Anda di halaman 1dari 8

Adab Dengan Guru

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pada hari


ini, cikgu ingin sampaikan tazkirah ringkas berkaitan adab
dengan guru. Marilah sama-sama kita dengarkan.

#1 Beri Salam Dan Tegur Guru Dengan Baik

Setiap kali bertemu guru, tegur mereka dengan baik dan beri
salam kepada mereka. Ia menandakan kita menghormati
mereka sebagai seorang guru dan lebih tua daripada kita.

#2 Berdiri Menjemput Guru Masuk ke Kelas Atau Ketika Guru


Bangun

Apabila guru bangun atau masuk kelas, berdiri adalah adab


dengan guru yang perlu anda lakukan. Guru akan menyenangi
perbuatan anda yang menghormatinya.

#3 Cakap Perkara Yang Baik

Jangan bercakap perkara yang bukan-bukan dan tidak baik


dengan guru. Berbual dan bercakaplah perkara yang baik-baik
dengan mereka supaya disenangi.

#4 Elakkan Berbisik Di Hadapan Guru

Guru adalah seorang manusia yang mempunyai hati dan


perasaan. Sikap berbisik di hadapan guru adalah tidak baik
kerana ia seolah-olah anda berkata-kata tentang guru
tersebut.

#5 Terima Nasihat Guru

Murid yang baik adalah murid yang menerima nasihat guru


dengan baik. Menerima nasihat adalah adab dengan guru
ketika belajar dimana anda tidak membantahnya, malah
menerima segala nasihat yang diberikan.

#6 Jawab Jika Ditanya

Jangan berdiam diri, tetapi jawablah jika ditanya oleh guru


anda. Guru suka apabila anda berterus terang jika tidak tahu
sesuatu atau cuba menjawab soalan yang telah diajukan
kepada anda.

#7 Tidak Bercakap Ketika Guru Mengajar

Sikap anda ketika belajar akan mempengaruhi keberkatan


ilmu yang anda terima.

#8 Tidak Memperlekehkan Kemampuan Guru

Guru yang mengajar juga tidak terlepas dari melakukan


kesilapan. Kita pula perlu ada adab dengan guru dengan tidak
memperlekehkan kemampuan mereka. Jangan ketawakan
mereka dan berkata hal yang tidak baik.

#9 Bercakap Dengan Nada Yang Baik

Jangan cakap dengan nada yang kuat atau tidak sepatutnya


dengan guru yang mengajar kita. Ia sama sahaja seperti kita
bercakap dengan ibu bapa kita.

#10 Melaksanakan Arahan Guru


Jangan risau sekiranya anda tidak tahu cara menambat hati
guru, cukuplah anda melaksanakan arahan guru. Guru akan
rasa sangat dihargai.

#11 Belajar Bersungguh-sungguh

Belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan anda, itu


ayat yang sering kita dengari. Guru akan nampak usaha dan
tindakan anda dan pasti menyenanginya.

#12 Meminta Restu dan Berkat Guru

Dalam apa jua tindakan yang dilakukan, mintalah restu dan


doa dari guru dan ibu bapa. Doa dari mereka akan
menjadikan urusan kita lebih diberkati Allah SWT.

Itulah antara 12 adab dengan guru yang murid harus ambil


tahu. Inilah kunci utama kejayaan yang kita ramai tidak sedar.
Setakat ini sahaja perkongsian yang ingin cikgu sampaikan.
Selamat belajar!
#11 Meminta Pertolongan Guru

Sekiranya ada sebarang masalah, mintalah pertolongan


daripada guru anda. Jangan diam dan biarkan. Ia dikira
sebagai adab dengan guru sekiranya anda bertanya dan
meminta pertolongan guru dengan baik.

#9 Siapkan tugasan Yang Diberi


Jika tidak menyiapkan tugasan yang diberi guru, ia sama
sahaja seperti kita tidak menghormati mereka. Oleh itu,
tugasan jangan dibuat sebagai perkara yang remeh!

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah S.A.W


bersabda:

“Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada


orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki kepada
orang yang duduk, kumpulan yang sedikit kepada kumpulan
yang ramai, dan orang yang muda memberi salam kepada
orang yang tua“.

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)

#2 Hadiahkan Senyuman Manis

Senyuman adalah sedekah, apa salahnya jika kita sedekahkah


senyuman untuk guru kita? Senyuman adalah adab dengan
guru yang ramai tak sedar, tetapi tetap mendapat pahala.

#3 Membantu Guru

Bantulah guru anda setiap kali melihat mereka mengangkat


barang, membawa buku dan sebagainya. Ambillah peluang
untuk beradab dengan guru supaya dapat menghimpun
pahala.
#8 Berbaik Sangka Dengan Guru

Berbaik sangkalah dengan guru dan jangan sesekali menuduh


mereka dengan hal-hal yang tidak baik. Guru akan berasa
sedih dan kecil hati sekiranya anda berburuk sangka.
Sekiranya ada yang tidak kena, pasti perlu ada buktinya.

#10 Tidak Bercakap Banyak

Jangan jadi burung murai yang mulutnya tidak henti-henti


berbunyi. Guru tidak akan senang sekiranya anda seorang
yang cakap terlalu banyak. Cakap perkara penting sahaja dan
berbual kosong tiada masalah, tetapi haruslah kena dengan
masanya.

#15 Sedekahkan Amalan Kepada Guru Yang telah Meninggal


Dunia

Adab dengan guru biarpun guru telah tiada adalah kita boleh
sedekahkan Al-Fatihah atau amalan kepada mereka. Apabila
bersedekah dan berbuat sesuatu yang baik, anggaplah itu
untuk guru anda yang telah tiada. Sedekahkan pahala
kebaikan kepada mereka.
#16 Mendoakan Guru

Perasan tak? Kita disarankan untuk turut berdoa untuk guru


kerana jasanya amat besar dalam kehidupan kita. Anda boleh
amalkan doa seperti berikut:

“Wahai Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa


orang tua kami, para sesepuh kami, para guru kami, orang-
orang yang mempunyai hak atas kami, orang-orang yang
cinta dan berbuat baik kepada kami, dan seluruh umat
Islam.”

#17 Menghargai Dan Mengenang Jasa Guru

Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai dan


mengenang jasa guru. Selain berdoa, anda boleh melawat
guru anda (sekiranya mereka masih hidup), bertanya khabar
dan membina ukhuwah. Mereka akan berasa dihargai dengan
adab anda tunjukkan.

#18 Amalkan Ilmu Yang Diberi Guru

Setiap ilmu perlu diamalkan umpama pohon yang tetap


rendang dan berbuah dengan jayanya. Adab dengan guru
iaitu mengamalkan ilmu yang diberikan akan memberi
kejayaan dunia dan akhirat kepada kita.
#22 Menziarahi Guru

Sekiranya guru anda berada di hospital atau rumah, tak salah


untuk anda menziarahinya apabila sudah lama tidak
berjumpa. Bawalah buah tangan untuk mereka!

#23 Mengutamakan Guru Dalam Urusan Bersesuaian

Guru adalah contoh yang baik untuk pelajar selain dari ibu
bapa. Utamakan guru dalam urusan yang bersesuaian dengan
anda akan memudahkan urusan anda.

#24 Menganggap Seperti Ibu Dan Ayah

Anggaplah guru seperti ibu dan ayah anda sendiri


memandangkan mereka banyak berjasa memberikan ilmu
kepada anda. Adab dengan guru yang dipegang rapi ini bakal
menyambung erat silaturrahim anda dengan guru.

Anda mungkin juga menyukai