Anda di halaman 1dari 15

Bahagian A

1. Apakah fenomena semula jadi?


A Perkara yang dicipta oleh benda hidup
B Perkara yang diperlukan oleh benda hidup
C Perkara yang berlaku dalam alam semula jadi
D Perkara yang berlaku setiap bulan

2. Antara yang berikut, yang manakah bukan langkah dalam penyiasatan saintifik?
A Menulis laporan
B Membuat hipotesis
C Memanipulasikan keputusan
D Membuat tekaan yang bijak

3. Rajah di bawah menunjukkan suatu simbol.

Apakah maksud simbol itu?


A Mudah terbakar
B Merengsa
C Beracun
D Mudah meletup

4. Semua organisma hidup terdiri daripada unit asas. Apakah unit asas bagi organisma hidup.
A Sel
B Organ
C Tisu
D Sistem

5. Rajah di bawah menunjukkan struktur sel tumbuhan.

Antara struktur yang berikut, yang manakah terdapat di dalam sel tumbuhan tetapi tidak terdapat di
dalam sel haiwan
A P dan R
B R dan S
C S dan T
D Q dan T

1
6. Maklumat di bawah menunjukkan peringkat organisasi sel

Sel  Tisu  Organ  Z  Organisma


Apakah contoh bagi Z
A Otak
B Jantung
C Plasma darah
D Peredaran darah

7. Antara yang berikut, yang manakah mikroorganisma unisel


A Ameoba
B Hidra
C Mucor
D Spirogira

8. Antara yang berikut, yang manakah diperlukan untuk proses fotosintesis?


A Sap sel
B Selulosa
C Klorofil
D Kromosom

9. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan jumlah air dalam planet Bumi?
A Biosfera
B Hidrosfera
C Atmosfera
D Geosfera

10. Apakah lapisan utama Bumi?


A Bumi tiada lapisan utama
B Unsur, sebatian dan campuran
C Teras dalam, teras luar, mantel dan kerak
D Air, udara, tanah dan hidupan

11. Rajah di bawah menunjukkan seorang budak perempuan yang menggigil kesejukan

Antara yang berikut, yang manakah tidak akan meningkatkan suhu badan budak perempuan itu
A Memakai baju sejuk
B Menurunkan suhu penghawa dingin
C Menaikkan suhu penghawa dingin
D Merendamkan kaki di dalam air suam

12. Antara yang berikut, yang manakah boleh mengawal atur air dalam tumbuhan
A Resapan
B Transpirasi
C Respirasi
D Fotosintesis

2
13. Antara pernyataan yang berikut, yang manakah menerangkan tentang pembiakan aseks?
A Pembahagian zigot yang sama
B Nukleus daripada dua induk bercantum
C Proses tidak melibatkan cantuman antara dua sel seks
D Dua sel betina dihasilkan di akhir proses

14. Rajah di bawah menunjukkan sistem pembiakan lelaki

Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah menghasilkan sperma?

15. Mengapakah kehamilan tidak berlaku walaupun persenyawaaan telah berlaku?


A Zigot mula membahagi secara berulang kali apabila bergerak ke tiub fallopio
B Hanya satu sperma boleh menembusi ovum semasa persenyawaan
C Embrio perlu menembusi dinding uterus yang menebal
D Embrio tidak mampu menempel dengan kuat pada dinding uterus

16. Di manakah proses persenyawaan biasanya berlaku?


A Serviks
B Tiub Fallopio
C Faraj
D Uterus

17. Rajah dibawah menunjukkan satu pemerhatian yang diperoleh dalam satu eksperimen.

Apakah susunan bagi ketumpatan bahan-bahan di atas secara turutan menurun?


A Besi, air, kayu, polisterin
B Besi, kayu, air, polisterin
C Polisterin, kayu, air, besi
D Air, polisterin, kayu, besi

3
18 Rajah dibawah menunjukkan skala pada tolok skru mikrometer
.

Berapakah bacaan tolok skru mikrometer itu?


