Anda di halaman 1dari 41

PANDUAN

PRODUKTIF
BEKERJA DARI RUMAH
15 PANDUAN PRODUKTIF BEKERJA DARI RUMAH

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 2


15 Panduan Produktif Bekerja Dari Rumah
© 2020 Annems Leadership Solution Sdn Bhd

Annems Leadership Solution Sdn. Bhd


G-4-1, Putra Walk, Bandar Putra Permai,
Jalan PP 25, Taman Pinggiran Putra,
43300, Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia.
www.annemsleadership.com
Facebook : https://www.facebook.com/faridah.h.haron
Instagram : https://www.instagram.com/ibuhanim

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 3


SIAPA KAMI

Annems Leadership Solution (ALS) Sdn Bhd ditubuhkan pada 4 Ogos


2015.

Kami merupakan pakar dalam Kepimpinan dan Pembangunan


Organisasi, menyediakan solusi mengikut keperluan dan perkhidmatan
perundingan untuk memenuhi keperluan kedua-dua individu dan
organisasi. Sebagai sebahagian daripada Pusat Kepimpinan dan
Pembangunan Organisasi yang inovatif dan progresif, kami
mempunyai pelbagai kepakaran penyelidikan serta akses kepada
pendekatan yang baru untuk memastikan solusi dan perkhidmatan
perundingan kami adalah di barisan hadapan dalam industri
Kepimpinan dan Pembangunan Organisasi.

Dalam Pembangunan Modal Insan, kami menggunakan pendekatan


yang dinamik untuk menyampaikan pembelajaran solusi dan
perundingan, yang melibatkan aplikasi pembelajaran praktikal kepada
situasi dunia sebenar; serta meningkatkan keberkesanan penyampaian
pembelajaran, mewujudkan kesan dan meningkatkan pulangan ke atas
pelaburan.

Interaksi kami untuk membantu membangunkan kemahiran dan


meningkatkan motivasi di semua peringkat. Pada dasarnya untuk
menghasilkan kesan positif kepada prestasi dan pembangunan jangka
panjang individu, kepimpinan dan organisasi yang mampan.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 4


TURNING YOUR VISION TO REALITY

Demi merealisasikan visi kami, Business Sustainability Solution (BSS)


direka khas untuk Perusahaan Kecil & Sederhana.

Ia adalah sebuah program intensif 9 bulan dengan kaedah, formula


dan teknik yang telah diuji dan terbukti mampu membina organisasi
berstruktur, mampan dan perniagaan tahan lama; yang akhirnya
membangunkan warisan dinamik. Business Sustainability Solution
(BSS) merupakan pembelajaran penyelesaian yang meningkatkan
pengetahuan, prestasi dan memberi kesan kepada organisasi dan
perniagaan.

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat memimpin,


mengurus, membuat keputusan, mengoptimumkan sumber,
menghasilkan strategi perniagaan, meningkatkan produktiviti, serta
mampu mencapai keuntungan maksimum untuk kejayaan jangka
panjang.

Melalui program ini juga anda akan menetapkan visi yang jelas supaya
semua pasukan dalam organisasi dapat mengenal pasti tugas yang
berkesan untuk mencapai matlamat.

Semua ini akan dicapai melalui pelaksanaan 5 Organ/modul. Formula


ini terbukti telah diuji dengan beratus-ratus syarikat dalam membina
perniagaan yang berstruktur dan bertahan lama.

Kami percaya bahawa membina perniagaan yang berjaya bukan


semata-mata untuk mencapai kejayaan dengan cepat. Ia adalah
tentang membina sebuah kejayaan yang akan bertahan lama.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 5


GURU, PRESIDEN DAN PENGASAS KAMI

Datuk Faridah Hanim Haron atau lebih mesra dikenali sebagai Ibu
Hanim, adalah Presiden Annems Leadership Solution Sdn Bhd dan
Annems International Sdn Bhd. Beliau juga merupakan Certified
Professional FacilitatorTM yang melayakkan beliau menjadi pemudah
cara untuk menyelesaikan isu-isu yang kompleks. Beliau mempunyai
lebih dari 20 tahun pengalaman dalam bidang Pembangunan Modal
Insan dan berpengalaman dalam mengetuai projek-projek Perubahan
Organisasi, Transformasi serta projek-projek yang bertumpu pada
Peningkatan Kualiti. Beliau juga mempunyai kelulusan MBA
(Keusahawanan) dari Institut Keusahawanan Australia.

