Anda di halaman 1dari 81

Noraz Ikha

Bab 1
seorang ni? Dah gila ke?

ARI!!! Lari cepat! Aku mesti selamatkan diri. Ya Allah! Apa dah jadi dengan mamat

Eika menoleh ke belakang sekali lagi. Kelihatan lembaga yang menyerupai seorang lelaki masih mengejarnya. Eika tidak dapat mengecam siapakah gerangannya. Keadaan persekitarannya begitu gelap dan hanya sesekali muncul cahaya. Namun cuma samar-samar. Apakah ini? Oh! Sungguh Eika tidak faham. Situasi ini sungguh menakutkan. Kecut perut dibuatnya. Eika memberanikan diri untuk menoleh lagi. Mengharap lembaga itu sudah tiada. Alamak! Jangankan sudah hilang, malah semakin dekat pula dengannya. Ya Allah... tolonglah hambaMu ini. Eh, apa yang lembaga itu pegang? Kelihatan seperti kayu panjang. Cahaya yang tadinya hanya samar-samar semakin cerah... cerah... dan terus cerah menerangi segenap pelosok tanah airnya yang tercinta. Kali ini Eika dapat melihat lembaga itu dengan

Ops! Pintu Hatiku

jelas. Tidak syak lagi lembaga itu ialah seorang lelaki yang umurnya barangkali sebaya dengannya. Eika melihat tangannya. Alangkah terkejutnya dia tatkala menyedari bahawa objek yang digenggamnya itu merupakan sebilah parang. Eh, silap... sebilah pedang sebenarnya. Apabila dia perhatikan lagi, nampak seperti kayu pula. Ah! Entahlah. Otaknya sudah tidak dapat berfikir lagi. Ketakutan sudah mula menguasai dirinya. Adakah lelaki itu mahu membunuhnya? Apa pula salahnya? Eika cuba perhatikan wajahnya pula. Hah! Bukankah itu Hakimi? Ketua kelasnya di sekolah? Mengapa pula wajah Hakimi begitu bengis seperti mahu menerkam Eika hidup-hidup? Kimi!!! Sambil berlari Eika cuba menjerit sekuat hati memanggil namanya. Sedarlah Hakimi.... Tolong sedar apa yang kau mahu lakukan ini. Namun jeritannya seperti tidak dapat melepasi kerongkong. Dia cuba menjerit sekali lagi. Tidak berjaya juga. Mengapa begini? Adakah dia sudah bisu? Tak mungkin!!! Eika sudah tidak berdaya lagi. Sudah terlalu lama dia berlari. Namun Hakimi tetap tidak penat. Kenapa? Sedangkan Eika telah letih separuh mati. Aduh!!! Eika terlanggar sebatang pokok yang entah dari mana munculnya. Sungguh dia tidak sedar. Tidak mungkin di dalam sekelip mata tumbuh sebatang pokok yang sebegitu besar di hadapannya. Apakah ini realiti atau khayalan sahaja? Entah... bingung Eika jadinya. Akhirnya Eika terjelepok di bawah pokok tersebut. Badannya terasa amat lemah. Tidak berdaya mahupun untuk

Noraz Ikha

mengangkat tangan. Dan di saat genting ini, Hakimi sudah berada tepat di hadapannya sambil menghayun senjata di tangannya. Eika pejamkan matanya rapat-rapat. Jangan!!! Kimi! Kimi...!!!! Eika! Eika... kenapa ni? Sakit ke? Eh, suara siapa pula tu? Badannya sengal dan terasa digoyang-goyangkan. Eika membuka mata perlahan-lahan. Bayangan Hakimi yang ganas itu sudah menghilang serentak dengan suara tersebut. Mama? Mama... terima kasih kerana menyelamatkan Eika. Tanpa sedar air matanya mengalir deras. Eika, kenapa menangis pula ni? Ya Allah! Sedarlah Eika, kau mengigau ni, kata Datin Sarina. Mengigau? Betul ke mama? Ya Allah, syukurlah! Eika terus memeluk Datin Sarina. Yalah, mengigau. Siapa Kimi? tanya Datin Sarina. Hah? Eika ada sebut nama Kimi ke? Kimi tu ketua kelas Eika. Entah macam mana boleh masuk dalam mimpi Eika, beritahu Eika. Emmm... sudahlah. Pergi tidur, awal lagi ni. Ha... sebelum tu jangan lupa, basuh kaki tu dulu. Nanti tak pasalpasal terjerit-jerit macam orang kena histeria lagi. Nasihat Datin Sarina separuh menyindir sambil melangkah keluar dari bilik Eika. Eika terus bangkit lalu melangkah ke arah bilik air.

Ops! Pintu Hatiku

AIKLAH, saya mahu kamu buat apa yang saya suruh. Boleh? Hah... Nur Elliya Shafeika, awak faham apa yang saya terangkan ni? soal Cikgu Ruzairi. Eika kelihatan selamba sambil menulis sesuatu di atas kertas. Langsung tidak menghiraukan pertanyaan cikgu di hadapan kelas. Hei.. hei, Eika! Cikgu tanya kaulah! Kau buat apa tu? Teguran Lizz yang duduk di sebelah mengejutkan dirinya yang sedang khusyuk menulis. Hah? Cikgu tanya aku? Apa cikgu tanya? tanya Eika yang masih dalam keadaan terkejut. Cikgu tanya, kau faham tak dengan apa yang cikgu suruh buat tadi, jawab Lizz. Alamak! Apa yang aku faham? Satu apa pun aku tak dengar apa dia cakap. Hai... apa aku nak jawab ni???

Bab 2
B

Noraz Ikha

Nur Elliya Shafeika, apa awak buat tu? tanya Cikgu Ruzairi lagi kehairanan. Ah! Tak ada apa-apalah cikgu. Saya... saya tak buat apa-apa. Eika mati akal. Habis tu, kenapa awak tak jawab soalan saya tadi? risik Cikgu Ruzairi. Dia masih tidak berpuas hati. Errr... errr... apa soalannya tadi cikgu? Saya terlupalah... ujar Eika menyebabkan rakan-rakan sekelasnya ketawa geli hati. Hah? Terlupa? Apalah yang seronok sangat sampai tak ingat apa yang saya soal? Sudah! Lain kali jangan buat lagi. Hai, bertuahnya siapa yang dapat bini macam awak nanti. Makan periuklah jawabnya! Satu kelas ketawa terbahak-bahak mendengar lawak Cikgu Ruzairi yang memang tidak pernah tidak jadi itu. Dia merupakan seorang guru yang memang digemari oleh kebanyakan pelajarnya. Dia suka melawak dan pandai pula mengambil hati para pelajar. Kenapa pula kena makan periuk cikgu? tanya Eida. Spontan Cikgu Ruzairi memandang wajahnya. Yalah... terlupa nak masak! Asyik lupa saja kerja dia. Betul tak? Errr... cikgu, isteri cikgu kerja apa? Tiba-tiba Lizz bertanya. Tanpa disedari oleh orang lain, Group Pengusik saling memberi isyarat untuk merancang sesuatu. Eika berasa amat geram kerana telah dimalukan sebentar tadi. Tiba masa untuk dia menyaman malu kepada Cikgu Ruzairi.

Ops! Pintu Hatiku

Kenapa pula saya kena beritahu awak? Cikgu Ruzairi curiga. Emmm... tak ada apa-apa cikgu. Sengaja kami nak tahu! sokong Eika penuh semangat. Isteri saya... dia... suri rumah! Kenapa? Isteri cikgu pernah bagi cikgu makan periuk tak? soal Atin sambil tersenyum. Hesy... apa awak semua tanya saya yang bukanbukan ni? Tak ada apa cikgu. Sebab, hari tu isteri cikgu pernah cakap dengan emak saya. Dia terlupa nak masak sebab penat sangat. Jadi, cikgulah orang yang bertuah tu yek? Suara Sheila pula kedengaran. Terbahak-bahak rakan sekelasnya ketawa. Sementara itu, Group Pengusik tersenyum puas. Jerat sudah mengena! Hai, dah... dah! Cikgu mengalah dengan kamu. Kalau dilayan boleh jadi gila cikgu dibuatnya. Akhirnya Cikgu Ruzairi mengalah. Cikgu kena berhati-hati sikit dengan Group Pengusik tu. Kalau cikgu nak duduk pun kena tengok-tengok dulu kerusi tu, nasihat Hakimi selaku ketua kelas tingkatan 5 Cerdik. Serta-merta Eika memandang tajam ke arah Hakimi. Harap-harap mimpinya malam tadi tidak akan menjadi kenyataan. Sungguh dia tidak berkenan dengan perangai milik lelaki nan seorang itu. Menyampah... meluat... benci... dan segala macam perkataan yang seangkatan dengannya. Perangai buruk yang menjatuhkan maruah perempuan. Itulah anggapan Eika terhadap Hakimi.

Noraz Ikha

Hakimi pandangan Eika.

tersenyum

sinis

sambil

membalas

Lantas Eika membulatkan bebola matanya. Sebagai tanda protes. Sempat dia menjeling sebelum mengalihkan pandangannya. Nampaknya, budak seekor ni seperti mahu mengisytiharkan perang dunia dengan aku. Nantilah! desis hati kecilnya. Tak habis-habis prasangka buruknya muncul... macamlah Si Hakimi tu teruk sangat. Okey... okey... walau apa pun, cikgu nak ucapkan tahniah kepada awak semua kerana telah lulus mata pelajaran Sejarah. Markah tertinggi ialah sembilan puluh empat peratus iaitu Nurul Lizzyani. Markah paling rendah pula ialah empat puluh peratus iaitu Mohd. Nazri. So, saya ucapkan tahniah kepada Nurul Lizzyani. Nazri, sampai bila kamu nak kekal dengan empat puluh peratus tu? Cikgu Ruzairi memandang Mohd. Nazri. Alamak... cikgu, janganlah cakap macam tu. Malu saya cikgu, balas Mohd. Nazri. Cikgu Ruzairi sekadar tersenyum sambil menggeleng kepala. Tangannya lincah mengemas buku dan kertas-kertas di atas meja guru. Terima kasih cikgu, ucap semua pelajar kelas tingkatan 5 Cerdik yang pantas bangun walaupun tanpa disuruh. Hari ini Cikgu Salmah tidak dapat hadir ke sekolah. Habis riuh-rendah kelas dibuatnya. Tiba-tiba Shah Reza berjalan ke hadapan kelas. Dia membuat gaya seorang badut. Pusing sana, pusing sini. Lompat sana, lompat sini.

Ops! Pintu Hatiku

Pelajar-pelajar yang menyaksikan gelagatnya itu ketawa terbahak-bahak. Gembira dengan reaksi penonton merangkap rakanrakan sekolahnya itu, dia berlari sambil menganggukanggukkan kepalanya pula. Sementara itu, Eika dan Lizz saling berpandangan dan tersenyum. Kemudian mereka ketawa kerana tidak tahan melihat aksi Shah Reza. Eh, kenapa dengan Reza tu hah? soal Lizz sedikit pelik. Entah! Macam orang tak betul aje aku tengok, sahut Eika. Dia tu suka sangat menarik perhatian orang. Habis semua gaya badut ditirunya. Tak ada kerja lain apa ke budak tu? ujar Lizz seolah-olah berleter. Kalau macam tu, kerja jadi badut sarkis aje, kan senang. Tak payah nak susah-susah belajar kat sekolah ni. Cuba kau bayangkan dia kerja macam tu. Ha ha ha! Eika ketawa terbahak-bahak. Hei, apa yang korang ketawakan tu hah??? sergah seseorang dari belakang secara tiba-tiba. Pantas Eika dan Lizz menoleh ke belakang. Alamak! Dia dengar ke tadi? Fikir mereka apabila mendapati orang yang menyergah mereka itu ialah Shah Reza. Eh, tak ada apa-apalah! Kau tak ada kelas ke? Sejak bila pula kelas ni jadi kau punya? Eika cuba menukar topik perbualan. Macam tak biasa pula! Kelas nikan dah jadi kelas kedua aku. Korang jangan kutuk aku, tau! Eh, tak... tak ada la! dalih Lizz.

Noraz Ikha

Okey! balas Shah Reza sambil berlalu dari situ. Kemudian Eika dan Lizz juga berlalu menuju ke arah kelompok rakan-rakan Group Pengusik. Ada sesuatu yang perlu dibincangkan. Eida, kau dah cakap dengan emak kau ke belum? tanya Eika kurang sabar. Tanya apa pula ni? Eida sengaja buat-buat tidak faham. Eleh buat-buat tak tau pula budak seorang ni! Pasal kita nak pergi berkelah tu la! Boleh ke tidak? tanya Atin pula. Oh... pasal tu, pasal tu??? Ala.. sorrylah, emak aku kata, aku kena duduk rumah baca buku, tahun ni nak SPM, ujar Eida dalam nada sedih. Ala... habis tu macam mana? Kena cancel ke rancangan kita tu? tanya Sue. Apesal pula tak boleh? Lagipun kan ke masa tu kita tengah cuti semester. Bagilah peluang kita nak release tension kejap! rungut Eika. Tanpa diduga Eida terus tersenyum. Rakan-rakannya saling berpandangan. Hairan melihat kelakuan Eida yang tidak kena tempat. Aik... apesal pula dengan budak ni? Pelik aku tengok! Mereka tertanyatanya di dalam hati. Sebenarnya... Eh! Kau ni kenapa hah? Kau suka ke kita tak jadi pergi Pulau Pangkor tu? Lizz memotong percakapan Eida. Korang ni... tak sabarlah! Kalau ya pun tunggulah aku habis cakap dulu! Sebenarnya... emak aku bagilah. Tadi tu aku tipu aje. Ha ha ha! ujar Eida sambil ketawa kuat.

Ops! Pintu Hatiku

Kau... kau tipu kita orang ya? Teruklah kau! jerit Eika sedikit marah. Ala... takkan itu pun nak marah kut? Eida berkata sambil tersenyum sinis. Rakan-rakannya masih bermasam muka. Alamak, dia orang betul-betul marah ke ni? Aku main-main ajelah, suara Eida di dalam hati. Risau dia dibuatnya. Korang marah ke? Janganlah macam ni. Aku minta maaf ya? pujuk Eida. Tiba-tiba mereka ketawa serentak. Eida tergamam. Ha... tahu pun takut! Lain kali kenakanlah kita orang lagi. Siap kau aku kerjakan! Tegas Eika. Mereka ketawa gembira. Tidak sabar mahu ke Pulau Pangkor. Sememangnya mereka merupakan sahabat yang sehati dan sejiwa.

10

Noraz Ikha

Bab 3
M

AMA, Zami pergi dululah ya? Shahirul Hazami meminta izin mamanya.

