Anda di halaman 1dari 12

AT20503

REVOLUSI INDUSTRI DAN KAEDAH


PENYELIDIKAN

TAJUK PENYEDIAAN PROPOSAL:

NAMA
PENSYARAH
NAMA TUTOR
NAMA
PELAJAR
NOMBOR
MATRIKS
KOS
PENGAJIAN
KUMPULAN
FAKULTI
1.0 PENDAHULUAN

Revolusi Industri merupakan satu peringkat yang boleh diukur melalui perkembangan ilmu
dan teknologi dunia. Pada era globalisasi ini, dunia telah menghadapi peringkat Revolusi
Industri 4.0 yang mana ianya melibatkan perkembangan dalam bidang automasi robot,
pangkalan data raya, kepintaran buatan dan pelbagai bentuk kemajuan teknologi yang baru.
Perkembangan ini mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan ilmu dan kemahiran
yang membolehkan manusia mencipta sesuatu yang baru dalam sistem ekonomi global
Adam et. al (2019).

PENDAHULUAN KAMU 2-3 PERENGGAN SUDAH MEMADAI.PASTIKAN


PERBINCANGAN SECARA UMUM NAMUN MASIH BERKAITAN DENGAN KAJIAN KAMU

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Sepertimana yang kita tahu, menurut Klaus Schwab (2017) telah mendefinisikan bahawa
Revolusi Industri 4.0 merupakan perubahan yang dipacu oleh tiga komponen teknologi
utama yang terdiri daripada fizikal, digital dan biologikal. Dalam hal ini, bidang pendidikan
turut mengalami transformasi kearah pembelajaran dan pengajaran secara digital.
Contohnya, pembelajaran dan pengajaran di seluruh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak
hanya tertumpu dalam dewan kulisah sahaja. Akan tetapi, kaedah pembelajaran dan
pengajaran juga telah berkembang seiring dengan kemajuan ICT di Malaysia. Hal ini telah
disokong oleh Tan Sri Rafidah Aziz yang mengatakan bahawa sistem pendidikan dalam
negara ini perlu seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (Bernama, 26 Oktober
2019). Bahkan, ianya juga memberikan pelbagai impak yang positif dan negatif dalam
kalangan masyarakat khususnya para mahasiswa. Namun begitu, terdapat banyak cabaran
dan kesan komunikasi dalam pendidikan terhadap mahasiswa dalam bidang Pendarasan
Islam di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu.

Antara cabaran-cabaran yang perlu ditempuh oleh para mahasiswa ialah cabaran
dalam komunikasi yang mana para mahasiswa perlu berdepan dengan jurang komunikasi
yang amat tinggi kerana ianya berkaitan dengan pendidikan, Adam et. al (2019: 96).
Contohnya, rentetan perkembangan Revolusi Industri 4.0 menyebabkan mahasiswa jarang
berkomunikasi secara bersemuka dengan masyarakat dan bergantung sepenuhnya dengan
teknologi sedia ada. Namun, sekiranya seorang mahasiswa itu bijak menyeimbangkan
Revolusi Industri 4.0 dalam pendidikan, maka ianya akan dapat membantu mahasiswa
untuk berjaya mencapai matlamat dan berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Buktinya, seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah berusaha menggunakan platform secara
atas talian untuk menjawab peperiksaan dan telah menjadi pelajar contoh di Universiti
Malaysia Sabah (Mohd Azlim Zainury, 2020).

Seterusnya, menurut Adam et. al (2019: 96) mengatakan bahawa cabaran yang
dihadapi oleh mahasiswa juga ialah cabaran dalam perkembangan teknologi maklumat.
Contohnya, timbulnya berita-berita palsu terutama sekali yang berkaitan tentang agama
Islam. Hal ini akan mengakibatkan seorang individu yang baru memeluk islam (muallaf)
akan percaya dengan berita palsu serta mengamalkan ajaran yang sesat. Oleh itu, kita
hendaklah sentiasa berwaspada dalam menerima sumber maklumat daripada internet.
Sehubungan dengan itu, menurut Zafir (2018) menjelaskan bahawa pada era Revolusi
Industri 4.0 ini, manusia akan mengalami tekanan kerana tidak dapat menampung
keperluan teknologi komputer dengan automasi yang begitu mendesak. Rentetan kemajuan
teknologi komputeran yang sangat canggih ini telah mencipta jurang antara kebolehupayaan
tenaga manusia dan kemampuan dalam menguruskan industri.

