Anda di halaman 1dari 4

Soalan :

“ Apakah evolusi komputer yang berlaku sejak ianya dicipta sehingga generasi terkini?
Bincangkan sejauh manakah perisian simulasi elektronik dapat memainkan peranan dalam
meningkatkan motivasi pelajar di bilik darjah. ”

PENGENALAN

1
Menurut kamus Oxford English Dictionary (OED2) edisi ke-2, komputer adalah
sebagai suatu perangkat yang digunakan untuk menghitung atau mengendalikan operasi-
operasi yang dinyatakan dalam bentuk numerik atau logika. Menurut Ahli Larry Long dan
Nancy Long pula komputer adalah alat hitung elektronik yang boleh menginterpresentasi
serta melaksanakan arahan program berupa input, output, pengiraan, dan operasi-operasi
logik lainnya.

Komputer terdiri daripada 4 golongan . Pertama, peralatan manual iaitu peralatan


pengolahan data yang sangat sederhana, dan faktor terpenting dalam pemasangan alat
adalah menggunakan tenaga tangan manusia. Kedua ,peralatan mekanik iaitu peralatan
yang sudah berbentuk mekanik yang digerakkan dengan tangan secara manual.
Seterusnya, peralatan mekanik elektronik iaitu peralatan mekanik yang digerakkan oleh
secara automatik oleh motor elektronik. Keempat, peralatan elektronik ialah peralatan yang
bekerja secara elektronik penuh beberapa peralatan yang telah digunakan sebagai alat
hitung sebelum ditemukannya komputer

Dasawarsa ini, komputer sudah semakin canggih. Tetapi, sebelumnya komputer


tidak sekecil, secanggih, sehebat dan setanding sekarang. Dalam sejarah komputer,
terdapat 5 generasi. Evolusi komputer dimulai pada tahun 1940 iaitu Generasi Pertama
(1940-1959) , Generasi Kedua (1959-1964), Generasi Ketiga (1964-awal 80-an), Generasi
Keempat (awal 80-an – sekarang) dan Generasi Kelima (masa hadapan).

ISI- ISI PENTING

2
Menurut Omar Zakaria (2006) dalam modul ‘Teknologi Maklumat dalam Pendidikan,
Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran atau kursus, yang
disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina oleh pembangun perisian
dengan menggunakan komputer. Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer telah lama
diperkenalkan iaitu kira-kira pada sekitar tahun 50 an. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran telah
menyediakan pelbagai perisian Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ke
sekolah-sekolah.

Penggunaan media instruksional dalam pendidikan dikesan telah bermula sejak 1905
melalui penggunaan projektor filem dan aplikasi ini berkembang kepada pelaksanaan TV
pendidikan dan seterusnya teknologi baru sehingga kini. Sehingga tahun 60 an , TV pendidikan
merupakan satu-satunya media instruksional yang dominan sehinggalah penemuan teknologi
komputer. Perisian instruksional ini bermula seawal tahun 1960 an apabila Patrick Suppes dan
rakannya dri University Stanford melaksanakan projek pembangunan koswer bagi tujuan
pendidikan.

Kepentingan dan kelebihan media instruksional ini dapat membina kemahiran kognitif.
Proses pengulangan boleh dilakukan untuk membantu murid mengingati berbanding proses
pengulangan melalui bahan bercetak.Maklumat yang disampaikan dalam bentuk verbal beserta
visual akan meningkatkan lagi kadar ingatan dan mencapai semula maklumat dari memori.
Perisian instruksional mempunyai kelebihan dari segi interaktif yang tidak ada pada media
pengajaran lain. Interaktiviti menggalakkan pembelajaran aktif berlaku dalam kalangan murid
pada sebarang peringkat umur. Dengan adanya interaktiviti, proses pembelajaran menjadi aktif
dan secara tidak langsung dapat menarik tumpuan murid, ingatan jangka panjang ,
pembelajaran lebih pantas dan meningkatkan motivasi pelajar.

Antara perisian dan aplikasi yang boleh diguna oleh guru untuk membantu dalam
pengajaran dan pembelajaran (pdp) di dalam bilik darjah ialah perisian Prezi dan Microsoft
Powerpoint. Guru boleh menggunakan perisian powerpoint dalam subjek Matematik misalnya
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan persembahan powerpoint, guru
boleh masukkan gambarajah , formula, corak dan pelbagai nombor sebagai daya penarik
kepada murid-murid. Murid akan lebih fokus dan berminat untuk belajar dalam keadaan ini
berbanding hanya tertumpu pada buku teks semata-mata.

3
Selain itu, antara inisiatif lain yang boleh digunakan ialah guru boleh menggunakan
perisian ‘video maker’. Guru boleh memotong bahagian-bahagian tertentu dalam video untuk
memberi gambaran awal dalam subjek Bahasa Melayu. Sebagai contoh , guru akan
menayangkan video pendek tentang pencemaran alam sekitar kepada murid-murid sebelum
meminta mereka membuat latihan karangan Bahasa Melayu. Usaha ini dapat membantu murid
untuk mendapatkan idea serta mampu untuk mengolah isi-isi dengan lebih tepat dan jelas
dalam penulisan karangannya.

Anda mungkin juga menyukai