Anda di halaman 1dari 24

MASTER OF EDUCATION

ASSIGNMENT

__________________________________________________________________________
SEPTEMBER 2022 SEMESTER
HMEF5073_V2
CURRICULUM DEVELOPMENT

__________________________________________________________________________

Nama : VIKENESHVAREN A/L KANESON

Student Id : CGS02677406

Ic Number : 840108-08-6515

Handphone Number : 016-3114267

E-MEL ADD : vicky_08@oum.edu.my

Branch Name : OUM GRADUATE CENTRE KELANA JAYA

1
PART 1 - SOALAN 1
1.0 PENGENALAN
Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsan (FPK) dalam (Choong, 2009), pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Dalam konteks ini, peranan seorang guru bukan sahaja untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran malah, guru dikehendaki megisi dan melengkapi bilik
darjah dengan unsur-unsur kemanusiaan dalam usaha melahirkan pengalaman bilik darjah yang mesra
serta suasana pembelajaran yang positif. Suasana Apakah yang dimaksudkan dengan suasana
pembelajaran positif? Suasana pembelajaran positif dapat dilihat kesannya terhadap guru, murid dan
proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Guru dapat menyampaikan sesi pengajaran dan
pemudahcaraan dengan jayanya manakala murid  memahami isi pelajaran yang disampaikan. PdPc yang
terlaksana menjadi seronok dan tidak membebankan serta membosankan pelajar. Hal ini bermakna
proses pembelajaran berjalan dengan lancar dimana guru mengajar tanpa sebarang gangguan dari murid
dan murid belajar tanpa gangguan dari kelas. Dalam perkara ini, menurut model Canter menyatakan
bahawa guru dan murid mempunyai hak dalam mendapatkan suasana pembelajaran. Hak yang
dimaksudkan ialah guru dapat mengajar tanpa sebarang gangguan manakala murid dapat belajar dengan
tenang tanpa sebarang gangguan dari persekitaran.

2.0 Unsur-Unsur Kemanusiaan yang Diperlukan Dalam Bilik Darjah dan Cara Pencapaian Suasana
Pembelajaran Mesra yang Berunsur Kemanusiaan.

Persekitaran
Persekitaran Fizikal
Psikososial Yang Penerapan Nilai
Yang Berunsur
Berunsur Kemanusiaan
Kemanusiaan
Rajah 1 Kemanusiaan Faktor
Pencapaian Suasana Pembelajaran Mesra yang Berunsur Kemanusiaan.

2.1 Persekitaran Fizikal yang Berunsur Kemanusiaan


Bilik darjah bukan sahaja tempat mendapatkan ilmu, malah ia juga merupakan tempat di mana pelajar
meluangkan masa yang berpanjangan dan ia memberi kesan terhadap perkembangan mental dan sosial
secara leluasa (Bahrin Abdullah,2018)Sejurus dengan itu, sebagai tenaga pengajar guru seharusnya perlu

2
mengisi bilik darjah dengan elemen-elemen menarik yang meningkatkan minat dedikasi seseorang pelajar
untuk hadir ke sekolah. Dalam usaha mencapai suasana pembelajaran yang mesra dan berunsur
kemanusiaan, guru harus diberi perhatian utama terhadap persekitaran fizikal bilik darjah. Menurut Barnes
dan Rob ,(2016) persekitaran fizikal bilik darjah sangat berkait rapat dengan perkembangan mental dan
emosi seseorang pelajar sewaktu berada di dalam bilik darjah. Persekitaran fizikal yang kondusif merupakan
elemen kemanusiaan utama dan penting dalam konteks bilik darjah yang persekitaran positif. Menurut
Cartwright, (2014), persekitaran fizikal tiga elemen iaitu susun atur bilik darjah, kebersihan, pencahayaan
dan pengudaraan serta hiasan bilik darjah seperti yang dijelaskan dalam rajah 2.

Susunan dan Reka Pencahayaan dan


Rutin Kebersihan
Bentuk Fizikal Pengudaraan Bilik
Bilik Darjah
Dalam Bilik Darjah Darjah

Rajah 2 Elemen Yang Harus Diberi Perhatian Dalam Persekitaran Fizikal Berunsur Kemanusiaan