Tak sabar rasanya nak pergi. Mesti seronok! jerit Shahirul Hazami di dalam hati. Yalah, jalan baik-baik tau. Lembut suara Datin Seri Rosleenda memberi nasihat. Bang! Bang! Jangan lupa tau. Bila balik nanti bawa ole-ole yang boleh bercakap ya? usik Nazirah. Shahirul Hazami membulatkan matanya. Dia faham akan maksud adik kesayangannya itu. Nazirah hanya tersenyum nakal. Ada apa ni? Mana ada ole-ole yang boleh bercakap, ujar Datin Seri Rosleenda kehairanan mendengar perbualan dua beradik tersebut. Ala mama, nanti kalau Abang Zami bawa... mama tahulah! Pasti mama akan suka! balas Nazirah. Haah... yalah tu! Nanti Zami bawak monyet hidup

11

Ops! Pintu Hatiku

ya, mama. Bagi monyet tu kat Nazirah. Biar habis muka dia kena cakar, ha ha ha! Ada-ada sajalah korang ni, kata Datin Seri Rosleenda. Shahirul Hazami menggeleng-geleng. Datin Seri Rosleenda tersenyum penuh makna sambil mengiringi Shahirul Hazami yang sedang memasuki kereta dengan ekor matanya. Sebenarnya dia faham dengan maksud Nazirah sebentar tadi. Cuma pura-pura tidak mengerti. Shahirul Hazami telah dikecewakan oleh seorang wanita baru-baru ini. Pada mulanya dia tidak dapat menerima hakikat bahawa teman wanitanya itu telah curang. Ruparupanya selama ini Azura mencintai lelaki lain. Apa kurangnya dia? Dia tertanya-tanya sendiri. Namun begitu, dia cuba tabahkan hati.

SHAHIRUL HAZAMI membelokkan kereta dan berhenti betul-betul di hadapan rumah Mamat. Kelihatan Mamat sedang berbual-bual dengan Am dan Zaini. Mereka bertiga merupakan sahabat karibnya walaupun dia tidak belajar di sekolah yang sama dengan mereka. Semuanya berpunca daripada Hakimi. Jika bukan Hakimi yang memperkenalkan kepadanya, tentu dia tidak akan mengenali mereka. Shahirul Hazami menekan hon kereta sebagai isyarat supaya mereka segera masuk ke dalam kereta. Zaini, Am dan Mamat membalas dengan melambai ke arahnya. Shahirul Hazami faham akan maksud lambaian tersebut.

12

Noraz Ikha

Kemudian dia terus turun dari kereta. Kata nak terus masuk dalam kereta. Alih-alih, aku pula yang kena turun, desisnya di dalam hati. Eh, korang kata nak terus pergi. Kenapa suruh aku turun pula? Ala Zami... duduklah kejap, ujar Mamat separuh memujuk. Haahlah Hazami, baru pukul berapa. Tak larinya tempat tu nanti! Eh, kau seorang aje? Mana Si Hakimi? tambah Zaini dan disokong oleh Am. Entah, dia kata tak nak ikut. Ada program kat sekolah. Katanyalah, tak tau betul ke tidak. Oh ya, dia ada pesan. Kalau jumpa awek yang cun melecun tu, jangan lupa simpan-simpankanlah untuk dia sorang, kata Shahirul Hazami sambil melabuhkan punggung di sebelah Zaini. Hai... apalah nak jadi dengan budak seekor tu? Tak habis-habis dengan rancangan bodohnya. Aku rasa la kan, tak ada faedahnya kalau dia terus dengan sikap peliknya tu. Tambah orang benci dan bagi anggapan buruk kat dia ada la, keluh Mamat. Betul juga cakap kau tu, Mamat. Kalau tak silap aku, dia dah dicop sebagai playboy. Kesian pula aku tengok, balas Am pula. Alahai kawan, tak payahlah nak kesian-kesian. Dia pun tak kesian dengan diri dia sendiri. Buat apa kita nak sibuk-sibuk, protes Shahirul Hazami. Ini lagi seorang. Pelik... pelik... perangai korang berdua ni memang tak pernah dibuat orang. Ada ke patut adik sendiri buat rancangan bodoh, si abangnya pula menyokong! Hesy... sungguh pelik bin ajaib betullah korang berdua ni! Patutnya, dialah kena bagi nasihat kat Kimi tu, bebel Mamat sambil menggeleng-gelengkan kepala.

13

Ops! Pintu Hatiku

Biarlah dia Am, Mamat. Aku dah penat dah. Kalau dia kata hitam, hitamlah. Kalau dia kata putih, putihlah juga. Kepala dia tu keras mengalahkan batu berlian! luah Shahirul Hazami, menyebabkan Am dan Mamat terdiam. Hazami, aku ada satu kemusykilan sikitlah pasal kau dengan Kimi. Kau kata Kimi tu adik kau. Kimi sekarang tingkatan lima. Tapi... kenapa kau tak habis sekolah lagi? Sudah lama soalan itu bertapak di dalam minda Am. Shahirul Hazami sedikit tersentak dengan soalan yang baru diutarakan kepadanya. Errr... aku ni tak pandai macam Kimi. Dulu Kimi lompat dari darjah tiga terus ke darjah lima, jawab Shahirul Hazami sekadar melengkapkan soalan Am. Dia tidak peduli sama ada jawapan itu logik atau tidak. Apa yang pasti, jawapan sebenarnya hanya Shahirul Hazami dan Hakimi sahaja yang tahu. Biarlah ia tetap menjadi rahsia. Tidak perlu dihebahkan satu dunia. Keluhan kasar keluar dari mulut Shahirul Hazami. Dialihkan pandangannya ke arah Am, Zaini dan Mamat silih berganti. Kemudian tangannya menguis-nguis hujung lengan bajunya pula. Semua gelagatnya itu disaksikan oleh mereka dengan penuh tanda tanya. Kau ni kenapa sebenarnya Zami? Macam ada masalah aje? tanya Mamat risau melihat keadaan rakannya itu. Yalah Zami, kau patut beritahu kita orang. Manalah tahu kut-kut kita orang boleh tolong ke. Kalau kau pendam seorang-seorang, susah jadinya nanti tau! Lebih buruk akibatnya, nasihat Am separuh memujuk. Shahirul Hazami masih membatu. Patutkah dia memberitahu mereka? Tidakkah ia akan menyusahkan

14

Noraz Ikha

mereka nanti? Ah, dia ragu-ragu. Tapi... menyusahkan apa pula? Shahirul Hazami menyesali kebodohan sendiri. Sementara itu, mereka bertiga sedang memerhati wajahnya dengan penuh minat dan rasa ingin tahu yang kuat. Sinar mata mereka seolah-olah mendesak supaya dia segera meluahkan segala perasaan yang terpendam di dalam jiwanya. Tiba-tiba terbit rasa terharu. Terharu kerana rakanrakannya begitu mengambil berat akan dirinya. Tapi... untuk apa aku nak memperkatakan perkara yang dah lepas? Segalagalanya dah tamat. Sekarang aku nak mulakan hidup baharu! Azamnya penuh semangat. Sebenarnya, aku.... Dia tidak dapat meneruskan kata-kata. Hatinya dilanda perasaan sebak secara tiba-tiba. Ternyata dia gagal melawan emosi. Sebenarnya apa Zami? Pasal Si Azura tu ke? teka Zaini. Shahirul Hazami sekadar mengangguk. Dia tidak mampu untuk menyangkal tekaan itu meskipun baru sebentar tadi dia berazam mahu melupakannya. Rakanrakannya saling berpandangan. Setahu mereka, hubungan di antara Shahirul Hazami dengan Azura tiada sebarang masalah. Cuma... Korang tahu tak? Azura tu... curang! getusnya geram. Tinggi nada suaranya. Hah??? Curang??? Mereka kelihatan amat terkejut. Mamat dan Zaini saling berpandangan. Seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Sorrylah Zami, sebenarnya hari tu kita orang ada

15

Ops! Pintu Hatiku

nampak Azura berjalan dengan seorang lelaki. Aku ingatkan kawan dia ke? Abang dia ke? Atau cousin dia ke? Sebab tu la kita orang biarkan aje. Zaini bersuara setelah agak lama mendiamkan diri. Zami, kalau kau nak tau, sebenarnya sejak dulu lagi aku dah rasa. Si Azura tu bukannya baik sangat. Kau tu aje yang tak makan nasihat! bebel Am. Sudahlah. Jangan cakap pasal dia lagi! Aku dah fed up dengan dia! Pergi jahanamlah! luah Shahirul Hazami keras. Rasa geramnya memuncak secara tiba-tiba. Sabar Zami, sabar... aku rasa kejap lagi mesti kau dapat girlfriend baru yang lagi cantik, lagi pandai dan lagi baik daripada dia. Kau tunggu aje. Mamat memberi semangat. Eh, dah lewat ni. Jomlah kita berangkat, ajak Shahirul Hazami. Haahlah, terlupa pula. Boleh pula terlupa. Apa-apa sahajalah mereka ini. Mereka mengangkat beg masing-masing lalu memasukkannya ke dalam kereta. Kereta Wira berwarna merah metalik yang sentiasa baru itu terus meluncur dengan gagahnya di jalan raya. Shahirul Hazami memandu kereta kesayangannya itu dengan penuh berhati-hati. Dalam perjalanan, Mamat, Am dan Zaini rancak berbual. Sesekali, Shahirul Hazami turut tertawa mendengar lawak mereka. Kepoh sungguh mulut mereka menceritakan itu dan ini. Jika mahu dinilai, kalah agaknya orang perempuan. Tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Shahirul Hazami itu berhenti secara mengejut. Tersentak semua penumpang yang berada di dalamnya. Sampai melalut cerita yang mahu

16

Noraz Ikha

disampaikan oleh Zaini. Shahirul Hazami pantas tersenyum melihat gelagat mereka. Eh! Kenapa ni? Kenapa Zami? soal Mamat terpinga-pinga. Its okaylah, no hal punya. Aku tak perasan lampu isyarat tu warna merah tadi. Nasib baik aku sempat brek. Kalau tak, berkelah kat HPL la jawabnya ya! Sempat lagi Shahirul Hazami membuat lawak. Huh!!! Lemah semangat aku ini. Apa kau kata tadi? HPL? Apa ke bendanya tu Zami? Tak pernah pun aku dengar selama ni? HPL tu ialah bahasa yang aku cipta sendiri. Kalau kau nak belajar, itu maknanya hospital. Ada faham? Faham tuk! balas Zaini berjenaka. Mereka meneruskan perjalanan menuju destinasi yang ditujui. Hanya tinggal beberapa meter sahaja lagi mereka akan sampai. Keceriaan jelas terpancar pada wajah setiap orang. Malahan, Shahirul Hazami juga tidak semuram tadi. Kini, signboard LUMUT jelas terpampang di hadapan mata. Mereka akan bertolak ke Pulau Pangkor dengan menaiki feri yang telah disediakan di Jeti Lumut ini. Zami, kau parkirlah kereta kat situ, cadang Mamat. Shahirul Hazami mengikut sahaja cadangan yang dikemukakan oleh Mamat itu. Kelihatan sekumpulan gadis remaja sedang bergelak ketawa di bahu jalan. Shahirul Hazami masih sempat memerhatikan mereka. Tiba-tiba, dia terpusing stereng lalu terlanggar sedikit beg balik kampung kepunyaan mereka. Dia terperanjat. Sepantas kilat dia menekan brek. Hampir sahaja hidung Am dan Zaini mencium tempat duduk hadapan kereta.

17

Ops! Pintu Hatiku

Nampaknya gadis-gadis tersebut juga terkejut. Pantas pandangan masing-masing dialihkan ke arah kereta Wira yang berhenti tepat di hadapan mereka. Cermin kereta pantas diturunkan. Shahirul Hazami menjengukkan kepala ke luar tingkap. Salah seorang daripada gadis-gadis tersebut melangkah ke hadapan sedikit mendahului rakan-rakannya. Wajahnya jelas membayangkan kemarahan. Maaf ya saudari-saudari sekalian. Saya tak sengaja. Selamba sahaja Shahirul Hazami meminta maaf daripada mereka. Namun masih kedengaran sopan. Amboi... amboi! Senangnya awak nak mintak maaf ya? Habis tu, barang-barang yang dah penyek kat dalam beg aku tu, siapa nak ganti? marah Sheila. Bahasa yang dituturkan terhadap orang yang baru dikenalinya itu juga kedengaran agak kurang sopan. Selamba sahaja dia membahasakan dirinya sebagai aku. Lagaknya seperti sudah lama mengenali Shahirul Hazami sahaja. Sememangnya dia merupakan seorang yang panas baran. Pandangannya tajam merenung mata milik Shahirul Hazami. Aduh! Tajamnya mata dia. Macam mata pedang! Shahirul Hazami menelan liur melihat ketegasan gadis di hadapannya itu. Maaflah... saya betul-betul tak sengaja. Kali ini nada suara Shahirul Hazami lebih lembut sedikit. Hei, awak tahu tak? Saya dengan kawan-kawan saya ni ada rancangan penting tau. Barang-barang dalam beg saya tu amat diperlukan! Macam mana awak bawak kereta hah??? Sheila masih tidak mahu mengalah.

18

Noraz Ikha

Hesy... perempuan ni, becok betul mulut dia! Ni yang buatkan aku naik darah ni. Orang dah minta maaf, dahlah. Banyak pula mulut dia! Rungut hati Shahirul Hazami. Malas rasanya mahu melayan amarah Sheila. Seperti singa lapar. Hei mulut becok! Jaga sikit mulut awak tu. Awak ingat saya ni tak pandai pandu kereta ke hah??? Shahirul Hazami mula menunjukkan berangnya. Memang! balas Sheila dengan senyum sinis. Berkerut dahi Shahirul Hazami. Oh, menjawab perempuan ni ya! Eh, aku peduli apa barang kau tu nak penyek ke, nak lonjong ke, nak bulat ke, nak petak ke, suka hati dialah! Siapa suruh kau letak beg kat line kuning ni? Ini bukan tempat letak beg. Faham?! Shahirul Hazami meninggikan suara. Dia juga nampaknya telah membahasakan diri dengan panggilan aku dan kau. Dua kali lima sahaja Shahirul Hazami dengan Sheila. Hei! Rambut macam sarang tebuan! Sudahlah rambut kat atas kepala tu mengalahkan kumpulan Alleycats. Pandu kereta pun macam orang mabuk! Ada hati nak marahmarah orang pula! kutuk Sheila. Apa kau kata??? Terjegil bola mata Shahirul Hazami. Kuat dia menggigit bibirnya. Ada ke patut dia cakap macam tu? Kau belum tengok rambut sebenar aku lagi. Ini cuma rambut palsulah. Aku sebenarnya handsome tau! Suara hati Shahirul Hazami juga terus-terusan memprotes. Manakala Zaini, Am dan Mamat pula hanya

19

Ops! Pintu Hatiku

menggeleng-geleng kepala di dalam kereta. Shahirul Hazami dan Shahila atau Sheila, kedua-duanya sama keras kepala. Macam anjing dengan kucing. Eh, apa lagi gaduh-gaduh ni? Sudahlah. Bawak berdamai sikit boleh tak? tegur Am sebaik sahaja menurunkan cermin kereta. Eida yang turut berada di dalam kelompok Sheila amat terkejut dengan kemunculan Am. Serta-merta matanya membulat. Manakala Am hanya tersenyum kambing membalas pandangan tersebut. Asalnya, Am tidak mahu menunjukkan diri. Tetapi dia terpaksa juga memandangkan kedua-dua belah pihak yang berperang itu tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menyerah. Semakin teruk pula jika dibiarkan. Eh! Kenapa kau boleh ada kat sini ha, malaun? Spontan pertanyaan tersebut keluar dari mulut Eida. Siapa malaun? soal Am kembali. Kaulah, siapa lagi! jawab Eida selamba. Sementara itu, wajah Sheila kelihatan masam mencuka. Manakala Shahirul Hazami pula telah masuk semula ke dalam kereta. Dia menutup cermin tingkap serapat-rapatnya. Hatinya berasa amat geram. Selama ini, tiada siapa yang berani mengutuk dirinya di hadapan mata dan secara terang-terangan pula itu. Kelebihan rupa parasnya yang kacak sering sahaja menjadi igauan orang lain. Berani sungguh perempuan di luar kereta itu menyindirnya. Secara tidak langsung, kemunculan Am itu telah meleraikan pertengkaran di antara mereka. Di dalam kereta, Zaini dan Mamat berusaha

20

Noraz Ikha

menyembunyikan wajah masing-masing supaya tidak dapat dilihat oleh Lizz dan Eida. Zaini segan untuk bersemuka dengan Lizz. Ini kerana dia telah dimalukan oleh Atin di hadapan gadis itu tempoh hari. Tika itu Eika hanya menjadi penonton drama sebabak yang berlangsung di hadapan matanya. Malas mahu masuk campur. Ada sesuatu yang berdetik di hati kecil Eika tatkala menatap wajah Shahirul Hazami. Sesuatu yang membuatkannya terdiam membisukan diri. Otaknya juga ligat memikirkan sesuatu yang tidak pasti. Mamat pula tidak mahu mengacau Am. Ini adalah disebabkan oleh kelakuan Am yang kelihatan berminat dengan gadis bernama Syeril Aida atau Eida itu. Sebenarnya, Mamat juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Eida. Cuma perasaan itu hanya mampu dipendamkan sahaja. Demi Am, sahabat karibnya.

