kedai akan dijadikan pusat seminar


dan aktiviti keusahawanan negeri. Program
secara berjadual ini akan memeriahkan suasana
disamping menarik minat usahawan untuk
menyewa lot KUT.

iv) Bermula 01 Januari 2019, Sekolah Rendah Islam Darul


Iman (SRIDI) telah mula beroperasi di Tingkat 1,
Kompleks Usahawan Terengganu (KUT).

SOALAN 2 : Sila nyatakan jumlah dan nama RTB pertanian dan


kediaman sepanjang 1999 hingga 2004 yang tidak dapat
diselesaikan, dan daripada jumlah tersebut, berapakah pula
yang telah berjaya diselesaikan bermula Mei 2018 hingga
Mac 2019.

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(b) Peraturan-Peraturan

608
dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri
Terengganu.

SOALAN 3 : Sila nyatakan jumlah terkini serta lokasi padang ragut


mengikut Kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Negeri
Terengganu?

JAWAPAN : Jumlah serta lokasi padang ragut mengikut kawasan


dewan undangan negeri Terengganu adalah sembilan
puluh empat (94) dan sebagaimana berikut:

LOKASI
DUN BIL
NO LOT KAMPUNG MUKIM DAERAH
Seberang
1 PTK 36 Tebak Kemaman
Tayor
2 PT 36 Sungai Nipah Tebak Kemaman
AIR PUTIH 3 PT 2450 Paman Pasir Semut Kemaman
4 2451 Paman Pasir Semut Kemaman
5 PT 1028 Perasing Jaya Hulu Jabor Kemaman
Penghulu Hulu
1 3261 Bukit Diman
Diman Terengganu
Hulu
2 1937 Pengkalan Ajal Hulu Berang
Terengganu
Hulu
3 3926 Gunung Hulu Berang
Terengganu
AJIL
Hulu
4 3927 Gunung Hulu Berang
Terengganu
Hulu
5 3928 Gunung Hulu Berang
Terengganu
Hulu
6 2248 Ceting Tersat
Terengganu
1 8454 Tok Him Batu Rakit Kuala Nerus
BATU RAKIT 2 PT 6452 R Bukit Nenasi Batu Rakit Kuala Nerus
3 11341 Bukit Wan Batu Rakit Kuala Nerus

609
Mengabang
4 21051 Batu Rakit Kuala Nerus
Bakong

1 453 Sungai Iman Kuala Jengai Dungun


2 683 Jongok Batu Pasir Raja Dungun
3 6465 Cermin Kanan Jerangau Dungun
4 PT 4364 Tepus Jerangau Dungun
BUKIT BESI 5 540 Chemuak Kuala Jengai Dungun
Seberang
6 - Kuala Jengai Dungun
Surau
7 631 Pelambor Kuala Jengai Dungun
8 452 Bukit Labu Pasir Raja Dungun
9 639 Besol Jerangau Dungun
10 6494 Minda Jerangau Dungun
BUKIT Bukit Binjai
1 9554 Bukit Payong Marang
PAYONG Undang
CHUKAI 1 PT 1435 Bukit Jembalang Banggol Kemaman
1 1085 Segading Hulu Besut Besut
2 2596 Kuala Belawang Lubuk Kawah Besut
Bukit
3 2595 Lubuk Kawah Besut
Kemuntong
HULU BESUT 4 2616 Lubuk Agu Lubuk Kawah Besut
5 3262 Padang Buloh Pasir Akar Besut
6 2364 Durian Telor Pasir Akar Besut
7 979 Baroh Masin Pasir Akar Besut
8 689 Bukit Payung Tenang Besut
JABI 1 2366 Padang Lindong Jabi Besut

610
2 2686 Petai Patah Kerandang Besut
1 2408 Padang Baloh Kampung Raja Besut
Kubang
2 2409 Alor Lintang Besut
Bemban
JERTEH Kubang
3 1443 Gong Keruing Besut
Bemban
Kubang
4 993 Alor Lintah Besut
Bemban

1 6477 Cabang Kerteh Besut


KEMASIK 2 PT 234 Ranggong Estate Kerteh Besut
3 PT 440 Batu Putih Kerteh Besut
1 - Gong Panjang Tembila Besut
KOTA PUTRA
2 3493 Alor Nibong Tembila Besut
Hulu
1 3661 Lerek Jenagor
Terengganu
Hulu Hulu
2 3141 Kuala Ping
Telemong Terengganu
KUALA Hulu
3 PT3607 Sekayu Tersat
BERANG Terengganu
Hulu
4 4776 Kuala Pueh Jenagor
Terengganu
Hulu
5 3561 Tapah Jenagor
Terengganu
1 3627 Tok Has Bukit Puteri Besut
KUALA BESUT
2 3593 Gong Melor Bukit Puteri Besut
Bukit Aman/
1 9394 Hulu Setiu Setiu
Bukit Lawang
2 9081 Payung Hulu Nerus Setiu

LANGKAP 3 9245 Langkap Hulu Nerus Setiu


Sungai Dagang
4 9080 Hulu Nerus Setiu
Pelong
Merbau
5 PT 3714 Hulu Nerus Setiu
Menyusut
PAKA 1 3481 Durian Paka Dungun
Mentagau

611
2 3454 Kampung Nyior Paka Dungun
3 7372 Santong Paka Dungun
1 2630 Bukit Lebam Jerong Marang
2 PT 1714 Tok Chan Jerong Marang
PENGKALAN
BERANGAN 3 PT 4472 Padang Cador Jerong Marang
Baruh Tok Ator Pulau
4 5749 Marang
Kubu Kerangga
1 2772 Alor Fatimah Guntong Setiu
2 2773 Alor Fatimah Guntong Setiu
3 841 Gong Kiong Pantai Setiu
4 9588 Telaga Papan Chalok Setiu
PERMAISURI 5 1445 Anting Hulu Setiu Setiu
6 534 Sungai Lanjut Hulu Setiu Setiu
Padang
7 1444 Hulu Setiu Setiu
Seladang
8 PT 4535 Damar Minyak Tasek Setiu
1 2151 Paya Kemudi Kumpal Dungun
RANTAU 2 2150 Paya Kemudi Kumpal Dungun
ABANG 3 1508 Legong Kumpal Dungun
4 2325 Delong Kumpal Dungun
Pulau
1 PT 4343 Gong Tepas Marang
Kerangga
2 3688/3689 Tanjung Gadoh Mercang Marang
RHU RENDANG
Pulau
3 PT 8470 Padang Lalang Marang
Kerangga
4 4154 Tertak Batu Rusila Marang
TELEMONG Hulu
1 3378 Binjai Kertas Tanggol
Terengganu
Hulu Hulu
2 PT 6952 Payang Kayu
Telemong Terengganu
Hulu Hulu
3 3697 Teris Gerdong
Telemong Terengganu
Hulu Hulu
4 3698 Teris Gerdong
Telemong Terengganu
5 4985 Capu Hulu Hulu

612
Telemong Terengganu
Hulu Hulu
6 4986 Capu
Telemong Terengganu
Hulu Hulu
7 4987 Capu
Telemong Terengganu

Hulu Hulu
8 6369 Baong
Telemong Terengganu
Kuala Hulu
9 3669 Pelam
Temelong Terengganu
Hulu Hulu
10 PT 7769 Tengkawang
Telemong Terengganu
Hulu Hulu
11 PT 7770 Tengkawang
Telemong Terengganu
1 13149 Bukit Seraya Kuala Nerus Kuala Nerus
TEPOH
2 9997 Sungai Lekar Belara Kuala Nerus
JUMLAH 94

613
MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 1 APRIL HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI


BILANGAN 5.1.7

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH


Y.B. HAJI HILMI BIN HARUN
ADUN MANIR

SOALAN 1 : Berapakah jumlah hutang kerajaan pusat dengan kerajaan


negeri. Pohon dinyatakan mengikut pecahan projek dan
tahun?

JAWAPAN : Kerajaan Pusat tidak mempunyai apa-apa hutang dengan


Kerajaan Negeri sehingga tahun berakhir 31 Disember 2018.

SOALAN 2 : Berapakah jumlah hutang kerajaan negeri dengan kerajaan


pusat. Pohon dinyatakan mengikut pecahan projek dan
tahun.