Beliau juga berpengalaman luas sebagai Pakar Pembangunan


Kepimpinan dan Organisasi serta Pengurusan Perubahan dan
Pembelajaran di PETRONAS; syarikat minyak negara bertaraf Fortune
500 dan Penasihat Pembangunan Kepimpinan dan Pembelajaran di
SPRM (MACC).

Kini, beliau bergiat aktif sebagai penasihat kepada beberapa syarikat-


syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkenal di
Malaysia dan Indonesia.

Pada tahun 2019, Datuk Faridah Hanim Haron telah dinobatkan


sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Industri (Latihan dan
Konsultasi Perniagaan) di Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan
Malaysia 2019 oleh Niagatimes & juga Anugerah Khas di ‘The Young
CEO Award’ oleh Majalah IKON Malaysia.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 6


Datuk Faridah Hanim Haron merupakan:

Pengasas Annems Leadership Solution Sdn Bhd


Pengasas dan Pemegang Saham Annems Anderson Capital Bhd
Mantan Penasihat Pembangunan Kepimpinan dan Pembelajaran di SPRM.
Ahli Lembaga Pengarah ACT Consulting (Salah satu anak syarikat
ESQ Group Indonesia).
Ahli Lembaga Pengarah dan Penasihat MDC Asia Link Berhad
Ahli Lembaga Pengarah Precession Capital Berhad
Penasihat Organisasi dan Kepimpinan NSTY Worldwide & NCIG
Penasihat Organisasi Jamu Empire Sdn Bdn (Jamu Tun Teja)
Penasihat Organisasi Raffelinna Sdn Bdn (Sisfel)
Penasihat Organisasi Oshien2u Sdn Bhd (Dexandra)
Penasihat Organisasi Dataran Tok Mydeen Sdn Bhd (DCCU).
Penasihat Organisasi By Chefiza Sdn Bhd (BCF)
Penasihat Organisasi Flenaz Synergy Sdn Bhd (Bantal Leyna)
Penasihat Organisasi Zafesha Network and Marketing Sdn Bhd (Zafesha).
Penasihat Organisasi NFH Boutique Gallery Sdn Bhd (NFH).
Penasihat Organisasi Fasyeera Empire Sdn Bhd (Charms).
Penasihat Organisasi SilverTech Synergy Sdn Bhd.
Penasihat Organisasi Blyon Group Bhd.
Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Buku Negara.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 7


15 PANDUAN PRODUKTIF BEKERJA DARI RUMAH

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 8


TINDAKBALAS YANG BERBEZA TERHADAP SESUATU
KEJADIAN YANG SAMA AKAN MENENTUKAN HASIL YANG
BERBEZA

E R O

EVENT RESPOND OUTCOME


KEJADIAN TINDAK BALAS HASIL

Bagaimana kita bertindak balas pada sesuatu kejadian akan


menentukan hasil yang akan kita perolehi.

Bila sesuatu perkara berlaku, tidak kira positif atau negatif, ianya
terpulang kepada kita untuk bertindak demi mendapatkan hasil
yang kita mahukan.

Kita ambil contoh dengan kejadian yang berlaku sekarang.


Kebanyakan bisnes terpaksa diberhentikan sementara waktu
disebabkan oleh COVID-19.

Demi mendapatkan hasil yang kita mahukan, adalah lebih baik


sekiranya kita fokus kepada tindak balas kita berbanding kepada
kejadian yang berlaku.

Adakah kita memilih secara bertanggungjawab atau kita bertindak


untuk menyalahkan orang lain dalam sesuatu keadaan?

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 9


YANG MANA ANDA PILIH?
Menjadi Pemenang atau Mangsa?

Pemenang adalah orang yang bertanggungjawab bukan sahaja


kepada dirinya sendiri tetapi juga kepada persekitarannya dan
mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara di bawah garisan
(below the line).

Sekiranya anda memilih untuk menjadi pemenang, tidak dapat


bekerja di pejabat bukanlah satu alasan. Anda berupaya untuk
melakukan sesuatu untuk tetap menjadi produktif bekerja dari
rumah.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 10


KELEBIHAN MEMBERI KEJELASAN KEPADA PEKERJA APABILA
MELAKSANAKAN BEKERJA DARI RUMAH

Sekiranya anda adalah seorang pemilik syarikat, memberi kejelasan


sangat penting dalam hubungan berkomunikasi di dalam syarikat.
Antaranya adalah dengan memberi makluman yang jelas mengenai
pelaksanaan Bekerja Dari Rumah yang akan dijalankan oleh syarikat.