A 7.02 mm C 7.52 mm
B 7.03 mm D 7.58 mm

1 Sekeping kaca berjisim 26g, dan isipadunya 10cm3. Hitung ketumpatan kaca ini. Jisim
9 Ketumpatan =
Isipadu

2 Jadual di bawah menunjukkan unit S.I bagi tiga kuantiti fizik.


-3 -3
0 A Kuantiti
36.0 gcmfizik C 0.38
Unit S.I gcm -3
-3
B 2.60
Suhugcm DP 0.26 gcm
Q Meter
Masa R

Antara yang berikut, yang manakah betul?


P Q R
A Meter Jisim Ohm
B Celsius Suhu Volt
C Kilogram Volt Saat
D Kelvin Panjang Saat

Jawapan objektif:
1 C 11 B
2 D 12 B
3 C 13 C
4 A 14 C
5 B 15 D
6 D 16 B
7 A 17 A
8 C 18 C
9 B 19 B
10 C 20 D

Bahagian B
Arahan : Jawab semua soalan

1.
a. Padankan radas makmal berikut dengan fungsinya yang betul.
4
Radas makmal Fungsi

Mengisi cecair atau bahan kimia dalam


kuantiti yang besar

Menyukat isi padu cecair dengan tepat

Memindahkan cecair

Mengisi atau memanaskan bahan kimia


dalam kuantiti yang kecil

[2 markah]

b. Julia dikehendaki mengukur ketebalan seutas tali. Dia diberi dua jenis alat
pengukur seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Alat pengukuran yang manakah harus dipilih oleh Julia? Terangkan jawapan
anda.
Alat pengukuran S. Hal ini kerana alat ini dapat memberi bacaan yang tepat

sehingga 0.01 mm atau 0.001 cm.

[2 markah]

2. Rajah 2 menunjukkan satu situasi yang dialami oleh Adit semasa bercuti di Cameron

Highland.

5
Otak metafsir Mekanisme Suhu badan
pembetulan normal

Berdasarkan rajah di atas, tulis BENAR atau PALSU bagi menerangkan mekanisme
pembetulan yang berlaku dalam tubuh Adit.
Mekanisme pembetulan BENAR/PALSU
1. Kadar metabolisme badan berkurangan. PALSU
2. Bulu roma menegak untuk memerangkap lebih banyak haba BENAR
3. Aktiviti otot rangka berkurang untuk menjana haba PALSU
4. Salur darah di dalam kulit mengecut menyebabkan darah BENAR
kurang mengalir ke permukaan kulit.
[4 markah]

3 (a) Tumbuhan multisel terdiri daripada pelbagai jenis sel. Gariskan jawapan yang betul

dalam kurungan yang disediakan

(i) (sel palisad/ sel epidermis) mengurangkan kehilangan air dan membolehkan

pertukaran gas.

(ii) Sel pengawal mengawal pembukaan dan penutupan stoma untuk membenarkan

gas oksigen, karbon dioksida dan (wap air/ garam mineral) keluar dan masuk

dalam tumbuhan.

[2 markah]

(b) Rajah di bawah menunjukan satu organ di dalam badan manusia

(i) Bulatkan komponen yang meliputi permukaan luar organ tersebut.

Tisu pengawal Tisu epitelium Tisu palisad

6
[1 markah]

(ii) Nyatakan fungsi organ tersebut.

Mengepam darah ke seluruh badan.

[1 markah]

4 (a) Pendebungaan tumbuhan berbunga boleh dilakukan oleh beberapa agen seperti

manusia, haiwan, serangga, air dan angin.

Tandakan () ciri- ciri bunga yang didebungakan oleh angin

i. Mempunyai anter yang kecil


ii. Mempunyai stigma yang panjang dan berbulu 
iii. Butir debunga yang dihasilkan adalah banyak, kecil dan ringan. 
iv. Mempunyai filamen dan stil yang pendek
[2 markah]

(b) Rajah di bawah menunjukkan sejenis pendebungaan.

kurang lebih banyak tinggi rendah


Isi tempat kosong untuk menerangkan pendebungaan yang berlaku dalam rajah di atas.
(i) Tumbuhan baharu yang dihasilkan mempunyai lebih banyak varieti.
(ii) Anak pokok yang dihasilkan mempunyai rintangan yang tinggi terhadap penyakit
dan perosak.
[2 markah]