JAWAPAN : Jumlah hutang Kerajaan Negeri dengan Kerajaan


Pusat berakhir pada 31 Disember 2018 adalah berjumlah
RM733,129,563.52 merangkumi RM707,269,913.19 (pokok)
dan RM25,859,650.33 (faedah).

614
BIL.
TAHUN KATEGORI PROJEK POKOK (RM) FAEDAH (RM) JUMLAH (RM)

1990 -
1 PMINT 49,209,291.70 13,494,233.83 62,703,525.53
1996
1993 - Rancangan Bekalan 578,015,710.7
2 - 578,015,710.73
2013 Air 3
1993 - PAKR / Skim
3 60,525,644.51 3,728,887.82 64,254,532.33
2005 Pertapakan

1987 - Projek Pembangunan


4 19,328,364.99 8,632,700.20 27,961,065.19
1999 Dalam Negeri

1992 - 194,729.74
5 Pembangunan Hutan 190,901.26 3,828.48
1995

707,269,913.1 733,129,563.5
JUMLAH 25,859,650.33
9 2

SOALAN 3 : Berapakah jumlah sebenar hutang untuk kos pembinaan


LPT2? Berapakah jumlah yang telah dibayar semula oleh
kerajaan pusat kepada kerajaan negeri setakat Mac 2019?

JAWAPAN : Jumlah sebenar hutang untuk kos pembinaan LPT 2


ialah RM1,850,000,000.00. Jumlah yang telah dibayar
semula oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
setakat Mac 2019 adalah sebagaimana berikut:

i. Naiktaraf Jalan Marang ke


Awana Kijal -

615
RM118,500,000.00
ii. Bayaran Pendahuluan yang
tidak dibayar balik -
RM200,000,000.00
iii. Pembinaan Rumah Mampu Milik -
RM100,000,000.00

Oleh itu, jumlah yang telah diselesaikan oleh Kerajaan


Persekutuan adalah sebanyak RM418,500,000.00. Manakala
baki yang belum diterima bagi Pembinaan LPT 2 ialah
sebanyak RM1,431,500,000.00.

MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI


BILANGAN 5.1.8.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH


Y.B. HAJI ALIAS BIN HARUN
ADUN RANTAU ABANG

SOALAN 1 : Tambatan banjir 2014 telah memberi kesan baik kepada


penduduk Taman Rakyat tetapi telah memberi kesan buruk
kepada penduduk Kg. Che Lijah dan sekitarnya.Apakah
perancangan kerajaan dalam mengurangkan kesan buruk
akibat pembinaan Tebatan Banjir Taman Rakyat ini?

JAWAPAN : Kerajaan negeri dalam kajian dan perancangan untuk


mengadakan satu sistem saliran selaras dengan projek
tebatan banjir yang telah di laksanakan di Taman Rakyat.
Perancangan itu merangkumi pembinaan dan penahan banjir

616
dan sistem pam memandangkan aras platform Kampong Che
Lijah yang rendah. Di jangkakan projek ini dapat dilaksana
pada tahun 2020.

SOALAN 2 : Keluarga B40 hilang punca pendapatan apabila Ketua Isi


Rumah (KIR) meninggal dunia. Apakah bantuan dan usaha
kerajaan Negeri dalam menangani isu ini?

JAWAPAN : Menerusi jabatan Kerajaan, pelbagai bantuan disediakan bagi


membantu rakyat yang menghadapi permasalahan sebegini.
Berikut dinyatakan antara langkah-langkah Kerajaan Negeri
dalam membantu keluarga yang kehilangan KIR, antaranya:

1. Program Perumahan TerengganuKu Sejahtera (PPTS)


2. Bantuan Bekalan Air Percuma 20 meter padu kepada
golongan miskin dan berpendapatan rendah.
3. Bantuan Persekolahan.
4. Program Dana Raya (Bantuan Perayaan)
5. Program Dana Bakti Remaja
6. Skim Bantuan-Bantuan Utama MAIDAM
7. Bantuan-Bantuan JKM

Bagi keluarga B40 yang hilang punca pendapatan apabila


Ketua Isi Rumah meninggal dunia, Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Terengganu menyediakan beberapa Skim
Bantuan Zakat dibawah asnaf Fakir Miskin yang boleh
dipohon seperti dibawah;

BIL JENIS BANTUAN KADAR BANTUAN


1 Bantuan Kewangan RM 300- Pertambahan RM 50
/Saraan Bulanan bagi tanggungan air.
2 Bantuan Persekolahan RM 500 bagi seorang anak yang

617
bersekolah (setahun)
3 Bantuan Perubatan Antara RM 1,000-RM
3,000/mengikut keperluan
(setahun)
4 Bantuan Sara Hidup Antara RM 1,000-RM
3,000/mengikut keperluan
(setahun)
5 Bantuan Serta -Merta Tidak lebih RM 250
6 Bantuan Sewa Rumah Tidak lebih RM 300
7 Bantuan modal RM 3,000-RM 20,000 setahun

Melalui JKM sentiasa memberi perhatian dan membantu


keluarga B40 yang kehilangan Ketua Isi Rumah (KIR) sama ada
meninggal dunia, hilang atau terlibat dengan apa-apa musibah.
Bantuan dan sokongan kepada penerima disalurkan bagi
meringankan beban kewangan dan menjamin kesejahteraan
hidup rakyat.

Dalam konteks peruntukan bantuan kerajaan negeri, melalui


pihak JKM telah menyalurkan bantuan am bulanan kepada
penerima yang layak dengan jumlah minima sebanyak
RM200.00 seorang dan maksimum sebanyak RM450.00
sekeluarga. Kelulusan bagi penerima-penerima bantuan am
negeri ini adalah atas kelulusan Jawatankuasa Penimbang yang
dilantik di setiap daerah dengan pengesyoran daripada pihak
JKM. Untuk rekod, sejak 3 tahun yang lepas, Bantuan Am
kepada penerima yang layak sentiasa menunjukkan peningkatan
jumlah peruntukan seperti maklumat berikut:

TAHUN JUMLAH (RM) JUMLAH PENERIMA


2016 48,193,800.00 18,523 Orang
2017 50,251,654.62 20,408 Orang
2018 51,525,850.00 21,484 Orang

618
Untuk tahun 2019, Kerajaan Negeri telah menyalurkan
peruntukan sebanyak RM55,700,000.00 kepada pihak JKM
untuk tujuan bantuan kepada rakyat Terengganu. Daripada
jumlah besar itu, sejumlah RM51,564,600.00 telah
diperuntukkan untuk bantuan am dan telah pun diagih-agihkan
kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah-daerah (PKMD).
Selain daripada itu, kerajaan negeri juga menyalurkan bantuan
kepada penerima-penerima yang layak iaitu bantuan membaiki
rumah kepada klien yang rumahnya dhaif, bantuan bencana
alam (pemulihan keluarga) dan bantuan cermin mata.

Usaha-usaha kerajaan negeri melalui JKM tidak terhad kepada


penyaluran bantuan kewangan sahaja, malah perkhidmatan
sokongan emosi kepada keluarga yang menghadapi musibah
dan kesusahan dengan memberi perkhidmatan kaunseling dan
bimbingan, memastikan hak atau keperluan anak-anak diberi
penjagaan dan perlindungan kepada orang yang layak dan
sesuai, contohnya penempatan anak-anak yatim di Rumah
Tunas Harapan Darul Hilmi dan Asrama PERKAYA atau
penempatan di tempat selamat seperti di Rumah Kanak-kanak,
Di samping itu, bantuan-bantuan lain yang sesuai di bawah
kerajaan pusat turut disalurkan kepada penerima-penerima yang
layak seperti Tabung Bantuan Segera (TBS: bantuan segera
sebanyak RM300.00 sekaligus), Bantuan Kanak-kanak
(RM100.00 seorang kanak-kanak dengan maksima sebanyak
RM450.00 sekeluarga), Bantuan Anak Pelihara (RM250.00
seorang kanak-kanak dengan maksima sebanyak RM500.00
sekeluarga).

Syarat kelayakan penerima bantuan negeri di bawah JKM


Terengganu:

i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Terengganu


ii. Pendapatan di bawah RM960.00 sebulan;
iii. Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan

*Nota: (faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan


dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira
bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah
kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan
dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga).

