Anda di halaman 1dari 16

SET 2

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ASAS


TAKAFUL (TBE)

Peringatan: Contoh Soalan ini adalah untuk tujuan latihan sahaja.


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

1. Di antara berikut yang manakah BUKAN contoh risiko tulen?

A. Kebakaran
B. Banjir
C. Kecurian
D. Menguruskan restoran

2. Di bawah konsep Ad-Deen, asas-asas Islam terbahagi kepada:

I.Muamalat
II. Syariah
III. Aqidah
IV. Akhlaq

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

3. Di antara kontrak berikut, yang manakah digunakan oleh Pengendali Takaful di


Malaysia?

I. Wakalah
II. Mudharabah
III.Musyarakah
IV. Waqaf

A. I
B. I dan II
C. II dan III
D. Semua di atas

4. Apabila seseorang (muwakkil) itu mewakilkan kepada individu (wakil) lain


menjalankan tugas–tugas perniagaan bagi pihaknya, akad ini dipanggil
____________

A. Hibah
B. Aqad
C. Wakalah
D. Tabarru’

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 2 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

5. Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK BENAR?

A. Peril adalah punca utama kerugian.


B. Bahaya akan mempengaruhi hasil kerugian.
C. Risiko adalah ketidakpastian samada sesuatu musibah itu akan menyebabkan
kerugian
D. Bahaya moral boleh ditentukan oleh ciri-ciri fizikal sesuatu risiko.

6. Di antara institusi berikut yang manakah menawarkan produk takaful?

I. Pengendali takaful
II. Syarikat insurans
III. Institusi perbankan yang menjalankan bankatakaful dengan pengendali
takaful
IV. Syarikat amanah saham

A. I
B. I dan III
C. II dan IV
D. Semua di atas

7. Yang manakah di antara pernyataan berikut BENAR berkenaan dana takaful?

I. Pengendali takaful tidak perlu mengasingkan dana Takaful am, dana takaful
keluarga, dan dana pemegang saham.
II. Peruntukan undang-undang berkaitan pengasingan dana adalah dikehendaki
oleh IFSA 2013.
III.Pengendali takaful mestilah menubuhkan dan menyelenggara dana takaful
mengikut kelas setiap perniagaan takaful
IV. Dana takaful tidak wajib diwujudkan oleh pengendali takaful

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

8. Berikut yang manakah BUKAN objektif yang ditetapkan syarak dalam ilmu maqasid Shariah?

A. Melindungi agama
B. Melindungi akal fikiran
C. Melindungi harta benda
D. Melindungi pengetahuan

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 3 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

TAKAFUL BASIC EXAMINATIPON nuary, 2


9. Peserta takaful menderma berdasarkan kontrak ____________.

A. Tabarru’
B. Musyarakah
C. Ta’awun
D. Wakalah

10. Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK BENAR mengenai risiko?

A. Risiko khusus adalah tanggungjawab peribadi.


B. Risiko tulen wujud sekiranya kebarangkalian terjadi kerugian atau tiada
kerugian.
C. Pelaburan di dalam pasaran saham adalah risiko spekulatif.
D. Risiko asas dan spekulatif boleh ditangani dengan mudah oleh
insuran/takaful.

11. Yang manakah di antara berikut adalah Risiko yang boleh dilindungi Takaful?

I. Taufan
II. Pasaran komoditi merudum /jatuh
III.Tsunami
IV. Kemalangan

A. I dan II
B. I dan III
C. II, III dan IV
D. IV sahaja

12. Semua pernyataan berikut adalah BENAR berkenaan konsep takaful, KECUALI

A. Ianya adalah pelan perkongsian keuntungan pelaburan dengan peserta.


B. Ianya bermaksud dana dikumpulkan dari peserta supaya kerugian seseorang
ahli boleh dibayar gantirugi.
C. Ianya berdasarkan konsep saling membantu dan menjamin antara satu sama
lain.
D. Ianya adalah pelan yang hanya memberi keuntungan kepada pengendali
takaful dan pengendali takaful semula.

