Anda di halaman 1dari 13

Bahagian A

(40 Markah)

Arahan: Isi tempat kosong dengan betul.

1. Namakan aktiviti penjagaan anak pokok bagi gambar di bawah dan terangkan tujuan
aktiviti tersebut. (8 Markah)

a)
Aktiviti: Membaja
Tujuan: Membekalkan nutrien kepada anak pokok

b)
Aktiviti: Menggembur
Tujuan: - memudahkan akar menyerap air dan nutrient.
- Membaiki perngudaraan tanah
- Memudahkan akar menembusinya

c)
Aktiviti: menyiram
Tujuan: membekalkan air kepada anak pokok

d)
Aktiviti: merumput
Tujuan: mengelakkan persaingan antara anak
pokok dan rumpai

1
2. Gambarajah di bawah menunjukkan sebuah tangki simpanan air di rumah. Namakan
bahagian yang berlabel dan terangkan fungsi bagi setiap bahagian tersebut.(12 Markah)

B
D
C

F E

Bahagian Nama Bahagian Paip Fungsi


Penutup tangki Mengelakkan daripada bendasing atau serangga masuk
A
ke dalam tangki simpanan air
Paip perkhidmatan Menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan
B
pili dapur
Kunci paip Membuka dan menutup aliran air
C
Paip limpah Membenarkan air melimpah keluar dari tangki
D
simpanan
Paip agihan Mengagihkan air dari tangki simpanan air ke
E
kelengkapan perpaipan di rumah.
Paip cuci Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan semasa
F
kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan.

2
3. Lengkapkan jadual di bawah tentang amalan 4M.

Membersih Membersihkan diri dari aspek fizikal dan fikiran

Menyusun Atur Melaksanakan system penyimpanan alatan tangan dan bahan

Menilai Menilai diri sendiri dan tempat kerja

Mendisiplin Mempraktikkan peraturan keselamatan

(4 Markah)

4. Nyatakan kelas alat pemadam api berikut berdasarkan pernyataan yang diberikan.

Debu kering Karbon dioksida Buih Air

Jenis bahan pemadam api Punca api/bahan bakar


Air Memadamkan kebakaran kayu, sampah sarap, plastik dan kain,

Buih Memadamkan kebakaran petrol, minyak, cat, lekar dan gas

Debu kering Memadamkan semua jenis bahan

Karbon dioksida Memadamkan kebakaran petrol, minyak, cat, lekar,peralatan


elektrik dan gas

(4 Markah)

5. Padankan bahagian mesin jahit di bawah dengan fungsinya.

Tuas pemegang benang Gigi penolak Roda imbang


Pelaras penekan jahitan Ceper penegang benang Penekan jahitan
Bahagian Mesin Jahit Fungsi
Roda imbang Mengawal gerakan mesin

Tuas pemegang benang Mengawal tegangan benang

Ceper penegang benang Mengawal ketegangan mata jahitan

Gigi penolak Menolak fabrik semasa menjahit

(6 Markah)

6. Nyatakan kesilapan memesin bagi setiap sebab di bawah

3
Jarum mesin patah Mata jahitan melangkau Benang bawah berkedut
Mata jahitan longgar Kelim berkedut

Kesilapan Sebab

Mata jahitan longgar Tegangan benang atas longgar

Jarum mesin patah Fabrik ditarik dengan kuat arah ke hadapan


mesin

Benang bawah berkedut Tegangan benang bawah ketat

Mata jahitan melangkau Fabrik ditarik semasa menjahit

(4 Markah)

7. Lengkapkan langkah memasang benang atas pada mesin jahit, (2 Markah)

TIANG BENANG

Ceper penegang benang

Tuas pemegang benang dan


ke spring pemegang benang

JARUM

Bahagian B
(20 Markah)

4
Arahan: Jawab semua soalan.

1. Berdasarkan gambarajah aliran perpaipan di bawah, sila jawab soalan – soalan yang
berikut.

Rajah: Aliran Perpaipan

a) Namakan bahan penyambung paip yang terlibat mengikut label A-D. (4 markah)
i) A: Tee sama
ii) B: Soket sama BG
iii) C: Penyuai soket injap
iv) D: siku 90º sama

b) Namakan jenis pili P dan Q di atas. (2 markah)


i) P : Pili berbibir
ii) Q: Pili bertiang

Aminah mendapati air masih menitik-nitik keluar walaupun pili P


c)
telah ditutup dengan ketat.

i) Berdasarkan penyataan di atas, apakah yang menyebabkan air masih menitik keluar
walaupun pili P telah ditutup ketat? (1 markah)
Sesendal telah rosak dan haus

ii) Apakah yang perlu dilakukan oleh Aminah untuk membaiki pili P? (1markah)
menukar sesendal yang baru
d) Jesslyn ingin menggunakan aliran perpaipan pada gambarajah tersebut untuk
mengalirkan air panas dari arah Y ke arah Z. Adakah penggunaan paip tersebut sesuai?
Nyatakan sebab ke atas jawapan anda. (2 markah)
Tidak sesuai kerana paip PVC tidak tahan panas.