619
Pemohon-pemohon yang layak boleh berhubung atau hadir ke
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat atau boleh
dirujuk oleh mana-mana orang atau boleh memuat turun borang
online e-JKM18 melalui website JKM.

PROGRAM PERUMAHAN TERENGGANUKU SEJAHTERA (PPTS):

Laporan Pelaksanaan Projek Perumahan TerengganuKu Sejahtera(PPTS)


2010 - 2018 Mengikut Daerah:

BAIK PULIH  
BIL DAERAH
201
2010 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018
1

KUALA
1 328 560 1465 1310 261 200 315 307 515
TERENGGANU

2 KEMAMAN 28 21 684 471 309 334 398 335 289

3 DUNGUN 36 24 162 178 128 193 491 220 111

4 MARANG 40 40 89 103 94 167 230 148 137

620
HULU
5
TERENGGANU 30 88 277 254 297 291 153 536 192

6 BESUT 45 30 608 622 569 553 363 405 213

7 SETIU 69 149 120 192 176 195 194 114 141

8 KUALA NERUS 0 0 0 0 0 276 225 282 247

JUMLAH
KESELURUHAN 576 912 3,405 3,130 1,834 2,209 2,369 2,347 1,845

BINA BARU
BIL DAERAH
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018

KUALA
1 109 90 99 78 53 13 7 9 7
TERENGGANU

2 KEMAMAN 31 24 40 40 32 23 1 18 2

3 DUNGUN 40 40 58 4 10 7 1 7 5

4 MARANG 15 15 20 15 10 9 0 0 1

HULU
5
TERENGGANU 30 30 30 30 30 30 28 41 2

6 BESUT 53 55 50 50 51 47 42 47 34

7 SETIU 13 17 18 10 8 4 4 0 1

8 KUALA NERUS 0 0 0 0 0 13 7 0 3

JUMLAH
KESELURUHAN 291 271 315 227 197 146 90 122 55

JUMLAH KESELURUHAN 2010 - 2018:


Baik Pulih : 18,627
Bina Baharu : 1,714

PROGRAM BEKALAN AIR PERCUMA

621
Memberi bekalan air 20 meter padu kepada golongan miskin dan
berpendapatan rendah iaitu kepada senarai Pemilik Rumah PPRT,
miskin dan Miskin tegar e-Kasih serta penerima bantuan daripada
MAIDAM.

Jumlah bilangan rakyat yang menerima faedah ini ialah seramai


8,696 orang penerima sebagaimana pecahan di bawah:

MAIDAM 2118
TOTAL
e-Kasih 1146
PPRT 5432
Jumlah Keseluruhan 8696

PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN

Pengagihan bantuan persekolahan iaitu sebanyak RM100.00


seorang kepada penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah
rendah dan sekolah menengah melalui pembekalan set pakaian
dan kelengkapan sekolah.

Bantuan persekolahan ini diagihkan kepada keluarga yang


berpendapatan bulanan bawah RM2,500 melibatkan pelajar yang
berumur antara 7 hingga 17 tahun bagi sesi persekolahan tahun
2019.

DATA BANTUAN PERSEKOLAHAN SESI 2014 HINGGA 2019

DATA BANTUAN PERSEKOLAHAN BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN


2014 HINGGA 2018
TAHUN (SESI BILANGAN JUMLAH PERUNTUKAN
PERSEKOLAHAN) PENERIMA (RM)

2014 94,966 orang 9,496,600.00

2015 101,984 orang 10,198,400.00

622
2016 104,021 orang 10,402,100.00

2017 109,880 orang 10,988,000.00

2018 116,375 orang 11,637,500.00

2019 125,169 orang 12,516,900.00

623
STATISTIK TAHUNAN PENERIMA DAERAH BAGI BANTUAN RAYA
HARI RAYA AIDILFITRI

2015 2016 2017 2018


NO
DAERAH/ BIL RM BIL RM BIL RM BIL RM
PARLIMEN

1 BESUT 33,956 12,566,200 35,013 13,008,700 39,221 14,603,500 44,889 11,222,250

2 DUNGUN 25,583 9,511,500 26,851 10,018,400 29,553 11,038,500 34,777 8,694,250

3 HULU 18,919 6,965,200 19,407 7,157,700 20,642 7,618,600 23,534 5,883,500


TERENGGANU

4 KEMAMAN 34,151 12,722,900 34,766 12,996,500 37,709 14,128,200 43,053 10,763,250

5 KUALA 41,751 15,212,200 43,482 15,916,300 47,676 17,491,700 57,533 14,383,250


TERENGGANU

6 MARANG 21,234 7,816,300 22,191 8,188,700 24,070 8,906,200 28,430 7,107,500

7 SETIU 14,273 5,271,600 14,762 5,460,500 15,937 5,900,000 18,032 4,508,000

8 KUALA NERUS 22,523 8,262,600 23,278 8,574,100 25,443 9,390,800 29,561 7,390,250

JUMLAH 212,390 78,328,500 219,750 81,320,900 240,251 89,077,500 279,809 69,952,250


KESELURUHAN

TARIKH CETAKAN : 27 – NOV 2018 02:57PM

624
PROGRAM SKIM BANTUAN UTAMA KENDALIAN MAIDAM

Bagi membantu menyelesaikan masalah kemiskinan, MAIDAM menyediakan 13


skim bantuan utama kepada asnaf fakir dan miskin yang berkelayakan seperti
berikut:

BIL JENIS BANTUAN KADAR BANTUAN

1 Bantuan Kewangan /Saraan Bulanan RM 300. Pertambahan RM 50 bagi AIR yang


dalam tanggungan
2 Bantuan Persekolahan RM 500 bagi seorang anak yang bersekolah
(setahun)
3 Bantuan Sempena Ramadhan RM 400/RM 600 (setahun)
4 Bantuan Kecemasan / Bencana Alam Tidak lebih RM 10,000
5 Bantuan Membina Rumah Tidak lebih RM 60,000
6 Bantuan Membaik Pulih Rumah Tidak lebih RM 20,000
7 Bantuan Perubatan Antara RM 1,000-RM 3,000/mengikut
keperluan (setahun)
8 Bantuan Hemodialisis RM 2,600 sebulan
9 Bantuan Tambang Hemodialisis RM 650 sebulan
10 Bantuan Sara Hidup Antara RM 1,000-RM 3,000/mengikut
keperluan (setahun)
11 Bantuan Serta -Merta Tidak lebih RM 250
12 Bantuan Sewa Rumah Tidak lebih RM 300
13 Bantuan modal RM 3,000-RM 20,000 setahun

625
Perbelanjaan MAIDAM bagi 13 Skim Bantuan Utama sehingga Oktober
2018:

BIL JENIS BANTUAN JUMLAH PENERIMA BELANJA (RM)

1 Bantuan Kewangan /Saraan Bulanan 2,590 9,059,100


2 Bantuan Persekolahan 2,144 3,264,900
3 Bantuan Sempena Ramadhan 26,465 13,763,200
4 Bantuan Kecemasan / Bencana Alam 19 30,172.95
5 Bantuan Membina Rumah 68 8,152,400
6 Bantuan Membaik Pulih Rumah 131
7 Bantuan Perubatan 1,426 6,756,882.49
8 Bantuan Hemodialisis 26 337,850
9 Bantuan Tambang Hemodialisis 41 116,350
10 Bantuan Sara Hidup 13,612 22,754,288
11 Bantuan Serta -Merta 2,547 440,074
12 Bantuan Sewa Rumah 416 1,350,910
13 Bantuan Modal 774 2,702,555.45
JUMLAH KESELURUHAN 50,259 68,728,682.89

Manakala pada tahun 2019, MAIDAM memperuntukan


sebanyak RM89.3 juta meliputi pelbagai jenis agihan bantuan
termasuk pemberian bantuan berupa wang tunai dan bantuan
berupa kemudahan bagi memastikan kehidupan asnaf terbela
dan dapat menyelesaikan masalah kemiskinan asnaf.