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 4 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

13. Yang manakah di antara pernyataan berikut adalah tanggungjawab


Jawatankuasa Pengawasan Shariah (SCC)?

I. Mengemukakan laporan tahunan dan sijil perakuan pematuhan syarikat


terhadap keperluan Syariah.
II. Mengaudit dan menyelia aplikasi sebenar amalan operasi kontrak agar ia
selaras dengan semangat dan objektif fatwa.
III. Memberi maklum balas terhadap pertanyaan atau kemusykilan syarikat
berkaitan isu-isu perundangan Islam dalam takaful.
IV. Menentukan pembayaran yang bersesuaian kepada setiap ahli di dalam
Majlis Penasihat Syariah.

A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

14. Majlis Fatwa Kebangsaan menfatwakan jenis insurans yang dijalankan oleh
syarikat insurans adalah transaksi perniagaan yang terbatal. Apakah jenis
insurans yang tersebut?

A. Insurans Kenderaan
B. Insurans Kemalangan Diri
C. Insurans Hartabenda
D. Insurans Hayat

15. Berikut adalah tujuan utama Takaful/Insurans :

I. Memberi perlindungan kewangan dari kerugian


II. Memberi pulangan keuntungan kepada masyarakat
III. Membantu melakukan perancangan kewangan untuk kecemasan
IV. Memaksimakan pulangan pemegang saham syarikat sahaja

A. I, II dan III
B. I, dan III
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

16. Kelebihan takaful adalah seperti berikut KECUALI :

A. Bantuan kewangan kepada yang kurang bernasib baik


B. Tanggungjawab sosial
C. Melakukan kebajikan melalui konsep Tabarru’
D. Manfaat hanya kepada orang Islam

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 5 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

TAKAFUL BASIC EXAMINATIPanuary, 2017


17. Gharar wujud di dalam kontrak insurans bila mana:

I. Kedua-dua pihak yang terikat dengan kontrak insurans tidak tahu secara jelas
apakah sebenarnya kewajipan dan tanggungjawab mereka antara satu sama lain
II. Pihak yang diinsuranskan tidak mengetahui jumlah pampasan yang dibayar
kepadanya sekiranya berlaku kemalangan
III. Syarikat insurans tidak mengetahui bilakah peril/musibah akan berlaku
IV. Premium peserta akan dilaburkan ke pelaburan tidak patuh Syariah

A. II dan III
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

18. Hukum kontrak yang melibatkan maisir adalah:

A. Sah
B. Batal
C. Tidak jelas
D. Tidak diketahui

19. Insurans adalah berdasarkan prinsip _____________ .

A. Pemindahan risiko
B. Pengelakkan risiko
C. Perkongsian risiko
D. Tidak pedulikan risiko

20. Dalam takaful keluarga, bilakah kepentingan boleh lindung MESTI wujud?

A. Ketika kerugian berlaku


B. Sepanjang tempoh perlindungan
C. Pada masa kontrak mula berkuatkuasa sahaja
D. Pada permulaan kontrak dan ketika kerugian berlaku

21. Peril/Musibah yang dilindungi di dalam sijil dikenali sebagai ___________ .

A. peril yang dilindungi


B. peril yang tidak dilindung
C. peril yang tiada perlindungan
D. peril yang terkecuali

22. Antara elemen di bawah, yang manakah BUKAN berkenaan model takaful?

A. Ianya model patuh syariah.


B. Peserta takaful adalah pemilik dana takaful.
C. Ianya berdasarkan kepada operasi perniagaan beretika.
D. Kutipan sumbangan dilaburkan ke dalam equiti konvensional dan Islam.