21

Ops! Pintu Hatiku

IKA dan Lizz kelihatan riang gembira. Mereka saling menyimbah air laut ke badan masing-masing. Sementara itu, Atin, Sue dan Eida pula asyik berenang. Manakala Sheila pula leka membina istana pasir. Mereka mahu bersuka-ria dengan sepuas-puasnya. Wah! Cantik istana pasir buatan saudari, tegur seseorang dari belakang Sheila. Sheila yang terkejut dengan teguran tersebut terus berpaling ke belakang. Kelihatan empat orang jejaka telah tercegat di situ. Mereka tersengih-sengih seperti kerang busuk. Sheila mempamerkan riak wajah bosan. Eh, muka awak lagi! Dah tak ada muka lain ke? Memanglah tak ada muka lain. Sebab muka saya ni ialah muka yang paling handsome kat dunia! Tak tahu lagi ke? Bertuah awak dapat menatapnya. Shahirul Hazami mula menyakat. Bibirnya mengukir senyuman gatal. Yak! Nak muntah aku dengar. Muka paling handsome kat dunia konon. Eh, awak tahu tak? Muka awak

Bab 4
E

22

Noraz Ikha

tu serupa macam badut kat tepi jalan tu tau! balas Sheila hampir tergelak. Sahabat-sahabat Sheila yang menyedari situasi tersebut terus berlari mendapatkan Sheila. Mereka kelihatan seperti dua pasukan yang telah bersedia untuk berperang. Sheila memandang Shahirul Hazami dengan pandangan sinis di samping rakan-rakannya. Shahirul Hazami juga menunjukkan reaksi yang sama. Memang sengaja dia meniru gaya Sheila. Biar Sheila rasa bagaimana buku bertemu dengan ruas. Saya nak tanya awak sikit boleh tak? tanya Shahirul Hazami. Suka hati awaklah. Tapi, saya tak janji nak jawab, balas Sheila acuh tak acuh. Malas mahu melayan mamat seorang itu. Siapa nama awak? Kenapa saya mesti beritahu awak? Itukan hal peribadi saya! Sengaja Sheila jual mahal. Mahu melihat reaksi Shahirul Hazami seterusnya. Sebab saya nak tahulah.... Sheila merenung wajah Shahirul Hazami. Macam pernah aku lihat wajah lelaki ini. Tapi di mana ya? Hati Sheila tertanya-tanya. Dia terus membisukan diri. Membiarkan Shahirul Hazami merenung wajahnya. Sementara itu Shahirul Hazami resah menunggu jawapan. Ai... nak beritahu nama pun payah ke? Nak cakap ke tak ya? Eh, tak naklah. Manalah tahu dia cuma nak kenakan aku aje! Hati Sheila berbolak-balik. Dia ni nak reka nama ke? Shahirul Hazami meneka di dalam hati.

23

Ops! Pintu Hatiku

Cepat-cepat Sheila melarikan pandangan matanya tatkala menyedari lelaki itu juga sedang merenung wajahnya. Alamak... terasa malu pula. Kemudian dia memandang ke arah rakan-rakannya, meminta pandangan mereka Apalah kau ni, Sheila. Dah ada orang berkenan pun kau tak nak. Cakap sajalah nama kau tu. Lepas tu, kau tanyalah nama dia pula. Macam tu barulah syok sikit, cadang Atin penuh bersemangat walaupun dengan cara berbisik. Pandailah kau cakap ya! Nanti kalau aku beritahu, dia ingat aku suka kat dia pula. Tak naklah! bantah Sheila. Dia tidak bersetuju. Atin dan mereka yang lain hanya mengangkat bahu mendengar kata-kata Sheila. Namun, Eika tidak pula memberi sebarang reaksi. Sheila hairan melihat kelakuan sahabat yang paling rapat dengannya itu. Biasanya, Eikalah yang paling sibuk merancang itu dan ini. Dia bertambah terkejut apabila mendapati Eika asyik merenung ke arah Shahirul Hazami sejak tadi. Seolah-olah ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Kenapa agaknya? Tak payahlah! Jom kawan-kawan. Kita pergi sana pula. Maaf ya saudara-saudara sekalian! jerit Sheila kemudian ke arah sekumpulan pemuda tersebut. Dia terus menarik tangan Eika yang masih berkhayal. Eika amat terkejut dengan tindakan Sheila. Dia tidak berpeluang untuk menarik tangannya. Mereka yang lain juga turut mengekori langkah Sheila dan Eika. Shahirul Hazami pula masih termangu-mangu kerana ditinggalkan begitu sahaja oleh Sheila. Soalannya tadi

24

Noraz Ikha

masih belum berjawab. Tidak berapa lama kemudian, Zaini, Am dan Mamat ketawa terbahak-bahak. Spontan dahi Shahirul Hazami berombak kecil. Berkerut. Apa yang korang ketawa-ketawa pula ni? Kelakar sangat ke drama tadi tu? Aku tahulah, aku ni memang tak pandai pikat orang perempuan! ujar Shahirul Hazami. Eh Zami, bukannya kau tak pandai pikat orang perempuan. Tapi, kalau kau nak tahu, budak perempuan yang tadi tu memang susah sikit. Kau tak kenal lagi group dia orang. Ha, nama kumpulan dia orang ialah Group Pengusik, beritahu Mamat. Betul tu, kita orang ni satu sekolah dengan dia orang. Memang dah masak sangatlah dengan perangai group budak-budak tu. Itulah kau, siapa suruh belajar kat sekolah lain? Ha... kan dah melepas! Am seolah-olah berleter. Ni hah, cuba kau tengok cermin. Perhati muka kau dalam-dalam. Dengan rambut besar kau ni, siapalah yang suka? Cuba kau tanggalkan, cadang Am sambil cuba menarik rambut Shahirul Hazami. Hei, apa kau ni! jerit Shahirul Hazami sambil menepis tangan Am. Namun dia terlambat kerana rambut palsu yang dipakainya itu telah terlucut dari kepalanya. Fuh... handsome gilalah! Kalau macam ni, barulah Si Sheila tu buka besar sikit biji mata dia, ujar Zaini sambil ketawa. Apa kau sebut tadi? Sheila? tanya Shahirul Hazami inginkan kepastian. Kenapa? Ha... kau dah jatuh hati kat dia ya? usik Zaini.

25

Ops! Pintu Hatiku

Taklah, apalah kau ni. Aku tanya ajelah! Kenapa? Tak boleh ke? Haah... betul tu! Nama dia Sheila, jelas Mamat. Eh, korang nak tau tak? Dia orang tu pernah malukan aku tau. Masa tu aku lalu kat depan dia orang. Sebenarnya aku cuma nak tengok budak perempuan yang ada tahi lalat kat atas bibir kiri dia tu. Alih-alih, aku pula yang kena! Malunya aku, nasib baiklah aku ni bijak sikit. Cepatcepat aku cari alasan nak pergi dari situ. Huh... taubat aku! cerita Zaini bersungguh-sungguh. Shahirul Hazami mendengarnya dengan khusyuk. Tiba-tiba mereka ketawa serentak. Zaini mengerut kening kehairanan. Apesal korang ketawa pula? Aku rasa cerita aku ni tak kelakar pun! Hei... siapa budak perempuan yang ada tahi lalat kat atas bibir kiri dia tu? Kawan Sheila tu ke? tanya Shahirul Hazami kurang sabar. Yalah! Pendek sahaja jawapannya. Eh, setahu akulah, kau tukan juara perancang. Lagi-lagi pasal mengurat. Macam mana boleh jadi macam ni pula? Aduh, rosak... rosak! soal Am dalam nada tawa yang masih bersisa. Korang janganlah ketawakan aku. Sebenarnya aku cuma pandai merancang aje. Tapi, lidah aku ni kelu bila dah berhadapan dengan orangnya. Aku peliklah, mulut aku ni ada kunci ke? Sempat lagi Zaini bergurau walaupun sedang bercerita. Memang ada, kunci yang tidak boleh dilihat. Lepas tu apa yang berlaku?

26

Noraz Ikha

Apa lagi, kena gelak sakanlah aku. Malu beb! Geram betul! luah Zaini lagi disambut dengan deraian ketawa rakan-rakannya. Zami, baru aku perasan... muka kau ni sebiji sama macam Kimi ya? Ucap Mamat tiba-tiba. Sebiji? Kenapa tak dua biji ke... tiga biji ke? Nama pun adik-beradik. Apalah kau ni. Dah, meh sini rambut palsu aku tu! Laju tangan Shahirul Hazami merampas rambut palsu kesayangannya.

27

Ops! Pintu Hatiku

ENAPA kau tak nak bagitau nama kau tadi, Sheila? Rugi tau... tanya Sue sebaik sahaja mereka duduk di sebuah pondok selepas meninggalkan geng Shahirul Hazami. Malaslah! Bukannya aku kenal dia pun. Tengok pada rambut besarnya tu aje, aku dah geli. Inikan pula nak berkenalan. Eee... tak payahlah! jawab Sheila yang geligeleman. Entah-entah malaun yang lagi tiga orang tu dah cakap siapa nama kau. Cuma sengaja dia buat-buat tak tahu. Biasalah, lelaki! balas Lizz. Ya tak ya juga! Lagi-lagi Si Am pakwe Si Eida tu. Dia tu memang banyak mulut, sampuk Atin pula. Hei.... sejak bila pula budak banyak mulut tu jadi pakwe aku? Meluat sungguh aku tengok muka sepuluh sen dia tu, rungut Eida. Kau jangan cakap macam tu, Eida. Silap- silap hari bulan, dia tu jadi suami kau nanti. Ha... tak terkata apa dah

Bab 5
K

28

Noraz Ikha

kau masa tu! Ha ha ha! usik Sheila tidak mahu ketinggalan daripada menyakat Eida. Eee... tak kuasa den! Lizz... kau pula, jangan lepaskan Si Zaini tu. Yalah, jejaka idaman hati kau! Tiba-tiba Sue mengusik Lizz. Eh, tadi korang kenakan Sheila. Lepas tu Eida. Sekarang ni aku pula? Korang jangan. Sekali aku belasah kang... melayang sampai ke Bangladesh. Nak? ugut Lizz. Amboi, garangnya mak nenek ni! balas Atin. Lizz menjegilkan matanya. Eh... Eika, kenapa kau diam aje ni? Kau tak gembira ke? tegur Sheila. Sejak mereka meninggalkan geng Shahirul Hazami, baru kini Sheila menegur Eika. Sheila tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan sahabatnya itu. Dia tidak pernah melihat Eika diam seribu bahasa. Ha? Eh, tak ada la. Aku nampak macam tak gembira ke? Tak perasanlah pula. Aku gembira apa ni. He he he! Eika pura-pura ketawa. Cuba berlagak biasa. Sheila memandangnya dengan penuh makna tersirat. Sheila dan Eika telah berkawan baik sejak dari tadika lagi. Mereka amat faham akan hati budi masingmasing. Maka itulah Sheila sedar dengan perubahan sikap Eika. Mereka tidak pernah bergaduh. Malahan rumah mereka juga berdekatan. Ini semua mengeratkan lagi ikatan persahabatan mereka. Selain itu, keluarga mereka juga bergaul rapat.

29

Ops! Pintu Hatiku

EIKA berjalan mundar-mandir di anjung rumah. Hatinya resah menunggu kepulangan si adik. Eika telah mengarahkan adiknya itu pergi ke kedai untuk mengambil surat. Menurut kata pemilik kedai tersebut, surat Eika telah tersalah hantar. Sepatutnya surat itu dihantar ke peti surat yang terletak di hadapan rumahnya. Sememangnya Eika sedang menunggu surat daripada seseorang. Jangan tidak percaya, masih ada lagi yang menggunakan surat ketika berhubung di dalam zaman cyber yang canggih kini. Itulah uniknya cita rasa Eika. Hesy... mana pula budak ni pergi? Lambatnya, dia ni ambil surat ke buat surat?! rungut Eika sendirian Tidak berapa lama kemudian, Eddy yang sedang belajar di tingkatan dua itu kelihatan sedang menunggang motosikal menuju ke halaman rumah. Adik lelakinya itu memang sudah pandai menunggang motosikal walaupun baru berusia empat belas tahun. Lesen? Hmmm... sudah pastilah tiada. Umur empat belas tahun tidak layak untuk mengambil lesen memandu. Kalau tertangkap polis, tanggunglah sendiri. Eika pula hanya pandai membonceng motosikal. Pernah juga dia berangan-angan untuk membawa sendiri motosikal yang ada di rumahnya itu. Namun apabila difikirkan kembali, dia berasa takut. Agaknya mahu start enjin sahaja pun tidak hidup-hidup. Angan-angannya itu terbawa-bawa hingga ke alam mimpi. Apa tidaknya, pernah dia bermimpi menunggang sendiri motosikal itu. Namun yang hairannya, enjin motosikal itu mati. Bagaimana motosikal boleh bergerak dengan enjin yang tidak dihidupkan? Dia terus ketawa terbahak-bahak tatkala bangun dari tidur. Teringat-ingat akan mimpinya yang kelakar itu. Kesudahannya, basikal sahajalah yang dia terror bawak.