Antara usaha MAIDAM bagi memastikan kehidupan asnaf


berubah, MAIDAM memberi tumpuan kepada anak-anak asnaf
dengan dengan memberi Bantuan Kursus atau Latihan
Kemahiran yang dijamin pekerjaan selepas tamat dengan
memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta. Diharapkan dengan
bantuan kursus atau latihan ini mereka akan mendapat
pekerjaan dan dapat membantu keluarga mereka..

626
SENARAI BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN
MASYARAKAT

1. Pemberian Bantuan Kewangan Bulanan

Perkhidmatan Bantuan kewangan bulanan ini diberikan


kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat
meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian
bantuan kepada rakyat, Kerajaan tidak sesekali
mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare
State).  Proses pemberian bantuan kebajikan juga
mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima
bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Kadar pemberian bantuan ini ialah minimum sebanyak
RM100.00 dan maksimum sebanyak RM450.00
sebulan. Dalam pemberian bantuan ini Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa (RM
930.00 sebulan) atau PGK Purata Miskin Per Kapita
Semasa (RM 230.00 seorang) diambilkira.

2. Program peningkatan pendapatan penerima


bantuan jabatan.

Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah


memperkenalkan satu program yang diberi nama 2
Years Exit Programme melalui pendekatan Productive
Welfare. Program ini mensasarkan penerima bantuan
kebajikan yang produktif diberi peluang untuk berdikari
dan hanya menerima bantuan kewangan bulanan
kebajikan untuk tempoh maksimum 2 tahun sahaja.

Tujuan program ialah sebagai satu exit policy untuk


menggalakkan penerima bantuan Jabatan yang produktif
agar berdikari melalui penglibatan secara aktif dalam
pekerjaan atau program menjana pendapatan tanpa
bergantung kepada bantuan sebagai saraan hidup.

Pendekatan “Productive Welfare” yang mula


diperkenalkan pada 2010 adalah satu bentuk usaha yang
mensasarkan penerima bantuan kebajikan supaya dapat
terus hidup berdikari melalui pembelajaran pelbagai
kemahiran kehidupan (survival skills) agar tidak
selamanya bergantung kepada bantuan kerajaan buat
selama-lamanya.  Pendekatan ini sangat menekankan

627
kepada pemerkasaan klien agar lebih bermotivasi
memperolehi latihan kemahiran yang bersesuaian
dengan keupayaan mereka. Melalui program ini secara
tidak langsung dapat mengeluarkan klien daripada
kepompong kemiskinan dengan memperoleh pendapatan
melepasi paras garis kemiskinan.

Penerima-penerima yang terpilih diberi modal


permulaan sebanyak RM 2,700.00 seorang bagi
menguruskan pekerjaan atau perniagaan bagi
menambahkan pendapatan.

3. Pemberian Bantuan Membaiki Rumah

Perkhidmatan bantuan ini diberikan kepada penerima


bantuan jabatan yang memerlukan pembaikian rumah
kediaman yang mengalami kerosakan. Ini bertujuan
untuk menyediakan tempat tinggal klien jabatan yang
lebih selesa. Kadar bantuan adalah maksimum RM
8,000.00.

1. Pemberian Bantuan Kewangan Bulanan

JUMLAH PENERIMA BANTUAN BULANAN MENGIKUT SKIM


SKIM JUMLAH JUMLAH( RM )

BANTUAN KANAK-KANAK 6,174 1,594,150.00

BANTUAN ORANG TUA 4,154 1,453,900.00

BANTUAN ANAK PELIHARA 6 2,500.00

BANTUAN PENJAGAAN PESAKIT


1,585 555,400.00
KRONIK/OKU TERLANTAR

BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA


2,929 732,250.00
BEKERJA

ELAUN PEKERJA CACAT 5,129 2,051,600.00

BANTUAN AM 20,939 4,393,550.00

JUMLAH 40,916 10,783,350.00

(SEHINGGA SEPTEMBER 2018)

KESELURUHAN JUMLAH (RM) PENERIMA BANTUAN JKMNT

628
TAHUN  BIL KES JUMLAH ( RM )

2013 34,952 100,866,730.00


2014 35,505 102,450,226.00
2015 35,622 106,760,290.00
2016 36,472 105,897,715.00
2017 39,395 112,657,805.00
Sehingga SEP
40,916 63,162,115.00
2018

2. Program Peningkatan Pendapatan (2 Years


Exit Programme)

TAHUN 2016-2018 TAHUN 2017-2019


BIL DAERAH
BIL AMAUN(RM) BIL AMAUN(RM)
KES KES
1. KEMAMAN 17 45,900.00 18 48,600.00
2. DUNGUN 15 40,500.00 16 43,200.00
3. MARANG 23 62,100.00 24 64,800.00
4. KUALA 25 67,500.00 25 67,500.00
TERENGGANU
5. KUALA NERUS 25 67,500.00 25 67,500.00
6. HULU 12 32,400.00 8 21,600.00
TERENGGANU
7. SETIU 8 21,600.00 8 21,600.00
8. BESUT 25 67,500.00 26 70,200.00
JUMLAH 405,000.00 405,000.00

3. Bantuan Membaiki Rumah

629
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MEMBAIKI RUMAH NOVEMBER 2018

DAERAH BIL KES JUMLAH ( RM )

KEMAMAN 7 39,850.00
DUNGUN 2 13,970.00
MARANG 3 11,763.00
KUALA TERENGGANU 14 102,475.00
KUALA NERUS 22 147,340.00
HULU TERENGGANU 10 48,430.00
SETIU 22 120,350.00
BESUT 9 57,190.00

JUMLAH 89 541,360.00

630
PERBANDINGAN PROGRAM DANA BAKTI REMAJA

BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2018

BIL PROGRA TAHUN 2014 TAHUN 2015 TAHUN 2016 TAHUN 2017 TAHUN 2018
M

Dana 99,237 orang 95,177 orang 96,939 orang 113,012 orang 117,284 orang
1 Bakti
Remaja
@
Tranforma RM RM RM RM RM
si Orang 19,847,400.00 19,035,400.00 19,387,800.00 22,602,400.00 23,456,800.00
Muda
(TOM)

Perbandingan peningkatan :-

1. Penerima tahun 2015 dengan tahun 2016 sebanyak 1,762 orang melibatkan
perbelanjaan sebanyak RM 352,400.00 atau 1.8 %

2. Penerima tahun 2017 berbanding 2016 sebanyak 16,073 orang dengan


perbelanjaan sebanyak RM 3,214,600.00 atau 14.2%

3. Penerima tahun 2018 berbanding 2017 sebanyak 4,272 orang dengan


perbelanjaan sebanyak RM 854,400.00 atau 3.78% (gaji pemohon yang
layak memohon telah dinaikkan dari RM1,500.00 kepada RM2,000.00)

631
STATISTIK KESELURUHAN PENERIMA PARLIMEN
BAGI DANA BAKTI REMAJA @ TRANSFORMASI ORANG MUDA

CYBER SAF KOMUNITI SUKAN PERANTA


JELAJAH
ORANG ORANG ORANG ORANG U ORANG JUMLA
ORANG
No Parlimen MUDA MUDA MUDA MUDA MUDA H
MUDA (JOM)
(COM) (SOM) (KOM) (SukOM) (PROM)
Bil Bil Bil Bil Bil Bil Bil
1. BESUT 2,433 1,438 445 6,320 992 1,296 12,924

2. SETIU 1,741 2,180 378 5,942 1,505 1,034 12,780

3. KUALA NERUS 2,823 1,592 661 7,727 2,691 893 16,387

KUALA
4. 2,345 1,436 435 6,783 1,464 956 13,419
TERENGGANU

5. MARANG 2,621 2,333 420 7,765 2,061 1,288 16,488

HULU
6. 1,882 1,419 520 6,794 1,956 919 13,490
TERENGGANU

7. DUNGUN 2,207 2,321 411 5,683 1,451 645 12,718

8. KEMAMAN 3,407 1,672 767 5,811 2,349 800 14,806

Jumlah Keseluruhan 19,459 14,391 4,037 52,825 14,469 7,831 113,012

Jumlah Peserta Tahun 2017 ialah : 113,012 orang x RM 200.00 =RM 22,602,400

(RINGGIT MALAYSIA : DUA PULUH DUA JUTA ENAM RATUS DUA RIBU EMPAT RATUS
SAHAJA)