Susunan dan reka bentuk fizikal dalam bilik darjah harus memberi keselesahan dan keadilan bagi semua
pelajar supaya mereka rasa dihargai dan disayangi sewaktu berada di dalam bilik darjah. Secara
keseluruhannya, jika kita perhatikan sekolah-sekolah di negara kita mempunyai susun atur bilik darjah yang
hampir sama dan sekiranya wujud sedikit kelainan dalam susunan bilik darjah mungkin dapat membentuk
membawa iklim positif ke dalam bilik darjah sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan
dan menarik serta seronok( Fehr, 2011). Susunan bilk darjah perlu membantu proses pengajaran dan
pembelajaran serta mengekalkan disiplin dalam kalangan pelajar. Susunan tempat duduk hendaklah
menghala kepada papan tulis kerana kebanyakan pengajaran bilik darjah berlaku di situ. Guru seharusnya
perlu mengambil kira keluasan bilik darjah, susun atur dan peralatan lain yang perlu disesuaikan dengan
gaya pembelajaran guru.
Menurut Galbraith, (2007) susunan kerusi dan meja sentiasa diberi perhatian dalam konteks memastikan
semua pelajar mendapat perhatian daripada guru. Sehubungan dengan itu, susunan yang dibuat juga perlu
dipastikan mudah disusun supaya dapat disesuaikan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
beberapa jenis susun atur yang mampu memberi impak positif terhadap perkembangan pelajar iaitu, cara
tradisional, ladam kuda dan susunan kumpulan. Guru harus campurkan murid yang aktif dengan pasif
supaya mereka dapat menstabilkan kawasan di sekitar itu supaya tidak ada dominasi. Murid yang dikenal
pasti mempunyai masalah pembelajaran dan perlukan perhatian khusus haruslah di letakkan di hadapan dan
berdekatan dengan guru. Susunan kerusi meja juga perlulah fleksibel. Hal in bermaksud, sekiranya ada
aktiviti kumpulan, meja dan kerusi in mudah disusun mengikut kelompok. Hal ini menjadikan kerja
kumpulan lebih efektif kerana mereka boleh berbincang dengan lebih selesa.
Seseorang guru harus memastikan persekitaran kelas bersih kerana ia dapat mempengaruhi kesihatan
mental serta kesediaan murid untuk belajar (Hemich James, 2017). Contohnya, lantai disapu, sampah diurus

3
dengan baik, tingkap tiada habuk dan tong sampah tidak dibiarkan penuh. Dengan ini, unsur kemanusiaan
dapat dipupuk di mana faktor utama yang menjadi tarikan kepada murid untuk melalui proses pengajaran dan
pembelajaran ialah bilik yang ceria Demi mencapai hasrat ini, guru sentiasa perlu memastikan murid
mematuhi jadual tugas kebersihan yang disediakan. Selain kebersihan, pengudaraan juga merupakan salah
satu unsur kemanusiaan yang memberi kesan positif terhadap perkembangan murid-murid. Menurut Kohn,
(2011).tingkap-tingkap perlu dibuka bagi bilik darjah yang tiada penghawa dingin bagi membekalkan udara
yang bersih dan segar. Dari segi pencahayaan pula, keadaan yang terlalu terang dan terlalu suram akan
menimbulkan ketidakselesaan dan melemahkan minat murid untuk belajar (Larrivee, 2017). Oleh itu, cahaya
semulajadi sangat diperlukan bagi menjamin emosi yang sihat dalam kalangan murid-murid. Murid-murid
juga harus diberi kebebasan untuk menghias bilik darjah dengan nasihat dan pantauan guru. Ini secara tidak
langsung memupuk rasa tanggungjawab di dalam bilik darjah.
2.2 Persekitaran Psikososial yang Berunsur Kemanusiaan
Guru merupakan insan yang penting dalam meningkatkan pskososial murid dan segala perkataan dan gerak-
geri guru berupaya memberi kesan yang mandalam terhadap perkembangan psikososial murid (Vroom,
2016) Lebih-lebih lagi, pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang dan
membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.
Melalui faktor nada yang sesuai, suara seseorang guru hendaklah tegas tetapi bukan nyaring. Hal ini
sangat penting bagi menarik perhatian murid. Guru perlu bersikap tenang dan tidak menengking murid-
murid. Hal ini akan menunjukkan bahawa guru mempunyai pegangan tersendiri dan dapat mengawal dan
menguruskan bilik darjah (Robert, 2017).Dalam usaha mencapai matlamat kita untuk membina suasana
pembelajaran yang berunsur kemanusiaan, guru seharusnya perlu menggunakan perkataan sopan seperti
“silakan”, “terima kasih”. Hal ini kerana guru merupakan ‘role model’ yang menjadi ikutan kepada anak
murid yang pasti murid akan meniru pertuturan guru mereka. Secara mendalam, murid-murid akan dirasa
hargai dan dihormati sewaktu berada di dalam bilik darjah. Menurut Stanovich,(2013), motivasi dan kuasa
dalaman akan mengawal tingkah laku murid. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa memberi pujian galakan,
ganjaran dan sebagainya. Tambahan pula, guru juga perlu memanggil nama murid yang berkenaan bukan
nama sindiran dan sebagainya.
Secara ringkasnya, penerimaan murid seadanya adalah salah satu elemen unsur kemanusiaan yang
paling penting serta berkesan dalam melahirkan murid yang berkembang secara holistik. Murid-murid
sentiasa memerlukan dorongan dan kasih-sayang yang tidak mempunyai unsur pilih kasih di dalam bilik
darjah. Menurut Yalom, (2012). guru yang mengkritik perkembangan murid berdasarkan tahap kognitif
murid menghasilkan konsep kendiri yang rendah dalam kalangan murid-murid. Oleh hal yang demikian,
unsur penerimaan tanpa syarat sangat dipandang tinggi dalam konsep melahirkan murid yang mempunyai
perkembangan psikososial yang berkesan. Emosi murid yang stabil membolehkan murid megikut aliran
semasa tanpa kehilangan identiti . Sejurus dengan itu, murid yang mempunyai emosi yang stabil mempunyai

4
minat yang mendalam, suka berjenaka, disenangi kawan, boleh menerima kritikan konstruktif secara minda
terbuka serta menanggung konflik yang berlaku di bilik darjah.
2.3 Penerapan Nilai Kemanusiaan Di Dalam Bilik Darjah
Penerapan nilai-nilai murni perl disemai bag meningkatkan akhlak yang mulia kepada golongan pelajar. Ini
kerana, Tan (2000), telah menyatakan bahawa golongan pelajar merupakan tenaga simpanan negara yang
bakal menjadi pemimpin masa hadapan, penyumbang budaya, penggerak kemajuan dan pelopor
pembangunan bagi sesebuah masyarakat. Dengan masalah keruntuhan akhlak in sedikit sebanyak
merosakkan perkembangan sahsiah para pelajar. Maka dengan itu, nilai dalam falsafah pendidikan ini
seharusnva difahami dan dihayati ole para guru sebagai satu tunjang kepada hasrat keseluruhan objektif
kurikulum pendidikan negara seta sebagai satu panduan utama dalam merancang, melaksana dan menilai
proses pengajaran dan pembelajaran.
Sejurus dengan ini, nilai kemanusiaan sangat penting dalam usaha mencapai suasana pembelajaran
yang berunsur kemanusiaan, Antara nilai utamanya ialah, menerima rakan sekelas seadanya. Guru sentiasa
perlu menerapkan elemen ini dalam aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Hal ini
penting untuk melahirkan masyarakat yang bebas daripada gejalah murid. Membantu diri sendiri dan orang
lain, menghargai diri dan rakan, bantu membantu merupakan antara nilai kemanusiaan yang harus diberi
perhatian di dalam bilik darjah. Di peringkat sekolah pula, nilai kemanusiaan yang diterapkan oleh guru,
akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak
memberikan apa-apa faedah dan manfaat (Myint, 2015). Hal ini demikian kerana negara memerlukan
generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran
luas seta positif. Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk
mewujudkan nilai kemanusiaan dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai kemanusiaan ini dapat melahirkan
pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga kehidupan dunia dan akhirat.
Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model kepada para
pelajar.

5
Soalan 2
1.0 Pendahuluan
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam mengetogorikan organisma
berdasarkan perkara seperti persamaan dan perbezaan sifat organisma itu( Kamus Dewan Edisi Keempat,
(2005). Senarai domain kognitif telah menjadi tumpuan utama bagi kebanyakan pendidikan tradisional dan
kerap digunakan untuk menstrukturkan objektif pembelajaran kurikulum, pentaksiran dan aktiviti yang
dikaitkan dengan pendidikan. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasanya
digunakan bagi menganalisis bidang-bidang pendidikan secara terperinci. Model ini menjadi panduan
kepada pembinaan item buku teks bagi sistem pendidikan negara kita. Malah ia berkaitan dengan objektif-
objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang tertentu seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu yang pertama dikenali sebagai domain kognitif yang
melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan
ketrampilan berfikir. Bagi domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai
pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-
persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem
dan sebagainya. Manakala domain ketiga ialah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan
kemahiran fizikal pelajar seperti mengukur kemahiran praktikal dan teknikal dimana semua kemahiran ini
diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal. Domain Kognitif
Taksonomi Bloom merupakan satu tahap dimana ia digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia
pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini
membawa maksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia dalam
pelbagai perkara.

2.0 Keperluan dan kepentingan pembangunan murid dalam tiga domain utama Taksonomi Bloom
Dalam Taksonomi Bloom terdapat tiga domain utama yang dikaitkan dalam pendidikan iaitu Domain
kognitif yang mementingkan penglibatan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti
pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Jika kita melihat kepentingan aras kognitif soalan telah
diberi perhatian oleh beberapa pengkaji kerana perkara ini melibatkan pelbagai perkara dari segi pemikiran
pelajar. Misalnya, menurut Wilson (1973), aras kognitif soalan memberikan kesan ke atas tindak balas
pelajar dan menentukan tahap pelajar. Ini kerana kepelbagaian kognitif dalam jawapan pelajar sebahagian
besarnya ditentukan oleh kepelbagaian kompleksiti soalan yang diberikan oleh pengeluar soalan. Cole dan
Williams (1973),Smith (1978) dan Dillon (1981) menyatakan secara umumnya soalan pada aras

6
mengecam dan mengingat yang mempunyai tahap kesukaran rendah mendapat jawapan pendek berbanding
dengan soalan pada aras tinggi yang memerlukan pelajar memberikan pendapat dan inferensi dengan tepat.
Selain itu, Domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat,
sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri pelajar kepada perkara luar yang menggambarkan domain afektif
tujuan pendidikan telah diterbitkan oleh David Krathwol, Benjamin Bloom, dan Betram Masia (1964):
menerima (menghadiri), merespon/menanggapi, menilai, mengorganisasi, dan karakterisasi. Seterusnya yang
terakhir ialah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar yang sangat
bergantung pada sistem otot — misalnya, berlari, melompat, berbicara, mengetik, dan memalu. Manakala
untuk anak-anak yang sangat muda, tugas perkembangan mungkin menekankan kegiatan seperti makan,
minum, merangkak, berjalan, dan mengendalikan eliminasi. Ketika sesorang individu telah menjadi dewasa,
keterampilan psikomotor menjadi lebih kompleks dan mungkin bergantung pada komponen kognitif dan
afektif yang lebih kuat. Di sampaing itu, hasil belajar keterampilan (psikomotor) dapat diukur melalui
pengamatan langsung dan penilaian tingkah laku pelajar selama proses pembelajaran praktik berlangsung,
sesudah mengikuti pembelajaran, iaitu dengan jalan memberikan tugasan kepada pelajar untuk mengukur
pengetahuan, keterampilan, dan sikap, dan yang terakhir ialah beberapa waktu sesudah pembelajaran selesai
dan kelak dalam lingkungan kerjanya. Jika kita melihat secara mendalam, Taksonomi Bloom terdiri daripada
enam aras yang berbeza dan telah digunakan sejak lama dahulu oleh guru-guru di merata dunia. Taksonomi
ini merupakan pengelasan secara sistematik bagi proses berfikir dan belajar kepada pelajar. Pengelasan ini
membantu guru mengukur keupayaan murid mereka pada setiap masa pengajaran dijalankan di dalam
kelas. Kalau dilihat dari segi hiraiki, aras yang tinggi dalam hirarki, memerlukan penguasaan terhadap aras
yang lebih rendah. Misalnya, jika seseorang pelajar itu mampu untuk menyelesaikan masalah berkaitan
dengan aktiviti menganalisis; maka pelajar tersebut dianggap telah menguasai hirarki yang lebih bawah iaitu
aktiviti mengingat, memahami dan mengaplikasi. Dengan perkembangan drastik dalam bidang pendidikan,
taksonomi yang disemak semula menyediakan strategi yang lebih sesuai dalam pengajaran untuk digunakan
oleh guru-guru. Struktur yang baru memaparkan konsep yang menyeluruh dan jelas berkaitan
dengan  penyelarasan antara piawaian dan matlamat pendidikan, objektif, produk dan aktiviti (Krathwohl,
2002). Penyelarasan objektif pendidikan di semua peringkat terutamanya di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan merupakan satu keperluan. Kita tahu bahawa kepentingan Taksonomi Bloom kepada pendidikan
kerana ia membantu guru untuk mengenal pasti tahap pelajar dalam kelas. Malah perkara ini membantu guru
untuk membuat persediaan awal bagi menempuhi cabaran yang akan dihadapi di dalam kelas dengan adanya
tahap pengguasaan pelajar yang berbeza dalam kelas yang sama.

2.1 Domain Kognitif


Benjamin Bloom telah memecahkan kepada enam aras kognitif dalam domain kognitif. Aras-aras
tersebut terdiri daripada aras pengetahuan, aras kefahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis, dan aras
penilaian. Selain itu pemilihan bagi keenam-enam aras tersebut adalah relevan dalam membentuk objektif

7
untuk melaksanakan program pembangunan dan menyerapkan kepentingan dalam kalangan pelajar. Aras
pertama ialah aras pengetahuan yang paling mendasar dari domain ini merupakan sebuah aras yang
memerlukan sesorang individu untuk mengingati dan mengeluarkan maklumat yang berbentuk fakta
berdasarkan apa yang diperoleh daripada pembelajaran yang telah berlaku. Sebagai contohnya, aspek ini
menuntut pelajar untuk menjawab pertanyaan hanya dengan menghafal dan mengingat definisi, fakta, aturan,
urutan, prosedur, prinsip dan generalisasi. Ini mengambarkan pembelajaran yang hanya menghafal dan
penalaran dapat memberikan kesan kepada pelajar bahawa tujuan utama pendidikan adalah menghafal fakta.
Dari segi aspek aras kefahaman pula ia lebih tinggi satu tingkat dari aspek pengetahuan. Aras ini
membolehkan seseorang tersebut berkebolehan untuk menerangkan, menganggar, meramal, membezakan,
dan sebagainya. Ini bermakna pelajar dapat menyatakan masalah dengan menggunakan perkataan mereka
sendiri. Seterusnya, aras penerapan merupakan tingkat kemampuan berpikir yang lebih tinggi daripada
pemahaman. Apabila individu tersebut menguasai aras ini, maka dia dapat mengaplikasikan atau
mengamalkan ilmu yang diperoleh hasil daripada pembelajaran. Aras yang keempat, iaitu aras analisis
merupakan aras yang mengambarkan tingkat kemampuan berfikir yang lebih tinggi di mana seseorang itu
dapat menyelesaikan bahagian ataupun meneliti agar mereka dapat memahami sesuatu struktur hasil
daripada pembelajaran yang telah mereka perolehi. Dalam aras ini, pelajar berupaya untuk mebuat analisis,
membuat perbandingan untuk membezakan, menyusun, mengelaskan dan banyak lagi. Selain itu, seseorang
akan mampu menganalisis maklumat yang masuk dan membahagi
atau menstrukturkan maklumat ke dalam bahagian-bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola-pola atau
hubungannya, dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab danakibat dari sebuah senario yang
rumit. Sintesis merupakan aras ke lima dan aras yang memerlukan seseorang itu mengaplikasikan ilmu
pengetahuan dan kemahiran untuk menggabungkan elemen-elemen yang telah dipelajari. Dalam aras ini
pelajar seharusnya menghasilkan cerita, komposisi, hipotesis, atau komunikasi yang unik untuk
menunjukkan kemampuan mereka untuk mensintesis pengetahuan. Akhirnya aras penilaian merupakan aras
tertinggi dimana seseorang pelajar perlu untuk membuat penghakiman atau penilaian berdasarkan kriteria-
kriteria yang telah ditetapkan. Pada aspek ini pelajar mengevaluasi informasi dan teori dengan menggunakan
penilaian internal dan eksternal dan pada masa yang sama individu pada aras ini akan berupaya untuk
menyimpulkan sesuatu, menerangkan, mengukur, membanding, dan membuat keputusan.

2.1.1 Topik dan Aktiviti Domain Kognitif


Topik Kata Hubung Gabungan (Tatabahasa)
Kajian Bahan Topik ini membolehkan para pelajar mengenali
Pengajaran jenis-jenis Kata Hubung, iaitu Kata Hubung
Gabungan, Kata Hubung Pancangan dan Kata
Hubung Berpasangan. Melalui topik tersebut,
para pelajar dapat memahami Kata Hubung

8
Gabungan dengan mendalam.
Kognitif 1.1 Para pelajar dapat menjelaskan definisi
Pada akhir Kata Hubung Gabungan.
pelajaran, 1.2 Para pelajar mampu menerangkan
komponen penting kegunaan Kata Hubung Gabungan.
yang dapat 1.3 Para pelajar mampu memberi contoh-
dipelajari oleh para contoh Kata Hubung Gabungan.
pelajar termasuk 2
- mengenali Kata 2.1 Para pelajar dapat mengetahui kesalahan
Hubung yang sering dilakukan dalam penggunaan
Gabungan Kata Hubung Gabungan.
- memahami 2.2 Pelajar dapat mengetahui kesalahan
aspek-aspek penggunaan kata hubung dalam ayat.
kesalahan Kata
Hubung
Gabungan.
Kemahiran 1.
- menggunakan 2.
Kata Hubung 3.1 Para pelajar dapat menggabungkan ayat
Gabungan dengan menggunakan Kata Hubung
dengan tepat. Gabungan yang telah dipelajari.
3.2 Para pelajar dapat mematuhi penggunaan
Kata Hubung Gabungan.
3.3 Pelajar dapat mengetahui cara
menggabungkan lebih dari 2 ayat
menggunakan kata hubung
Sentimen 4.1 Para pelajar sedar bahawa penggunaan Kata
- menggunakan Hubung Gabungan membolehkan pertuturan
Kata Hubung dalam kehidupan seharian menjadi lebih
Gabungan ringkas dan jelas.
dalam 5.1Para pelajar dapat menerapkan nilai-nilai
kehidupan murni seperti kepatuhan dan
seharian. bertanggungjawab melalui penggunaan Kata
- menerap nilai- Hubung Gabungan.
nilai murni 5.2 Para pelajar juga mengetahui kata hubung
melalui yang sesuai digunakan dalam kalangan

9
penggunaan masyarakat
Kata Hubung
Gabungan.
Pengetahuan : 1.1 Guru menganalisis objektif pengajaran dan 1.2 Para pelajar membuat
Mengingat data pembelajaran, menghasilkan modul prapersediaan pembelajaran
atau maklumat pengajaran, menyediakan bahan-bahan dengan mengulangkaji Kata
pengajaran seperti Slaid Power Point dan Hubung yang telah dipelajari
soalan ujian kilat, mengatur aktiviti di peringkat sekolah rendah
pengajaran dan pembelajaran yang akan dengan menggunakan buku
dijalankan dan tempoh masa yang rujukan yang sedia ada. Oleh
diperlukan. itu pelajar mesti mengingat
bahan yang dipelajari.
Kefahaman : 2.3 Guru meminta seorang pelajar membaca 2.3 Dua orang pelajar membaca
memahami makna, petikan ringkas yang tidak mengandungi petikan bagi membantu
terjemahan, Kata Hubung. mengenalpasti kata hubung
tafsiran arahan dan 2.3.1 Guru meminta seorang pelajar
masalah. Nyatakan membaca petikan ringkas yang 2.3.1 Para pelajar menjawab
masalah dalam mengandungi Kata Hubung. soalan guru dan pelajar perlu
perkataan sendiri 2.3.2 Guru meminta para pelajar menyatakan menyatakan sebab dalam
perbezaan antara kedua-dua buah perkataan mereka sendiri
petikan tersebut.
2.3.3 Guru meminta para pelajar memilih 2.3.2 Para pelajar membuat
petikan yang lebih mudah difahami keputusan dalam memilih petikan
berdasarkan kedua-dua petikan ringkas yang ingin dibaca.
itu.

