Anda di halaman 1dari 63

BAB EMPAT

PEMBIAKAN
CIKGU FATEN
4.1. PEMBIAKAN SEKS DAN ASEKS

PEMBIAKAN
Proses penghasilan individu baharu oleh organisma hidup
4.1. PEMBIAKAN SEKS DAN ASEKS
PEMBIAKAN SEKS
• Jenis pembiakan utama yang dijalankan
oleh organisma hidup pada peringkat
tinggi

• Melibatkan dua induk :


• Induk jantan (membawa sperma)
• Induk betina (membawa ovum)

• Menghasilkan generasi baharu yang


berbeza daripada induknya
JENIS-JENIS PERSENYAWAAN
PERSENYAWAAN DALAM CIRI-CIRI PERSENYAWAAN LUAR
Gamet jantan bercantum Berlaku apabila Gamet jantan bercantum
dengan gamet betina di dengan gamet betina di
DALAM badan induk betina LUAR badan induk betina
Persenyawaan berlaku di Tempat berlaku Persenyawaan berlaku di
DALAM badan induk betina persenyawaan LUAR badan induk betina
(di dalam air)
Gamet jantan dibebaskan ke Proses Gamet jantan berenang
dalam organ pembiakan menuju ke arah telur dan
betina dan bercantum bercantum dengan gamet
dengan gamet betina betina
JENIS-JENIS PERSENYAWAAN
PEMBIAKAN ASEKS
• Penghasilan individu baharu oleh
organisma hidup tanpa melibatkan sel
pembiakan

• Berlaku dalam organisma ringkas kerana


hanya melibatkan satu induk sahaja

• Individu baharu dihasilkan seiras


secara genetik dengan induknya
JENIS-JENIS PEMBIAKAN ASEKS
BELAHAN DEDUA

• Pembahagian satu sel


induk kepada dua sel anak
• Contoh : Amoeba,
Paramecium dan bakteria
JENIS-JENIS PEMBIAKAN ASEKS
PERTUNASAN

• Proses pembentukan tunas


pada badan organisma
• Tunas bermula sebagai
satu struktur yang
berkembang dan kemudian
terputus membentuk
individu baharu
JENIS-JENIS PEMBIAKAN ASEKS
PENJANAAN SEMULA

• Kebolehan fragmen
organisma tertentu
tumbuh dan berkembang
menjadi individu baharu
yang lengkap
JENIS-JENIS PEMBIAKAN ASEKS
PEMBENTUKAN SPORA

• Proses penghasilan spora


di dalam sporangium
• Spora yang halus dan
ringan akan disebarkan
oleh angin
• Spora akan tumbuh
menjadi tumbuhan yang
baru apabila di tempat
lembap
JENIS-JENIS PEMBIAKAN ASEKS
PEMBIAKAN VEGETATIF

• Proses menghasilkan
tumbuhan baharu daripada
bahagian vegetatif
tumbuhan induk selain
bunga
• Contoh : akar, batang
rayap,bebawang dan daun
JENIS-JENIS PEMBIAKAN ASEKS
KEPENTINGAN PEMBIAKAN
• Menambahkan bilangan
organisma sesuatu
spesies
• Mengelakkan kepupusan
sesuatu spesies
4.2. SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA
SISTEM PEMBIAKAN LELAKI
BAHAGIAN FUNGSI
Vesikel semen Merembeskan bendalir yang mengandungi nutrien untuk
sperma
Uretra Salur mengeluarkan sperma dan air kencing
Duktus sperma Menyalurkan sperma dari testis ke uretra di dalam badan
Zakar Memindahkan sperma ke dalam faraj perempuan semasa
persetubuhan
Skrotum Memegang dan melindungi testis
Testis Menghasilkan gamet dan hormon seks jantan
Kelenjar prostat Menghasilkan cecair berkhasiat dan melindungi sperma
4.2. SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA
SISTEM PEMBIAKAN PEREMPUAN
BAHAGIAN FUNGSI
Tiub Falopio Tempat persenyawaan antara sperma dan ovum berlaku
Ovari Menghasilkan ovum dan hormon seks wanita
Uterus Tempat embrio berkembang dan membesar
Serviks Mengeluarkan mukus bagi memudahkan sperma berenang ke
dalam uterus
Faraj Menerima sperma dan menjadi saluran bayi dilahirkan
AKIL BALIGH
DEFINISI
Peringkat permulaan
sistem pembiakan menjadi
matang dan menghasilkan
sel pembiakan

UMUR AKIL BALIGH


• Lelaki (14-17 tahun)
• Perempuan (10-12 tahun)
AKIL BALIGH : LELAKI
• Peti suara membesar dan suara
menjadi garau
• Misai dan janggut mula tumbuh
• Bulu tumbuh di muka, ketiak dan
dada
• Testis menghasilkan sperma
• Bulu tumbuh di bahagian alat
sulit
• Zakar dan skrotum membesar
AKIL BALIGH : PEREMPUAN
• Buah dada membesar
• Punggung mula padat dan
melebar
• Bulu tumbuh di bahagian ketiak
• Ovari menghasilkan ovum dan
hormon seks
• Bulu tumbuh di bahagian sulit
• Kitara haid bermula
GAMET JANTAN DAN GAMET
BETINA
PERSAMAAN
• Membawa maklumat genetik
• Sel pembiakan seks

