Anda di halaman 1dari 12

KARYA YANG MENDAPAT PENGIKTRAFAN DALAM TAHUN 2014

Arca Awam “ uniti” (keris) di komisen oleh Perbadanan Putrajaya dengan nilai Rm 95,000.00

1.0 LATARBELAKANG

Perkembangan Arca Awam di Malaysia bergerak agak dinamik walaupun ianya tidak seghairah
penghasilan arca dalam konteks galeri. Arca yang bersifat mengisi ruang persekitaran ini
memerulkan perancangan rapi yang melibatkan banyak pihak bagi merelisasikannya.
Kewujudan Arca Awam di Malaysia dapat di katakana bergerak seiring dengan perkembangan
fizikal sesuatu lokasi, namun peratusnya agak kecil. Selain bandaraya Kuala Lumpur, Pusat
pentadbiran Putrajaya tidak terlepas dari menghiasi persekitarannya dengan ikon-ikon budaya
termasuklah Arca Awam. Sehubungan itu Perbadanan Putrajaya telah mengambil inisetif untuk
mengindahkan serta membuat penceriaan di kawasan Persiaran Perdana. Dalam perancangan
tersebut, Arca Awam telah menjadi salah satu elemen yang di ambil kira. Perbadan Putrajaya
telah meminta kerjasama FSSR UiTM Shah Alam dan Balai Seni Visual Negara untuk
mendapatkan pengarca bagi menghasilkan konsep dan kertas kerja arca awam yang bersesuai
di lokasi yang dicadangkan.

Sehubungan itu satu taklimat ringkas telah diadakan di Auditorium BSVN perihal cadangan
menghasilkan arca tersebut. Taklimat yang diadakan pada 8hb marc 2011 tersebut telah
disampaikan oleh Pn Rohana Mohd Yusof, Pegawai Bahagian Penyelidikan dan Perkhidmatan
pameran dan En Mohamed majidi Amir dari bahagian yang sama. Semua pengarca yang di
jemput termasuk saya dikehendaki menghantar kertas cadangan selewat-lewatnya pada 20
april 2011. Dan 3 kertas cadang telah saya hantar ke Balai Seni Visual Negara, seterusnya saya
melalui BSVN dijemput ke Perbadanan Putrajaya untuk membuat persembahan kepada Tan Sri
Samsuddin pada 29 April 2011. Seterusnya pada 27 September 2011, saya telah dijemput
secara terus oleh pihak Perbadanan Putrajaya untuk menghadiri perbincangan perolehan Arca.
Mesyuarat memaklumkan bahawa arca “uniti” (Keris) telah dipilih sebagai salah satu dari 3 arca
yang akan dikomission untuk diletakkan di kawasan Persiaran Perdana Putrajaya. Setelah
melalui proses yang panjang akhirnya saya telah diberi kontrak untuk membina arca tersebut
secara rundingan terus bermula 1 Januari 2014.
2.0 KERTAS CADANGAN

Di peringkat awal saya telah menghantar kertas cadangan berkaitan arca yg hendak dihasilkan.
Diturunkan salinan kertas kerja yang telah dibentangkan kepada pihak Perbadanan Putrajaya.
3.0 LUKISAN TEKNIKAL
4.0 KERJA-KERJA MEMAHAT BATU
Proses memahat batu menggunakan peralatan mesin dan tangan telah di lakukan selama 6 bulan mulai
Julai sehingga disember 2014. Sepanjang 6 bulan proses mengukir batu ini, bengkel saya telah dilawati
oleh ramai rakan-rakan dan pegawai2 yang berkaitan.
Arca yang telah siap dihasilkan di Studio Tukang Arca@Home Masjid Tanah, Melaka.(bersedia untuk dihantar ke Putrajaya.)
5.0 KERJA-KERJA MEMASANG ARCA DI LOKASI SEBENAR- PERBADANAN PUTRAJAYA.
6.0 ARCA TELAH SEMPURNA DI PASANG SERTA DIKEMASKAN.
Rosli Zakaria bersama Arcanya “Keris”- Uniti.

Anda mungkin juga menyukai