30

Noraz Ikha

Akak ni sihat ke tak? Ketawa sorang-sorang! sergah Eddy. Opocot! Hesy... Eddy ni suka buat akak terkejut, rungut Eika sambil mengurut dadanya yang berombak kencang. Sorry. He he he! Eddy meminta maaf dengan sengihan kerang busuknya. Kenapa lambat sangat? Ambil surat ke buat surat? Pantas Eika bertanya. Eddy hanya tersenyum-senyum sambil memegang sepucuk surat berwarna merah tua di tangannya. Tadi Eddy tulis surat dulu. Lepas tu Eddy buat sampul surat pula. Sebab tu la Eddy lambat. Sorry ya, kak! Eddy meminta maaf sambil bergurau. Pandailah Eddy nak bodek akak ya! Penat tau akak tunggu kat sini! Eika masih lagi merungut. Eddy ketawa melihat perangai kakak kesayangannya itu. Ala... kakak ni, Eddy dah ambil surat ni pun ucaplah terima kasih. Nanti, kalau Eddy tak nak bagi surat ni kat kakak, baru padan muka! Biar Eddy bagi kat mama, ujar Eddy seolah-olah mengugut kakaknya. Eh... eh... bak sini surat tu! pinta Eika. Tahu takut, nasib baiklah Eddy ni budak baik tau, balas Eddy. Eika hanya mencebikkan bibir. Aduhai.... masuk bakul angkat sendirilah pula budak ni. Eika terus menyambar surat itu dari tangan Eddy. Kemudian dia terus membawa diri ke dalam bilik tidurnya.

31

Ops! Pintu Hatiku

Nur Elliya Shafeika, Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kiranya kehadiran warkah ini telah mengganggu situasi Eika. Sudah pasti Eika tertanya-tanya siapakah saya, bukan? Sebenarnya sejak dahulu lagi saya telah memerhatikan Eika. Namun baru kini saya mendapat peluang untuk menulis surat ini. Kalau Eika nak tahu, sebenarnya saya telah jatuh cinta pada Eika. Saya harap Eika tidak terkejut atau marah dengan pengakuan saya ini. Mungkin ia agak keterlaluan bagi Eika. Sememangnya itulah hakikat sebenar. Ia bukanlah mainan perasaan dalam imaginasi semata-mata. Usahlah Eika berasa sangsi atau takut. Saya seorang yang jujur. Saya sentiasa rasional ketika bertindak dalam apa jua keadaan. Saya tidak mahu Eika rasa ragu-ragu terhadap saya. Saya hanya perlukan secebis kepercayaan daripada Eika. Saya akui, selama ini saya telah banyak mempermainkan perasaan insan bernama wanita. Sehinggalah saya menemui Eika.... Saya mula mengenal erti rindu. Sekali gus saya bertekad untuk tidak akan memalingkan muka ke belakang lagi. Saya ingin memulakan hidup baharu. Bagaimana saya boleh mengenali Eika? Sedangkan Eika tidak pernah mengenali saya.

32

Noraz Ikha

Ha... itu adalah rahsia. Suatu hari nanti, Eika akan tahu juga. So, tunggu...! Okeylah.. setakat ini dahulu coretan saya buat puteri idaman hati ini. Ops... sorry, terjiwang pula. Surat yang terhasil daripada coretan tangan ini akan lebih bermakna apabila dibaca. Tidak perlu e-mel dan tidak perlu SMS. Eika memang unik dan istimewa. Saya akan terus mengutus surat. Dan Eika tidak perlu membalas surat ini mahupun surat-surat yang akan datang. Hairan? Mengapa saya tidak membenarkan Eika membalas surat saya? Seperti yang saya katakan tadi, suatu hari nanti... Eika akan tahu juga. Akhir kata, sambutlah salam mesra penuh kerinduan dan salam perkenalan daripada saya hanya untuk insan yang saya sayangi... Nur Elliya Shafeika. Bye. -PSHPSH? Eika tertanya-tanya siapakah dan apakah maksud huruf PSH itu? Hatinya dihantui oleh perasaan ingin tahu. Entah mengapa, dia begitu mengambil berat akan kehadiran surat yang tidak diundang itu. Isy... apalah aku ni. Entah malaun mana yang hantar surat ni. Entah-entah, orang nak main-mainkan aku kut! Eee... mengacau saja. Memang aku tak ingin pun nak balas surat kau ni. Mengarut saja! getus Eika sedikit berang.

33

Ops! Pintu Hatiku

Ha... Eika! Surat daripada siapa tu? Soalan daripada Datin Sarina yang datang secara tiba-tiba itu memeranjatkan Eika. Dia langsung tidak perasan bila mamanya itu memasuki bilik tidur. Hah? Eh... mama! Kenapa mama terkejutkan Eika? Tadi kalau Eika ada sakit jantung, dah pengsan agaknya, ujar Eika spontan. Hesy kamu ni Eika! Kalau bercakap tu main sedap mulut saja. Cubalah fikir dulu sebelum bercakap. Tak elok cakap macam tu, nasihat Datin Sarina. Sememangnya Datin Sarina amat menyayangi anak-anaknya yang cuma dua orang itu. Eika amat bersyukur dan gembira apabila berada di samping keluarga yang amat memahami. Okey... okey... Eika minta maaf banyak-banyak ya, mama! Oh ya... ada apa-apa yang mama nak beritahu Eika ke? Sengaja Eika menyoal mamanya agar soal surat yang baru diterimanya itu tidak akan ditimbulkan lagi. Manalah tahu, entah-entah rakan Group Pengusik yang cuba nak mengenakan aku. Nantilah korang! Jagalah! Eh, kenapa dengan kamu ni? Mengelamun saja mama tengok. Ada masalah ke? Sekali lamunannya. lagi suara Datin Sarina menyentap

Ah! Tak ada apa-apalah. Apa tadi mama tanya? Hah? Apa kamu ni sakit ke Eika? Mama tak ada tanya apa-apa pun. Hairan Datin Sarina melihat perangai Eika yang seperti orang mamai.

34

Noraz Ikha

Eika tersengih mendengar kata-kata Datin Sarina. Sebenarnya Eika hanya meneka sahaja. Manalah tahu, Datin Sarina ada menanyakan sesuatu semasa dia berkhayal tadi. Sebenarnya mama saje aje masuk bilik kamu ni. Mana surat yang Eddy bawa tadi? Tadi mama nampak ada kat tangan kamu. Berdebar jantung Eika mendengarkan pertanyaan itu. Eika dah simpan tadi. Alah... surat daripada malaun yang Eika sendiri tak kenal. Menyibuk sahaja! Apa kamu cakap tadi? Malaun? Pantas Datin Sarina menyoal. Eh... alamak! Macam mana aku boleh terlepas cakap pula ni? Hesy.... lecehnya! keluh Eika di dalam hati tatkala menyedari keterlanjuran kata-katanya. Errr... malaun? Hah... malaun tu nama kawan Eika mama! Eika terpaksa berbohong. Kenapa pelik betul bunyinya tu? Orang apa? Eh, tak mama. Malaun tu nama gelaran dia aje. Habis tu? Apa nama sebenarnya? Lelaki ke perempuan? Datin Sarina masih tidak berpuas hati. Seperti bertih jagung dia melontarkan soalan demi soalan tanpa sempat dijawab. Pertanyaan Datin Sarina seterusnya itu menyebabkan Eika berfikir panjang untuk mereka-reka cerita. Eika sudah berpuas hati asalkan perkara yang sebenar tidak diketahui oleh mamanya. Perempuanlah mama. Namanya Malauni, sebab tu la dipanggil malaun. Sama dengan sebutan mula-mula nama dia tu, reka Eika.

35

Ops! Pintu Hatiku

Ooo.... pelik-pelik nama budak zaman sekarang ni ya, sahut Datin Sarina kemudian. Eika ketawa di dalam hati. Kelakar pula melihat gelagat mamanya. Entah faham entahkan tidak dengan keterangannya. Semua itu hanya tipu belaka. Dia berazam tidak mahu menipu mamanya lagi. Tipu sunat apa salahnya? Fikir Eika lagi. Kemudian Datin Sarina keluar dari dalam bilik Eika. Eika menarik nafas lega. Perasaannya sedikit terganggu. PSH... masih banyak persoalan mengenainya yang belum terjawab. Dari manakah dia tahu nama dan alamat aku? Diambilnya kembali surat yang telah berkedut seribu akibat mahu mengelak daripada diketahui oleh Datin Sarina sebentar tadi. Dibacanya sepintas lalu untuk kali kedua. Walaupun dia menganggap surat tersebut sebagai satu gangguan, namun hatinya masih tetap mahu membacanya berulang kali. Seakan ada daya penarik untuknya berbuat begitu. Tiba-tiba bayangan rakan-rakannya menjelma kembali. Dia amat berharap ini hanyalah permainan mereka. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu terjebak ke dalam kancah percintaan. Dia berasa gerun apabila mendengar cerita daripada rakan-rakannya yang bercinta telah mengalami kekecewaan. Dia tidak mahu begitu. Jika bercinta pun, biarlah benar-benar bercinta. Bukan dijadikan bahan permainan. Dia benci dengan lelaki yang sewenang-wenangnya menyakiti hati seorang insan bergelar perempuan. Benci sangat!

36

Noraz Ikha

Buat masa sekarang, Eika mahukan kehidupan yang ceria. Kehidupan yang bebas daripada sebarang masalah percintaan. Tiba-tiba Eika teringat Atin dan Eida memang kaki membodek orang. Manakala Sheila, Sue dan Lizz sering pula menyokong mereka. Kalau akulah yang korang nak kenakan... siaplah!

37

Ops! Pintu Hatiku

ARI ini Eika dan Sheila datang awal ke sekolah. Eika tidak sabar menunggu kedatangan Lizz, Sue, Eida dan Atin. Dia mahukan kepastian adakah benar mereka yang menulis surat yang konon-kononnya daripada PSH itu. Tambahan pula surat itu tidak bersetem. Eika sedang berkira-kira apakah bentuk soalan yang akan ditanyakan nanti. Sementara itu, Sheila yang berada di sebelah pula asyik memerhatikan kelakuan Eika sedari tadi lagi. Eh! Apesal kau asyik tengok aku saja ni? Ada apaapa yang tak kena ke? soal Eika. Sheila hanya membalas dengan sengihan. Semakin kuat andaian Eika terhadap mereka. Matanya tepat merenung wajah Sheila dengan penuh keraguan. Tak ada apa-apalah! jawab Sheila acuh tidak acuh sahaja. Berkerut dahi Eika mendengarkannya. Bibirnya mencebik tidak puas hati.

Bab 6
H

38

Noraz Ikha

Mana boleh tak ada apa-apa! Lebih baik kau berterus terang! Betullah. Tapi... aku tengok, kau ni semakin cantiklah! Dah ada pakwe baru ke? tanya Sheila seakan ingin tahu. Tersedak Eika mendengar soalan Sheila yang langsung tidak disangkanya. Bila pulalah aku ada pakwe baru? soal hati Eika sendiri. Hei... mengarut sahajalah kau ni! Terus Eika membantah. Okeylah, kali ni aku betul-betul. Sebenarnya aku hairan tengok kau. Asyik diam aje dari tadi. Selalunya mulut kau tu tak ubah macam mulut murai tercabut ekor. Dah tu, kalau bercakap tak ada noktah. Kau nak kutuk aku ke nak perli aku ni? Dua-dua. He he he... tak ada la, aku gurau aje. Eh, itu pun dia orang dah sampai! jerit Sheila. Jari telunjuknya dihalakan ke arah mereka. Pantas Eika menoleh. Di hujung bangunan kelihatan rakan Group Pengusik yang lain sedang berjalan sambil ketawa riang. Mereka melambai-lambaikan tangan dari jauh. Eika dan Sheila membalasnya. Hei kawan-kawan! Cepatlah sikit! laung Eika tidak sabar apabila mereka sudah semakin hampir. Sebenarnya kau kenapa, Eika? Macam ada sesuatu aje? soal Sheila ingin tahu. Alah... nanti kau tahulah! Lizz berjalan seperti seorang model. Atin pula seakan-akan tomboy. Manakala Sue dan Eida pula berjalan sopan beriringan.

39

Ops! Pintu Hatiku

Apesal pula dengan budak dua ekor tu? Semacam aje, detik hati Atin. Mereka berjalan dengan lebih laju lagi. Hai... assalamualaikum. Waalaikumussalam... marilah duduk sini kejap. Aku ada something nak tanya kat korang ni, ajak Eika. Kenapa? Apa yang kau nak tanya sampai beria-ia sangat ni? soal Lizz. Haahlah, dari jauh lagi korang dah macam panggil-panggil kita orang. Eida pula seperti kurang sabar. Manakala Sue dan Atin pula mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat mereka. Errr... korang ada buat apa-apa tak? tanya Eika memulakan siasatan. Buat apa? Kita orang tak fahamlah. Yalah. Maksud aku, korang ada tak buat rancangan yang aku tak tau? Eika seperti mendesak supaya mereka menjawab soalannya. Tak ada la. Kita orang tak ada buat apa-apa rancangan pun... ujar Sue. Betul tu, kenapa pula kau tanya? soal Eida pula. Kalau dia orang tak buat, siapa pula? Kalau tengok daripada gaya dia orang ni memang macam bukan. Lebih baik aku beritahu perkara sebenar. Manalah tahu, dia orang boleh tolong aku, fikir Eika di dalam hati. Korang jangan main-main tau! Kita orang seriuslah ni! ujar mereka hampir serentak. Kemudian Eika mengeluarkan failnya yang

40

Noraz Ikha

diletakkan di dalam meja. Surat tersebut tersimpan kemas di dalamnya. Perlahan-lahan sepucuk surat dikeluarkan dari dalam fail. Manakala rakan-rakannya yang lain menyaksikan perbuatan Eika dengan penuh minat dan tanda tanya. Perasaan tidak sabar jelas terbayang pada riak wajah rakanrakannya. Dibukanya surat tersebut lipatan demi lipatan. Sengaja dia melambatkan-lambatkan masa untuk melihat reaksi mereka yang disyaki. Eh... eh... suratlah! Surat apa tu Eika? tanya Eida spontan. Sabarlah dulu, tak larinya surat ni, balas Eika acuh tak acuh. Nah, korang bacalah sendiri surat ni. Aku ingat, korang yang tulis. Pantas sahaja mereka menyambar surat tersebut sebaik sahaja Eika menghulurkannya. Kemudian, pelbagai reaksi dipamerkan oleh mereka. Ada yang ketawa, ada yang tersenyum penuh makna, dan tak kurang juga yang mencebik. Mungkin meluat dengan bahasa yang digunakan oleh si penulis. Heee... bestnya kau! Ada juga orang yang nak bagi surat. Aku ni, satu apa pun tak ada. Suara Atin seolah-olah mengeluh. Apa pula? Dia tu lagi ramai pakwe, keliling pinggang, balas Eika. Atin hanya tersenyum simpul mendengarnya. Betul juga, detik Atin di dalam hati. Eika... kau dengar sini ya. Sumpah kita orang tak tulis surat ni. Terpulanglah pada kau sama ada mahu percaya atau tidak, jelas Sheila bersungguh-sungguh. Mereka faham dengan perangai Eika yang tidak begitu mudah mempercayai kata-kata seseorang. Hatinya

41

Ops! Pintu Hatiku

begitu keras hingga sukar dipermainkan. Kerana itulah ramai lelaki yang berputus asa apabila cuba memancing hatinya yang masih belum berpunya. Yalah... aku percaya kat korang, balas Eika. Apa kata kita selidik siapa yang hantar surat ni. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu siapa boyfriend Eika. Setuju? cadang Sue tiba-tiba. Eh... sejak bila pula manusia halimunan ni jadi boyfriend aku hah? Korang ni... janganlah cepat sangat buat andaian! Pandai-pandai aje. Entah-entah cuma orang nak main-mainkan aku aje kut. Siapa tahu? bantah Eika separuh merajuk. Group Pengusik hanya membiarkan Eika merajuk. Mereka langsung tidak risau memandangkan sikap Eika yang sememangnya tidak suka marah-marah atau merajuk. Jika ada pun ia hanya lakonan semata-mata. Eika memang ada bakat lakonan semula jadi. Cuma tidak dikembangkan. Namun demikian, dia begitu gemar menangis. Eloklah tu, boleh bikin gempak dalam lakonan. Eika ni pelik sedikit perangainya. Mana tidaknya, jika orang lain menangis kerana berasa sedih, dia pula menangis kerana berasa geram. Orang lain punyalah sakan menangis kesedihan, dia masih boleh tersenyum lagi. Kelakar tengok riak wajah orang menangis katanya. Suka hati dialah. Asalkan dia bahagia dan yang paling penting... tak menyusahkan sesiapa. Adakalanya rakan-rakannya juga sukar memahami sikap Eika walaupun sudah lama berkawan rapat. Ada masanya, tindakan yang dilakukan oleh Eika di luar jangkaan orang lain. Sudah acap kali mereka menasihatinya. Namun dia buat pekak sahaja. Tetap dengan sikap keras kepalanya yang mengalahkan batu!