SPERMA OVUM
Boleh bergerak Tidak boleh bergerak
Dihasilkan oleh testis Dihasilkan oleh ovari
Gamet jantan Gamet betina
Sel terkecil di dalam badan lelaki Sel terbesar di dalam badan
perempuan
GAMET JANTAN DAN GAMET
BETINA
HAID
Peluluhan lapisan dinding uterus
dan darah yang mengalir melalui
faraj

KITARAN HAID
Satu siri perubahan yang berlaku
pada dinding uterus dan ovari
serta melibatkan pembentukan
dan pembebasan telur matang

KITARAN HAID NORMAL


28 Hari setiap satu kitaran
FAKTOR PENGARUHI KITARAN
HAID
• Pengambilan nutrien
• Perubahan berat badan secara mendadak
• Perubahan emosi
• Tekanan mental
FASA-FASA KITAR HAID

HARI 1 HINGGA 5
FASA HAID

Lapisan dinding uterus, salur


darah dan ovum yang tidak
tersenyawa terluluh dan
disingkirkan apabila haid
bermula
FASA-FASA KITAR HAID

HARI 6 HINGGA 11
FASA PEMULIHAN

Dinding uterus mula dibina


semula dan menebal. Salur
darah pada dinding uterus
mula terbentuk dan bersedia
untuk menerima penempelan
sel yang telah disenyawakan
FASA-FASA KITAR HAID

HARI 12 HINGGA 17
FASA SUBUR

Ovum dibebaskan dari ovari


pada hari ke-14 kitar haid.
Dinding uterus dan salur darah
berkembang. Jika ada sperma,
persenyawaan mungkin berlaku
FASA-FASA KITAR HAID

HARI 18 HINGGA 28
FASA PRAHAID

Dinding uterus menebal dan


kaya dengan salur darah.
Penempelan embrio berlaku di
dinding uterus jika ada
persenyawaan. Kitar haid akan
berulang sekiranya tiada
persenyawaan
MENGURUS KEBERSIHAN DIRI
SEMASA HAID
• Sentiasa menukar tuala
wanita 3-4 kali sehari untuk
menghindari jangkitan
bakteria dan virus

• Digalakkan mandi dengan


kerap untuk membersihkan
tubuh badan
KITAR HAID TIDAK STABIL

• Merujuk kepada seseorang


wanita tidak mengalami haid
pada setiap bulan, kitar haid
terlalu panjang atau terlalu
pendek serta melebihi 15
hari

• Berpunca daripada
pertambahan berat badan,
masalah hormon, gangguan
emosi, senaman berlebihan
KESAN KITAR HAID TIDAK STABIL
KEMANDULAN
Tanda awal mengalami masalah
pembiakan

KESUKARAN MERANCANG
KELUARGA
Sukar menentukan hari subur

MASALAH KESIHATAN
Berlaku kehilangan darah yang
banyak
4.4. PERSENYAWAAN DAN
KEHAMILAN
PERSENYAWAAN
Proses percantuman nukleus sperma dengan nukleus ovum
4.4. PERSENYAWAAN DAN
KEHAMILAN
1. Sperma berenang memasuki faraj
ketika pesetubuhan berlaku

2. Jika ovum hadir, persenyawaan


mungkin berlaku. Nukleus sperma
bercantum dengan nukleus ovum di
tiub Falopio membentuk zigot

3. Zigot membahagi menjadi satu


bebola sel disebut sebagai embrio.
Embrio menempel di dinding uterus
PERKEMBANGAN ZIGOT
MINGGU 1-4
• Tangan dan kaki mula terbentuk
• Embrio mempunyai ekor yang kecil

MINGGU 7-9
• Hidung, telinga dan jari akan
kelihatan
PERKEMBANGAN ZIGOT
MINGGU 10-19
• Embrio kelihatan seperti bayi
• Embrio dipanggil fetus

MINGGU 20-37
• Fetus akan semakin kelihatan
menyerupai bayi
PERKEMBANGAN ZIGOT
MINGGU 38-40
• Fetus terbentuk dengan lengkap
• Badan fetus berputar dan kepalanya
menuju ke arah serviks
• Dinding uterus mengecut, amnion
pecah dan bendalir amnion
dibebaskan
• Fetus ditolak keluar dari uterus
melalui faraj
KEPERLUAN
KALORI
WANITA
HAMIL
KELAS MAKANAN WANITA HAMIL
KELAS MAKANAN FUNGSI CONTOH
Serat Mencegah sembelit Sayuran dan buahan
Ferum Menambah sel darah merah Daging merah,ikan
Karbohidrat dan Membekalkan tenaga harian Nasi, roti, mentega dan
lemak keju
Vitamin C Mencegah gusi berdarah Jambu batu, oren, kubis
Asid folik Membentuk sistem saraf Brokoli,bayam
Protein Pertumbuhan sel baharu Ayam, daging, ikan
Kalsium dan fosforus Pembentukan tulang sihat Ikan bilis, keju, susu
BAHAN TERLARANG
BAHAN KESAN
Rokok • Bayi bersaiz kecil
• Bayi dilahirkan terencat akal dan cacat fizikal
• Bayi pramatang
• Keguguran fetus mungkin berlaku
Minuman • Bayi menghidap Sindrom Alkohol Fetus
beralkohol • Fungsi otak, sistem saraf dan jantung musnah