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 6 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

23. Bergantung kepada model yang digunakan pengendali takaful, sumbangan


peserta dibahagikan seperti berikut KECUALI :

A. Fi Wakalah
B. Akaun Peserta
C. Akaun Tuntutan
D. Akaun Khas Peserta

24. Dalam triti takaful semula, semua jenis risiko yang dipersetujui di dalam
kontrak _________ .

A. dinilai dan ditawarkan atas setiap kes secara berasingan


B. ditawarkan semula selepas penilaian menyeluruh oleh pengendali takaful lain
C. terus diterima oleh pengendali takaful semula
D. dicadangkan sebagai pilihan elektif dengan produk lain

25. Di antara berikut yang manakah Tidak Benar tentang takaful semula?

A. Terbahagi kepada Triti dan Fakultatif


B. Pihak ketiga yang melindungi risiko peserta
C. Tiada hubungan langsung dengan peserta
D. Boleh mengambil tindakan ke atas peserta

26. Perhubungan di antara pengendali takaful semula dan takaful tertakluk


kepada prinsip berikut KECUALI :

A. Peserta asal tiada hak ke atas syarikat takaful semula dalam apa keadaan pun.
B. Sekiranya syarikat retakaful menjadi insolven, syarikat ‘cedant’ tidak
bertanggungjawab ke atas pesertanya di bawah terma dan syarat kontrak.
C. Sekiranya syarikat pemberi menjadi insolven, syarikat retakaful masih
bertanggungjawab di bawah terma dan syarat kontrak.
D. Syarikat retakaful tidak mempunyai hak di dalam kontrak ke atas salah
laku peserta asal.
27. Pengunderaitan takaful adalah proses ____________ .

A.membentuk produk takaful


B.pengkelasan, pengkadaran dan pemilihan risiko
C.memasarkan produk takaful
D.mengeluarkan sijil takaful

28. Ejen yang melakukan promosi dan pemasaran perlu menguasai aktiviti – aktiviti
berikut KECUALI :

A. Penetapan harga
B. Pengetahuan produk
C. Pengetahuan pasaran
D. Teknik pemasaran

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 7 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

29. Ejen Takaful bertindak mewakili __________ manakala Broker Takaful bertindak
mewakili _________ .

A. peserta – pihak ketiga


B. peserta – penyelaras kerugian
C. pengendali takaful – peserta
D. pengendali takaful – pengendali takaful semula

30. Berapa lamakah tempoh bebas melihat /tempoh bertenang?

A. 7 hari dari tarikh sijil dihantar


B. 15 hari dari tarikh sijil dihantar
C. 15 hari dari tarikh sumbangan dilakukan
D. 21 hari dari tarikh sijil dihantar

31. Dua kaedah UTAMA perlindungan perbelanjaan perubatan utama adalah_____________ .

A. deduktibel dan takaful bersama


B. takaful bersama dan bayaran bersama
C. bayaran bersama dan bayaran balik
D. tanpa tunai dan bayaran balik

32. Yang manakah dari pernyataan berikut TIDAK terdapat dalam Pelan Takaful
Perubatan dan Kesihatan?

A.Perbelanjaan pembedahan
B.Kos pergi balik hospital menggunakan pengangkutan persendirian
C.Rawatan kecemasan akibat kemalangan motor
D.Kos sebelum ke hospital

33. Apakah fungsi Pentadbir Pihak Ketiga dalam Takaful Perubatan dan Kesihatan?

A.Sebagai wakil kepada pengendali Takaful, yang bertanggungjawab


menyelesaikan pembayaran balik tuntutan dan tuntutan tanpa tunai.
B. Wakil kepada Hospital Panel, yang bertanggungjawab mendaftar masuk dan
daftar keluar pesakit.
C. Wakil kepada pengendali Takaful, yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil
dan kad takaful perubatan.
D. Wakil kepada pengendali Hospital Panel yang bertanggungjawab
menyelesaikan tuntutan samada bayaran balik atau tanpa tunai.

34. Yang manakah di antara faktor berikut yang TIDAK mempengaruhi


pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan?