5
2. Berdasarkan gambarajah penyenggaraan mesin jahit di bawah, sila jawab soalan-
soalan yang berikut.

Faridah sedang melakukan


penyenggaraan mesin jahit ibunya.

a) Apakah yang disenggara oleh Faridah ? (1 markah)


Menggantikan jaum mesin

b) Apakah nama bahagian mesin jahit yang terlibat dalam penyenggaraan tersebut?
(1 markah)
Skru pemegang jarum

c) Faridah mendapati jarum mesin mudah patah apabila dia menggunakan mesin jahit
tersebut walaupun dia sudah memperbetulkan kedudukan jarum dengan tepat.
Nyatakan dua punca lain yang mungkin penyebab kepada permasalahan tersebut?
(2 markah)
- Fabric ditarik dengan kuat ke arah hadapan mesin
- Sekoci tidak dipasang dengan betul

d) Selain daripada jarum mudah patah, apakah kesilapan-kesilapan memesin yang


mungkin akan berlaku jika jarum tidak dipasang dengan betul? (2 markah)
- Mata jahitan longgar
- Mata jahitan melangkau

e) Berdasarkan penyataan di bawah, sila jawab soalan-soalan yang berikut.

Megat hendak menghasilkan alas dulang untuk diberikan


kepada ibunya sempena Hari Ibu.

6
Apakah jahitan-jahitan yang sesuai digunakan oleh Megat untuk menghias alas
dulangnya? Lakarkan bentuk jahitan tersebut di dalam kotak yang disediakan.
(4markah)

i) ______________________________________________

ii) _______________________________________________

Bahagian C
(30 Markah)

Arahan: Jawab semua soalan

7
1. Apakah tugas yang perlu dilaksanakan oleh formen di dalam bengkel?
A. Memastikan peraturan bengkel dipatuhi oleh murid
B. Memberi arahan tentang kerja amali yang perlu dibuat
C. Menggalakkan penggunaan mesin bagi memudahkan kerja amali
D. Memastikan alatan tangan yang digunakan disimpan ke tempat asalnya

2. Mengapakah murid perlu memakai apron semasa membuat kerja amali?


A. Meningkatkan kekemasan murid
B. Mengikut fesyen di dalam bengkel
C. Melindungi diri daripada kecederaan
D. Mengelakkan pakaian daripada kotor

Mematuhi peraturan bengkel dan menjaga keselamatan.

3. Pernyataan di atas menerangkan salah satu amalan di bengkel, iaitu


A. Menilai
B. Mendisiplin
C. Menyusun atur
D. Membersih

4. Salah seorang rakan anda telah mengalami kemalangan di dalam bengkel ketika sedang
menjalankan kerja amali. Sebagai seorang formen yang bertugas, apakah yang perlu
anda lakukan?
A. Memanggil pegawai perubatan.
B. Melaporkan kejadian kepada guru dengan segera.
C. Melaporkan kejadian kepada pengetua.
D. Membawa rakan anda ke hospital yang berdekatan dengan segera.

5. Alat pemadam kelas X boleh memadamkan kebakaran yang berpunca daripada cecair,
petrol, miyak, cat dan varnish. Kelas X merujuk kepada:
A. Kelas A jenis air.
B. Kelas B jenis buih.
C. Kelas B dan C jenis karbon dioksida.
D. Kelas A,B dan C jenis serbuk kering.

