Anda di halaman 1dari 4

SMK SULTAN ABDUL JALIL SHAH

SEBERANG PERAK, 36000 TELUK INTAN


PERAK

KERTAS KERJA
PERMOHONAN SUMBANGAN
KELENGKAPAN KOMPUTER DI
PUSAT SUMBER SEKOLAH

Disediakan oleh:
NOR RAFIDAH BT PADZIR
(Guru Perpustakaan dan Media)

1.0 Pendahuluan
Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebagai tempat untuk memperoleh
sumber maklumat yang cepat dan tepat. PSS bukan sahaja menyediakan bahan bacaan
berbentuk buku tetapi bahan bukan buku juga dijadikan sumber maklumat yang amat
berguna. Memandangkan pelajar dan guru pada masa kini perlu memiliki ciri pengajaran
dan pembelajaran abad ke-21, maka penggunaan peralatan teknologi maklumat amatlah
penting. Penggunaan komputer di PSS adalah merupakan sumber utama untuk mencari
maklumat dengan cara yang paling cepat dan tepat. Selain itu, dengan adanya peralatan
komputer akan memudahkan sistem pengurusan di PSS. Sekiranya keperluan komputer
untuk memberi keselesaan kepada warga sekolah ini tidak dapat dipenuhi, sudah tentu
objektif PSS tidak dapat dicapai. Bagi memenuhi keperluan ini perbelanjaan yang
banyak diperlukan. Memandangkan PSS tidak mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi bagi mendapatkan peralatan ini, maka menjadi harapan pihak sekolah
sekiranya ada pihak luar yang dapat memberi sumbangan dalam usaha meningkatkan
tahap penggunaan teknologi maklumat di PSS.

2.0 Rasional

2.1 Bilangan komputer yang belum mencukupi terutama di kaunter sirkulasi, bilik
tayangan, bilik P&P dan ruangan PSS.
2.2 Bilangan printer yang tidak mencukupi terutama di kaunter sirkulasi dan ruangan
PSS.

3.0 Objektif

3.1 Memberi keselesaan kepada warga sekolah menggunakan kemudahan di PSS.


3.2 Menambah komputer untuk memudahkan proses pinjaman dan pemulangan buku
di kaunter sirkulasi.
3.3 Kemudahan komputer di bilik tayang dan bilik P&P bagi memudahkan pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan lebih baik.
3.4 Kemudahan komputer di ruangan PSS untuk memudahkan pelajar dan guru
mendapatkan maklumat semasa, ilmu pengetahuan dan sebagai alat
mengulangkaji pelajaran.
3.5 Kemudahan printer untuk memudahkan guru dan pelajar mencetak bahan P&P.

4.0 Keperluan-keperluan PSS

4.1 5 buah komputer diperlukan iaitu:


- Sebuah di bilik tayangan
- Sebuah di bilik P&P
- Sebuah di kaunter sirkulasi
- 2 buah di ruangan PSS
4.2 2 buah printer diperlukan iaitu:
- Sebuah di kaunter sirkulasi
- Sebuah di ruangan PSS

5.0 Anggaran Perbelanjaan

A) Senarai peralatan komputer yang diperlukan

Bil Peralatan Kuantiti Harga Kegunaan


1 Komputer 1 RM 1800.00 Diletakkan di bilik
Pembelajaran dan
Pengajaran (P&P)
untuk kegunaan guru
dan pelajar semasa
proses pembelajaran
sedang berlangsung.
2 Komputer 1 RM 1800.00 Diletakkan di bilik
tayangan untuk
kegunaan guru dan
pelajar semasa
proses pembelajaran
berlangsung.
3 Komputer 1 RM 1800.00 Diletakkan di
kaunter sirkulasi
untuk memudahkan
proses peminjaman
dan pemulangan
buku di Pusat
Sumber.
4 Komputer 2 RM 1800.00 x 2 Diletakkan di ruang
= RM 3600.00 Pusat Sumber untuk
memudahkan pelajar
dan guru mencari
maklumat berkaitan
pencarían mereka.
5 Printer 2 RM 500 x 2 Diletakkan di
= RM 1000 kaunter sirkulasi dan
ruang Pusat Sumber.
Memudahkan proses
mencetak bahan bagi
urusan P&P.
JUMLAH RM 10 000.00

6.0 Penutup
Diharap dengan adanya peralatan komputer akan memudahkan pengguna
untuk mendapatkan maklumat dan ciri guru dan pelajar abad ke- 21 dapat dipenuhi.
Kemudahan ini amat penting jika kita ingin murid-murid ke PSS untuk membaca dan
menambah pengetahuan mereka. Diharap kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan akan
dapat meningkatkan kecemerlangan PSS seterusnya murid-murid SMK Sultan Abdul
Jalil Shah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………........ ………………………………
(NOR RAFIDAH BT PADZIR) (BAHARUDIN BIN MAT ISA)
Penyelaras Pusat Sumber Sekolah Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Sultan Abdul Jalil Shah SMK Sultan Abdul Jalil Shah
Seberang Perak Seberang Perak
36000 Teluk Intan 36000 Teluk Intan
Perak Perak

Disahkan oleh,

………………………....
(AISHAH BT RAZALI)
Pengetua
SMK Sultan Abdul Jalil Shah
Seberang Perak
36000 Teluk Intan
Perak

Anda mungkin juga menyukai