42

Noraz Ikha

Lantaklah! Tiba-tiba Eika menjerit membuatkan rakan-rakannya terkejut. Lantaklah apa Eika? Lantak halimunanlah dia nak buat apa pun. Asalkan jangan buat aku marah, sudahlah. Sampai ke lubang semut aku akan cari dia. Tak payahlah korang nak siasatsiasat. Kan dia sendiri dah cakap, suatu masa nanti aku akan tahu juga. Kalau dia betul-betul jujur dan ikhlas, lambat-laun pasti dia akan tunjukkan muka dia juga. Masa tu, bolehlah korang tengok muka dia, handsome ke... tidak ke... muka dia lonjong ke... bulat ke... empat segi ke.... Tegas Eika panjang lebar tetap dengan pendiriannya. Langsung menyangkal cadangan mereka. Masih sempat melawak pula di hujung ucapannya. Mereka yang mendengar tidak mampu berkata apaapa lagi. Hanya membalas kata-kata tersebut dengan gelengan.

43

Ops! Pintu Hatiku

Bab 7
belakang.

AH!!! Abang.... apa abang buat tu??? sergah Hakimi tiba-tiba dari arah

Shahirul Hazami yang sedang khusyuk menatap sekeping gambar amat terperanjat dengan sergahan adik lelakinya nan seorang itu. Cepat-cepat dia menyimpan gambar yang masih tergenggam di telapak tangan. Sementara itu, Hakimi terus galak mentertawakan telatah abangnya. Shahirul Hazami menjegilkan matanya. Terkejut beruk dia dibuatnya. Hei Kimi... apesal kau suka sangat buat abang terkejut hah? marah Shahirul Hazami. Geram juga rasa hati ini. Mana tidaknya... tengah syok merenung gambar buah hati, ada pula yang kacau daun. Hakimi ketawa lagi. Sememangnya dia merupakan seorang pemuda yang ceria dan lucu. Dia amat suka menyakat abang kesayangannya.

44

Noraz Ikha

Ops... Im sorry, brother. Janganlah marah... nanti cepat tua tau! Berkedut sepuluh ribu. Apa orang kata? Kerepot? Nanti susah nak cari girlfriend. Kata-katanya itu menyebabkan Shahirul Hazami turut tertawa. Kelakar melihat gaya Hakimi menutur bicara. Gaya tersendiri. Yalah tu. Lain kali, kalau nak masuk tu ketuklah pintu dulu. Ini tidak, main serbu aje, nasihat Shahirul Hazami. Adiknya hanya tersengih. Ala bang... nikan bilik Kimi juga. Cuba abang tengok tu, semua barang-barang Kimi ada kat sini tau, ujar Hakimi sambil melempar pandang ke arah katil bujangnya. Shahirul Hazami dan Hakimi memang tidak dapat dipisahkan sejak kecil. Malah tidak boleh tidur berasingan bilik. Kebiasaan itu terbawa-bawa hingga kini. Yalah, yalah. Shahirul Hazami mengalah. Begitulah abang... sering mengalah. Tangannya sibuk meraba-raba tempat kertas tadi diselitkan. Aha.... apa abang buat sebelum Kimi datang tadi? Khusyuk betul nampak? Sampaikan Kimi masuk pun abang tak perasan, cungkil Hakimi. Hah??? Errr... tak ada apa-apalah. Abang cuma bosan aje. So, abang menunglah, dalih Shahirul Hazami, cekap mencipta alasan. Mendengarkan alasan Shahirul Hazami itu, Hakimi terus mengerutkan kening. Matanya pula terus merenung tajam wajah kacak Shahirul Hazami. Berkerut dahi Shahirul Hazami dek ditenung begitu.

45

Ops! Pintu Hatiku

Hai, menung ke.. merenung? Oh... abang nak tipu Kimi ya? Abang ingat, mata Kimi ni dah buta ke? Tadi Kimi nampaklah abang buat apa. Abang tengah tenung... Tenung apa hah? Jangan nak pandai-pandai pula! Spontan Shahirul Hazami memotong. Ha ha ha... abang... abang, Kimi tahulah bang. Bagilah Kimi tengok juga. Abang ni... kedekut sangatlah! Sekejap aje... bolehlah bang yek? Pandai sahaja Hakimi memujuk. Kau ni... macam-macamlah! Nak tengok barang orang pun sempat membodek dan mengutuk abang. Kedekutlah... apalah! Okey... okey... Kimi mintak ampun sekali lagi. Abang ni baiklah. Tak kedekut macam orang lain. Sekarang boleh? Ada-ada aje. Okeylah! Pantas sahaja tangan Hakimi menyambar kertas tersebut. Shahirul Hazami mengalah lagi. Terukir satu senyuman puas di bibir insan bernama Hakimi. Memang tiada rahsia di antara mereka. Tiba-tiba terdengar jeritan Datin Seri Rosleenda memanggil anak-anak bujangnya untuk turun menjamah makan malam. Nantilah mama!!! jerit Hakimi dan Shahirul Hazami serentak. Tanpa diduga oleh Hakimi, rupa-rupanya kertas tersebut adalah sekeping gambar. Gambar seorang gadis yang sungguh ayu. Ditenungnya gambar tersebut dengan penuh minat.

46

Noraz Ikha

Shahirul Hazami melambai-lambaikan tangannya di hadapan mata Hakimi apabila mendapati adik kembarnya itu seakan berkhayal. Hei... dah... dah! Kenapa Kimi tenung-tenung gambar ni pula? tanya Shahirul Hazami sambil merampas gambar wanita itu kembali. Hakimi tersentak. Namun selepas itu dia ketawa berdekah-dekah. Shahirul Hazami pelik. Gambar ni boleh buat dia gila ke? Ketawa tak tentu pasal! Okey, okey.... Kimi tahulah itu abang yang punya! Cemburu ke? Ha ha ha! sakat Hakimi. Berkerut kening Shahirul Hazami. Yang kau ketawa macam orang gila tu kenapa? Forget it. Tapi... rasa-rasa la kan, macam kenallah dengan perempuan dalam gambar tu, ujar Hakimi sambil cuba mengingat sesuatu. What? Kau kenal ke? Siapa? Terburu-buru Shahirul Hazami bertanya. Wah.... gabra nampak! usik Hakimi lagi tidak puas-puas. Be serious, okay? marah Shahirul Hazami. Gambar tu macam... Zami!!! Kimi!!! Mari turun makan ni! Cepatlah sikit oiii. Orang dah kebulur ni...! Jeritan Datin Seri Rosleenda bergema sekali lagi. Hakimi tidak jadi meneruskan kata-katanya. Shahirul Hazami sedikit kecewa. Yalah... yalah! Kami turun ni!

47

Ops! Pintu Hatiku

Mereka terus turun ke bawah. Kelihatan Datin Seri Rosleenda dan Nazirah sudah duduk menunggu mereka. Nazirah menjeling kedua-dua abang kandungnya itu. Mereka hanya tersengih seperti kerang busuk. Mama, cuba mama tengok Abang Kimi dengan Abang Zami ni. Asyik tersengih-sengih sahaja. Ni mesti cerita pasal perempuan sampai tak nak turun makan. Selamba sahaja Nazirah menuturkan kata-katanya. Eh... eh... taklah mama. Mana ada macam tu? Nazirah ni pandai-pandai dia aje, dalih Shahirul Hazami pantas. Datin Seri Rosleenda tersenyum melihat telatah anak-anak kesayangannya. Dia sedar kedua-dua anak bujang terunanya itu sudah besar. Sudah pandai bermain cinta. Abang! Baru Kimi ingat. Gambar tu macam Sheilalah! Tiba-tiba sahaja Hakimi bercakap tentang gambar milik Shahirul Hazami tadi. Spontan Shahirul Hazami mengerutkan kening dan menjegilkan mata ke arah Hakimi. Hesy.. celopar betul mulut Hakimi ni! Hakimi berasa hairan. Namun selepas itu dengan pantas dia menekup mulutnya. Tersedar akan keterlanjurannya. Ops! Sorry... luah Hakimi. Abangnya hanya menjeling tajam. Datin Seri Rosleenda dan Nazirah pula saling berpandangan. Hah, apa yang kamu berdua bualkan ni? Gambar? Sheila? Datin Seri Rosleenda pelik.

48

Noraz Ikha

Eh, tak mama.... Sebenarnya mama... kita orang... kita orang cuma main-main saja! Si Kimi la ni, dari tadi entah apa-apa entah yang dia cakap, tak faham betul! Pantas Shahirul Hazami memotong percakapan Hakimi. Takut benar dia jika perkara sebenar diketahui oleh mama dan adik perempuannya. Dia tidak suka hal peribadinya menjadi tajuk perbualan. Aik, kau kenakan aku? Entah apa-apa kau cakap. Nantilah kau... naik nanti, jagalah! Geram Hakimi dibuatnya. Emmm... sedap lauk ni mama. Pandai mama masak, puji Hakimi sambil menjeling abangnya. Shahirul Hazami selamba sahaja. Hakimi semakin berang. Laju sungguh tangannya menyuap lauk ke dalam mulutnya. Mahu cepat habis makan. Cepatlah nanti dia membalas kegeraman yang bertamu. Datin kepala. Manakala Nazirah pula tersenyum penuh makna sambil melirik ke arah kedua-dua abangnya itu. Hakimi dan Shahirul Hazami buat-buat bodoh. Seri Rosleenda menggeleng-gelengkan

49

Ops! Pintu Hatiku

Bab 8
Loceng tamat waktu persekolahan berdering panjang. Para pelajar pantas berlari keluar dari dalam kelas seperti pelajar darjah satu. Ada juga yang berebut-rebut. Entah apa yang dikejarkan sangat. Group Pengusik masih berkumpul di dalam kelas. Sengaja mahu keluar lewat. Sedari tadi lagi Eika asyik memerhatikan tingkahlaku Hakimi yang sedang mengemaskan beg sandangnya. Dia cuba mengingati sesuatu. Wajah Hakimi telah mengingatkannya kepada seseorang. Siapa agaknya ya? Rakan-rakannya pula asyik memerhatikan kelakuannya itu. Mereka hairan. Apa yang tidak kena dengan Hakimi sampai begitu sekali renungan yang Eika pamerkan? Eika, apa yang kau tengok tu? Kenapa dengan Hakimi? soal Lizz. Eika tersentak.

RINGGG!!!!

50

Noraz Ikha

Ah, tak ada apa-apalah! Errr... cuba korang tengok muka Kimi. Aku macam pernah nampaklah. Spontan mereka serentak menoleh ke arah Hakimi. Eh, selama ni mana kau letak mata tajam kau tu? Dia tukan pelajar kelas ni. Jadi ketua lagi tu. Mestilah harihari menghadap muka dia! Apa kena kau ni? balas Eida. Bukan itu maksud aku. Cuba korang tengok dia betul-betul. Macam ada iras wajah seseorang, kata Eika lagi. Aku pun rasa macam tu juga. Alah kau ni pun... kan ada tujuh orang muka yang sama. Lagi-lagi muka macam dia tu, sahut Sheila pula. Bukan.... Kata-kata Eika terus tergantung di situ. Eh, kau ni. Pelik-peliklah. Entah apa-apa entah! Tiba-tiba Hakimi seolah-olah tersedar bahawa dia sedang diperhatikan. Kemudian dia menoleh ke arah Group Pengusik. Sepantas kilat mereka menoleh ke arah lain. Namun Eika tidak sedar. Dia terus merenung wajah Hakimi. Kenapa kau tengok aku macam tu? tanya Hakimi. Pertanyaan itu berjaya mengembalikan Eika ke alam realiti. Dia amat terperanjat dan mahu melarikan pandangan matanya. Namun dia tahu dia sudah terlambat untuk bertindak begitu. Serta-merta dia berasa amat malu dan menyesal. Terbayang kulit wajahnya yang setebal dua inci menahan malu. Hah? Errr... tak... ak... aku... aku cuma tengok stail rambut kau tu aje. Sesuai dengan bentuk muka kau. Cepatcepat dia mencipta alasan. Tak kisahlah walau tergagap-gagap sekalipun. Janji lepas!

