Anda di halaman 1dari 6

TEKS SYARAHAN ‘MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT’

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana
danhadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Membudayakan Gaya
Hidup Sihat’.

Hadirin sekalian, 

Membudayakan gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan


kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan
masyarakat.

 Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia.


Hal ini demikian, denganmengamalkan gaya hidup sihat, seseorang
akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.Oleh itu, setiap orang hendaklah
melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh, sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu.

Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu
akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat
melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat
dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti
Negara

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil


makananyang seimbang mengikut hierarki piramid makanan. Oleh itu, tubuh orang
yangmengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin
yangdiperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil
makanan yangberserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta
mengurangkan makanan yangberlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi.
Dengan cara itu, penyakitberbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan
darah tinggi dan diabetis akandapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik
daripada mengubatinya.

Hadirin yang saya hormati,


Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah.
Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti
ini akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh.
Seseorangitu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang
basikal,berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah
pastilahdaya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya
daripada tubuhyang cergas.

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara


berkala. Halini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti,
jantung, hati, buahpinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu
juga, penyakiberbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan
darah tinggi dapatdapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang
perubatan. Dengancara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan
segera. Hal ini demikiankerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu
penyakit lebih awal dantidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

Tuntasnya, ingin saya tegaskan di sini bahawa amalan gaya hidup sihat
memang perlu dijadikan budaya untuk menjamin kebahagiaan hidup. Jadi, setiap
individu perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk kekal hidup dengan
bahagia keranakesihatan melambangkan kebahagiaan. Sekiranya langkah tersebut
tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan
cergas tidak akanmenjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang
sihat dan cergasakan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama bak kata
pepatah, yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.

Sekian, terima kasih.


”SI TANGGANG ANAK DERHAKA”
Salam sejahtera. Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang saya hormati barisan
parahakim, guru-guru dan rakan sekalian.

Zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah


keluarga yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak
tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata
pepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

            Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu
di halaman rumah...

           ” Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang
pergi merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan
mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...”

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya


itu.

                     ”Apa???   Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang...


kasihanilah ibu... jangan tinggalkan ibu, Tanggang...”

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang..
Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di
kampung sendirian.

Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si


Tanggang, beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah
menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita.
Akibat daripada kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah
lupa kepada ibunya yang tua dan miskin di kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersam Si Tanggang dan
anak-anak kapal belayar berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si
Tanggang telah berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita
kedatangan kapal Si Tanggang telah diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si
Tanggang sangat gembira dengan berita kepulangan anaknya kesayangannya itu.
Tanpa berlengah lagi Mak Umpit terus pergi berjumpa Si Tanggang dengan
mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk berjumpa anak
kesayangannya itu.

            ” Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya
rasa hati ibu semenjak kau pergi nak...”

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu
kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu
kandungnya. Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu


ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari
sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”

Kerana terlalu cedí, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau
oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke
pantai. Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan
berseru lepada Tuhan;

            “Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari
sususku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu
ke atas anak yang durhaka!!!”

Tidak semena-mena satu ribut yang amat kuat telah turun. Kilat dan guruh memecah
langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di
dalam bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung.....
           ” Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....
            Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....
            Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....”
Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya
semakin hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi
batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap
ibunya....

Sekian, terima kasih.


Pertandingan Bercerita Tahap 1 KBM 2018

Nama Pesrta : Law Kah Wai

Tajuk Cerita : Pengembala Kambing Yang Nakal”

Salam sejahtera. Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang saya hormati barisan
parahakim, guru-guru dan rakan sekalian.

Tajuk cerita saya pada petang ini ialah “Pengembala Kambing yang Nakal”

Kalau ada yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan. Yang


terdengar fikir-fikirkan.

Setiap hari, Mamat akan membawa biri-biri itu ke padang di hujung kampung
itu untuk meragut rumput. Mamat akan menunggu biri-biri itu meragut rumput dari
pagi hingga ke petang. Apabila menjelang petang, semua biri-biri itu akan dibawa
pulang ke kandangnya. Begitulah rutin kerja Mamat setiap hari.

Mamat amat menyukai kerjanya itu. Lama kelamaan, Mamat menjadi bosan.
Dia tidak ada kawan untuk berbual atau bercerita. Yang ada hanyalah sekawan biri-
biri yang begitu asyik meragut rumput-rumput. Kebosanan Mamat semakin menjadi-
jadi dari hari ke hari. Saban hari Mamat termenung dan merungut sendirian
mengenangkan nasibnya.

Suatu petang, Mamat mendapat akal untuk menghilangkan kebosanannya itu.

"Tolong! Tolong! Serigala menyerang!"

"Tolong!!! Serigala menyerang biri-biri!"

Jeritan Mamat itu dapat didengari oleh sekumpulan peladang yang sedang bercucuk
tanam tidak jauh dari padang rumput itu. Peladang-peladang itu bergegas ke tempat
Mamat untuk membantunya. Apabila mereka sampai di sana, mereka lihat Mamat
sedang ketawa terbahak-bahak.

"Hahaha...! Semua dah kena tipu. Hahaha...!"


"Aku berjaya mengenakan kamu...Hahaha...!" Kata Mamat bersulam dengan
ketawanya.

"Cis! Mamat, kamu dah mempermainkan kami" Marah peladang-peladang itu sambil
berlalu menuju ladang mereka.

Mamat rasa terhibur dengan kejadian itu. Perasaan bosan yang menguasai
diri Mamat sebelum ini, hilang ditiup angin petang itu. Mamat berkira-kira untuk
mengulangi kejadian seperti petang itu.

Selang beberapa hari, Mamat mengulangi lagi perbuatannya menipu orang


kampung. Timbul rasa seronok di hati Mamat. Orang kampung mulai lali dengan
kerenahnya. Mereka hanya membiarkan sahaja Mamat menjerit dalam penipuannya.
Mamat juga menjadi bosan, kerana helahnya sudah tidak dipeduli orang.

Pada suatu hari sedang Mamat bermenung, tiba-tiba semua biri-biri


jagaannya berlari ke sana dan ke sini, tanpa arah dalam ketakutan. Mamat
terperanjat melihat kehadiran sekawanan serigala yang sedang berusaha mengejar
biri-birinya.

"Tolong! Tolong!!! aku diserang serigala..."

"Tolong! Tolong! Tolong!!! selamatkan biri-biri ku..." Mamat menjerit berulang kali,
tapi semuanya sia-sia.

Beberapa ekor biri-birinya mati dikerjakan oleh kawanan serigala itu. Serigala itu
berlalu pergi meninggalkan Mamat dan saki baki biri-biri yang tinggal setelah
kekenyangan. Mamat yang terperanjat dan ketakutan itu, menangis semahu-
mahunya. Dia sedar akan kesilapannya yang lalu telah menyebabkan orang
kampung tidak datang menolongnya. Dan akibatnya, biri-birinya telah menjadi
habuan kepada serigala.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai