Anda di halaman 1dari 5

TEKNIK MENULIS PERENGGAN KARANGAN SPM

TEKNIK MENULIS PERENGGAN KARANGAN

Contoh soalan:
Penggunaan Internet khususnya laman sosial memberikan pelbagai kesan negatif kepada anak-anak.

Huraikan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam mengawal penggunaan Internet
dalam kalangan anaK-anak.

ANALISIS SOALAN

DIMENSI SOALAN    : Keluarga


JENIS KARANGAN    : Tidak berformat
TEMA                          : Penggunaan Internet khususnya laman sosial
TUGASAN                  : Calon diminta menghuraikan tanggungjawab ibu bapa dalam
  mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak
SASARAN                   : Ibu bapa dan anak-anak

PERENGGAN PENDAHULUAN

Hu Ta Pada era globalisasi ini, Internet khususnya laman sosial telah


(Huraian tema) digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

Su Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 72.8 peratus


(Cipta Isu) penduduk Malaysia telah menggunakan Internet. Angka ini telah
menunjukkan bahawa Internet telah mempengaruhi gaya hidup
masyarakat kita. Kini, Internet telah menjadi platform yang utama
untuk mendapatkan maklumat, menyebarkan berita, melariskan
jualan, merapatkan hubungan silaturahim dan sebagainya. Walau
bagaimanapun,  penggunaan Internet juga banyak mendatangkan
kesan negatif kepada masyarakat khususnya anak-anak yang masih
bersekolah. Anak-anak yang menggunakan Internet dengan cara yang
tidak betul akan menyebabkan mereka terpengaruh dengan pelbagai
kesan negatif. Jika ibu bapa tidak memantau anak-anak mereka
dengan baik, nescaya anak-anak mereka akan terlibat dengan
pornografi, penipuan, rogol, dan sebagainya. Jika hal ini tidak
dibendung, nescaya kesan yang lebih buruk akan berlaku dan sukar
untuk diubati kerana nasi sudah menjadi bubur.

Pen Persoalannya, sejauhmanakah ibu bapa mampu mengawal


(Penegasan) penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak mereka? Persoalan
inilah yang akan saya huraikan kerana ibu bapa memikul
tanggungjawab yang besar untuk memantau penggunaan Internet
dalam kalangan anak-anak.

+ UM Nasi sudah menjadi bubur


(Ungkapan
menarik)

PERENGGAN ISI

Is Peranan dominan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk


(Pernyataan Isi) mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak adalah
mengehadkan masa penggunaan Internet khususnya laman sosial
seperti Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp, dan Masenger.

Me Hal ini dikatakan demikian adalah kerana penggunaan Internet dalam


(Mengapa) jangka masa yang lama akan menyebabkan anak-anak lalai terhadap
tanggungjawab yang perlu diutamakan seperti membuat kerja
sekolah, menjawab soalan latih tubi dan mengulang kaji pelajaran.

Ba Dalam usaha mengawal penggunaan Internet ini, ibu bapa perlu


(Bagaimana) menetapkan masa tertentu kepada anak-anak mereka  ketika
menggunakan kemudahan Internet di rumah. Sebagai contoh, ibu
bapa hanya memperuntukkan masa sebanyak satu jam sahaja kepada
anak-anak untuk melayari Internet di rumah. Dalam jangka masa
tersebut, anak-anak boleh menggunakan laman sosial seperti
Facebook dan Instagram untuk mencari maklumat semasa, berkongsi
berita dengan rakan-rakan dan bertukar-tukar pandangan.

Ke Jika ibu bapa menguatkuasakan peraturan ini, anak-anak tidak akan


(Kesan jangka membazir masa dengan melayari Internet sesuka hati. Jika sampai
panjang) tempoh masa yang ditetapkan ibu bapa perlu mematikan wifi di
rumah supaya anak-anak tidak dapat menggunakan kemudahan
Internet. Pemantauan ini mampu mengelakkan anak-anak leka
melayari Internet sehingga membazir masa mereka. Masa adalah
sangat penting kepada anak untuk memantapkan diri mereka dengan
ilmu akademik kerana masa itu emas. Oleh itu, usaha yang dilakukan
oleh ibu bapa ini secara tidak langsung akan mendidik anak-anak
menjadi lebih berdisiplin dan menepati masa. Mereka tidak akan
terdedah dengan banyak perkara yang negatif jika masa
menggunakan kemudahan Internet dihadkan.

Pen Sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa yang mengehadkan
(Penegasan isi) penggunaan Internet dalam kalangan anak mereka mampu
mengelakkan anak-anak terpengaruh dengan perkara negatif semasa
melayari Internet di rumah.
+ UM Sudah terang lagi bersuluh
(Ungkapan Masa itu emas
Menarik)

PERENGGAN PENUTUP

Pa Kesimpulannya, ibu bapa hendaklah mengambil langkah-langkah


(Pandangan) yang berkesan untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan
anak mereka.

Ca Setiap ibu bapa wajar memainkan peranan mereka kerana anak-anak


(Cadangan) yang sentiasa dipantau oleh ibu bapa mampu mengelakkan mereka
daripada terlibat dengan demoralisasi akhlak yang akhirnya akan
merosakkan masa depan mereka.

Ha Jadi ibu bapa perlu bersikap tegas terhadap anak-anak kerana masa
(Harapan depan negara terletak di bahu mereka. Anak-anak inilah yang akan
mewarisi tampuk pemerintahan negara kelak. Oleh itu, wajarlah ibu
bapa berusaha untuk melahirkan generasi yang berdisiplin agar
mereka mampu memacu kegemilangan negara hingga dikenali di
pentas antarabangsa selari dengan aspirasi Perdana Menteri untuk
melihat negara duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju yang lain.

+ UM Duduk sama rendah berdiri sama tinggi


(Ungkapan
menarik)
TUGASAN 9/7/2021
Pada masa ini perkembangan kes Covid19 menunjukkan peningkatan do beberapa tempat di Malaysia.

Jelaskan langkah-langkah melindungi dan orang lain daripada dijangkiti Covid19. Lengkapkan
maklumat di analisi soalan dan jadual pemerenggan di bawah.
ANALISIS SOALAN

DIMENSI SOALAN    : _____________


JENIS KARANGAN    : _____________
TEMA                          : __________________________________
TUGASAN                  : ___________________________________
SASARAN                   : ______________

PERENGGAN PENDAHULUAN

Hu Ta
(Huraian tema)

Su
(Cipta Isu)

Pen
(Penegasan)

+ UM
(Ungkapan
menarik)

PERENGGAN ISI

Is
(Pernyataan Isi)

Me
(Mengapa)

Ba
(Bagaimana)

Ke
(Kesan jangka
panjang)

Pen
(Penegasan isi)
+ UM
(Ungkapan
Menarik)

PERENGGAN PENUTUP

Pa
(Pandangan)

Ca
(Cadangan)

Ha
(Harapan

+ UM
(Ungkapan
menarik)

Anda mungkin juga menyukai