Anda di halaman 1dari 66

Bab 4

Dapatan kajian

4.0 Pendahuluan

Sejak zaman berzaman untuk meneruskan kelangsungan hidup, manusia memerlukan

beberapa keperluan seperti makanan, minuman, pakaian, dan perlindungan. Keperluan

bertambah setapak demi setapak dan bertambah maju. Keperluan-keperluan itu timbul

apabila mereka gagal atau tidak mampu memberi jawapan kepada misteri alam.

Lantaran itu, timbul kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib yang dipercayai


mencetuskan dan sebagai penyebab sesuatu kejadian yang tidak terjawab oleh

manusia itu sendiri.

Seterusnya mereka berusaha dan berikhtiar serta mengisi jawapan untuk

mengatasi dan menjawab yang masalah yang diwujudkan oleh alam tadi. Dengan itu

terciptalah pelbagai barang yang dalam konteks sekarang kita anggap sebagai seni.

Pada awalnya bentuk sangat mudah. Lama-kelamaan reka bentuk barang tersebut

semakin berubah. Misalnya diukir dan dihias dan sebagainya.

Dengan itu maka timbul bentuk- bentuk ukiran yang terpahat pada barang-

barang keperluan manusia. Motif-motif ukiran tersebut adalah disedut daripada alam

sekeliling samada motif binatang (fauna) ataupun tumbuhan (flora). Aktiviti mengukir

ini terus berkembang hingga ke hari ini disebabkan adanya pembelajaran tidak formal

telah dilakukan oleh orang-orang dulu kepada generasi seterusnya. Orang zaman dulu

biasanya akan mewariskan semua kemahiran yang dimiliki oleh mereka kepada anak

atau cucu mereka untuk meneruskan lagi kemahiran yang sedia ada.
4.1 Konsep Ukiran Iban

4.1.1 Konsep status sosial

Ukiran dalam masyarakat ini dikonsepkan sebagai mencerminkan ‘status

sosial’ yang diadaptasikan dan dipersetujui dalam lingkungan budaya

masyarakat rumah panjang. Hanya orang yang berkedudukan tinggi sahaja

layak menghias rumah dan peralatan mereka dengan ukiran tertentu. Misalnya

orang yang miskin tidak dibenar motif-motif tertentu seperti motif naga,

harimau, dan Antu gerasi. Jika melawan arahan tersebut boleh menyebab umur

pendek atau gila. Semua pantang larang ini akan diajar serta diberitahu kepada

golongan muda supaya mereka buta dengan budaya sendiri. Ibu bapa atau tuai

rumah akan menggunakan pelbagai kaedah untuk memberitahu kepada anak

atau cucu mereka berkaitan dengan setiap pantang larang yang perlu dipatuhi.

4.1.2 Konsep ikatan rumah panjang

Ukiran yang bersimpul-simpul yang disedut dari alam keliling mereka adalah

sebagai pegangan utama pengukir yang merupakan pancaran kehidupan

masyarakat rumah panjang yang saling tolong-menolong samada dalam

keadaan kesusahan atau senang.


4.1.3 Konsep media komunikasi dan identiti

Ukiran juga dijadikan sebagai media komunikasi yang boleh menyampai adat-

istiadat, pantang larang, kasih sayang dan sebagainya. Misalnya perlu

menghormati dan membezakan kedudukan ketua, orang biasa, hamba dan

musuh dari kawasan yang lain. Secara langsung ukiran itu boleh dijadikan

sebagai identiti kaum untuk memudahkan mengesan antara musuh atau bukan

ketika dalam medan berperang (ngayau) pada zaman dahalu.

4.1.4 Konsep psikologi

Ukiran pada terabai (perisai) dan parang Ilang dengan motif-moti tertentu akan

menakutkan lawan atau musuh mereka. Misalnya hanya orang yang berani dan

gagah perkasa serta pewira yang layak memiliki motif seperti motif kepala

naga, harimau dan Antu gerasi. Apabila musuh terserempak dengan ukiran

terabai atau parang Ilang yang begitu hebat ukirannya akan memberi kesan

psikologi bahawa orang yang tersebut bukan orang sebarangan dan tidak

mampu untuk dilawan.

4.2 Sejarah Awal Ukiran Iban

Setiap suku kaum di Malaysia mempunyai asal usulnya tersendiri tentang seni ukiran.

Begitu juga dalam masyarakat Iban di Sarawak. Pelbagai persoaalan harus


ditimbulkan. Bilakah dan bagaimana masyarakat ini mula mengukir.? Adakah

disebabkan mimpi nenek moyang atau atas daya kreativiti diri mereka sendiri.?

Adakah mereka mengukir kerana mereka ini hanya semata-mata menyukai perhiasan

atau kerana kehendak dewa-dewa mereka.? Adakah cuma meniru amalan dewa-dewa

dari Panggau Libau atau peniruan daripada benua-benua lain pada masa lampau.?

Untuk mengupas persoalan ini perlu dilihat asal-usul ukiran masyarakat Iban seperti

berikut.

4.2.1 Sumber Sastera

Lagenda “ dewa Keling”

Lagenda dewa Keling yang dikatakan berasal dari Panggau Libau amat

mempengaruhi kefahaman spiritual dan mental masyarakat ini. Malah

kepewiraan dan keistimewaan watak keling itu masih lagi dijadikan lambang

masyarakat Iban. Mengikut lagenda di Panggau Libau hanya Keling Gerasi

Nading dan pewira-pewira yang lain seperti Bungai Nuing (Nama samaran -

Bujang Berani Kempang), Sempurai (Nama samaran -Manok Tatai Biring

Gerunggang), Laja (Nama samaran- Lau mua, penyampau leka balang

berang), Sepungga (Nama samaran-Aka sebila Daun Isang), dan Pandak

Segatak (Nama samaran- rentak-rentak kaki manok manang)


Lagenda Rawing ditawan Raja Merom

Dikatakan pada zaman dahulu Rawing ditangkap oleh hulu balang Raja

Merom semasa beliau tidur. Dikatakan Rawing ialah orang Iban yang

berpengaruh di daerahnya dan kewibawaannya boleh menggugat kedudukan

Raja Merom dari seberang tasik jauh. Rawing ditangkap dan dikurung di

Istana Raja Merom di bilik khas. Apabila dikurung Rawing sangat sedih

kerana berada jauh dengan ibubapa. Lantaran itu Rawingpun mula melukis

untuk menghiburkan hatinya di dalam bilik khas tempat beliau dikurung. Niat

jahat Raja Merom hilang kerana terpukau melihat kehebatan lukisan Rawing.

Raja tersebutpun tidak jadi membunuh Rawing tetapi disebaliknya

melantiknya sebagai ketua menjaga hamba abdi di Istana. Raja Merom juga

dijadikan sebagai pelukis Istana. Selepas siap melukis Istana maka Raja

Merom dibenar balik ke rumah panjangnya dengan dihadiahkan sebuah kapal

peralatan di-Raja seperti Gong tawak, dan canang. Raja Merom juga

bersumpah tidak akan menyerang kaum Iban dan disebaliknya memberi

jaminan menjaga keselamatan kaum ini apabila berada dalam kesusahan.

Apabila pulang keluarganya dan seluruh rumah panjang terkejut kerana

selama ini telah menyangka Rawing sudah mati ditawan. Dari lagenda ini

maka ukiran Iban tersebut terus dipraktikan sampai ke hari ini.


Implikasi Asal-usul Lagenda ukiran Rawing di Istana Raja Melayu dan

Kerajaan Yunani

Adakah Raja Merom yang tercetus dalam lagenda Rawing itu dari Kerajaan

Rom/Yunani.? Bolehkah dikatakan asas ukiran Istana di Yunani itu adalah

aliran ukiran Rawing ketika beliau ditawan. Atau adakah Raja Merom itu ada

perkaitan dengan Istana Raja Merong Wangsa di Kedah.? Atau perkaitan

sejarah silam Istana Raja Brunei yang mempunyai hubungan politik di Borneo

ketika itu.? Apa sekalipun jawapannya ukiran-ukiran di seluruh alam

Nusantara dan Eropah mempunyai perkaitan yang hampir sama samada dalam

bentuk fauna dan floranya.

Sumber Mimpi

Mimpi Gemong

Ukiran juga dipercayai berasal dari mimpi Gemong. Dicerikan Gemong

berdiang dekat unggun api kerana kesejukan selepas terkena hujan semasa

beliau balik dari huma. Gemong berbaring dan tertidur. Semasa tidur dia

bermimpi berada di sebuah rumah panjang. Dalam mimpinya itu dia melihat

kecantikan rumah panjang dan segala peralatan diukir. Apabila masuk ke

rumah ketua rumah panjang Gemong terpegun melihat ukiran sekeliling bilik

ketua rumah panjang itu. Gemong terus menari-nari. Dalam keasyikan menari

dan kegembiraan kaki Gemong terkena kayu api dekat tempat dia berbaring.
Gemong lalu terkejut lalu terbangun. Apabila bangun Gemong lalu meniru

ukiran seperti yang tergambar dalam mimpinya. Adalah dipercayai sebahagian

dari bentuk dan aliran ukiran yang diwarisi oleh masyarakat Iban hari ini

adalah berasal daripada ukiran mimpi Gemong.

4.3 Jenis Jenis Rekacorak Motif Terabai

4.3.1 Motif “ Antu Gerasi”


Mengikut lagenda atau mitos orang Iban dulu, motif yang diberi nama “antu

gerasi” ini adalah disebabkan adanya kisah dua orang ketua “kayau” yang

bernama Lang Ngindang telah berperang dengan seorang lagi ketua “kayau”

yang bernama Lang Kanchang. Pada saat pertempuran sengit berlangsung,

tubuh Lang Ngindang tiba-tiba mengeletar melihat perisai Lang Kanchang.

Semakin lama dia memerhatikan ukiran itu, Lang Ngindang menjadi takut

hinggakan berdiri bulu romanya. Ia pun ketakutan kerana perisai Lang

Kanchang yang bermotif Iban lelaki. Lain dengan Lang Kanchang, ia tiba-tiba

berasa kagum melihat kecantikan ukiran terabai yang dipegang oleh Lang

Ngindang ketika menatap perisai yang digunakan Lang Ngindang. Perisai

Lang Ngindang yang bermotifkan Iban perempuan telah melunturkan

semangat tempurnya, kerana berasa kasihan dengan musuh.

Legenda orang Dayak Iban tentang pertempuran Lang Ngindang dan

Lang Kanchang ini telah menggambarkan keyakinan suku Dayak Iban pada

motif-motif yang dilukis diatas perisai. Masing-masing motif disimbolkan

sebagai “antu Gerasi” (mahluk supranatural). Bagi orang Dayak Iban, perisai

untuk berperang mempunyai dua jenis ukiran iaitu ukiran gerasi lelaki dan

Perempuan.
Perbedaan jenis ukiran ini bukan dipandang dari segi penggunaannya,

namun dari segi pengaruh kesannya kepada pihak musush ketika melihat

ukiran pada terabai. Motif Ukiran Perisai lelaki dipercayai mempengaruhi

orang agar lemah semangat, sangat takut ketika memandang motifnya.

Sedangkan motif Perisai perempuan, bisa membuat orang yang melihatnya

merasa sayu dan timbul rasa kasihan.

4.3.1.1 Motif “Gerasi Lelaki”

Gerasi lelaki ini adalah sebuah motif yang ada pada terabai untuk

kegunaan berperang ketika dahulu oleh pahlawan iban semasa

menjalankan misi ngayau. Motif gerasi lelaki sangat dipandang tinggi


ketika zaman itu disebabkan mengikut kepercayaan orang iban bahawa

antu gerasi dapat membantu mereka ketika sangat penting (perang).

Motif gerasi lelaki ini dibuat dengan ukiran seorang makhluk manusia

gergasi dimana mempunyai taring runcing yang tajam serta ukiran

yang mengelilinginya agak kompleks dan rumit. Oleh itu, motif ini

sangat memberi kesan kepada penggunanya. Pemilik terabai yang

memiliki motif ini akan lebih bersemangat serta berani untuk

bertempur dengan pihak musuh.


4.3.1.2 Motif “Gerasi Indu”

Motif gerasi indu ini sama juga seperti gerasi lelaki yang digunakan

dalam perperangan. Motif ini yang digunakan adalah sama iaitu antu

gerasi. Namun begitu, motif gerasi indu tidak dibuat agak rumit

ukirannya bagi memberi kesan yang berlainan pada terabai ini.