Disamping itu, Revolusi Industri 4.0 juga banyak memberikan pelbagai kesan iaitu
dari sudut positif dan negatif dalam bidang Pendarasan Islam. Menurut Usiono et.al (2019:
67-68) menjelaskan bahawa kesan positif Revolusi Industri dalam bidang Pengajian Islam
ialah dapat menyebarkan ilmu dalam bidang Pengajian Islam seperti sirah. Para guru telah
menggunakan teknologi dron bagi melihat tapak sejarah dengan lebih jelas. Dengan ini,
ianya akan dapat menarik minat dan perhatian pelajar dalam mempelajari subjek tersebut.
Bukan itu sahaja, malahan ianya juga dapat menjadikan para guru lebih aktif dalam kelas
mahupun diluar kelas.

Menurut Abdul Hakim (T.thn) mengatakan bahawa implikasi negatif Revolusi Industri
4.0 terhadap bidang Pengajian Islam ialah berlakunya penyelewengan agama. Ini adalah
kerana individu yang tidak bertanggungjawab telah memuat naik maklumat atau fakta
tentang agama Islam bertujuan untuk menyesatkan orang ramai terutamanya bagi golongan
yang baru memeluk Islam (muallaf).

Justeru itu, menurut Abdul Hakim (T.thn) juga menjelaskan bahawa kesan negatif
yang lainnya ialah berlakunya ketagihan internet yang melampau dalam kalangan remaja.
Contohnya seperti ketagih bermain pemainan secara online seperti PUBG, Mobile Legend
dan sebagainya. Ini akan mengakibatkan remaja tersebut tidak dapat menyeimbangkan
pelajaran dan tidak dapat menjaga solat lima waktu sepertimana yang diperintahkan oleh
Allah.

Akhir sekali, menurut Abdul Hakim (T.thn) berkata bahawa kesan negatif yang lain
ialah berlakunya penularan industri seks secara berleluasa yang telah dimuat turun oleh
individu yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini amat berbahaya terutama sekali dalam
kalangan remaja kerana ianya boleh merosakkan iman, akidah dan akhlak seorang individu
muslim itu sendiri.

Oleh itu, matlamat umum kajian ini adalah untuk mengetahui pelbagai cabaran dan
kesan komunikasi dalam pendidikan terhadap mahasiswa Pendarasan Islam Universiti
Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu. Antara objektif kajian pula ialah mengenalpasti
cabaran-cabaran dan mengetahui kesan-kesan teknologi komunikasi dalam pendidikan yang
dihadapi oleh mahasiswa dalam bidang Pendarasan Islam serta menilai tahap penggunaan
teknologi komunikasi dalam pendidikan terhadap mahasiswa Pendarasan Islam Universiti
Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang difokuskan dalam penulisan ini adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti cabaran-cabaran teknologi komunikasi dalam pendidikan yang dihadapi


oleh mahasiswa dalam bidang Pendarasan Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota
Kinabalu.

2. Mengetahui kesan-kesan teknologi komunikasi dalam pendidikan samada dari sudut


positif atau negatif dalam bidang Pendarasan Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota
Kinabalu.

3. Menilai tahap penggunaan teknologi komunikasi dalam pendidikan terhadap mahasiswa


Pendarasan Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Antara persoalan-persoalan kajian yang perlu dikaji dalam penulisan ini adalah seperti
berikut:
1. Apakah cabaran-cabaran teknologi komunikasi dalam pendidikan yang dihadapi oleh
mahasiswa dalam bidang Pendarasan Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota
Kinabalu?

2. Apakah kesan-kesan teknologi komunikasi dalam pendidikan samada dari sudut positif
atau negatif dalam bidang Pendarasan Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota
Kinabalu?

3. Sejauhmanakah tahap penggunaan teknologi komunikasi dalam pendidikan terhadap


mahasiswa Pendarasan Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu?

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Terdapat beberapa kepentingan kajian yang dapat diperoleh dalam kajian yang dijalankan
ini terutama sekali kepada golongan pelajar dan para mahasiswa. Antaranya, para
mahasiswa diharapkan agar dapat menggunakan dan mengaplikasikan teknologi komunikasi
dalam setiap pembelajaran yang dijalankan seiring dengan perkembangan Revolusi Industri
4.0 yang berdaya saing.