** Dulu Ada Tujuh Subprogram Tranformasi Orang Muda (TOM)

632
STATISTIK KESELURUHAN PENERIMA PARLIMEN
BAGI PROGRAM DANA BAKTI REMAJA 2018

PERANTAU
KOMUNITI SUKAN
SAF ORANG ORANG
ORANG ORANG MUDA Jumlah
MUDA (SOM) MUDA
No PARLIMEN MUDA (KOM) (SukOM)
(PROM)
Bil Bil Bil Bil Bil

1 BESUT 2,190 9,328 1,194 1,820 14,532

2 SETIU 2,784 6,871 1,644 1,365 12,664

3 KUALA NERUS 2,864 9,892 2,512 1,365 16,633

KUALA
4 2,103 8,766 2,020 1,415 14,304
TERENGGANU

5 MARANG 2,942 10,330 2,230 1,703 17,205

HULU
6 1,800 8,528 1,997 1,299 13,624
TERENGGANU

7 DUNGUN 2,549 7,874 1,569 977 12,969

8 KEMAMAN 2,329 8,948 2,601 1,475 15,353

JUMLAH 19,561 70,537 15,767 11,419 117,284

Jumlah Peserta Tahun 2018 ialah : 117,284 orang x RM 200.00 = RM 23,456,800.00

( RINGGIT MALAYSIA : DUA PULUH TIGA JUTA EMPAT RATUS LIMA PULUH ENAM RIBU
LAPAN RATUS SAHAJA )

** Tujuh Subprogram telah dikecilkan kepada empat subprogram bagi program tersebut

633
SOALAN 3 : Senaraikan bilangan penduduk Terengganu yang mempunyai
masalah kewarganegaraan mengikut Daerah, kaum, umur dan
jantina dan apakah peranan kerajaan negeri dalam usaha
menangani masalah ini?

JAWAPAN : Untuk makluman, berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran


Negara (JPN) dari bulan Januari 2018 hingga Disember 2018,
sebanyak 135 permohonan kewarganegaraan Malaysia telah
diterima di Negeri Terengganu dengan perincian pecahan
mengikut Daerah dan Jantina seperti berikut:

JANTINA
DAERAH JUMLAH
LELAKI WANITA
Besut 2 10 12
Dungun 8 7 15
Kemaman 11 16 27
Kuala Terengganu 26 51 77
Marang 0 2 2
Setiu 1 1 2
JUMLAH 48 87 135

Manakala perincian mengikut pecahan umur dan kaum adalah


seperti berikut:

KATEGORI UMUR JUMLAH


Umur kurang daripada 18 tahun 42
Umur 18 tahun hingga 25 tahun 15
Umur 25 tahun hingga 60 tahun 60
Umur lebih 60 tahun 18
JUMLAH 135

KETURUNAN JUMLAH

634
Cina 4
Filipino 6
Hainanese 1
India 2

Indonesia 32
Kemboja 10
Khmer 11
Korean 1
Laos 2
Myanmar 2
Pakistani 10
Thai 37
Vietnamese 5
Lain-Lain 12
JUMLAH 135

Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap isu kewarganegaraan


Malaysia dan sentiasa bersama rakyat untuk mengenalpasti
masalah yang dihadapinya. Melalui maklumat-maklumat yang
diterima, Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan
enggagement dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk
mendapatkan penyelesaian terbaik. Walau bagaimanapun,
selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan
Persekutuan, taraf kewarganegaraan seseorang individu
ditentukan berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan ibu
bapa kandung dan status perkahwinan yang sah mengikut
undang-undang yang sedang berkuatkuasa sewaktu kelahiran
berlaku.

Untuk makluman juga, bagi kanak-kanak bertaraf bukan


warganegara, adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya ibu
bapa atau penjaga untuk menguruskan dokumen pengenalan
diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal kanak-kanak
bagi mengelakkan isu keberadaan yang tidak sah di negara ini.

Setiap permohonan kewarganegaraan yang diterima oleh KDN


akan diproses dengan teliti dalam memastikan setiap
permohonan berkenaan memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan dalam Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan.

635
Sukacita diingatkan

bahawa syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perlembagaan


Persekutuan hanya melayakkan permohonan dikemukakan
tetapi tidak menjamin bahawa permohonan akan diluluskan.
Ingin ditegaskan bahawa penganugerahan kewarganegaraan
Malaysia merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif
Kerajaan Persekutuan yang tidak ditawarkan dan diberikan
dengan sewenang-wenangnya.

SOALAN 4 : Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan dalam


meluaskan kawasan tarikan pelancongan dalam Negeri ? Jika
ada, sila nyatakan kawasan-kawasan baru dengan produk-
produk tertentu yang ingin ditonjolkan dalam industri
pelancongan.

JAWAPAN : Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mengembangkan


sektor pelancongan. Pada masa kini, Kerajaan Negeri sedang
mengenalpasti produk - produk pelancongan yang bercirikan
Islamik untuk diperkenalkan sebagai Pelancongan Islamik.
Produk terbaru yang diperkenalkan adalah Muslim Tour Guide
(MTG) di masjid yang terpilih iaitu di Masjid Tengku Tengah
Zaharah, Masjid Zainal Abidin, Masjid Kristal dan Masjid Kayu.

SOALAN 5 : Apakah target majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang


hendak dicapai untuk Sukan Malaysia ( SUKMA) yang ke-20
akan datang di Johor Darul Takzim?.

JAWAPAN : Kerajaan Negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri


Terengganu (MSNT) In SyaAllah telah mensasarkan untuk
mengekalkan Kejuaraan Keseluruhan di SUKMA ke-20
di Johor Darul Takzim pada tahun hadapan 2020 ini. Hasrat ini
telah dimaklum, difahami dan diyakini dengan terperinci
kepada semua pasukan sukan yang bakal dipertandingkan di
Johor melibatkan persatuan-persatuan sukan negeri,
pengurus-pengurus pasukan, jurulatih-jurulatih, pegawai-
pegawai dan semua atlet yang terpilih. Sebagai pelambangan
kepada misi kali ini, MSNT telah memperkenalkan tagline
“2020 VICTORY MISSION” dan telah digunakan
bermulanya program berjalan.

636
MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI


BILANGAN 5.1.9

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH


Y.B. IR. SAIFUL AZMI BIN SUHAILI
ADUN KEMASIK

SOALAN 1 : Apakah perancangan dan inisiatif kerajaan negeri untuk


menjadikan tempat-tempat bersejarah dan warisan sebagai
tarikan baharu pelancongan bersejarah/warisan (Heritage
Tourism) dan berapakah peruntukan yang mungkin
disediakan?

JAWAPAN : Kerajaan Negeri bersama Jabatan Warisan akan


mengenalpasti tapak yang sesuai bagi diwartakan tempat-
tempat yang bersejarah. Jabatan Warisan Negara (JWN) telah
mencadangkan Istana Maziah yang telah menepati kriteria di
bil (1) dan Kerajaan Negeri bersama Jabatan Warisan masih
dalam perancangan dan perbincangan termasuk peruntukan
bagi mewartakan cadangan tempat yang memenuhi kriteria.
Jabatan Warisan Negara (JWN) sebuah agensi yang
bertanggungjawab dan memegang amanah untuk memulihara
dan memelihara warisan negara yang terdiri daripada
warisan ketara dan tidak ketara berdasarkan kepada Akta
Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Akta ini yang
memperuntukan berkaitan pemuliharaan,pemeliharaan dan
perlindungan Warisan Kebangsaan, warisan semula jadi,
warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan
kebudayaan di bawah air, harta karun dan bagi perkara-
perkara yang berkaitan serta Orang Hidup. Seksyen 67, Akta
645 memberi peruntukan kepada Yang Berhormat Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk

637
mengisytiharkan status Warisan Kebangsaan terhadap mana-
mana butiran Warisan dan Orang Hidup.

SOALAN 2 : Apakah perancangan dan inisiatif kerajaan negeri untuk


menarik golongan belia menceburi sektor pertanian dan
perikanan yang berimpak tinggi secara lebih serius untuk
jangka masa panjang?