A. Kesihatan sekarang dan masa lampau


B. Sejarah perubatan
C. Sejarah keluarga mertua
D. Pekerjaan

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 8 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

35. Kadar mortaliti dan morbiditi secara amnya bertambah apabila ___________ .

A. umur populasi bertambah


B. pendapatan populasi bertambah
C. tempoh panjang diambil untuk sembuh dari kemalangan
D. kejatuhan ekonomi

36. ____________ adalah dokumen yang disediakan oleh pengendali takaful dalam
bentuk soalan – soalan untuk setiap kelas takaful bagi membantu pengendali takaful
mendapat maklumat diperlukan untuk menilai risiko dicadang.

A. Borang cadangan perubatan


B. Borang cadangan
C. Helaian pengunderaitan
D. Borang kenyataan kesihatan

37. Apakah bukti seseorang itu dimasukkan ke hospital yang perlu dihantar dalam
membuat tuntutan perbelanjaan hospital atau perubatan?

A. Kenyataan doktor yang merawat


B. Bil asal penghospitalan dan boring tuntutan
C. Laporan perubatan
D. Surat ringkasan keluar hospital/Discharge Summary

38. Sijil Takaful Keluarga mengandungi maklumat – maklumat berikut, KECUALI :

A. Amaun tuntutan yang telah dibayar


B. Keterangan mengenai perlindungan
C. Syarat - syarat sijil
D. Pengecualian

39. Konsep yang manakah di antara skim perlindungan takaful berikut menawarkan
perlindungan untuk mengelakkan kehilangan rumah kediaman sekiranya
pemunya/pencari nafkah keluarga berkenaan meninggal dunia?

A. Takaful Gadaijanji
B. Takaful Pembiayaan
C. Takaful Pendidikan
D. Takaful Empunya Rumah

40. Di antara berikut, yang manakah BUKAN contoh kepentingan boleh lindung
dalam takaful keluarga?

A. Setiap individu mempunyai kepentingan yang tidak terhad hayatnya sendiri.


B. Ibubapa mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat anak –
anaknya yang dibawah umur.
C. Pemberi hutang mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat
sipenghutang setakat baki pinjaman sahaja
D. Seseorang individu mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat
jirannya.

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 9 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

41. Yang manakah di antara berikut merupakan ciri-ciri penting Takaful Keluarga?

I. Kemudahan membuat pengeluaran sebahagian


II. Menyediakan kemudahan simpanan dan pelaburan jangka panjang
III.Menyediakan pilihan tempoh sijil matang
IV. Boleh disertai oleh orang Islam sahaja

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. Semua di atas
AKAFUL BASIC EXAMINATIPON January, 2017
42. Yang manakah di antara berikut BUKAN jenis perlindungan Takaful Keluarga?

A. Pelan Perlindungan Individu


B. Pelan Perlindungan Gadai Janji
C. Pelan Anuiti
D. Pelan Perlindungan Harta

43. Yang manakah di antara pelan takaful berikut yang TIDAK disediakan oleh
pengendali takaful?

A. Pelan takaful gadaijanji


B. Pelan takaful perubatan dan kesihatan
C. Pelan takaful kehamilan
D. Pelan takaful berkumpulan

44. Perlindungan yang disediakan oleh Takaful Berkumpulan pengendali Takaful


Keluarga TIDAK meliputi pelan berikut:

A. Takaful Keluarga Bertempoh Berkumpulan


B. Takaful Kemalangan Diri Berkumpulan
C. Takaful Isi Rumah Berkumpulan
D. Takaful Kredit Berkumpulan

45. Jenis-jenis perlindungan Takaful Keluarga meliputi:

I. Pelan Perlindungan Individu


II. Pelan Perlindungan Gadaijanji
III.Pelan Perlindungan Berkumpulan
IV. Pelan Perlindungan Bangunan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 10 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

46. Pemindahan hak milik sijil kepada orang lain di bawah pelan Takaful Keluarga
dikenali sebagai:

A. Sijil amanah
B. Sijil perundangan
C. Penyerahan hak
D. Sijil percuma
AKAFUL BASIC EXAMINATIPON January, 2
47. _____________ adalah satu perjanjian yang sah di sisi undang-undang antara
pihak-pihak yang berkenaan.