Seterusnya, kajian ini penting untuk dijalankan kerana ianya dapat memberikan
sumbangan ilmu kepada kajian berkaitan teknologi komunikasi. Disamping itu, ianya juga
dapat memberikan maklumat mengenai cabaran-cabaran teknologi komunikasi dalam
pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan. Malahan ianya juga dapat memudahkan
pihak berkepentingan untuk membantu mahasiswa kerana telah berjaya mengenalpasti
halangan yang berlaku semasa pembelajaran. Dalam pada itu, kajian ini juga penting untuk
dijalankan kerana ianya dapat memberikan maklumat tentang kesan-kesan teknologi
komunikasi dalam pendidikan iaitu dari sudut positif dan negatif.

Tambahan pula, menurut Wan Ismail, Abdul hakim & Nur Iyliani (2015) mengatakan
bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap pengajaran dan
pembelajaran akan dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Hal ini adalah
kerana penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah lebih mudah, cepat dan
sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

Akhir sekali, pengakaji juga mengharapkan agar hasil kajian ini akan dapat menjadi
sumber rujukan dan panduan bagi semua lapisan masyarakat yang terlibat dalam
meningkatkan kualiti teknologi komunikasi dalam pendidikan.
6.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk suatu kajian yang bersifat kualitatif yang mana ianya dijelaskan melalui
laporan penceritaan iaitu dengan menceritakan suatu kejadian yang berlaku berdasarkan
pendapat peserta kajian.

Kajian Kualitatif adalah merupakan sebuah kajian yang tidak menggunakan nombor
(numerical) contohnya seperti matematik, statistik atau bukti-bukti emperikal untuk
membuat sesuatu kesimpulan (Fuad, 2017). Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, data
dan maklumat yang telah diambil adalah hasil daripada kajian lapangan iaitu dengan
mengadakan temu bual terhadap responden.

Selain itu, menurut Ghazali & Sufean (2016) mengatakan bahawa kajian lapangan
terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian yang pertama ialah deskriptif iaitu cara
analisis data dan bahagian yang kedua ialah refleksi. Seterusnya, deskriptif bertujuan untuk
memahami sikap manusia melalui perbualan, pengucapan dan pemerhatian yang dilakukan
kepada responden. Manakala refleksi memerlukan penyelidik untuk melakukan refleksi
kendiri berdasarkan apa yang diperhatikan, difikirkan dan ditemukan dalam kajiannya.
Walaubagaimanapun, temu bual yang dijalankan adalah secara bersemuka yang melibatkan
semua mahasiswa Pendarasan Islam tahun 3 (lelaki dan perempuan) iaitu seramai 61 orang
dan temu bual secara rakaman yang dirakam menggunakan alat perakam pengkaji.
Disamping itu juga, pengkaji akan menggunakan temu bual secara berstruktur. Namun
begitu, soalan yang akan diberikan kepada responden akan diubah terlebih dahulu. Dalam
pada itu, susunan soalan, cara pengkaji memberikan soalan dan bentuk soalan boleh
berubah berdasarkan tindak balas dan reaksi yang diberikan oleh responden.

Menurut Noraini (2013) mengatakan bahawa seseorang penyelidik boleh menambah


beberapa soalan mengikut keperluannya dan boleh mengabaikan soalan yang tidak sesuai
untuk diajukan kepada responden.
7.0 SOROTAN LITERATUR

Menurut Noriati et. al (2010) menjelaskan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi
berkembang secara pesat di seluruh dunia. Justeru, perkembangan ini telah memberikan
pelbagai impak bukan sahaja sebagai penyebaran maklumat, akan tetapi dalam pelbagai
bidang contohnya seperti bidang pendidikan, perubatan, perniagaan, pengiklanan dan
sebagainya.

