Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN KEPADA SISTEM KEWANGAN

ISLAM
Sistem kewangan dalam setiap negara berkembang untuk memenuhi keperluan masyarakat
dalam bentuk perkhidmatan perbankan dan kewangan. Keperluan pembiayaan berlaku dalam
mana-mana masyarakat tidak kira sama ada ahlinya muslim atau bukan muslim sejak tempoh
pra-Islam sehinggalah kepada Islam. Pemenuhan keperluan itu dapat dipenuhi sama ada dari
modal sendiri atau modal daripada orang lain. Kemudahan perkhidmatan sistem kewangan
telah muncul pelbagai bentuk untuk memenuhi keperluan manusia.
1.1 PEMBINAAN RUMAH TANGGA
Perkahwinan ialah ikatan lahir batin antara seorang lelaki dengan seorang wanita sebagai
suami isteri dengan tujuan untuk membentuk keluarga (rumah tangga) yang bahagia dan
kekal berdasarkan Ketuhanan Yang Maha Esa. Di dalam Al-Qur’an surat An-Nuur ayat 32
Allah SWT berfirman tentang anjuran untuk menikah

Rasulullah Muhammad SAW juga bersabda dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim:

Sebuah rumah tangga tidak akan terbentuk tanpa adanya perkahwinan. Rumah tangga
dimaksudkan sebagai sebuah tempat dimana seseorang menjalin hubungan dengan pasangan
yang dikahwininya dan bersama-sama membangun sebuah keluarga. Rumah tangga muslim
adalah rumah tangga yang Islam, berdasarkan oleh perkahwinan yang sesuai dengan ajaran
agama Islam dan memenuhi segala syarat perkahwinan dan rukun nikah. Sebuah rumah
tangga muslim yang berlandaskan ajaran agama Islam atau rumah tangga Islam, tentunya
memiliki tanda-tanda atau ciri-ciri tertentu.

 Perkahwinan berlandaskan Syariah,


 Tolong menolong dalam beribadah
 Memenuhi kewajipan dan tanggungjawab
 Mencukupi semua keperluannya
 Memiliki hubungan yang mesra
 Menghindari maksiat
1.2 SISTEM EKONOMI KELUARGA
Kemelesetan ekonomi keluarga boleh diterjemahkan sebagai penurunan atau penyusutan
sesuatu upaya manusia iaitu keluarga dalam memenuhi keperluan hidup melalui kerja-kerja
yang dilakukan oleh seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk memenuhi
keperluan hidup. Ekonomi keluarga yang baik dan stabil berperanan untuk membebaskan
sesuatu institusi keluarga daripada kemelaratan. Walaubagaimanapun, seperti yang kita sedia
maklum di masa musim pandemik ketika ini yang semakin mengganas, kebanyakan keluarga
mengalami kemerosotan ekonomi disebabkan oleh seperti faktor kehilangan pekerjaan,
pengurangan pendapatan dan sebagainya.

Untuk mencapai ekonomi yang stabil, sebuah rumah tangga harus memiliki pendapatan yang
diperoleh melalui ikhtiar usaha mencari rezeki dari Allah SWT seperti kegiatan yang
dilakukan baik secara langsung mahupun tidak langsung untuk mendapatkan penghasilan
dalam bentuk wang, barang, dan jasa.

Ekonomi adalah istilah tentang rancangan mengatur urusan harta kekayaan, baik yang
melibatkan rancangan dalam memperbanyak jumlah kekayaan dan mengadakan, ataupun
yang berhubungan dengan cara menyalurkan atau membelanjakannya.

Kestabilan antara wang masuk dan wang keluar dalam sebuah keluarga muslim, merupakan
dasar bagi perekonomian rumah tangga tersebut. Kestabilan ini dapat terlihat pada keadaan
kewangan antara jumlah pendapatan dan jumlah pengeluaran. Sebaiknya, setiap keluarga
memiliki catatan daftar kewangan atau disebut neraca yang merupakan rancangan dan dapat
dijadikan panduan bagi keluarga dalam hal pemasukan dan pengeluaran. Daftar tersebut
sangat berguna ketika dalam keluarga terjadi persoalan perselisihan dalam kewangan rumah
tangga, sekaligus dapat dijadikan sebagai langkah dalam merancang masa depan.
1.3 EKONOMI DAN KEHARMONIAN KELUARGA ISLAM
Keluarga harmoni adalah rumah tangga yang dihiasi dengan ketenangan, kasih sayang,
keturunan, pengorbanan, saling melengkapi, menyempurnakan, saling membantu, dan
bekerjasama. Ciri-ciri keluarga harmoni terciptanya hubungan baik antara suami dan
isteri, anak-anak terdidik, terpenuhi keperluan keluarga, terciptanya kehidupan
bermasyarakat dengan baik, dan peningkatan iman.

Untuk mewujudkan rumah tangga yang harmoni harus mengusahakan memenuhi


keperluan bagi seluruh keluarga. Pendapatan ekonomi sangat berkait rapat dalam
membentuk ekonomi keluarga yang Islam. Sekiranya suami isteri memiliki pendapatan
yang cukup dan stabil, maka dapat memudahkan ekonomi keluarga daripada terjejas.
Ekonomi rumah tangga muslim berbeza dengan rumah tangga yang di dalamnya tidak
dilaksanakannya syari`at Islam. Rumah tangga muslim memiliki keperibadian dan
keistimewaan tersendiri dan berbeza dengan rumah tangga orang-orang timur atau rumah
tangga orang barat. Rumah tangga seorang muslim mengandung nilai-nilai yang berasal
dari Al-Quran dan As-Sunnah. Maka sangat penting memiliki anggota rumah tangga
muslim yang berakhlak mulia, yang dapat mewujudkan ketenteraman, kasih sayang dan
cinta. Oleh hal demikian rumah tangga muslim menjadi tempat yang tenang untuk
berteduh, penuh kesabaran dan kerelaan.

Supaya terhindar dari masalah yang akan terjadi pada masa mendatang, maka perlu
dirancang daftar neraca keuangan, yang berfungsi sebagai patokan bagi rumah tangga
dalam masalah pemasukan dan pengeluaran.

Anda mungkin juga menyukai