Anda di halaman 1dari 1

TEKS PENGACARA MAJLIS (FORMAL)

FARIS: Assalamualaikum WBT dan selamat pagi/tgh hari. Bagi menyempurnakan majlis kita pada hari
ini, sukalah untuk saya menjemput saudara Syahmi Nasir selaku Pengarah Program untuk
memberikan sepatah dua kata penghargaan bagi pihak yang terlibat dalam menjayakan program
yang penuh bermakna ini.

FIFY: Terima kasih Syahmi, selaku Pengarah Program kita pada hari ini atas ucapan yang telah
disampaikan. Seterusnya saya ingin menjemput KAUNSELOR SEKOLAH, CIKGU
………………………………………………… untuk memberi sedikit ucapan, dengan ini, dipersilakan.

FARIS: Terima kasih CIKGU…………………………. atas ucapan yang diberikan. Seterusnya, terasa tidak
lengkap seandainya program kita pada hari ini tidak diisi dengan mendengar ucapan daripada
PKHEM (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID), CIKGU …………………………………………………………
sekaligus menutup program yang dijalankan pada hari ini. Dipersilakan.

FIFY: Terima kasih cikgu ahmad tarmizi atas ucapan yang diberikan. Seterusnya kita teruskan dengan
sesi penyapaian hadian.

FARIS: majlis menjemput dan mempersilakan PKHEM diiringi kaunselor ke hadapan untuk menerima
sedikit penghargaan dari pihak kami.

FARIS: ribuan terima kasih diucapkan kepada PKHEM dan kaunselor kerana sudi menerima hadiah
sebagai tanda penghargaan daripada pihak kami.

FIFY: Hadirin sekalian, dengan sempurnanya penyampaian hadiah sebentar tadi, maka sempurnalah
majlis kita pada hari ini.

Inilah yang dikatakan,

Ibarat menanam sudah dituai,

Ibarat musafir sudah sampai,

Umpama belayar telah sampai ke pelabuhan,

Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Bagi pihak program, kami ingin Menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya terdapat
kekurangan dan keterlanjuran sepanjang majlis ini dijalankan.

Sebelum kita melabuhkan Tirai, marilah bersama-sama bergerak ke hadapan untuk sesi bergambar
buat kenang kenangan bersama.

Anda mungkin juga menyukai