Ukiran motif gerasi di dalam terabai tersebut tidak ganas seperti gerasi

lelaki. Motif ini diukir dengan agak kemas kerana ingin memberi kesan

dan pengaruh kepada pihak musuh. Sesiapa pihak musuh yang melihat

terabai tersebut akan luntur semanagatnya untuk melawan pemilik

terabai kerana berasa hiba dan kesian. Oleh itu, ukiran ini dibuat tidak

begitu banyak dan ukiran gergasinya tidak begitu garang atau ganas.
4.3.2 Motif Lemetak ( Pacat)
Memang tidak dinafikan masyarakat Iban pada zaman dahulu tinggal jauh di

pedalaman dikelilingi oleh hutan tebal. Di samping keindahan tumbuhan yang

menghijau terdapat juga haiwan makro dan mikro yang mendiami hutan tebal

tersebut. Di antara makro organisme yang menjadi perhatian mereka ialah

“lemetak” atau pacat.

Pacat mungkin dipilih kerana kehalusan binatang ini yang sukar dilihat

oleh mata dan tidak disedari hinggap pada mangsanya untuk menghisap darah.

Ketangkasan dan kebijaksanaan pacat ini adalah dicontohi sebagaimana

masyarakat ini menyerang musuh.

Dari segi psikologi pacat dilihat sebagai haiwan yang menjijikkan dan

menggelikan. Sesetengah orang terasa seram dan cuba lari apabila melihat

pacat. Jauh sekali untuk membunuhnya walaupun pacat itu kecil. Berbanding

dengan ular pacat tidak berbisa tetapi manusia sanggup dan berani dan

menggadaikan nyawa untuk membunuh ular. Maksudnya yang terungkap

menunjukkan manusia takut pada sesuatu yang lembut dan halus seperti pacat

dan tidak takut pada sesuatu yang berbisa.

Pancaran daripada pemikiran ini maka pacat digunakan untuk

mengukir alat-alat persenjataan seperti terabai (perisai) dan parang ”Ilang”.


Diharapkan agar kesan psikologi akan menakutkan musuh apabila melihat

ukiran pacat pada terabai. Terabai yang diukir dengan pacat ini kerap

digunakkan oleh masyarakat ini dalam ekspidisi ‘ngayau”. Oleh yang

demikian hanya alat-alat persenjataan sahaja diukir dengan motif pacat.

4.3.2.1 Jenis Motif Pacat

Secara keseluruhan terdapat enam belas jenis motif pacat yang

digunakan untuk mengukir terabai. Motif pacat tersebut akan disusun

atur berasingan dan pada umumnya tidak bersambung. Pacat disusun

seimbang seperti ‘kecil-besar’ dan ‘kurus-gemuk’. (prinsip dualisme).

Terdapat beberapa jenis motif pacat yang selalu digunakan oleh

pengukir untuk mengukir rekacorak motif terabai.

(a) Jenis seimbang

Pacat boleh diukir dengan pelbagai saiz, jumlah pacat, dan bentuk.

Untuk menimbulkan kesan kecantikan pengukir perlu menyusunkan

pacat secara seimbang. Kreativiti keseimbangan pengukir

memancarkan pengetahuan pengukir bahawa setiap makhluk menepati

hukum tertentu. Dalam kontek ini, anak-anak pacat, ada ibu dan ayah

pacat seperti yang terpancar dalam keseimbangan ukiran pacat di

bawah.
(b) Bentuk seimbang

Jenis susunan satu arah

Motif pacat juga boleh disusun dalam bentuk susunan satu arah. Dalam

susunan ini jarak antara satu pacat dengan pacat yang lain perlu

diambil kira oleh pengukir. Keseimbangan jarak yang tersusun inilah


yang menimbulkan kesan seni yang tinggi dan artistik dalam ukiran

pacat pada terabai.

Kaedah berfikir seseorang pengukir seperti ini menggambarkan

bahawa masyarakat perlu hidup bersusun-susun yakni mempunyai

peranan masing-masing serta bersepadu untuk membentuk masyarakat

rumah panjang yang aman dan damai. Kecondongan pacat yang

beragam itu menyatakan hidup isi hati masyarakat rumah panjang yang

berlandaskan falsafah “senang sama senang, hidup sama hidup, mati

sama mati” seperti yang dihuraikan dalam bentuk ukiran pacat di

bawah.

(c) Bentuk Satu arah


Motif pacat berlawan juga ada terdapat dalam ukiran terabai. Motif ini

dibuat berlawan secara berpasangan. Bentuk berlawan ini disusun

dalam beberapa pasangan sehingga boleh menimbulkan corak ukiran

yang cantik. Tiap-tiap pasangan yang berlawan itu mesti mempunyai

saiz yang sama. Jika pasangan itu kecil maka hendaklah sama kecil.

Jika pasangan pacat itu besar hendaklah sama besar.

Begitu juga cara mereka melihat manusia. Yang besar tetap

berurusan dengan yang besar. Begitu juga dengan yang kecil. Sikap

yang kecil sudah semestinya mentah manakala sikap yang besar itu

memang matang. Adalah memalukan jika seseorang yang besar itu

bergaduh dan terikut dengan rentak yang muda. Dengan batas-batas

pemikiran itu maka kehidupan di rumah panjang akan sentiasa aman

dan jarang berlakunya krisis sosial. Prinsip ini menyatakan bahawa

secara fizikalnya memang nampak bertentangan tetapi secara zahir

tetap bersepadu seperti yang dibayangkan dalam cetusan bentuk pacat

di bawah.
(d) Bentuk bertentangan

Sebelum meletakkan motif pacat pada terabai, pengukir itu terlebih

dahulu memikirkan bentuk kelok apakah yang sesuai sebagai pohon

ukiran. Pohon atau batang ukiran ini tertakluk pada cita rasa pengukir.

Elemen ini juga berpaksi kepada siapakah pemilik terabai itu nanti.

Selepas itu barulah meletakkan pacat yang difikirkan sesuai.

Biasanya pohon ukiran itu boleh menggunakan motif pacat itu sendiri

atau memilih bentuk-bentuk yang lain seperti kepala manusia, naga,

ular, kera dan burung.


4.3.3 Motif Naga
Menurut kepercayaan suku kaum iban, hanya orang-orang tertentu

sahaja yang boleh menggunakan motif naga. Orang yang tidak berpangkat

atau orang miskin dilarang menggunakan motif naga ini sama ada dalam

penghasilan terabai ataupun untuk menghias bilik mereka. Mengikut sumber

yang diperolehi, orang yang melanggar larangan ini akan mengalami pelbagai

ancaman musuh.

Ukiran naga dianggap membahayakan jika dibuat bersemuka dengan

penonton. Disebabkan kepercayaan tersebut, motif naga yang diukir akan

diletakkan di sebelah tepi dengan ukiran makanan dibuat tepat di hadapan

naga. Ini bagi mengelakkan sebarang malapetaka akan terjadi kepada si

pengukir atau orang yang menggunakan ukiran terabai ini.