8
X

Rajah 1
6. Apakah fungsi paip X pada tangki simpanan air dalam rajah 1 ?
A. Menyalurkan air yang melimpah
B. Menyalurkan air ke dalam tangki
C. Menyalurkan air keluar ketika tangki dicuci
D. Menyalurkan air kepada kelengkapan perpaipan

7. Apakah jenis paip yang menyalurkan bekalan air dari paip utama ke meter air?
A. Paip agihan
B. Paip limpah
C. Paip perhubungan
D. Paip perkhidmatan

Rajah 2
8. Apakah jenis penyambung yang ditunjukkan dalam rajah 2?
A. Siku 90º sama
B. Soket pengecil
C. Soket penjodoh
D. Siku 90º pengecil

9
Rajah 3
9. Rajah 3 di atas menunjukkan sejenis perangkap. Apakah fungsi bagi bahagian yang
bertanda X?
A. Mencuci perangkap supaya bersih.
B. Mengawal aliran air keluar ke longkang.
C. Memastikan sinki sentiasa bersih dari kotoran.
D. Menghalang serangga daripada masuk ke dalam sinki

Air berterusan melimpah keluar dari tangki simbah


10. Bahagian yang manakah pada tangki simbah perlu dilaraskan mengikut situasi di atas?
A. Tiub sifon
B. Pelampung
C. Injap bebola
D. Injap gegendang

Rajah 4
11. Bahagian Y dalam rajah 4 di atas berfungsi mengawal ketegangan benang. Apakah
nama bahagian itu?
A. Pelaras mata jahitan
B. Tuas pemegang benang
C. Skru pemberhenti jahitan
D. Ceper penegang benang

12. Nyatakan perkara yang perlu dilakukan sebelum memasang benang pada mesin jahit.
A. Laraskan mata jahitan
B. Pegang sekoci dan tarik penguncinya
C. Longgarkan skru pemberhenti jahitan
D. Naikkan penekan jahitan untuk memudahkan pemasangan benang

13. Apakah punca jarum mesin patah semasa menjahit artikel?


A. Mata jahitan longgar.

10
B. Jarum mesin terlalu tajam.
C. Jarum tidak dipasang dengan betul.
D. Fabrik ditolak ke belakang semasa menjahit.

14. Semasa menjahit satu artikel mudah, Ahmad mendapati mata jahitannya longgar .
Bagaimanakah dia menyelesaikan masalah itu?
A. Mengganti jarum yang baru
B. Menarik fabrik semasa menjahit
C. Melaraskan pelaras mata jahitan
D. Membetulkan pemasangan jarum

Rajah 5
15. Apakah proses jahitan yang ditunjukkan dalam rajah 5 di atas?
A. Jahitan rantai
B. Jahitan suji bilang
C. Jahitan insang pari
D. Jahitan silang pangkah

16. Semasa menyediakan keratan batang, daun pada keratan batang keras perlu:
A. Dibuang semuanya.
B. Dibuang bahagian bawah sahaja.
C. Dicelup hormon pengakaran.
D. Dibiarkan sahaja pada keratan batang

17. Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memilih keratan batang?
A. Batang kayu lembut dari pokok bunga raya
B. Batang yang daunnya telah banyak berguguran
C. Batang yang daunnya banyak dimakan serangga
D. Batang yang berdiameter antara 1 cm hingga 1.5 cm

18. Apakah fungsi hormon pengakaran?


A. Membekalkan nutrien

11
B. Menggalakkan pertumbuhan akar
C. Menghalang keratan daripada reput
D. Menggalakkan pertumbuhan daun

19. Apakah fungsi pasir sungai dalam medium penanaman keratan batang?
A. Membaiki PH medium
B. Sebagai sumber nutrien semula jadi
C. Membaiki sistem saliran dan pengudaraan
D. Mengelakkan persaingan pengambilan nutrien antara tanaman dan rumpai

20. Mengapakah anak pokok perlu diubah dari tapak semaian?


A. Untuk mendapat udara segar
B. Untuk menukar mediumnya
C. Untuk memudahkan kerja - kerja membaja
D. Untuk memberi ruang yang lebih luas kepada anak pokok.

Disediakan oleh: Disediakan oleh:

………………………………………. …………………………………….
(Ahmad Syazwan bin Omar) (Pn. Dayang Suryati bt Abang Ibrahim)
Guru Guru
Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup
Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………………………… ………………………………………..
(Pn. Zuhaidah bt. Juhod) (Pn.Noor Azizah Binti Ahmad Murad)
Ketua Panitia Ketua Bidang
Kemahiran Hidup Teknik dan Vokasional

BORANG JAWAPAN BAHAGIAN C

12
1. A 11. D
2. D 12. D
3. B 13. C
4. B 14. D
5. B 15. C
6. C 16. A
7. C 17. D
8. D 18. B
9. D 19. C
10. C 20. D

13

Anda mungkin juga menyukai