Anda di halaman 1dari 7

Apakah Itu Pending Order & Market Order?

Adakah anda pernah mendengar perkataan pending order dan market order? Adakah anda tahu MetaTrader yang kita
gunakan mempunyai dua jenis order iaitu:
1) Pending Order
2) Market Order
Apakah kedua-dua perkara ini? Bagi trader yang berpengalaman, sudah pasti anda mengetahui apa maksud dan kegunaan
kedua-dua order ini. Bagi trader baru pula, anda mungkin tertanya-tanya apakah kedua-dua order ini walaupun anda sudah
mula trade.
Jenis Order – Pending Order & Market Order.

Pending Order
Pending order bermaksud order tersebut akan dilaksanakan hanya apabila harga mencapai satu tahap yang ditetapkan.
Seperti yang anda lihat dalam peta minda di atas, terdapat empat cara pending order dilakukan iaitu:
1) Buy Limit
Satu order buy yang diletakkan di bawah harga semasa. Trader meletakkan buy limit ini dengan jangkaan harga akan turun
dahulu, kemudian ia akan naik semula.

Contoh Buy Limit.


2) Buy Stop
Satu order buy yang diletakkan di atas harga semasa. Buy stop ini diletakkan dengan jangkaan harga akan terus naik.

Contoh Buy Stop.


3) Sell Limit
Satu order sell yang diletakkan di atas harga semasa. Trader meletakkan sell limit ini dengan jangkaan harga akan naik
dahulu, kemudian ia akan turun semula.

Contoh Sell Limit.


4) Sell Stop
Satu order sell yang diletakkan di bawah harga semasa. Sell stop ini diletakkan dengan jangkaan harga akan terus turun.

Contoh Sell Stop.


Market Order
Bagi market order pula, order tersebut akan dilaksanakan melalui salah satu daripada tiga cara ini iaitu:

1) Instant Execution
Instant execution bermaksud, order tersebut akan dilaksanakan pada harga seperti yang tertera pada platform.
Kelebihannya adalah order akan masuk pada harga yang anda mahu. Namun, jika naik turun (volatility) terlalu pantas, anda
mungkin terlepas harga yang anda inginkan.

Kebiasaannya, mod instant execution ini hadir bersama spread yang telah ditetapkan (fix spread).

2) Market Execution
Dalam market execution, order tersebut akan dilaksanakan dengan harga broker walaupun ianya adalah berbeza daripada
apa yang tertera di platform.
Kelebihan mod ini adalah ia membenarkan trading tanpa sebarang requotesatau tawaran harga baru daripada broker.
Namun, perbezaan boleh menjadi ketara semasa naik turun (volatility) harga yang tinggi.
3) Execution on Request
Dalam mod ini, terdapat dua langkah yang akan dilakukan. Pertama, trader boleh meminta (request) harga yang mereka mahu
daripada broker. Kemudian, setelah harga pasaran sampai kepada harga yang diminta itu, trader tersebut boleh membuat
keputusan untuk buy ataupun sell pada harga tersebut.
Mod ini boleh dikatakan hampir sama dengan pending order, bezanya, dalam pending order, trader harus meletakkan buy / sell
terlebih dahulu pada paras harga yang mereka mahukan.

Inilah dua jenis order yang ada dalam trading. Satu perkara yang anda harus ingat, bagi market order, mod yang ada adalah
berbeza bagi setiap broker. Pastikan anda berhubung dengan broker anda sekiranya anda mempunyai sebarang
ketidakpastian. Gunakan kedua-dua jenis order ini sebaiknya supaya anda mendapat untung dan pengalaman trading yang
terbaik

Anda mungkin juga menyukai