Anda di halaman 1dari 2

1 Minggu/ Hari/Tarikh : 29 / Isnin / 17.10.

2022
2 Kelas/ Masa/ Mata Pelajaran : 3 Aspirasi / 5.10 - 6.10 / Matematik
3 Tema / Tajuk Standard Pembelajaran Nombor Dan Operasi / 3.0Pecahan, Perpuluhan dan
Peratus/Pecahan/Pecahan Wajar
:
3.1 Pecahan Wajar
3.1.1 Mengenal pasti pecahan wajar sebagai sebahagian daripada satu kumpulan.
4 Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Mengenal pasti dan menamakan pecahan wajar dengan betul.
5 Aktiviti PDP : 1. Murid mengimbas kembali pelajaran lalu berkaitan pecahan.
2. Murid berbincang tentang nombor pecahan yang terdapat dalam gambar
buku teks ms 81.
3. Murid diminta menyebut beberapa situasi dalam kehidupan harian yang
melibatkan pecahan.
4. Murid meneliti dan memahami gambar rajah dan dialog dalam buku teks.
5. Murid ditunjukkan beberapa contoh kad nombor yang mengandungi nombor
pecahan wajar. Murid diminta menyebut nombor tersebut.
6. Murid dijelaskan tentang nilai pecahan wajar adalah kurang daripada 1.
7. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
8. Setiap kumpulan diberikan beberapa keping kad imbasan nombor yang
berbeza. Murid diminta mengenal pasti nombor pecahan wajar dan
menyebutnya dengan jelas. (PAK 21)
9. Murid diminta berkongsi cara penyelesaian dan jawapan di hadapan kelas.
10. Murid menjawab soalan yang diberi dalam masa yang ditetapkan. (PBD)
11. Guru membuat perbincangan jawapan dengan murid. (KBAT)
12. Murid membuat pembetulan jawapan dan rumusan pelajaran hari ini.
6 Pengisian Kurikulum :
6.1 : Ilmu/ Nilai:: Kerjasama
6.2 : EMK/ KB/ BCB Menilai
7 Bahan Bantu Mengajar : Buku Teks m/s 81-82, BA m/s 53-54

8 Penilaian PDP/ Pentaksiran PDP : Buku Aktiviti: 53-54


9 Refleksi/ Impak dan Kerja Rumah :
1 Minggu/ Hari/Tarikh : 29/ Rabu/19.10.2022
2 Kelas/ Masa/ Mata Pelajaran : 3 Aspirasi / 1.10 - 2.10, 4.40 - 5.10 / Matematik
3 Tema / Tajuk Standard Pembelajaran Nombor Dan Operasi / 3.0Pecahan, Perpuluhan dan
Peratus/Pecahan/Pecahan Wajar
:
3.1 Pecahan Wajar
3.1.2 Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga
10.
4 Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Mengenal pasti dan menamakan pecahan setara dengan betul.
5 Aktiviti PDP : 1. Murid mengimbas kembali pelajaran lalu berkaitan pecahan.
2. Murid diterangkan tentang cara mengenal pasti pecahan setara bagi
pecahan wajar.
3. Murid menggunakan saiz kertas yang sama dan warna yang sama apabila
mewarnakan bahagian untuk menyatakan pecahan setara seperti contoh
dalam buku teks ms 83.
4. Murid meneliti dan memahami gambar rajah dalam buku teks.
5. Murid dikukuhkan pemahaman tentang pecahan setara secara simulasi
menggunakan kit pecahan, jalur kertas dan plastik lut sinar (transparensi).
6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
7. Setiap kumpulan diberikan kit pecahan, jalur kertas dan plastik lut sinar
sebagai bahan simulasi untuk menjawab soalan. Murid diminta mengenal
pasti nombor pecahan setara bagi pecahan wajar. (PAK 21)
8. Murid diminta berkongsi cara penyelesaian dan jawapan di hadapan kelas.
9. Murid menjawab soalan yang diberi dalam masa yang ditetapkan. (PBD)
10. Guru membuat perbincangan jawapan dengan murid. (KBAT)
11. Murid membuat pembetulan jawapan dan rumusan pelajaran hari ini.
6 Pengisian Kurikulum :
6.1 : Ilmu/ Nilai:: Kerjasama
6.2 : EMK/ KB/ BCB Menilai
7 Bahan Bantu Mengajar : Buku Teks m/s 83
8 Penilaian PDP/ Pentaksiran PDP : Buku Aktiviti:
9 Refleksi/ Impak dan Kerja Rumah :

Anda mungkin juga menyukai