Anda di halaman 1dari 9

CHECK LIST PERSEDIAAN BERSALIN

Masa bersalin anak sulung ari tu,memang banyak yang kurang.Sampai mak sedara suami kata aku ni
kurang persediaan.Tambah-tambah si Naufal keluar awal 3 minggu.Maklumla anak sulung.Bila bersalin
anak kedua ni akan kupastikan segala persediaan lengkap.Di sini aku kongsikan check list yang dah aku
buat.

Check List Barang Yang Perlu dibawa ke hospital


-Rekod kesihatan (Buku Merah)
-Guarantee Letter
-IC
-baju baby 3 helai
-barut baby
-bedung
-pampers newborn (bawak sikit je dulu)
-Baju T-shirt dalam 2 helai atau lebih
-Stoking 2 helai
-Kain Batik 3 helai
-bengkung (tak bawakpun takpa)
-set mandian(sabun,berus gigi,ubat gigi,sikat,pencuci muka,tuala,syampu
-selipar jepun
-Pad (ni paling penting,sediakan yang jenis nipis dan tebal bagi aliran darah banyak)
-Seluar dalam (aku beli yang pakai buang je)
-Nursing bra
-skaf dan pengikat rambut (untuk selesa susukan anak nanti)
-handphone & charger(penting nak contact orang)
-kamera (nak ambik gambar baby nanti)
-telekong solat(Ingat,selagi tak beranak masih kene solat)
-baju sejuk untuk ibu
-Minuman segera (milo ke,horlick ke,nak ambik tenaga sebelum proses meneran)
-benda-benda lain yang dirasakan penting;takdapun takpa.(Mcm aku,aku dah sediakan air selusuh,al-
quran,ubat2 persediaan bersalin dan ubat kuning baby dari salindah)

Biasanya kalau tiada masalah kita akan duduk sekejap je di hospital.Semasa anak sulung ari tu,aku duduk
dalam sehari je.So tak perlu bawak banyak barang.Jika berkeperluan baru mintak tolong suami bawak.

Check List Barang Yang Perlu Ada kat Rumah


-Set Tilam baby( aku dah tempah tilam kekabu online kat Kedai Mini Kelantan,cantik!!)

-kelambu
-Bedak,sabun,losyen,syampu baby
-baby oil
-Besin mandi dan baby seat bath( baby kecik memang susah nak mandikan,kene ada seat bath khas)
-lapik getah changing mat
-Barut perut baby( kali ni aku tempah online dari mypermatahati,yang dulu beli kat kedai baby cepat
tanggal)
-tungku baby(untuk tuam baby)
-Baju baby lengan panjang n pendek(Bagi yang beranak anak kedua,dah takda masalah)
-Sarung kaki dan tangan serta topi
-pampers newborn
-Bedung (aku beli yang jenis pelekat,senang)
-beg barang baby
-Tuala
-napkin
-baby wipes
-putik kapas
-pengepit kuku
-termometer
-cotton balls
-Tisu
-krim ruam lampin
-minyak telon atau minyak bayini
-safety pin
-detergent untuk baby

-ubat luka untuk ibu(dah ada dalam set bersalin salindah)


-param/pilis( juga dah ada dalam set bersalin amway)
-pembersih vagina (juga dah ada dalam set amway)
-Pam susu (aku dah beli jenis elektrik double pumping Spectra 3) Sapa nak boleh beli dengan saya,saya
bagi harga termurah..
-warmer (jika berniat nak wat stok susu ibu)
-Set Bersalin ( aku beli set amway)
-set Penyusuan Shaklee( penting sebab aku jenis yang kekurangan susu).
Sapa nak produk Shaklee dan keahlian free,boleh pm saya ye..

-pil-pil haruan dan gamat -


tungku ibu(boleh beli yang tungku besi atau tungku herba).Aku tempah online je tungku besi + sarung
herba + bunjut mandian
-bengkung (biasanya dah ada dalam set bersalin)
-maternity pad (sediakan banyak sikit)
-Botol baby saiz kecik
-pembersih botol
-Nursing pad
-termos
-bakul baju kotor
-bakul baju baby( macam aku,beli je storage box,senang,tak berhabuk n takdala anak sulung nak
sepahkan)
-bakul ubat-ubatan

Juga perlu ada buku untuk senarai nama-nama bayi dalam Islam,tips persediaan mengandung dan
bersalin serta menyambut cahaya mata,buku bagaimana penyediaan susu ibu yang betul.Macam aku
ni..hehe
Dan yang tak kurang pentingnya,makanan semasa pantang,agar tak kebulur..nanti susah banyak benda
yang tak boleh makan..hehe
Selain dari keperluan barang-barang,bagi wanita yang mementingkan penjagaan luaran
dan dalaman (jangan moden sangat,nanti badan cepat kembang,belum tua dah sakit-sakit badan)aku
rasa elok prepare seorang bidan/tukang urut.Bagi wanita yang terpaksa berpantang kat KL jauh dari ibu
(macam aku,ibu sendiri pun dah tua,takkan nak menyusahkan ibu aku yang dah 70+ tu,ibu mertua pulak
jenis moden)aku dah survey dan tempah seorang bidan.Seeloknya bidan tu pernah berkhidmat dengan
kawan-kawan kita la.Aku dapat melalui seorang kawan yang pernah mendapatkan khidmat Kak
Sarimah,diapun ambik murah je,RM250 untuk 3 hari.Biasanya bidan ni dia akan bertungku
kita,urut,bertangas,mandi baby,sedia mandian ibu dll.Selain itu seorang akak ni ,Kak Ramjan pun aku
kenal dan aku pernah berurut dengan dia.Bolehla untuk naikkan peranakan dan berurut untuk segarkan
badan.Selain itu,kat internetpun banyak menawarkan khidmat bidan selepas bersalin (confinement
lady),memang mahal sikitla.Tengok pakej,ada yang tinggal sekali,ada yang untuk 7 hari,14 hari,21 hari
atau sampai 44 hari.Ada seorang mak cik di Taman Melawati ni pun ambik RM150 sehari.Tak
berkemampuan la plak.Lagipun suami aku tak suka kalau ada orang luar/tidak dikenali masuk ke
rumah.Aku tempah je orang-orang yang aku kenal.Lagipun aku dah prepare jugak untuk bertungku
sendiri n buat mandian sendiri bila segar sikit.

Sesiapa berminat nak beli breastpump baru berjenama medela,spectra,rumble tuff DLL,boleh contact
saya 0129075114,juga lain-lain produk penyusuan seperti warmer,set penyusuan,supplemen
Shaklee,keahlian free Shaklee,boleh pm saya..

...Untuk akan datang,aku dah tak perlu beli lagi,guna je yang anak sulung punye.
-baby car seat
-stroller (nak bawak baby jalan-jalan)
-playpen baby coat
-buaian elektrik (kut2 jenis susah tido macam Naufal)
SHARING IS CARING...

Anda mungkin juga menyukai