Anda di halaman 1dari 3

KERANA SEHELAI RAMBUT

TEMA: SIFAT MAHMUDAH


KATEGORI: PEREMPUAN

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,


Yang dihormati barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,
Yang saya muliakan guru-guru, kawan-kawan dan para hadirin yang dikasihi Allah sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Apa khabar semua?


Gembira tak hari ini?
Cantiknya pakaian kawan-kawan hari ini..

Pada hari ini saya ingin kongsikan satu cerita “ Kerana Sehelai Rambut”

Pada malam 27 Rejab tahun ke 12 kenabian bersamaan tahun 622 Masihi, Rasulullah telah
dijemput oleh Allah untuk menghadapNya dalam peristiwa yang dikenali dengan nama Isra’
dan Mikraj. Dalam peristiwa tersebut, Rasulullah melihat pelbagai seksaan terhadap kaum
wanita yang membuatkan Rasulullah sering sedih dan menangis.

Pada suatu hari, puterinya Fatimah Bersama suaminya Ali, telah berkunjung ke rumah
Rasulullah SAW dan mendapati nabi masih bersedih, lalu bertanya:

Fatimah :Mengapa ayahanda menangis?

Rasulullah :Pada malam aku diisra’ dan dimikrajkan, aku melihat orang sedang
mengalami pelbagai penyiksaan. Bila teringat, aku berasa sedih dan tidak
dapat menahan air mataku dari gugur.

Fatimah :Apa siksaannya wahai ayahandaku?

Rasulullah :Perempuan digantung rambutnya, manakala otaknya menggelegak dek


panasnya api neraka.

Fatimah :Kenapa berlaku demikian wahai ayahandaku?

Rasulullah :Mereka tidak menutup aurat kepada lelaki dan bukan mahramnya.

Firman Allah swt dari Surah An- Nur ayat 31 ;

        

Maksudnya,
“…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya”
(Surah An- Nur : 31)

Berdasarkan firman Allah SWT, menutup aurat ini wajib dan orang yang mendedahkan aurat
akan mendapat dosa dan dimurkai oleh Allah SWT. Sekarang dah jelaskan kawan-
kawan..Hukum menutup aurat ini WAJIB.

Mengapa kita perlu menutup aurat ya kawan-kawan…

Mari kita sama-sama tutup aurat


Tutup aurat jangan sampai dilihat
Maruah terpelihara Allah jaga kita
Hidup kita berkat mendapat Syurga

Aurat lelaki pusat hingga lutut


Aurat perempuan seluruh badan
Kecuali muka dan juga tapak tangan
Sama-sama jaga hindari dosa.
(Nasyid)

Wanita wajib menutup auratnya supaya tidak terlihat dari pandangan mata seorang lelaki
yang bukan muhrim. Sebab itulah wanita dituntut mengenakan pakaian longgar dan labuh,
bukannya pakaian ketat seakan tidak memakai pakaian kononnya mengikut fesyen dan
trend semasa .

Kawan-kawan,
Hari ini kita lihat banyak kejadian jenayah dan gejala sosial seperti rogol, sumbang mahram
dan buang bayi yang baru dilahirkan, berpunca daripada kegagalan menutup aurat. Pada
masa sekarang terdapat banyak pakaian yang menutup aurat dijual di pasaran seperti
Busana Muslimah, Hijabista dan sebagainya. Tepuk dada tanyalah iman. Pilihan di tangan
kita, pilihlah yang mengikut syara’.

Justeru itu, saya menyeru kepada semua kawan-kawan agar tutuplah aurat dengan
sempurna dan kepada para ibubapa juga didiklah anak-anak agar menutup aurat sejak dari
kecil lagi bak kata pepatah “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”….Jangan kerana
sehelai rambut, kita diazab oleh Allah, Nauzubillahi min zaalik…

Jom kawan-kawan , marilah sama-sama kita menutup aurat.

Aurat terjaga, maruah terpelihara.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai