Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN DARIPADA

KELAB BOLA BALING H(A) KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG

PERMOHONAN MENGADAKAN PERTANDINGAN SPORT FIGURE CHALLENGE 2021


DI KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TUJUAN 
1. Kertas ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan  Pengarah Kolej
Matrikulasi Pulau Pinang, Kementerian Pendidikan  Malaysia berhubung cadangan
untuk mengadakan pertandingan Sport Figure Challenge yang akan  diadakan
secara atas talian di platform Tiktok untuk tujuan memupuk semangat patriotisme,
semangat kesukanan dan mengasah bakat dalam bidang IT bagi pelajar-pelajar
kolej  matrikulasi.

LATAR BELAKANG 
2. TikTok ialah perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian China dimiliki oleh
ByteDance, sebuah syarikat yang berpangkalan di Beijing yang diasaskan pada
tahun 2012 oleh Zhang Yiming. Ia digunakan untuk membuat tarian pendek, lip-
sync, komedi, dan video bakat. Aplikasi ini dilancarkan pada 2017 untuk iOS dan
Android di pasaran di luar China. ByteDance mula melancarkan Douyin untuk
pasaran China pada September 2016. TikTok dan Douyin adalah sama antara satu
sama lain dan pada dasarnya ialah aplikasi yang sama, tetapi mereka menjalankan
pelayan berasingan untuk mematuhi sekatan penapisan China. Aplikasi ini
membolehkan pengguna membuat video muzik pendek dan lip-sync 3 hingga 15
saat dan video gelung pendek 3 hingga 60 saat. Aplikasi ini popular di Asia, Amerika
Syarikat, dan bahagian lain di dunia. Sport Figure Challenge hanya melibatkan 101
pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang sebagai peserta .Menyedari hakikat ini, 
Bahagian Matrikulasi mengambil inisiatif untuk menganjurkan  program ini bagi: 

i. Memberi peluang kepada para pelajar di Kolej Matrikulasi untuk menjadikan


program ini sebagai satu wadah kepada pelajar untuk memupuk semangat
kesukanan melalui program yang dirancang;
ii. Melahirkan pelajar yang celik IT terutamanya dari segi meyunting video.
iii. Memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar untuk membawa nama
baik negara ke mata dunia dengan menceburi diri dalam bidang kesukanan.

1
ASAS PERTIMBANGAN 
3. Asas pertimbangan permohonan ini adalah seperti berikut:

i. Bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar terlibat dalam program
kokurikulum terutamanya untuk mendapat markah  10% kokurikulum yang
menjadi syarat kelayakan kemasukan  ke IPT ; 
ii. Pelaksanaan program ini adalah selari dengan era globalisasi ini yang
mementingkan kelahiran pelajar yang celik IT bagi pemantapan dan  kemajuan
kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar ; 
iii. Memberi pengalaman dalam mengurus dan mengendalikan  sesuatu
kejohanan/program kepada jawatankuasa dan  memberi pendedahan kepada
pensyarah mengenai  kepegawaian dan kejurulatihan ; dan 
iv. Mengeratkan hubungan silaturrahim dan interaksi positif di  antara pelajar,
tenaga pengajar dan masyarakat setempat

PERINCIAN CADANGAN 
4. Pertandingan video Tiktok berkenaan atlet Malaysia yang dikagumi ini akan
dilaksanakan seperti berikut;

i. Tarikh : 2 – 10 September   (Khamis- Jumaat) 


ii. Tempat : platform Tiktok
iii. Pengelola : Kelab Bola Baling Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
iv. Jawatankuasa : Lampiran 1
v.   Konsep Program : dijalankan secara atas talian
vi. Anggaran  Perbelanjaan : Lampiran 2
vii.   Penyertaan : terhad kepada 101 orang pelajar Kolej Matrikulasi Pulau
Pinang

2
IMPLIKASI/ OUTCOME 
5. Dengan adanya Pertandingan Video Tiktok berkenaan atlet Malaysia yang dikagumi
ini dapat memberi faedah terhadap  beberapa perkara. Antaranya ialah: 

i. Lebih ramai pelajar berpeluang mendapat markah 10%  kokurikulum yang


menjadi syarat kemasukan ke  Universiti Awam (UA) ;
ii.   Aktiviti promosi Program Matrikulasi Kementerian  Pendidikan Malaysia
dapat dijalankan secara tidak  langsung dan lebih meluas kepada pelajar-
pelajar  sekolah menengah dan masyarakat ;
iii.    Lebih ramai pelajar dapat mengembangkan bakat  mereka dan
meningkatkan daya saing serta semangat  kesukanan yang tinggi dalam
kalangan pelajar ;

a) Peruntukan kewangan yang diperlukan untuk pertimbangan dan  kelulusan adalah


berjumlah RM 70.00 (Ringgit Malaysia :  TUJUH PULUH RINGGIT SAHAJA) 

KESIMPULAN 
6. Diharap kertas cadangan ini mendapat kelulusan dari pihak  Pengarah dalam usaha
untuk memastikan lebih ramai pelajar  memperolehi 10% kokurikulum serta
berupaya meningkatkan  potensi diri, pendidikan, kemahiran serta kualiti diri dalam
kalangan  pelajar di kolej matrikulasi disamping mempromosi Program  Matrikulasi
dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan  masyarakat luar. 