A. Kontrak
B. Surat probet
C. Penyelesaian tuntutan
D. Bukti umur

48. Endosmen boleh dibuat atas mana-mana sijil takaful atas sebab-sebab berikut,
KECUALI:

A. Menambah atau mengurangkan amaun ansuran atau sumbangan takaful.


B. Perubahan tempoh takaful
C. Menyertakan manfaat tambahan
D. Setelah sesuatu tuntutan dikemukakan

49. Di antara berikut, yang manakah TIDAK layak mendapat potongan cukai
pendapatan bagi individu yang bekerja?

A. Caruman KWSP
B. Sumbangan takaful keluarga
C. Bantuan kewangan kepada anak-anak yatim
D. Sumbangan Takaful perubatan peribadi

50. Maklumat penting bagi penilaian risiko yang lebih menyeluruh boleh didapati dari
sumbersumber berikut, KECUALI:

A. Laporan ejen
B. Borang cadangan
C. Laporan polis
D. Laporan perubatan

51. Yang manakah di antara berikut BUKAN maklumat yang perlu diberitahu oleh
pemohon dalam borang cadangan takaful keluarga?

A. Senarai hospital dan klinik pilihan


B. Maklumat diri
C. Maklumat pekerjaan
D. Sejarah kesihatan
TAKAF

UL BASIC EXAMINATIPON Jauary, 2

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 11 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

52. Proses penilaian dan pemilihan risiko, penetapan bayaran sumbangan,


penetapan terma dan syarat perlindungan dikenali sebagai ____________ .

A. Pengunderitan
B. Pemasaran
C. Tuntutan
D. Urus khidmat polisi

53. Sebelum manfaat kematangan dibayar kepada peserta, pengendali takaful


memerlukan bukti – bukti asas berikut, KECUALI:

A. Bukti umur peserta


B. Bukti kematian peserta
C. Pengenalan diri pihak yang layak menerima manfaat kematangan
D. Bukti peserta masih hidup

54. Yang manakah di antara berikut BUKAN faktor yang menentukan amaun
sumbangan yang perlu dikenakan di bawah sijil Takaful Keluarga?

A. Umur dan jantina pencadang


B. Keadaan kesihatan pencadang yang terkini
C. Keadaan kesihatan akan datang
D. Pekerjaan pencadang

55. Sijil yang telah luput boleh dikuatkuasakan semula apabila syarat – syarat
berikut dipenuhi:

I. Bukti kesihatan yang kekal memuaskan


II. Membayar amaun sumbangan yang tertunggak
III.Penyelesaian tuntutan kematangan
IV. Mendapat pengesahan dari ejen takaful yang berkenaan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

56. Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum menyertai pelan ILP?

I. Sikap individu terhadap risiko


II. Dana sedia ada
III.Aspek percukaian
IV. Prestasi majikan berkaitan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 12 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

57. __________ merujuk kepada jangkaan tempoh masa pelabur perlu menyimpan
(hold) pegangan sekuriti atau portfolio pelaburannya.

A. Kepelbagaian
B. Tempoh/Horizon pelaburan
C. Ekuiti pelaburan
D. Dagangan jangka sederhana

58. Yang manakah di antara berikut BUKAN kelebihan melabur dalam pasaran
saham?

A. Pelabur boleh terlibat secara langsung dalam menentukan hala tuju sesebuah
syarikat dimana ia melabur.
B. Saham menjanjikan pulangan dividen yang baik dan peningkatan modal
C. Saham mempunyai kecairan yang tinggi dan boleh didagangkan di pasaran terbuka.
D. Nilai saham tidak boleh menjadi lebih tinggi dari harga belian.

59. Dana harta ialah ___________ .

A. struktur pelaburan yang menjanjikan pertumbuhan, iaitu peningkatan modal


B. struktur pelaburan yang mampu menjana pendapatan yang maksimum
C. struktur pelaburan yang menggabungkan pulangan peningkatan modal dan
juga pendapatan
D. pelaburan dalam portfolio hartanah dan instrument kewangan berkaitan
hartanah bagi tujuan mendapatkan pulangan pelaburan.