51

Ops! Pintu Hatiku

Ya ke? Tapi.... Ah! Sorry Kimi! Aku... aku nak balik dulu. Bye! ujar Eika masih tergagap-gagap. Dia terus melangkah keluar. Rakan-rakannya juga turut mencapai beg masingmasing dan terus mengekori jejak langkah sahabat mereka yang sedang dilanda perasaan malu itu. Sementara itu, di dalam kelas, Hakimi termangumangu sendirian kerana diperlakukan sebegitu. Dia tertanyatanya di dalam hati. Kelakuan Eika sungguh pelik. Selama ini tidak pernah pula dia berbuat begitu kepadanya. Adakah Eika sudah... ah, tak mungkin itu! Ada sesuatu sedang bermainmain di benak fikiran Hakimi. Sesuatu yang membuatkannya risau. Risau rancangannya terjejas. Rancangan yang hanya dia seorang yang tahu. Eika berjalan dengan langkah yang amat laju. Sheila terpaksa berlari-lari anak untuk mengejar Eika. Begitu juga rakan-rakannya yang lain. Kenapa korang tak cakap dengan aku tadi? Sampai hati korang biarkan aku seorang-seorang duk tengok muka dia. Minta-minta dia tak fikir yang bukan-bukan tentang aku, luah Eika sebaik sahaja mereka bersaing. Spontan Sue ketawa. Ha... kita orang sengaja buat macam tu. Manalah tahu, Si Kimi tu boleh jadi pakwe kau! Muka pun handsome. Ramai pula tu yang tergila-gilakan dia. Sure ramai orang jealous punyalah, ujar Sue sambil disokong oleh rakanrakan yang lain. Eika hanya tersenyum sinis mendengarnya. Langsung tidak terfikir akan kebenaran kata-kata yang baru diluahkan oleh Sue. Tidak terlintas sama sekali mahu

52

Noraz Ikha

memenangi hati pemuda yang memang digilai oleh ramai pelajar perempuan itu. Ah, tak mungkinlah! Harap muka sahaja kacak. Sebagai pengawas dan ketua kelas lagi tu. Tapi... perangainya? Huh, masya-Allah! Teman wanita boleh dikatakan keliling pinggang! Heee... budak tu? Kau nak dia jadi pakwe aku? Hai... sorrylah beb. Kalau dah dasar playboy tu playboy juga. Kirim salam ajelah kat dia yek! balas Eika. Kau tak boleh cakap macam tu, Eika. Itu dululah. Sekarang dia bukan lagi playboy tau. Untuk pengetahuan kau, dia dah jadi budak baik, bela Atin. Eika hanya mencebikkan bibirnya. Eleh.... dah insaflah tu kononnya. Eh, yang kau ni asyik nak menangkan dia aje kenapa? Ha... entah-entah kau yang minat kat dia ya, Atin? sindir Eika geram. Atin ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Yalah Atin, kau suka dia ya? Kali ini Lizz pula yang bertanya. Hei... siapa pula kata aku suka dia? Lagipun, aku tengok dia tu asyik pandang tempat Eika aje. Takkan korang tak perasan kut? ujar Atin kemudian. Ha... ha... jangan nak buat cerita pula. Aku benci betul lelaki yang suka mempermainkan perasaan wanita. Silap hari bulan, kena juga penumbuk sulung aku ni ha! bantah Eika sambil mengangkat tangan kanannya. Haah, yalah tu. Sekarang bolehlah cakap. Silap hari bulan juga, Si Hakimi tu jadi suami kau. Baru kau tahu! balas Atin lagi. Mana kau tahu?

53

Ops! Pintu Hatiku

I knowlah! Hesy... sudah-sudahlah tu! Asyik bertikam lidah saja korang ni, lerai Eida. Akhirnya mereka berpisah di hadapan pagar sekolah. Kini tinggal Eika dan Sheila sahaja. Eika menoleh ke arah Sheila di sebelahnya. Dia sedar bahawa teman karibnya itu asyik membisu sahaja dari tadi. Ada apa-apa yang tak kena ke, Sheila? tegur Eika tidak lama kemudian. Sahabat Eika yang seorang ni memang sukar untuk meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya. Dia begitu perahsia. Mujur Eika pandai mencungkil rahsia. Goreng sana, goreng sini... keluarlah isi hati Sheila itu. Semuanya okey, kau janganlah risau. Cuma mulut aku ni penatlah asyik bercakap sahaja. Sebab tu aku diam. Sheila mencipta alasan. Sheila, kau tak sepatutnya... Okey, okey... cukup. Aku tahu kau pun perasan dengan keadaan aku yang senyap aje tadi, kan? Oleh itu, aku dah malas nak dengar pujukan-pujukan kau yang boleh membuatkan aku terkedu. Susah betul aku nak simpan rahsia daripada kau tau. Ada-ada saja taktiknya, potong Sheila. Ha, macam tu la baru kawan sejati, ujar Eika sambil tersenyum nakal. Sebenarnya tadi aku pelik. Apesal kau pandang Kimi semacam aje? Macam nak telan dia hidup-hidup pula, tanya Sheila. Spontan Eika membulatkan matanya. Tidak sangka Sheila sedang berfikir tentang kelakuannya pada Hakimi tadi. Pemuda yang merupakan pelajar paling popular di sekolah.

54

Noraz Ikha

Come on... cakaplah Eika. Aku ada something nak cakap tentang dia ni. Tapi, aku tak pasti sama ada dia ialah orang yang sama atau tidak, kata Sheila separuh mendesak. Sebenarnya... aku rasa, muka Kimi tu macam pernah aku jumpa sebelum ni. Tapi yang pastinya, bukan kat area sini dan aku tak ingat kat mana, luah Eika kemudian. Ha, aku tahu kat mana kau pernah jumpa dia. Ingat tak dulu kita pernah pergi ke Pulau Pangkor? duga Sheila. Pulau Pangkor? Ya... baru aku ingat! jerit Eika tiba-tiba. Muka Kimi macam muka kawan Zaini, Am dan Mamat tukan? Tapi, stail rambut dia tu memang kelakar! Sampai aku kata dia badut, kan? Tapi... tak mungkin Kimi nak pakai rambut palsu macam tu pula, kata Sheila hairan. Ya tak ya juga! Tapi kan... masa tu bukankah Kimi ada aktiviti kat sekolah kita? Macam mana dia boleh ada kat sana pula? ujar Eika pula. Katakanlah, kalau betul Kimi yang ada kat sana kan, kenapa dia tanya siapa nama aku? Siap panggil saudari lagi. Macamlah dia tu tak kenal kita semua. Rakan sekelas dia tau! Tak ke pelik tu? Sheila dan Eika semakin bingung. Eika, dah lama aku nak tanya kau soalan ni. Kenapa perangai kau pelik masa kat Pulau Pangkor dulu? Serius sahaja bunyi pertanyaan Sheila itu. Emmm... sebab aku macam kenal dengan lelaki yang kacau kau dulu. Tapi samar-samar. Aku tak dapat lari daripada memikirkan pasal dia. Aku nak tau sangat siapa dia. Dan sekarang, aku dah faham. Aku memang tak kenal dia.

55

Ops! Pintu Hatiku

Aku yang salah faham... ingatkan Hakimi menyamar jadi orang lain, luah Eika tanpa berselindung lagi. Tersingkap sudah segala membelenggu fikiran Sheila selama ini. persoalan yang

Oh... kau ingat Kimi menyamar. Kalau betul dia menyamar pun, mesti sebab dia nak mengurat kau. Apa kejadahnya dia mengurat aku pula? Bingung Sheila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Eika. Kau percaya tak kalau aku kata... Kimi sebenarnya suka kat kau? Eika cuba menduga sesuatu. Eh... eh... jangan merepek boleh tak, Eika? Sheila menyangkal dakwaan yang telah dibuat oleh Eika. Keningnya berkerut. Betul ni. Aku tak merepek la, Sheila. Andai kata... andai kata Kimi betul-betul suka kat kau. Kau suka kat dia tak? Eika semakin tegas dengan pertanyaannya. Entah apa tujuannya bertanya begitu. Eika, Kimi suka kat kau. Bukan kat aku. Sheila membela diri. Peliklah Eika ini. Kalau aku tak suka dia, kau suka dia tak? Soalan Eika semakin melalut. Kau demam ya, Eika? Sheila menukar tajuk perbualan. Jelaslah bayangan Hakimi sering bermain-main di ruang fikiran Eika. Sikap dan tingkah-laku kau telah berubah. Kau tidak sedarkah? Kau kelihatan risau. Apa yang kau risaukan, Eika? Aku tak ada hati dengan Kimi. Percayalah... Sheila mengeluh di dalam hati. Pon!!! Pon!!! Pon!!! Kedengaran bunyi hon kenderaan yang sangat kuat.

56

Noraz Ikha

Mereka amat terkejut. Terbantut sudah perbualan mereka. Eika kelihatan agak berang. Sheila menoleh ke belakang. Kereta itu amat dikenalinya. Dia mahu memberitahu namun Eika telah membuka mulutnya terlebih dahulu. Menyibuk ajelah bunyi hon tu! Tak boleh tengok orang senang sikit. Jalan ni pun bukannya kecil sangat. Besar lagi. Buta ke? Sekali aku terajang karang, baru dia kenal siapa Nur Elliya Shafeika. Eika terus memarahi tanpa melihat kereta tersebut walau dengan sebelah mata. Sheila hanya menelan liur mendengar kata-kata Eika. Memang dia faham dengan sikap Eika yang tidak suka diganggu. Tambah-tambah lagi jika sedang rancak berbual. Hei, mak cik oiii... jaga sikit mulut kau tu. Ada orang balik rumah jalan kaki karang. Aku tak tanggung. Baru padan dengan muka tu, tegur Sheila. Teguran Sheila itu membuatkan Eika menoleh ke belakang. Alamak... nasib baik tingkap tertutup. Mesti dia tak dengar apa aku cakap tadi. Eika menarik nafas lega. Pemandu di dalam kereta itu kelihatan tersengih memandang Eika. Pantas Eika membalasnya dengan senyuman. Alamak, pemandu aku dah sampailah. Aku balik dululah ya. Kau jangan risaulah, dia takkan berani tinggalkan aku kat sini, katanya yakin. Ha... tahu pun nak balik. Lain kali kutuklah lagi. Dibuatnya dia tinggalkan kau betul-betul. Bagus juga, boleh juga exercise, sindir Sheila. Baiklah nek.... pandai nek bagi nasihat kat cu. Cu janji nek. Cu tak buat lagi ya. Sempat juga dia mengusik Sheila sebelum masuk ke perut kereta mewah milik keluarganya.

57

Ops! Pintu Hatiku

Sheila cuma tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala. Eika... Eika... kaulah sahabat sejatiku. Usah kau ragui keikhlasanku lagi.

58

Noraz Ikha

Bab 9
Telefon di rumah Sheila menjerit-jerit nyaring minta diangkat. Sheila berjalan malas menuju ke meja telefon. Dia terpaksa juga meninggalkan kaca TV yang sedang menyiarkan rancangan kegemarannya. Dia memang tidak gemar apabila aktivitinya itu diganggu. Akhirnya dia mengangkat gagang telefon itu setelah membiarkannya dengan agak lama sebagai cara melepaskan geram. Helo! jawab Sheila dengan suara yang kasar. Helo, Sheila ya? Akulah ni! Siapa??? Masih kasar nada suaranya. Eikalah. Amboi... kasarnya suara kau. Aku ingatkan, minah manalah yang angkat telefon tadi. Ini mesti tengah tengok TV, kan? duga Eika. Dia faham benar dengan sikap Sheila itu. Tahu pun kau, balas Sheila bersahaja. Tidak sekasar tadi.

RING!!! Kring!!! Kring!!!

59

Ops! Pintu Hatiku

Aku nak cakap sesuatu kat kau ni. Nak dengar tak? tanya Eika. Emmm... cakap ajelah. Tadi, aku nampak Sue berjalan dengan seseorang kat Restoran Bayu tau. Amboi, mesra sungguh! beritahu Eika penuh ghairah. Sheila mengerutkan kening. Tertanya-tanya akan kebenaran kata-kata itu. Sheila tahu Eika memang pandai berlakon. Suka sangat mengusik orang. Heh... kau nak main-mainkan aku ya? duganya. Eh taklah, ini cerita betul tau. Kau tak payah risaulah, kali ni aku tak reka cerita dan tak berlakon punya, tegas Eika. Okey, dengan siapa? tanya Sheila ingin tahu. Dengan Reza, jawab Eika laju. Reza mana pula ni? Budak kat kelas sebelah tu ke? teka Sheila. Yalah, siapa lagi! Si badut sarkas tu. Dah dia aje nama Shah Reza kat tingkatan lima nikan, jelas Eika. Betul ke? Sheila masih tidak berpuas hati. Kenapa? Tak percaya ke? Tapi, aku hairanlah. Sue tak ada pula cakap apaapa pasal Reza tu kat kita, tambah Sheila lagi. Pelik dengan perangai kawannya itu. Eika ketawa geli hati. Takkanlah Sheila tak fahamfaham lagi dengan perangai Sue tu. Dia faham, kalau tidak ditanya, bukannya Sue mahu beritahu sendiri. Kalau boleh, biarlah tiada orang yang tahu sampai bila-bila. Tapi yang peliknya, suka pula membongkar rahsia orang.

60

Noraz Ikha

Ai... kau tak faham-faham lagi ke dengan perangai dia tu? Faham. Masalahnya sekarang, aku tak faham dengan perangai kau ni. Kau telefon aku sebab nak cakap pasal ni sahaja ke? ujar Sheila. He he he... sorrylah ya. Sebenarnya aku bosanlah. Tapi apa yang aku cakap tadi tu betul tau, jawab Eika serba salah. Aku dah agak dah. Kau ni mengacau aku saja. Pelik betullah. Perkara yang tak penting, laju sahaja kau beritahu. Kalau perkara yang penting tu, berbuih mulut baru kau nak bercakap. Sheila mengomel. Taklah, aku rasa perkara yang tak penting tu penting juga. Sheila menggaru kepala. Eh, kau ni cakap berbelitbelitlah. Pening aku dengar. Ada apa-apa lagi yang kau nak cakap ke? Tak ada. Okeylah, bye... assalamualaikum. Waalaikumussalam, balas Sheila. Gagang telefon diletakkan. Sheila kembali semula ke sofa tadi. Dia terus menutup suis televisyennya kerana rancangan yang ditontonnya tadi telah pun tamat. Hai... bosannya. Sudahlah aku seorang kat rumah, keluh Sheila sendirian. Kalau tadi aku ajak Eika keluar kan best. Dia pun tengah bosan tu. Eh, aku ni asyik nak berseronok sahaja. Buatlah kerja sekolah! sambung Sheila lagi. Pantas dia berlari-lari anak menuju ke tingkat atas. Ha ha ha... lawaknya!