ULASAN PEMOHON/ PENYEDIA 


7. Program Pertandingan Sport Figure Challenge yang diadakan secara atas talian ini
perlu  dilaksanakan untuk tujuan memupuk semangat kesukanan , semangat
patriotisme dan mengasah bakat dalam bidang IT bagi pelajar-pelajar kolej
matrikulasi. Di  samping mempromosikan Program Matrikulasi kepada masyarakat 
setempat. 

Nama : NURUL TASNIM BINTI MOHD ROSDI


Jawatan : SETIAUSAHA PROJEK KOKURIKULUM KELAB BOLA BALING
Tarikh : 22 OGOS 2021

3
KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN SPORT FIGURE CHALLENGE 2021 DI KOLEJ
MATRIKULASI PULAU PINANG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SOKONG

TIDAK SOKONG 

ULASAN PENGARAH PROJEK


 

 
( ) Tarikh : 
 

4
KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN SPORT FIGURE CHALLENGE DI KOLEJ
MATRIKULASI PULAU PINANG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LULUS 

TIDAK LULUS 

ULASAN PENSYARAH PENASIHAT

( ) Tarikh :

5
Lampiran 1

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB BOLA BALING H(A)

JAWATANKUASA NAMA TUGASAN

PENGERUSI BATRISYIA DIANA BINTI - Mempengerusikan semua


ZULFIQAR mesyuarat dan
bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua
mesyuarat dan tugasan

NAIB PENGERUSI CHIN YU YUAN - Mempengerusikan


mesyuarat semasa
ketiadaan pengerusi dan
menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang
diberi

SETIAUSAHA NURUL TASNIM BINTI MOHD - Menguruskan hal


ROSDI berkaitan surat-menyurat
- Mencatat minit mesyuarat

NAIB SETIAUSAHA ALEESA RAIHANA BINTI - Membantu setiausaha


RASHIDI menguruskan hal
berkaitan surat-menyurat
- Membantu setiausaha
mencatat minit mesyuarat

BENDAHARI NURUL IMAN BINTI MOHAMED - Bertanggungjawab


HARIS berkenaan semua hal
kewangan

NAIB BENDAHARI KHOO SING CHIH - Bertanggungjawab


membantu bendahari
dalam menguruskan
semua hal kewangan

AJK PENDAFTARAN (i) AISYAH SYAKIRAH - Menyediakan link google


BINTI MUHAMAD form sebagai platform
NASIR untuk peserta melakukan
(ii) NUR HAFIZHA BINTI pendaftaran
MUHAMAD NASIR
AJK TEKNIKAL (i) NUR YASMIN - Mengenal pasti jika
FARHANA BINTI terdapat mana mana
YUSRI peserta yang melakukan
(ii) MUHAMAD AKMAL plagiat
BIN HELMI
(iii) MUHAMMAD LUTFIL
HADI BIN SAFARIN

AJK PROMOSI (i) MUHAMMAD SYAHMI - Menguar-uarkan


IMRAN BIN pertandingan yang

6
MUHAMMAD FARIS diadakan untuk
IRFAN memastikan lebih ramai
(ii) NIK NOR SOLEHAH peserta mengambil
BINTI RAJA DOLLAH bahagian
(iii) WAN NORSAFIYAH
BINTI WAN
MOHAMED SABRI

7
Lampiran 2

PANDUAN PENYEDIAAN BELANJAWAN DALAM KERTAS KERJA

<Anggaran Belanjawan <Sport Figure Challenge>

PENDAPATAN

Sumbangan dari: Guru RM50.00


Penasihat Kelab Bola Baling

Sumbangan dari: wakil Kelab RM20.00


Bola Baling H6T01B
PERBELANJAAN RM/UNIT KUANTIT JUMLAH
I
Sumbangan dari: Guru
penasihat kelab bola baling
dan wakil Kelab Bola Baling
H6T01B
1 Hadiah Pemenang
- Tempat pertama Gift box set E + RM20 + 1 RM24.50
postage RM4.50
- Tempat kedua Gift box set D + RM18 + RM22.50
postage RM4.50
- Tempat ketiga Gift box set C + RM15 +
postage RM4.50 RM19.50

Jumlah RM66.50
Jumlah Pendapatan RM70.00
Jumlah Perbelanjaan RM 66.50

Anda mungkin juga menyukai