Dadah • Fetus berkemungkinan cacat


4.6 KEMANDULAN DAN
PENCEGAHAN KEHAMILAN
KEMANDULAN
Ketidakupayaan seseorang untuk
melahirkan anak

PUNCA KEMANDULAN LELAKI DAN


WANITA
• Hormon tidak seimbang
• Organ seks cacat atau dijangkiti
penyakit
• Masalah kesihatan seperti kencing
manis
4.6 KEMANDULAN DAN
PENCEGAHAN KEHAMILAN
KEMANDULAN
Ketidakupayaan seseorang untuk
melahirkan anak

PUNCA KEMANDULAN LELAKI


• Testis tidak menghasilkan sperma
• Bilangan sperma tidak mencukupi
• Kualiti sperma rendah
• Mati pucuk
4.6 KEMANDULAN DAN
PENCEGAHAN KEHAMILAN
KEMANDULAN
Ketidakupayaan seseorang untuk
melahirkan anak

PUNCA KEMANDULAN WANITA


• Ovari tidak dapat menghasilkan
ovum
• Tiub Falopio tersumbat
• Uterus yang tidak normal
• Ketumbuhan dalam uterus
KAEDAH MENGATASI KEMANDULAN
RAWATAN HORMON
Sesuai untuk individu yang mengalami
masalah ketidakseimbangan hormon
KAEDAH MENGATASI KEMANDULAN
PEMBEDAHAN
Dilakukan terhadap wanita yang mengalami masalah tiub Falopio
tersumbat atau lelaki yang mengalami masalah duktus sperma
tersumbat
KAEDAH MENGATASI KEMANDULAN
KAEDAH PERSENYAWAAN IN VITRO
• Dijalankan untuk wanita yang mempunyai masalah tiub Falopio
tersumbat
• Mengeluarkan ovum dari ovari untuk disenyawakan oleh sperma
di luar badan
• Embrio akan dimasukkan kembali ke dalam uterus wanita
KAEDAH MENGATASI KEMANDULAN
KAEDAH PENCEGAHAN KEHAMILAN
PIL PENCEGAH KEHAMILAN IMPLAN
Menghalang proses pengovulan Merembeskan hormon yang
menghalang ovari daripada
menghasilkan ovum
KAEDAH PENCEGAHAN KEHAMILAN
PENGGUNAAN KONDOM ALAT KONTRASEPTIF DALAM
Dipakai pada zakar lelaki bagi UTERUS, IUCD
menghalang sperma daripada Dimasukkan ke dalam uterus bagi
memasuki faraj mengelakkan penempelan ovum
yang telah disenyawakan
KAEDAH PENCEGAHAN KEHAMILAN
PENGGUNAAN KONDOM ALAT KONTRASEPTIF DALAM
Dipakai pada zakar lelaki bagi UTERUS, IUCD
menghalang sperma daripada Dimasukkan ke dalam uterus bagi
memasuki faraj mengelakkan penempelan ovum
yang telah disenyawakan
KAEDAH PENCEGAHAN KEHAMILAN
VASEKTOMI
Memotong dan mengikat
kedua duktus sperma
melalui pembedahan
supaya tiada sperma
dipancutkan semasa
ejakulasi
KAEDAH PENCEGAHAN KEHAMILAN
LIGASI
Kedua-dua tiub Falopio
dipotong dan diikat
melalui pembedahan
supaya ovum tidak
disenyawakan oleh sperma
4.7 PEMBIAKAN TUMBUHAN
PENDEBUNGAAN
BUNGA BISEKS BUNGA UNISEKS
Mempunyai kedua-dua Hanya mengandungi stamen
bahagian pembiakan jantan atau pistil sahaja
dan betina dalam bunga yang
sama
BUNGA UNISEKS
POKOK BETIK POKOK JAGUNG
PENDEBUNGAAN
PENDEBUNGAAN
Proses pemindahan butir debunga matang dari anter ke stigma.
Anter yang matang akan pecah dan membebaskan butir debunga
PENDEBUNGAAN SENDIRI
PENDEBUNGAAN SENDIRI
Butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang lain tetapi pada
pokok yang sama atau butir debunga dipindahkan ke stigma bunga
yang sama
PENDEBUNGAAN KACUK
PENDEBUNGAAN KACUK
Butir debunga dipindahkan ke stigma bunga yang lain dan pokok
yang lain tetapi daripada spesies pokok yang sama
AGEN PENDEBUNGAAN
Angin, haiwan dan serangga serta manusia merupakan agen
pendebungaan yang membantu proses pemindahan butir debunga
BAB EMPAT TAMAT

Anda mungkin juga menyukai