Selain itu, menurut Bhattacharya dan Sharma (2007) juga telah mengatakan bahawa
berlakunya perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat penyampai
maklumat akan dapat memberikan pengalaman kepada semua pengguna alat komunikasi
dengan pelbagai cara termasuklah melalui simulasi, penganalisis data dan sebagainya. Hal
ini akan dapat mengasah dan meningkatkan kemahiran aras tinggi masyarakat seperti boleh
berjumpa, berbincang dan berkomunikasi antara satu sama lain secara atas talian dengan
menggunakan pelbagai aplikasi seperti Google Meet, Zoom, Webex, Whatsapp dan pelbagai
platform yang disediakan. Hal ini juga akan lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang
ringgit seseorang individu.

Tambahan pula, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di seluruh dunia


telah merubah kehidupan manusia contohnya dari sudut pendidikan. Semua pelajar di
Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) boleh menggunakan perkakasan mudah alih bagi
meneruskan pembelajaran dan mudah untuk menghantar semua tugasan. Contohnya
seperti para pelajar dapat berkomunikasi secara sosial dengan menggunakan aplikasi
Whatsapp, Telegram dan sebagainya untuk berhubung dengan pensyarah masing-masing.
Selain itu, para pelajar juga boleh menggunakan platform media Sosial untuk menghantar
tugasan dengan menggunakan aplikasi Padlet atau Google Drive, Facebook dan sebagainya.
Lebih-lebih lagi, apabila pelajar mempunyai tugasan untuk mengedit video, mereka boleh
menggunakan pelbagai aplikasi seperti PowToon, Filmora, YouCut, Movie Maker dan
sebagainya untuk menghasilkan suatu video yang berkualiti, kemas dan cantik (Prof madya
Dr Shamsul Arrieya Ariffin, 2020).

Hal ini telah membuktikan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan semakin berkembang pesat di seluruh dunia.
Berhubungan dengan itu, dalam menyiapkan sesuatu tugasan, para pelajar pasti akan
menggunakan telefon pintar, tablet, laptop, komputer dan sebagainya. Ini adalah kerana
dengan menggunakan pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi dalam mengumpul
maklumat akan lebih cepat dan mudah untuk menyiapkan semua tugasan.
Berdasarkan kajian lepas yang telah dikaji oleh Mohd. Noorhadi dan Zurinah Tahir
(2017) dalam kajian mereka “Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat
Dalam Pendidikan IPTA” mengatakan bahawa pendidikan abad ke-21 ini lebih memfokuskan
kepada aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi untuk pembelajaran yang lebih efisien.
Contohnya seperti Facebook, E-Learning, Streaming Video, Laman Web online, M-Learning
dan Youtube. Hal ini akan dapat membantu para pelajar lebih memahami terhadap subjek
yang dipelajari.

8.0 SKOP KAJIAN

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji cabaran-cabaran dan kesan-kesan komunikasi dalam
pendidikan yang dihadapi oleh mahasiswa Pendarasan Islam Universiti Malaysia Sabah di
Kota Kinabalu serta untuk mengkaji sejauhmanakah tahap penggunaan teknologi
komunikasi dalam pendidikan terhadap mahasiswa Pendarasan Islam Universiti Malaysia
Sabah di Kota kinabalu. Walaubagaimanapun, skop kajian ini melibatkan semua mahasiswa
Pendarasan Islam tahun 3 (lelaki dan perempuan) iaitu seramai 61 orang. Semua responden
ini berumur antara 19 hingga 28 tahun. Lokasi kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah
Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terletak di Kota Kinabalu. Namun begitu, sebelum
memulakan sesi temubual, pengkaji akan terlebih dahulu menghubungi setiap responden
yang terlibat agar tidak berlakunya sebarang masalah

9.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, kajian ini akan memfokuskan isu yang berkaitan dengan cabaran dan
kesan teknologi komunikasi dalam pendidikan yang dihadapi oleh mahasiswa dalam bidang
Pendarasan Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu dan menilai tahap
penggunaan teknologi komunikasi dalam pendidikan terhadap mahasiswa Pendarasan Islam
Universti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan
dapat memberikan kesedaran kepada pembaca berkaitan isu cabaran dan kesan teknologi
komunikasi dalam pendidikan terhadap mahasiswa Pendarasan Islam Universiti Malaysia
Sabah di Kota Kinabalu. Oleh itu, para pelajar hendaklah bijak dalam menggunakan
teknologi komunikasi yang semakin canggih serta dapat menyebarkan lagi ilmu ke seantero
dunia dengan menggunakan pelbagai platform seperti Facebook, youtube, Instagram dan
sebagainya. Hal ini juga akan dapat melahirkan mahasiswa yang celik IT dan dapat
melahirkan mahasiswa yang kreatif dan inovatif.

