Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MEMOHON PERALATAN
KALKULATOR SAINTIFIK
SMK SERI SERATING 2022
1.0 PENGENALAN

Tujuan Pekeliling Penggunaan Kalkulator Saintifik Di Sekolah Menengah Untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Serta Peperiksaan Kebangsaan dikeluarkan
Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan memaklumkan tentang penggunaan kalkulator saintifik dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan di sekolah menengah serta
pemakaiannya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Latar Belakang
Penggunaan Kalkulator Saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah adalah selaras
dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang disemak semula mulai tahun 2002.
Justeru kalkulator saintifik hendaklah digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran

Mata Pelajaran Yang dibenarkan Menggunakan Kalkulator Saintifik


1. Matematik Tambahan bermula tahun 2002 di Tingkatan 4.
2. Matematik bermula tahun 2002 di Tingkatan 4.
3. Matematik bermula tahun 2003 di Tingkatan 2.
Pengajaran dan pembelajaran Matematik di Tingkatan 1 tidak menggunakan kalkulator saintifik.

Syarat Penggunaan Kalkulator Saintifik Dalam Peperiksaan


1. di peringkat SPM mulai tahun 2003 untuk semua kertas soalan kecuali manamana kertas soalan yang
akan dinyatakan kemudian.
2. di peringkat PMR mulai tahun 2004 untuk semua kertas soalan kecuali Matematik kertas 2 dan mana-
mana kertas soalan yang akan dinyatakan kemudian.
Kriterian Penggunaan Kalkulator Dalam Peperiksaan Kebangsaan
1. kecekapan penggunaan kalkulator saintifik bukan perkara yang diuji dalam peperiksaan tetapi merupakan
alat membantu pelajar membuat pengiraan
2. calon tidak dikenakan penalty jika tidak menggunakan kalkulator saintifik atau menggunakan kalkulator
lain yang kurang fungsinya daripada spesifikasi yang ditetapkan
3. ketepatan jawapan tidak bergantung kepada bilangan angka yang diberi oleh kalkulator tetapi bergantung
kepada ketepatan pengiraan yang dibuat oleh calon
4. pemberian markah masih berdasarkan kerja calon yang ditunjukkan atas kerta jawapan serta kecekapan
calon menyelesaikan soalan yang diberi.

2.0 RASIONAL

Dengan adanya sumbangan Kjalkulator Saintifik ini maka pelajar yang kurang mampu khususnya pelajar yatim
dari Rumah Anak Yatim Perkaya dapat meneruskan proses pengajaran dan pembelajarn dalam mata pelajaran
matematik dengan lancar dan baik demi kejayan pelajar..

3.0 OBJEKTIF

Kalkulator Saintifik ini, murid akan dapat;

i. Kalkulator Saintifik dibekalkan untuk kegunaan calon semasa peperiksaan sekiranya diperlukan.

ii. Pengetua sekolah diminta memastikan bahawa setiap murid/pelajar mempunyai kalkulator saintifik
mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam Lampiran 1 untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran
serta peperiksaan.

iii. Murid menggunakan Kalkulator Saintifik semasa pengajaran dan pembelajaran matematik dilaksanakan.
iv. Memudahkan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

4.0 TENAGA PENGAJAR

Tiga orang guru telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah sebgai tenaga pengajar dan seterusnya yang
bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah iaitu Panitia Matematik Sekolah
Menengah Seri Serating.Guru yang dipertanggungjawabkan adalah:

- Pn. Razehan Binti Razali

5.0 MURID YANG TERLIBAT

Murid yang terlibat adalah seramai 30 orang.Murid yang dipilih adalah daripada kelas Tahun 3, Tahun 4 dan
Tahun 5.

6.0 ANGGARAN PERUNTUKKAN YANG DIPERLUKAN

BIL ITEM KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH

1. KAKULATOR SAINTIFIK 30 biji RM80.00 RM 2400.00


FX-150

JUMLAH RM 24000.00
7.0 KESIMPULAN

Dengan adanya sumbangan kakulator saitifik ini maka pengajaran dan pembelajaran Mata pelajaran Matematik
dapat dilaksanakan dengan lancar dan mudah, diharapkan ianya menjadi contoh dan inspirasi kepada orang lain
untuk bersama-sama mengembalikan kegemilangan serta minat mata pelajaran matematik dikalangan pelajar ini
dan dapat divariasi menjadi satu mata pelajaran yang menarik dan menepati kehendak kementerian dalam
sukatan pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

________________________ _______________________

(RAZEHAN BINTI RAZAL ) (MOHAMAD FAUDZI BIN CHIK )

Setiausaha Panitia Matematik Pengetua,


SMK Seri Serating SMK Seri Serating.

Anda mungkin juga menyukai