5. Tandakan () pada pernyataan yang betuk dan (x) pada penyataan yang salah.
i. Imej yang terbentuk dalam kamera lubang jarum adalah x
imej maya.
ii. Semasa gerhana Bulan, bayang- bayang Bumi 
terbentuk di permukaan Bulan.
iii. Kemerahan matahari terbenam adalah disebabkan oleh x
penyebaran cahaya.
iv. Penolakan cahaya berlaku apabila cahaya melalui 
penapis warna yang tertentu.
7
[4 markah]

Bahagian C
6. Imej fetus boleh dilihat melalui imej ultrabunyi. Ultrabunyi diaggap selamat untuk ibu dan fetus.
Rajah di bawah menunjukkan imej fetus yang terbentuk selepas tempoh 12 minggu kelahiran

a) Berdasarkan rajah di atas, fetus berada di dalam cecair. Apakah nama cecair itu?
Bendalir amnion.
[1 markah]
b) Apakah fungsi cecair yang anda namakan di 6(a).
Berfungsi sebagai kusyen untuk menyerap gegaran // mencegah fetus daripada mengalami
kecederaan. *pilih mana- mana dua.
[1 markah]
c) Apakah organ yang menghubungkan fetus dengan uterus ibunya dan bagaimanakah
fetus mendapat makan dan oksigen?
Plasenta. Fetus mendapat makanan dan oksigen daripada plasenta ibunya melalui tali
pusat.
[2 markah]
d) Kemandulan sering kali menjadi masalah kepada pasangan yang baru berkahwin pada
masa ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Adakah benar anggapan sesetengah pihak
bahawa kemandulan hanya berpunca daripada wanita sahaja? Berikan pendapat
anda.
Tidak benar. Lelaki juga boleh mengalami kemandulan seperti testis tidak dapat
menghasilkan sperma atau penghasilan sperma yang sedikit dan tidak berkualiti.
Selain itu, jika seseorang lelaki itu mengalami masalah seperti kencing manis juga
boleh menyebabkan pasangan itu tidak dapat menghasilkan zuriat.
[2 markah]
e) Sepasang suami isteri sudah berkahwin selama 12 tahun, namun masih belum
dikurniakan anak.
i. Dari segi perubatan, apakah andaian anda tentang sebab pasangan suami
isteri tersebut belum dikurniakan anak?
Mungkin kedua- duanya mandul atau salah seorang daripada keduanya
mandul.
[2 markah]

8
ii. Berdasarkan jawapan ada di atas, cadangkan satu kaedah yang boleh
dilakukan oleh pasangan tersebut untuk mengatasi masalah mereka.
Terangkan kebaikan kaedah tersebut.
Melakukan rawatan hormon untuk membantu suami atau isteri.
Menjalani pembedahan untuk menyelesaikan masalah tiub Falopia tersumbat
atau saluran duktus tersumbat.
Menggunakan kaedah in vitro (IVF) untuk mengeluarkan ovum dari ovari isteri
untuk disenyawakan oleh sperma di dalam bekas kaca dan embrio yang
terbentuk akan dimasukkan semula kembali ke dalam uterus isterinya;
pasangan tersebut mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat
zuriat.
[2 markah]

7. a) Pemerhati yang manakah yang akan melihat cahaya matahari kemerahan? Bulatkan
jawapan anda.

[2 markah]

b) Penyataan berikut menerangkan cermin sisi kereta:

“Objek kelihatan lebih dekat daripada jarak sebenar.”

Apakah jenis dan fungsi cermin sisi seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto di bawah.

*cermin sisi kereta

Cermin cekung, berfungsi untuk melihat kenderaan di belakang dengan lebih jelas.
[2 markah]
c) Amylia ingin memasang cermin di setiap sudut kedainya supaya dia boleh melihat setiap
penjuru kedainya dan barangannya tidak dicuri. Dia diberi tiga cermin seperti di bawah.
Cermin manakah yang patut Amylia patut pilih? Berikan alasan.