Aplikasi : 3.2 Guru menjelaskan kepentingan penggunaan 3.4 Pelajar mendengar penjelasan
menggunakan Kata Hubung dalam kehidupan seharian supaya guru. Pelajar cuba mengingati
konsep tersebut mesej yang ingin disampaikan menjadi lebih balik situasi semasa berada di
dalam situasi ringkas dan jelas. tempat-tempat awam dan kata
baharu 3.2.1 Guru mengaitkan penerangan dengan hubung yang pernah
pelajaran yang ingin disampaikan bagi digunakan oleh mereka.
membuatkan pelajar lebih mudah memahami 3.5 Pelajar cuba memberi
tentang penggunaan kata hubung semasa jawapan pada persoalan yang
digunakan dalam situasi yang berbeza seperti di dikemuka oleh guru tadi.
tempat-tempat awam. Guru bertanya soalan 3.6 Pelajar juga menyenaraikan
kepada pelajar tentang contoh kata hubung kata hubung yang digunakan

10
yang digunakan oleh pelajar di tempat-tempat di tempat-tempat awam.
awam.

Analisis : 4.2 Guru menjelaskan definisi dan penggunaan 4.4 Para pelajar mendengar
memisahkan bahan Kata Hubung Gabungan. Guru memecahkan penerangan guru sambal
atau konsep ke setiap bahagian kata hubung kepada mengambil nota.
dalam bahagian- kompenan yang lebih kecil 4.5 Pelajar menyelesaikan
bahagian tertentu. 4.3 Guru meminta pelajar untuk mengenalpasi masalah dengan
kesalahan penggunaan kata hubung di mengenalpasti kesalahan kata
dalam ayat yang diberikan. hubung yang terdapat dalam
ayat tersebut.

Sintesis : membina 5.2 Guru menerangkan cara penggunaan Kata 5.3 Para pelajar mendengar
struktur baru dari Hubung Gabungan (dan,atau, serta, lalu, penerangan guru.
pelbagai unsur. kemudian, sambil, kecuali, manakala, malahan, 5.3.1 Para pelajar
Bagi membentu tetapi). menggabungkan ayat
satu pendirian yang 5.2.1 Guru menunjukkan contoh ayat bagi Kata berdasarkan ayat-ayat tunggal
tetap. Hubung Gabungan tersebut . yang disediakan oleh guru
5.2.2 Guru meminta para pelajar dengan menggunakan Kata
menggabungkan ayat dengan menggunakan Hubung Gabungan yang telah
Kata Hubung Gabungan tersebut. dipelajari secara lisan.
5.2.3 Guru meminta pelajar untuk membina 5.3.2 Pelajar membina ayat
ayat yang sesuai dengan kata hubung gabungan dengan kata hubung gabungan
bagi meningkatkan pemahaman pelajar yang mengandungi subjek dan
predikat.

Penilaian : buat 6.2 Guru menjelaskan kesalahan yang sering 6.3 Para pelajar mendengar
pengadilan tentang dilakukan oleh para pelajar dalam penggunaan penjelasan guru.
nilai, idea-idea atau Kata Hubung Gabungan. 6.3.1 Para pelajar membetulkan
bahan-bahan dan 6.2.1 Guru menunjukkan ayat-ayat yang kesalahan penggunaan Kata
menyatakan ayat mengandungi kesalahan penggunaan Kata Hubung Gabungan yang
yang betul dan Hubungan Gabungan dalam ayat terdapat dalam ayat secara
salah lisan.
6.2.2 Guru mengedarkan kertas soalan ujian 6.3.2 Para pelajar menjawab
kilat kepada para pelajar. soalan ujian kilat.
6.2.3Guru mengutip kertas jawapan ujian kilat. 6.3.3 Para pelajar menghantar
6.2.4Guru meminta para pelajar menyiapkan

11
latihan pengukuhan (Kata Hubung) yang kertas jawapan ujian kilat.
terdapat dalam Buku Kerja Axis .