Biasanya ukiran naga dibuat berpasangan dan bertentang muka supaya

naga itu mempunyai makanan dan teman untuk bercakap serta tidak

mengganggu sesiapa. Sehingga ke hari ini, motif naga akan mempunyai

makanan berada tepat di hadapan naga contohnya matahari.


4.3.4 Motif Burung Kenyalang

Burung kenyalang dianggap nenek moyang yang turun dari langit oleh suku

Dayak. Mereka sangat menghormati dewa mereka iaitu dewa singalang yang

menyerupai burung kenyalang tersebut. Sampai ke hari ini burung kenyalang

sangat diagungkan kaum dayak kerana mereka percaya bahawa dewa mereka

sentiasa akan membantu ketika dalam kesusahan.

Motif burung kenyalang sangat berkait rapat dengan motif naga. Ini

kerana kedua-dua motif ini adalah dewa bagi orang dayak. Untuk mengukir

ukiran burung kenyalang, pengukir tidak boleh melakukannya seorang diri


dari proses mula mengukir sehinggalah ke proses akhir mengukir. Ini

disebabkan mengukir seorang diri adalah perbuatan yang melanggar pantang

larang dalam adat kepercayaaan orang dayak. Namun begitu, jika seseorang

yang berpengalaman dan mahir mengukir perbuatan itu tidak mendatangkan

kesan buruk.

4.3.5 Motif Kepala Manusia


Menurut kepercayaan suku kaum dayak, motif kepala manuia ini bagi

memperingati orang-orang yang telah meninggal semasa perperangan ketika

kaum dayak masih mengamalkan “ngayau”.

4.3.6 Motif Akar Dan Daun


Ukiran motif ini biasanya dipanggil ukiran sulur paut. Ukiran ini dipanggil

ukiran sulur paut kerana bentuknya seperti sulur paut tumbuhan. Ukiran ini

boleh berdahan di mana-mana bahagian, boleh dibuat besar atau kecil, panjang

atau pendek menurut keadaan keadaan ruang yang hendak diukir.

4.3.7 Motif “Antu Engkeramba”


Motif ini dihasilkan mengikut kepercayaan orang pada zaman dulu bahawa

“antu engkeramba” merupakan salah satu daripada dewa suku kaum dayak.

Motif ini hampir mempunyai persamaan dengan motif “antu gerasi”. Namun

begitu, motif “antu engkeramba” mempunyai ukiran makhluk yang kecil dan

tidak rumit dari segi pengukirannya.

Kaum dayak sangat mempercayai kisah atau mitos terhadap “antu

engkeramba”. Mereka pecaya bahawa dengan menggunakan motif ini pada

perisai, musuh tidak dapat meihat mereka yang menggunakan motif ini.

4.3.8 Pembelajaran Tidak Formal Tehadap Motif-Motif Terabai


Menurut Schugurensky (2000), pendidikan tidak formal terbahagi kepada tiga

bahagian iaitu pembelajaran arahan kendiri, pembelajaran incidental dan

pembelajaran sosialisasi. Pembelajaran tidak formal terhadap motif terabai ini

oleh golongan muda adalah daripada pengalaman yang diperolehi ketika

secara tidak langsung melihat atau memerhatikan jenis-jenis motif yang

terdapat di sarawak. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi oleh pengkaji

pembelajaran tidak formal berlaku apabila golongan muda melihat sendiri

motif terabai yang terdapat di rumah panjang dengan pelbagai jenis-jenis motif

yang ada. Hal ini secara tidak langsung membantu seseorang itu mempelajari

motif-motif dan budaya orang kaum dayak.

Manakala pembelajaran incidental pula berlaku apabila seorang anak

memerhatikan atau menanyakan soalan kepada ibu bapanya berkaitan dengan

motif-motif terabai yang terdapat di kawasan tersebut. Oleh itu, anak tersebut

akan mengetahui nama-nama setiap motif terabai walaupun tidak lebih

terperinci lagi. Hal ini disokong lagi teori Kleis dan rakan-rakan (1973) yang

menyatakan pembelajaran tidak formal ini adalah proses orang dewasa yang

menerangkan atau menterjemahkan pengalaman mereka kepada golongan

muda.
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, pembelajaran sosialisasi

berlaku di kalangan masyarakat iban biasanya berlaku dalam kalangan orang-

orang di rumah panjang. Kehidupan orang iban di rumah panjang yang hidup

dalam satu bumbung rumah panjang tersebut menyebabkan pembelajaran

sosialisasi ini senang berlaku apabila mereka bercerita tentang asal usul atau

budaya masyarakat iban. Orang-orang tua di rumah panjang biasanya akan

bercerita kepada golongan muda tentang pengalaman mereka ketika dahulu.

4.4 Makna Di Sebalik Motif Yang Terdapat Pada Terabai Iban

Setiap ukiran yang ada pada terabai mempunyai makna yang tersendiri. Menurut

Augustine Anggat Ganjing (1991) menyatakan bahawa beberapa lagenda kaum dayak

mengatakan mereka mengukir atas kehendak ‘Betara’ ataupun tuhan. Masyarakat Iban

tidak mempunyai sistem tulisan sendiri. Oleh itu, ukiran merupakan satu cara yang

menggambarkan identiti suku kaum mereka. Mereka membuat ukiran pada sarung,

tangkai parang, perisai ‘Terabai’, pengayuh, perahu, kain songket dan ‘Pua kumbu’.

Ukiran Iban kepada empat bahgian iaitu pohon, batang, pucuk dan daun dan

kesemuanya ini dipanggil ‘bunga ukir’. Ukiran boleh berasakan berbagai-bagai jenis

binatang, burung, manusia, naga, ataupun gergasi.


4.2.1 Makna Motif “Gerasi”

4.2.1.1 motif “gerasi” lelaki

Perisai lelaki digambarkan dengan motif-motif Gergasi. Gergasi

digambarkan sebagai raksasa ,memiliki wajah tenang yang kuat, raut

wajah yang menakutkan serta sepasang matanya merah menyala

dengan dua pasang taring runcing. Warna yang digunakan untuk

menggambar motif ini didominasi warna merah darah. Pada zaman

dahulu, para “pengayau” menggunakan darah musuh dan dicampur

dengan warna buah rotan sebagai penambah warna perisai. Warna


yang telah dicampur ini akan digunakan untuk mengecat warna pada

ukiran terabai tersebut.