9
Dia patut memilih cermin R. Cermin R ialah cermin cembung yang boleh meluaskan
kawasan penglihatan.
[2 markah]
d) Salim sedang belajar menangkap ikan dengan menggunakan lembing di sungai.
Walaupun dia telah mencuba untuk merejam ke arah sasaran beberapa kali, dia masih tidak
dapat menangkap ikan. Berdasarkan rajah di bawah, nyatakan fenomena yang berlaku?
Bagaimanakah anda dapat membantu Salim untuk menangkap ikan? Terangkan.
Fenomena pembiasan. Salim perlu tujukan lembingnya pada kedudukan yang lebih
dalam ke arah dasar sungai. Hal ini demikian kerana pembiasan cahaya berlaku
apabila sinaran cahaya daripada ikan bergerak keluar daripada air. Oleh itu, imej
terbentuk lebih hampir kepada permukaan air.
[4 markah]
e) Apakah perbezaan antara imej sahih dengan imej maya?
Imej sahih terbentuk pada skrin manakala imej maya ialah imej yang tidak dapat
terbentuk pada skrin.
[1 markah]

8. Anne ingin membuat jem nanas menggunakan resipi yang diberikan oleh ibunya seperti yang
ditunjukkan di bawah.

Jem nanas

1. kupas kulit nanas dan parut nanas tersebut.

2. kisar nanas menggunakan pengisar.

3. Asingkan jus nanas yang telah dikisar di atas dapur menggunakan api yang sederhana. Tambahkan
gula, garam dan sedikit pewarna kuning.

4. masak serat nanas yang telah dikisar di atas dapur menggunakan api yang sederhana. Tambahkan
gula, garam dan sedikit pewarna kuning.

5. kacau campuran tersebut sehingga menjadi pekat dan melekit.

6. selepas siap, sejukkan jem tersebut dan simpan di dalam peti sejuk.

a) Namakan kaedah pengasingan bahan yang digunakan dalam resipi tersebut.


10
Penurasan
[1 markah]

b) Antara Langkah 1 hingga Langkah 6, yang manakah melibatkan kaedah


pengasingan yang anda namakan di 8(a)?
Langkah 3
[1 markah]

c) Beberapa orang murid telah menyediakan radas seperti rajah di bawah untuk
mengasingkan pasir dan garam. Mereka mendapati campuran tersebut mengambil
masa yang sangat lama untuk dituras. Oleh itu, mereka mengacau campuran dalam
kertas turas tersebut menggunakan rod kaca. Adakah tindakan mereka wajar?
Berikan alasan anda.

Tidak wajar.// Kerana tindakan tersebut hanya menyebabkan kertas turas terkoyak
//kerana kertas turas mudah terkoyak apabila basah.
[3 markah]
d) Lily tidak sengaja telah menumpahkan pasir ke dalam bekas garam. Bagaimanakah
dia dapat mengasingkan garam dan pasir daripada campuran tersebut? Nyatakan
kaedah pengasingan yang patut dilakukan olehnya. Terangkan langkah- langkah
dalam kaedah pengasingan tersebut.

Kaedah penurasan. Langkah pertama larutkan campuran garam dan pasir bersama
air. Kemudian, turas larutan tersebut menggunakan kertas turas. Pasir yang tidak
larut dalam air akan tertinggal pada kertas turas manakala garam yang telah larut
dalam air akan melepasi kertas turas. Akhir sekali, biarkan larutan garam tersebut
tersejat dan meninggalkan hablur garam.
[4 markah]
e) Nyatakan maksud campuran.
Campuran ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur atau sebatian yang
bergabung secara fizikal.
[1 markah]

9. a) Periskop dibina menggunakan dua cermin satah.


Nyatakan ciri- ciri imej yang dapat dilihat oleh pemerhati.
Tegak, maya dan sama saiz

11

[3 markah]
b) Tuliskan warna yang terhasil apabila cahaya berwarna yang berikut dicampurkan.
i. Cahaya merah + Cahaya Biru= magenta
ii. Cahaya biru + Cahaya hijau = sian
[2 markah]

C) Hitung sudut pantulan bagi rajah di bawah.

Sudut pantulan = 90° - 60°

= 30°

[2 markah]
d) Nyatakan komponen warna yang terbias paling banyak dan paling sedikit dalam
fenomena di bawah. Kaitkan fenomena ini dengan kelajuan setiap komponen warna
tersebut.