Kebanyakan majikan sering lupa tentang perkara ini, namun ia


merupakan antara perkara yang penting bagi syarikat untuk memastikan
setiap pekerja mengambil maklum berkenaan arahan, undang-undang
ataupun polisi yang dikeluarkan oleh syarikat.

Pemakluman seperti ini sangat sesuai untuk dimaklumkan dengan


menggunakan Memorandum Dalaman syarikat bagi tujuan untuk
menyatakan secara dasarnya apa yang perlu dipatuhi oleh pekerja
sepanjang Bekerja Dari Rumah.

Majikan perlu mengeluarkan Memo kepada pekerja yang mengandungi


perkara-perkara berikut:

1. Tempoh pelaksanaan
Bekerja Dari Rumah (BDR).
2. Pelaporan
Harian/Mingguan Pekerja.
3. Waktu Bekerja Dari Rumah.
4. Peraturan apabila Bekerja
Dari Rumah.
5. Senarai Nama pekerja yang
terlibat.

Lihat di bahagian lampiran untuk contoh Memo sebagai rujukan anda.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 11


KELEBIHAN BEKERJA DARI RUMAH

❖ Boleh bekerja secara santai.


❖ Tidak perlu mengharungi kesesakan atau perjalanan yang
jauh untuk ke tempat kerja.
❖ Anda mempunyai jadual kerja sendiri.
❖ Boleh seimbangkan waktu kerja dan waktu bersama
keluarga.

Namun, bekerja dari rumah memerlukan disiplin. Sekiranya


kita tidak pernah mengalami situasi yang membolehkan kita
kerja dari rumah, ia mungkin memerlukan penyesuaian.

Jadi, gunakan peluang bekerja dari rumah ini bagi


meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja anda.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 12


15 PANDUAN PRODUKTIF BEKERJA DARI RUMAH

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 13


1
BANGUN AWAL SEPERTI NAK PERGI KERJA
Bila kita bangun awal, kita boleh rancang tugas yang perlu
diselesaikan untuk hari tersebut. Bangun awal juga dikatakan boleh
mengurangkan tekanan kerana kita tidak terkejar-kejar dan
mulakan hari dalam keadaan kelam-kabut.

Secara tak langsung, bangun awal dapat memberi psikologi kepada


kita bahawa walaupun berada di rumah, kita masih perlu
selesaikan tugas kerana kita memegang amanah syarikat.

Tips bangun awal:


1. Tidur awal.
2. Pasang alarm clock supaya kita boleh bangun seperti waktu
yang dirancang.
3. Minta pasangan atau ahli keluarga untuk kejutkan kita.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 14


2
BERSIAP SEPERTI INGIN PERGI KERJA
Anggapkan kita bersiap seperti kita benar-benar mahu ke pejabat.
Pakai pakaian yang kemas dan selesa seperti smart casual.

Memakai pakaian yang kemas memberi signal kepada minda kita


seolah-olah kita sedang berada di pejabat untuk memulakan
tugasan. Minda kita akan lebih bersedia untuk menjalani hari
dengan lebih produktif.

Elakkan pakai pakaian rumah seperti baju kelawar, baju tidur atau
sebagainya kerana ia akan membuatkan kita rasa seperti masih di
rumah.

Jika syarikat anda mempunyai polisi etika pemakaian pekerja yang


sering dilaksanakan pada hari waktu bekerja di syarikat mengikut
harian, adalah sangat digalakkan untuk diteruskan semasa bekerja
dari rumah.

Bagi para wanita, anda boleh memakai makeup sekiranya ia


membuatkan anda rasa lebih bersemangat dan boleh
menambahkan produktiviti kerja anda.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 15


3
JANGAN BEKERJA DI TEMPAT TIDUR
Elakkan bekerja di tempat yang boleh menghalang fokus kerja. Cari
ruang yang selesa dan kurang gangguan semasa kerja.

Adalah lebih baik sekiranya kita asingkan tempat tidur dan tempat
kerja. Minda kita akan lebih mudah untuk menyesuaikan diri kita
mengikut tempat.

Maksudnya, sekiranya kita berada di katil, kita akan asyik


memikirkan tentang tidur, sebaliknya bila kita berada di
workstation, kita akan rasa lebih semangat untuk bekerja.

Antaranya:
Jangan bekerja dekat dengan dapur kalau kita suka makan.