4.2.1.1 Motif “Gerasi” Perempuan

Sedangkan ukiran Perisai perempuan digambarkan Gergasi yg dibuat

sedemikian rupa sehingga menggambarkan kelembutan, keramahan

dan persahabatan. Walaupun dipersepsikan sebagai Gergasi, gambaran

watak Gergasi Perempuan tidak sama dengan Gergasi Laki-laki.

Warna yg digunakan dalam menggambar perisai perempuan


kebanyakan warna cerah seperti, kuning dan Putih. Pada zaman

Dahulu warna-warna tersebut diambil dari kunyit dan kapur sirih.

4.2.2 Motif “Lemetak” Atau Pacat

Kaedah berfikir seseorang pengukir menggambarkan bahawa masyarakat

perlu hidup bersusun-susun yakni mempunyai peranan masing-masing serta

bersepadu untuk membentuk masyarakat rumah panjang yang aman dan

damai. Kecondongan pacat yang beragam itu menyatakan hidup isi hati

masyarakat rumah panjang yang berlandaskan falsafah “senang sama senang,


hidup sama hidup, mati sama mati” seperti yang dihuraikan dalam bentuk

ukiran pacat di bawah.

Begitu juga cara mereka melihat manusia. Yang besar tetap berurusan

dengan yang besar. Begitu juga dengan yang kecil. Sikap yang kecil sudah

semestinya mentah manakala sikap yang besar itu memang matang. Adalah

memalukan jika seseorang yang besar itu bergaduh dan terikut dengan rentak

yang muda. Dengan batas-batas pemikiran itu maka kehidupan di rumah

panjang akan sentiasa aman dan jarang berlakunya krisis sosial. Prinsip ini

menyatakan bahawa secara fizikalnya memang nampak bertentangan tetapi

secara zahir tetap bersepadu seperti yang dibayangkan dalam cetusan bentuk

pacat.
4.2.3 Motif Naga

Ukiran naga merupakan motif yang sering digunakan pada perisai

orang iban. Kompilasi motif naga dari berbagai suku dayak. Pola dasar dari

naga ini banyak digunakan dalam gambaran lukisan suku dayak. Menurut

masyarakat suku dayak naga yang dikenal dengan sebutan Jata atau Juata

dianggap sebagai simbol penguasa alam bawah (tanah/air). Sehingga Jata atau

Juata ini dianggap sebagai simbol yang suci.


4.2.4 Motif Burung Kenyalang

Motif burung enggang Ini biasa ditautan dengan kompilasi motif naga. Hal ini

dikarenakan enggang dan naga merukan simbol penguasa alam.  Mahatala

atau Pohotara  merupakan penguasa alam atas yang disimbolkan sebagai

Enggang Gading. Menurut kepercayaan budaya suku Dayak, Mahatala atau

Pohotara ini merupakan jelmaan dari Panglima Burung yang datang hanya

dalam keadaan penting (Perang). Oleh sebab itu simbol ini merupakan simbol

yang paling dominan dalam ukiran motif dayak.


4.2.5 Motif Akar Dan Daun

Motif ini menggambarkan masyarakat kaum dayak sangat memerlukan satu

sama lain dalam satu rumah panjang. Mereka akan saling tolong menolong

dalam semua perkara. Disebabkan itu orang iban dapat tinggal dalam satu

rumah panjang. Kaum dayak juga menggunakan hasil hutan atau tumbuhan

dalam kehidupan seharian mereka.


4.2.6 Motif Kepala Manusia

Suku kaum dayak juga menggunakan motif manusia dalam motif ukiran

terabai mereka. Motif ini selalu digunakan dalam ukiran mereka kerana

mempunyai tujuan dan makna yang mereka percaya membawa kebaikan

kepada pengguna motif ini. Ukiran motif ini dibuat untuk mengenang jasa dan

keberanian pahlawan iban yang terkorban semasa “ngayau”. Pahlawan-

pahlawan yang mempunyai jasa dan berpangkat tinggi akan dihormati dalam

suku dayak. Mereka akan sentiasa menghargai pengorbanan seorang yang

telah berjasa dan berkhidmat kepada mereka. Oleh itu, mereka membuat
ukiran menyerupai manusia bagi memperingati orang itu walaupun ukiran

tidak menyerupai wajah sebenar pahlawan tersebut.

Kadang-kadang ukiran motif manusia ini dibuat bagi menggambarkan dewa-

dewa suku kaum dayak bagi menghormati dewa tersebut. “Antu engkeramba”

dalam masyarakat iban adalah seorang makhluk yang sukar dilihat. Oleh itu,

mereka percaya bahawa dengan menggunakan motif ini pada terabai ketika

berperang, mereka tidak dapat dilihat oleh musuh.

4.2.7 Proses pembelajaran tidak formal terhadap makna motif terabai

Dalam kajian ini, pendekatan Laura Chapman telah digunakan kerana berkait

dengan pembelajaran tidak formal masyarakat iban terhadap budaya mereka

daripada rekacorak motif terabai. Chapman (1986) telah menggunakan

beberapa aspek utama iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan

apresiasi serta perlanjutan. Di rumah panjang, kegiatan pembuatan terabai

dilakukan di kawasan terbuka bagi membuat pendedahan kepada masyarakat

iban supaya dapat melihat sendiri proses itu dilakukan. Oleh itu, golongan

terutamanya orang muda dapat memerhatikan sendiri dan menanyakan soalan

kepada si pembuat terabai tersebut berkaitan dengan makna terabai yang

dibuat. Dengan pengetahuan yang sedia ada, mereka dapat menambah lagi

ilmu tentang makna motif terabai iban.


Dengan adanya pendedahan awal dibuat oleh golongan tua terhadap rekacorak

motif terabai, golongan muda akan mempunyai minat untuk meneroka sendiri

dalam memahami makna motif itu sendiri. Mereka akan mencuba untuk

membuat terabai dan menghasilkan motif dengan menggunakan motif yang

betul. Sebelum mereka membuat terabai, secara tidak langsung mereka akan

menerokai sendiri motif-motif yang ada dan mengetahui makna motif itu.

Keindahan seni ukir ini memang menjadi daya tarikan kepada golongan muda

kerana golongan seperti ini memang meminati seni ukir ini daripada dulu

hingga sekarang.

Daripada segi penghasilan pula, secara pembelajaran tidak formal golongan

muda akan diajar bagaimana menghasilkan motif serta memahami makna

motif tersebut. Masyarakat iban terutamanya ibu bapa akan mengajar anak

mereka sendiri dalam memahami makna motif kerana mereka ingin

mengekalkan seni ukiran iban ini sampai bila-bila. Kebanyakan seni ukir pada

masa kini banyak dibuat sebagai perhiasan rumah bagi mendedahkan kepada

golongan muda.

