Anda di halaman 1dari 2

TEKS PERHIMPUNAN

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan murid-murid
sekalian.

Pada pagi yang mulia ini, kita berkumpul di sini untuk perhimpunan rasmi mingguan sekolah
kita.

Doa
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, saya mempersilakan
saudara______________ untuk melafazkan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar
tadi.

NYANYIAN DAN IKRAR

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku. Murid-murid diminta berdiri tegak dan
bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik.

Seterusnya, nyanyian lagu Wilayah. Sila bersedia dan menyanyikan lagu dengan iringan muzik.

Seterusnya, lagu sekolah semua diminta bersedia dan menyanyi lagu dengan iringan muzik.

Seterusnya, anda diminta bersedia untuk melafazkan Rukun Negara. Majlis menjemput
_______________ untuk melafazkan Rukun Negara.

Selepas itu, bacaan ikrar murid akan diketuai oleh _____________. Terima kasih _______ atas
bacaan ikrar tadi.

Akhir sekali, nyanyian lagu Tamil Taayi Vaazhthu. Para murid diminta menyanyi lagu ini
dengan iringan muzik.

Terima kasih kepada guru-guru dan para murid atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar
tadi. Semua guru dan murid dipersilakan duduk.

GURU BERTUGAS

Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ selaku guru bertugas


mingguan untuk memberi ucapan.

Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ maklumat yang disampaikan


tadi.
UCAPAN GURU (JIKA ADA)

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ untuk


memberikan ucapan mengenai program ______________________________
Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan ____________________________.

UCAPAN GURU BESAR / PENTADBIR

Seterusnya, saya mempersilakan Puan Guru Besar / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong
Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh
Guru Besar / Penolon Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan
panduan untuk merealisasikan kecemerlangan.

BERSURAI
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
Guru Besar, guru-guru dan murid-murid yang hadir dalam perhimpunan ini. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai