Anda di halaman 1dari 2

CABARAN DUNIA KERJAYA

Standard Pembelajaran
2.3.2 Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan menggunakan teknik bacaan yang
sesuai.

Berdasarkan bahan, gariskan cabaran setiap kerjaya yang ingin diceburi oleh pelajar berikut. Kemudian, tuliskan usaha untuk
menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya berminat untuk menjadi anggota polis kerana ingin menjaga keamanan negara. Walaupun demikian, ibu
bapa saya menghalangnya kerana bimbang akan keselamatan diri tidak terjamin memandangkan kes jenayah
berleluasa kini.”Hairulsam, 17 tahun

Saya perlulah menghadiri kelas seni mempertahankan diri. /


Saya hendaklah menerangkan kebaikan menjadi anggota polis kepada ibu bapa.

“Oleh sebab ibu bapa saya seorang doktor, mereka menggalakkan saya untuk menceburi bidang yang
sama. Namun begitu, saya sedar bahawa keputusan akademik saya kurang baik jika ingin memasuki kelas
aliran sains tulen sekali gus menunaikan impian ibu bapa.” Najwa, 15 tahun

Saya mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh. /


Saya perlulah mengambil subjek sains tulen.

“Keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu menjadikan saya bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri
dengan menjadi usahawan kosmetik. Namun, saya bimbang keuntungan tidak tinggi memandangkan banyak
pesaing di pasaran.”Khadijah, 16 tahun

Saya haruslah lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk. / Saya hendaklah mengamalkan budaya menabung.

“Mugkin agak pelik bagi sesetengah orang kerana saya ingin menjadi petani moden. Saya ingin membantu
pengeluaran hasil pertanian negara melalui eksport. Jadi, ekonomi negara akan meningkat. Meskipun
begitu, saya perlu menguasai teknologi yang canggih.” Sazlin, 18 tahun

Saya perlulah banyak membaca tentang ilmu teknologi semasa. /


Saya haruslah menghadiri kursus yang dianjurkan kerajaan.

“Walaupun keputusan akademik saya cemerlang, saya berminat dengan kerjaya sebagai tukang masak. Namun
demikian, kemahiran saya dalam seni masakan masih belum begitu baik. Saya amat berharap suatu hari nanti
saya mampu membuka restoran.”Rosmariah, 19 tahun

Saya hendaklah mengambil kursus masakan. /


Saya wajarlah mendapatkan pinjaman modal daripada kerajaan.

1
JAWAPAN SOALAN PEMAHAMAN

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menghadapi rintangan. Markah


P1 menemui / menempuh / menanggung halangan / gangguan / masalah / cabaran / kesukaran / kesulitan 2m
P2 menemui / menempuh / menanggung rintangan 1m
P3 menghadapi halangan / gangguan / masalah / cabaran / kesukaran / kesulitan 1m
Isi tepat : 2
markah Markah maksimum :
2 markah

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan punca-punca masalah pengangguran berlaku Markah
P1 banyak syarikat terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) [B1] / pelaksanaan PKP penuh [B2] 1m
P2 ramai diberhentikan kerja [B1]
P3 banyak peluang pekerjaan ditawarkan tidak sepadan kemahiran dan tahap pendidikan mereka [B1] 1m
P4 banyak kerja ditawarkan dengan gaji rendah [B1] 1m
P5 graduan juga berdepan saingan sengit sesama sendiri [B1] 1m
P6 sebahagian lepasan IPT tiada kemahiran komunikasi [B2] 1m
P7 sebahagian lepasan IPT kurang penampilan diri [B2] 1m
Isi cukup : 3
isi Markah maksimum : 4
markah

(iii) Masalah pengangguran bukan sahaja memberikan impak buat rakyat tetapi juga negara. Markah
Pada pendapat anda, apakah akibat-akibat masalah pengangguran jika tidak diatasi?
P1 rakyat tiada pendapatan tetap 1m
P2 ekonomi negara akan merosot 1m
P3 kadar jenayah akan meningkat [rompakan / ragut / mencuri / samun] 1m
P4 taraf hidup rakyat merosot 1m
P5 pembangunan negara menjadi lambat 1m
P6 rakyat mengalami tekanan jiwa / emosi / perasaan 1m
Isi cukup : 2
isi Markah maksimum : 3
markah

(iv) Abang anda merupakan lepasan sebuah universiti. Namun begitu, dia sudah menganggur lebih lima bulan Markah
kerana tidak memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya. Beberapa kali temu duga yang
dihadiri juga gagal.
Sebagai adik yang prihatin, cadangkan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh abang anda
sebelum
menghadiri temu duga kerja.
P1 menyediakan resume yang terbaik 1m
P2 mendapatkan tidur awal / rehat yang mencukupi 1m
P3 menyusun sijil dan dokumen dengan kemas 1m
P4 berlatih untuk berkomunikasi / menjawab soalan 1m
P5 mendapatkan maklumat tentang syarikat / kerja 1m
P6 menyiapkan pakaian yang sesuai / lebih awal 1m
P7 mencari lokasi temu duga sehari sebelum 1m
P8 membawa pen 1m
P9 berlatih menjalani sesi temu duga 1m
Isi cukup : 3
isi Markah maksimum : 4
markah

Anda mungkin juga menyukai