JAWAPAN : Perancangan dan inisiatif kerajaan negeri untuk menarik


minat golongan belia menceburi sektor pertanian dan
perikanan yang berimpak tinggi secara lebih serius untuk
jangka masa panjang adalah berdasarkan Pelan Strategik
Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023 yang menggariskan
hala tuju sektor pertanian untuk tempoh 5 tahun. Antara
perancangan dan inisiatif tersebut adalah sebagaimana
berikut:

a. Penggunaan teknologi dalam sektor tanaman bagi


menggantikan tanaman secara konvensional seperti
teknologi fertigasi dan penggunaan teknologi terkini bagi
meningkatkan kualiti dan produktiviti sektor perikanan
tangkapan negara.

b. Inisiatif yang disediakan adalah penyediaan skim


pinjaman tanpa faedah, bantuan input, bantuan khidmat
nasihat, bimbingan dan kursus jangka pendek dan
jangka panjang.

SOALAN 3 : Apakah kerajaan negeri berhasrat untuk meningkatkan


ekonomi desa dengan memperkasakan hasil produk
tempatan setiap kawasan supaya lebih kompetitif dan
berimpak tinggi?

JAWAPAN : Selain daripada program Satu Daerah Satu Industri (SDSI),


Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) juga
turut menyediakan skim-skim pembiayaan kepada usahawan
dan peniaga. Untuk meningkatkan ekonomi desa, mereka

638
layak untuk memohon mana-mana skim yang ditawarkan
tertakluk kepada syarat-syarat permohonan skim-skim yang
disediakan iaitu:

i. Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu


(SP3T)

ii. Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT)

iii. Tabung Siti Khatijah (TSK)

iv. Skim Pembiayaan Mobile Truck (SPMT)

v. Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu (DUIT),


iaitu Program Gerai Maju dan Bantuan Perniagaan
Penjaja Kecil.

vi. Dana Prihatin Terengganu untuk usahawan OKU iaitu


(D’HATI)

Usahawan dan peniaga juga diberi bimbingan melalui


seminar dan kursus untuk memperkasakan hasil produk
tempatan oleh YPU, FAMA, MARA dan MATRADE serta
agensi-sgensi dibawah Urusetia Pembangunan
Usahawan Terengganu (PEUTER), yang dianggotai oleh
37 agensi persekutuan dan negeri.

639
MESYUARAT PERTAMA
PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS
PADA 1 HINGGA 4 APRIL 2019

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI


BILANGAN 5.1.10

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH


Y.B. HAJAH ZURAIDA BINTI MD NOOR
ADUN WAKIL WANITA

SOALAN 1 : Berapakah kes keganasan rumahtangga di Negeri Terengganu


pada tahun 2018? dan apakah pendekatan Kerajaan untuk
mengatasi permasalahan tersebut?

JAWAPAN : Jumlah kes keganasan rumah tangga di negeri Terengganu


pada tahun 2018 adalah sebanyak 254 kes.

Antara pendekatan Kerajaan Negeri bagi membendung


permasalahan ini adalah menerusi tindakan dan kerjasama
jabatan-jabatan kerajaan. Antaranya ;

i. Menerusi YPK, diwujudkan program-program seperti


Pasca Perkahwinan “Keluarga Jannah”, Forum Perdana
Kekeluargaan dan Pasca Perkahwinan “2nd Honeymoon”.

ii. PDRM pula mengambil pendekatan dengan melaksanakan


program yang melibatkan kerjasama jabatan dan pihak
NGO seperti program Women Awareness Campaign
(WAC) berbentuk, seramah, forum serta pameran yang
berbentuk kesedaran kepada kaum wanita.

iii. Pihak Jabatan Pembangunan Wanita  (JPW) pula ada


mengadakan program Literasi Undang-Undang yang
berhasrat memberikan wanita  kesedaran tentang hak

640
mereka sebagai isteri dalam aspek agama dan undang-
undang. 

iv. Jabatan Kebajikan Masyarakat, melalui Seksyen 11 Akta


Keganasan Rumah Tangga (Pindaan 2017) juga
menyediakan program pemulihan, nasihat dan kaunseling
oleh pegawai kaunselor JKM dengan persetujuan
mangsa.

Pendekatan kerajaan negeri melalui Yayasan


Pembangunan Keluarga (YPK) bagi menangani
permasalahan tersebut dengan mengadakan program-
program sebagaimana berikut :-

1. Pasca Perkahwinan “Keluarga Jannah”

i. Membentuk paradigm kasih sayang serta suasana


rumahtangga yang lebih kondusif dan dirahmati
Allah.

ii. Mendedahkan persekitaran hidup berkeluarga dan


apakah cabaran yang bakal dihadapi.

iii. Mendedahkan petua-petua mengukuhkan


kebahagiaan dan keharmonian pasangan &
keluarga.

2. Forum Perdana Kekeluargaan

i. Memberi kesedaran dan motivasi tentang


tanggungjawab / peranan ibubapa sebenar bagi
mewujudkan sebuah keluarga bahagia.

ii. Memahami konsep model sebuah keluarga bahagia


dan masyarakat penyayang melalui sikap kecaknaan
sesama sendiri.

3. Pasca Perkahwinan “2nd Honeymoon”

641
i. Meningkatkan penguasaan ilmu kekeluargaan,
pengurusan minda dan emosi serta sikap positif ke
arah memantapkan dan meningkatkan hubungan
suami isteri.

ii. Membina keluarga yang utuh, penyayang, bahagia


dan sejahtera melalui pengurusan masa dan
sumber kewangan keluarga yang terancang.

Jumlah Kes Keganasan rumahtangga di Negeri


Terengganu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan jumlah kes


keganasan rumahtangga di negeri Terengganu pada tahun
2018 adalah sebanyak 254 kes. Pecahan mengikut daerah
adalah, Daerah Kuala Terenganu sebanyak 85 kes, Dungun 53
kes, Hulu Terengganu 36 kes, Besut 24 kes, Kemaman 21
kes, Setiu 18 kes dan Marang 17 kes.

Pendekatan kerajaan untuk mengatasi masalah


keganasan rumahtangga

Pihak PDRM telah mengambil pendekatan untuk memberi


kesedaran kepada masyarakat dengan mengadakan ceramah-
ceramah, pameran dan juga slot melalui radio RTM
Terengganu.
Cawangan siasatan seksual, wanita dan kanak-kanak (d11)
jabatan siasatan jenayah, ibu pejabat polis kontinjen
Terengganu juga telah mengadakan program Women
Awareness Campaign (WAC) dengan mengadakan
ceramah dan juga pameran kepada masyarakat tentang
keganasan rumahtangga.

Mengikut kajian punca kejadian keganasan rumahtangga di


Terengganu pada tahun 2018 paling banyak adalah
disebabkan oleh pengaruh dadah iaitu sebanyak 134, dan
diikuti oleh perselisihan faham.

Pihak Jabatan Pembangunan Wanita memandang

642
serius tentang isu keganasan rumahtangga kerana mangsa

iaitu wanita sering berdiam diri atau lambat mengambil

tindakan apabila didera. Sehubungan itu, pihak Jabatan

Pembangunan Wanita  mengadakan program Literasi Undang-

undang yang berhasratmemberikan wanita  kesedaran

tentang hak meraka sebagai isteri dalam aspek agama dan

undang- undang.  Pada tahun 2018, Pejabat Pembangunan

Wanita Negeri Terengganu telah menjalankan tiga (3)

Program Klinik LUU. Pada Tahun 2019, Pejabat Pembangunan

Wanita Negeri Terengganu merancang untuk mengadakan

empat (4) Klinik LUU.

Klinik LUU yang pertama akan diadakan pada 7 Mac 2019.

Selain daripada pengisian bercorak pendidikan kesedaran

wanita, Pejabat Pembangunan Wanita turut

mengadakan   Program WAJA (Wanita Anti Jenayah) yang

dirancang diadakan dengan kerjasama PDRM, SPRM, Suk

Negeri Terengganu, LPPKN dan JKM. Demosntrasi

keselamatan yang   berbentuk pertahanan diri turut diadakan

semasa program berlangsung. Pada     tahun 2019, pihak

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu merancang

643
untuk  mengadakan program di empat (4) Parlimen terpilih.

Program WAJA siri 1 akan diadakan pada 28.03.2019.