61

Ops! Pintu Hatiku

Kedengaran suara Sheila ketawa nyaring seorang diri di dalam bilik. Rupa-rupanya dia bukan mengulang kaji pelajaran. Tetapi, komik pula yang ditatapnya. Ding! Dong! Hampir terpelanting komik yang berada di dalam genggaman Sheila dek loceng rumah yang tiba-tiba berbunyi. Segera diletakkan komik tersebut di atas katil. Dia pasti ibunya sudah pulang. Seperti lipas kudung dia berlari ke tingkat bawah. Dia malas mahu mengikut ibu dan ayahnya ke Kelantan untuk mengunjungi saudaranya yang melangsungkan majlis perkahwinan. Tanpa membuang masa Sheila terus membuka pintu. Serta-merta mulutnya terkunci sebaik sahaja pintu rumah terbuka dengan luas. Langsung tidak jadi mahu melaung nama ibunya. Tergamam menerima tetamu yang tidak diundang itu. Tubuhnya kaku, tidak bergerak-gerak seperti patung cendana. Satu petikan jari hadir tepat di hadapan matanya. Dia menggosok-gosok matanya berulang kali. Kemudian dia mencubit pipinya. Takut otaknya silap mentafsir apakah yang sedang terpamer di hadapan mata. Sementara itu, tetamu Sheila yang sedang tercegat itu hanya tersenyum melihat kelakuannya. Assalamualaikum! Sheila terkejut mendengar salam tersebut. Wa... wa... waalaikumussalam! sambut Sheila tergagap-gagap. Errr... awak ni... Hakimi, kan? sambung Sheila sambil memandang tepat ke arahnya. Pemuda itu sedikit terkedu. Mungkin tidak

62

Noraz Ikha

menyangka Sheila akan mengajukan pertanyaan sedemikian rupa. Tak nak jemput saya masuk ke? Saya ada hal nak bincang dengan awak. Dia tidak menjawab soalan Sheila. Malah menukar tajuk perbualan. Oh... ya. Maaf, silakan! pelawa Sheila. Pemuda itu menjenguk ke dalam rumah dahulu sebelum melangkah masuk. Sheila tersenyum melihat gelagatnya. Kemudian mereka duduk di atas sofa yang paling hampir dengan pintu. Mereka dapat dilihat dari luar supaya tidak menimbulkan fitnah. Di dalam hati, Sheila tertanya-tanya, mengapa Hakimi datang ke rumahnya? Apakah perkara yang mahu dibincangkan itu? Penting sangatkah? Nasib baik ibu dan ayahnya tiada di rumah ketika itu. Errr.... Dia tidak jadi mahu bersuara memandangkan pemuda itu juga mempamerkan reaksi yang serupa. Tak apa, awak cakaplah dulu, ujarnya kemudian. Bibirnya terlukis sebuah senyuman. Mungkin geli hati. Sheila sekadar menganggukkan kepala. Dia juga tersenyum agak malu-malu. Dalam pada itu, dia terfikir mengapa Hakimi membahasakan dirinya saya dan memanggilnya awak. Kebiasaannya Hakimi akan menggunakan perkataan aku dan kau. Kenapa awak datang ke rumah saya? tanya Sheila ingin tahu. Serta-merta wajah pemuda itu berubah. Riak wajah yang kelihatan sedikit gelabah itu dapat dilihat oleh Sheila.

63

Ops! Pintu Hatiku

Yang sebenarnya... saya, nak mintak maaf dengan awak. Mintak maaf? Oh... mungkin pasal hari tu masa dekat kelas. Kita orang memang tak patut pandang awak macam itu. Tapi... sepatutnya kita orang yang kena mintak maaf. Bukannya awak, balas Sheila kehairanan. Dia teringat kembali peristiwa rakan-rakannya yang sepakat memandang Hakimi kerana mengikut saranan Eika. Kenapa pula? Setahu saya, sayalah yang bersalah. Nyata sekali pemuda itu juga berasa pelik. Sheila bertambah hairan melihat sikap pemuda yang disangkanya Hakimi itu. Dia tersedar Hakimi seolaholah tidak mengerti apa yang telah diperkatakan olehnya sebentar tadi. Keningnya berkerut seperti sedang berfikir. Tiba-tiba Shahirul Hazami membetulkan kolar kemeja yang dipakainya. Setahu Sheila, Hakimi tidak pernah berbuat seperti itu. Tetapi, Hakimi yang dikenalinya sebelum ini, suka menggaru belakang kepalanya tidak kira di dalam apa jua situasi pun. Malah, tidak pernah dia melihat Hakimi sekemas hari ini. Oh! Maafkan saya. Saya rasa awak ni dah salah faham. Saya sepatutnya memperkenalkan diri saya terlebih dulu, kata pemuda tersebut secara tiba-tiba. Bulat mata Sheila mendengarnya. Memperkenalkan diri? Ya. Sebenarnya, saya bukan.... Kata-katanya terhenti apabila tiba-tiba terdengar satu teguran dari arah pintu. Mereka berdua amat terkejut. Dengan pantas mereka menoleh.

64

Noraz Ikha

Sheila lega apabila mendapati Eika yang tercegat di hadapan pintu rumahnya. Mujur bukan orang dari Badan Pencegah Maksiat. Lagipun inikan waktu siang. Eh, kalau dah duduk berdua-duaan, waktu siang pun boleh kena tangkap, fikir Sheila kemudian. Seram pula dia jadinya. Mulut Eika tersengih memandang Sheila. Namun kemudian dia terkejut tatkala menyedari akan kehadiran Hakimi di dalam rumah tersebut. Sementara itu, Sheila hanya mampu mengetap bibir. Terlalu kerap dia dikejutkan dengan kehadiran Eika yang tidak mahu memberitahunya terlebih dahulu. Tanpa dipelawa Eika masuk ke dalam rumah lalu dia duduk bersebelahan dengan Sheila dan berhadapan dengan pemuda tersebut. Dia terus merenung wajah pemuda di hadapannya tanpa berkelip. Manakala, pemuda itu pula berlagak selamba hingga akhirnya dia berasa serba salah dengan renungan Eika itu. Hoi! Kau nak jadikan dia model ke? Kau ni memang tak tahu malulah! tegur Sheila tiba-tiba. Eika tersentak. Merah padam wajahnya apabila mengenangkan kelakuannya sebentar tadi. Pemuda itu hanya tersenyum ke arahnya. Kelakar juga kawan Sheila ni, desis pemuda itu di dalam hati. Aik, sejak bila pula dia ni pandai senyum dengan aku? Tengok dari segi pakaiannya pula, fuh...! Smart giler. Hampir tergoda aku. Tapi... dia nikan selekeh sikit orangnya, fikir Eika pula. Maaflah ya! Dia memang macam ni perangainya. Jangan ambil hatilah. Sheila meminta maaf bagi pihak Eika. Apesal Sheila sopan sangat bila cakap dengan Kimi?

65

Ops! Pintu Hatiku

Sekali lagi fikiran Eika diserbu persoalan. Pemuda itu hanya menggeleng, menandakan dia tidak ambil hati. Eika menyiku lengan Sheila. Sheila hanya menjeling. Teruskanlah apa yang awak nak cakapkan tadi tu, pinta Sheila kepada pemuda tersebut. Eh... nanti dulu! Apa yang korang tengah bincangkan? Pantas Eika memotong. Eee... kau ni, kacau daun betullah. Kalau kau nak tahu, dengar sahajalah. Kalau tak nak dengar pun, kau pergi dengar radio tu, balas Sheila. Yalah... nak halau akulah tu! Okey tak apa. Sebenarnya, aku pun singgah sekejap aje ni. Mama aku tengah tunggu kat luar tu. Kita orang nak pergi ke kedai. Aku pergi dululah ya. Bye! kata Eika lalu bersalaman dengan Sheila. Kemudian dia terus menonong ke pintu. Sorrylah Sheila, mengacau kau berdua aje! Sempat lagi dia menjerit walaupun sudah berada di luar rumah. Sheila menggeleng perlahan. Dia tahu, pasti Eika sedang membuat andaian yang bukan-bukan terhadap dirinya dengan Hakimi. Walhal, dia sendiri masih tertanya-tanya apakah tujuan sebenar kedatangan lelaki itu. Baiklah, sebenarnya saya nak beritahu awak. Saya ni sebenarnya bukan Hakimi seperti yang awak sangkakan. Sheila tersentak. Awak jangan main-main! Awak nak tukar character ke? Eh, bukan macam tu! Saya betul-betul serious ni. Hakimi tetap Hakimi dan saya tetap saya! tegas pemuda itu.

66

Noraz Ikha

Habis tu, siapa awak? Saya tak mahu awak terus salah sangka. Sebenarnya saya abang kepada Hakimi. Nama saya Shahirul Hazami. Selamat berkenalan, jelas Shahirul Hazami seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Sheila menyambut juga huluran itu walaupun hatinya masih berasa ragu-ragu dengan kemunculan Shahirul Hazami yang secara tiba-tiba itu. Sheila akui, memang terdapat sedikit perbezaan dari segi perwatakan Shahirul Hazami jika dibandingkan dengan Hakimi. Namun dari segi paras rupa, amat sukar untuk dicari perbezaannya. Hari ini Shahirul Hazami tidak mengenakan rambut palsu menyebabkan Sheila sukar membezakan wajah pasangan kembar tersebut. Tapi, muka awak serupa sangat dengan Kimi. Boleh buat orang keliru. Saya pun hampir tertipu kalau awak tak beritahu tadi, luah Sheila. Kami kan adik-beradik, seibu sebapa. hairanlah, kan? balasnya seraya tersenyum manis. Tak

Secara tiba-tiba jantung Sheila berdegup kencang. Dirasakannya senyuman Shahirul Hazami itu amat mempesonakan. Tidak pernah dia berperasaan sebegitu selama ini. Namun dia hanya menyimpan perasaan itu jauh di sudut kalbunya. Sudah menjadi tabiatnya tidak akan meluahkan soal hati kepada orang lain. Awak kenal rakan-rakan Kimi? Sheila bertanya sekadar ingin menguji. Maksud awak Zaini, Am dan Mamat ke? Saya teramatlah kenal dengan mereka tu. Maklumlah, kami dah berkawan sejak dahulu lagi, jelas Shahirul Hazami bersungguh-sungguh.

67

Ops! Pintu Hatiku

Sheila terangguk-angguk mendengar penjelasan tersebut. Shahirul Hazami melemparkan pandangan ke arah perabot dan perhiasan yang ada di sudut ruang tamu itu. Buat seketika dia menjadi kagum. Susun atur perabot dan perhiasannya nampak tersusun dan artistik. Dan gelagatnya itu sedang diperhatikan oleh Sheila dengan teliti. Sheila pantas melarikan matanya apabila Shahirul Hazami mengalihkan pandangan ke arahnya. Baiklah, saya percaya kat awak! Tapi... kenapa awak beritahu semua ni kepada saya? Pertanyaan Sheila itu menyebabkan Shahirul Hazami kelihatan serba salah. Sebab... errr... saya cin... Apa? Maaf, boleh cakap kuat sikit? Teguran Sheila memeranjatkan Shahirul Hazami. Dia tidak sedar, rupa-rupanya suara yang keluar dari kerongkongnya tadi amat perlahan. Maaf, sebabnya saya cuma tak mahu awak keliru di antara saya dengan adik saya. Saya teringin sangat nak berkawan dengan awak. Sebenarnya kita dah selalu juga terserempak bersama. Cuma, mungkin masa tu awak tak kenal saya, bongkar Shahirul Hazami. Terserempak? Ya, pernah sekali tu awak layan saya macam Hakimi, balasnya lagi sambil tertawa kecil. Sheila terkejut. Alangkah malunya jika benar dia telah tersalah orang. Sheila menundukkan kepalanya. Adoiii!!! Sebenarnya, saya... saya sukakan awak! Lancar sahaja pertuturan Shahirul Hazami di akhir ucapannya.

68

Noraz Ikha

Sepantas kilat kepala Sheila terdongak. Terasa seperti di alam mimpi. Benarkah apa yang aku dengar ini? Benar... benarkah dia sukakan aku? Sukar untuk Sheila mempercayainya. Tiada siapa pun di dunia ini yang pernah meluahkan perasaan terhadapnya. Dia tertanya-tanya bagaimanakah Shahirul Hazami boleh mengetahui nama dan alamat rumahnya. Mungkin Hakimi... ah! Biarlah! Melihat keadaan yang semakin dingin itu, Shahirul Hazami cepat-cepat meminta diri. Tiba-tiba terbit perasaan malu di dalam hatinya. Menyesalkah dia kerana membongkar rahsia adik beradik itu? Dan, adakah tidak patut dia meluahkan perasaannya tadi? Mungkin terlalu cepat dan tergesa-gesa. Ah... pening!!!

69

Ops! Pintu Hatiku

Bab 10
AKINYA mula terasa lenguh akibat duduk terlalu lama. Minuman juga sudah hampir habis disedutnya. Sementara hatinya pula terus resah menunggu ketibaan sang puteri yang masih belum mahu menunjukkan wajah. Namun, dia akan tetap menanti dengan penuh kesetiaan. Seorang gadis ayu berbaju kurung biru muda kelihatan tergesa-gesa memasuki restoran terkemuka berkenaan. Langkahnya semakin laju tatkala melihat seorang jejaka handsome masih menunggunya. Assalamualaikum. Maaflah, saya terlambat. Sheila pantas bersuara sambil menarik kerusi di hadapan Shahirul Hazami. Waalaikumussalam... tak apalah. Lagipun tadi, saya terserempak dengan kawan saya. Jadi, taklah rasa bosan di sini. Shahirul Hazami berbohong. Di dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sheila menganggukkan kepala. Dia tersenyum di

70

Noraz Ikha

dalam hati mendengar ucapan tersebut. Sebenarnya kelewatan itu memang disengajakan. Niat di hati mahu menguji sejauh manakah kesabaran Shahirul Hazami. Walaupun Shahirul Hazami berkata demikian, dia tahu pasti Shahirul Hazami telah lama menanti. Lebih bijak, dia juga sedar bahawa Shahirul Hazami telah berbohong. Bagaimana dia tahu? Itu adalah rahsia. Sheila, awak dah beritahu mereka yang saya ni... abang Hakimi? Shahirul Hazami memulakan perbualan. Serta-merta Sheila memandang wajah Shahirul Hazami. Oh... belum lagi. Saya ingat mahu beritahu masa di sekolah esok. Boleh tak awak tolong jangan beritahu mereka? Apa? Mana boleh, antara kami memang tiada rahsia. Lagipun, macam mana kalau mereka ternampak saya keluar dengan awak? Tentu mereka fikir yang saya ni ada hubungan dengan adik awak tu! bantah Sheila. Tidak! Walau apa sekali pun awak tetap tak boleh beritahu. Terutamanya kepada Eika. Shahirul Hazami masih tetap dengan pendiriannya. Awak... awak kenal Eika? Hai... dah lupa ke saya pernah jumpa dengan dia kat rumah awak dulu? Shahirul Hazami mengingatkan. Oh... maaf! Saya terlupa. Tapi... apa salahnya? Sampai awak bersungguh-sungguh tak mahu saya dedahkan perkara ini? Sheila ingin tahu lebih lanjut. Sebab, ini adalah permintaan daripada Kimi sendiri, jelas Shahirul Hazami jujur. Kenapa permintaan Kimi tu pelik sangat? Saya rasa tak ada salahnya, kan? balasnya.

71

Ops! Pintu Hatiku

Saya sendiri pun tak tahu kenapa dia minta begitu. Tapi, saya rasa mungkin dia ada hati kat Eika kut. Shahirul Hazami cuba serkap jarang. Terbeliak biji mata Sheila mendengarnya. Mahu tergelak pun ada. Kelakar pula rasanya. Awak cakap Kimi suka kat Eika? Ya Allah... awak tahu tak? Eika dengan Si Kimi tu tak boleh berjumpa. Pantang nenek moyang dia orang. Mesti ada sahaja perkara yang nak digaduhkan. Maklumlah, dahulu Kimi tukan playboy! Ops... maaf! Tak apa, saya faham, ujar Shahirul Hazami. Kimi mahu awak berjanji. Boleh, kan? Shahirul Hazami seperti mendesak. Baiklah. Jangan risau, sahut Sheila. Terima kasih.... Sama-sama. Zami, kalau saya nak tanya sikit boleh? Apa salahnya. Apa dia? balas Shahirul Hazami. Awak ke... orang yang saya jumpa kat Pulau Pangkor dulu? Soalan inilah yang telah lama terpendam di fikiran Sheila. Ya, sayalah tu. Dari situlah saya kenal awak. Tapi masa tu, wajah awak betul-betul garang. Sekarang, wajah awak manis macam aiskrim. Shahirul Hazami berseloroh. Isy, awak ni teruk betullah. Ada ke muka manis macam aiskrim? Awak tu pula, masa tu tak ubah macam kumpulan Alleycats, balas Sheila. Terhibur pula rasa hatinya. Sekarang? Sengaja Shahirul Hazami bertanya.

