Anda di halaman 1dari 1

Biodata Sumayyah

Sumayyah binti Khayyat (Bahasa Arab: ‫خياط‬ّ ‫ )سمية بنت‬merupakan hamba kepada Abu Huzaifah
bin Al-Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah
sejak dari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau yang
baik dan taat kepada perintah tuannya sememangnya menjadikan beliau cukup disegani
walaupun taraf beliau hanya sebagai seorang hamba yang berkulit hitam. Beliau juga ditakdirkan
berkahwin dengan Yasir yang juga bekerja dengan Abu Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka
dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ammar ibn Yasir.

Memeluk Islam

Sumayyah sekeluarga merupakan antara individu yang terawal memeluk agama Islam yang


dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. di Mekah. Kisah beliau yang masih
dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan
ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat setianya mereka kepada Islam, mereka tidak
gentar dengan seksaan-seksaan yang dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya.
Dijanjikan syurga
Nabi Muhammad yang melihat kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Ini kerana,
tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu
mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia
melalui dakwah dan jihad belum dapat dilakukan. Baginda hanya mampu bersabda,
“Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.” Dalil ini
menunjukkan jaminan Rasulullah S.A.W. kepada mereka sekeluarga sebagai
penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah
gugur mati syahid dan Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur mati syahid.

Sumbangan sumayyah

 Pertama, berani menyatakan yang hak.


 Kedua, sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian Aqidah.
 Ketiga, memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam soal mempertahankan agama
Islam.
 Keempat, memperteguh keyakinan dan keazaman penganut Islam yang lain untuk
meneruskan perjuangan.

Seksaan terhadap Sumayyah sekeluarga

 Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas
terik
 Rumah mereka dibakar
 Dicucuk dengan besi panas
 Ditikam dengan lembing Pada Kemaluan Sumayyah
 Dicungkil biji mata
 Dibenam ke dalam air

Anda mungkin juga menyukai