60. Yang manakah di antara mekanisma pelaburan berikut adalah bertujuan untuk
memperolehi peningkatan modal?

A. Bon Korporat
B. Saham Utama
C. Opsyen
D. Dana Pertumbuhan

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 13 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

61. Ahmad merupakan pelabur yang sangat berhati-hati dan berminat untuk
memperolehi pendapatan yang stabil, disamping berharap dapat mengekalkan
modal pelaburannya. Di manakah beliau sepatutnya melabur?

I. Sukuk Kerajaan dan Korporat


II. Akaun Pelaburan Am (GIA)
III.Dana Tunai
IV. Dana Khusus

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua di atas

62. Apakah yang dimaksudkan dengan risiko kecairan dalam konteks pelaburan?

A. Risiko sekuriti/instrument yang dilaburkan tidak boleh dijual dengan segera


untuk ditukar kepada nilai tunai.
B. Risiko yang timbul disebabkan kemungkinan berlakunya semakan status asset
secara berkala dan mendapati asset patuh Syariah masa kini menjadi asset
yang tidak mematuhi Syariah.
C. Risiko menanggung kerugian akibat kegagalan membuat bayaran balik kos
pembiayaan atau kredit (samada modal pokok atau keuntungan atau kedua-
duanya sekali).
D. Pergerakan negatif dalam kadar tukaran matawang yang mengakibatkan
penurunan dalam pulangan dan kehilangan modal terutamanya apabila
melabur dalam dana dengan menggunakan denominasi matawang bukan
Ringgit Malaysia.

63. Yang manakah di antara berikut merupakan manfaat dana takaful berkaitan
pelaburan?

I. Dana Berkaitan Pelaburan diuruskan oleh pengurus dana


II. Manfaat perlindungan dan pelaburan
III. Kepelbagaian pilihan dana.
IV. Pelabur boleh menarik balik pelaburan mereka pada bila-bila masa.
V. Penukaran dana pelaburan tidak dibenarkan bagi membolehkan pulangan
pelaburan yang maksimum.

A. I, II dan III
B. I, II, III dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

14

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 14 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

TAKAFUL BASIC EXAMINATIPON Jan


64. Yang manakah di antara pernyataan berikut adalah BENAR mengenai
peruntukan tempoh bertenang (free look)?

I. Peserta boleh menamatkan kuatkuasa sijil dalam masa 15 hari tempoh bertenang
II. Peserta akan menerima bayaran balik kesemua amaun sumbangan yang telah
dibayar dibawah sijil berkenaan.
III. Tempoh bertenang berkuatkuasa selama 15 hari, bermula dari tarikh peserta
menerima sijil.
IV. Pengendali takaful mempunyai masa untuk membuat kajian semula
keputusan pengunderitan sijil berkenaan.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II dan IV
D. Semua di atas

65. Kod Etika dan Perlakuan perniagaan takaful tidak melibatkan:

A. Mereka yang memasarkan produk takaful keluarga


B. Kakitangan pengendali Takaful Keluarga
C. Ejen insurans hayat
D. Ejen takaful keluarga

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 15 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT


Contoh soalan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) - Set 2

JAWAPAN

1.D 2.C 3.B 4.C 5.D 6.B 7.A 8.D 9.A 10.D

11.D 12.C 13.A 14.D 15.B 16.D 17.B 18.B 19.A 20.C

21.A 22.D 23.C 24.C 25.D 26.B 27.B 28.A 29.C 30.B

31.D 32.B 33.A 34.C 35.A 36.B 37.A 38.A 39.A 40.D

41.B 42.D 43.C 44.C 45.A 46.C 47.A 48.D 49.C 50.C

51.A 52.A 53.B 54.C 55.A 56.A 57.B 58.D 59.D 60.D

61.A 62.A 63.B 64.B 65.C

17

ZTMB/TBEMQ/SET 2/0417 16 PEOPLE AND CULTURE DEPARTMENT

Anda mungkin juga menyukai