Setiap seni ukir terabai yang dibuat akan mempunyai proses apresiasi terhadap

karya tersebut. Secara tidak langsung, pembelajaran tidak formal akan berlaku

terhadap makna motif terabai.


4.3 Proses Penghasilan Terabai Iban

Perisai merupakan sebuah alat peperangan yang digunakan oleh kaum dayak pada

ketika dulu. Terabai dihasilkan adalah untuk memberi pertahanan kepada

penggunanya daripada pihak musuh. Oleh itu, terabai yang dibuat mestilah

mempunyai kelebihan iaitu keras dan tidak mudah pecah ketika menangkis serangan

musuh. Proses penghasilan terabai amat penting kerana memerlukan kemahiran yang

tinggi oleh seorang pembuat terabai. Ilmu yang sedia ada perlu digunakan untuk

membuat terabai dari segi pemilihan kayu, penghasilan motif yang sesuai dan

kepercayaan si pengukir terhadap makna pada terabai tersebut.

Pada ketika dahulu, kaum dayak akan mendedahkan proses penghasilan

terabai ini kepada anak-anak mereka supaya dapat mewarisi kemahiran yang dimiliki.

Seorang pengukir akan bersama-sama anaknya membuat terabai dari proses awal

hingga terhasilnya sebuah terabai. Pengalaman yang telah dilalui oleh anak si

pengukir ini akan memberi manfaat kepadanya untuk meneruskan warisan suku dayak

dalam menghasilkan terabai.

4.3.1 Jenis-jenis kayu yang digunakan dalam menghasilkan terabai

Pemilihan kayu dalam proses penghasilan terabai merupakan proses yang

sangat penting. Menggunakan kayu yang tidak sesuai adalah sebuah

malapetaka kepada si penggunanya. Sebelum memulakan proses pemotongan,


suku dayak akan mencari kayu di dalam hutan. Semasa proses mencari ini

juga, pantang larang perlu dipatuhi kerana jika seseorang yang melanggar

pantang larang tersebut dipercayai akan ditimpa musibah pada diri mereka.

Pantang larang yang dipercayai kaum iban ini akan diberitahu dan

didedahkan kepada golongan muda supaya mereka tidak melanggar pantang

larang ini. Orang-orang tua akan bercerita kepada orang muda berdasarkan

kepercayaan mereka. Oleh itu, setiap kaum iban di semua rumah panjang

sangat mematuhi pantang larang ini setelah diberitahu sejak mereka masih

kecil lagi.

Semasa proses mencari kayu di dalam hutan, jika seseorang mendengar

bunyi burung, itu adalah petanda yang kurang baik dan mereka seharusnya

membatalkan niat mereka. Kaum iban pecaya bahawa bunyi burung

merupakan petanda yang tidak baik dan harus dielakkan. Jika seseorang

terdengar bunyi burung “ketupung”, mereka haru balik semula ke rumah

panjang. Burung “ketupung” merupakan petanda buruk yang paling ditakkuti

oleh kaum iban. Bunyi burung “ketupung” adalah petanda orang mati dan

tidak seharusnya dibiarkan. Kaum iban percaya jika sesorang yang melanggar

pantang larang dengan meneruskan pencarian kayu walaupun mereka

terdengar bunyi burung akan mati ketika berperang menggunakan kayu perisai
tersebut. Kayu yang mereka dapat itu membawa malapetaka kepada si

pemakai.

Kaum iban juga pecaya bunyi burung “kelabu papau’ adalah petanda

baik. Mengikut kepercayaan orang iban dahulu, mereka mengatakan bahawa

burung ini tidak dapat melihat dan rabun. Mereka percaya jika terdengar bunyi

burung ini ketika mencari kayu di hutan, perisai yang dihasilkan menggunakan

kayu tersebut akan membuat pihak musuh mencari rabun.

Pemilihan kayu yang sesuai juga amat penting ketika menghasilkan

terabai. Tidak semua kayu boleh digunakan untuk menghasilkan terabai ini.

Kayu yang berat serta mudah pecah tidak boleh digunakan untuk membuat

terabai. Antara kayu yang biasa digunakan untuk membuat terabai adalah

empelai, serian, sebangki dan uchung. Pokok ini sesuai kerana tidak mudah

pecah serta liat dan ringan apabila diangkat. Tujuan utama memilih kayu

seperti ini adalah sesuai digunakan dalam perperangan. Kayu yang liat tidah

akan mudah pecah jika ditetak oleh pihak musuh dengan menggunakan

“ilang” iaitu sebuah parang. Parang yang digunakan untuk menetak perisai ini

akan melekat jika terkena terabai disebabkan terabai yang dibuat

menggunakan kayu liat.


4.3.1.1 Kayu “Pelai”

“Pelai” adalah nama pohon dengan nama botani Alstonia scholaris.

Pohon ini dari jenis tanaman keras yang hidup di pulau Jawa dan

Sumatra. Pohon pulai dapat mencapai ketinggian sehingga mencecah

40 meter. Dikenal juga dengan nama tempatan pule, kayu gabus, lame,

lamo dan jelutung. Kayu ini banyak digunakan untuk membuat

perkakas rumah tangga dari kayu dan ukiran serta patung.

Kaum iban menggunakan kayu pelai untuk menghasilkan

terabai kerana kayu ini ringan dan sangat liat iaitu tidak mudah pecah.

Pemilihan kayu “pelai untuk membuat terabai adalah untuk berperang

ketika zaman dahulu. Disebabkan kayu ini mempunyai sifat yang liat

dan ringan, kayu ini sesuai untuk menangkis serangan musuh yang

menggunakan parang.

4.3.1.2 Kayu “Serian”

Kayu “serian” atau surian adalah beberapa jenis tumbuhan dalam jenis

marga Toona. Tumbuhan ini dikenali sebagai produk kayu yang

berkualiti baik. Kayu ini telah digunakan oleh masyarakat iban untuk

membuat terabai kerana sifatnya yang liat dan tidak terlampau berat.

Semasa zaman “ngayau”, orang iban membuat terabai menggunakan


kayu ini kerana memudahkan pergerakan menggunakan kayu ini.

Sifatnya yang agak liat akan akan menyebabkan kayu ini tidak mudah

pecah. Selain itu, kayu ini juga ringan jika diangkat dan ini

memudahkan pahlawan masa dahulu untuk bergerak semasa berlawan

dengan musuh.