Jangan bekerja di depan televisyen kalau kita suka menonton.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 16


4
SEDIAKAN WORKSTATION YANG SELESA DAN SESUAI
Pilih satu ruang khas untuk dijadikan workstation.

Setiap kali kita duduk di workstation, ia akan mewujudkan


‘persekitaran pejabat’ dan akan membantu kita untuk sentiasa
ingat bahawa kita dalam mode kerja.

Oleh sebab itu, ruang workstation tidak digalakkan untuk selalu


berubah-ubah. Susun workstation di rumah anda seperti mana
anda susun di pejabat.

Contohnya, sekiranya di pejabat kita ada susunan buku-buku di


atas meja, ruang workstation di rumah juga perlu ada buku-buku
yang disusun dengan cara yang lebih kurang sama.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 17


5
WUJUDKAN JADUAL KERJA YANG RUTIN
Jadual kerja rutin harian akan membantu kita untuk bekerja dalam
tempoh yang ditetapkan. Kita perlu tahu jam berapa akan mula
kerja, pukul berapa nak berhenti untuk makan dan solat.

Sebagai pemilik syarikat, kita perlu tahu:


• Apa yang perlu dicapai oleh syarikat.
• Senarai kerja di setiap bahagian jabatan.
• Tugas-tugas yang perlu diberi pada setiap individu.

Tugasan-tugasan ini kemudiannya diletakkan di satu tempat yang


boleh dilihat oleh ahli pasukan lain. Contohnya, Trello, Google
Keep, Google Calendar dan sebagainya.

Ia akan memudahkan untuk kita monitor progress kerja dan dalam


masa yang sama, ahli pasukan lain dapat membantu sekiranya
sesuatu tugas itu tidak menunjukkan sebarang progress.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 18


5
WUJUDKAN JADUAL KERJA YANG RUTIN
Susunkan tugasan-tugasan anda menggunakan sistem Kanban
Board di mana-mana platform yang telah anda pilih.

Kategorikan tugasan-tugasan tersebut kepada beberapa bahagian


iaitu:
1. Projek

2. To do : Senarai tugas yang perlu diselesaikan

3. In progress : Tugasan yang sedang diselesaikan

4. Done : Kerja yang sudah berjaya diselesaikan

Setiap orang akan dapat melihat setiap tugasan yang berada di


to-do, in progress dan tugasan berjaya diselesaikan.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 19


5
WUJUDKAN JADUAL KERJA YANG RUTIN
Anda juga boleh maklumkan tugasan-tugasan anda menggunakan
aplikasi group WhatsApp syarikat.

Kategorikan tugasan-tugasan tersebut kepada beberapa bahagian


iaitu:
TEMPLATE LAPORAN HARIAN
(MELALUI APLIKASI WHATSAPP)
Nama
Hari, Tarikh

Tugasan hari ini:


1. Reka Bentuk Grafik Poster Product Launching. (By 5PM, 30 Oktober 2020)
2. Membuat Laporan Tahunan Kewangan Syarikat 2020. (By 3PM, 1 November 2020)
3. Menghasilkan garis panduan dan checklist bagi Program Strategic Planning 2020. (By
Today)

Tugasan semalam untuk disambung:


1. Menyelesaikan laporan pekerja untuk disemak. (By Today)
2. Menyediakan barang keperluan pejabat dan garis panduan pengurusan fail. (By 1PM)

Tugasan yang siap (mengikut harian):


1. Penstrukturan semula carta organisasi syarikat.
2. Minit Mesyuarat BIL 01/2020.

Saya perlukan bantuan dari:


1. <Tag Nama> Untuk menyediakan Database Sales.
2. <Tag Nama> Menyemak laporan pekerja.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 20


5
WUJUDKAN JADUAL KERJA YANG RUTIN

Contoh makluman tugasan melalui aplikasi Group WhatsApp

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 21


6
KATEGORIKAN KERJA –KERJA ANDA
Katakanlah syarikat anda ada beberapa projek yang perlu
diselesaikan, Projek A, Projek B dan Projek C.

Tugasan di setiap projek diagihkan mengikut jabatan, seterusnya


diagihkan mengikut individu. Setiap individu akan menerima
sejumlah kerja yang banyak kerana masing-masing terlibat dalam
beberapa projek dalam satu-satu masa.

Kebanyakan orang akan rasa serabut bila menerima tugasan yang


banyak dan tidak tahu tugas mana yang perlu diselesaikan dahulu.
Jadi, jalan penyelesaiannya adalah kategorikan tugasan tersebut
kepada beberapa bahagian kecil dan selesaikannya satu per satu.

