Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA:

KERTAS KERJA
PROGRAM GOTONG ROYONG KELAS

TEMPOH PELAKSANAAN:
SEBULAN SEKALI
(MINGGU TERAHIR DALAM SETIAP BULAN)

TEMPAT:
BILIK DARJAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANGGI

ANJURAN:
UNIT KEBERSIHAN(3K)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANGGI
1.0 Pendahuluan
Sekolah akan  mengadakan program gotong royong membersihkan kelas .Murid bersama-
sama guru akan membersihkan kelas. Hal ini bertujuan untuk mempertingkatkan kebersihan
serta keceriaan bilik darjah terutamanya cermin tingkap bilik darjah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Banggi.

2.0 Objektif
2.1 Merapatkan silaturrahim diantara guru dan murid SMK Banggi.
2.2 Memberi peluang kepada murid - murid  bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih
optimum.
2.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan bilik darjah serta kawasan sekolah agar
lebih terjamin  keselamatan murid-murid sewaktu belajar.

3.0 Kumpulan Sasaran


Semua warga SMK Banggi, murid-murid dan guru-guru.

4.0 Rasional Menjayakan Program


4.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan bilik darjah di kawasan
sekolah.
4.2 Memberi peluang kepada ibu bapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih
dan harmoni untuk anak-anak belajar.

5.0 Justifikasi
Guru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid dan pekerja menyediakan suasana yang
lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi
menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.

6.0 Lokasi Cadangan


Semua bilik darjah di SMK Banggi.

7.0 Tarikh Perlaksanaan


Pada minggu akhir setiap bulan
Hari Khamis
Masa: Masa Terakhir
8.0 Struktur Organisasi
Pengerusi                 : En Mohd Khuraini Bin Khuzaimah
Timbalan Pengerusi     : En Jukip Bin Yuroy
Naib Pengerusi I         : En Killy Bin Otahlahid
Naib Pengerusi II : En Razman Ramli
Naib Pengerusi III : En Muhammad Syahir B Ghani.
Pengarah program : En Muhammad Zaini Bin Mustapha
Setiausaha               : Cik Noorfadlina Binti Mohd Said
Penolong Setiausaha      : Cik Caroline Jubian
Bendahari                 : En Mohd Zhafrie Bin Asrore
Ahli Jawatankuasa  :
Kawalan dan keselamatan : En Mohd Hanafi Bin Abd Wahib
:En Mohd Yusop Bin Azizan
Fotografi : En Nur Azrin Bin Abdullah
Pengurusan Murid : Guru kelas.

8.0 Tentatif Program :

MASA/KHAMIS AKTIVITI
12.50tgh-1.30ptg Tamat sahaja pembelajaran subjek yang terakhir, pelajar terus
membersihkan kelas masing-masing dengan pemantauan guru
kelas dan pembantu guru kelas.
1.30ptg Semua pelajar dibenarkan pulang.
9.0 Penutup
Program Gotong Royong ini adalah untuk memastikan bilik darjah SMK Banggi sentiasa
dalam keadaan bersih dan ceria. Program ini dapat bergerak dan dilaksanakan dengan
sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari  murid-murid dan guru-guru SMK
Banggi. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah.

Disediakan oleh,                              Disemak Oleh          Diluluskan oleh

…………………………                …………………….          ……………………….

Anda mungkin juga menyukai