Anda di halaman 1dari 2

1 Minggu/ Hari/Tarikh : 7 / Isnin / 09.05.

2022
2 Kelas/ Masa/ Mata Pelajaran : 3 Aspirasi / 5.10 - 6.10 / Matematik
3 Tema / Tajuk Standard Pembelajaran Nombor Dan Operasi / 1.0 Nombor Bulat dan Operasi Asas/ Nombor Hingga
10 000/Pola Nombor
:
1.7 Pola nombor
1.7.1 Mengenal pasti pola bagi siri nombor yang diberi secara tertib menaik dan
menurun satu-satu hingga sepuluh-sepuluh,seratus-seratus dan seribu-seribu.
1.7.2 Melengkapkan pelbagai pola nombor yang diberi secara tertib menaik dan
menurun satu-satu hingga sepuluh-sepuluh, seratus-seratus dan seribu-seribu.

4 Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


Mengenal pasti dan melengkapkan pelbagai pola nombor yang diberi.

5 Aktiviti PDP : 1. Murid ditunjukkan pelbagai pola nombor.


2. Murid diterangkan cara mengenal pasti dan menyusun nombor semakin
besar dalam pola nombor menaik dan nombor semakin kecil dalam pola
nombor menurun.
3. Murid digalakkan membina pola nombor menaik dan menurun.
4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
5. Setiap kumpulan diberikan set kad atau garis nombor dengan pelbagai jenis
pola. Murid diminta menyusun pola nombor dalam tertib menaik dan tertib
menurun. (PAK 21)
6. Murid menjawab soalan yang diberi dalam masa yang ditetapkan. (PBD)
7. Guru membuat perbincangan jawapan dengan murid. (KBAT)
8. Murid membuat pembetulan jawapan dan rumusan pelajaran hari ini.
6 Pengisian Kurikulum :
6.1 : Ilmu/ Nilai:: Kerjasama
6.2 : EMK/ KB/ BCB Menilai
7 Bahan Bantu Mengajar : Buku Teks: 20-21, kad nombor
8 Penilaian PDP/ Pentaksiran PDP : Buku Aktiviti: 12
9 Refleksi/ Impak dan Kerja Rumah :

1 Minggu/ Hari/Tarikh : 7 / Rabu/ 11.05.2022


2 Kelas/ Masa/ Mata Pelajaran : 3 Aspirasi / 1.10 - 2.10, 4.40 - 5.10 / Matematik
3 Tema / Tajuk Standard Pembelajaran Nombor Dan Operasi / 2.0 Operasi Asas/Tambah/Tambah dalam Lingkungan
100 000
:
2.1.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah melibatkan dua nombor hasil tambah
dalam lingkungan 10 000.
4 Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
(i) Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula.
(ii) Menambah sebarang dua nombor hingga empat digit dengan mengumpul
semula dari sa ke puluh.
(iii) Menambah sebarang dua nombor dengan pelbagai strategi pengiraan.
5 Aktiviti PDP : 1. Murid meneliti gambar dalam buku teks ms 27. Murid diminta bercerita
tentang gambar dan kaitan dengan operasi tambah.
2. Murid dibimbing menambah dengan menggunakan pembilang seperti
abacus.
3. Murid ditegaskan digit perlu disusun mengikut nilai tempat yang betul untuk
menambah dalam bentuk lazim.
4. Murid digalakkan menggunakan simulasi, garis nombor, perwakilan dan
gambar rajah untuk menambah sebarang dua nombor.
5. Murid diingatkan untuk menambah bermula daripada sa, diikuti puluh, ratus
dan ribu.
6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
7. Setiap kumpulan diberikan set soalan tambah yang berbeza. Murid diminta
menjawab soalan kuiz mengira cepat dengan cara perbincangan dalam
kumpulan.
8. Murid diminta berkongsi jawapan dan cara penyelesaian dengan kumpulan
lain. (PAK 21)
9. Murid menjawab soalan yang diberi dalam masa yang ditetapkan. (PBD)
10. Guru membuat perbincangan jawapan dengan murid. (KBAT)
11. Murid membuat pembetulan jawapan dan rumusan pelajaran hari ini.
6 Pengisian Kurikulum :
6.1 : Ilmu/ Nilai:: Kerjasama
6.2 : EMK/ KB/ BCB Menilai
7 Bahan Bantu Mengajar : Buku Teks m/s 27-31, kad soalan, BA m/s 17-18
8 Penilaian PDP/ Pentaksiran PDP : Buku Aktiviti: 17-18
9 Refleksi/ Impak dan Kerja Rumah :

Anda mungkin juga menyukai