Setiap tugasan perlu ada success criteria atau kriteria yang menjadi
tanda bahawa tugasan itu dapat diselesaikan dengan jayanya.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 22


7
BERI KOMITMENT UNTUK MELAKUKAN LEBIH
Dalam sehari kita semua mempunyai waktu-waktu produktif yang
berbeza. Ada yang morning person dan ada juga yang late night
person.

Ambil kesempatan untuk melakukan lebih tugasan dalam tempoh


masa tersebut dan selesaikan tugasan mudah di dalam tempoh
masa yang kita paling kurang produktif.

Kenal pasti waktu yang paling produktif untuk anda. Cuba ingat
semula apa yang sudah berjaya diselesaikan dalam tempoh 3 hari
lepas. Jam berapa yang anda berjaya selesaikan paling banyak
perkara.

Kemungkinan besar tempoh tersebut adalah waktu paling


produktif buat anda. Susun jadual anda dan tetapkan waktu ini
untuk anda selesaikan tugasan yang lebih kompleks dan sukar.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 23


8
KOMUNIKASI DENGAN ORANG LAIN
Sebagai manusia biasa kita perlu berinteraksi antara satu sama
lain. Setiap orang akan terkesan sekiranya tidak berinteraksi
dengan orang lain pada satu tempoh yang lama.

Orang yang paling terkesan adalah orang extravert yang


memperolehi energy daripada orang sekeliling. Jadi sangat penting
untuk memilih bila-bila masa yang sesuai untuk berinteraksi
bersama dengan pasukan.

Apa yang kami di Annems praktikkan adalah kami adakan Zoom


Call pada setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 10:00 pagi (stand up
meeting) dan juga pada jam 5:30 petang.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 24


8
Etika-etika menggunakan Aplikasi Zoom
Apabila anda Bekerja Dari Rumah, amalan seperti bermesyuarat
secara virtual ini menjadi satu keutamaan yang sangat penting bagi
meningkatkan produktiviti pekerja.

Dengan ini, semua yang terlibat adalah dinasihatkan untuk mencari


ruang di mana perbualan anda tidak akan didengari oleh orang lain.
Sama ada di pejabat rumah atau pejabat anda, panggilan Zoom
adalah cara mudah untuk melanggar etika kerahsiaan tanpa disedari.

Antara etika bermesyuarat secara virtual adalah:

1. Sentiasa membuka video camera/webcam anda sepanjang


mesyuarat.
2. Padamkan mikrofon jika tidak bercakap.
3. Hadirkan diri tepat pada waktu.
4. Pastikan suasana persekitaran anda tidak ada sebarang
gangguan.
5. Memakai pakaian mengikut ketetapan syarikat.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 25


9
HAPUSKAN GANGGUAN
Ada waktu yang kita nak betul-betul fokus kepada kerja, contohnya
pada waktu yang paling produktif dan kita mahu selesaikan
tugasan yang kompleks.

Antara cara yang paling mudah untuk menghapuskan gangguan


adalah dengan memakai noise cancelling headphone.

Ada beberapa cadangan untuk jenis lagu yang boleh didengar


untuk kekal fokus kepada kerja. Bagi Ibu, Ibu suka dengar Zikir
Hafiz Hamidun. Ada salah seorang staff Ibu suka dengar Beethoven
5th Symphony. Anda juga boleh lakukan carian di Youtube, “lagu
tenang hati” atau “deep focus music for work” dan sebagainya.

Anda boleh dengarkan zikir dan deep focus di link berikut:


Zikir : https://youtu.be/LFscKomj1wA
Deep focus : https://youtu.be/oPVte6aMprI

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 26


10
SELAMATKAN TULANG BELAKANG KITA
Tips untuk duduk dalam keadaan selesa:

Pastikan posisi badan anda tegak. Letakkan kusyen bagi


menyokong tulang belakang anda daripada sakit kerana duduk
terlalu lama.

Seluruh tapak kaki anda perlu jejak lantai. Letakkan kotak atau
yang seumpamanya jika perlu.

Jangan gunakan meja yang terlalu tinggi atau rendah.

Posisi monitor atau laptop anda perlu selari dengan mata anda dan
jarak di antara anda dan monitor adalah sehasta.

Buat senaman ringan setiap 30 minit.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 27


11
KEKAL SIHAT
Senaman mengeluarkan hormon endorfin yang membantu
meningkatkan segala perasaan yang meningkatkan positiviti dan
produktiviti seseorang.

Regangan badan pula membantu memperbaiki postur badan kita.

