Anda di halaman 1dari 5

PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En.

Abd Rahman b Halip, Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh dan dif-dif jemputan. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua, Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. *************************************************** * Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Yang Berbahagia En Abd Walid B Abd Malik, Yang Dipertua PIBG SK Bukit Cermin Yang Berbahagia Tn Hj Wahid B Mustakim, Guru Besar SK Bukit Cermin Guru-guru Penolong Kanan, Pn Masturainy Bt Mohamed Taha, Pn Zaleha Bt Beseri dan Pn Nor Masitah Bt Ab Salam. Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SK Bukit Cermin, guruguru, para ibu bapa dan hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan Yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini. Kita berhimpun kali ini untuk satu pertemuan keluarga besar, Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Cermin kali ke 7 pada 2012. Pihak majlis serta seluruh warga SK Bukit Cermin berbesar hati mengucapkan selamat datang kepada Yang Berbahagia En Abd Walid B Abd Malik serta mengalu-alukan kedatangan semua jemputan yang hadir. *************************************************** * Tuan-tuan dan puan-puan hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Majlis bermakna pagi ini kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari Yang Maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Mohd Farid b Zahari bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan Al-fadhil Ustaz. Terima kasih Al-fadhil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung. *************************************************** * Sampai masa yang kita nantikan untuk mendengar amanat dan pesanan, lontaran idea dan gagasan

dari Yang Dipertua PIBG SK Bukit Cermin. Bagi maksud itu, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia En Abd Walid B Abd Malik untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG atas ucapan yang telah disampaikan. Semoga kata ucapan, amanat dan pesanan sebentar tadi dapat kita hayati bersama. *************************************************** * Meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Wahid B Mustakim, Guru Besar SK Bukit Cermin selaku penasihat PIBG untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji atas ucapan sebentar tadi.

*************************************************** * Sungguh indah bunga kemboja, Di bawah atap tepi halaman, Juadah sudah letak di meja, Sudilah santap tuan budiman. Kini, majlis dengan berbesar hati menjemput tuan puan dan hadirat hadirin sekalian ke kantin/dewan terbuka untuk menjamu selera dengan juadah yang tidak seberapanya dari kami, SK Bukit Cermin. Tuan-puan dan semua hadirin dijemput dan diminta kembali ke dewan ini untuk acara seterusnya dalam masa (..) (30 minit) dari sekarang. Tuan-puan dan semua hadirin dijemput ke kantin Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai