Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN ANALISIS ARTIKEL

PENGENALAN

Sistem pendidikan di sesebuah negara merupakan asas penting bagi


membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia
merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang
dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang
dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-
mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan hasrat negara ke arah masyarakat
berilmu. Maka, pendidikan STEM ialah akronim kepada Science (Sains),
Technology (Teknologi), Engineering (Kejuruteraan) dan Mathematics (Matematik).
STEM merupakan satu pendekatan pengajaran dan pemudahcaraan yang
melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk
menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam
sekitar. Pendekatan ini menggalakkan murid bertanya dan meneroka persekitaran
melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar ke
arah membudayakan amalan STEM.

RINGKASAN ARTIKEL :

Tajuk Artikel 1 :

KESEDIAAN GURU STEM MELAKSANAKAN PENDIDIKAN STEM DI


SEKOLAH PESISIR PANTAI

TAHUN TERBITAN : Disember 2021


PENULIS : Shamsuddin Muhammad

Noorashikim Noor Ibrahim

Artikel yang ditulis oleh Shamsuddin Muhammad dan Noorashikim Noor Ibrahim
membincangkan Kesedian guru STEM melaksanakan pendidikan STEM di sekolah
pesisir pantai. Kajian ini turut membincangkan kesedian guru dari segi pengetahuan,
sikap dan pengalaman mengajar. Dalam kajian ini pengkaji mendefinisikan
pengetahuan guru STEM sebagai pengetahuan tentang pendidikan STEM merujuk
kepada pengetahuan tentang konsep asas pendidikan STEM. Ia meliputi
pengetahuan tentang definisi, ciri-ciri, teori-teori, kepentingan, kelebihan, kaedah
pengajaran, kaedah penilaian pengajaran dan peranan guru dalam melaksanakan
kurikulum pendidikan STEM. Dalam kajian ini, sikap guru terhadap pendidikan
STEM dilihat berdasarkan persepsi, keyakinan dan inisiatif guru berkaitan
pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan pendidikan STEM. Pengkaji juga
menyatakan kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan atau tugas
yang berkesan bergantung kepada kematangan dan pengalaman guru itu sendiri.
Dari segi reka bentuk kajian pula pengkaji telah menggunakan kaedah tinjauan
rentasan yang melibatkan analisis deskriptif min dan analisis inferensi menggunakan
kaedah analisis korelasi Pearson bagi sampel bebas.

Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti adakah terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap kesediaan guru melaksanakan pendidikan STEM dengan
tahap pengetahuan guru tentang pendidikan STEM dan juga antara tahap sikap guru
terhadap pendidikan STEM. Teknik pensampelan yang digunakan adalah
pensampelan rawak strata, memfokuskan subkelas populasi yang terdiri daripada
guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Reka Bentuk
Teknologi (RBT) sahaja di sekolah pesisir pantai. Pendidikan STEM penting dalam
menyediakan pelajar yang mampu menghadapi cabaran dan berdaya saing di
peringkat global.

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa kesediaan guru


merupakan aspek utama dalam melaksanakan pendidikan STEM. Pengetahuan,
sikap dan pengalaman mengajar mempunyai hubungan positif yang kuat dalam
aspek kesediaan guru melaksanakan pendidikan STEM.
Tajuk Artikel 2 :

KESEDIAAN GURU SAINS DAN MATEMATIK DALAM MELAKSANAKAN


PENDIDIKAN STEM DARI ASPEK PENGETAHUAN, SIKAP DAN PENGALAMAN
MENGAJAR.

TAHUN TERBITAN : 30 OGOS 2020

PENULIS : NUR FATAHIYAH MOHAMED HATA

SITI NUR DIYANA MUHMUD

Artikel yang ditulis oleh Nur Fatahiyah Mohamed Hata dan Siti Nur Diyana Muhmud
membincangkan tentang Kesediaan Guru Sains dan Matematik dalam
Melaksanakan Pendidikan STEM dari aspek pengetahuan, sikap dan pengalaman
mengajar.Pengajia telah menyatakan, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti
kesediaan guru-guru Sains dan Matematik untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan STEM. Selain itu, kajian oleh Nur Fatahiyah Mohamed
Hata dan Siti Nur Diyana Muhmud menjelaskan kajian ini adalah kajian kuantitatif
yang menggunakan rekabentuk tinjauan.Manakala, Instrumen yang digunakan
dalam kajian ini adalah set soal selidik. Menurut pengjkaji seramai 58 orang guru-
guru sekolah rendah kebangsaan yang mengajar mata pelajaran sains dan
matematik di sekitar Petaling Utama, Selangor telah dipilih menjadi sampel kajian.
Menurut kajian ini data telah dianalisis secara deskriptif dan ujian inferensi korelasi
Pearson juga dijalankan serta analisis data dijalankan dengan penggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 20.0.
Selain daripada itu pengaji menyatakan melalui analisis keseluruhan yang telah
dijalankan , didapati tahap pengetahuan guru tentang pendidikan STEM berada
pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan guru-guru ini berpengetahuan dari segi
definisi, ciri-ciri, kepentingan, kelebihan, proses penilaian pengajaran dan
pembelajaran serta peranan guru berkaitan dengan pendidikan STEM. Namun,
daripada kajian ini pengkaji menyatakan, pengetahuan guru tentang teori-teori dan
kaedah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan STEM adalah di
tahap sederhana.

Pengkaji juga turut nyatakan, sikap guru terhadap pendidikan STEM berada pada
tahap yang tinggi dengan nilai min 4.09. Ini menunjukkan guru-guru mempunyai
sikap yang positif terhadap pendidikan STEM. Menurut pengkaji dalam kajian ini
responden yang dikaji menunjukkan tahap persepsi, keyakinan dan inisiatif yang
positif terhadap pelaksanaan pendidikan STEM. Seterusnya pengkaji menyatakan,
melalui analisis Korelasi Pearson, hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru tentang pendidikan STEM
dengan kesediaan guru untuk melaksanakan pendidikan STEM. Menurut kajian ini
data menunjukkan kekuatan hubungan yang sederhana dan bersifat positif. Menurut
kajian dengan adanya pengetahuan yang mencukupi dalam pendidikan STEM dapat
meningkatkan kesediaan guru untuk melaksanakan pendidikan STEM.

Anda mungkin juga menyukai