RUJUKAN

Abdul Hakim bin Abdullah. T. thn. Pendidikan Islam Dalam Era Revolusi Industri 4.0 .

Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu: Malaysia.

Adam Badrulhisham, Muhammad Hilmi Mat Johar & Taufiq A. Rashid. 2019. Mendepani

Cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) Dalam Konteks Mahasiswa: Analisis Menurut

Perspektif Islam. Jurnal Ilmi, 9(1), 90-101. Kolej Universiti Islam Melaka.

Bernama. 26 Oktober 2019. Sistem pendidikan mesti seiring dengan IR 4.0 – Rafidah . Astro

Awani. Diakses daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sistem-

pendidikan-mesti-seiring-dengan-ir-40-rafidah-221046.

Bhattacharya, I. & Sharma, K. 2007. 'India in the knowledge economy – an electronic

paradigm'. International Journal of Educational Management Vol. 21 No. 6. 543- 568.

Fuad Mohamed Berawi. 2017. Metodologi Penyelidikan, Panduan Menulis Tesis . Sintok:

Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. 2016. Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan . Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Azlim Zainury. 9 September 2020. UMS sahkan Veveonah ambil peperiksaan dalam

talian. Sinar Harian. Diakses daripada

https://www.sinarharian.com.my/article/100346/BERITA/Nasional/UMS-sahkan-

Veveonah-ambil-peperiksaan-dalam-talian.
Mohd. Noorhadi Mohd. Yusof & Zurinah Tahir. 2017. Kepentingan Penggunaan Media Sosial

Dalam Pendidikan IPTA. Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 12, No. 3.

Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Noraini Idris. 2013. Penyelidikan dalam Pendidikan (edisi ke-2) . Shah Alam: McGraw Hill

Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A, Majid.

2010. Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Prof madya Dr Shamsul Arrieya Ariffin. 29 Mac 2020. Manfaatkan teknologi mudah alih

sewaktu krisis Covid-19. Astro Awani. Diakses daripada

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/manfaatkan-teknologi-mudah-alih-

sewaktu-krisis-covid19-235798. Pada 09 November 2019.

Usiono et.al. 2020. Dinamika Pendidikan Islam: Pengaruh Peradaban Islam dan

Ketamadunan Barat dalam Budaya dan Pendidikan di Malaysia . ASEAN Comparative

Education Research Journal of Islam and Civilization, 3(2), 55-70.

Wan Ismail Wan Abdullah, Abdul Hakim Abdullah & Nur Iyliani Kamaruzaman. 2015.

Transformasi tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Pendidikan Islam Program

Pensiswazahan guru UniSZA. Faculty of Islamic Contemporary Studies: UniSZA.

Zafir Mohd makhbul, Fazilah Mohamad Hasan & Mohd nazmy Abd Latif. 2018. Pengurusan

Sumber Manusia Hijau Mendepani Industri 4.0: Universiti Kebangsaan Malaysia.


FORMAT PENULISAN

1. Typed using a computer / Ditaip dengan menggunakan komputer

2. Tahoma, size 11, black text, 1.5. / Tahoma, saiz 11, teks hitam,

1.5.

3. Must be 1500 – 2000 words / WAJIB 1500 – 2000 patah

perkataan.

FORMAT TAJUK

1. The title of the PROPOSAL is typed in capital letters, bold and size

18 / Tajuk PROPOSAL ditaip dengan huruf besar, tebal dan bersaiz

18.

2. The position of the title is typed using the middle format (inverted

pyramid) in the middle between the left margin and the right

margin / Kedudukan tajuk ditaip dengan menggunakan format

tengah (piramid terbalik) di tengah di antara jidar kiri dan jidar

kanan.

3. No skipping if the title exceeds one line, cannot be short / Tiada

langkau jika tajuk melebihi satu baris, tidak boleh ringkas.

4. Cannot use summary words / Tidak boleh menggunakan

perkataan ringkasan.
5. Names of students and faculty are typed in capital letters, bold

and size 18 / Nama pelajar dan fakulti ditaip dengan huruf besar,

tebal dan bersaiz 18.

Anda mungkin juga menyukai