644
Melalui JKM, menurut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) Seksyen 2, tafsiran Keganasan Rumah Tangga ialah
bermaksud sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal, mencederakan mangsa secara fizikal,
memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak tidak
melakukannya. Selain itu, keganasan rumah tangga seperti mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa dan melakukan
khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa. Keganasan rumah tangga boleh
dilakukan oleh seseorang isteri atau suaminya, bekas isteri atau suaminya, kanak- kanak, orang dewasa tidak berkeupayaan atau
mana- mana anggota lain keluarga. Berikut jumlah kes keganasan rumah tangga sebagaimana Rajah 1:

Rajah 1 : Jumlah kes keganasan rumahtangga bagi tahun 2017 sehingga tahun 2018

Tahun 2017 Tahun 2018

Daerah/ JKM Rujuk ke Rujuk ke JKM Rujuk ke Rujuk ke


Tahun Pejabat Biro Bantuan Pejabat Biro
Advokasi Kaunseling Advokasi Kaunseling
Agama Guaman Agama Bantuan
Guaman
Kuala 1 0 0 0 6 1 1 1
Terengganu
Kemaman 0 0 0 0 4 2 0 0
Marang 0 0 0 0 0 0 0 0
Dungun 7 0 0 0 0 0 0 0
Hulu 0 0 0 0 2 0 0 0
Terengganu
Besut 4 0 0 0 0 0 0 0
Setiu 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 12 0 0 0 12 3 1 1

645
Bidang Kuasa JKM Dalam Menangani Kes Keganasan
Rumahtangga

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil beberapa


pendekatan dalam menangani kes melibatkan keganasan
rumahtangga. Antaranya ialah :

a) Memohon pihak mahkamah mengeluarkan perintah


perlindungan interim (IPO) kepada mangsa bagi
menghalang orang yang terhadapnya perintah itu
dibuat daripada menggunakan keganasan rumah
tangga terhadap mangsa.

b) Memohon mahkamah mengeluarkan perintah


perlindungan (PO) apabila melibatkan aduan keganasan
rumahtangga kepada mangsa yang mana perintah
perlindungan berkuatkuasa selama sesuatu tempoh
tidak melebihi dua belas bulan.

c) Pegawai JKM juga boleh mengeluarkan perintah


perlindungan kecemasan (EPO) dan boleh dimohon
bila- bila masa oleh mangsa dan perlindungan sah
selama 7 hari dari tarikh pengeluaran perintah
perlindungan kecemasan.

d) Pihak JKM mempunyai 43 tempat selamat bagi


perlindungan mangsa di seluruh Malaysia iaitu di mana-
mana rumah atau institusi yang telah diluluskan oleh
Menteri. Tempat selamat di Terengganu ialah di Taman
Sinar Harapan Bukit Besar, Kuala Terengganu dan
Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang. Selain itu,
tempat selamat di negeri terdekat ialah Rumah Seri
Kenangan Taman Kemumin Kota Bharu , Kelantan dan
Desa Bina Diri Jerantut, Pahang.

Selain itu, pihak JKM juga melalui Seksyen 11 Akta


e) Keganasan Rumah Tangga (Pindaan 2017) juga
menyediakan program pemulihan dan kaunseling oleh
pegawai kaunselor JKM dengan persetujuan mangsa.

646
f) Pihak JKM juga memberi perkhidmatan khidmat
bimbingan dan nasihat kepada mangsa. Selain itu,
merujuk kes – kes berkaitan kepada jabatan lain yang
bersesuaian dengan kes mangsa seperti pejabat
agama, biro bantuan guaman dan lain- lain.

g) Aduan keganasan rumah tangga boleh disalurkan oleh


masyarakat melalui Talian Kasih iaitu di nombor talian
15999 untuk diambil tindakan secara segera dan
pantas dalam menangani isu tersebut.

SOALAN 2 : Gelandangan menjadi satu masalah sosial kerana


keadaan hidup golongan ini mendedahkan mereka
kepada pelbagai gejala sosial. Berapakah jumlah
gelandangan yang direkodkan di Negeri Terengganu?
Dan apakah pendekatan untuk mengatasi permasalahan ini?

JAWAPAN : Sehingga kini, berdasarkan rekod yang didapati menerusi


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah gelandangan
yang didapati di negeri Terengganu adalah seramai 148
orang yang turut diklasifikasikan sebagai pengemis.

Antara pendekatan yang telah dibuat oleh JKM bagi


membendung peningkatan golongan ini adalah menerusi
operasi-operasi sebagaimana berikut ;

1. Operasi Bersepadu

Dilaksanakan dengan melibatkan pelbagai agensi


kerajaan seperti, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis
Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Negeri, Agensi
Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan Negeri,
Jabatan Pendaftaran Negara, Pihak Berkuasa
Tempatan, MAIDAM dan lain-lain agensi yang
berkaitan.

2. Operasi Berkala/ Berjadual

Bertindak mengikut jadual yang ditetapkan oleh


Jabatan Kebajikan Masyarakat disertai oleh satu atau
dua agensi yang dipilih.

647
3. Ad. Hoc/ Mengejut

Bertindak atas aduan awam yang diterima.

Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka (Kamus Dewan Edisi


Keempat), gelandangan ialah orang yang pekerjaannya atau
tempat tinggalnya tidak tetap. Selain itu, gelandangan juga
turut dikenali sebagai tunawisma. Kategori gelandangan yang
diselamatkan adalah terdiri daripada pengemis, pesakit
mental, penagih dadah, pengidap penyakit berjangkit (Tibi,
dll), mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal dan warga
asing

Bidang Kuasa JKM Dalam Menangani Gelandangan

Mengikut Akta Orang Papa 1977, maksud gelandangan tidak


termaktub di bawah akta ini. Walaupun begitu, pihak JKM
sering mengetuai operasi bersama dengan agensi- agensi lain
dalam menangani isu ini. Mengikut Seksyen 2 Akta Orang
Papa 1977 “ orang papa” ertinya ialah :-

a) Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat


awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau
mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang yang
lazim mengunjungi tempat itu atau pun hingga
menimbulkan kacau ganggu; atau

b) Seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat


awam, samada atau tidak dia mengemis, yang tidak
mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau
tempat tinggal atau yang tidak dapat
menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.

Pihak JKM melalui operasi menyelamat orang papa, pengemis


dan peleseran setakat Disember 2018, melalui semakan tiada
golongan gelandangan yang didapati memandangkan
orang yang diselamatkan mempunyai tempat tinggal, waris
dan keluarga selain itu juga dirujuk kepada jabatan yang

648
bersesuaian dengan situasi, kesihatan dan warganegara orang
papa dan pengemis semasa operasi menyelamat
dilaksanakan. Data operasi menyelamat orang papa adalah
sebagaimana Rajah 1 dan jumlah pengemis yang berjaya
diselamatkan mengikut daerah di Negeri Terengganu dari
tahun 2016 sehingga 2018 sebagaimana Rajah 2.

Kaedah Menyelamat Orang Papa

1. Operasi Bersepadu
Dilaksanakan dengan melibatkan pelbagai agensi
kerajaan seperti, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis
Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Negeri, Agensi Anti
Dadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan
Pendaftaran Negara, Pihak Berkuasa Tempatan,
Maidam dan lain-lain agensi yang berkaitan.

2. Operasi Berkala/Berjadual
Bertindak mengikut jadual yang ditetapkan oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat disertai oleh satu atau
dua agensi yang dipilih.

3. Ad. Hoc/Mengejut
Bertindak atas aduan awam yang diterima.

Rajah 1 : Kaedah Menyelamat Orang Papa 2018

BIL JENIS OPERASI SETAKAT DIS 2018

1. Operasi Bersepadu 7
2. Operasi Berjadual 175
3. Ad hoc/Mengejut 99

Jumlah gelandangan di seluruh Negeri Terengganu melalui


statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
dari bulan Januari sehingga Oktober 2018 adalah
sebanyak 148 orang pengemis yang berjaya diselamatkan.
Sebanyak 257 operasi berjadual, 9 operasi bersepadu
melibatkan inter-agensi telah dijalankan oleh JKM di mana

649
seramai 102 orang adalah warga tempatan manakala 46
orang adalah warga asing.