72

Noraz Ikha

Tak nak jawab, sahut Sheila. Minta maaflah. Saya dah terkasar bahasa masa kat sana. Ikhlas Sheila memohon maaf. Tak apa. Saya pun terkasar bahasa juga. Maaf ya. Balas Shahirul Hazami. Sheila tersenyum. Kemudian mereka tertawa serentak. Terimbau kenangan di Pulau Pangkor. Pada mulanya Shahirul Hazami mahu bertanya tentang perasaan Sheila terhadapnya. Namun tiba-tiba dia berasa malu dan sedikit ragu. Dia tidak mahu hubungan persahabatan yang baru terjalin ini terputus sekiranya dia mengungkit soal itu. Sungguh dia tidak sanggup kehilangan Sheila.

EH!!! Kau ni tak faham bahasa Melayu ke? Kalau aku kata tak nak, aku tak naklah! Aku cakap bahasa Jawa karang melopong terus. Nak paksa-paksa orang pula. Menyampah! jerit Eika. Marahnya tidak terkira. Hakimi menelan liur mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut comel Eika. Dia sudah hilang punca. Tidak tahu apa lagi yang patut diperkatakan agar dia mendapat persetujuan daripada gadis degil itu. Ala... bolehlah. Hakimi cuba berbaik lagi. Tak nak! Kau faham tak maksud tak nak? Hei, bukan senang tau nak berpasangan dengan aku. Cuba kau tengok budak-budak perempuan tu. Kalau aku petik sekali aje, sure berduyun-duyun dia orang datang. Apalah kau! Suara Hakimi sedikit tinggi. Kesabarannya semakin menipis. Namun untuk mengalah, tidak sama sekali!

73

Ops! Pintu Hatiku

Amboi-amboi.... Hei, cik abang oi!!! Kau ingat kau tu bagus sangat ke? Eh... kalau kau nak tahu, daripada aku nyanyi dengan kau, lebih baik aku nyanyi dengan beruk tau! Lagi best! balas Eika geram. Hakimi menelan air liur sekali lagi. Matanya terbeliak. Terasa tidak percaya Eika boleh berkata begitu. Selama ini, dialah yang menjadi buruan para gadis. Baru kali ini dia menerima cacian daripada insan bergelar perempuan. Aku dibandingkan dengan beruk? Geramnya! Nanti kau! Aku takkan lepaskan kau, Eika. Suatu hari nanti... kau akan tahu siapa aku. Aku yang telah berubah. Aku yang ingin mengenalimu.... Sempena Hari Kebudayaan, pihak sekolah akan mengadakan pertandingan nyanyian. Hakimi mahu mengambil Eika sebagai pasangan duetnya. Entah mengapa keinginan tersebut begitu tinggi. Tetapi sayang, gadis itu telah menolak dengan sekeras-kerasnya. Group Pengusik juga tidak dapat memujuk Eika. Alasan Eika ialah dia tidak suka kepada Hakimi yang dianggap playboy. Itulah saja yang dikatakannya berulang-ulang sejak dahulu. Pastinya dia tetap membenci lelaki itu walaupun sikap Hakimi tidak lagi seliar dahulu. Kelakuan Hakimi sejak akhir-akhir ini agak berlainan. Seolah-olah cuba memikat Eika. Situasi ini mengingatkan Sheila terhadap kata-kata yang telah diucap oleh Shahirul Hazami sebelum ini. Nampaknya tekaan tersebut memang tepat. Setiap kali ada yang mengatakan bahawa Eika dan Hakimi ialah pasangan yang secocok, Eika hanya mencebikkan bibir tanda meluat. Hakimi tidak faham mengapa Eika begitu

74

Noraz Ikha

membencinya. Dia tercari-cari adakah dia ada membuat kesilapan yang tidak disedari hingga menyinggung perasaan Eika. Namun tiada. Dia tidak pernah menyakiti hati Eika.

KELIHATAN Eika sedang berjalan seorang diri di sebuah pusat membeli-belah. Dia sekadar window shopping sahaja. Pandangan matanya tiba-tiba sahaja menangkap kelibat seseorang yang amat dikenali. Orang itu ialah Hakimi. Cepatcepat dia menyorokkan diri di celah-celah rak barangan sabun. Namun dia terlewat. Lelaki itu telah melihatnya terlebih dahulu. Laju sahaja Hakimi menghayun langkah ke arahnya. Bibirnya menguntum senyuman manis. Eika langsung tidak membalas. Dia sengaja menoleh ke arah lain seolah-olah tidak menyedari akan kehadiran Hakimi. Hakimi tidak mudah patah semangat. Jika abangnya, Shahirul Hazami boleh memikat Sheila, mengapa dia tidak boleh memikat Eika? Sikap Eika yang melayannya dengan kasar membuatkan hatinya meronta agar segera memenangi hati gadis manis tersebut. Selagi Eika terus membenci, selagi itulah dia akan terus mendekati. Hai, seorang saja ke? tegur Hakimi mesra. Eika tidak mempedulikan teguran tersebut. Tangannya terus ligat membelek sabun di hadapannya. Janganlah macam ni. Eika tak suka kat saya ke? tambahnya dengan sopan. Masih mahu mencuba. Meluat sungguh Eika melihat lakonan sopan lelaki itu. Dia memusingkan badan dan berhadapan dengan Hakimi. Mata bertentang mata.

75

Ops! Pintu Hatiku

Ei... pak cik! Tak nampak ke aku seorang saja ni? Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Lagi satu, memang... memang aku tak suka kat kau! Sekarang puas hati? luah Eika. Dia terus berlalu meninggalkan Hakimi yang masih terlopong, terkejut dengan jawapan yang diberikannya tadi. Tidak! Aku tak akan puas hati selagi kau bagi jawapan yang sama macam tu! Kalau kau mampu, berilah sepuluh kelemahan aku yang boleh dijadikan alasan kenapa kau tak suka aku! cabar Hakimi sambil menjerit kuat. Dia tidak peduli lagi dengan anggapan orang lain di sekelilingnya. Janji dia puas. Manakala Eika terus melangkah laju. Tidak kuasa mahu mendengarnya lagi. Langkah Eika itu diiringi oleh ekor mata Hakimi. Hakimi sendiri berasa hairan. Tidak dinafikan memang dia berasal daripada keluarga yang kaya-raya lagi terhormat. Hakimi juga boleh mencari gadis lain yang kaya dan setaraf dengannya. Namun dia tetap menyukai gadis bernama Nur Elliya Shafeika. Semua bermula sejak dia meninggalkan sikap playboynya. Dia sedar mungkin hubungannya dengan Eika akan mendapat tentangan daripada keluarga. Tetapi untuk melepaskan gadis itu tidak sama sekali. Itulah tekadnya yang tidak mungkin akan terhapus begitu sahaja. Hakikatnya Hakimi memang tidak begitu mengenali Eika. Tidak tahu latar belakang keluarga Eika juga. Sikap liarnya selama ini telah menutup kehadiran gadis itu. Hakimi tidak mahu gadis yang menggilai harta bendanya. Dia sudah serik. Gadis-gadis yang mendampinginya selama ini semua materialistik. Kini Hakimi serius mahu menjalin hubungan cinta. Cinta sejati. Masih adakah cinta sejati untukku? Setelah aku insaf berfoya-foya, masih sudikah cinta sejati itu hadir?

76

Noraz Ikha

Eika menarik nafas lega kerana Hakimi tidak mengekorinya lagi. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu apakah perasaannya terhadap Hakimi. Benci? Cinta? Ah, pening! Malas mahu memikirkannya lagi. Dan PSH? Eika begitu ingin tahu siapakah gerangan lelaki misteri tersebut. Sedang Eika berfikir-fikir itulah tiba-tiba dia terserempak sekali lagi dengan Hakimi. Namun penampilannya kali ini sungguh jauh berbeza. Bersih, kemas dan tampak segak. Tidak seperti tadi yang yang kelihatan agak selekeh. Dia berasa hairan. Tidak mungkin Hakimi sempat menukar imej dalam masa yang amat singkat. Kemudian Hakimi melintas di hadapan Eika. Walaupun jarak di antara tempat dia berdiri dengan laluan yang dilalui oleh Hakimi itu tidak jauh, namun Hakimi seperti tidak perasan akan kehadirannya. Hakimi langsung tidak mengendahkan dirinya. Eika berjalan, cuba merapati Hakimi. Hakimi menoleh ke arahnya, namun dia terus berlalu. Langkah Eika terhenti serta-merta. Dia bertambah pelik apabila mendapati lelaki itu seolah-olah langsung tidak mengenalinya. Oh... macam mana Hakimi nak kenal aku? Aku peluk beg sandang ni sampai tertutup muka aku. Tapi, takkan Hakimi tak kenal beg dan baju yang aku pakai? Baru tadi jumpa. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengekori Hakimi. Sesekali Hakimi terhenti dan menoleh ke belakang. Sepantas kilat Eika akan menyorokkan dirinya. Akhirnya mereka sampai di Cyber Restaurant. Eika hanya melihat gerak-geri Hakimi dari jauh. Alangkah terkejutnya Eika apabila terlihat Sheila sedang menyambut ketibaan Hakimi. Bukankah selama ini Sheila suka memperkatakan lelaki itu sebagai pakwe Eika? Mengapa Sheila perlu berjumpa dengan Hakimi secara rahsia? Tiba-

77

Ops! Pintu Hatiku

tiba Eika teringat akan pertemuannya dengan Hakimi semasa berkunjung ke rumah Sheila dahulu. Ops...! Apakah mereka ada hubungan? Adakah Sheila juga cuba mempermainkannya? Eika menggigit bibir. Terbit semacam perasaan tidak senang tiba-tiba. Walaupun dia sering bergaduh dengan Hakimi, namun jauh di sudut hatinya terpendam satu perasaan yang aneh. Amat sukar untuk ditafsirkan. Kerana itulah dia tidak faham dengan perasaannya sendiri. Dan... entah sejak bila dia berasa cemburu dengan pertemuan itu.

78

No. ISBN:- 978-967-5067-72-3 Jumlah muka surat: 392 Harga Runcit:Semenanjung Msia: RM18, Sabah/Sarawak: RM21 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM14, Sabah/Sarawak: RM17 Sinopsis:Eika dan Hakimi merupakan rakan sekelas yang pantang berjumpa. Jika bersua, mereka pasti akan bertekak kerana berpunca daripada kisah silam Hakimi yang tidak disenangi oleh Eika. Timbul keinginan di hati Hakimi untuk memancing

hati Eika kerana Hakimi tertarik dengan sikap dan layanan Eika terhadapnya yang tidak seperti rakan-rakan yang lain. Juga kerana rasa tercabar kerana tidak dipedulikan oleh Eika. Dalam masa yang sama, Eika sering menerima surat misteri daripada PSH yang mengaku menyintai dirinya. Walhal Eika langsung tidak mengenali siapakan PSH itu. Kewujudan Shahirul Hazami sebagai pasangan kembar Hakimi mengundang salah faham di antara Eika dan Sheila berikutan persamaan pada wajah kedua-dua kembar tersebut. Namun pasangan kembar tersebut masih merahsiakan identiti sebenar. Hakimi hanya memperkenalkan Shahirul Hazami sebagai abangnya sahaja dan bukan sebagai kembarnya. Buat pertama kalinya Eika menerima Hakimi sebagai sahabat. Selepas lima tahun mereka dipertemukan kembali. Pertemuan ini menyemarakkan lagi perasaan masing-masing sehingga akhirnya mereka jatuh cinta. Namun, kehadiran Tengku Anis akhirnya berjaya merobohkan benteng kepercayaan Eika terhadap Hakimi. Dengan bantuan seseorang, Tengku Anis merancang untuk menghapuskan Eika agar Eika tidak lagi menjadi penghalang kepada cintanya terhadap Hakimi. Malangnya, rancangan yang diatur oleh Tengku Anis tidak berjalan dengan lancar kerana rancangannya untuk menghapuskan Eika telah membuatkan Hakimi hilang ingatan. Perasaan dendam Tengku Anis bertambah kuat apabila cinta Hakimi kepada Eika terus wujud meskipun telah kehilangan ingatan. Cinta Eika dan Hakimi bertambah mekar. Namun keintiman tersebut membawa keresahan kepada keluarga Eika. Kemunculan Dato Zaiful Anuar dan Datin Alleeya memaksa mereka untuk membongkar rahsia identiti Eika yang telah tersimpan sekian lama.

Dapatkah Eika menerima identiti sebenarnya? Bagaimana pula dengan Tengku Anis? Dapatkah dia memiliki hati Hakimi? Siapa sebenarnya PSH itu? Aku telah jatuh cinta? Oh... indahnya. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan OPS! PINTU HATIKU di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai

  • S&S
    S&S
    Dokumen97 halaman
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Cheese
    Cheese
    Dokumen68 halaman
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KMHB
    KMHB
    Dokumen95 halaman
    KMHB
    kelabk
    100% (1)
  • GK
    GK
    Dokumen88 halaman
    GK
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Dokumen43 halaman
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • Khilaf PDF
    Khilaf PDF
    Dokumen93 halaman
    Khilaf PDF
    Syafiq Rizuan
    Belum ada peringkat
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Dokumen45 halaman
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Kys PDF
    Kys PDF
    Dokumen112 halaman
    Kys PDF
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cerpen
    Cerpen
    Dokumen229 halaman
    Cerpen
    nisascr
    Belum ada peringkat
  • GB
    GB
    Dokumen206 halaman
    GB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Dokumen65 halaman
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • STR
    STR
    Dokumen71 halaman
    STR
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KS
    KS
    Dokumen113 halaman
    KS
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Arghh!!
    Arghh!!
    Dokumen147 halaman
    Arghh!!
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Hot Gimmick BG P2U
    Hot Gimmick BG P2U
    Dokumen362 halaman
    Hot Gimmick BG P2U
    kelabk
    100% (2)
  • BCB PDF
    BCB PDF
    Dokumen53 halaman
    BCB PDF
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • SYKT
    SYKT
    Dokumen104 halaman
    SYKT
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Rettt
    Rettt
    Dokumen92 halaman
    Rettt
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • DJ
    DJ
    Dokumen124 halaman
    DJ
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • QNI Bab1 10
    QNI Bab1 10
    Dokumen43 halaman
    QNI Bab1 10
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HMP
    HMP
    Dokumen163 halaman
    HMP
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • C&amp SII
    C&amp SII
    Dokumen105 halaman
    C&amp SII
    kelabk
    Belum ada peringkat