3.0 Penutup
Taksonomi Bloom merupakan salah satu teknik yang mengelaskan atau mengelompokkan sesuatu benda
mengikut ciri-ciri tertentu bagi mewujudkan pengajaran yang berkualiti. Di samping itu, taksonomi bloom
juga digunakan bertujuan untuk pembelajaran penampilan atau sasaran untuk belajar dalam kalangan pelajar.
Oleh itu, taksonomi bloom memiliki peringkat-peringkatnya tersendiri, iaitu hierarki daripada peringkat
paling bawah kepada peringkat yang paling tinggi dalam penentuan tahap pelajar di dalam kelas. Selain itu,
taksonomi bloom juga menjelaskan bahawa apabila seseorang pelajar tersebut gagal untuk menguasai
peringkat yang paling bawah, maka pelajar itu tidak dapat untuk menguasai peringkat yang selanjutnya.
Taksonomi Bloom yang berfokus kepada domain kognitif menjadi salah satu faktor Taksonomi Bloom
dalam bidang pendidikan kerana domain kognitif ialah salah satu kerangka dasar untuk tujuan pendidikan,
penyusunan buku teks dan kurikulum dalam menambahbaik sistem pendidikan negara kita. Di samping itu,
ciri-ciri Taksonomi Bloom yang terdiri daripada aras pengetahuan (knowledge), pemahaman
(comprehension), penerapan (application), analisis (analyse), sintesis (synthesis), dan penilaian (evaluation)
dima aras-aras ini digunakan dan telah dijadikan panduan hampir setengah abad dalam sistem pendidikan
kita. Selepas pembaharuan yang dilakukan oleh anak murid Bloom, Kratwohl dan para ahli psikologi yang
lain telah membuat perubahan dalam pembendaharaan kata, iaitu daripada kata sifat kepada kata kerja dalam
versi Taksonomi Bloom yang baharu bagi menunjukkan secara terperinci penggunaannya. Malah semua
perubahan tersebut dilakukan agar ia bersesuaian dengan cabaran baharu dalam bidang pendidikan yang
menuju ke arah pemodenan. Tambahan pula, pembaharuan yang dilakukan oleh Kratwohl dan Anderson
telah membahagikan Taksonomi Bloom kepada beberapa peringkat, iaitu mengingat (remembering),
memahami (understanding), mengaplikasikan (applying), menganalisis (analyse), menilai (evaluate), dan
mencipta (creating). Model Taksonomi Bloom adalah alat pendidikan yang penting kerana menyediakan
kerangka kerja bagi pendidik dan psikolog kognitif untuk berkomunikasi tentang konsep dasar pendidikan
yang kukuh. Bagi membentuk keberkesanan dalam jangka waktu yang lama, Taksonomi Bloom harus
dievaluasi kembali dan diperbarui untuk mencerminkan faktor-faktor saat ini. Oleh yang demikian, guru
perlu memahami bahawa model taksonomi bloom ini membantu guru mengetahui aras soalan yang diberikan
kepada murid-murid. Guru perlu sentiasa memberi soalan yang berbentuk aras pemikiran tinggi untuk
membiasakan murid menjawab soalan yang berbentuk KBAT agar dapat mewujudkan pelajar yang
berkualiti. Perubahan dalam pendidikan teknologi saat ini sangat penting dalam proses pembelajaran.
Teknologi dan pendidikan harus berdiri berdampingan ketika menerapkan taksonomi bloom. Dengan adanya
pembaharuan dalam model ini, maka kita boleh mengharapkan kualiti pengajaran yang lebih baik pada
masa-masa yang akan datang bagi meningkatkan tahap kelulusan pelajar.

12
RUJUKAN

Bahrin Abdullah. (2018). Motivasi Dalam Belajar. Diperolehi pada 12 Okt 2022 daripada
http://www.oocities.org/usrafidi/motivasi.html

Bandura, A. (1999). Small groups in classroom. Process and leadership. Boston: Allyn and Bacon.

Barnes.B.H. & Rob S. (2016). The Information Processing Model In High School Classroom Management,
Amerika Syarikat : Paul Chapman Publishing.

Belvel, S & Jordan,Z. (2018). Building a Classroom Community. Diperolehi pada 15 Okt 2022 daripada
https://www.mtml.ncl.gov/classroom+and+community&html

Bickart, E. H. (2017). Childhood and society. New York: Norton.

Bruce, C., Alex Weil,B., & Calhoun, C. (2019). Classroom behaviour a practical guide to effective teaching:
Behaviour

Burden, A1.R. (2016). A Practical Guide to Developing Groups in Angry


Settings. New York : John Wiley and Sons.

Cartwright, A. M. (2014). Authentic Classroom Management: A perspective


on the future. Journal for Teachers. Vol 10(2). 74-76.

Caspi,R.L & Elder, T.S. (2014). Critical factors in classroom : Students’ Perceptions. Journal for Specialists
in Classroom. 16, 16-23.

13
Collier, VP. 2016. Acquiring a Second Language for School: Direction in Language and
Education. National Clearing House for Bilingual Education. Jilid 1. Hlm.46-60

Fehr, S.S. (2011). 101 Interventions in group therapy. (Revised Edition). London : Routledge.

Galbraith, A. (2007).“Sustainable Teaching Models”. USA: Jossey-Bass.

Gladding, S. T. (2012). Group Work. A Counseling Speciality (2nd Ed.). Englewood Cliffs,
NJ: Prentice Hall.

Goh, B.C.(2018). Social Environment of Classroom. Diperolehi pada 08 Okt 2022 daripada
http://academy/course/fundamentals-of-classroom-course.html

Good, C.B & Brophy V. (2012). Informed consent in the practice of classroom. International Journal of
Education. 56(4), 451- 460.

Hamzah P.L. & Samuel Hashim. (2015). Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa
& Pustaka.

Hemich James, J.D (2017). Revolution in Teaching. Boston: Houghton Mifflin Co.

