Anda di halaman 1dari 3

ADAB-ADAB DALAM MENUNTUT 

ILMU
Adab Pada Majlis Ilmu
Berikut adalah beberapa adab yang wajar diperhatikan dalam majlis-majlis ilmu:
Sebelum majlis ilmu bermula:
1. Mula memasuki majlis dengan memberi salam serta mengisi tempat
yang paling hadapan agar memberi ruang kepada mereka yang
terkemudian.
2. Bersedia untuk mula belajar sambil menanti guru mengajar.
3. Tidak bergurau senda atau berbual dengan mengganggu majlis yang
bakal bermula.
Jika majlis ilmu sudah bermula:
1. Apabila memasuki majlis, sayugia menyertai dengan tidak mengganggu
majlis ilmu yang sedang berlangsung: 
2. Tidak memberi salam (apatah lagi bersalaman dengan hadirin lain)
ketika memasuki majlis (makruh).
3. Tidak melangkah ke hadapan sebaliknya duduk sahaja di bahagian
belakang.
4. Tidak bercakap-cakap dengan rakan/hadirin sebelah kerana ianya
mengganggu rakan tersebut atau mengganggu hadirin lain di sekeliling
kita.
5. Tidak melakukan sesuatu yang boleh mengganggu rakan/hadirin
sebelah, seperti: bermain dengan telefon (SMS/atau sebagainya) atau
apa-apa peralatan/perkakasan lain.
6. Melakar-lakar sesuatu pada kertas/buku dengan pelbagai lukisan yang
boleh menarik perhatian serta mengganggu perhatian hadirin lain.
7. Terlalu banyak melakukan pergerakan anggota badan.
8. Jangan mengedar sesuatu (bahan bacaan, notis, makanan dan
sebagainya) yang boleh mengganggu perhatian hadirin.
Selepas majlis ilmu:
1. Hendaklah diperbetul serta mengemaskan bilik/kelas tempat majlis ilmu
seperti sediakala.
2. Mengutip serta membersih mana-mana sampah yang terbiar
Adab seorang Guru
Berkata Imam Al-Ghazali: “Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga
adab-adab ini: 
1. Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).
2. Lambat marah. 
3. Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan
kepala.
4. Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali
terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.
5. Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang
ramai dan pada majlis orang ramai. 
6. Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.
7. Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang
pandai.
8. Membimbing murid yang bebal.
9. Tidak memarahi murid yang bodoh.
10. Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak
diketahuinya).
11. Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba
memahami soalannya dengan baik.
12. Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.
13. Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.
14. Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.
15. Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan
ilmunya.
16. Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum
selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu
ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan
batinnya dengan taqwa.
17. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain,
supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat
daripada percakapannya (ilmunya).
Adab seorang Murid
Adab bagi seorang murid dengan gurunya: 
1. Mula dengan menyampaikan ucapan salam.
2. Tidak banyak berbicara di hadapan guru.
3. Tidak berbicara sebelum ditanya oleh guru.
4. Tidak bertanya sebelum meminta izin dari guru terlebih dahulu.
5. Tidak menentang ucapan guru dengan membawa hujah, seperti
”pendapat si-fulan berbeda dengan pendapatmu”.
6. Tidak membantah pendapat guru sehingga seolah-olah menganggap
bahawa dirinya lebih pandai daripada gurunya.
7. Tidak mencampuri urusan seseorang yang sedang berbicara di hadapan
guru.
8. Tidak berpaling menoleh kiri dan kanan di hadapan guru, tetapi
hendaknya bersikap tenang dengan menundukkan pandangan mata dan
bersikap sopan santun seolah-olah sedang melakukan solat.
9. Tidak mengajukan pertanyaan di waktu gurunya sedang penat
beristirehat.Memberi penghormatan kepada seorang guru yang hendak
berdiri.
10. Tidak mengikuti seorang guru yang sedang berdiri meninggalkan tempat
duduk dengan berbual-bual dan mengajukan persoalan.
11. Tidak membuka pembicaraan di hadapan guru jika dia sedang dalam
perjalanan, tetapi hendaklah menunggu sehingga dia sampai ke
rumahnya.
12. Tidak bersangka buruk terhadap tindakan guru yang kelihatan mungkar,
sebab dia lebih mengetahui rahsia tindakan itu. Dan hendaklah
meningatkan kembali kepada peristiwa Nabi Musa a.s. yang membantah
tindakan Nabi Khidir a.s.: “Mengapa kamu membocorkan perahu itu
yang mengakibatkan kamu menenggelamkan penumpangnya?
Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu kesalahan besar”. Dengan
demikian tidaklah dibenarkan bagi seorang murid mengingkari
perbuatan guru dengan hanya memandang dari segi lahiriahnya.

Anda mungkin juga menyukai