Tindakan yang dilakukan oleh JKMN dalam membendung


pengemis dan gelandangan yang diselamatkan ialah:

1. Mengembalikan mereka kepada keluarga jika dapat


dikesan.

2. Bagi gelandangan atau pengemis yang mempunyai


masalah mental, tindakan selanjutnya akan diambil oleh
pihak Jabatan Kesihaatn Negeri manakala gelandangan
yang mempunyai masalah dadah akan diambil alih
tindakannya oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan
(AADK).

3. Pengemis atau geladangan warga negara diperintahkan


masuk ke Desa Bina Diri selama 3 tahun bagi yang
berumur bawah 60 tahun manakala yang berumur lebih
60 tahun dihantar ke Rumah Seri Kenangan untuk
menjalani latihan vokasional, kerohanian, riadah &
sosial, kaunseling dan bimbingan, integrasi, masyarakat
dan sebagainya.

4. Pengemis warga asing dan pemegang kad UNHCR


diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan
selanjutnya.

5. Mewujudkan biodata geladangan disetiap daerah dan


negeri serta tindakan yang telah diambil terhadap
mereka setakat ini.

Kesimpulannya pihak JKMN dari semasa ke semasa


akan terus menjalankan operasi bagi membendung isu
peminta sedekah dan gelandangan ini.

650
KESIMPULAN

Masalah gelandangan didapati tidak berlaku di Negeri


Terengganu memandangkan melalui operasi menyelamat
yang dijalankan hanya pengemis sahaja yang berjaya
diselamatkan. Mereka yang tidur di stesen-stesen bas
ataupun masjid selama tempoh sehari sehingga dua hari
contohnya pemandu teksi sebenarnya mempunyai rumah
sebagai tempat tinggal. Walaubagaimanapun, pemantauan
sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa oleh pihak jabatan
kami.

651
Rajah 2 : Jumlah gelandangan yang diselamatkan di seluruh Negeri Terengganu mengikut pecahan daerah
dari tahun 2016 – 2018
TAHUN 2016 2017 2018
Bil Daerah Jumlah Warga Bukan Gelan- Jumlah Warga Bukan Gelan- Jumlah Warga Bukan Gelan-
Pengemis Negara W/negara dangan Pengem Negara W/negar dangan Pengem Negara W/negar dangan
is a is a
1 Kuala 60 38 22
Terengga 61 38 21 0 58 37 21 0 0
nu
2 Kemaman 24 12 12
15 8 7 18 8 10
0 0 0
3 Besut 2 2 0
4 2 2 3 1 2
0 0 0
4 Dungun 40 38 2
44 41 3 43 40 3
0 0 0
5 Hulu 0 0 0
Terengga 0 0 0 0 0 0 0 0 0
nu
6 Marang 0 0 0
0 0 0 0 0 0
0 0 0
7 Setiu 0 0 0
0 0 0 0 0 0
0 0 0
8 Kuala 22 12 10
15 10 5 18 12 6
Nerus 0 0 0
JUMLAH 139 99 38 140 98 42
0 0 148 102 46 0

*Operasi menyelamat yang dijalankan menunjukkan tiada gelandangan yang diselamatkan dan hanya pengemis yang berjaya diselamatkan
oleh jabatan sehingga Disember 2018 sebagaimana Akta Orang Papa 1997.

652
SOALAN 3 : Berapakah bilangan anak tidak sah taraf yang direkodkan
di Negeri Terengganu mengikut pecahan daerah pada tahun
2018?

JAWAPAN : Jumlah kelahiran yang didaftarkan sebagai anak tidak sah


taraf bagi tahun 2018 di Terengganu adalah sebanyak 899
orang. Daripada jumlah tersebut, maklumat terperinci
berdasarkan pecahan daerah adalah seperti berikut:

DAERAH (TERENGGANU) JUMLAH


Besut 155
Dungun 130
Hulu Terengganu 34
Kemaman 192
Kuala Terengganu 319
Marang 28
Setiu 41
JUMLAH 899

Istilah anak tidak sah taraf yang digunakan oleh Jabatan


Pendaftaran Negara (JPN) adalah merujuk kepada kanak-
kanak dilahirkan oleh:-

1. Pasangan tidak berkahwin; atau

2. Pasangan tidak mendaftarkan perkahwinan mengikut


peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di
Malaysia;

Merujuk kepada keutusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa


Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003, bagi pasangan
beragama Islam, anak yang dilahirkan tidak mencukupi enam
bulan Qamariah dan dua lahzah daripada tarikh perkahwinan
juga dikategorikan sebagai anak tak sah taraf.

SOALAN 4 : Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengetengahkan


produk-produk tempatan terutama yang diusahakan oleh
penduduk setempat bagi memasarkan di pasaran sama ada di
peringkat negeri atau luar negara?

JAWAPAN : * Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan


Usahawan (YPU) Terengganu, menawarkan beberapa
Skim Bantuan Pembangunan Produk iaitu:

i. Bantuan Bar kod

653
20 nombor bar kod diberi secara percuma kepada
usahawan

ii. Fakta Nutrisi


YPU akan membiayai sebanyak 50% dan usahawan
50% atau RM 80 - RM 120 (mengikut kategori
produk).

iii. Bantuan Pembungkusan dan Perlabelan


Produk
YPU membiayai 50% atau maksima RM2,500.00
atau mana yang lebih rendah.

* Selain daripada itu, YPU juga memberi kerjasama


menjayakan dasar dan hasrat kerajaan dalam
menggalakkan penyertaan usahawan Bumiputera di
pasaran tempatan dan antarabangsa. Pelawaan
usahawan supaya melibatkan diri secara langsung
menerusi ‘showcase’ atau pun pameran-pameran yang
dianjurkan oleh pihak Kerajaan atau dianjurkan secara
bersama dengan syarikat swasta. Di samping penyertaan
dalam pameran, program pemadanan perniagaan
(business matching) yang diadakan serentak
membolehkan pihak usahawan membuat hubungan awal
dengan bakal pembekal Bumiputera yang berpotensi.

* Penyediaan peruntukan dan juga sebagai pemudah cara


kepada pengusaha kecil dan sederhana untuk
mendapatkan pensijilan yang disyaratkan bagi
memasarkan produk mereka samada di dalam atau di
luar Negara sebagaimana berikut:-

i. Pensijilan Halal

ii. GMP/HACCP

iii. Sijil KKM

SOALAN 5 : Bagaimana untuk membantu golongan pelajar di Terengganu


yang tercicir dari segi akademik, apakah saranan pihak
Kerajaan untuk membantu golongan ini? dan berapakah
jumlah pelajar yang tercicir di Negeri Terengganu ini mengikut
pecahan daerah pada tahun 2017 dan 2018?

JAWAPAN : Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menjalankan


usaha bersepadu untuk membendung masalah keciciran.

654
Antaranya:-

a. Intervensi peningkatan kehadiran murid di peringkat jabatan,


Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.

b. Pengurusan sekolah dan guru- melakukan lawatan ke rumah


murid yang yang tidak hadir sekolah dalam suatu tempoh
yang lama dan berisiko cicir.

c. TABUNG SAYANG DI SAYANG diwujudkan untuk membantu


murid yang kurang berkemampuan dan masalah kesihatan.

d. Program Ziarah Cakna oleh guru ke rumah murid mengikut


keperluan.

e. Program Jom Ke Sekolah – meningkatkan kehadiran.

f. Kempen sifar buang sekolah – melibatkan pengurusan


sekolah, ibu bapa masyarakat.

g. Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) kepada


murid yang dikenalpasti berisiko cicir tetapi berminat
mengikuti kursus kemahiran di industry yang terpilih selama 3
hari di industry dan 2 hari di sekolah.
(8 buah sekolah rintis).

h. Pendedahan peluang-peluang kursus kemahiran kepada


murid-murid yang lemah penguasaan akademik.

Data Keciciran tahun 2017 dan 2018

PPD 2017 2018 JUMLAH


BESUT 466 792 1258
DUNGUN 302 338 640
HULU TERENGGANU 182 282 464
KEMAMAN 359 718 1077
KUALA NERUS 272 341 613
KUALA TERENGGANU 418 549 967
MARANG 181 304 485
SETIU 137 240 377
JUMLAH 2317 3564 5881

655
656

Anda mungkin juga menyukai