Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN

Nama :__________________________ Tahun 8


Tahun : SMAS
Tarikh :

ARAHAN: Sila salin semula karangan di bawah ini ke dalam buku


karangan kamu.

Karangan Jenis Keperihalan/Gambaran

Jadual peperiksaan telah dikeluarkan. Seorang pelajar menampalkan jadual


tersebut pada papan kenyataan sekolah. Kebanyakan pelajar berdebar-debar kerana
tarikh peperiksaan sudah hampir. Masing-masing berasa gelisah seperti cacing
kepanasan. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan masa depan
mereka.

Zain merupakan salah seorang pelajar yang berasakan


debaran itu. Dia berasa cemas sehingga tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Dia sering stres dan
terbayang kesan yang terpaksa ditanggungnya sekiranya dia
gagal dan perasaan ibu bapanya yang kecewa. Stres yang
dialaminymenyebabkan kesihatannya terjejas.

Mujurlah Zain tidak memendamkan sahaja masalah yang


dialaminya itu. Dia mengambil keputusan berjumpa dengan guru
kaunselor untuk mendapatkan nasihat. Cikgu Amir menasihati
Zain supaya mencari penawar rohani yang berkesan. Beliau mencadangkan supaya
melakukan amalan bersolat dan membaca Al-Quran. Guru juga memberikan cara-
cara menghadapi peperiksaan dengan baik.

Sejak hari itu, Zain banyak melakukan amalan yang dituntut oleh agama Islam.
Jiwa Zain berasa lebih tenang dan hasilnya dia dapat mengulang kaji pelajarannya
dengan berkesan. Dia tidak lagi berasa cemas dan stres menghadapi peperiksaan.

Apabila tiba hari peperiksaan, Zain menduduki peperiksaan dengan penuh


keyakinan. Akhirnya, Zain berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dan
membanggakan ibu bapanya. Zain juga bersyukur kepada Allah S.W.T kerana doanya
telah dimakbulkan.

Page | 1

Anda mungkin juga menyukai