Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN

PROGRAM ISM TALK DAN KOLOKIUM


WANITA BERSAMA PUSPANITA TAHUN
2022

ANJURAN
INSTITUT SOSIAL MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA
PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT

1
1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan


dan kelulusan EXCO PUSPANITA 2020/2022 bagi penganjuran
Program ISM Talk dan Kolokium Wanita Bersama PUSPANITA
Tahun 2022 anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama
PUSPANITA Cawangan Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1. ISM Talk merupakan platform perkongsian ilmu dan


pengalaman oleh panel-panel yang berpengalaman atau
berkelayakan dalam bidang sosial di mana tajuk-tajuk yang
dipilih adalah bersesuaian dengan keadaan semasa. Manakala,
kolokium wanita pula bertujuan untuk memberi peluang kepada
penjawat awam dalam kalangan wanita membentangkan hasil
dapatan penyelidikan mereka berkaitan wanita.

2.2. Kedua-dua program ini bertujuan untuk memberikan


pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan kepada para
peserta dalam tajuk-tajuk yang dikupas terutamanya berkaitan
kumpulan sasar KPWKM agar pendedahan seperti ini akan
dapat dikongsikan bersama rakan-rakan, saudara mara atau
komuniti dan seterusnya membantu mereka lebih memahami
situasi sosial di negara ini.

2
3.0 OBJEKTIF

Pelaksanaan program ini adalah untuk mencapai objektif-objektif


seperti berikut:

3.1 Memberi inspirasi kepada peserta agar menjadi individu yang


sentiasa bersemangat dan berwibawa;

3.2 Membudayakan sikap profesionalisme, kejujuran dan


keikhlasan dalam melaksanakan tugas;

3.3 Menerapkan amalan “goal practices” untuk diaplikasikan di


organisasi masing-masing; dan

3.4 Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada golongan


wanita berkaitan tajuk-tajuk yang dibawa.

4.0 SKOP PROGRAM

Cadangan pelaksanaan program seperti di Lampiran 1.

5.0 TENTATIF PROGRAM

Cadangan tentatif program seperti di Lampiran 2.

6.0 PESERTA PROGRAM

Kumpulan sasar bagi program ini adalah terbuka kepada semua


warga KPWKM. Jemputan peserta juga dipanjangkan kepada
Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan
lain yang berkaitan.

3
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran perbelanjaan bagi program ini seperti di Lampiran 3.

8.0 SYOR

Sukacita diangkat Kertas Cadangan Pelaksanaan Program ISM Talk


dan Kolokium Wanita Bersama PUSPANITA Tahun 2022 anjuran
Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama PUSPANITA
Cawangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan
Masyarakat (KPWKM) untuk pertimbangan dan kelulusan.

9.0 PENUTUP

Program ini merupakan platform yang baik dan diharapkan lebih


ramai peserta terutamanya golongan wanita celik ilmu berhubung
dengan perkara-perkara yang dibentangkan dan dikupas dalam
program ini. Semoga pendedahan seperti ini dapat membantu ke
arah pembangunan sahsiah yang lebih jitu dalam masyarakat.

4
SOKONGAN
EXCO PUSPANITA TAHUN 2020/2022

Permohonan untuk melaksanakan Program ISM Talk dan Kolokium


Wanita Bersama PUSPANITA Tahun 2022 anjuran Institut Sosial
Malaysia (ISM) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
(KPWKM) dengan peruntukan sebanyak RM4,500.00 (RINGGIT
MALAYSIA : EMPAT RIBU LIMA RATUS RINGGIT SAHAJA) adalah:-

DISOKONG

TIDAK DISOKONG

Ulasan :

..............................................................................................................................................................

.............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................

................................................................
(DR. FARIDAH BINTI AWANG)
Timbalan Pengerusi (1)
PUSPANITA, KPWKM

Tarikh : Januari 2022

5
KELULUSAN
EXCO PUSPANITA TAHUN 2020/2022

Permohonan untuk melaksanakan Program ISM Talk dan Kolokium


Wanita Bersama Puspanita Tahun 2022 anjuran Institut Sosial Malaysia
(ISM) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dengan
peruntukan sebanyak RM4,500.00 (RINGGIT MALAYSIA : EMPAT
RIBU LIMA RATUS RINGGIT SAHAJA) adalah :-

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

Ulasan :

..............................................................................................................................................................

.............................................................................................................................................................

............................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................

................................................................
(YBRS. PUAN CHE ROKIAH BINTI MAHMOD)
Pengerusi
PUSPANITA KPWKM

6
Tarikh : Januari 2022

7
Lampiran 1

CADANGAN SKOP PROGRAM


ISM TALK DAN KOLOKIUM WANITA TAHUN 2022

KAEDAH PANEL
BIL PROGRAM TARIKH MASA
PELAKSANAAN JEMPUTAN
1. ISM Social 13 Januari 10.30 pagi Bersemuka Puan Norli Binti
Talk Siri 2022 hingga Madlan @ Bonda
1/2022 12.00 Nor
tengah hari (Penceramah dan
Penulis Buku
Dakwah)
2. Kolokium Februari 10.30 pagi Bersemuka Panel dan
Wanita 2022 hingga penyelidik yang
12.30 berpengalaman
tengah hari atau berkelayakan
3. ISM Mac 2022 10.30 pagi Bersemuka YBhg. Tan Sri
Executive hingga Dato' Seri Mohd
Talk Siri 12.00 Zuki bin Ali
1/2022 tengah hari (Ketua Setiausaha
Negara)

Lampiran 2

8
CADANGAN TENTATIF PROGRAM
ISM TALK DAN KOLOKIUM WANITA TAHUN 2022

WAKTU PERKARA

10.00 pagi Ketibaan para jemputan


Pendaftaran menggunakan Google Form

10.30 pagi - Program dimulakan oleh Pengacara Majlis

- Bacaan Doa

- Perkongsian ilmu oleh panel jemputan

- Sesi Soal Jawab

- Penyampaian Cenderahati

12.00 tengah hari Makan Tengahari dan Bersurai

* Cadangan tentatif program akan diubah mengikut skop dan objektif program.

Lampiran 3

9
ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM ISM TALK DAN KOLOKIUM WANITA TAHUN 2022

BIL PROGRAM PERKARA JUMLAH


1. ISM Social Talk Bayaran Penceramah RM500.00
Siri 1/2022 RM500.00 x 1 orang = RM500.00

2. Kolokium Wanita Bayaran Penceramah


RM500.00 x 1 orang = RM500.00

Perkhidmatan Sokongan RM2,000.00


Teknikal Live Streaming
Facebook ISM
RM1,500.00 x 1 siri = RM1,500.00

3. ISM Executive Bayaran Penceramah


Talk Siri 1/2022 RM500.00 x 1 orang = RM500.00

Perkhidmatan Sokongan RM2,000.00


Teknikal Live Streaming
Facebook ISM
RM1,500.00 x 1 siri = RM1,500.00

JUMLAH KESELURUHAN RM4,500.00

10

Anda mungkin juga menyukai