Luangkan sedikit masa di antara jadual kerja anda dan lakukan


sedikit senaman ringan dan regangan badan supaya otot-otot tidak
berasa sakit.

Anda juga boleh mengamalkan pemakanan sihat dan pengambilan


supplement untuk kekal sihat dan produktif.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 28


12
GANJARAN YANG TIDAK DIJADUALKAN
Ganjaran yang tidak dijadualkan adalah salah satu cara untuk kita
mengawal tekanan.

Ambil masa 5 minit untuk 'menghadiahkan' diri anda untuk


melakukan sesuatu perkara yang membuat anda bahagia.

Contohnya, main dengan kucing, makan coklat atau makan kek.

Antara waktu yang sesuai untuk memberi ganjaran pada diri


sendiri adalah setelah selesai sesuatu tugasan kecil.

Secara tidak langsung, kita akan lebih seronok dan bersemangat


untuk menyelesaikan tugasan yang seterusnya.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 29


13
MAKLUMKAN PADA KELUARGA
Apabila bekerja dari rumah mungkin anda tinggal bersama
keluarga, ibu-bapa dan anak-anak.

Anda perlu beritahu dan fahamkan orang sekeliling atau keluarga


bahawa anda sedang bekerja dan perlu fokus untuk menyelesaikan
tugasan. Contohnya, si Ayah perlu maklumkan kepada anak-anak
bahawa si Ayah sedang bekerja walaupun berada di rumah.

Bercakap dengan tenang supaya mereka faham dengan situasi dan


keadaan anda di rumah. Anak-anak pasti akan menerima dengan
positif.

Selain itu, jika ruangan kerja anda berada di dalam bilik. Letakkan
signage bahawa anda sedang bekerja dan tidak boleh diganggu.
Cara ini akan mengurangkan gangguan daripada ahli keluarga
anda.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 30


14
WUJUDKAN JADUAL REHAT
Tidak kira walau di mana anda bekerja, waktu rehat adalah perkara
yang penting untuk mengekalkan produktiviti. Dalam seharian
waktu bekerja, pastikan anda ada waktu rehat.

Gunakan waktu rehat ini untuk merancang tugasan yang mahu


diselesaikan selepas anda berehat.

Jangan bekerja secara berterusan kerana ia akan membuat anda


lebih cepat penat.

Ada satu teknik yang boleh diamalkan, teknik time-management


yang dicipta oleh seorang usahawan dan penulis, Francesco Cirillo
pada tahun 90-an iaitu Teknik Pomodoro.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 31


14
Langkah-langkah Teknik Pomodoro:
1. Pilih tugasan atau kerja yang anda mahu selesaikan.
2. Setkan masa selama 25 minit.
3. Buat tugasan atau kerja tersebut selama 25 minit.
4. Ambil masa selama 5 minit untuk berehat.
5. Ulang sebanyak 4 kali, selepas itu barulah berehat untuk waktu
yang lebih lama iaitu 15-30 minit.

Lakukan Teknik Pomodoro ini secara konsisten dalam jadual


seharian anda, kerana ia membantu anda lebih fokus dan lebih
produktif untuk menyelesaikan tugasan.

Berehat seketika daripada melakukan kerja walaupun hanya


dengan mengambil masa 5 minit pada satu masa adalah penting
untuk menjaga otak dan minda supaya kekal tajam dan
membolehkan anda berfikir secara kreatif.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 32


15
FOKUS KEPADA SATU GANGGUAN SEHARI
Tidak semua orang faham konsep bekerja dari rumah, terutamanya
anak-anak.

Memang tidak dinafikan, kita akan ada banyak gangguan ketika


bekerja di rumah. Dalam sehari, fokus hanya pada satu gangguan
sahaja.

Contohnya, melayan karenah anak-anak. Setelah anak-anak telah


tidur atau bermain sendirian, kita boleh kembali fokus melakukan
dan menyelesaikan tugasan.

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 33


LAMPIRAN

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 34


Bagi mendapatkan perkhidmatan kami, boleh hubungi:

Chief Executive Officer


Sarah Aimi
+601155530092
+447309505435 (WhatsApp)

Director of Sales
Nadiah Adnan
+60129092177

Annems Leadership Solution Sdn Bhd


(1154112-W)
G.4.1 Putra Walk,
Jalan PP25 Bandar Putra Permai,
Seksyen 2, 43300 Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia

ANNEMS LEADERSHIP SOLUTION 40

Anda mungkin juga menyukai