Anda di halaman 1dari 3

SMK TENGKU TEMENGGONG AHMAD

84710 KUNDANG ULU TANGKAK JOHOR

MEMBELI DAN MEMASANG KELENGKAPAN PA SISTEM DI BILIK


1.0
PEPERIKSAAN STPM & MUET SMKTTA 2016 P

ENDAHULUAN

Penyediaan bilik peperiksaan STPM dan MUET yang dilengkapi kemudahan PA Sistem
amat diperlukan memandangkan dewan peperiksaan sedia ada akan digunakan untuk
calon-calon SPM menduduki peperiksaan pada masa yang sama dengan peperiksaan
STPM iaitu pada setiap akhir tahun. Sebanyak 3 bilik kelas akan digunakan sebagai bilik
peperriksaan untuk STPM dan MUET mulai 2016. Keputusan ini diambil bertepatan
dengan arahan pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM )kepada pihak sekolah untuk
membuka sendiri pusat peperiksaan bagi STPM dan MUET mulai 2016. Sebelum ini
calon-calon MUET dan STPM menumpang di SMK Bukit Gambir untuk menduduki
peperiksaan tersebut. Peperiksaan MUET pula sangat memerlukan kemudahan PA
Sistem yang baik untuk memastikan calon-calon dapat menduduki peperiksaan Kertas 1
( Listening ) dengan baik.
2.0 MATLAMAT

Adalah diharapkan dengan adanya kemudahan PA Sistem yang lengkap, pelajar-pelajar


dapat menduduki peperiksaan dengan selesa dan seterusnya memperoleh keputusan
yang cemerlang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyediakan bilik peperiksaan yang lengkap dengan PA Sistem yang baik untuk
kegunaan perjalanan peperiksaan yang lancar.
3.2 Calon-calon dapat menjawab peperiksaan dengan selesa dan tenang terutama
untuk Kertas 1 MUET ( Listening ).

4.0 SASARAN

Pelajar-pelajar Pra-Universiti (31 orang), GPK Pra-Universiti dan guru-guru Pra-Universiti

5.0 KOS
RM1500.00

6.0 SUMBER KEWANGAN


KOPERASI MEMBELI TANAH GRISEK LEDANG BHD.

7.0 TARIKH
1 – 30 SEPTEMBER 2016

8.0 JAWATANKUASA
Pengerusi : En. Abdul Rahman bin Selamat
Naib Pengerusi : En. Muhamad Hanafi bin Hairan
Setiausaha : Pn. Rahayu binti Ahmad
Bendahari : Pn. Siti Suria binti Hj. Ehwan
AJK : En. Yahya bin Wagiman
En. Sahrulamri bin Jalal
9.0 ANGGARAN KOS

Bil Item Kuantiti RM/Unit Jumlah (RM)


1. Amplifier 1 1200.00 1200.00
2. Wiring 3 point 85.00 255.00
3. Casing 15 batang 3.00 45.00
JUMLAH 1500.00

10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya kelengkapan ini pelajar-pelajar dapat menggunakan
kemudahan ini sebaiknya dan peperiksaan dapat berjalan dengan lancar seterusnya
memberikan impak yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan nanti.

Disediakan oleh,

.....................................................
(PN. RAHAYU BINTI AHMAD)
Setiausaha Peperiksaan MUET 2016

Anda mungkin juga menyukai