4.3.1.3 Kayu “Sebangki”

Kesemua jenis kayu yang digunakan dalam membuat terabai

mempunyai sifat yang liat dan ringan. Begitu juga kayu “sebangki”

yang bersifat ringan dan liat. Selin itu, kayu ini juga senang dicari di

dalam hutan. Sehingga kini kayu ini masih digunakan oleh masyarakat

iban untuk membuat perabot kerana sifatnya yang tahan lasak.

4.3.1.4 Kayu “Uchung”

Masyarakat iban menggunakan kayu “uchung” untuk menghasilkan

terabai kerana sifatnya yang sangat liat. Namun begitu, kayu “uchung”

ini jarang digunakan kerana kurang sesuai untuk membuat terabai.

Sifatnya yang sangat liat menyebabkan kerja-kerja mengukir menjadi

rumit kerana mengambil masa yang lama untuk ditebuk.


4.3.2 Proses Menghasilkan Bentuk Terabai

Dalam proses membuat bentuk terabai ini, kayu yang telah dibawa dari hutan

akan dibelah kepada bahagian yang lebih nipis untuk menghasilkan bentuk

terabai yang ingin dibuat. Biasanya bentuk terabai akan dibuat berbentuk

hexagon yang mempunyai bentuk tajam di bahagian kedua-dua hujung terabai.

Namun begitu, tidak semua bentuk terabai akan dibuat berbentuk

hexagon. Bentuk segi empat tepat dan bulat juga digunakan untuk

menghasilkan terabai. Bentuk bulat ini dibuat lebih kepada untuk perhiasan

sahaja

Proses yang seterusnya setelah membuat bentuk terabai adalah

membuat bentuk terabai melengkung pada bahagian belakang. Fungsi utama


membuat bentuk melengkung ini adalah untuk memberi kesenangan untuk

membuat tempat memegang terabai.

Semasa proses membuat bentuk terabai tersebut, orang-orang tua akan

mengajak anak mereka bersama-sama bagi memberi pengalaman kepada anak

mereka. Mereka akan memberi penerangan semasa membuat terabai ini

supaya proses-proses ini akan berjalan dengan lancer jika seorang anak itu

ingin membuat terabai suatu ketika nanti. Ini adalah bagi mendedahkan

golongan muda untuk mengetahui proses-proses penghasilan terabai dari

peringkat awal hinggalah ke peringkat akhir.

4.3.3 Menghasilkan “Tegalang” (Pemegang Terabai)

Proses menghasilkan “tegalang” ini agak rumit daripada semua proses. Setiap

proses membuat “tegalang” ini harus teliti supaya tidak patah ketika

digunakan. Pada proses peringkat awal, kayu yang telah dibuat melengkung

akan ditinggalkan sedikit bahagian kayu pada bahagian bawah yang

melengkung tersebut. Setelah itu, proses menebuk untuk bahagian tegalang ini

akan dibuat.
“Tegalang” yang akan ditebuk mestilah sesuai dengan tangan kepada si

penggunanya. Oleh itu, “tegalang” hendaklah dibuat tidak terlalu ketat dan

tidak terlalu longgar. Semasa proses menebuk ini, pembuat terabai seharusnya

teliti agar bahagian-bahagian tertentu tidak ada kesan retakan.

4.3.4 Membuat Ukiran Pada Terabai

4.3.4.1 Jenis-Jenis Ukiran

Ukir dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu jenis seimbang dan

tidak seimbang. Sebelum memulakan proses membuat ukiran, sesorang

pengukir seharusnya mengetahui jenis ukiran yang ingin dihasilkan.

Pada jenis seimbang, pucuk daun termasuk dahan dan daun di

bahagian kanan mesti sama dengan bahagian kiri.


Pada jenis tidak seimbang pula, pucuk daun di bahagian kanan

berlainan dengan sebelah kiri.


Ukir juga boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu

pohon, batang pucuk dan daun. Secara keseluruhannya, bahagian-

bahagian ini dipanggil bunga ukir.

4.3.4.2 Menghasilkan Daun Ukir

Ukiran daun ini merupakan bahagian penting kerana ukiran terabai

perlu mempunyai pelbagai kelok. Gambar di bawah ini ditunjukkan

rupa bentuk daun ukir.


Dalam proses menghasilkan ukiran, seseorang pengukir harus tahu

daun mana yang sesuai dicampur dengan daun yang lain supaya ukiran

yang dibuat itu kelihatan seimbang dan cantik.

Sebagai contoh, kelok paku kelindu tidak sesuai digunakan

bersama kelok lain kecuali kelok yang hampir serupa dengan kelok ini

seperti kelok lemiding dan kelok tunduk ataupun kelok berkait.

Seteelah melihat bentuk ukiran daun, pengukir harus melihat bentuk

pucuk daun. Bentuk pucuk daun sama juga pentingnya dalam ukiran

dan harus diberi perhatian. Selalunya ukiran daun bertindih berbelit

dan berkait dengan yang lain. Gambar di bawah menunjukkan

bagaimana bentuk pucuk daun.


4.3.4.3 Menghasilkan Pucuk Ukir

Pucuk ukir ini berada di bahagian atas ukiran ataupun terabai. Selepas

mengenalpasti daun ukir, barulah proses memulakan ukiran dilakukan

iaitu daripada bahagian atas terabai. Pucuk ukir terdapat berbagai-

bagai cara untuk membuat pucuk ukir ini. Gambar di bawah

menunjukkan bagaimana pucuk ukir dibuat.


Pucuk ukir yang telah dibuat pada proses sebelum ini akan

dicantumkan. Ini disebabkan jika pucuk ukir tidak dicantum atau

berkait, ukiran itu kelihatan terasing dan tidak menarik. Selain itu juga,

dalam ukiran terabai, pucuk ukiran harus bercantum bagi memenuhi


ruang atas terabai. Contoh pucuk ukir dicantum seperti dalam gambar

di bawah.

4.3.4.4 Ukiran Mata

Dari segi lagenda, bentuk mata mustahak dibuat pada berbagai-bagai

jenis ukiran dan kepercayaan itu diperturunkan sejak dahulu lagi. Oleh

itu, dalam proses membuat ukiran, pengukir harus membuat ukiran

mata pada terabai. Pengukiran bentuk mata amat penting kerana

hampir semua ukiran dayak berasal daripada bentuk binatang atau

raksasa.membuat ukiran mata ini tidak senang seperti yang


disangkakan kerana membuat dengan cara yang betul dan menarik

amat susah. Apabila diletakkan jenis mata tanpa mengetahui mata yang

betul, ia akan merosakkan keindahan sesuatu ukiran.

