Anda di halaman 1dari 2

PAVITRAN A/L NAGIAH,

NO. 72, RISDA TANJUNG GENTING,

JALAN SINTOK, 06010, CHANGLUN,

KEDAH DARUL AMAN.

DR. MOHD ZAIRI BIN HUSAIN,

KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR,

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,

JALAN DATIN HALIMAH, 80350, LARKIN,

JOHOR DARUL TAKZIM. 17 JUN 2022

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK TINGGAL DI KAMPUS IPGKTI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya Pavitran A/L Nagiah, dari opsyen 7 PISMP Reka Bentuk dan Teknologi
Ambilan Jun 2019 ingin memohon dari pihak Tuan untuk tinggal di dalam kampus
disebabkan oleh beberapa perkara berikut:

i. Saya merupakan Penasihat bagi Persatuan Kebudayaan India (ICS) IPGKTI dan
siswa yang pertama menubuhkan persatuan kebudayaan di IPGKTI.
ii. Saya juga mantan JPP-54 sebagai Pengerusi Biro Keusahawanan dan pernah
menganjurkan aktiviti seperti Virtual Heroes Run 2021 dan Seminar
Keusahawanan 2021.
iii. Saya merupakan mantan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) bagi
generasi pertama sebagai Ahli Majlis Tertinggi iaitu Bendahari.
iv. Saya adalah Naib Pengerusi Unit Edible Garden dalam Persatuan ECO
Volunteers Temenggong Ibrahim (EVOLTI) dan terlibat dengan aktif dalam
semua program EVOLTI dan persatuan lain. Kami telah merancang pelbagai
program pada masa akan seperti Perkampungan EVOLTI di IPGKTI.
v. Saya juga pernah menjadi Penolong Ketua Blok H pada tahun 2019 dan telah
menjaga keamanan penghuni-penghuni Blok H.
vi. Saya pernah terlibat dengan pelbagai aktiviti dalam IPGKTI seperti peserta
dalam Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT), sebagai urusetia dalam Program
Inovasi dalam IPGKTI, peserta Bengkel Pemantapan Organisasi yang
dianjurkan oleh BAKTI, Bengkel Penulisan Surat Rasmi dan sebagainya.
vii. Saya juga menghadapi masalah kewangan kerana pendapatan keluarga saya
bergantung kepada pendapatan bapa saya iaitu berada dalam kategori B40. Hal
ini demikian kerana, bapa saya merupakan penorek getah dan pendapatan tidak
boleh ditentukan.

3. Selain itu, saya ingin memohon dari pihak Tuan untuk saya terus menetap di dalam
kolej kediaman IPGKTI sehingga tamat pengajian kerana tempoh pengajian saya hanya
tinggal setahun sahaja lagi.

4. Saya berharap agar pihak Tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan


permohonan saya ini. Segala jasa baik dan sokongan Tuan amatlah saya hargai.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

Pavitran
(PAVITRAN A/L NAGIAH)

7 PISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

AMBILAN JUN 2019

Anda mungkin juga menyukai