Cahaya warna merah terbias paling sedikit //kerana lebih laju. Manakala cahaya ungu

terbias dengan paling banyak kerana bergerak dengan //paling perlahan. *MAX 3 poin

[3 markah]
10. Carta pai yang ditunjukkan dalam rajah di bawah menunjukkan komposisi udara.

12
0.97% gas nadir dan lain-
lain seperti wap air, habuk
3rd Qtr dan mikroorganisma.
3%
2nd Qtr
20%

1st Qtr
76%

a) Namakan gas P, Q dan R.


P: Nitrogen

Q: Oksigen

R: Karbon Dioksida

[3 markah]

b) Udara merupakan suatu campuran. Jelaskan.


 Kandungan komponen- komponen dalam udara tidak tetap tetapi boleh berbeza-
beza dari semasa ke semasa.
 Komponen- komponen dalam udara dapat diasingkan dengan menggunakan
kaedah fizik seperti penyulingan berperingkat
 Sifat fizik dan sifat kimia udara adalah sama dengan sifat fizik dan sifat kimia
komponen- komponen dalam udara. *PILIH MANA2 DUA
[2 markah]

c)Rajah di bawah menunjukkan syarat- syarat pembakaran berlaku.

Bahan api Oksigen

P
13
i. Namakan syarat pembakaran P.
Haba.
[1 markah]
ii. Adakah pembakaran akan berlaku jika satu daripada syarat itu tiada?

Tidak berlaku pembakaran

[1 markah]
iii. Nyatakan dua amalan untuk mengelakkan berlakunya kebakaran.

Menyimpan pemetik api di tempat yang selamat, menjauhkan bahan yang mudah

terbakar dari sumber haba.

[2 markah]

11. Baca petikan di bawah.

Jerebu merupakan keadaan atmosfera yang mengandungi zarah, asap, debu dan kelembapan
yang terapung di udara sehingga mengganggu penglihatan. Fenomena ini bukan sahaja dialami
oleh Malaysia tetapi di negara jiran juga. Masalah jerebu berpunca daripada pembakaran hutan
dan tanah gambut berskala besar yang dilakukan oleh sektor pertanian di Kalimantan dan
kawasan-kawasan lain di Indonesia. Jerebu yang melanda kemudian diburukkan lagi oleh
pembakaran daun-daun kering dan sampah sarap secara terbuka yang diamalkan oleh rakyat
Malaysia.

a) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua punca jerebu.


1. Pembakaran hutan dan tanah gambut untuk tujuan pertanian.
2. pembakaran daun-daun kering dan sampah sarap secara terbuka.

[2 markah]

b) Apakah kesan aktiviti manusia tersebut kepada kitar karbon dan kitar oksigen?
Mengurangkan kandungan oksigen dan meningkatkan kandungan karbon dioksida di
atmosfera.
Menganggu kitar semula jadi kitar karbon dan kitar oksigen secara tidak langsung.

[2 markah]
c) Terangkan secara ringkas kesan-kesan jerebu tersebut ke atas kesihatan manusia.
 Pesakit yang menghidapi penyakit peparu, jantung dan asma yang teruk akan
mengalami kesukaran bernafas.
 Menyebabkan kerengsaan mata, kulit, tekak dan hidung bagi individu yang sihat.
 Menyebabkan sakit kepala, pening, keletihan dan stress.
[3 markah]

14
d) Anda dikehendaki mereka cipta satu topeng muka yang boleh digunakan semasa jerebu
dengan menggunakan bahan-bahan berikut.
 Empat helai tisu
 Dua jalur tali kertas tebal
 Sebatang jarum
 Benang

Lakarkan topeng muka tersebut mengikut daya kretiviti anda. Terangkan bagaimana
topeng muka tersebut berfungsi.

Kertas tisu

Jahitan benang Tali kertas

Penerangan:
Pakai topeng tersebut di bahagian muka dan di bawah dagu. Kemudian, laraskannya
supaya menutupi hidung dan mulut bagi mengelakkan habuk memasuki hidung.
Letakkan tali topeng muka pada telinga.

[3 markah]

“KERTAS SOALAN TAMAT”

15

Anda mungkin juga menyukai