Antara contoh-contoh ukiran mata yang selalu digunakan ialah

seperti gambar di bawah.

4.3.4.5 Membuat Ukiran Motif Pada Terabai

Ukiran perisai mesti mempunyai corak mata dan mulut kerana inilah

yang membentuk pohon ukirnya. Corak mata dan mulut boleh


ditambah dengan kelok. Kelok kemudiannya boleh dibentuk menjadi

batang ukir pada perisai.

Bentuk ukiran perisai bermula daripada kelok “J”, “W”, “C”

dan “O” dan dikuatkan oleh bulatan dan garis bujur.


Terdapat juga ukiran perisai yang hanya menggunakan kelok

tanpa menggunakan corak mata dan mulut. Ada juga perisai yang
bermula daripada bentuk naga dan burung kenyalang, tetapi yang biasa

digunakan ialah bentuk kepala gergasi dan bentuk kepala manusia.

Perisai ini diukir hanya dengan sejenis kelok iaitu kelok “J”.

Walau bagaimanapun ukiran pada perisai ini cantik kerana si pengukir

pandai menyusun dan memecahkan kelok-kelok ukir ini. Manakala

gambar di sebelah menunjukkan cara-cara menyusun dan

menghuraikan kelok-kelok itu sehingga menjadi ukiran.


Perisai ini berlainan daripada perisai sebelumnya. Ukiran yang

sudah siap pada perisai mungkin kelihatan rumit sedikit.

Bagaimanapun jika diperhatikan susunan keloknya pada peringkat

awal tidaklah begitu sukar untuk dibuat. Bahagia yang perlu dibuat

terlebih dahulu ialah corak mata dan mulut diikuti kemudian oleh

corak-corak lain dengan menggunakan kelok-kelok.

Ukiran perisai ini dimulai daripada kelok seperti ini.


Mata dibuat daripada bentuk bulatan yang membujur yang

dipanggil sengkerong buah empit. Manakal mulutnya berbentuk bujur

telur.

4.3.5 Proses Mewarna Rekacorak Terabai

Proses mewarna pada rekacorak terabai ini dilakukan selepas proses mengukir

selesai. Sebelum memulakan proses ini, pengukir seharusnya mengetahui

motif yang telah dibuatnya supaya pemilihan warna tidak salah. Dalam

kepercayaan kaum dayak, warna pada rekacorak motif terabai memainkan

peranan penting. Contohnya, jika seseorang ingin mewarna motif “antu

gerasi”, pengukir itu seharusnya menggunakan warna hitam, kuning dan

merah. Warna hitam digunakan pada latar terabai tersebut manakala warna
kuning untuk mewarna motif pada terabai. Warna merah pula diletakkan pada

mata motif tersebut.

Disebabkan adanya kepercayaan seperti itu, orang yang berpengalaman

tentang itu akan mendedahkan kepada golongan muda supaya mereka tidak

membuat warna terabai sesuka hati. Mereka percaya jika motif itu tidak

diwarnakan secara betul akan memberi kesan buruk kepada si pembuat terabai

tersebut.

4.4 Jenis-Jenis Terabai

Terabai kaum dayak mempunyai beberapa jenis utama yang kekal kekal ke hari ini.

Antara jenis terabai yang masih kekal hingga ke hari ini adalah terabai berbentuk

hexagon (bentuk asli), terabai berbentuk segi empat tepat dan terabai berbentuk bulat.

Bentuk terabai yang dihasilkan adalah mengikut kegunaannya. Oleh itu, bentuk

terabai tidak semestinya hexagon (bentuk asli) seperti yang selalu dipamerkan selama

ini.
4.4.1 Bentuk Hexagon (Bentuk Asli)

Terabai berbentuk hexagon ini adalah bentuk asli yang masih dikekalkan

hingga ke hari ini. Terabai ini mempunyai bucu tajam di kedua-dua bahagian

hujungnya. Berdasarkan sumber yang telah didapati, terabai berbentuk ini

dibuat bertujuan untuk berperang suatu ketika dahulu. Kegunaan bucu tajam di

bahagian hujung ini adalah untuk menyenangkan pahlawan suatu ketika

dahulu meletakkannya ke tanah. Mereka akan menghentakkan terabai ke tanah

supaya terabai tersebut dalam kedudukan menegak. Orang pada masa itu tidak

akan meletakkan terabai di atas tanah kerana ketika musuh menyerang hendap,

mereka akan mudah untuk mencapai terabai dalam kedudukan menegak.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, terabai berbentuk hexagon ini

dibuat disebabkan permukaannya yang melekung. Dengan bentuk hexagon ini,

terabai akan senang dibuat melekung tanpa merosakkan semasa proses

memotong.

4.4.2 Bentuk Segi Empat Tepat

Bentuk terabai segi empat tepat ini juga untuk kaum dayak berperang. Mereka

membuat bentuk seperti ini bagi memudahkan pahlawan ketika dahulu

menggunakan terabai ini semasa berlawan. Semasa kaum dayak masih

mengamalkan aktiviti “ngayau”, mereka akan bergerak di dalam hutan untuk


menuju ke sebuah rumah panjang yang ingin diserang. Oleh itu, bentuk terabai

segi empat tepat ini sesuai digunakan ketika di dalam hutan supaya tidak

tersangkut pada dahan-dahan pokok. Jika bentuk terabai yang mempunyai

bucu di hujungnya, terabai itu akan mudah tersangkut dimana-mana dahan-

dahan pokok dan ini melambatkan pergerakan mereka di dalam hutan.

Bentuk perisai segi empat ini juga memudahkan kaum dayak untuk

bersedia ketika adanya serang hendap dilakukan oleh pihak musuh. Mereka

akan mudah untuk menggunakan terabai ini tanpa menghiraukan tersangkut.

Oleh itu, kaum dayak masih mengekalkan bentuk terabai ini hingga ke hari ini

untuk mengekalkan warisan daripada orang dahulu.

4.4.3 Bentuk Bulat

Terabai bentuk bulat ini hanyalah untuk perhiasan di dalam rumah sahaja.

Bentuk ini sangat sesuai diletakkan dimana-mana bahagian rumah. Selepas

zaman semakin berkembang dan tiadanya aktiviti “ngayau” seperti zaman

dahulu, bentuk bulat ini telah dihasilkan untuk membuat terabai. Motif di

dalam terabai ini juga diubah supaya mengikut kehendak pengguna yang ingin

menjadikan terabai sebagai perhiasan.

Anda mungkin juga menyukai