Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN

BANTUAN PEMBELIAN MESIN JAHIT


SMK PADANG TEMBAK

MATLAMAT

1. Menyedia lebih banyak kemudahan mesin jahit bagi kegunaan murid Sains Rumah Tangga
( SRT ).
2. Melancarkan dan memudahkan murid Tingkatan 4 menjalankan Amali Jahitan Pentaksiran
Pusat Fasa 1 SPM.

ISU/MASALAH

Pada tahun 2022, murid-murid Tingkatan 4 yang mengambil elektif SRT


dikehendaki menyelesaikan tugasan Amali Jahitan Pentaksiran Pusat Fasa 1 SPM dan
tugasan perlu diselesaikan dalam tempoh 2 bulan. Seramai 27 orang murid Tingkatan 4
iaitu dari kelas 4 Taat mengambil elektif Sains Rumah Tangga (SRT) dan murid-murid ini
perlu dibahagikan kepada 2 kumpulan pada masa yang sama mengikut guru
memandangkan kelas amali tidak boleh dijalankan melebihi 20 orang murid dalam satu
masa. Walau bagaimanapun, mesin jahit yang terdapat di bilik jahitan hanya 6 unit sahaja
yang masih berfungsi dengan baik manakala 7 unit lagi sudah uzur dan rosak. Hal ini
menyukarkan kerja amali dijalankan serentak pada dua-dua kumpulan tersebut. Oleh itu,
Panitia SRT SMK Padang Tembak ingin memohon sumbangan untuk menambah 12 lagi
unit bilangan mesin jahit dan 1 mesin jahit tepi. Hal ini kerana, peruntukan PCG Panitia
SRT hanya mencukupi untuk digunakan bagi perlaksanaan amali Tingkatan 4 dan 5 serta
program peningkatan prestasi yang telah dirancang oleh panitia.

PELAKSANAAN

1. Menilai dan membuat sebut harga bagi membeli 12 unit mesin jahit mudah alih dan 1 unit
mesin jahit tepi.
2. Membuat kertas kerja dan memohon kebenaran Pengetua untuk mendapatkan peruntukan
bagi menyediakan kemudahan tersebut.

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA ANGGARAN
HARGA (RM)
1 Mesin Jahit Portable ( Brother) JA -1400 RM900.00 X 18 RM 16200.00
Sewing Machine white
2 Singer Overlock Sewing Machine 14n 555 RM 1900.00 x 2 RM 3800.00
JUMLAH RM 20000.00

Model Mesin Jahit

Model Mesin Jahit Tepi

Disediakan oleh :

……………………………………….....

(NOREDAYU BT MOHAMAD NOJI)


Ketua Panitia Sains Rumahtangga
SMK Padang Tembak

Anda mungkin juga menyukai