Anda di halaman 1dari 3

Cantik sungguh si bunga seroja;

Buat hiasan di hari raya.

Marilah sahut seruan negara;

Bangsa mambaca bangsa berjaya.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.Saya


Nur Shazilah binti Sharizaili merupakan murid tingkatan 4 di Sekolah
Menengah Agama Daerah Batang Padang. Sebelum meneruskan bicara
saya,izinkan saya memperkenalkan terlebih dahulu buku yang akan saya
resensikan pada hari ini.Buku yang amat menarik minat saya untuk
membacanya bertajuk Alistair Grim’s Odditorium yang telah dikarang oleh
Gregory Funaro.Beliau merupakan diantara penulis yang amat saya kagumi
selain J.K. Rowling dengan karyanya yang sangat terkenal iaitu Harry
Potter.Gregory Funaro telah dibesarkan di Cranston,Rhode Island.Semasa
beliau masih di bangku persekolahan,beliau telah melibatkan diri dalam dunia
penulisan dengan karya pertamanya iaitu `The Ghost In The Window’.

Buku Alistair Grim’s Odditorium mengisahkan tentang seorang kanak-kanak


lelaki yang bernama Grubb dengan tambahan huruf b dibelakang ejaan
namanya.Dia tidak mengingati keluarga kandungnya dan bagaimana dia boleh
berada di hadapan rumah Encik Smears sewaktu dia masih bayi.Pada awalnya
Encik Smears tidak ingin mengambil Grubb sebagai anak angkatnya walau
bagaimanapun Puan Smears berkata sebaliknya kerana dia menginginkan
seorang anak disebabkan dia tidak dikurniakan anak selama
perkahwinannya.Encik Smears merupakan seorang pencuci cerobong asap
manakala Puan Smears merupakan seorang suri rumah.Sewaktu umur Grubb
masih berumur 6 tahun dia telah kehilangan Puan Smears yang dianggapnya
sebagai seorang ibu.Semenjak hari itu,Grubb telah didera dan dipukul oleh
Encik Smears.Tidak cukup dengan itu,Encik Smears hanya memberikan sedikit
makanan dan menyuruh Grubb untuk tidur di dalam bangsal yang terletak
dibelakang rumahnya bersama seekor keldai miliknya.Semuanya berubah
apabila pada suatu hari Grubb dan Encik Smears mempunyai pekerjaan di
sebuah penginapan.Semasa Grubb sedang membersihkan cerobong asap,dia
dengan tidak sengaja telah mencederakan anak kepada kawan Encik
Smears.Kerana terlampau takut dimahari dan dipukul oleh Encik Smears,dia
telah melarikan diri dengan manaiki kereta kuda milik seorang tetamu misteri
yang menginap di penginapan tersebut yang berama Alistair Grim.Sebelum dia
keluar daripada tempat persembunyiannya,Grubb memeriksa terlebih dahulu
keadaan sekitar supaya dia dapat memastikan bahawa tiada keberadaan Encik
Smears.Alangkah terkejutnya dia bahawa dia berada di suatu tempat yang
sangat asing dari tempat asalnya.Dia dengan tidak sengaja memasuki satu
dunia yang bernama Odditorium.Dia diterima dengan baik oleh semua
penduduk Odditorium kerana mereka merasakan Grubb merupakan orang
yang ganjil dan aneh sama seperti mereka. Encik Grim membenarkan Grubb
untuk berkerja bersamanya dengan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi
oleh Grubb. Selama beberapa tahun Grubb menjadi perintis Encik Grim,dia
telah bertemu dengan bermacam-macam perkara yang aneh seperti jam
tangan bercakap.Selain daripada itu,dia juga didorong oleh satu tenaga biru
yang menyala yang hanya dapat difahami olehnya.Tetapi Grubb dengan tidak
sengaja telah melanggar peraturan dan menyebakannya menarik perhatian
musuh Encik Grim.Odditorium juga turut diserang musuh dan berlakunya
kekacauan.Grubb dibawa kedalam pengembaran yang berbahaya.Hanya dia
sahaja yang mampu mencegah sihir Odditorium jatuh ke tangan yang jahat dan
menyelamatkan keluarganya yang baru.Semasa pengembaraannya,dia
bertemu beberapa orang yang membantunya untuk menyelamatkan
Odditorium.Namun,dia juga bertemu dengan orang yang jahat yang
menginginkan kuasa Odditoria.Pada akhirnya,Grubb berjaya menyelamatkan
Odditorium dan dia telah membuktikan bahawa dia mampu melakukannya.

Itulah penamat bagi buku Alistair Grim’s Odditorium.Grubb yang dahulunya


tidak mampu berbuat apa-apa telah membuktikan kepada semua bahawa
dirinya mampu melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan orang
lain.Pengajaran yang dapat kita perolehi daripada buku ini ialah berani dalam
melakukan sesuatu perkara dan tidak gentar menghadapi cabaran yang
mendatang.Selain daripada itu,ikatan kekeluargaan yang sangat erat walaupun
tiada pertalian darah.Akhir sekali,sifat kasih sayang dan mengambil berat
antara satu sama lain.
Akhir kata,saya berharap supaya amalan membaca ini diterapkan dalam semua
lapisan masyarakat.Membaca merupakan jambatan ilmu.

Kalau ada sumur di ladang;

Boleh saya menumpang mandi.

Kalau ada umur yang panjang;

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian wabillahi taufiq walhidayah wslm w.b.t

Anda mungkin juga menyukai