Janice. L. & Waak Delucia. (2014). Handbook of group counselling and psychotherapy.
Thousand Oak : Sage

Kohn, A. (2011).Beyond Discipline : From Compliance to Community. Boston: Allyn & Bacon Inc.
Kyle.O. (2017). The school and the class group (3rd Ed.). Psychological Bulletin. 63, 384-
399.
Larrivee, A. (2017). The Student and Teacher Relationship. Chicago: Science Research Associates Inc.

Lewis, C.W & Sullivan, C. (2014). Therapy for Child. Diperolehi pada 15 Okt 2022 daripada
https://www.academia.edu/5682880/22469661-Theraphy-Child

Leonard & Karen. (2015). Classroom Management For Children. Bacon: Wardsworth.

Lee Shok Mee. (1955).Management and Colleague Support, (4th Edition). Singapore : Sage Publication

14
Malchiodi. R & Crenshaw, R. (2015). Introduction to School Community. (7th Ed.). New York : Prentice
Hall.

Maniam, U. M., & Liong, C. Y. (2007). Persepsi pelajar terhadap suasana pembelajaran dan implikasinya ke
atas Pendidikan Universiti, dlm. Sains Malaysiana 36(2), 213-223.

Marzano, J.R. (2016). Defensive communication. Journal of communication. 11, 141-


148.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (2016). Peranan Guru Dalam Bilik Darjah.
Diperolehi pada 14 Okt 2022 dari https://peranan-guru-dalam-menangani-masalah-disiplin-pelajar-
di-sekolah

Mohamed, M. (2003). Globalization and its impact on the medium of instruction in higher
education in Malaysia. International Education Studies, 1(1), 90-94.

Myint, J.D (2015). Revolution in Discipline. Boston: Houghton Mifflin Co.

Peterson, J.K. (2012). Lifetime Guide to Success with People. New Jersey: Prentice Hall.

Robert, E. T (2017). Fundamental Memorising Power. Diperolehi pada 10 Okt 2022 daripada
https://classroom.wordpress.com/2000/12/08/Secondary-teachers-/

Schraw Eisenberg & McCrudden Delany J. (2013). The Stimuli Process. Chicago: Rand Mc Nally Co.

Slavin, S.T., & Johnson, M.S. (2005). Teaching: A Comprehensive Profession (7th edition). Pearson.

Solomin , V & Schaps, C. (2017). Interactive Group Leadership. Diperolehi pada 11 Okt 2022 daripada
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK64211/

Stanovich, W. (2013). Second language acquisition. Cambridge: Cambridge University Press.


Tan Chee Yee. (2000). Behaviorism Studies. Diperolehi pada 15 Okt 2022 daripada
https://books.google.com.my/books/about/perkhidmatan_bimbingan_dan_k.html

15
Vroom C. Stone. (2016). Teamwork Building Within Kids. Diperolehi pada 08 Okt 2022 daripada
http://academy/course/fundamentals-of-Learning-course.html

Watkins, L. & Wagner,E. (2019). Therapeutic Social Psychology. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice
Hall Inc.

Woolfolk, W.D.(2014). Educational Psychlogy. Journal for specialists in education: 11, 48-52.

Yalom. (2012). The Client Centered Theory of Rogers. Diperolehi pada 11 Okt 2022 dari
http://www.bapca.org.uk/about/what-is-it.html

Zainal Abidin Wahid. 2017. Satu Pertinjauan Mengenai Keberkesanan Model Behaviorisme di Sekolah.
Dewan Masyarakat. Julai, hlm. 34-36.

Zainal Abin Borhan. 2018. Kami Sokong DLP. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemahan Malaysia.

16
Part 2 – OCP
Soalan 1

17
18
Soalan 2

19
20
Soalan 3

21
persekitaran bilik darjah juga
mempengaruhi
proses pembelajaran dan pengajaran
(Che Nidzam, 2011). Reka bentuk
zikal bilik
darjah, termasuk studio, makmal,
auditorium dan persekitaran dalaman
yang lain
mempunyai kesan yang mendalam
terhadap pembelajaran pelajar dan
juga penilaian
oleh guru. Perspektif zikal bagi
bilik darjah boleh dilihat dari segi saiz
dan bentuk,

22
ruang, cahaya dalaman, warna,
keadaan terma, tahap kebisingan,
perabot dan
susunan tempat duduk dan kemudahan
teknologi yang moden. Keadaan bilik
darjah
yang sesak akan menjadi penghalang
kepada kecapaian matlamat proses
pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan.
Oleh itu, persekitaran pembelajaran
bilik darjah
perlu memenuhi keperluan guru,
pelajar dan aktiviti pembelajaran yang
dijalankan.
Peralatan, susun atur bilik darjah perlu
merangsangkan pembelajaran,
menggalakkan

23
penglibatan aktif pelajar dan
memudahkan fasilitasi oleh guru. Hal
ini penting kerana
guru, pelajar dan persekitaran saling
berhubungan dalam proses
pembelajaran

24

Anda mungkin juga menyukai